Catatan

Tunjukkan catatan dari 2023

GUNUNG HIJAU (540M), PUSING, PERAK

Imej
  Alhamdulillah...Puncak ke 185 #misi200puncak Gunung Hijau (540m), Pusing, Perak        Aku hampir pasti tak pernah naik gunung di petang hari apatah lagi seorang diri. Biasa level bukit-bukit je lah aku berani. Apa yang mencabar kalau hiking di waktu petang terutamanya adalah hampir tiada orang yang akan mendaki. Dalam kes aku, langsung tak ada orang dan di tambah lagi dengan cuaca yang sudah semakin gelap dan bila-bila masa sahaja akan hujan (sewaktu aku keluar dari Tol Jelapang di Ipoh, hujan dah pun turun dengan lebat dan juga dikhabarkan ada beberapa tempat di sekitar negeri Perak sudah di naiki mahupun banjir semasa aku dengar Radio Perak.FM ).        Seperti yang aku jangka, memang tiada orang langsung semasa aku sampai dan parkir kenderaan di hadapan sebuah bangsal yang ada tokong buddha bersaiz sederhana kecil. Aku mencari jalan mendaki yang mana pada awalnya aku hanya mengikut trek berbatu dan jalan merah di ladang kelapa sawit, kemudian trek denai yang dibuat tangga mengi

GUNUNG HALIA, KARAK

Imej
  Alhamdulillah... Puncak Ke 176 Gunung Karak/Halia (280m) Karak, Bentong, Pahang Kalau ikut keliling, banyak lagi bukit lebih tinggi. Trek amat bersih dan luas; kalau ada 4×4 boleh naik atas lagi sampai ke signboard (gambar ketiga) Cuma banyak anjing berkeliaran secara berkumpulan dari  masa dah masuk dari DIY Karak, ikut je anak panah (papan tanda) hingga sampai ke jirat cina lagi banyak anjing-anjing. Ikut je anak panah tu, sampailah jumpa trek denai belah kanan dekat dengan anak sungai View 360 darjah tapi bahana panas yang membahang kat atas tak sampai 15 minit duduk, kami cepat-cepat turun semula parking walaupun baru pukul sembilan pagi lebih P/S: Terima kasih kat @bpcikai taja baju pendakian kali ni. Baju best, bukak order cepat #teamseladang #bpcikai #cikgucompress #misi200puncak #gunnughalia #gunungkarak

BUKIT RUPA @ UKM Bangi

Imej
Alhamdulillah.. Puncak ke 176 Bukit Rupa (108m), UKM Bangi Yer... Persoalanannya, memang ada ke bukit dalam UKM? ADA dan bertajuk : Bukit Rupa dekat Hutan Simpan Kekal UKM.         Trek sangat taktikal dan licin dengan tangga yang disediakan sudah agak berlumut dan banyak dah beranjak kedudukannya. Setibanya di puncak, langsung tak perasan dah sampai dek terlalu pewai dan mental nak melayan tangga. Dah la trek tak berapa jelas, banyak gila daun-daun dan ranting pokok atas trek. Nampak sangat tak ramai orang datang. Walaupun dekat dengan Bangunan Fakulti-Fakulti (sebakai bekas pelajar universiti, aku yakin ramai yang sedang membuta)         Terdapat sebuah beirut (aku pun tak tahu nak panggil beirut ke apa) atau stesen trigometri yang agak kecil di puncak. Agak tersorok di sebalik pokok. Misi diteruskan dengan visi nak mencari waterpoint pula dan hanya berjaya dilaksanakan dengan cara perlu turun dari puncak ke trek rintis lain. Agak jauh kena berjalan kerana kena ikut trek yang sud

Bukit Lagong 2023 (Puncak Ke 176)

Imej
          Alhamdulillah.. Puncak ke 176 Bukit Lagong (572m) Total Distance : 11.50km EG Gain: 753m        Sejak aku jadi pengulas bukit - bukau, Haizer aka Tiger pulak suruh aku review pasal Bukit Lagong pulak. Memag dalam senarai pun cuma tunggu masa dan waktu yang mengizinkan. Rezeki Tuhan, Oni ada mesej dalam beberapa hari sebelum tu pun ajak kalau nak hike dan beliau pun percuma kalau weekdays. Lama jugak tak jumpa Oni, kali terakhir bersua masa buat Trans Yamtuan Antah, 2017 barangkali. Terus aku ajak buat teman. Tak perlu risau mengenai permit atau guide kerana statusnya hanya Hutan Rimba; (betulkan jika silap info) bukan HSK - Hutan Simpan Kekal         Kami bermula agak lewat kerana kedua-dua terpaksa keluar semua dari kawasan parking Bukit Lagong kerana sakit perut. Tandas awam yang tersedia sudah rosak erana vandalisme. Air pun tak ada. Hanya pukul lapan setengah lebih, barulah kami bergerak naik dan masa senang naik, ada jumpa seorang Uncle India yang sedang turun meng

BUkIT BICHAK aka BUKIT KAJANG PERDANA

Imej
Alhamdulillah Puncak Ke 169 Bukit Bichak aka Bukit Perdana Hill Sabtu lepas, aku dah cuba-cuba cari trek lepas kerja malam. Biasalah, ngantuk-ngantuk pun cuba cari jalan nak keluar peluh. Dah pusing-pusing satu Kajang jumpa la starting point. Naikla ikut jalan raya  sehingga ke pintu rimba denai hutan (gambar). Baru nak melangkah naik, dah nampak dua ekor anjing dalam 50 meter kat depan. Mula-mula aku nak terus mara ke depan dan cubaan mengutip satu dua batu yang agak besar muat satu genggaman, tak  sangka mereka perasaan dan terus menyalak. Paling tak sangka tu, ada muncul dekat 3 atau empat lagi dari arah semak dan datang mengejar ke arah aku. Apa lagi, aku bukak langkah seribu. Aku berlari laju nak mampus tu sampai Cap pun kena cabut pegang dekat tangan. Macam halilintir, langsung tak menoleh. Aku lebih rela gagal dari kena gigit.  Gagal hari ni bukan selamanya. Cuma hati agak keruan. Jarang misi tak berjaya. JARANG. Diulang harus diulang.      Mujur ada kawan nak teman. Seorang

Bukit Sulai (335m), Gambang, Pahang

Imej
  Alhamdulillah ..puncak ke 167 Bukit Sulai (355m), Gambang, PHG 20.06.2023 Kalau siapa perasan, Bukit Sulai ni boleh nampak dari Lebuhraya Pantai Timur (LPT 1), paling menyerlah bila dah masuk ke susur keluar lepas tol Gambang. Akan nampak bukan satu atau dua, tapi empat menara pemancar yang terbagi di dua buah puncak berlainan. Google / Waze je Bukit Sulai, akan sampai ke kaki bukit terus.     Sepanjang dua bulan itu jugaklah, sasaran aku adalah untuk aku sampai jugak puncak Bukit Sulai ni. Solo pun aku sanggup. Bukannya apa sangat puncak bukit ni, tak ada beza pun, sama saja dengan bukit-bukit lain. Tak ada belanja 'view' pun. Cuma bila kali pertama datang , aku hanya sampai di kaki bukit. Aku tak naik. Masa tu tengahari, cuaca lepas raya bulan empat hari tu kemarau dan panas teruk. Aku tak berani ambik risiko. Trek dia bukan lalu denai hutan, tapi kena lalu jalan tar, yang mana mesti lagi panas. Masa tu pulak, aku baru lepas turun dari Bukit Tokki di Beserah. Kat sana pu

Trans Gunung Berhid - Aler - Puncak 1688 (Gaya Air)

Imej
  EKSPEDISI GUNUNG BERHID-ALER- PUNCAK 1688: The Way Of Water (04.11.2022 ) Cerita ni mungkin panjang. Bersambung-sambung episod. 1.0: Prolog        Aku baru jer sembang dengan Yogi pasal Gunung Aler dengan Berhid ni, konon-konon nak cuba masuk redah untuk tahun depan (2023). Macam lagi susah pulak nak buat. Nak redah masuk gunung zaman sekarang bukan mudah macam lima enam tahun dulu. Malam ni plan, esok dah masuk senyap-senyap.        Gunung Berhid-Aler ni antara senarai gunung yang agak jarang orang masuk, mungkin ramai masih belum pernah dengar kewujudannya. Ia hanya terletak bersebelahan dengan Gunung Yong Yap je cuma lepas Kem Balak Pecah nanti, dalam lima minit kemudian akan jumpa simpang kecil yang akan membawa ke Kem Potong yang hanya terletak hanya di tepi trek. Memang trek ni potong terus trek. Ada marking atau takik dekat pokok asal telah dibuang oleh pihak-pihak tertentu. Aku bertanggapan yang marking tersebut amat perlu dibuang atau ditanggalkan kerana takut ada pendak