GUNUNG HIJAU (540M), PUSING, PERAK
Alhamdulillah...Puncak ke 185
#misi200puncakGunung Hijau (540m), Pusing, Perak
Aku hampir pasti tak pernah naik gunung di petang hari apatah lagi seorang diri. Biasa level bukit-bukit je lah aku berani. Apa yang mencabar kalau hiking di waktu petang terutamanya adalah hampir tiada orang yang akan mendaki. Dalam kes aku, langsung tak ada orang dan di tambah lagi dengan cuaca yang sudah semakin gelap dan bila-bila masa sahaja akan hujan (sewaktu aku keluar dari Tol Jelapang di Ipoh, hujan dah pun turun dengan lebat dan juga dikhabarkan ada beberapa tempat di sekitar negeri Perak sudah di naiki mahupun banjir semasa aku dengar Radio Perak.FM ).
Seperti yang aku jangka, memang tiada orang langsung semasa aku sampai dan parkir kenderaan di hadapan sebuah bangsal yang ada tokong buddha bersaiz sederhana kecil. Aku mencari jalan mendaki yang mana pada awalnya aku hanya mengikut trek berbatu dan jalan merah di ladang kelapa sawit, kemudian trek denai yang dibuat tangga mengikut cerun menaik bukit. Walaupun tiada singboard, aku yakin trek tersebut akan membawa aku ke puncak. hampir tiada langsung sampah kelihatan yang mana aku selalu jadikan sebagai tanda trek tersebut dilalui manusia.
Dipendekkan cerita, semakin lama, semakin jauh aku ke dalam hutan, suasana menjadi semakin lama semakin kelam dan gelap seolah-olah sudah masuk waktu Maghrib walhal baru jam lima petang lebih.
Sebenarnya, aku rasa agak takut nak naik tapi bila ingat satu prinsip aku ni 'alang-alang dah jauh datang takkan nak patah balik tangan kosong'. Aku menjangkakan yang kaki aku sepatutnya takkan mampu melangkah selaju yang aku bergerak sekarang ni dek penat mendaki Gunung Alai malam tadi. Mungkin rasa ingin cepat sampai dan cepat nak balik tu lah buat aku rasa bertenaga semacam. Beberapa checkpoint terawal ada kawasan rehat yang amat bersih dan terjaga. Tak ada satu tempat (checkpoint) pun yang sanggup aku berhenti untuk rehat kerana keadaan tempat yang agak menakutkan dan seram (setiap checkpoint ada pokok besar dan di bawahnya ada tokong kecik yang bernyala apinya. Paling menakutkan bila nak balik nanti, aku pasti akan lalu kesemua tempat tu semula.
Bila melepasi chekpoint empat, barulah trek akan naik mencanak hingga ke puncak sejauh hampir satu kilometer lebih. Agak mudah nak naik di sebabkan trek sudah di buat tangga dan hampir setiapnya aku akan melangkah besar. Keadaan puncak yang agak luas selepas mendaki sejauh lebih dua kilometer setengah hanya disajikan permandangan awan dan kabus yang menutupi segenap ruang permandangan. Jauh diseberang katanya boleh nampak Bukit Berekeh ataupun Gunung Bujang Melaka dan Gunung Relau.
Aku tak nak duduk lama sangat kat di puncak memandangkan hari makin gelap. Walaupun baru pukul 6 lebih, tapi gelap dia lain macam. Entah macam mana nak lalu. Masa naik dah tadi aku dah rasa abis kuat semangat dah. Kalau turun ni memang aku takkan tengok kiri kanan. Aku berlari je sampai parking, punya laju berlari sampai sampai aku tercabut sebelah. Terpaksa berhenti sekejap nak ejas kasi ngam dengan kaki. Trek menurun di waktu senja jangan dibuat main-main, silap tergelincir langgar akar, tersepak tunggul atau terpeleok kaki nak lubang boleh jadi mengundang sebarang malapetaka. Aku nak bagi rasa takut tu kurang sikit bukak la lalu kat tepon ni kuat-kuat.
Trek 2.5km kalau atas jalan raya memang 10 minit boleh habis, tapi kat trek jenis gunung ni, aku cuba selaju mungkin. Bila sampai di parking, payung yang aku bawa dah aku sediakan jadikan senjata bersama beberapa batu yang dikutip di tengah jalan, takutlah ada anjing ke dekat bangsal tadi. Aku langsung tak terfikir nak rehat dan hanya terus membuka pintu kereta dan beredar dari situ secepat mungkin. Tak nak la aku lama-lama di hutan ni. Disebabkan kelam-kabut juga, aku tersilap ambil jalan keluar yang mana membawa aku ke jalan mati atau berpalang. Mulalah fikir macam-macam tak boleh keluar dan kena tunggu esok pagi baru pemilik ladang bukak mangga. Aku berundur semula dan cuba bertenang dan nampak trek jalan yang aku datang tadi. Apa lagi, aku bawak kereta macam pelesit. Habis semua anjing yang sedang berehat ditengah jalan lari.
Alhamdulillah..selamat. Yang best nya tak hujan pun walaupun satu Ipoh hujan lebat.
Ulasan
Catat Ulasan