GADIS PURDAH: Trans TNBYY Reverse (alternate ending)


GADIS PURDAH



          Sebelum aku beredar pergi, aku kena keluarkan headlamp siap-siap. Gantung kat leher bersama-sama wisel yang aku jumpa kat Kem Hari tadi (aku takda cerita pun pasal wisel ni). Wisel ni macam orang tinggal dan siap tergantung kat tali kat kemsite tu. Takkan nak biar macam tu, elok lagi, bunyi kuat dua marhalah boleh dengar. Boleh buat halau binatang buas ke. Kalau takut itu barang 'bertuan' lain, maka tak lojik nak oi. Mak cik bunian manalah nak pakai wisel ditengah hutan-hutan ni. Setiap barang yang dijumpai aku simpan dan jadikan kenangan. Bila aku tengok, aku akan ingat dan ada memori di sebalik cerita setiap perjalanan tempoh hari. Paling hebat aku pernah jumpa jam Suunto, tapi tak orilah. Cermin mata pun tiga empat pasang aku jumpa.

        Hari masih cerah lagi, tapi aku bimbang nanti lalu dekat kawasan yang jenis terlindung cahaya, tak berapa nak nampak sangat tak atau denainya. Headlamp aku periksa sekali lagi sama ada cukup bateri dan masih boleh berfungsi dengan baik ke tak. Takut nanti tengah-tengah nak pakai, semua tak menjadi. Plan B nya adalah pakai lampu telefon atau powerbank jer la.

       Gadis yang berpurdah tadi dah pergi beberapa minit yang lalu. Langsung tak berhenti masa kat Simpang tadi. Cukup padu. Ataupun segan berdua-duaan dengan bukan mahram. Tak mengapa, mungkin teman -teman sepurdahnya ada menunggu di hadapan nanti. Kan depan sana kena lalu sungai besar lagi. Nanti aku potong balik. Lagipun kalau beliau berjalan sorang-sorang tu boleh aje aku temankan kalau dah jodoh. Tapi permintaan itu hanya terlintas niat dihati. Bisikan syaitan.

        Pukul 6.22 petang, aku bergerak kembali. Nak target sejam je untuk sampai balik ke parking. Hari pula kian bertambah gelap. Aku hanya berjalan perlahan-lahan pada mulanya. Trek menaik sedikit dari simpang tu buat aku penat kembali. Lama-kelamaan aku nampak kelibat wanita berpurdah itu kembali dan berjaya memotongnya bila trek terbagi pada dua denai di kawasan yang aku panggil (sendiri) padang ragut sebab keadaannya rata, lapang dan seluas alam dengan banyak pokok lalang dan rerumput tinggi.

       Aku percepatkan langkah sambil anak mata curi-curi melihat siapakah gerangan gadis berpurdah ini walaupun pasti aku tak dapat nak tengok mukanya. Jarang lihat wanita sesolehah macam gini masuk hutan. Aku yang kepanasan bagai nak bukak baju ni terfikir macam mana beliau boleh tahan panas dan bahang macam ni. Ada kipas angin ke dalam kain tu.

       Aku cepat-cepat mengalihkan mata takut jatuh cinta pandang pertama (kalau ada yang rasa dia gadis itu dan baca cerita ini sila mesej aku sekarang). Aku tak nak dia melihat aku dalam keadaan begini; basah kuyup, kotor dan berpeluh muka. Sempat tarik lengan baju untuk kesat peluh bertitik dah jatuh dimuka. Nak jugak aku bagi nur kat muka ni terserlah. Aku melangkah dengan mendabik dada sedikit tapi muka masih dalam kedudukan menunduk berlakon fokus konon-konon tengok trek atau kasut (cuba korang buat sekarang). Cover line. Gaya malu malu kucing.

        Aku dan dia bertembung di satu simpang pertemuan semula beberapa saat kemudian. Hanya terpisah oleh lalang dan pokok-pokok renek ditengah tengahnya. Tetapi aku masih dapat lihat dari ekor mataku yang beliau seolah-olah memperlahankan rentak kakinya. Aku boleh baca yang dia sedang beri signal tak terucap itu, sedang beri aku laluan. Takpa, aku lalu dulu. Bakal imam kan kenalah harus duduk depan.

       Aku perasaan yang baju di pakainya serba hitam dari hujung kepala hingga hujung kaki, lengkap bertutup satu badan. Tipikal gadis-wanita berpurdah bergaya. Tapi dalam begitupun masih ada tarikannya tersendiri. Beg yang digalas agak besar, mungkin bersaiz dalam 40 liter aku mengagak. Lagu yang berkumandang sengaja aku perlahan dari belakang lagi. Takut nanti dia panggil aku kan

        "Awak, awak... tunggu kejap" ... " Awak, ada barang awak jatuh" .... "Awak, awak, mintak tolong" atau
        " Awak. AMIR MUSLIM kan" nanti aku tak sedar, tak perasan atau tak dengar. Sunyi. Masa yang teramat suntuk itu berlalu begitu sahaja. Terasa suasana bagai Mohabbatein pulak bila kawasan yang dilalui banyak ditumbuhi dengan orkid-orkid hutan tumbuh berkeliaran.

        Sedar tak sedar, makin laju aku melangkah. Bila aku rasa kelibat aku tak dapat dilihat olehnya terutamanya aku kembali berlari anak untuk sampai ke sungai dalam dua tiga minit kemudian. Bila aku melepasi sungai itu, si dia tiba pula di sungai itu. Seorang dirinya.



 HEADLAMP

       Aku meninggalkan gadis berpurdah sekali lagi. Beberapa kali aku menoleh ke belakang melihat kelibatnya muncul semula, manalah tahu si dia nak mengejar aku. Mengejar cinta aku sekali. Cinta yang sudah lama tak berkunjung mari. Andai kau datang, pasti ku sambut dengan hati yang terbuka. Andai ku sudi aku sambut memberi.

       Perjalananan yang masih berbaki dalam empat kilometer ini lebih mudah bagaikan mengambil kacang dalam tepung. Tak perlu nak panjat naik ke puncak atau bukit lagi. Tapi aku merasa kosong. Aku berhenti dan menoleh ke belakang. Menunggu yang tak pasti, kemudian berjalan kembali; perlahan dan makin perlahan sehingga aku berhenti semula. Tiga empat kali aku berkelakuan seperti itu. Aku tak pasti apa yang buat aku jadi begini. Kaki seolah tak mahu berganjak. Macam ada sesuatu tertinggal di belakang.

        Aku meraba leher. Tiada. Alamak, headlamp aku terjatuh. Mungkin jatuh di sungai tadi. Aku lupa nak mengetatkan talinya yang memang sedikit longgar. Sibuk sangat memastikan air tidak terkena telefon yang berada dalam poket. Aku berpusing ingin patah balik. Sungai tadi pun tak adelah berada jauh pun. Tapi aku jadi was-was, berbaloikah aku nak cari balik ni. Kalau jatuh dalam sungai mesti dah kena hanyut. Sungai pulak bukak kecik, air pun deras. Tak payah la. Boleh beli baru semula.

       "Awak..." suatu suara memanggil. Aku menoleh ke belakang. Dia; si gadis purdah itu. "...headlamp awak rasanya ni terjatuh kat sungai tadi". Aku melihat anak matanya memandang ke arah leher aku mencari kepastian. Kosong. Betullah tu.

        Aku terkesima. Tak tahu nak bagi respon apa. Gadis yang ditunggu-tunggu muncul kembali. Tak dijangka. Ini perancanganmu Tuhan. Seolah-olah seorang bidadari syurga turun dari langit menghulurkan bantuan. Aku memandang headlamp yang berada di tangan kanannya. Aku memandang sedikit lama, ingin memastikan bahawa itu kepunyaanku. Jalur oren pada talinya amat aku cam sekali warnanya

      "Owh, saya punya" Lega rasanya bila dapat balik barang aku ni. Aku jadi terpana. Tak tahu nak cakap apa.

       "Terima kasih awak" kataku sambil mengambil headlamp dari tangannya. Putih kulit jari jemarinya, sempat pula aku melihat. Jarinya masih kosong, tak berseri dengan cincin. Mungkin belum berpunya orangnya. Aku memakai balik headlamp ke leher. Tetapi aku lupa yang aku sedang memakai topi. Akibat tergopoh-gapah, tali headlamp tersangkut di kepala dan aku terus menarik berkali-kali. Terus tersekat tak boleh nak ceraikan balik. Aku jadi makin gelabah bila si gadis berpurdah itu memandang kelakuan aku. Cuba nak control macho tapi lain jadinya. Si dia ketawa kecil melihat kelakuan aku.

       "Apalah awak ni. Mari saya tolong" sambil tangannya menarik tali dari topi. Aku membiarkannya sahaja. Aku jadi kaku tak bergerak dengan sendirinya. Jantung aku berdebar-debar. Aku siap boleh mendengar nafasku yang agak laju menghembus. Tangan dah mula berpeluh, walaupun memang jenis sentiasa berpeluh pun, tapi baru sekarang terasa efek demikian. Penangan asmara betul.

       Beliau mencabut topi dari kepala aku. Aku menunduk kepala sedikit untuk memudahkanya mengambil topi dari kepalaku sendiri. Mata kami saling bertentangan bila aku mengangkat kepala untuk melihat apa yang dibuatnya. Nak jugak aku tengok apa adik manis buat. Cepat-cepat si dia mengalihkan pandangannya tunduk ke bawah. Dia menarik tali yang terlekat antara tali di topi itu dengan lemah-lembut. Aku tertarik melihat caranya. Cair.

        Aku membetulkan rambut, menyisirkan dengan tangan. Kasi touch up sikit. Seharian tenggelam di dalam sarung topi. Nak jugak nampak kacak bergaya.

       "Nah, ambik balik" si dia menyerahkan topi dengan di dalamnya berisi headlamp. " terlekat rupanya" Kata beliau lembut lagi. Hujung topi dipegangnya dan aku mencapai di hujung satu lagi dengan penuh terbit. Haru kalau bersentuh ni. Jatuh reputasi kedua bakal mempelai.

       "Terima kasih" aku menyarung keduanya kembali satu persatu. Kali ini lebih berhati-hati. Kalau tersangkut lagi memang nampak sangat aku gubra. Aku tak tahu nak letak mana muka ni. Si dia masih berada di situ. Belum mahu berganjak pergi. Tiga belas saat berlalu tanpa suara. Hanya angin yang lalu hingga mampu mengerakkan buluh hingga berbunyi bergeseran antara satu sama lain.

       "Saya jalan dulu yer" Aku membuat keputusan melulu. Tak berfikir panjang untuk kepentingan diri. Kenapalah aku nak pergi cepat sangat. Tanyalah nama ke, ambik nombor telefon ke atau temankan dia balik sekali ke. Aku dah rasa gelisah. Tak boleh nak fikir apa-apa. Aku bukan pandai nak mengorat atau mengayat perempuan.

       "Kalau awak jalan dahulu nanti saya potong awak balik" alahai mulut ni. Itu pulak yang dicakapnya. Tak payah cakap pun takpa. Aku tersengih sendiri dan mula berjalan pantas dan nak berlari semula. Bak timba pergi selepas mencari perigi kosong.

       "Awak.." aku terdengar si dia memanggil. Aku berhenti. Aku tak dengar langsung apa yang dikatakannya. Angin yang kuat lalu sebentar tadi membawa bersama suaranya merdu bertanya sesuatu pada aku tenggelam hilang. Masa nilah nak muncul angin Khatulistiwa.

            Aku tunggu dia datang menghampiri. Agak cepat dia berjalan. Jarak kami dari dua puluh meter menjadi kurang satu meter beberapa saat kemudian. Bila dengan gadis solehah macam ni kena jaga adab. Nak ambik hati si diakan. Kena tunjuk lagak lelaki alim-alim sikit. Baru si dia terpikat. Seluar pendek yang dipakai aku cuba curi tarik-tarik untuk dilabuhkan sedikit konon nak tutup lutut, walhal aku pakai seluar tight kut.

        "Apa dia awak" Aku pula bertanya.

        "Abang ni Amir Muslim kan" suaranya sedikit mengah dan kuat. Terkejar-kejar mendekati aku. Soalan yang agak biasa aku terima dewasa ini di dalam hutan terutamanya.

        "Ya saya. Beliau tu sayalah " Aku mengiyakan sahaja. Malas nak berdolak dalih. Nanti orang cakap aku sombong. Tak kenal maka tak cinta.

        "Dalam lama sangat nak jumpa abang ni" Si dia menyambung lagi. Bila dia memanggil 'abang' untuk kali kedua, aku tak silap dengar lagi. Betulkah atau ini mimpi. Ukhti nak panggil Akhi pun boleh. Nampak islamik sikit.

        "Oh ye ke" Aku hanya membalas dengan senyuman paling manis.

        " Saya dah lama minat kat abang. Eh nak jumpa abang" terus diubah ayatnya. Mungkin tersasul. Ada bibit-bibit harapan disitu.
"Oh ye ke. Sayalah tu. Rezeki awak kita dapat jumpa kat hutan jugak" Aku nak cakap kalau dah jodoh dalam hutan pun boleh jumpa. Ke sama jer.

       " Tadi nampak abang lalu masa nak ke Simpang YY tu rasa macam abang. Tapi laju sangat. Tak perasan. Nak panggil takut salah orang. Bila nampak abang basuh kasut kat sungai tadi nampak baju abang pakai tu" Aku melihatnya tunjuk lambang di depan baju yang di pakai.

       "Oh dia ni." Aku tersengih. Team Seladang punya lambanglah ni angkaranya. Ni malas nak pakai baju ni. Tapi kalau tak kerana logo ni, tak mungkin si dia tegur aku. Hati aku dah berbunga-bunga.

        "Abang buat misi apa kali ni" aku jawab solo TNBYY. Walaupun riak muka tak nampak tapi boleh nampak keterujaan riak matanya "Wah hebatnya abang" Kembang aku semangkuk kena puji. Habis control dah ni

       "Tak kacau pace awak ke ni. Kalau abang nak jalan dulu. Takpelah. Saya boleh jalan sorang-sorang jer ni. Nak sampai dah kat parking" Bunyi suara macam mengharap tapi mengalah. Tapi tetap lembut didengar.

        "Takpe, biar Abang teman kamu" Aku pulak membahasakan diri aku abang. Romantisnya rasa.

        "Kita keluar sama-sama lah macam tu. Timing pun dah out ni. Buat penat je berkejar masa".Eh aku ni. Bukan menipu ke tu. Tadi bukan main nak cepat la, kesuntukan masa lan takut keluar gelaplah, takut Angah dengan Atie menunggu lamalah. Takpa, tipu sunat. Demi zaujah abang.

           Kami kembali berjalan semula. Bersama-sama kali ini. Dia berjalan bersebelah aku. Aku ingin beri ruang padanya. Pada hati yang sudah lama bersolo ini. Pertama kali dalam ekspedisi solo ini menjadi duo. Tadi berseorangan kini berdua. Mungkin begini penamat kisah ini.

Berdebar-debar rasa hati ini. Aku berjalan dengan melangkah penuh berhati-hati. Takut nanti tersilap langkah dek terlalu asyik . Aku mungkin masih berangan-angan berjalan bersama seorang gadis misteri. Gadis idaman mungkin. Tapi betulkan itu orang. Takkan aku berjalan bersama hantu.



AISHAH

       "Nama saya Aishah abang Amir" Sah bukan hantu. Takkan hantu ada nama seindah itu. Yang ada nama pon jenis pocong, bunjut, gula gula, cik lang, cik pon dan lain-lain nama samaran mereka. Tak best. Belum sempat aku bertanya gadis itu sudah memberitahu namanya.

       "Owh. Hai Awak, eh Aishah" Aku tergagap-gagap dah kenapa kau. Berkali kali kau sebut perlahan-lahan. Sedap namanya, itupun hanya berkata di hati. Secantik orangnya. Aku pulak senyum tersipu-sipu. Bila diingatkan balik, aku selalu bercita-cita nak bagi nama kat anak perempuan aku dengan nama Aishah. Nama Ummul Mukminin kita semua. Takpelah, dapat maknya nama Aishah pun apa salahnya. Mana-mana pun kalau menjadi rezeki aku terima seadanya. Kalau dapat dua-dua terus, dah pasti jadi halal dan sah untuk di cium, dikucup dan dipeluk. Eh. Jauh betul aku berfantasi ni.

Jalan yang sempit masa pergi tadi, terasa luas bila balik ni. Terbuka walaupun banyak kali aku kena kayu atau ranting-ranting kecil masa lalu. Kalau boleh aku nak sepanjang jalan aku dapat berjalan bersebelahanya. Kadang-kadang aku curi-curi tengok dia. Aku pun perasan dia pun ada curi-curi tengok aku. Sampai satu ketika kami saling bertentangan mata. Lama pulak tu baru nak kalih. Cantik matanya. Persis bidadari layaknya. Anak matanya hitam. Bulu matanya sangat lebat. Macam minah arab tebal keningnya. Bergetar jantung ini.

        "Boleh berhenti sekejap tak, nak minum airlah" Pinta Aishah. Aku jawab
       
        " Boleh. Sinilah jer la kita berhenti" Kata aku sambil membuka beg. Aku pun ingin minum air. Dahaga benar kali ni. Mungkin tahap berpeluh yang betul-betup extreme melanda ni buat aku cepat terasa dahaga. Terasa penangan cinta melanda diriku.

         "Ada air tak tu?" Aku cuba main tawar- menawar. Saja.
   
         "Takpa bang, saya dah ada yang saya punya" Aishah masuk ke dalam semak sedikit. Agak redup dan terlindung sedikit tempat di situ. Aku lihat dia membelakang badannya daripada menghadap aku. Jenis yang jaga tata tertib agaknya. Minumlah dengan sopan santunmu.

       Aku pun membelakangkan badan dan lepas minum aku menyimpan kembali botol air di dalam beg. Aku ambil asam masin yang masih banyak didalam plastil ziplock tu dan mengeluarkannya pula untuk di makan. Satu persatu aku kunyah sambil menunggu Aishah datang dekat pada aku.

       Tiba-tiba datang empat orang pendaki dari arah belakang dan menyapa aku

        "Assalamualaikum" Yang berada di depan memberi salam. Wakil. Yang lain pula hanya memberi senyuman, cukupkan syarat.

        "Waa'laikumussalam" Aku pantas menjawab.

         "Seorang je ke" tanya pendaki berbaju kuning yang berada paling belakang. Aku jawab lagi

          " Takla berdua, dengan kawan" Aku pun tunjuk ke arah Aishah yang tengah membetulkan niqabnya. Macam manalah dia minum dengan kain penutup macamtu.

          Muka abang tu terpinga pinga. Kawan-kawan di depannya agak dah ke depan sedikit daripadanya.

         "Owh" jawabnya sambil tersengih sambil dahi berkerut. Dia terus berlalu pergi. Tergesa-gesa mengejar kembali rakan-rakannya didepan Hairan aku kenapa tiba tiba air mukanya berubah. Mungkin pelik tengok ada gadis berpurdah hiking. Lepas tu nampak kami berdua-duaan macam ni mungkin tak manis di pandang, dahlah dalam hutan. Alah dia bukan tau aku dengan Aishah dah kahwin ke belum.

         Mesti cepat-cepat pergi nak membawang dengan kawan-kawan sia tu. Lantaklah, buat apa kisah sangat nak fikir apa orang kata. Ramai je aku tengok pasangan tak kawin masuk hutan. Bahagia je mereka.

        "Dah ke" Aku tanya sambil tengok jam tangan. Rupanya dah pukul tujuh petang.

        "Dah bang. Sorry lambat sikit"

        "Takpa. Sekejap jer" Aku menjawab. Ambiklah sebanyak masa yang awak nak. Aku sanggup menanti. Lagi lama, lagi bagus. Dapat duduk bersamanya lebih lama.

          "Ada apa-apa lagi tak, kalau tak kita dah boleh jalan" Aku bertanya lagi. Aku berlagak seolah-olah jadi ketua. Ada gaya. Sifat semulajadi kut. Apatah lagi, nak jadi ketua keluarga, inilah masanya nak berlatih. Baru dia tahu kebolehan aku. Aku nak bagi dia rasa selamat dengan aku. Biarpun di hutan atau digunung, mahupun di darat dan lautan. Dimana jua kita berada.

         Aishah hanya mengeleng kepala. Kami pun berjalan kembali. Jalan yang amat landai membuatkan kami berjalan lebih cepat dari tadi. Kami sekarang melalui kawasan paip yang berselirat di sepanjang jalan. Sesekali kami kena mengelak terkena air yang memancut dari paip yang bocor. Dua tiga kali air paip yang bercampur peluh tertelan sama hingga aku terpaksa meludah di tepi jalan sambil muka seolah-olah tertelan air masin. Memang masin kut walaupun air peluh sendiri. Gelagat aku diperhatikan oleh Aishah. Dari tadi lagi.

          "Comel pulak Abang Amir ni" Aku tersengih. Malu-malu pulak dengar. Entah ikhlas ke tak dia ni puji. Kalau nak kata aku kelakar berkelakuan macam ni tak payah la kias-kias puji. Tak kelakar. Dia menyambung

          "Masin sangat ke air paip tu?"Tanya Aishah Aku tersengih lagi. Masih terasa sedikit rasa masin yang tertinggal dalam mulut. Tak sempat aku nak menjawab balik. Aku hanya mampu gelak kecil. Aku menepis-nepis air paip yang terpercik ke arahnya. Si dia cuba mengelak. Dan aku cuba mengejar sambil membawa air dalam kedua belah tangan untuk dilontar kepadanya. Mana mau lari. Bisik aku dalam hati.

          Maka berkejaran kami macam dalam filem hindustan. Nasib takda bawak jatuh hingga tergolek-golek dilereng gunung, tercabut sari dan terpeluk. Eh. Cepat pulak dia lari. Beg nampak besar tapi mungkin dah tak berat dan agak kosong. Aku konon-konon mengejar, padahal boleh je potong sebab nak kasi nampak dramatik sikit. Sedar tak sedar, dah sampai dekat sungai yang terakhir. Nak kena redah lagi. Kami pun berhenti di tebing. Kalau sambung berlari-lari, tak tau drama Bollywood mana pulak jadi lepas ni.

         "Dahla lari. Aisya penat dah ni" Tau pun dia cakap penat. Aku ni pun acah-acah je lari. Lari tuk bersama selamanya je boleh. Larikan diri jer tak sanggup dihadapi.

          "Sapa suruh lari" Aku menyalahkannya. Tercungap cungap juga aku walaupun macam lari dalam guni perlahannya. Aku bertanya

          "Ni sapa nak turun dulu"

            Aishah memandang aku. Aku dah dah boleh faham maksud dia.

          "Takpelah abang turun dululah" Aku tawarkan diri. Aku dah tak janggal berbahasakan diri aku abang. Terasa makin berkeyakinan dan bertanggungjawab bila mengelarkan diri seperti itu. Rasa abang-abang sangat. Dia mengangguk sahaja.

         Aku turun perlahan-lahan. Aku cuba memijak di kawasan yang aku rasa dia boleh pijak sama. Selamat dan tak licin. Kalau ikutkan hati aku, aku nak terjun je dalam sungai ni. Tak kisah basah kuyup.

        Lepas aku masuk ke dalam sungai dua tiga meter
     
         " Hah, turunlah. Nak senang ikut tempat abang lalu tadi" Kata aku. Sedikit kerisauan aku padanya. Baru aku perasaan yang dia pakai kasut getah. Mungkin licin sikit masa turun tebing tu. Lagipun, pemakaiannya mungkin membataskan pergerakkannya. Namun Aishah bersahaja turun. Tak ada gaya-gaya teragak-agak takut nak turun.

          "Tak payah tunggu. Abang jalan jer dulu (terus) " katanya sambil mengapai tali yang utuh terentang ditengah-tengah sungai.

           "Aishah boleh jer ni" Penuh yakin. Dia macam tahu aku sedikit kerisauan. Aku pula kagum tengok gadis jenis berdikari macam ni. Tapi aku tetap tunggu. Entah kenapa hati ini cakap suruh tunggu. Dari atas sampai bawah aku padang tak berkelip-kelip lihat telatahnya. Baru je kenal tapi rasa dah mula sayang.

           "Dah-dahla tu mengelamun cik abang oi...... Jalanlah" Aku terkejut bila dipanggil macam tu. Rupanya aku telah terhanyut melayan perasaan. Hanyut melihat dirinya sampai tak perasan yang dirinya sudah naik ke tebing. Aku tersedar yang aku masih berada ditengah-tengah sungai. Aduh boleh pulak terangau sampai macam ni. Baru aku terasa sejuk air yang membasahi sampai ke peha. Oh betapa hangatnya cinta.

           Aku bergerak laju-laju sampai ke tebing. Aku lihat si dia sedang membetulkan pakaiannya terutama seluarnya. Mungkin kesan terkena air, menyebabkan pakaian melekat kat kulit dan si dia rasa tak selesa

           "Abang jalan dulu" Aku faham situasi ini. Aku akur kehendaknya. Aku ajaknya berbual lagi. Nak hilangkan kebosanan. Ada satu kilometer lebih lagi nak sampai jambatan.

          "Nanti balik naik dengan sapa"

           "Balik dengan kawan. Dorang kat belakang lagi kut" katanya.

           "Berapa orang"
            "Empat orang, semua ladies. tapi Aishah tumpang jer"
             "Abang datang bertiga" Segan pula aku nak cerita aku datang dengan siapa "Dua orang dekat parking" kalau dia tau aku datang dengan wanita-wanita mesti dia ingat aku ni apa. Jantan tak guna.

             "Tau" Dia jawab balik. Macam mana dia tau. Perbualan aku terhenti sementara. Hidung aku ni kembang kempis terbau satu bau yang amat wangi. Sebenarnya dari tadi lagi aku terbau wangi, sebelum nak sampai ke simpang YY-Tok Nenek lagi. Tetapi bau tu macam chipsmore. Kejap ada, kejap tak ada. Kejap macam bau wangi, lepas tu hilang. Tak kuat sangat bau itu. Tapi kali ni bau dia sangat wangi dan sangat kuat.

            Aku hanya mendiamkan diri. Tak bersuara. Bau itu betul-betul mengacau fokus aku; pada emosi aku terutamanya. Aku pasti bukan aku seorang saja yang dapat bau ini sebab baunya sangat kuat. Aku hanya mengandaikan bau ini bau bunga-bunga tengah kembang atau bau dari rumah orang asli yang tengah bakar kayu-kayu wangi.

            Trek tanah merah kian habis dilalui bila kami semakin tiba ke jalan bersimen. Cuaca makin gelap. Aku nampak lampu jalan sudah bernyala dipasang dan begitu juga lampu dari rumah-rumah orang asli. Terang. Walaubagaimanapun, jalan masih boleh nampak. Tak perlu pasang headlamp pun. Yang membuatkan suasana lagi romantis bila terlihat bulan rupanya penuh terang bercahaya. Cerahlah malam ni.

            Akhirnya kami tiba di jambatan pada pukul 7.45 malam. Samar-samar aku mencari Angah dan Atie dari kejauhan bersama kereta. Mereka menunggu di dalam kereta. Setia sungguh kawan aku berdua ni. Aku mengetuk pintu kereta

           "Hoi, tidur ke?" Aku manggil. Mereka segera keluar dan menyandar di pintu kereta.

            "Kemain kata nak keluar pukul 5.30. Ni nak pukul lapan malam dah tau" Kata angah dengan muka tak puas hati. Makin mengembang pipinya.
Kalau hari cerah boleh nampak berurat-urat dahinya.

           Aku kalau ikutkan hati memang nak keluar awal. Tapi perancangan Tuhan lebih baik dan besar.

         "Alah aku teman seorang gadis tadi" Aku cuba terangkan "Dia jalan seorang, aku jalan sekali la. Kau taulah time-time senja macam ni. Bahaya gadis jalan sorang" Sekali nafas aku lafazkan.

          "Eleh kalau aku, ko tinggal-tinggalkan je. Betul tak Kak Atie" Angah membalas

           "Betul-betul. Kok Bisa" Sokong Atie. Dua lawan satu. Malas layan.

            "Kalau korang tak caya, korang tanya budak perempuan ni?" Aku menoleh ke belakang. Hilang. Eh mana dia pergi

            "Haaaaaaaaa....." panjang. "Mana dia, mana dia?. Ko tipu" Cakap Angah, sambil bercekak sebelah pinggang. Dia berjalan ke sebelah aku

            "Ke ko jalan dengan hantu tak ni?". Tambah Atie.

            Aku mencari-cari kelibat Aishah. Eh masa bila dia pergi. Bukan dia ada dekat belakang aku jer ke tadi. Masa bila dia lalu depan aku. Aku terpinga-pinga.

           "Entahlah. Tadi ada je belakang aku. Dia pakai purdah, atas bawah warna hitam" Aku menjelaskan dengan rasa penuh hairan.

        Dikala aku sedang ingin duduk di atas tepi jalan raya, baru aku tersedar bau wangi tadi telah hilang. Berlalu pergi.


Tamat

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 14 Most Hardcore Mountain to do Dayhike or Compress (Personal View) in Malaysia

BUKIT LUBUK BATU (via Denai Hutan), Marang , TERENGGANU

BUKIT 300, TELUK BATIK, LUMUT, PERAK