BUKIT RUPA @ UKM Bangi






Alhamdulillah.. Puncak ke 176


Bukit Rupa (108m), UKM Bangi

Yer... Persoalanannya, memang ada ke bukit dalam UKM?

ADA dan bertajuk : Bukit Rupa dekat Hutan Simpan Kekal UKM.

        Trek sangat taktikal dan licin dengan tangga yang disediakan sudah agak berlumut dan banyak dah beranjak kedudukannya. Setibanya di puncak, langsung tak perasan dah sampai dek terlalu pewai dan mental nak melayan tangga. Dah la trek tak berapa jelas, banyak gila daun-daun dan ranting pokok atas trek. Nampak sangat tak ramai orang datang. Walaupun dekat dengan Bangunan Fakulti-Fakulti (sebakai bekas pelajar universiti, aku yakin ramai yang sedang membuta)

        Terdapat sebuah beirut (aku pun tak tahu nak panggil beirut ke apa) atau stesen trigometri yang agak kecil di puncak. Agak tersorok di sebalik pokok. Misi diteruskan dengan visi nak mencari waterpoint pula dan hanya berjaya dilaksanakan dengan cara perlu turun dari puncak ke trek rintis lain. Agak jauh kena berjalan kerana kena ikut trek yang sudah lama pun ditinggalkan. Perjalanan berakhir pabila anda akan tiba hujung tembok besi dan dengan itu barulah kami pun pulang semula ke pangkal jalan.

          Hujan yang renyai-renyai turun dari awal pendakian mula mencurah-curah turun ke bumi. Mujur ada baju kalis hujan siap di pakai dan mujur juga ada pondok untuk duduk dibuat berteduh.

        Trek ni sangat lama dan sebab lama jugaklah sampai seekor pacat pun tak naik kaki.

   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 14 Most Hardcore Mountain to do Dayhike or Compress (Personal View) in Malaysia

BUKIT LUBUK BATU (via Denai Hutan), Marang , TERENGGANU

BUKIT 300, TELUK BATIK, LUMUT, PERAK