No.2 15 Cerita Mistik Hiking No.2/15V1 Solo

 15 Cerita Mistik Hiking

No.2/15

Trans Titiwangsa V1(2018)





Kisah ni tak adelah mistik sangat, tapi bagi aku, kalau dah lebih 7 tahun kau masih teringat-ingat tu, memang masuk senarai la. Nombor dua kut.

2018; aku buat V1 depek/dayhike/compress dengan Yogi, Auz, Yoi dan Zaem. Ni misi yang ke tiga aku buat V1. Macam biasala, target kena gempak. Aku nak break personal rekod iaitu 17 jam lebih (2017). V1 ni merangkumi empat gunung, 3 G7; Yong Belar, Korbu Gayong dan bonus Gunung Junction, tu pun lebih 2 ribu meter tinggi. Bila korang dah sampai Gunung Junction ni, baru separuh perjalanan habis. Ramai akan discontinue kat sini.

Di pendekkan cerita, kami berlima bermula pukul empat pagi lebih (4.33am) dan sampai ke puncak Yong Belar pada pukul 7.36am dan puncak G. Junction pada pukul 12 tengahari. Ngam-ngam masa. Masa turun nak ke Kem Cerek, aku pulak terlaju lead budak-budak ni sebab trek memang menurun je. Apa lagi, pantang nampak landai budak-budak trail kata. Seronok layan downhill sebab kali ni aku pakai kasut. Kalau pakai sandal tak boleh nak terbang sangat. Banyak sauk dalam seluk je. Pastu, Zaem yang duk belakang aku tiba-tiba menjerit suruh berhenti sebab 3 orang yang kat belakang dah tertinggal jauh. Lama jugak aku tunggu. Aku siap bukak-buang pasir-pakai balik-kasut pun diorang tak sampai-sampai lagi. Zaem cakap dorang cramps (rupanya berjemaah cramps kaki).

     Aku jadi tak sabar. Badan tengah panas lagi, tengah layan kaki, tengah layan downhill. Aku pun mula bergerak sendiri sebab aku rasa misi aku nak buat bawah 17 jam kali ni takkan tercapai kalau nak tunggu. Kalau separuh perjalanan dah injured, sudahnya memang akan lambat jadinya.

Aku berbekalkan kata-kata semangat dari Abang Hani " Kau kena try buat solo Mir",

       Aku pun bergerak sorang diri, pegang kata-kata keramat beliau. Takpe aku tunggu kat Kem Cerek. Dah sampai Kem Cerek, aku dah rasa seriau. Kat Kem Cerek nila, Poi kena kacau sebab terambik kayu dan kesnya, ' benda tu ikut dia sampai balik rumah, sampai kena kacau kat rumah ( rumah kena ketuk, ada orang keliling rumah) dan sampailah Poi kena masuk hospital. Panjang cite aku ni.

      Aku selfie je, bukti solo. Nak tunggu pun rasa seram semacam, bila panggil dorang tak membalas suara, aku pun sambunglah gerak semula. Nak ke Puncak Gayong ni kalau siang tak adelah scary macam lalu kat dekat permatang dari Kem Proton nak ke Korbu. Tapi disebabkan hutan dia penuh dengan mossy dan pokok-pokok bonsai, renek dan berakar yang berselang seli, korang akan rasa macam ada orang tengah skodeng di sebalik batang pokok atau celah-celah dahan ranting. Aku buat tak tahu je, pasang lagu kuat-kuat dan ikut nyanyi kalau tak semput nafas (Aku suka bawak speaker JBL kalau hiking dulu).

   Dah sampai Gayong pukul 2pm, aku rehatlah sekejap. Terjumpa denganJack Oh (dia jadi wakil Malaysia pergi Everest dua tahun lepas), berborak pasal event Climbathon Tahan awal Jan ritu yang mana aku tak masuk pun. Gempak event tu sebab budak Seladang kaut banyak placing top ten. Kerana dialah, aku ada gambar kat Puncak Gayong. Sebelum aku gerak, aku pesan kat Jack yang nanti kalau ada member aku empat orang sampai, cakap kat diorang aku terus 'shoot' keluar. Yakin je aku nak gerak solo ni. Berani buat, berani tanggung.

    Bila aku sampai kat Korbu (pukul 3.19pm) dan Last Waterpoint (4.34pm), aku bertambah yakin yang aku boleh buat bawah 15 jam sebenarnya. Kat Korbu aku rehat paling lama, sebab aku nak solat dan makan bagai. Lepas ni, aku nak berlari je turun. Penghalang aku hanyalah tangga-tangga dari Chuban ke Kem Botak tu. Memang aku tak boleh pandang enteng walau sesaat, silap langkah hanya sekelip mata, salah pijak, tak pegang betul-betul memang jatuh kalau tak timpa batu berbucu tajam 360 darjah tu, akan masuk gaunglah nanti.

      Aku hanya jumpa 2 orang pendaki cina yang sedang naik masa turun ke Kem Kijang. Kem Kijang masa tu dah tak ada orang camping sebab baru kena kepala air teruk. Sampai habis semua keluar batu-batu putih yang terperap jutaan tahun dalam bumi. Jadi, satu-satunya tamadun terakhir yang aku jumpa, hanyalah di Kem Seroja. Penuh orang tengah camping. Masa kat Kem Seroja pun dah pukul 5.43pm dan aku tak bercita-cita nak berhenti kat situ sebab nak elak jumpa orang atau kawan-kawan yang mengenali. Risau nanti dah borak lama, dah kena kopi panas, jadinya pulak misi aku ni tak tercapai. Risau nanti dorang 'interview', tanya itu ini, dengan sapa, buat misi apa kali ni, nak bergambar la. Member hiking kalau nak senang jumpa dalam hutan je sebenarnya.

      Di pendekkan cerita, lepas Kem Seroja ada 3 bukit nak kena hadap, lepas tu Air terjun Balak (6.09pm)  pun aku berhenti ambik gambar. Senja-senja kat air terjun ni jangan buat pasal. Kat sini dah la keras. Nak ke Kem Pacat pun ada jugak cerita tak best. Dah la nak ke sini aku ingat tahun yang lepas yang mana Cino kena tegur dengan 'seseorang'. Dia dah la duk depan aku, pastu  tiba-tiba jatuh. Tak ada akar batu pun depan trek. Lepas balik baru dia citer, ada benda gelak dekat dia masa die jatuh tuh. Pulak dah.

       Berbekalkan cerita gitu, buatlak aku rasa cuak bila teringat. Sepanjang jalan duk teringat kut. Bila laluan tepian air sungai kian sempit dan berliku, air sungai jadi makin besar, aku boleh pulak tersalah trek menaik ke atas bukit. Marking yang aku ikut tu tiba-tiba hilang. Masa aku tersedar tu baru aku teringat sepatutnya lepas batu besar tu ada marking tapi mungkin aku tak nampak atau biasalah senja-senja nj. Aku pun turun semula, cross balik sungai besar tu. Macam-macam adegan rini. Aku memang tak jumpa orang langsung dari Kem Pacat hinggalah keluar sampai parking pada pukul 6.59pm. Punyalah aju berlari nak capai masa sebelum pkl 7pm dan rekod 14 jam 26 minit. Alhamdulillah, tercapai.


      Sebelum aku tunggu Kecik masuk ambik dan yang lain sampai, sempatlah aku terlelap sekejap. Tido waktu Maghrib memang tak elok. Aku terkejut sebab gatal ketiak dan kena gigit dengan sekor pacat. Kenapa nak kat ketiak jugak. Rimas dengan nyamuk lagi. Terus aku bingkas bangun dan kemas barang kononnya nak gerak keluar. 9 kilometer kut nak jalan keluar. Jauh satu hal, yang aku risau tu anjing-anjing yang bergelimpangan tengah jalan. Kecik pun tak tahu jadi ambik ke tak ni. Aku rasa dia stanby pun depan pintu pagar empangan ni. Kalau nak tahu, pintu pagar ni akan ditutup waktu malam dan pendaki hanya boleh masuk siang hari esoknya. Aku pun dengan lagak berani mati nak jugak jalan je malam-malam sorang diri keluar. Dah habis gamble. Tak tahu datang mana kekuatan padahal takut nak jalan malam-malam. Yang berempat tu aku rasa paling awal tengah malam la kut baru keluar. Sama jugak kalau aku tunggu tak jadi apa. Kena tunggu esok pagi baru kereta masuk ke dalam parking.

    Klimaksnya, masa aku tengah jalan sorang diri dalam gelap berpandukan lampu kepala, sepanjang jalan tu, aku dah muka bau wangi, wangian bunga yang tak pernah aku bau selama ni. Memang menusuk lubang ni. Aku dah naik meremang. Seriau nak mampus. Asal kat sini dowh. Aku terus pasang mengaji perlahan. Baca-baca apa yang terlintas. Itu jela ikhtiar aku. Takut punya pasal aku silap ambik salah simpang. Jalan tu bawak aku ke kapal korek pasir yang mana jauh jugak aku nak patah balik. Kalau patah balik aku lalu balik jalan yang bau wangi tu. Seram dowh. Nak tak nak kena patah balik jugak. Kaki sebenarnya dah tak leh nak jalan laju sebab dan terlampau penat. Memang kena paksa jalan. Aku terbayang kalau ada 'benda' tegur berdiri tepi jalan, tak pun mengilai-gilai pastu dia terbang ikut aku sampai keluar. Naya mat.


    Yang buat aku kembali semangat tu bila ada cahaya sebuah motorsikal datang dari jauh. Dalam fikiran aku mungkin orang asli kut. Tak terfikir pun yang Kecik akan masuk walhal itulah sebenarnya terjadi. Dia masuk dengan adik dia buat teman ke tempat parking tempat aku tido semula. Nak tau tak dah jauh mana aku berjalan keluar?. Bila aku sampai semula, Kecik dengan adik dia dah siap buat unggun api besar kat parking tu. Masa aku patah balik tu, baru aku perasan bau bunga tu pun dah tak ada tapi kesan bau dia tu aku teringat. sampai ke hari ni

P/S: 1) Kami naik motor bertiga. Dekat setengah jam nak keluar. Masa naik motor, aku tunjuk kat Kecik tempat yang bau wangi tu kat mana. Untuk menambahkan mistik cerita ni, tentulah bau tu dah hilang.

2) Pastu yang si berempat tu keluar pukul 10 malam lebih. Kecik masuk balik dan aku tak boleh nak bayangkan macam mana mereka lima orang tu naik moto tu keluar. 2 jam aku tunggu kat kedai dengan adik kecik.

Tammat

     


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 14 Most Hardcore Mountain to do Dayhike or Compress (Personal View) in Malaysia

BUKIT LUBUK BATU (via Denai Hutan), Marang , TERENGGANU

BUKIT 300, TELUK BATIK, LUMUT, PERAK