Trans Gunung Berhid - Aler - Puncak 1688 (Gaya Air)

 




EKSPEDISI GUNUNG BERHID-ALER- PUNCAK 1688: The Way Of Water


(04.11.2022 )

Cerita ni mungkin panjang. Bersambung-sambung episod.

1.0: Prolog

       Aku baru jer sembang dengan Yogi pasal Gunung Aler dengan Berhid ni, konon-konon nak cuba masuk redah untuk tahun depan (2023). Macam lagi susah pulak nak buat. Nak redah masuk gunung zaman sekarang bukan mudah macam lima enam tahun dulu. Malam ni plan, esok dah masuk senyap-senyap.

       Gunung Berhid-Aler ni antara senarai gunung yang agak jarang orang masuk, mungkin ramai masih belum pernah dengar kewujudannya. Ia hanya terletak bersebelahan dengan Gunung Yong Yap je cuma lepas Kem Balak Pecah nanti, dalam lima minit kemudian akan jumpa simpang kecil yang akan membawa ke Kem Potong yang hanya terletak hanya di tepi trek. Memang trek ni potong terus trek. Ada marking atau takik dekat pokok asal telah dibuang oleh pihak-pihak tertentu. Aku bertanggapan yang marking tersebut amat perlu dibuang atau ditanggalkan kerana takut ada pendaki berjiwa G7 nanti tersesat dan tersalah masuk trek bukan G7 Berhid-Aler nanti.

            Tambahan lagi, laluan nak ke Aler-Berhid ni hampir-hampir samar dan memerlukan orang-orang yang mempunyai hijab tertentu sahaja untuk masuk ke dalam sana. Aku yang dah berkali-kali buat TNBYY ni pun langsung tak perasan ada simpang lain dekat situ. Keras tak payah cakap kawasan dia (ada kisahnya). Macam-macam cerita ada. Macam macam drama  yang berlaku; sebabak lepas sebabak, dari sesat, hujan tak berhenti, kena kepala air, pewai, penat, sejuk dan ada macam-macam lagi dalam tempoh 22 jam keseluruhan masa pergi dan balik pendakian. Hakikatnya, laju bonus yang penting keluar dengan selamat.

2.0: Ini Bukan G7. Ini The Way of Water

        Seperti yang penulis catatkan di atas, kedua-dua gunung ni memang bukan gunung bertaraf G7, jauh sekali G11 (Benum, Batu Puteh, Irau dan Gerah). Panjang trek dekat 50 kilometer. Agak mustahil nak buat bawah 20 jam kalau tak rancang betul-betul. Nak buat YYBTN/TNBYY dayhike yang 43km bawah 20 jam pun tak masuk akal lagi.

        Patutla dulu Aidil selalu cakap kat aku
    
        "Kau kena masuk Berhid-Aler Mir, baru kau tahu jauh macam mana trek dia!".  Kalau Aidil yang selalu cucuk guide kata macam tu.

         "Tak caya tanya Uda!" Tambah lagi Aidil setiap kali lepak dengar cerita dia.

        Aku caya kat kau Aidil!!!
      

3.0: Iklan Pandu Lalu

          Lepas sembang dengan Yogi, satu iklan ekspedisi Aler-Berhid di layar skrin telefon keluar. Murah pulak tu. Rezeki betul. Tarikh pun ngam, boleh jadi acara penutup mengunung aku untuk tahun 2022; "The Comeback Is Real, Yet". Aku pun mesej Koc Rizal bagi aku nak join dan bagi confirm nama dan semua maklumat untuk proses permit. Aku tak lupa kawan-kawan seperjuangan dan susah senang, yang mana aku rasa masih aktif, aku ajak la sekali, mana tahu sekali buat comeback. Malangnya tak ada seorang pun nak join.

         Trip ni pulak bakal menhadi trip compress pertama aku dalan masa empat tahun dan hampir empat tahun jugak tak datang ke sini. Kali terakhir aku sampai Yong Yap/Tok Nenek pada awal 2019.  Masa tu buat projek paling gila dalam sejarah pendakian aku iaitu Solo masuk TNBYY (klik sini untuk pengalaman yang lebih menggunung:  ).


4.0: Naik Powil

       Arakian, bila pertama kali aku dapat naik powil atau kenderaan pacuan empat roda bermula dari RNR Lojing, aku rasa sedikit teruja. Pertama sebab aku kenal dengan pemilik kepada kenderaan merangkap pemandu bersama yang akan membawa kami tu. Nak pengesahannya, aku siap pergi tegur lagi Pak Imam tu.

      " Ni Pak Imam masjid lojing kan? " Dia mengiyakan sambil tersengih. Cuma yang bezanya dia hari tu, tak pakai kopiah jer. Teringat yang beliau ada masa projek Pickup Yong Belar 2019 dulu, sebuah program mengutip sampah sepanjang laluan mendaki Gunung Yong Belar dan membersih kawasan Masjid Lojing anjuran beberapa persatuan pendakian termasuk aku hadir sebagai wakil dari Team Seladang. Aku sebenarnya nak cakap dekat Tok Imam yang masalah lalat di dalam dan luar masjid masih banyak kelihatan menghurung di sekitarnya, tak jadi. Takut kecik hati pulak orang kata dia tak buat keje (masalah lalat tu mungkin disebabkan sikap pengunjung yang selalu datang dan buang sampah dekat masjid tu)

          Aku sampai awal dekat RNR Lojing tadi, lebih kurang pukul satu pagi lebih dan sempat tidur hampir dua jam sebelum dikejutkan dengan bunyi deruan powil datang. Itupun paksa mata suruh tidur.  Kelam kabut aku nak kemaskan beg. Ada jugak satu dua barang tertinggal. Bila dah lama tak buat compress ni, banyak benda dah lupa. Tak tersusun jadinya.

           Sebenarnya, aku dah betul ikut tentatif dalam group whatsapps, sebab kalau ikut masa yang dicadangkan, pukul 4.30 pagi baru nak naik powil. Ni belum pukul empat, kalau dah semua orang dah siap angkut beg dan separuh dah masuk dalam powil, aku pulak rasa cemas takut tertinggal. Tak nak lah dipersalahkan, punca jadi lambat gerak. Bila jumpa orang yang tak kenal ni, kita kena bagi orang 'good impressions' dekat kita. Awal-awal dah kena cop yang bukan-bukan. Aku periksa beg sekali lalu jer. Paling penting headlamp kena bawak. Yang lain, mana yang sempat, aku sumbat dulu. Nanti dah sampai dekat tempat powil 'drop' baru susun semula barang-barang.Kalau terlebih, sembunyi je tepi semak.

       Dekat pukul empat pagi kami bergerak menuju ke Kampung Orang Asli Rengil. Awal setengah jam dari tentatif asal.


        Seramai tujuh orang kesemuanya termasuk aku menyertai misi kali ni. Kesemuanya lelaki dan tak pernah aku jumpa mahupun mendaki sekali. Wan, Faiz dan Koc Ryzal duduk di ruang duduk penumpang di dalam dan kami selebihnya empat orang; Aku, Alex, Che Ded dan Angga duduk di belakang. Ini kali pertama aku naik powil masuk ke Yong Yap atau Kg Orang Asli Pos Rengil ni. Selama ni, redah bawak masuk kereta je. Pernah sekali merasai zaman jalan balak tak bertar lagi.


Walaupun keadaan malam yang masih gelap, aku dapat merasakan yang keadaan jalan tar tu pun sudah makin rosak bila banyak kali powil terpaksa mengubah haluan ataupun memperlahankan kenderaan untuk lalu di jalan yang berlubang atau berlopak air besar.

      Sejuk tu tak payah cerita bila duduk di belakang powil ni. Mata ni pun masih ada lagi sisa-sisa mengantuk. Menguap pun tak sempat dah nak 'cover' tutup mulut, dua kali seminit menguapnya. Beberapa kali cubaan aku untuk tidur tak menjadi. Banyak kali jugalah terpaksa menundukkan kepala untuk mengelakkan terkena daun dan ranting pokok lalang. Tangan berpegang kuat pada pemegang supaya tak jatuh. Bila powil macam lalu bonggol-bonggol tinggi takdelah aku nak terlompat-lompat sama. Mode untuk berbual atau berkenalan masih lagi tumpul. Aku lebih banyak mendengar dari berbicara. Aku lebih banyak berfikir macam mana nak susun barang dalam beg nanti.


5.0: Surau Pos Rengil

       Aku dah bersedia nak turun bila sampai di hadapan surau selepas jambatan konkrit tu. Biasanya kat sinilah para-para pendaki letak kereta. Kawasan parking lama berdekatan dengan sungai sudah dipenuhi semak-samun. Pernah jugak tidur berhamparkan sekeping 'ground' sementara nak tunggu orang lain sampai dekat kawasan tu. Bunyi deras aliran air sungai begitu mengimbau kenangan tidur berselimutkan langit malam. Cahaya lampu neon di jalan raya dan lampu-lampu dari rumah-rumah seolah-olah kelip-kelip yang terbang dari jauh bertambah syahdu kiam terasa. Banyak sungguh kenangan tercipta dan dicipta.

      Eh, Eh. Laju je Tok Imam ni bawak powil, makin laju bila naik bukit lepas jambatan kontrit tu. Makin kuat aku berpegang. Mau tercampak keluar cium tanah kan. Bukit yang bersadur simen dulu sudah hampir 80% terhakis, bukit yang pertama sekali perlu di harungi sebelum mendaki bukit-bukit lain. Masa balik nanti jugalah bukit ni menjadi garisan penamat aktiviti pendakian anda. Powil tak berhenti disurau pun.

         Makin jauh powil ke dalam, makin teruk keadaan jalan balak tu. Mungkin disebabkan musim hujan yang telah tiba, banyak lopak air bertakung di sana sini. Risau jugak kalau powil ni main redah takut terpercik air selut. Dalam rasa takut dan cuak, penulis sebenarnya rasa masih dalam perasaan amat takjub sebab dapat naik powil. Tak berhenti di surau. Lebih takjub yang aktiviti berjalan yang kebiasaan dilakukan sebelum ini dari surau-jambatan menuju ke sungai besar-drop point dapat menjimatkan masa yang dekat sejam. Tak perlu bersusah payah bazir banyak tenaga. Inolah yang dipanggil 'smart hiking';jimat tenaga, jimat masa tetapi puncak tetap sampai.


6.0: Drop Point/Sungai Rengil

      Bunyi aliran sungai yang makin kuat menandakan kami dah hampir tiba dekat 'drop point' aka starting point. Kawasan itu nampak agak dan semakin luas (tampak luas bila powil dengan mudah mampu membuat U-turn dalam tiga cara termasuk sekali pusingan mengundur), dah ada papan tanda dengan map berskala besar terpacak berhampiran batu besar. Aku cepat-cepat turun nak susun barang-barang dalam beg. Beg Superdry yang sudah berusia lebih tujuh tahun inilah penuh janji setia aku gunakan di semua trip compress yang aku buat ni.  Sudah ada beberapa tempat koyak. Pepom. Walaupun bukan beg yang sesuai untuk dibuat hiking terutamanya dalam gaya compress, sejuta penghargaan aku berikan kerana membutuhkan keselesaan terutamanya pada tali pengalas yang lebih lebar dan tebal dari menceruk bahu dan leher. Aku tak menafikan ruang padding yang lembut dan halus fabriknya memberikan keselesaan untuk  mendapatkan tidur yang nyenyak dan cukup samaada apabila penulis nak bersandar di pokok mahupun di atas tanah yang sejuk dalam hutan tanpa perlu membuka beg tersebut. Sementara menunggu yang lain bergambar kenang-kenangan dekat signboard, aku menyusun beg di atas batu besar berhampiran.

        
7.0: Jambatan Kayu Berikat Besi

       Kalau nak cerita pasal jambatan (dan jambatan-jambatan) dekat trek Yong Yap ni aku boleh cerita satu muka surat penuh belakang depan. Bermula jambatan pertama sekali di dekat dengan surau (banyak kali aku sebut dekat atas tadi). Masa pertama kali aku datang adalah pada tahun 2016 (pertama kali buat compress TNBYY- join group PSP; party sampai pagi, penat, pewai. Dapat 22 jam je), jambatan kontrik dah pun siap dibina. Sebelum tu, ada jambatan gantung berlapikkan kayu sepanjang 15-20m anggaran merentasi sungai besar. Lepas tu kena jalan jauh sehingga sampai ke sungai seterusnya dan seterusnya hingga ke dalam. 

         Masa tu jugak tak ada lagi jambatan kat sungai kedua tu. Terpaksa meredah sungai. Awal-awal dah basah separuh badan sebab paras paling optimun untuk aku meredah sungai di situ biasanya di paras peha. Tetapi kali ni aku ada strategi lain. Daripada basahkan kasut dan tak nak kaki jadi kembang air di awal pengembaraan, aku pakai sandal Karrimor siap-siap dari awal. Kasut simpan dalam beg dahulu. Bila dah habis semua sungai nak kena lalu, baru aku tukar (mungkin dekat Kem Agas).

        Aku pernah sekali je lalu jambatan baru tu. Dapatlah jimat lima minit. Kalau buat compress tu dah banyak makan masa. Tak payah nak junjung beg kalau air tinggi sangat. Keadaan jambatan tu pun sekarang dah makin uzur. Kayu tempat atau tempat berpijak tu banyak sudah hilang, mungkin disapu oleh kepala air atau reput dek dimamah usia. Ada bahagian yang bila anda nak lalu, kena berpaut kedua tangan pada tali dan pada masa yang sama kena berpijak atas tali kabel besi sahaja. Salah pijak atau tergelincir, anda mungkin masuk dalam sungai. Kalau nak lalu tu, tak boleh nak berpimpin-pimpin tangan, waima nak berjemaah sekalipun. Kena beratur seorang demi seorang, kena juga berjarak tiga depa paling kurang kalau nak lebih selamat. Kalau tak, nanti bergoyang-goyang la jambatan kabel tu. Tali kabel tu pun tak tahu diikat dekat pokok ke atau kat mana dimatikan. Tak tahu siapa arkiteknya, tapi kalau disebut mesti kata 'jambatan orang asli'

        Aku sebenarnya nak je redah sungai tu sorang-sorang tapi bila tengok sungai agak deras kena la hadap rasa gayat ni. Gelap gelap gini tak tahu dalam mana. Mungkin kalau aku redah sungai, boleh jadi paras paling idea air sungai tu mungkin cecah pusat pinggang aku. Gayat-gayat tu pun aku suluh jugak tengok sungai deras mengalir dari bawah. Gayat-gayat pun, aku orang kedua jugak lalu jambatan orang asli tu



8.0: Aku dan Sandal

        Aku ingatkan akulah insan terpaling berjiwa kental pakai sandal masa tu. Ingatkan yang lain pakai kasut je. Rupanya Koc Rijal lagi berhati batu. Beliau pakai selipar Asadi jer. Dah macam orang asli. Tak berapa nak terima akal pulak sebab trek yang nak lalu lepas ni lagilah, panjang, lagi becak.

       Aku suka pakai sandal sebab nak elakkan kaki jadi kembang bila kena air sungai nanti, walaupun peluang nak kena langgar tunggul dengan batu dan kayu lebih berisiko tinggi. Kelebihan yang ada masa pakai sandal ni satu je, bila nak lalu sungai tak perlu risau pasal pasir. Kalau pakai kasut yang jenis paras biasa dekat tumit, jadi dua kerja pulak nak bukak kasut. Tu je buat aku malas. Kekadang butir pasir sebijik tak nampak besar kuman tulah jadi punca tak seronok nak berjalan.


      Sebenarnya tak kisah pun nak pakai apa sebab yang nak disarung pakai tu tuan punya kaki. Tak perlu nak kecam atau nak kutuk orang. Bahaya memang dekat mana-mana ada, cuma atas kita nak kurangkan margin tersebut; mencegah lebih baik dari merawat. Lagi satu, Kalau kaki slow pun pakai kasut apa pun takkan membantu (sangat..ok topik ni bergantung dan tergantung. Bukan kepakaran aku). Sebab tu kena rajin training. Kasut tu sebagai gear atau alat tambahan sahaja. Macam pakai baju jugak, pakai baju dengan tak pakai baju pun tak beri impak mana pun untuk stamina anda. Antara selesa dan nak menunjuk je.

       Kami bergerak dah macam perbarisan kadet kawad sekolah. Semua ikut denai hutan dengan aku orang paling akhir dalam barisan. Tak sampai tujuh langkah, Faiz yang duduk depan aku jatuh terduduk. Tiba-tiba. Kejadian ni kalau nak gelak tak baik sebab baru kenal. Kalau tak gelak rugi. Dah dia yang gelak dulu, aku pun gelaklah. Nasib tak ada apa-apa, boleh bangun sendiri. Powil pulak lepas hantar terus cabut balik (Tok Iman Masjid Lojing merangkap pengusaha pekhidmatan powil mungkin nak berkejar jadual bertugas)

9.0: Simpang Tok Nenek-Yong Yap

      Perjalanan nak ke simpang Tok Nenek dengan Yong Yap (TN-YY) kebiasaannya mengambil masa sejam; santai. Jarang aku nak berlaju-laju dekat sini walaupun treknya boleh berlari (masa balik baru berlari). Aku biasa bagi kaki dan badan panas dahulu. Perjalanan masih jauh. Cuma yang melambatkan bila nak lalu sungai besar. Ada dua sungai besar nak kena melintas. Yang pertamanya sungai besar dekat jambatan Faiz jatuh tadi. Yang kedua, sungai paling lebar dan terbesar sekali nak lalu. Nasib ada tali, jadi mudah sikit nak lalu. Yang jadi susah nak pegang kalau 3 4 orang belakang anda sekaligus turut berpegang pada tali tu. Tali jadi bertambah tegang dan pada masa yang sama jadi meninggi. Arakian, anda makin jadi susah nak menstabilkan badan di dalam sungai yang penuh dengan batu besar. Susah nak pijak tanah. Tambah susah, bila gelap pekat malam macam sekarang ni.
 
        Aku dah beralih duduk dekat depan sekali. Entah macam mana dari belakang jadi duduk depan sekali. Mungkin sebab orang depan hampir tersasar ke simpang lain, aku mula mengambil tugas mengendalikan pasukan perbarisan dengan rasa yang amat berat sekali. Aku tak suka duduk depan sebab orang depanlah orang pertama akan kena segala benda; Orang pertama sekali akan kena tunggul, kena sangkut dengan duri, terlanggar dahan pokok, kena merasa kaki masuk dalam lubang terlebih dahulu dan kalau ada kawasan yang susah nak lalu, kena jadi perintis buat laluan baru. Itu semua aku tak kisah sangat, cuma paling aku naik rimas bila asyik melanggar sarang labah-labah. Bukan sesarang dua, tapi boleh jadi hampir sepanjang trek. Lagi-lagi kalau hari tersebut andalah orang pertama merasmikan trek berkenaan. Bukan setakat kena sarang labah, sedang tangan meraup* (pertama kali aku pakai perkataan ni dalam mana-mana penulisan) muka, dalam percubaan membuang sutera sarang labah-labah yang sudah ampuh, masa tu jugak boleh melanggar tunggul, terkena dahan atau tersangkut duri pokok akibat terlalu fokus ke benda lain.

       Setiap kali aku berjarak jauh dengan kumpulan, aku akan tunggu. Terutamanya jika ada laluan atau simpang yang boleh mendatangkan kekeliruan. Aku sebenarnya rasa agak kagum jugak dekat memori dalam kepala aku yang masih ingat lagi trek ni walaupun dah banyak perubahan seperti trek makin terang dan jadi luas. Yang terpaling buat aku rasa terkejut tu bila sampai di satu kawasan yang dahulunya sangat tebal dengan semak seperti pokok resam dan lengkuas hutan sudah berganti dengan tanah lapang yang berlopak air di tengahnya. Terdapat banyak kesan tapak kaki berhampiran. Yang membuatkan aku cam kawasan tersebut adalah kerana ada sebatang balak yang belum sepenuhnya mereput terbaring di atas tanah yang biasanya dulu aku selalu tersadung kaki.

10 : Fajar Menyinsing, Subuh Berlabuh

       Kami tiba di simpang YY-TN pada pukul 5.50 pagi. Kami berhenti rehat dan solat subuh. Aku masih berkira-kira sama ada nak pakai kasut atau belum lagi. Disebabkan takut kaki melecet di tempat tali sandal, aku pakai setokin tebal. Terasa sayang nak pakai kasut dahulu, nanti banyak lagi nak redah sungai. Biar basah kaki, jangan basah kasut.

11 : Buluh Merindu, Rindu Di Kalbu

       Selepas setengah jam berehat, kami bergerak memulakan langkah-langkah seterusnya. Semua suruh aku duduk depan macam tadi. Aduh. Baru nak mengelat. Aku nak duduk belakang sebab tak nak jalan laju-laju, boleh curi-curi berhenti. Perjalanan nak ke Kem Agas ni memang tak ada benda menarik pun nak di ceritakan. Banyak pokok buluh adalah. 60 peratus trek kebanyakkannya agak mendatar; mendatar secara menaik, hanya ada beberapa tempat agak curam pendakiannya dan beberapa sungai kecil kami lalui. Mudah setakat ini.

        Suatu hal saja yang buat aku berasa sedikit kawatir iaitu bila nak lalu kawasan rumpunan buluh yang terlampau banyak dan rendang sehingga terpaksa merangkak untuk melepasinya. Kalau bawak beg besar, kena sorong beg tu keluar, lepas tu baru tolak badan sendiri masuk anda dengan cara merangkak. Dah macam biawak nak keluar sarang masing-masing.

       Bila lalu di kawasan tersebut terkejut weh sebab buluh yang banyak-banyak tu dah hilang. Orang dah tebas. Dah jadi terang benderang. Tak ada dah buluh melintang, batang buluh yang nak boleh cucuk mata atau miang buluh yang mengatalkan. Dah ada pasukan khas datang cuci trek agaknya. Dalam hati aku cuba cakap untunglah pendaki-pendaki sekarang ni. Dengar cerita, dekat batuan yang curam nak naik ke puncak Gunung Tok Nenek pun dah ada orang pasang tangga.
     
12 : Kem Agas
(Gambar no. 3, tu aku duk belakang Che Ded)

        Janggal sebenarnya rasa lalu trek ni masa pergi. Biasanya masa balik je baru lalu. Pertama kali pulak tu. Sebab dulu dah tau, nak senang buat Trans YYBBT ni baik buat secara terbalik atau reverse. Masuk ikut Tok Nenek dulu, lepas tu lalu Bubu dan Yong Yang kemudiannya. Masa balik atau turun dari puncak Yong Yang lebih senang sebab trek banyak menurun.

      Bila trek rumpunan buluh makin menipis dan sesikit, trek pula makin menaik dan menaik. Aku rasa kaki aku dah rasa sesuatu yang tak enak. Rasa makin lama makin berat dan lenguh nak melangkah. Budak-budak kat belakang dah mula berbual-bual. Sesekali je aku mencelah sebab tak berapa dengar sangat apa yang disembangkan. Terdengar jugak dorang banyak sebut   " event tu, event ni, 50, 100...bla.. FM...bla...MMTF...bla.. Janda Baik...DNF...bla.

        'Budak-budak trail ni, mampus aku kena tinggal nanti'. Ni pun dah rasa dorang macam nak laju-laju je. Aku cuma nak kekalkan je langkah aku. Tak terlalu laju dan tak sangat perlahan. Orang kata 'power walk'. Berjalan pun dah tercungap-cungap. Nanti bila dah nak mendaki kat kawasan lebih curam naik, kena pakai jurus 'power hike' pulak. Makanya aku pulak terikut rentak dorang. Konon nak menjarakkan diri, makin rapat pulak dorang datang cucuk ke depan. Aku mula rasa kaki belah kanan macam akan kejang tak lama lagi. Aduh. Kem Agas pun jauh lagi. Tujuh kilometer untuk ke sana bukan satu jarak yang dekat. Kalau dalam hutan, 1 kilometer makan masa sejam nak sampai.

       Perkara aku kena jaga di sini adalah pernafasan. Aku mengaplikasikan teknik khas yang aku belajar masa dulu-dulu dipanggil 'Pursed-lips breathing' atau bernafas pakai hidung hembus pakai mulut dengan cara menipiskan bibir (demo sekarang tiga kali semua). Secara ringkasnya, cara ni ada berkait dengan cara nak acid lactic, kawal pernafasan dan reduce workload of breathing by keep opening airways longer (ayat ni aku tak berapa pandai nak terangkan dalam bahasa melayu). Jangan lupa masa bernafas tu jugak, kembangkan dada seluas luasnya. Sebab tulah ramai jadi cepat penat masa mendaki ni, ramai yang pakai salah teknik. 

         Suasana gelap bertukar cerah. Lampu kepala pun masih ada yang lupa tutup. Lamanya nak sampai ke Kem Agas. Berkali-kali aku kena tanya Alex dekat belakang dah berapa jauh jarak kami berjalan.Daripada tujuh dah berpecah jadi lima orang di hadapan sekali termasuk aku. Aku rasa Koc Rizal dan Faiz duduk paling belakang. Tak jauh pun kena tinggal. Bila kami dah sampai ke Kem Agas, tak sampai seminit dorang pun sampai kemudiannya

        Bila sampai dekat Kem Agas seperti yang di duga tiada orang (lagi) berkhemah di situ. Agak hairan jugak sebab hari kami masuk tu jatuh cuti umum bagi negeri Perak sempena keputeraan baginda sultan. Mungkin adalah lah kut mana-mana kumpulan yang akan masuk lepas dah siang nanti kut. Itu tak penting.

        Agak lama jugak berehat di sini. Aku mengambil masa untuk mengalas perut dengan makan sedikit sambil mula mengemaskini log masa yang bakal dibuat agar lebih tersusun dan mudah dicatatkan. Perlu diingat kalau nak buat log ni awal-awal je biasa semangat, bila dah lama-lama, nak bukak telefon pun malas, penat punya pasal. Aku pernah jumpa dulu-dulu ada orang buat log siap tulis kertas dengan pen yang dia bawak. Satu lagi benda yang buat kita malas adalah sebab takut basah kena air. Samaada kena hujan atau masa meredah, melintas sungai. Takut telefon rosak masuk air Takut la kalau jadi apa-apa dekat telefon. Dah la macam-macam benda simpan dalam telefon.

      Untuk memudahkan cara selain nak taip (kadang-kadang bila telefon jenis skrin yang terlampau sensitif kendatipun ada air setitik dua, nak naik apa pun tak keluar; jadi typo), caranya senang jer, bila sampai kat sesuatu checkpoint, cepat-cepat ambik gambar. Bila keluar nanti, tengok je dekat gambar tu masa gambar diambil pada pukul berapa. Nampak rumit, tapi sebenrnya lagi senang. Tujuan aku buat log ni bukan nak menunjuk-nunjuk, biasanya untuk cacatan simpanan untuk rekod peribadi atau rujukan untuk lain masa kalau nak datang lagi. Kadang-kadang bila ada yang mintak, boleh juga tumpang kongsi. Obsesnya buat log ni sampai untuk Gunung Rajah sahaja aku ada lebih daripada 13 log (termasuk yang via Chamang/Kuala Kubu Baharu/ Trans Ratu). Log Gunung Nuang dengan Tumang Batak pun banyak lebih dari tujuh.

13 : Kem Sungai Jeruk

       Selepas makan, aku membuat sedikit senaman regangan ringan. Tak nak bagi badan 'cool down' cepat sangat. Nasib tak cramp tadi. Ada lah tanda-tanda. Masing-masing dah bergambar sorang-sorang dekat signboard kecuali aku. Malas entah kenapa. Muak dah barangkali. Mungkin stok dah banyak.

       Bila nak ke Kem Sungai Jeruk, barulah kena redah banyak sungai. Sebenarnya sungai tu satu je, cuma nak kena melintas je banyak kali. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Kadang-kadsng menyumpah jugak kenapa tak buat selaluan terus masa bukak dulu. Banyak kali kena melintas tu sampai aku dah tak lalu nak bilang. Dulu dah selalu sangat bilang. Tak pernah sama pulak tu. Dengan ini, bilangan muktamad yang telah aku kira adalah 36 kali kena melintas ke semua. Kiraan bermula dari Kem Agas sampai ke sungai besar-jambatan kabel besi tu, Sungai Rengil kut.

       Apa yang lebih mencabar bukan setakat nak lalu sungai, tapi nak kena fikir kat mana nak pijak. Aku yang pakai sandal ni tak boleh pijak sebarang batu sebab takut licin. Kalau boleh tak nak masuk dalam air melainkan dah terpaksa. Bukan enggan dek takut basah, tapi suhu air yang terlalu sejuk tu aku tak tahan, risau nanti kaki cepat naik kejang. Kesan khas minyak panas yang aku sapu awal-awal tadi dah tak berfungsi sebab kena lap dengan dah pun hilang.

        Jarak nak ke Kem Sungai Jeruk ni tak jauh mana pun, dalam tiga kilometer je. Alex; masih dan sentiasa (sampai balik) duduk di belakang. Sesekali aku bercakap untuk beritahu ada dahan kena elak, lubang nak kena jangkau langkah, balak kayu besar nak kena panjat. Ada sesekali masa berjalan, cahaya matahari baru nak keluar. Harap-harap cuaca baik-baik sahaja hari ni.

       Sungai kalau redah dua tiga kali jadi seronok sebab dapatlah basuh muka ke, tumpang minum air sekali dengan basuh kaki dan lengan yang berhabuk kotor. Ni, kalau dah berbelas-belas kali, aku dan yang lain-lain naik muak dah. Paling mencabar bila nak kena lalu kat tebing sungai, silap langkah boleh jatuh masuk ke dalam sungai.

     
14: Aku, Kasut & Sandal

       Semua sepakat nak rehat lama sikit dekat Kem Sungai Jeruk. Dalam masa setengah jam, aku nak gunakan sebaik mungkin masa yang ada. Mula-mula makan secukupnya. Kali ni makan makanan yang lebih berat dan tinggi kalori. Aku kena pastikan setiap empat jam aku kena makan untuk pastikan tenaga yang dijana keluar dapat di ganti semula. Kalori yang hilang di bakar, kena ditambah sebanyak mungkin

        Ada dua jenis air aku bawak. Pertama air kopi (siapa selalu ikut aku hiking mesti tau ni bekalan wajib dibawa) di dalam botol air khas dan satu lagi air bikarbonat yang diisi di dalam Water Bladder bersize 2L. Salah satunya aku akan tinggalkan di Kem Sungai Jeruk untuk mengurangkan beban, nak kurangkan tenaga nak lawan tekanan graviti yang makin bertambah bila altitud makin merendah. Papan tanda berdekatan ada menyatakan ketinggian kami kini sudah berada pada 1350meter dari paras laut.

       Selepas berfikir panjang, aku akan meninggalkan botol air kopi yang baru suku diminum. Hanya air bikarbonat je yang aku rasa mampu berikan impak yang lebih jitu untuk aku terus jauh mendaki. Bersama botol air kopi, aku akan meninggalkannya dengan ditemani sepasang sandal dan sepasang stoking yang aku sudah pakai tadi di sebalik sebatang pokok besar yang berbanir besar. Agak terlindung dari pandangan manusia, sehingga bila aku pergi letak barang-barang tersebut, diorang ingat aku pergi buang air kecil

15: Kurang Latihan, Hujan Dipersalahkan

           Sebelum bergerak, aku meminta Che Ded menampal plaster dekat belakang pinggang (sport tape). Sakit di bahagian tersebut semakin terasa dan mulai berdenyut-denyut. Dua biji panadol aku telan untuk mengelakkan diri dari terus menahan sakit yang berterusan.

        Dilema antara nak ikut ekspedisi yang masih dalam kategori medium 'rare' dan tak ramai orang buat dengan badan yang tak berapa baik kondisi. Kalau nak kata tak cukup rehat, kita semua mana pernah nak cukup rehat; ada jele alasan tak cukup tidur la, penat baru habid kerja la. Kalau dari segi training atau latihan, aku akui untuk ekspedisi ni persediaan aku dari segi stamina hampir-hampir sifar usahanya. Balik dari Gunung Batu Puteh dua minggu sebelumnya benar-benar mencabar keupayaan diri (cerita ni masih dalam pembikinan). Pertamanya, sebab Gunung tu aku buat ala-ala compress tapi hakikatnya aku dah pewai bercampur dengan penat sebenarnya. Kedua, sebelum naik Gunung Batu Puteh tu, aku dah tapau tiga puncak dekat Cameron Highland sehari sebelumnya iaitu Coral Hills (senang macam naik Gunung Lari Tembakau), Gunung Berembun dan Gunung Terbakar. Bayangkan nak tapau 3 puncak dalam masa sehari, drive seorang dari lepas subuh dari Terengganu dan tidur tak sampai sejam dekat Masjid di Tapah sebelum nak memulakan pendakian ke Batu Puteh:

15.1: Gunung Berembun

      Gunung Berembun ni aku ingat naik macam Gunung Jasar atau buat Trans Gandik (Gunung Tanggung-Gunung Bunting-Gunung Gandik), tapi awal-awal aku dah tekan minyak. Aku macam serba salah pulak bila tengok trek 'belanja kaki' macam tu. Lagipun aku naik pukul satu tengahari. Memang tak jumpa orang la melainkan empat orang mat salleh masa nak ke puncak.


15.2 Gunung Terbakar

      Turun dari Gunung Berembun di Tanah Rata, aku tak buang masa ke Habu, Ringlet nak naik Gunung Terbakar pulak. Dekat sejam lebih mencari starting point. Kalau jenis redah, memang aku bergantung info dekat YouTube je selalu. Macam-macam cabaran la nak kabo. Daripada berpusing dua tiga kali masuk-keluar, keluar-masuk ikut jalan nak Ladang Strawberi, lepas tu main parking je kereta dekat depan rumah pekerja mana asal ada tempat kosong.  Puncanya aku takut nak parking tepi jalan raya sebab dah beratur dekat sepuluh ekor anjing tengah menunggu; ada yang dah siap terbaring. Kemudian, hujan pulak turun ala-ala gerimis masa aku sampai dekat kaki kebun sayur. Mujur aku dah siap sbawak payung mini bersama, asalnya nak guna buat halau anjing kalau kena kejar (Aku pun sibuk nak cari batu, nak pelekong). Yang buat aku terhutang budi adalah dekat seorang brader bangla yang tengah kerja kat sini. Dialah yang sudi tunjuk jalan kat aku, siap tunjuk lagi bagi tahu batas sayur mana nak lalu, jalan mana kena tuju. Alhamdulillah.

     Kata beliau "Sayyyaai.. sudah lapan tahun kereja siniii.. selalu nampak itu orang naik itu gunung". Harap-harap menjadi lenggok bangla korang sambil baca 

         Nak naik Gunung Terbakar ni satu je aku nak buat kesimpulannya; panas, pacak, gayat dan menyakitkan lutut, lebih-lebih lagi masa nak turun semula ikut tangga kontrit yang selalu kita tengok  kat tepi highway tu. Sekian.

           Berbalik pada latihan semula, seminggu aku rehatkan kaki sebab rasa lutut betul-betul pejal dan keras bila nak melangkah; nasib tak ada bunyi 'poop'. Minggu kedua pula konon nak naik bukit setiap petang demi sesuap 'mileage', sesudu 'elevation tapi hujan pulak asyik turun je setiap pada minggu tu. Aku pun jadi malas. Makanyan, Monsun Timur Laut pun bermula. Jadi untuk ekspedisi kali ni, aku berserah dan tawakkal je la, apa nak jadi, kita hadap jela. Tengok apakah)  (lagi) kaki aku mampu lakukan.


16: Siput Bukan Sebarang Siput

       Jangan ingat tajuk ni ada kaitan dengan aku jadi lambat macam sibuk sebab kaki aku tak bagi kerjasama. Sama sekali tidak. Lambat pun tidak. Setakat ni padu lagi. Aku cuma nak dedikasikan bab ni pada seekor siput yang amat istimewa kami jumpa iaitu Siput Api; bukan siput babi.

        Ceritanya macam ni, lepas kami bergerak dari Kem Sungai Jeruk, semua dah sepakat nak ber-regroup dekat Kem Balak Pecah. Diorang ni masih nak gunakan khidmat aku untuk duduk paling depan lagi walaupun aku dah nak mengalah, macam aku pernah datang. Memang pernah lalu tapi bukan masa datang. Trek nak ke Kem Balak Pecah pulak jenis nak menaik je. Kaki aku dah terasa-rasa perit dan lenguhnya, terutamanya pada bahagian betis. Biasa. Walaupun dah pakai kasut trail kayangan, tapi sedikit pun tak memberikan anjakan paradigma. Sandal dengan botol air yang aku tinggal dekat belakang pokok di Kem Sungai Jeruk, harap-harap aku tak terlupa nak ambik semula masa balik nanti.

       Alex yang berjalan di belakang aku kian lama kian berjarak. Sesekali aku curi pandang ke belakang agar tak jauh tertinggal. Nak cakap yang aku masa menaik padu (lagi) sebenarnya. Nak  tengok jugak sapa dah tekan minyak dan pulas enjin laju-laju. Setakat ni macan semua boleh tahan layan bukit. Aku pun tak lah laju mana. Entah macam mana, apa puncanya, sedar-sedar aku dah berborak dengan Faiz yang tiba-tiba duduk dekat belakang aku. Macam-macam benda la kami berborak tetapi semuanya berkisar pasal hiking je la. Yang lain mendengar je.

         Borak punya borak, aku berhenti bila nampak sesuatu tak bergerak berwarna sangat mengusik pandang. Warn merah bercampur jingga dan ia adalah seekor siput. Besar. Tak pernah tengok siput secantik dan sebesar ni seumur hidup, apatah lagi sepanjang karier mendaki gunung ganang ni. Ahaaa, barangkali spesies baru ditemui. Untung-untung keluar suratkhabar bertajuk 'Tujuh pendaki menemui spesies .....bla..bla..bla". Kalau ikut lojik macam tak mungkin ada siput ditempat sesejuk ini. Ataupun aku je tak tahu memang ada. Bukan aku je tak tahu, dorang pun tak pernah jumpa.

       *Setelah gigih membuat kaji selidik demi sesuap konten dalam manuskirip ni, ini hasil pencarian; dikatakan yang siput bernama Siput Api. Hanya boleh ditemui di Cameron Highland dan pertama kali ditemui di Tenom Valley pada tahun 1938. Spesies ini sangat-sangat-sangat jarang ditemui dan tidak boleh dibiakkan didalam kurungan kerana tidak boleh dikeluarkan dari habitat semulajadinya (cepat mati). Nama saintifiknya adalah Platymma tweedieie.

         Apa lagi, ambik gambar la, buat kenangan.


17: Kem Balak Pecah, Berpisah Tiada

       Sebelum nak sampai Kem Balak Pecah, dua kali jugak la berhenti, pertam sekali, yang dekat tempat jumpa siput, secara kebetulan alang-alang dah jumpa siput. Kedua,  ada dekat tempat agak lapang sikit sebelum nak sampai ke Kem Balak Pecah lepas tu. Bukanya apa, lepas ni nak ke trek yang lagi pacak dari tadi. Pacak-pacak pun masih mampu lagi meyembang. Padahal, nafas dah tak tentu arah dah.

         Seumur hidup, aku tak pernah berhenti dekat Kem Balak Pecah. Kalau nak dekat-dekat sampai tu, cepat-cepat lari, memang tak pandang dah kiri-kanan. Cuma tutup mata belum buat lagi. Mungkin aku banyak dengar cerita-cerita mistik orang duk cerita dekat situ. Tu yang buat terpengaruh takut sama tu. Ada yang kata ada kaitan jugak dengan cerita si Hasan Ayat yang hilang tu (hingga kini  beliau masih tak dijumpai sejak hilang tahun pada 15 Februari 2009).

         Aku rasa pernah la sekali masa tu, aku buat solo (2019), nak pendekkkan cerita, hari yang aku masuk tu, boleh dia buat tak jumpa orang dekat trek. Mengharap jugaklah jumpa orang puncak Yong Yap, boleh la ada yang tolong ambik gambar ke. Tup-tup, dah turun balik nak hingga nak sampai Kem Agas, barulah jumpa orang; manusia!!. Dah la,masa nak dekat lalu Kem Balak Pecah aku dah rasa meremang bulu roma, dah bau semacam jer. Apa lagi aku terus pasang enjin turbo kuasa kuda lari tak cukup tanah. Nasib la masa tu siang. Boleh pulak masa tu, aku masa aku lalu dekat kawasan yang agak lapang tetapi sedikit suram sebab teelindung dengan cahaya masa dah  lepas Kem Balak Pecah tu, macam ada kelibat orang duduk bersila atas batu. Walaupun hanyalah sebuah bayangan, tetapi bayangan itu masih menghantui aku sehingga kini (disaat aku menulis ini, aku masih terbayang kelibat tu duduk atas batu tu). Dalam kepala aku cuma cakap, janganla Hasan tu nak muncul depan-depan aku. Dahla aku sorang-sorang.

        Kalau tak kerana ramai hari ni, tak mau pun aku nak singgah. Kalau tak kerana penat, tak mahu pun duduk bersama. Sungguhpun begitu, sungguh lain benar rupa kemsite ni. Luas (walaupub dulu lalu tak pandang kiri-kanan, tapi masih curi-curi tengok sekeliling sepintas lalu). Dah boleh buat bermalam. Kesannya, ada kawasan orang buat unggun api. Baru tak baru, lama pun tak lama. Beraninyq mereka-mereka ni sungguh .

         Suku jam kemudian kami bergerak semula. Apa yang dibincangkan masa berehat tadi adalah kami semua atau setiap orang kena bukak mata untuk cari dimana simpang masuk nak trek Gunung Berhid dan Aler. Semua tak pernah sampai. Masa mula-mula Koc Rizal bukak iklan, aku ingat dia dah pernah pergi. Aku ni lagila tak tahu, celah mana simpang nak kena potong, nak ke masuk. Dulu, Farid selalu cakap kat mana akan jumpa simpang tu tapi aku tak ambik endah sebab macam tak mungkin aku akan pergi kut. Sebabnya, tak boleh nak compress kalau dengar beliau cerita.

        "Trek jauh Mir" katanya.


18: Simpang YY dan Kem Potong,

      Semakin kami meninggi naik, semakin berubah kawasan persekitaran. Perubahan paling ketara yang boleh ditengok adalah bentuk muka bumi; sejenis gunung tua, lebih lembap dan tidak kasap. Hutan pun sudah mulai berkurangan  ketebalannya dengan bentuk pokok-pokok yang semakin kecil, rendah dan kian dipenuhi dengan lumut atau popularnya; mossy. Inilah saat yang aku nantikan. Sambil hiking, kita layan keindahan alam. Pokok-pokok yang ditumbuhi dengan mossy atau lumut makin memenuhi di setiap langkah. Deruan air sungai dari Kem Sungai Jeruk semakin menghilang bunyi arusnya.
      
      Begitu juga dengan kaki yang dah makin berat nak melangkah, makin lenguh dan bila-bila masa je aku rasa akan kekejangan. Tadi bukan main kencang bersembang dengan Faiz. Bergegar satu hutan dengar. Aku rasa macam dah tak boleh nak laju jalan. Aku bagi je kat sapa-sapa nak potong jalan dulu. Lagipun, kalau laju-laju sangat takut terlepas simpang masuk ke Kem Potong nanti. Aku masih mengharap jadi orang pertama yang jumpa simpang tu. Tak sampai pun lima minit lepas tu, dengar suara orang depan menjerit kata dah jumpa simpang masuk. Apa lagi, masing-masing cepat-cepatlah jalan. Bila sampai kat simpang tu, ternyata ada kesan tinggalan takik dah pun hilang (Dalam gambar contoh aku da tengok , masih cantik garisan dibuat). Adalah sikit lagi kesan yang mungkin orang yang tertutup hijab tak mungkin mudah nak cam. Mungkin tak nak bagi orang lain tersesat masuk barangkali. Bagi aku, kalau ikut trek dari atas memang susah sikit nak cam pun simpang ni, lagipun kedudukaknnya memang betul-betul potong di tengah jalan. Aku menanda dengan sehelai plastik sampah hitam yang aku bawa asalnya nak guna buat baju hujan atau 'alat pelindung kecemasan ketika sejuk melampau' bagi orang belakang cam trek masuk. Tak jauh dari simpang masuk, kira-kira dalam 20 meter  dihadapan, ada signboard dan tempat lapang bertajuk "Simpang YY-Kem Potong".
Apa lagi, bergambar kenangan la. Ternyata, kumpulan pendaki yang baru aku sertai ni nampaknya jenis suka jugak berhenti ambik gambar sekeping seorang. Lepas sorang demi sorang berganti posisi dan tugas ambil gambar. Bagi aku tak kisah, tapi jangan lama-lama sangat. Takut melambatkan perjalanan. Tugas aku pula, dari tadi sibuk membandingkan antara tentatif asal dengan log masa yang kami buat (Kalau dah hantu log). Setakat ini, kami masih mengikut pelan yang di rancangkan iaitu nak keluar sebelum malam. Namun, kami tidak menolak sebarang kemungkinan akan ada perubahan lebih anjal jika faktor cuaca  akan memburukkan keadaan.


19: Kem OGKL-Last Waterpoint

       Selepas bergambar, aku pun bergerak bersama-sama Alex untuk menuju ke Kem OGKL. Che Ded duduk paling hadapan dengan Wan. Menurut pembacaan aku, ada anak sungai di Kem OGKL nanti dan ia  merupakan punca air terakhir kami selepas nin Trek nak menuju ke Kem OGKL ni aku tak berapa suka sebab hampir 95% treknya hanya menurun dan juga licin nak mampus. Beberapa kali jugak kaki aku nak tergelincir bila terpijak tanah, akar atau kayu yang licin. Memang nampak mudah dan bahagia awalnya, seronoklah sebab kena turunkan, tetapi anda kena ingat masa nak balik nanti hazabnya macam mana. Masa balik, kena naik balik, macam mana turun, macam tu lah naiknya. Dahla masa balik tenaga dah tak banyak tinggal. Ada kesan tanah runtuh di lereng semasa menuruni trek dapat dilihat begitu besar sekali. Mujur tak kena dekat trek lalu. Bila intai tengok, tinggi punya gaung dekat bawah tu.

        Kami sampai di Kem OGKL pada pukul sebelas pagi. Di sebelah kanan ada sebuah anak sungai mengalir, selebar satu meter dan lebih. Cantik juga sungai ni  Ada banyak batu yang ditumbuhi lumut hijau, air pun jernih warnanya. Beberapa orang mengambil air selepas dimaklumkan yang itu adalah punca air yang terakhir kami. Bekalan air aku masih cukup, lagipun aku bukan jenis kuat minum air dan keluar peluh.

        Kemsite ni kalau jenis penginapan tiga hari dua malam, maka sesuai dijadikan tapak perkhemahan walaupun kelihatan agak bersemak kerana memang jarang dimasuki orang. Aku dapat tahu yang esok akan ada satu kumpulan nak buat dayhike compress juga. Pendaki kontroversi katanya.

        Kami bergambar lagi di Kem OGKL atau nama panjangnya iaitu Orang Gunung Kuala Lumpur. Nampak macam mereka di dah ketandusan idea nak letak nama checkpoint tetapi bagi aku tak perlu nak dipertikai kenapa dan mengapa di namakan sebegtiu rupa. Kenapa nak letak nak letak nama persatuan atau kelab sendiri  Kalau nak didiskusikan mengenai sumbangan kelab rekreasi OGKL terhadap perkembangan industri pergunungan di Malaysia ni, aku rasa setakat letak nama di kemsite ni (walaupun mungkin individu atau wakil tertentu yang sendiri menamakan) sudah cukup sebagai satu tanda penghargaan. Beberapa nama besar dan otai-otai lama kalau nak dinyatakan di sini juga seperti OG (Orang Gunung), Karak Outdoor, SOS dan sebagainya.

           Bab nak beri nama dekat suatu tempat atau kemsite atau checkpoint aku tak ada info dari segi sejarah dan maklumat bagaimana dan mengapa diberi nama sedemikian. Biasanya cerita dari mulut ke mulut. Walhal, aku pun pernah bubuh nama satu checkpoint yang hingga kini diguna pakai iaitu Kem Duit di trek nak ke Gunung Tumang Batak/Trans Slim (Dulu aku letak duit sekeping RM1.00 didalam zip log bag. Kini dah ada plastik laminate siap-tengok gambar zaman muda aku). Checkpoint ni penting sebab, dekat situ kita nak berkumpul semula, kat situ nak berehat dan kat situ jugak kita nak tentukan dan anggarkan sejauh mana satu checkpoint ke checkpoint yang lain.

     
20: Puncak Bonsai

         Cabaran sebenar pendakian hari ini adalaah bermula di sini. Dari Kem OGKL, kami mula kena mencari trek nak ke Gunung Berhid.. Nampak seperti ada dua tiga trek namun trek yang kami ikut adalah di sebelah kanan mengikut arah sungai ke hilir sedikit. Nampak gaya macam kena merintis jugak la jawabnya. Trek semakin lama semakin tertutup dengan semak samun, makin banyak kena lalu batang balak tumbang yang membuatkan trek jadi tertutup. Kami kena mendaki melalui lereng gunung yang amat curam dan bertanah amat licin. Che Ded duduk paling depan dengan tugas menakik dan menebas dilaksanakan dengan tekun sekali. Hampir tiada langsung tali tape yang kebiasanya dipasang, kalau ada pun sudah begitu reput. Tu menandakan dah lama orang tak lalu. Ada satu group masuk hari tu, tapi 3 bulan lepas tak silap aku (group Kak Long dan PSP nya)

         Mata kena betul-betul kena  tengok atau cari tanda takik lama pada pokok. Trek pulak tak berapa jelas. Ada jugak waktunya kami terlajak ikut trek binatang dan terpaksa berundur semula. Aku tak boleh nak bayangkan macam mana orang yang buat V3 (Trans Titiwangsa Versi 3) lalu ikut trek ni. Tak boleh terima di akal. Sepanjang-panjang trek ni ada satu tali je sebesar jari kelingking dipasang dan aku lupa tali tu dekat trek nak ke Puncak Bonsai atau nak ke Puncak Berhid, namun kewujudannya hanya menunjukkan bukti yang ada orang pernah lalu di situ suatu masa dulu. Yang pasti impaknya membantu proses pendakian ini walaupun sekelumit jua.

       Pergerakkan mendaki dirasakan amat perlahan. Aku cuba untuk tidak berlengah-lengah dengan berhenti setiap tempat nak ambik gambar. Kawasan berlumut mossy semakin menebal. Mata aku begitu asyik melihat grafiti alam semula jadi yang terbentuk melukis permandangan seolah-olah belum lagi terusik. Banyak kali kami tertipu dengan puncak-puncak tipu dihadapan. Disebelah kanan, mula kelihatan puncak Gunung Yong Yang yang diliputi oleh kabus tebal. Dihadapan kami pula, semakin menghampiri sebuah puncak yang aku jangkakan adalah puncak Bonsai. Aku ingatkan nak ke puncak bonsai ni 'senang' je. Sama sekali aku tak  sangka boleh tahan mencabar jugaklah. Ni baru mukkadimah, belum cerita lagi trek nak ke Gunung Berhid dan Aler. Bila dilihat pada ketinggian dari atas laut, rupanya Puncak Bonsai dah setinggi hampir 1850 meter. Patutlah nak sampai puncak ni pun hazab nak mampus. Misi belum sampai separuh jalan lagi

          Akhir kata, kami semua sampai di Puncak Bonsai pada pukul 1150 pagi. Dah tujuh jam dah kami berjalan hari ni. Semua sepakat nak berhenti berehat sambil menikmati keindahan gunung ganang yang terbentang saujana mata memandang. Cantik, tu je boleh aku cakap setakat ni. Rindu betul nak datang kat gunung macam ni. Empat tahun dah tak datang.

         Pelbagai puncak-puncak gunung di sekeliling dan yang paling menjadi tumpuan adalah puncak Gunung Yong Yap yang nun tinggi di sebalik kabus dan awan tebal. Sesekali terbukak di tiup angin. Gunung Bubu dan Gunung Tok Nenek nampaknya terlindung di sebalik Gunung Yong Yap yang maha tinggi. Mata aku mula menetapkan lokasi puncak-puncak gunung yang bakal kami tuju nanti sambil menunjukkan dekat mereka di situ arah kita nak pergi. Seperti dalam susunan tiga beradik, paling hadapan kelihatan puncak Berhid, diikuti oleh puncak Aler rendah sedikit dan paling bongsu dan paling kecil saiznya iaitu puncak 1688. Nampak macam tak jauh, kata Ayie (V3), 10 minit je dari puncak Aler nak ke puncak 1688. Budak V3, kena percaya. Sifu.

       Bahang panas mula terasa di puncak Bonsai yang dipenuhi dengan batu batuan. Menambahkan dan membuatkan rasa lagi panas. Disebabkan kekurangan pokok-pokok yang tinggi dan tebal daunnya, kami terpaksa mencari kawasan tempat berlindung yang agak sempit. Sempit tu kalau nak bergambar kena suruh orang lain kena berganjak tepi sikit. Aku rasa kalau gagal sampai mana-mana gunung hari ni aku dah rasa puas hati. Puncak Bonsai ni terlalu lawa. Aku ingatkan permandangan di puncak Bonsai ni dah cukup mengagumkan tetapi ada lagi yang lebih mengagumkan dari itu

        Sebaik sahaja kami beredar nak ke Gunung Berhid, kami akan lalui bonsai yang sangat tebal, banyak dan rendang. Ada kawasan yang memang kena merangkak (oh pinggang aku!) atas bawah nak bagi lepas badan. Kalau nak lalu tu kena fikir dua tiga kali jugak macam mana nak lalu. Kalau salah tergelincir boleh jatuh gaung.

         Kami bagai meniti jambatan batu semula jadi selepas itu dengan kiri kanan adalah gaung yang sangat curam. Trek kawasan permatang sejauh mungkin 50 meter ini dipenuhi dengan pokok pokok bonsai yang amat cantik dan aneka warna. Aku tak tahu macam mana nak terangkan dan ceritakan, cantik giler la senang cerita. Rasa macam masuk dalam alam lain je. 'Healing' pun tak macam ni dapat. Orang kata Puncak View dekat trek V2, view die pun ohsem jugak; 360 darjah katanya. Itu aku tak tahu sebab tak pernah pergi. Aku rasa permandangan kat sini dah cukup memadai. Mungkin dorang pun tak pernah datang sini lagi. Tak tergambar dengan kata-kata.

        Sebaik sampai di situ, aku terus melupakan niat nak sampai awal ke puncak seterusnya (hajat kononnya nak keluar siang kan). Nak duduk berlama-lama sikit lagi dekat sini. Menikmati permandangan dan ambik gambar puas-puas, banyak-banyak. Setakat ni Alex je rajin ambik gambar aku (maaf Alex, semua gambar kau ambik aku tak puas hati bila tengok balik). Bukan aku je, semua yang dekat belakang pun sama. Ligat beraksi nak bergambar. Dekat 15 minit jugak berhabis masa duduk sini. Kalau tak kerana bahang panas dengan nak kejar puncak, nak je aku duduk sini lagi sejam. Bagi aku baik bergambar je dulu. Nanti masa balik lalu semula dekat sini, mesti tak ada hati nak ambik gambar. Penat.



21: Simpang Berhid

        Aku dah cakap dekat Alex masa nak turun dari Puncak Bonsai ke Simpang Berhid nanti mesti dorang akan sesat atau terlajak dekat trek kami lalu tadi .

        Selepas puas bergambar dekat puncak bonsai dan di sepanjang-panjang permatangnya (kalau ikut hati memang tak puas. Ni sebab satu apa puncak gunung tak sampai lagi), kami pun bergerak turun.  Kalau sorang tak pergi, semua takkan ikut pergi. Panas pulak lama-lama duduk kat atas batu puncak bonsai. Aku masih duduk dekat depan sekali. Trek selepas tu hanya menurun dan menurun melalui denai lumut yang samar-samar.      

         Ada dua tiga trek yang kelihatan macam laluan jugak, mungkin trek lama yang sudah tidak dilalui atau trek binatang yang hanya binatang boleh guna. Aku cuba buat atau tinggalkan tanda tapi agak sukar bila keadaan sedang menurun dan Alex yang duduk di belakang agak rapat kedudukannya dengan aku. Aku hanya menguis tanah yang lembut bagi meninggalkan kesan tapak kaki memandangkan tapak kasut aku berbentuk agak tajam dan runcing. Berbelah bagi jugak, antara sayangkan kasut jadi rosak atau dengan sayang kawan-kawan takut tersesat.

       Bila dah sampai dekat Simpang Berhid, terdengar suara orang paling belakang sekali memanggil manggil tanya ikut trek mana. Macam suara Angga dengan Faiz (dorang berdua sampai balik berjalan berdua je). Mesti tak jumpa trek yang kami dah lalu. Aku dah rasa dah mesti dorang akan tersasar ke trek binatang yang aku cakap tadi. Mata memang kena tajam sikit lalu dekat situ atau mana mana pun. Kena selalu peka pada sekeliling.

       Aku rasa dorang ikut trek aku lalu tadi iaitu trek binatang. Nasib aku jumpa balik trek asal, tu pun potong masuk semak. Yang lain termasuk aku hanya tunggu dekat Simpang Berhid dulu. Koc Rizal je sanggup berjalan ke belakang semula nak cari mereka. Nasib ada signboard dekat sini, kalau tak boleh terlajak trek dekat depan sana. Macam terang jugak laluan dia. Mungkin hanya kawasan laluan air. Nak pergi tengok sambil tunggu semua sampai kat simpang tu dah rasa malas pulak. Trek seterusnya kalau tengok dari bawah Simpang Berhid ni menaik pacak je

       Disebabkan juga Simpang Berhid ni terletak dekat lembah (ada macam lopak-lopak air dan pokok pisang hutan berlambak tumbuh), aku rasa kalau nak jerit kuat-kuat macam suara tu tenggelam dan tak berapa nak bergema. Aku pun cuba la naik perlahan-lahan sikit demi sikit dekat kononnya nak bagi diorang dengar suara kami dan ikut mana arah suara kami datang. Padahal aku nak cepat-cepat sampai puncak. Masalahnya yang lain pun ikut jugak. Lepas rehat tadi, rasa macam bertenaga balik badan. Dah seronok badan panas semula takkan nak berehat pulak. Nanti jadi lembik balik.


22: Puncak Berhid (1930m)

        Dekat lima minit jugaklah nak berkumpul semula dekat simpang tu. Bergabung semula.

      Ok. Dalam banyak-banyak trek atau sepanjang-panjang trek dalam ekspedisi ni, aku bagi trek dari Simpang Berhid ke Puncak Gunung Berhid gred A+. Semua lengkap pakej ada. Jarak sangat jauh, gak-agak dalam 3.67km sahaja dari Puncak Bonsai hingga ke Puncak  Gunung Berhid. Dengar macam dekat, tapi kalau kita berjalan dekat atas gunung yang dah rata-rata ketinggian dah lebih 1500-1600 meter dengan keadaan permukaan tanah tak sekata, ada turun naik kira-kira sifir mudahnya tak mudah.

        Makin kami jalan menaik, makin lama makin sakit bahagian kangkang belah kaki kanan aku. Ini tandanya kaki aku dah capai tahap maksimun dia. Bila lama tak buat compress atau long distance hiking macam ni, 'muscle memory' dah banyak hilang. Tambahan lagi, 'training' pun hanya dapat naik bukit seminggu sekali dua. Mana nak cukup. Setakat ni hanya mampu bertahan selagi boleh. Tongkat kayu yang aku cari dan jumpa sebagai alat membantu memudahkan pergerakkan naik.

          Seterusnya, trek nak ke puncak semakin banyak lalu dekat banir akar atau batas-batas yang lebih tinggi. Kena angkat kaki lebih tinggi dan setiap kali nak angkat kaki, aku mesti kena tahan rasa sakit pada bahagian kangkang tu. Perit kalau nak cerita. Untuk kurangkan sakit jugak, aku akan guna tangan untuk angkat peha kaki kanan kaki kanan aku atau tarik seluar untuk bagi melangkah dengan mudah sikit, setiapkalinya. Bila diingatkan balik memang sadis betul.

         Treknya walaupun bukan berstatus gunung baru tetapi masih kurang komersil atau kurang orang masuk Trek pun samar-samar. Denai lama tu ada, tapi kalau setahun 3-4  kumpulan je yang masuk memang susah la nak kesan semula laluan nak terbentuk. Banyak tanda yang dibuat bersifat sementara atau dah hilang. Kami merupakan kumpulan keempat yang masuk ke gunung berhid dan Aler tahun ni (termasuk V3).
     
            Trek yang makin menaik melambatkan lagi pergerakkan. Banyak kali jugak kami tertipu dengan puncak serupa macam puncak tipu di hadapan. Ingatkan dah makin terang nampak langit, dah sampai, tapi asyik kena tipu je. Samaada turun balik atau trek menyimpang ke belah lain. Semua dah layan mental sendiri. Masing-masing dah semakin perlahan. Kami langsung tak berhenti bergerak dari tadi. Semua sepakat nak berhenti dekat puncak je. Mungkin dah lama sangat berhenti dekat Puncak Bonsai Masa dah nak makin suntuk. Harapan nak keluar sebelum malam semakin tipis rasanya. Semakin menghampiri puncak, semakin banyak mossy kelihatan. Makin cantik dan seram sekaligus. Memang tak puas mata memandang. Kiri kanan pelbagai rupa terbentuk tapi langsung tak terdetik kami nak berhenti ambik gambar. Dalam kepala aku nak sampai puncak je. Kat puncak baru ambik gambar. Nanti dah berhenti dekat tengah-tengah trek, semua nak berhenti. Lepas tu jadi malas nak jalan balik.

        Berapa pun tinggi gunung ni aku langsung tak jangka boleh setinggi lebih 1900 meter. Aku tak pernah tahu dan nak ambik tahu berapa tinggi gunung ni. Datang hanya nak kejar puncak-puncak baru. Esok nak naik Gunung Semanggol lagi. Lusa pulak nak naik Gunung Kerunai. Jahanam la kaki nanti. Mula-mula, aku anggarkan dalam 1700-1800 meter je, samalah kut macam naik ke Gunung Bubu dengan Gunung Tok Nenek yang ada sebelah dah boleh nampak jauh sayup-sayup. Bila sampai dekat puncak, dah tengok signboard sendiri, barulah aku tahu dan sedar yang puncak Berhid ni dah dekat lebih 1900 meter dari paras laut (1930mdpl). Patutlah rasa lain macam susah. Semua gunung atau bukit ada susah tersendiri, tapi Berhid ni lain macam susah dia. Jauh dan susah.

        Kedudukan puncak agak tersembunyi di sebalik pokok yang agak rendang. Memang kalau dari bawah takkan nampak yang dah nak dekat sampai puncak. Walaupun dah sampai waktu tengahari, suasana kat puncak agak redup. Semua tempat. Boleh nampak macam embum dan titisan air dekat mossy di pokok-pokok. Puncak pulak sangat kecik saiznya, kalau nak, bentang groundmate pun tak muat nak duduk semua, jauh sekali nak selesa dengan keadaaan tanah tak begitu rata permukaanya. Masing-masing dah ambik posisi kawasan nak baring. Penat  dan mengantuk pun ada. Dekat sejam jugak berjalan tak rehat. Aku rasa mengantuk ni lebih kepada efek atau kesan berada pada altitud tinggi dan kurang oksigen. Mana taknya, bernafas pun macam seladang.

        Baru je nak baring dan cuba lelapkan mata, turun hujan rintik-rintik. Pada mulanya aku ingatkan disebabkan kabus yang datang bersilih ganti yang mana mekanismenya membentuk titisan air persis air hujan. Mula-mula tak lebat, lama-kelamaan tak jadi macam hujan betul. Harap-harap sekejap jela hujannya.

         Kami semua cepat-cepat angkut beg berpindah masuk ke dalam kawasan semak yang dipercayai mampu menghalang dari ditembusi air hujan. Ada yang dah siap bukak dapur nak masak air pun ada. Ruang dalam semak tu makin jauh masuk, makin seram dan gelap tengoknya. Hujan jadi makin lebat. Aduh.   

         Kami ingatkan nak tunggu hujan reda sikit baru nak gerak ke Gunung Aler. Sambil tu, kami makan tengahari. Kira ni macam 'big break' jugaklah. Kali terakhir aku makan rasanya dekat Kem Sungai Jeruk. Sambil makan, kami sembang-sembang merencanakan plan seterusnya. Semua tak pernah pergi atau sampai. Aku berharap pada log yang aku dapat. Infonya dekat situ jela. Cuma info nak ke Puncak 1688 je tak ada. Tak ramai yang pernah sampai atau buat 3 puncak sekaligus. Ramai ingat puncak 1688 tu jauh. Kata Ayie, 10 minit je dari puncak Aler.

         Semua pun sepakat nak tinggalkan beg dekat Puncak Berhid. Aku dah selimutkan beg aku dengan plastik sampah sebaik mungkin. Katanya jugak nak ke puncak Aler dengan puncak 1688 tu dekat je. Lagipun kalau bawak beg, buat basah beg je. Lagi berat jadi beg nanti. Cuma yang aku bawak adalah telefon yang aku bubuh dalam beg khas kalis air. Harap-harap tak masuk air. Sejak hujan tadi aku dah siap-siap pakai sweater yang tak berapa nak kalis air dah. Lepas tu sarung poncho untuk tambah gaya.


23) Puncak Aler (1779m)

      Aku, Wan dan Che Ded jalan dulu. Kami dah tak tahan tunggu lama-lama. Makin lama makin sejuk badan. Hujan pun agak renyai-renyai lagi turun. Kali ni trek banyak menurun pula. Bila menurun, mesti ada yang kena naik balik. Kami ikut je takik yang tak berapa nak ada. Kawasan dekat sini di penuhi dengan mossy dan pokok-pokok buluh kerdil. Kena hati-hati jugak sebab ada pokok macam nipah yang ada duri berjurai-jurai panjang.

          Masa naik ke Berhid tadi aku duduk paling depan. Kali ni pula aku nak tukar formasi, aku nak duduk belakang Che Ded dengan Wan. Masa turun laju je dorang. Aku malas nak kejar. Aku ikut je jejak dorang. Betul-betul terasa sakit lutut masa nak turun. Kali ni kena jaga langkah sikit. Trek dah basah dan licin. Dah jadi laluan air macam air terjun turun. Silap-silap boleh tersembam jatuh. Hujan lebat dah macam acara berganti-ganti dalam guni, kejap laju, kejap berhenti. Poncho yang aku pakai ni setakat agak berfungsi dengan baik. Aku bawak ni pun sekadar buat pelindungan tambahan je. Pernah sekali je aku pakai poncho baju hujan macam ni; masa naik Gunung Bintang (2018) dulu. Habis koyak rabak kena dahan dengan duri pokok. Berlencun jugak basah.

          Puncak Gunung Aler yang berada di hadapan kelihatan macam dekat je. Macam. Aku hanya mengikut jejak Che Ded dan Wan yang kejap hilang kejap muncul. Tak jauh mana kena tinggal bila nampak pergerakkan ada dekat depan dengan suara-suara orang bercakap. Sesekali aku menjerit memanggil sebagai isyarat ada orang di belakang. Bila trek mula mendaki, aku perlahan semula melangkah. Kali ni teknik 'One step at the time', maintain pace dan control segala macam jutsu pernafasan aku pakai.  Risau kaki kejang je sejuk gini. Aku tak pasni mereka yang selebihnya di belakang dah gerak belum. Tak ada dengar langsung suara memanggil. Aku cuma tunggu suara orang depan jerit dah kata sampai. Bila dah dengar suara dorang kata dah sampai aku cuba untuk jalan dengan cara yang terpaling biasa sekali, padahal dalam hati dah teruja, dah tak sabar nak sampai. Gunung pertama kedua pulak hari tu.

    
         Hujan masih lagi turun. Sampai di puncak Aler mereka berdua sedang bergambar. Terlalu kecil puncak ni. Cukup memuatkan 10 orang sahaja jika ingin duduk dengan selesa. Keadaan puncak sangat bersih, seolah-olah tiada langsung jejak orang pernah sampai. Kami bertiga bersilih ganti bergambar. Demi sekeping gambar, susah payah aku bukak poncho dan pakai semual poncho secara jangan koyak.

24) Puncak 1688

         Kami tak berhenti lama pun di puncak Aler. Nak terus ke Puncak 1688. Lagipun kalau berhenti basah jugak kena hujan. Baik berjalan dari berhenti, hangat sikit badan jadinya. Kata Ayie V3, jarak nak ke puncak 1688 ni hanya ambil masa 10 minit je. Kalau pakai formula 10 minit aku ni hendaknya  bersamaan dengan kali tiga lagu habis atau bersamaan dengan sekali dengar lagu November Rain's Gun N Roses tu umpamanya. Dah alang-alang sampai sejauh dan serabak ni, apalah sangat Puncak 1688. Masa dekat Puncak Bonsai tadi, aku bajet tak jauh manapun puncak tu dari Aler ke 1688. Cuma kalau 10 minit para hikers ni kebanyakkannya tak boleh nak dipercaya; 10 minit pun boleh jadi sejam dua jam.

       Aku biar Che Ded dengan Wan jalan dulu lagi sementara nak pakai semula poncho ni.  Bila aku dah gerak pun, yang lain masih belum tiba lagi. Baru seminit jalan, yang di depan dah menjerit. Bunyi gembira macam dah sampai. Eh cepatnya betul dah sampai. Mana sembilan minit tu lagi pergi. Lepas tu dorang jerit cakap silap, puncak tipu. Aku dengar je dorang jerit terus bukak langkah berlari. Sampai-sampai ada signboard. Rupanya jumpa signboard Simpang Junction V3; laluan budak-budak yang buat V3. Menyesal pulak berlari tadi. Kaki dahlah sakit. Baru je gerak semula, dorang sekali lagi jerit cakap dah sampai. Aku dah malas nak percaya dah, yang sepuluh minit tu pun belum tentu boleh percaya. Aku bejalan macam biasa. Mengah nafas berlari tadi tak hilang lagi walaupun dah sampai Puncak 1688. Ya, memang dah sampai Puncak 1688. Memang tak sampai 2 minit pun dari Puncak Berhid.

        Puncaknya lagi kecik dari puncak Aler. Nak bergambar ramai-ramai memang susah nak 'setup'. Hujan pun turun balik masa sampai sini. Kami dah lali dengan hujan. Dalam hati memang malas nak ambik gambar, tetapi sebab dah tak mungkin akan datang lagi buat kali kedua, kenalah bergambar jugak untuk stok dan konten masa hadapan. Tiga meter di kawasan belakang signboard ada ruang yang lebih luas tetapi agak menurun permukaan tanahnya. Ada sudut agak terbuka ruang udaranya jika anda pergi lebih jauh dan ada trek begitu menurun sayup ke bawah yang aku yakini adalah trek nak ke Gunung Kuar dan Surian seterusnya (Trans Kuar/ Trans TNT Lower). Mat cakap nak ke Kuar terlalu jauh, boleh makan masa sehari suntuk jugak.

        Aku saja nak cuba intai tengok, memang tak ada gunung kat depan bermakna trek ni akan menurun sampai ke lembahnya. Tak jauh dari puncak 1688, anda boleh nampak ada rumah hijau dari kebun sayur yang agak berskala besar saiznya. Aku yakin 10 ke 20 tahun akan datang nanti, mungkin saiznya aman makin menghampiri kaki gunung nanti atau tak mustahil jika Gunung Aler dan Berhid boleh dinaiki melalui kebun sayur tersebut. Tak mustahil.

25: Balik

         Pukul 14.27 petang baru kami sampai di puncak Aler, setengah jam kemudian di puncak 1688 dan pada pukul 15.15 petang bergerak untuk nerpatah pulang. Ahli pasukan yang lain tiba kemudiannya dan kami bertiga bergerak balik semula ke Puncak Aler. Masa bertembung dengan yang lain tu, dah pesan nak ambik gambar semua satu kumpulan dekat puncak Aler. Pada masa yang sama jugak, tak nak dorang lama-lama sangat di puncak 1688. Misi nak keluar sebelum malam dah jadi bertukar ke misi nak keluar dari trek Aler-Berhid sebelum malam dah. Tak sampai seminit pun nak sampai semula dekat puncak Aler.

         Hujan masih renyai-renyai. Bila semua dah sampai, telefon Alex jadi mangsa untuk bergambar Aku dah malas nak keluarkan telefon. Hujan berterusan turun. Aku sekadar sumbang kepakaran macam mana nak ambil gambar sendiri. Aku hanya guna tongkat aku sebagai kaki atau monopod dan mengikat kemas dengan kain bandana yang selalu aku pakai di tangan kiri agar jadi jatuh. Dah biasa. Selalu pakai teknik ni. Selit celah pokok pun selalu.

          Bergerak balik pun formasi macam biasa. Aku masih belakang Che Ded dengan Wan. Kali ni trek banyak menaik lepas turun dari puncak Aler. Kaki aku dah rasa sakit kedua kepala lutut. Ditambah lagi sakit dekat celah kangkang. Aku kena berhati-hati dan terus berjaga-jaga. Kalau jatuh habis susah nak bangun. Tak nak menyusahkan orang. Disebabkan pergerakkan aku yang aku rasa sangat lambat masa tu (lambat-lambat pun orang belakang tak dapat kejar jugak), orang depan kejap hilang,  kejap aku dapat kejar semula. Kalau trek menaik aku dapatlah kejar tapi bila menurun, laju je diorang tinggal aku, terus lesap hilang. Dasar budak-budak trail, pantang ada belanja 'downihill'.

        Sehinggalah kami bertiga berhenti dekat satu kawasan yang agak lapang, berupa lembah tetapi treknya bercabang dua. Boleh buatlah nak tidur sebab agak luas. Aku yakin trek yang kami lalu adalah di sebelah kanan disebabkan ada macam ranting pokok yang aku amat cam jalannya. Kami bertiga memilih jalan tersebut hinggalah sampai dekat satu kawasan menurun yang sedikit curam tinggi. Aku beritahu dekat mereka berdua yang trek ni kita dah lalu masa nak ke Gunung Berhid tadi.  Aku amat cam trek ni.
Aku cakap kita ni dah berpusing dah ni. Aku tak nak cakap lebih-lebih. Dalam hati dah rasa sesuatu kurang enak.

     Kami berpatah balik semula. Kemudian mengambil jalan lain, tetapi jalan yang kedua seolah-olah buat kami berpusing di kawasan yang sama juga. Jumpa balik dekat ranting tadi. Aku dah rasa pelik. Ada satu jalan agak landai tetapi semakin kami masuk ke dalam semakin banyak buluh-buluh halus. Aik. Memang tak lalu sini tapi trek ada. Bagaimanapun, aku tetap nak ikut. Memang tak lalu. Buluh-buluh ni pun tak wujud tadi

       Kami berhenti seketika bila trek depan aku dah jadi semakin menurun. Kalau ikut lojik kami sepatutnya hanya menaik dan menaik hingga sampai ke puncak Berhid semula....


26: The Segi Tiga

         Bergerak balik pun masih dalam formasi tadi; aku masih berada di belakang Che Ded dengan Wan. Kali ni trek dah banyak menaik lepas turun dari puncak Aler. Kaki aku dah rasa bertambah sakit kedua kepala lutut walaupun dah pakai 'knee guard'.  Sakit celah kangkang tu aku tahan-tahan je perit sambil jalan. Nak buat macam mana. Kalau ikutkan sakit, memang tak nak jalan, kalau tak jalan tak baliklah, lagi kena tinggal. Aku kena lebih berhati-hati dan terus berjaga-jaga, jangan cuba nak jatuh. Kalau jadi apa-apa aku tak nak menyusahkan orang. Disebabkan pergerakkan aku ni aku rasalah macam lambat masa tu (lambat-lambat pun orang belakang tak dapat kejar jugak), orang depan kejap je terus tak nampak, hilang dari pandangan. Aku memang tak nak kejar langsung. Kalau trek menaik aku dapatlah kejar dorang balik, cuma bila menurun ni, laju benar diorang jalan, terus lesap hilang. Nilah hikmah hiking dengan budak-budak trail, pantang ada 'downhill', laju je turun.

        Sehinggalah kami bertiga berhenti dekat satu kawasan yang agak lapang dan luas; nak kat lembah bukan lembah sebab di kawasan tinggi dan ada dua trek bercabang dua. Yang pasti trek tu bersih. Bolehlah nak rehat dan tidur terlentang sebab agak selesa tempat tersebut dengan dikelilingi mossy lumut yang cantik. Aku yakin trek yang kami lalu masa datang tadi adalah di sebelah kanan. Aku cam ada ranting pokok yang menghalangi jalan. Kami bertiga memilih jalan tersebut sehinggalah sampai dekat satu kawasan macam gaung bercuram amat tinggi. Aku ingat tempat ni. Aku beritahu dekat mereka berdua; Wan dan Che Ded yang trek ni kita dah lalu masa nak ke Gunung Berhid tadi tetapi kenapa kita lalu balik dekat sini. Aku pun cakap yang kita ni dah berpusing balik ke sini. Aku pun tak nak cakap lebih-lebih. Dalam hati dah rasa sesuatu kurang enak.

            Kami berpatah balik semula, lalu dekat tempat tadi. Kemudian mengambil jalan lain, tetapi jalan yang kedua seolah-olah buat kami berpusing di kawasan yang sama juga dan jumpa balik dekat ranting tadi. Aku dah rasa makin pelik. Jumpa satu jalan lain, berbeza dan agak landai tetapi semakin kami masuk ke dalam semakin banyak buluh-buluh yang sangat halus dan berwarna lebih cerah dan kekuningan . Aik. Memang tak lalu sini pun tapi macam ada trek pulak. Bagaimanapun, aku tetap nak ikut, mana tahu, tembus terus ke puncak Berhid. Masa datang tadi aku yakin memang tak lalu dan buluh-buluh ni pun tak ada langsung.

         Kami berhenti seketika bila trek depan aku dah jadi semakin menurun pulak. Pelik. Makin pelik perasaan aku. Kalau ikut lojik akal, kami sepatutnya hanya menaik dan terus menaik dannnnnnnnnnn.... (6 harakat) menaik hinggalah sampai ke Puncak Berhid semula. Hairan.

27: Sesat

          'Damn', mencarut dalam hati je mampu. Nak sebut kuat-kuat tak berani dalam hutan. Kami ni dah sesat, dan terlajak ke trek lain ni. Che Ded cuba  bukak GPS, aku tak tahu apa yang jadi lepas tu. Kami berpatah balik semula. Kami berpecah; Che Ded dengan Wan bergerak ke sebelah kiri dan aku pula ke kanan. Aku rasa dalam hati ada yang tak kena. Aku rasa jalan yang aku lalu tu bukan trek sebenar dah. Kami makin berjauhan. Aku menjerit bertanya jika dah jumpa jalan yang betul ke belum. Yang aku  pulak terus berjalan dan jumpa semula dekat kawasan gaung curam yang merupakan trek turun nak ke Puncak Aler tadi. Tadi dah sampai dah sini.

          Boleh je nak ikut trek tu tapi kedua lutut aku dah rasa sakit. Tak larat nak sakitkan kaki aku ni. Aku pun buat keputusan berpatah balik dan masuk semula ke kawasan buluh kecil tu semula. Jalan mati jugak. Aku terus menjerit panggil dorang  lagi tetapi senyap tak ada respon. Alamak. Talian hayat dah terputus.  Aku dah rasa ada benda tak kena. Tak boleh jadi ni. Aku rasa betul-betul buntu.  Kaki aku terus melangkah ke depan dan ke depan walaupun tadi dah lalu dengan harapan akan tembus ke trek asal.

          Aku nak cuba masuk lebih ke dalam dalam percubaan kedua ni. Bila trek makin sukar ditembusi aku berpatah balik lagi sekali. Sedaya upaya aku kawal perasaan supaya jangan panik tetapi gagal. Bila dah lama tak ada suara orang jawab lepas berkali-kali aku panggil, aku jadi gelabah.  Dup dap dup dap jantung berdegup kencang. Makin aku menjerit memangil, makin panik aku jadinya. Sunyi je hutan. Jangan-jangan aku dah masuk alam lain dah ni. Aku rasa otak aku tak boleh fikir nak buat apa masa tu. Aku cuba bertenang, cuba kawal nafas hembus-tarik tetapi gagal. Wisel pun tak ada. Bukan setakat wisel tak bawak, beg pun tinggal kat Puncak Berhid. Lagi aku panik. Bayangkan kalau betul-betul tersesat, lepastu mau  berhari-hari hilang, memang aku tak mampu nak bertahan atau survive untuk jangka masa yang lama. Dengan hujannya, sejuk lagi. Macam-macam perkara tak baik terlintas masa tu.

           Aku rasa Che Ded dengan Wan mesti dah jumpa trek asal dan dah jauh naik ke atas. Aku masih tertinggal di situ keseorangan. Aku tak putus asa. Aku terus menjerit memanggil dengan harapan ada yang menyahut ataupun menyedari aku tiada bersama mereka. Aku cuba baca apa-apa ayat yang terlintas. Bila dah panik ni, semua benda tak menjadi. Paling teruk sesat pernah kena dulu masa rintis nak buat Trans Slim. Pukul empat pagi masih berjalan dan kami tak jumpa-jumpa waterpoint. Ritu kena tiga orang dan esoknya keluar selamat jugak. Aku terus berfikir 'nak buat apa-nak buat apa'. Takkan ak tunggu dorang datang cari. Aku yakin boleh lagi survive sorang diri.


        Terlintas dalam hati berkata " Ikut jalan yang Che Ded dengan Wan patah balik tadi". Aku cari balik trek tersebut dan ikut semula ke arah mereka pergi walaupun dalam hati masih rasa 50-50. Ikut jela. Lagipun tu je yang nampak boleh pakai masa tu. Bila hormon Adrenaline  tengah 'rush' naik dalam badan, efeknya buat aku boleh berlari sampai tak ingat langsung lutut dan kangkang tengah sakit. Hilang semua kesakitan seketika. Rasa macam jadi padu tiba-tiba; Aku siap boleh berlari naik bukit yang tengah mencanak naik dan sedar-sedar sampai semula dah di kawasan lembah yang lapang tadi. Tak putus-putus aku menjerit panggil sampai nak terkeluar anak tekak tanpa gagal. Akhirnya, aku terdengar suara orang menjawab walaupun tak berapa kuat. Sepantas kilat aku membalas semula. Suara tersebut kembali memanggil nama aku dan aku ternampak sebatang tubuh manusia tengah lalu dekat sebuah simpang naik. Cepat-cepat, aku mengejar ke arah tersebut tanpa menoleh kiri dan kanan. Aku rasa tu peluang yang ada untuk aku nak keluar dari kawasan ni. Berlari punya berlari, kejar punya kejar akhirnya aku nampak susuk badan Angga dengan Faiz di depan. Akhirnya. Aku masih tak memperlahankan langkah, takut tertinggal dan kena tinggal balik.

         Bila dah sampai punyak balik barulah boleh tarik nafas lega. Tak terkata rasanya.. Rasa macam kena kurung pun ada tadi. Nasib aku cepat bertindak. Orang lain mesti tak perasan aku dah sesat tadi. Aku pun tanya ada yang dengar tak aku panggil banyak kali tadi. Aku cakap dekat Wan dengan Che Ded, lepas kami berpecah, taku tak jumpa trek dan tak jumpa dah dorang semula.

        Menurut Alex, dia kata dia ada dengar suara aku menjerit dan cuba panggil aku balik, lepas tu aku macam tak respons pulak.  Faiz pulak kata masa lalu dekat kawasan mossy lapang tu, dia rasa telinga dia berdesing kuat. Pelik. Dia dan yang lain cuba panggil, nak suruh aku berpatah balik tetapi  suara aku dengar sayup-sayup je pasru hilang. Senyap.

           Masa jumpa dengan Gee dan Poi, aku cerita merujuk seperti cerita di atas. Katanya, Gee pun kena kacau dekat tempat yang sama aku kena. Masa mereka buat V3, Gee asalnya duduk paling depan sekali dan Poi pulak duduk paling belakang. Di pendekkan cerita, bila Poi lalu dekat situ, Gee ni pulak boleh tiba-tiba muncul dekat belakang belakang dia. Hairanla kata Poi  sebab macam mana Gee boleh ada kat belakang. Trek pun menaik je dari Puncak 1688 tu.

        Ada ramai jugak cakap terkena dekat kawasan tu; ramai aku dengar nak kena tarik masuk ke alam dorang. Abang Hani pernah buat solo masuk Berhid Aler dalam lima-enam tahun dulu. Katanya dia siap tidur lagi dekat kawasan tu. Lepastu ada yang datang tegur dia pulak. Dorang panggil tempat tu segi tiga; kawasan yang agak "bermagnet' kuat tarik menarik barangkali. Aku syak mesti segitiga ni termasuk dalam radius dengan tempat Hassan pernah hilang dekat Yong Yap dulu. Hassan tu pun, masa hilang pun beg tak bawa. Orang jumpa dekat trek. Orang depan pulak tak perasan hilang, sedar-sedar Hasan tak muncul-muncul. Hampir sama kronologi dengan aku. Cuma aku dijumpai semula.



28: Hujan Di Negeri Orang

      Bila fikir balik benda tu, semua tu tak perlu jadi pun. Aku ni tak adalah banyak sangat pengalaman mendaki ni, tapi selalu jugak redah solo. Nak cakap tak takut tu tipu la sama sekali, mesti ada jugak perasaan cuak dan takut tu. Aku lagi takut jumpa binatang dari jumpa hantu sebenarnya. Hantu baca ayat-ayat sikit, lari la dia. Kalau binatang nak baca apa?

        Bahaya ni kat mana-mana boleh jadi, kat sesiapa pun boleh jadi. Malang tak berbau. Aku cari jugak kat mana silap aku. Nak cakap terlepas cakap tak ada pulak sebab aku tak banyak bercakap masa tu. Banyak jalan sorang. Disebabkan aku rasa bosan giler, aku ada bukak lagu kat MP3 dalam telefon. Nak kata aku nyanyi sekali, bukan takat nak nyanyi tak lerkeluar suara, nak cekup udara nak bernafas pon tak lepas dada. Cukup buat rasa dengar tuk halwa telinga saja.

        Dekat puncak Berhid, kami berkemas semula barang-barang dan beg sebelum nak memulakan perjalanan turun. Paling kesian kat Faiz. Sebelum ke Puncak Aler, beliau dah masak air nak buat kopi (kut) dan tutup peralatan memasak dengan groundmate yang dibawa. Kira tak ada apa lah nak berlaku. Dah balik semula dari Aler dan Puncak 1688, dengar dia cakap dalam semak yang groundmate berlubang terbakar; kecut layu terkena bahang panas mestin kut. Nak tutup sebab tak nak bagi kena hujan je, ta sangka lain pulak jadinya. Nasib sikit je.

      Faiz ni aku rasa pendaki paling berpakej A to Z dari segi persediaan barang-barang kelengkapan. Level macam malim gunung pakai kemeja lengan panjang, aku awal-awal timbul rasa beliau 'ni orang lama ni'. Walaupun kita tak boleh nak menghukum orang dari luaran bak pepatah omputeh " Don't judge book by its cover". Pepatah tu sebenarnya hanya boleh pakai dekat buku jer. Bila dia keluarkan hiking pole jenis yang lipat-lipat aku rasa ter'impress', ada erk. Baru tau ada yang jenis boleh lipat (dah jumpa, boleh cari dekat Decathlon).
Dekat Puncak Berhid dia keluarkan ground dan dapur memasak. Aku rasa beg macam kecik je, muat pulak. Sejujurnya aku rasa kagum pulak tengok. Sejenis otai level kalau beg macam doraemen sebab teknik nak susun barang tu ada cara dia. 

        Macam aku cakap lah, nak tau orang tu otai ke tak, tengok barang dia bawak dan pakai, tak semestinya barang yang mahal-mahal, tapi kena tengok barang yang dia bawak tu nak pakai untuk apa. Bawak tak semestinya pakai. Yer, kita tahu apa-apa boleh jadi. Macam aku selalu bawak gunting, sebab aku tahu apa dan kenapa aku nak bawak.

       
          Kami bergambar secara berkumpulan tujuh orang buat kali terakhir. Lepas tu, kami banyak berpecah dan berjalan dalam dua tiga orang dalam kumpulan kecil. Perasaan terkejut (perkataan paling sesuai aku pakai) dek tersesat atau kena 'game' tadi masih lagi menghantui diri. Rasa macam tak percaya kena pada diri sendiri. Sampai kebawah aku duk fikir--fikir.

        Aku orang ketiga turun paling akhir, kemudian baru Angga dan Faiz. Tersangat jauh lagi perjalanan nak balik ni. Misi sekarang kalau boleh nak keluar sebelum maghrib dan kamihanya akan berkumpul semula di Kem Sungai Jeruk. Hujan masih turun tetapi dah tak lebat. Nak turun banyak kena pakai lutut, nak perlahan pun tak boleh sangat, trek dah jadi licin. Macam biasa, Che Ded dengan Wan dah lesap hilang di depan. Alex dengan Koc Rijal di depan aku. Masa turun ni aku tak cakap banyak. Macam banyak nak kena buat bedah siasat.

       Nak sampai semula dekat Simpang Berhid tu sekejap je. Masa nak naik ke Kem Bongsai Koc Rijal, terlanggar dahan kayu tajam menusuk kena dekat dada. Mujur aku ada dekat belakang dia. Masa aku periksa tu, cepat betul dah naik biru lebamnya. Dalam sangat tercucuk ni. Memang nampaklah tuan badan tengah menahan kesakitan. Minyak gamat yang aku bawa dan tolong sapu. Macam kena X-ray menurut diagnosis aku. Aku suruh makan ubat tahan sakit siap-siap. Ada 20 km lagi nak keluar ni. Ubat tahan sakit apa pun, kalau makan kesan baiknya setengah jam kemudian baru akan bertindakbalas. Bila aku gerak, Faiz dengan Angga pun tiba dari belakang.


29: Puncak Bonsai 2.0

        Bila nak naik ke puncak bonsai, rasa kaki dah macam tak boleh nak jalan dah. Trek menaik je hinggalah sampai semula di permatang yang lawa tu. Mujur tadi dah ambik gambar sebab bonsai dengan mossy kat sini dah jadi kecut s
terkena hujan. Tak cantik dah. Yang indah hanyalah sementara. Terdengar suara memanggil dari puncak Bonsai yang menandakan ada yang sudah sampai diatas. Sekali lagi kena merangkak lalu dekat akar kayu sebelum sampai di puncak. Pinggang aku tak tahulah apa rasa dah lepas tu.

      Kami berehat sebentar selama 15 minit. Jam sudah menunjukkkan  pukul 5.30 petang. Kurang 2 jam sahaja masa untuk keluar dari Kem Potong sebelum Maghrib, kalau boleh tak nak duduk masa senja pun dekat Kem Balak Pecah tu. Alex cakap dia nak ikut aku je nanti, tak ikut geng laju; Che Ded dengan Wan. Aku cakap sapa suruh ikut, mesti ikut pace dorang.

       " Ke takut kena jalan sorang?"

        Trek nak turun ke Kem OGKL tak susah pun. Yang jadi susah sebabnya licin. Pijak tanah banyak kali pun tergelincir. Kayu tongkat nilah yang banyak membantu aku.

         Che Ded dengan Wan dah jauh di depan. Aku pula berjalan dengan Alex sambil berbual dan temuduga sikit. Aku tanya dia orang Sabah ke sebab bunyi pelat  'bah.. bah' tu masih melekat dan hanya orang Sabah boleh tahan sejuk kat gunung dengan hujan-hujan macam ni, orang lain semua dah berbungkus dengan baju sejuk dengan plastik sampah. Ni siap pakai seluar pendek lagi. Kulit buaya ke apa ni. Sejuk satu hal, tak luka ke kaki nanti. Aku bukan setakat pakai seluar panjang, baju pun berlapis dengan lengan panjang. Takut gatal miang kena pokok sebenarnya.

         Banyak jugak aku berborak dengan Alex. Nak bagi hilang bosan layan dengan trek ala-ala roller coaster. Kata Alex'dia baru sembuh kena Covid-19, jadi efek jadi makin teruk lepas sembuh terutama pernafasan. Patutlah tadi nampak semput semacam.


30: Kem Orang Gunung Kuala Lumpur

         Aku makin menjarakkan diri dengan Alex. Trek makin licin, susah dah nak tunggu-tunggu orang. Tak ada tempat kaki berpijak. Letak je atas tanah, kaki gerak sendiri. Tak ada tempat nak berpaut. Begitulah susahnya nak berjalan. Aku dah nampak Wan dengan Che Ded di depan. Dorang pun menghadapi benda yang sama hinggalah aku berjaya mengejar mereka semula. Aku tak ada naik bersaing laju-laju pun. Cuma aku nak cepat sampai dekat Kem OGKL, dah agak lewat nak solat. Lagipun di situ je tempat yang ada air. Kalau ikutkan sejuk, aku tak nak bukak kasut pun ambik air, tapi kasut dah tak ada rupa dah, penuh dengan selut. Air sungai pun keruh.

         Che Ded dengan Wan nak gerak naik ke Kem Potong, pesan tunggu dekat Sungai Jeruk atau Kem Balak Pecah. Tinggal aku sorang. Lagipun aku nak tunggu Alex. Kesian nak tinggal dia jalan sorang-sorang. Walaupun jam belum pukul 6 30 petang, tapi hutan dah macam pukul 7 malam gelapnya. Sementara tunggu Alex sampai, aku solat dulu. Lega sikit bila setel bab ni. Kebal lah sikit rasa diri ni. Mungkin sesat tadi tu peringatan la kat diri.

        Bila aku dah selesai solat, yang lain pun dah sampai, semuanya dan dorang nak berehat dan solat jugak. Aku cakap air sungai tu sejuk nak mampus, warna sedikit keruh kuning-oren. Aku tanya Alex nak rehat ke nak gerak sebab aku rasa dia macam non-muslim, dia cakap ok "boleh je".

       90% trek dari Kem OGKL ke Kem Potong mencanak. Masa turun tadi pagi tak sangka teruk benar nak kena naik semula. Hujan masih turun. Poncho yang aku pakai dah habis koyak rabak tetap aku pakai. Malas nak bukak sebab rasa hangat dah badan. Alex tak banyak sembang dah dengan aku. Dia dah macam siput naik.Teringat cerita dia tadi. Bila jauh tertinggal, aku tunggu biar rapat semula. Nak tinggal tak sampai hati sebab dah nak Maghrib walaupun aku dah mati-mati tak nak keluar malam dekat trek ni.

        Lima minit sebelum pukul tujuh kami berjaya sampai ke Kem Potong dan keluar dari simpang Yong Yap-Berhid. Perjalanan nak ke Kem Balak tak sampai lima minit pun, tapi disebabkan dah malam perlahan sikit. Makin sakit pulak lutut bila trek menurun. Lima minit jadi lima belas minit.

        Aku dah tau waktu maghrib dah masuk, nak ajak Alex berhenti tengah jalan tak terajak. Risau jugak, yelah kita tahu kenapa tak boleh. Kaki aku tetap berjalan dan berjalan hingga kami sampai di Kem Balak Pecah. Aku cakap kat Alex kita berehat sekejap dan tunggu yang lain sampai dulu. Aku rasa mungkin Che Ded dengan Wan dah sampai dan akan tunggu kami di Kem Sungai Jeruk. Gelap gelita dah hutan. Memang seumur hidup inilah kali pertama aku berhenti dekat sini. Kalau tak sebab kena berhenti nak tunggu Maghrib beranjak sikit, aku tak nak berhenti pun.

         Baru duduk atas batang kayu tak sampai pun lima minit, hujan. Ni hujan paling lebat setakat ni turun. Cepat-cepat aku bukak payung mini yang memang aku bawak pergi mana-mana. Rupanya dah patah sebelah rantingnya. Senget dah rupanya. Tak senang duduk aku jadinya. Dari tadi duk fikir nak tunggu hujan berhenti dulu ke atau tunggu je dorang sampai dulu (langsung tak nampak cahaya headlamp dari bahagian atas). Alex pulak boleh duduk tidur-tidur ayam. Memang kulit biawak mamak ni. Boleh tidur dengan kaki kena hujan. Hujan pun macam tak ada tanda-tanda berhenti. Aku malas nak lama-lama kat sini dan ajak Alex jalan. Alex cakap dia ikut je. Entah macam mana otak aku pening ke lupa aku, seret je kaki ikut trek sebelah kanan. Entah apa aku fikir macam tu. Bila Alex cakap salah trek kami berpatah balik semula. Patutlah awal-awal tadi aku dah rasa macam tak cam, tak pernah lalu trek tu. Trek binatang kut. Nilah satu perkara yang aku tak suka atau bimbang bila duduk Kem Balak Pecah ni. Mau 2.0 sesat nanti.

        Hujan yang turun kali ni bukan setakat makin lebat, siap pakej dengan kilat dan guruh berdentum-dentum. Risau samba menyambar.

30.1: Cerita Bonus Ekstra Plus

         Ini cerita yang penulis terima dari tiga orang member dekat belakang tadi. Masa nak naik ke Kem OGKL, masa tu tak masuk Maghrib lagi, dorang terdengar bunyi macam trumpet kuat dekat depan. Koc Rijal je yang dengar. Setiap kali dia lalu di tempat bunyi trumpet tu dimainkan, bunyi tu akan hilang dan muncul semula dekat depan. Dipendekkan cerita dekat setengah jamlah berlangsung simfoni orkestra depan bunyi, bila lalu senyap dan ada balik. Lepas tu Koc Rijal ajak dorang berhenti. Mungkin laungan tanda shif bertukar waktu kut,


31: Lampu Kepala Tak Bernyala

        Aku dah tak berlarat nak jalan laju-laju. Hujan yang turun dengan lebat tak ada tanda-tanda nak berhenti. Aku berjalan sambil memegang payung di tangan kiri. Agak selesa jugak berjalan dengan keadaan macam ni, rupanya trek sangat luas dan tak rasa diganggu oleh pokok sangat. Hanya beberapa kali tersangkut pada ranting pokok, Jika lalu dilaluan yang ada batang balak panjang dan tinggi, aku perlu bergimrama sambil menganjalkan sedikit badan, nak pegang payung punya pasal. Markah pun tinggi tuk difficulty acara ni.

       Jarak nak turun semula ke Kem Sungai Jeruk anggaran dalam tiga kilometer sahaja. Kami berjalan sangat perlahan. Aku tak nak tersembam jatuh. Air hujan yang turun mula memenuhi trek kami lalu, seolah-olah ikut sama turun sekali. Lampu kepala aku sudah banyak kali asyik bertukar kepada lampu merah dan akan mati. Aku terpaksa menekan butang banyak kali sehingga menjadi semula, hampir setiap 10-15 saat akan mati dengan tiba-tiba sehingga sampai ke Kem Sungai Jeruk. Aku pun tak tahulah apa punca. Macam macam hal program kembara hari ni. Mungkin dah lama kut. Uzur. Dah lebih enam tahun aku pakai atau mungkin juga dah masuk air hujan. Kalau nak kata bateri dah nak habis tak mungkin jugak, sebab aku akan pastikan setiap kali nak pergi mana-mana ekspedisi, mesti tukar terus bateri baru. Aku panik. Hadapi dengan tenang. Nanti macam-macam masalah lain timbul dekat bawah. Aku biasakan diri dulu dengan keadaan yang tampak luar biasa lampu kepala aku. Lagipun, cahaya lampu kepala Alex amat luar biasa terangnya. Aku nak tengok yang perlu je.


32: Kem Sungai Jeruk: Disebalik Pokok

        Aku kena cepat sesuaikan diri dengan keadaan sekarang ni. Jangan mudah gelabah. Target sampai ke Kem Sungai Jeruk dulu. Kalau lampu kepala aku tetap tak menjadi, aku boleh pinjam dengan Alex. Katanya dia bawak lebih pada satu. Segan nak mintak, tapi kalau terlalu
memaksa tolak je malu nanti. 

       Setiap kali lampu kepala aku mati atau bertukar merah, menakjubkan; yang mana aku mesti nampak ada cahaya yang amat kecil di hadapan dengan harapan itu adalah cahaya lampu kepala Wan dan Che Ded. Dikhabarkan juga, ada satu kumpulan pendaki lain yang akan masuk bercamping hari ni. Kalau tak di Kem Agas, mungkin di Kem Sungai Jeruk, kami bakal bertembung. Aku cakap kat Alex yang kita boleh nampak dari atas cahaya lampu orang bercamping menunjukkan kami dah hampir sampai. Bila kami berdua makin menghampiri cahaya tersebut, sinaran tersebut sebenarnya datang dari kunang kunang yang agak banyak pulak keluar masa hujan begini. Setiapkalinya. Aku betul-betul tak sabar nak sampai ke Kem Sungai Jeruk.

        Semakin kami berjalan turun, semakin kuat bunyi air sungai mengalir. Ya, memang bila kita nak sampai dah ke Kem Sungai Jeruk, kita dah boleh dengar bunyi sungai dekat belah kiri. Tetapi kali ni lain macam kuat. Deras berdentum-dentum macam kena langgar sesuatu. Aku dah dapat menghidu sesuatu. Bila hujan turun lebat dekat atas gunung ni, hulu sungai mesti banyak air. Jangan-jangan kepala air dah muncul.

        Sejak turun dari Berhid tadi, aku sentiasa mengingatkan diri mengenai botol air yang masih berisi air kopi dan sepasang sandal yang aku sembunyikan di belakang pokok. Harap-harap kalau ada pendaki lain, dorang tak jumpa dan ambik la nanti. Perkara pertama aku buat bila sampai di Kem Sungai Jeruk adalah cepat-cepat menuju ke pokok tersebut untuk mengambil kedua barang tersebut. Alhamdulillah, masih ada tak terusik. Cepat-cepat aku ambil dan berjalan semula ke tempat Alex yang sudah duduk bersandar untuk tidur di sebatang pokok. Hujan masih lebat. Aku cuba menghirup air kopi seteguk dua. Sejuk.

        Nampaknya Che Ded dan Wan sudah bergerak pergi. Kalau aku jadi diorang pun aku pun tak nak duduk lama-lama di sini. Boleh kena hipotermia. Aku cuba mengalihkan sebuah kanvas yang tersidai di ampaian berhampiran ke atas pokok tempat kami berlindung. Semua tempat basah dan berair termasuk tempat kami duduk sekarang. Usaha aku ternyata sia-sia kerana kanvas tersebut jugak koyak. Patutlah orang tinggal. Aku sudah rasa mengantuk yang teramat. Aku nak lelapkan mata seminit dua, konon nak 'recharga' balik badan ni. Baru je nak lelapkan mata, terdengar suara mereka bertiga sampai kemudiannya. Cepat pulak diorang ni sampai atau aku yang jalan perlahan sangat. Bila tanya dorang nak rehat ke tak, dorang cakap nak terus jalan je. Kental puak-puak ni. Mata aku dah mula berat nak bukak.

        Bunyi air sungai makin kuat, bermakna sungai makin dekat. Hujan tetap masih lebat turun. Cuma kilat dan guruh sudah beransur kurang. Dorang suruh aku duduk depan jugak. Aku berjalan dah macam zombie seret kaki. Aku hampir terlupa yang lampu kepala pun dah berfungsi dengan
baik semula. Ada jugak sekali dua jadi tak betul semula. Kali ni kaki dan kasut memang basah kena air jer. Aku malas nak elak sana sini, buat lambat je. Mana kawasan yang aku rasa selamat aku pijak. Kalau tak pasti atau yakin, aku cucuk dua tiga kali dengan tongkat kayu selamat ke tidak, dalam ke tak. Senang dorang nak ikut.

   
33: Kepala Air: Kaedah Air- apa yang penting adalah kerjasama, maufakat membawa berrkat

       Sungai pertama nak kena lintas dah tak serupa tapi masih sungai yang sama. Yang tenang dah menjadi amat ganas. Air dah naik dua kali tinggi dari paras biasa. Bunyi air berdentum-dentum macam dihentak pada batu. Kami berhenti dan mengenal pasti situasi. Pada mulanya agak was was nak melintas. Air bukan main deras, silap-silap tak sia sia kena hanyut. Tali pulak tak dipasang. Aku yang duduk depan pun cucuk ke dalam sungai dengan tongkat kayu. Mula-mula dekat tebing, lepas tu aku cuba menjangkau lebih jauh, sejauh yang mungkin. Aku cakap tak dalam mana pun, mungkin gelap malam dengan air yang agak keruh nampak macam dalam.

           Aku beri cadangan yang kami boleh melintas tetapi dengan syarat kena berpimpin tangan antara satu sama lain. Uissh. Bunyi agak janggal sikit. Bak kata Koc Faiz Izman

       " Itulah yang sepatutnya dilakukan (dalam situasi ini) !".

          Semua tak fikir panjang dan tak cakap banyak. Kami nak balik dengan selamat je masa tu. Itu je ikhtiar nak meneruskan hidup. Bila semua dah siap siaga, aku suruh Faiz 'lead the way' duduk depan sekali sebab dia yang paling tinggi dan macam 'tangan agak panjang (bukan kuat mencuri ya).  Kalau aku duduk depan, bukan setakat aku je kena  hanyut nanti. Semua aku tarik hanyut sekali.

          Formasi 1:1 berjaya dipraktikkan walaupun baru pertama kali dilaksanakan, Faiz pegang tangan aku, aku pegang tangan Alex sebelah dan diikuti Angga dan Koc Rijal. Dah macam geng budak tadika nak melintas jalanraya. Macam mana la si Wan dengan Che Ded lalu ni. Air laju giler kut. Acara tarik menarik ni tak berakhir di situ. Banyak lagi nak kena lintas. Angga rajin pulak dikiranya, katanya lagi dah 14 sungai dilintas, tu belum sampai yang lepas Kem Agas kemudiannya. Ada yang lebih dan lagi mencabar, lebih lebar, lebih dalam dan lebih laju airnya. Ada yang masa nak lintas kami kena suluh cari marking atau tebing yang nak kami sampai dihujungnya dahulu supaya tak tersasar naik ikut tempat lain. Bila dah tau mana nak pergi, barulah berpimpin tangan dan seterunsya. Ada jugak sekali dua tersasar sebab tebing yang asal dah terhapus di naiki air, yang penting selamat. Ada yang arah sungai datang entah dari mana-mana arah, bertembung pulak, lepas tu jadi luas dan rata macam padang. Bila dah jadi macam tu, air nampak mcam tenang tapi bila nak lalu baru tahu macam mana kuatnya air kat bawah tu gerak. Pimpinlah tangan sampai ke tebing masimg-masing. Yang banyak membantu jugak, kalau tempat tu ada tali. Boleh la berpaut daripada kena berpimpin tangan.

         Proses tersebut berlanjutan dan amat memakan masa. Kena tunggu semua sampai, baru boleh beri lampu hijau jalan semula.  Aku awal-awal dah simpan payung. Kasut aku dah banyak masuk pasir sungai. Pasir sungai ni tak macam pasir biasa di macam batu; tajam dan halus berbucu-bucu. Hampir setiapkali bila dah lintas sungai,, aku  bukak kasut, konon nak buang pasir tersebut. Bila tak hilang juga, aku bukak stoking yang aku pakai dua lapis. Dua-dua lapis aku bukak dan cuci sebersih-bersihnya. Mujur sebelah kaki je. Rasa sakit mencucuk-cucuk tu tak hilang. Memang tak selesa langsung kaki bila berjalan. Lama kelamaan aku biarkan je. Tahan jela. Aku ubah sikit cara berjalan supaya tak terlalu menekan sebab pasir tu ada ditengah-tengah bahagian tapak kaki. Rasa pasir tu macam tersekat kat daerah tu je.

34: KEM AGAS : Pasir

         Dorang dah mengomel dah banyak dan tak larat dah nak redah sungai. Nak buat macam mana, bukan aku letak sungai tu kat situ. Dah ini je jalannya. Dorang asyik duk tanya ada sungai lagi ke tak. Aku pun tak tahu nak jawab apa sebab aku sendiri pun mental. Bila dengar sungai kat depan "surprise", semua mengeluh. Kami bukan mengeluh yang menidakkan ciptaan-Nya, tapi keluhan penuh keredhaan dan kepasrahan. Dah tu jalan datang, itu jugak jalan nak baliknya. Siapa sangka, bila dah sampai di Kem Agas, barulah masing-masing nak tengok jam. Dari pukul 8.30 hinggalah sekarang dah pukul 10 malam. Ralit sangat main air sungai sampai lupa tengok jam. Mak aih, kalau macam ni, memang keluar tengah malam lah kami. Aku yakin tak pukul satu, pukul dua pagi kalau tak jadi apa-apa. Aku dah tak fikir nak dayhike ke compress ke, nak selamat keluar je.

        Dorang nak teruskan, tak nak rehat. Mungkin takut sejuk, hujan pun masih lebat. Aku berhenti duduk atas balak besar, minta izin nak buang pasir dalam kasut tadi. Bila dah yakin tiada, aku sarung balik. Keputusannya; masih rasa macam ada lagi. Aku dah tak tau nak buat macam mana. Layan jela kaki sakit-sakit pun. Rasanya dari peha, kangkang, lulut sampailah hujung jari kaki rasa sakit. Kalau ikut kiraan, ada lagi 13 kilometer nak kena jalan keluar.

       Sebelum gerak, kami sempatlah suluh di alam sekitarnya. Kawasan jadi jadi tapak perkhemahan dah jadi sebuah kolam renang separuh saiz olimpik, tenggelam terus. Kalau pertama kali datang mesti tak tahu yang kat situ tempat orang pasang khemah, masak nasi atau buat tidur. Aku tak rasa ada orang nak masuk camping dengan hujan macam ni.

       Sempat jugak aku makan nasi himpit dengan satay ayam yang aku bawak. Baru ingat ada bawak rupanya, ingatkan tertinggal dalam kereta. Tak sampai 15 minit jalan, ada orang mintak berhenti nak makan. Aku mulanya tak nak bagi, sebab banyak benda nak kejar: pertamanya nak kejar orang depan yang dah jauh pergi. Keduanya pulak, nak kejar masa, kesian Pak Imam Masjid dah lama kut tunggu kat sungai besar. Tadi aku ajak berhenti dekat Kem Agas, tak nak pulak dorang ni, nak jalan terus.

         Satu perkara aku belajar, kalau orang cakap dah lapar nak berhenti makan, silakan dan pelawalah mereka. Jangan paksa-paksa nak suruh jalan. Lapar ni macam-macam boleh jadi. Jadi amarah, buat orang bergaduh pun ada. Makan tuk tambah tenaga. Bila kita lapar pun kita sendiri tau perasaan tu macam mana. Untung badan, boleh tumpang seteguk dua air panas orang belanja. Tak ke tu rezeki, dapat pulak rehat sekali.

       Nak cari tempat nak berhenti pun susah sebenarnya. Semua kawasan penuh dengan air bertakung. Aku nak cari tempat yang banyak sikit pokok supaya tak  kena air hujan banyak sangat tapi bahaya sebab takut ada dahan atau ranting jatuh mahupun pokok mungkin boleh tumbang. Kilat pun masih memancar, sekali dia zass je, habis cerita. Dah tak ada pilihan dah.

        Aku masih kenyang. Kenyang dengan air hujan sebenarnya. Sejak hujan turun tadi, air duk menitik jer masuk dalam mulut, sampai ada tahap-tahap dah tak boleh nak elak dah. Sampai keluar naik powil pun, aku tak jamah langsung air selain tertelan hujan. Masa nila aku nak ambil peluang nak selongkar kasut dengan kaki apa benda yang tak hilang-hilang sakitnya. Mula-mula, aku periksa kasut, dari tapak didalam dan luarnya. Manalah tahu ada duri kayu yang tembus masuk tercucuk kaki ; keputusannya bersih. Lepas tu, aku bogelkan kaki. Setiap centimeter aku raba-raba perlahan-lahan. Tapak kaki ni bila kena sentuh sendiri, tak pulak naik gelinya, cuba bagi orang geletek. Dah kena dua tiga 'round', mengelupur dibuatnya.

         Aku mendapati ada seperti benda tajam dibahagian tapak kaki aku. Cepat-cepat tala lampu kepala lagi dekat nak tengok apakebendanya tu. Nampak macam satu kristal perang tertanam bawah kulit tapak kaki - batu yang menjadi pasir. Patutlah tak hilang-hilang rasa sakit dari tadi, dia masuk ke dalam kulit terus. Maka berakhirlah penderitaan aku lepas aku cabut pepejal tersebut.


35: Bersatu Teguh Bercerai Roboh: Terlepas

          Masa balik nak ke Simpang Yap Yap-Tok Nenek aku asyik duk tanya Alex berapa KM dah kami dah jalan. Aku dah mental jalan trek panjang-panjang macam ni. Tambah pula,  sepanjang-panjang laluan dah macam anak sungai mengalir, sana berlopak, sini bertakung. Semua kawasan tak lekang dengan air. Air pulak turun dari semua tempat. Aku yang duduk di depan ni banyak kali keliru dengan trek nak kena lalu. Bila dah tenggelam dek air, cahaya yang di suluh memantul semula jadi pandangan sedikit silau. Marking pun tak nampak, bukan ada banyak pun. Aku masih boleh cam lagi trek.

           Banyak kali aku cakap kat mereka yang paling aku risau nak lintas sungai ni ada satu tempat je iaitu di kawasan macam ada banyak pokok buluh, tak kurang satu kilometer pun nak sampai ke Simpang YY-TN. Sungai tu kalau lain hari pun, tetap akan cecah paras peha airnya. Dari jauh memang nampak tenang, air sepoi-sepoi bahasa memang kalau tak campak batu, masakan air berkocak. Mujur ada tali. Bila nak lalu, aku memang dah berdebar sikit. Faiz yang duduk paling depan dah beri amaran yang arus kat tengah laju, bila dia dah nak naik ke tebing, aku cuba nak berpijak kaki di bawah dasar. Kedua tangan aku dah berpegang erat pada tali (dengan tongkat kayu tu tak nak lepas jugak), Alex yang baru nak masuk ke tengah sungai menjerit (dia tak jerit tapi bunyi air sungai kuat tu suara jadi tenggelam) cakap orang belakang tertinggal. Entah macam mana aku boleh berhenti di tengah arus yang deras tu dan tak semena-menanya badan dengan kaki aku terkapai-kapai di tolak arus. Dalam sekelip mata, badan aku dah melambung ditolak arus kuat. Masa tu, hanya tangan aku yang kuat berpegang pada tali. Aku rasa aku dah berpusing-pusing ke ligan masuk dalam air. Tak tahulah berapa lama aku mampu bertahan, tapak tangan aku dah sakit dah ni. Sempat la aku mengerling dekat depan sungai besar dengan batu-batu besar. Mau ada esok jumpa mayat tersangkut kat mana-mana. Nauzinillah.

          Zasss, Koc Faiz Izman nampak agaknya aku tengah bersamba terhuyung hayang kena tolak dengan air sungai. Sekelip mata beliau tangkas bertindak menarik beg aku dan menginjak badan aku ke tepi sungai. Mujur ada Faiz, kalau tak tak tahu apa akan jadi. Tapak tangan aku rasa amat pedih, melecet sebab pegang tali kuat sangat. Mana tak kuatnya, nyawa dah tinggal di hujung tanduk. Satu badan aku basah kuyup. Bukan aku je sedang bertungkus lumus, yang lain pun nampak la azab jugak nak lalu situ. Faiz tetap  tunggu di situ sehingga semua ke seberang dengan selamat.

        Bila fikir balik, tak sampai sehari, dah macam-macam perkara menimpa aku, yang lain pun sama. Kata Tan Sri SM Salim

        " Apa nak jadi, dah kena mandi air bunga ni ".


36:  Simpang YY-TN: Kepala Air

        Dari jauh nampak cahaya kecil dalam kegelapan, nampak seperti ada orang duk berbungkus dalam plastik sampah hitam, berdua-duaan pulak tu.

       " Dah dua jam kami tunggu kepala air surut". Dalam kepala aku satu je, awalnya sampai dan lamanya kami ketinggalan. Sejuk menunggu tu sampai berbungkus-bungkus masing-masing. Dalam tak sedar, hujan pun dah berhenti, rintik-rintik je turun. Paras air masih tinggi, tak heranlah sebab dua sungai besar tengah bertembung. Air sungai nak kena melintas ni datang dari bahagian Tok Nenek. Yang lepas simpang ni ada satu lagi sungai lagi besar. Tu pun boleh tahan jugak nak kena risau. Takpe, tu aku dah rangka strateginya nanti.

        Dekat setengah jam jugak kami nak tunggu air betul-betul surut. Kata Wan dengan Che Ded, tadi air sungai naik sampai dekat pokok besar yang ada kat tengah kemsite tu. Memang tak beranila nak lalu. Air yang sekarang ni pun tak ada surut serendah paras yang kami lalu masa awal pagi tadi, tapi dah cukup selamat setakat ni. Kalau nak tunggu lagi surut, boleh hipothermia.

       Bila sampai di sungai yang kedua lepas tu aku cakap kat Alex yang mana dia kena jalan rapat dengan aku sambil pegang tali. Arus amat kuat, hasil paduan dua sungai besar, berkubik-kubiklah, boleh dah nak jana kuasa hidroelektrik. Aku, terkial-kial jugak nak pijak dasar sungai, asal nak letak,
kaki, arus tolak, kena tahan kaki tak pun, selit kaki be
belakang mana-mana batu yang bersaiz sederhana besar. Kat belakang aku,  Koc Rijal pulak dah terhuyung-hayang macam kes yang dah jadi kat aku. Cepat-cepat aku tarik dia. Kan pisang berbuah dua kali.

          Rasanya trek seterusnya dah tak ada masalah nak lalu. Ada sungai, tapi kecik je. Aku dari duduk depan, dah jalan paling belakang. Malas nak duduk depan. Lutut aku dah makin sakit. Bila bahagian trek menurun mula lah mengigit bibir jer turun. Rupanya ada Faiz kat belakang, Aku cakap kat dia kalau nak laju, pergi jer, lutut aku dah 'out' ni. Knee guard yang aku pakai tak beri kelebihan apaa-apa, kembang dah kut. Faiz cakap dia ok je, boleh jalan sekali. Yang lain dah macam makin jauh kat depan. Aku pun ajak Faiz bersembang, aku kalau ajak berborak laju je.

          Aku baru tahu yang Faiz ni kuat main trans. Katanya baru lepas masuk Gunung Palas. Aku pun cakap, la grup kamu ke yang masuk baru-baru ni sebab bonsai dekat gunung tu lawa. Aku pun lupa dah cakap pasal apa lagi. Seronok bersembang dengan orang yang boleh bawak sembang on trek. Nak hilangkan puas dan mood yang tengah monotone ni. Sedar tak sedar, dari berdua, jadi bertiga. Angga muncul pulak kat depan. Katanya lampu kepala dia buat hal, tak bernyala. Aku cakap boleh mintak dengan Alex, dia bawah lebih. Kali ni Angga pulak banyak menyembang. Ate, keme dengor gayo cakap macam orang Perak. Aku pun cakap

         " Housemate aku dua orang budak Tepeng, rumah dia dekat Simpang dengan market ". Nah pasang kabel.

        Tiba-tiba Angga berhenti. Langgar batu ke tersepak batu entah macam mana. Nak kesian pun, aku pun tengah seksa sakit lutut jugak. Jam Coros dia pulak bateri tinggal 2%. Lagila dia jadi gubra dan makin mental, dah la datang jauh-jauh training, tapi data hilang. Faiz cuba bagi solusi, katanya auto save dan nanti mintak dengan Che Dee.  Ahhhhh, aku tak nak faham. Aku nampak Angga dah lain macam bila jalan menurun ke anak sungai yang mana dia nak ke laluan air terjun tersembunyi (hidden gems katanya). Aku tepuk dahi je tengok, ni orang ni bakal masuk peringkat akan atau mungkin "nampak bas sekolah kuning lalu depan mata" nanti. Faiz pulak aku tengok macam bengang. Masing-masing dah mental.

          Angga asyik duk tanya jauh lagi ke nampak sampai. Aku cakap bila dah jumpa pokok resam yang banyak di tepi denai nanti, dah nak sampai la tu. Dia pun dah jalan macam ketam.

37: Pulang


          Dari kejauhan, kami nampak cahaya lampu powil. Aku tunjuk kat Angga dan cakap kena lalu jambatan besi buat kali terakhir. Aku malas nak cerita pasal air sungai tu, seriau tengok laju-laju mengalir.

          2.45 pagi sampai di dropoint semula. Tanpa berlengah, empat yang terakhir duduk di tempat duduk luar. Aku memilih untuk berbaring di atas lantai kenderaan sambil membuka kasut. Teman kabo la kat Angga, dulu tak naik powil, kami kena jalan lagi sekilometer lebih untuk keluar naik turun trek balak ni. Aku tak nak bayang apa akan jadi dekat dia.

38: Epilog

           Bunyi enjin powil membelah kesunyian pekat malam. Deruan air sungai pun lama kelamaan kian hilang dari pendengaran. Hujan rintik-rintik tidak di lagi endahkan. Kesejukkan angin tidak juga dihiraukan. Masing-masing mula melelapkan mata. Lain masa bertemu kembali.

Tamat
28 Feb 2023 / 7 Syaaban 1444H


Log Gunung Berhid - Aler - Puncak 1688
Jarak: 50km
Masa: 21.45Hrs


0400H: Naik powil
0444H: Mula
0448H: Jambatan
0550H: Simpang YY-Tok Nenek (Rehat)
0620H: Gerak
0752H: Kem Agas
0808H: Gerak
0855H: Kem Sungai Jerok
0930H: Gerak
1015H: Kem Balak Pecah
1030H: Gerak
1037H: Simpng Y/Kem Potong
1105H: Kem OGKL
1150H: Puncak Bonsai 6060
1220H: Gerak
1229H: Simpng Berhid
1320H: Puncak Gunung Berhid (1930m)
1345H: Gerak
1427H: Puncak Gunung Aler
1455H: Gerak

1456H: Simpang Junction V3
1457H: Puncak 1688
1515H: Gerak ke Berhid
1630H: Puncak Gunung Berhid
1645H: Gerak
1730H: Puncak Bonsai
1745H: Gerak
1820H: Kem OGKL
1833H: Gerak
1855H: Kem Simpang
1905H: Kem Balak Pecah
1915H: Gerak (Hujan lebat)
2015H: Kem Sungai Jeruk (kepala air(
2030H: Gerak
2200H: Kem Agas
2215H: Gerak
0100H: Simpang YY (tunggu kepala air surut
0245H: Keluar/Balik



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 14 Most Hardcore Mountain to do Dayhike or Compress (Personal View) in Malaysia

BUKIT LUBUK BATU (via Denai Hutan), Marang , TERENGGANU

BUKIT 300, TELUK BATIK, LUMUT, PERAK