BUkIT BICHAK aka BUKIT KAJANG PERDANA
Alhamdulillah Puncak Ke 169
Bukit Bichak aka Bukit Perdana Hill
Sabtu lepas, aku dah cuba-cuba cari trek lepas kerja malam. Biasalah, ngantuk-ngantuk pun cuba cari jalan nak keluar peluh. Dah pusing-pusing satu Kajang jumpa la starting point. Naikla ikut jalan raya sehingga ke pintu rimba denai hutan (gambar). Baru nak melangkah naik, dah nampak dua ekor anjing dalam 50 meter kat depan. Mula-mula aku nak terus mara ke depan dan cubaan mengutip satu dua batu yang agak besar muat satu genggaman, tak sangka mereka perasaan dan terus menyalak. Paling tak sangka tu, ada muncul dekat 3 atau empat lagi dari arah semak dan datang mengejar ke arah aku. Apa lagi, aku bukak langkah seribu. Aku berlari laju nak mampus tu sampai Cap pun kena cabut pegang dekat tangan. Macam halilintir, langsung tak menoleh. Aku lebih rela gagal dari kena gigit. Gagal hari ni bukan selamanya. Cuma hati agak keruan. Jarang misi tak berjaya. JARANG. Diulang harus diulang.
Mujur ada kawan nak teman. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Seorang duduk Kajang dan seorang lagi budak Subang beb. Izzi selalu jadi driver aku. Malas nak drive, selalu kena ambik aku. Azreen pulak bakal jadi jurupandu arah sebab dah pernah pergi sebelum. Aku pulak tak kisah siapa bak ikut, lagi ramai lagi senang nak halau anjing. Aku dah bawak kayu yang aku jumpa tepi jalan. Mana yang cuba menghalang akan aku merentang sampai ke bumi
Esoknya; pukul lapan pagi lebih kami bertiga memulakan pendakian. Semasa balik dab pergi tak sampai sepuluh orang pun yang kami jumpa. Jadi bukit ni masih dara dan trek laluan masih cantik, bersih dan kemas. Dia bukan macam trek dah kena pijak dengan ramai orang. Cuma kesan hujan atau mungkin cuaca yang masih redup membuatkan keadaan trek agak lembap dan basah. Bermula mendaki jalan tar, kemudian akan tiba ke satu view point signboad besar tulisan KAJANG (jika itu benar) dan barulah pendakian yang lebih santai memasuki denai hutan hingga agak disajikan dengan pokok-poko resam yang tumbuh meliar.
Dari situ anda hanya perlu berjalan sehingga tiba ke tapak pembinaan banglo di atas bukit yang masih lagi dalam proses terawal dan usah khawatir jika anda berasa sesat atau tidak tahu jalan mana harus dilalui apabila tiba di pondok kediaman pekerja pembinaan kerana mereka sedia membantu anda dengan menunjukkan arah laluan yang anda ingin tujui walaupun dalam bahasa isyarat sekalipun.
Kemudian, anda akan berjalan menuju ke sebuah puncak bukit dari jalan tar lain sehingga berjumpa dengan papan tanda Disitu juga pendakian agak taktikal kerana tanah agak licin dan beraifat sedikit berpasir dan bercerun. Banyak sebenarnya kawasan - kawasan yang agak lawa dan cantik nak bergambar seperti di padang ragut lalang yang seluas padang bola (camera aku dah kstinggalan zaman, jadi hasil gamabr memang tidak memukau mata) atau di kawasab sebelum tiba ke puncak yang mana ada sebongkah batu besar membuatka n adan berada seperti di padang pasir (walaupun baru pukul sembilan pagi, terasa perit dah bahang panas duduk disitu)
ataupun, anda bisa beristiharat di atas puncak yang agak lapang, sama ada duduk meregangkan kaki di bangku yang disediakan atau pun meluruskan badan atas buaian (hammocks) atau boleh juga menikmati ayunan buaian di sebelah sambil nelayan hembusan angin sepoi sepoi bahasa. Sungguh syahdu terasa.
Sekian
Dari situ
Ulasan
Catat Ulasan