Kisah Mistik Top 3 out of 15 (Surau : Gunung Ledang)

 Kisah Mistik Top 3/15







Gunung Ledang (2017)
Surau

Agak lama dah cerita ni, aku pun tak tahu boleh ingat semula tak. Ceritanya bukan berlaku dekat atas Gunung Ledang tersebut, tetapi masa di surau persinggahan rehat dan rawat di sebuah kampung dekat dengan Asahan.

Kami berlima sampai awal dekat surau konon nak tido dulu sebelum bergerak nak ke Taman Negara pagi nanti. Sementara tu nak tunggu Pak Lan yang datang jauh dari N9 dan seorang diri pulak tu. Kami sampai di surau yang tak berkunci pagarnya tu pada pukul dua pagi lebih. Surau tu memang terletak ditepi jalan tetapi kereta kena parking di tepi jalan raya. Dipendekkan cerita, separuh dah terlantar baring atas lantai nak tidur dan separuh lagi termasuk aku tunggu giliran nak masuk tandas yang terletak di luar surau. Tandas surau yang berfungsi satu je, sementara tunggu giliran aku entah mana datang gilanya pergi tawaf kawasan surau satu pusingan (pukul dua pagi pulak tu). Entah apa aku pikir masa tu. Bila sampai dekat tandas, terkejut aku bila nampak ada dua buah keranda tersusun secara bertingkat beberapa meter dari pintu masuk tandas. Mulut aku terus tersebut " Eh ada kerandalah". Aku pun masuk tandas bila dah tak ada orang. Lepas keluar, aku tengok balik keranda tu dan fikir ni kawasan mandi jenazah la kut kariah kampung ni.

        Dipendekkan cerita lagi, kami berempat berbaring menghadap depan surau dan seorang lagi, Fairuz je bijak sikit ke arah posisi lain. Sebelum aku lelapkan mata, mata aku terpandang ke arah hujung siling. Agak lama la aku tenung kat situ walaupun memang gelap tak nampak apa-apa. Aku rasa dah tak sedap hati. Firasat aku cakap berbisik sesuatu. Entah macam mana dan bila aku terlelap tiba-tiba aku rasa badan tak boleh bergerak. Halamak. Dalam hati terus cakap dah kena dah. Takkan dalam surau sekalipun. Ni aku malas ni. Belah kanan aku Poi, belah kiri aku pulak Ubai tido. Usaha aku nak gerakkan badan dan bersuara memang tak lepas. Siapa pernah kena mesti tau. Semua orang aku rasa tidur mati. Tiba-tiba badan ringan. Apa lagi aku bukak mengaji kat mp3 telefon. Mungkin tadi aku tidur terlentang kut, aku ubah posisi badan mengiring dengan harapan tak kena tindih lagi.
Dipendekkan lagi cerita ni, habis jer bunyi mengaji tu, aku pun kena tindih lagi sekali. Dia macam tak puas hati. Lagi lama aku rasa aku kena. Macam-macam ayat aku baca. Surau ni weh, surau mana ada hantu.

      Lepas dah berjaya melepaskan diri, aku dah tak boleh nak tidur, erti kata yang lain dah tak berani dah nak tidur. Aku check telepon nak tengok Pak Lan dah sampai ke belum. Tengah tengok telefon, Ubai disebelah kiri aku pulak tiba-tiba bernafas kencang dan badan bergerak-gerak. Aku syak ni mesti kena tindih jugak ni. Aku cuba mengerakkan badan dia. Bukan setakat Ubai, Poi pun kena. Mulanya aku ingat Poi mengigau sebab tiba-tiba dia bangun dan lepas tu tido semula. Esoknya bila tanya, Poi pun cakap dia pun kena.
     Pak Lan pun sampai lepas tu tapi dia nak masuk surau tidur jugak. Aku dah cakap kat dia hati-hati, aku dah terkena. Aku cakap kat Pak Lan bukan nak menakutkan dia, tapi beliau jenis yang boleh 'nampak' dan selalu terkena. Pak Lan tak kena apa-apa cuma masa dia tidur ayam tu, ada seorang lelaki tua  datang seorang lelaki tua dekat dia dan menunjukkan ke arah tempat keranda di depan tandas tu. Apa maksud dia, masih jadi misteri.

      Esok pagi, bila cerita kat Kucit dia cakap kenapa tidur kat surau tu. Ramai yang dah terkena.

Manalah aku tau. Kali kedua aku pergi Ledang, aku tak singgah dah surau tu walaupun siang hari.

Kali kedua aku pergi Ledang, Kucit ajak. Awalnya aku ikut je belakang Kucit tapi diaebabkan dia kena jadi sweeper satu kumpulan, dia suruh aku jalan dulu. Apa lagi bila dah dapat lampu hijau, aku jalan la seorang diri dari CP3 sampai la ke puncak Gunung Ledang. Memang sepanjang jalan aku tak jumpa orang kecuali beberapa orang yang bermalam di Batu Hampar. Nak dijadikan cerita, aku lah orang pertama sampai di puncak hari tu.

Bertuah jugak dapat hike solo sebab bila dah masuk kawasan taman negara ni kita kena ikut peraturan dan malim khususnya. Bagi aku, cukuplah sekali je peluang tu dapat, sebab pengalaman aku sepanjang berjalan seorang diri benar-benar menguji mental dan fizikal. Sepanjang jalan aku rasa macam ada orang dekat belakang dan bila aku nak sampai dengan batu hampar, aku rasa lutut aku terkunci kedua belah dan tak dapat bergerak. Aku rasa bahu, badan dan beg aku berat giler. Kaki pula rasa sakit perit nak melangkah. Padahal trek takdelah pacak sangat. Awalnya nak cuba nak baiki catatan peribadi (2j 15min), tapi aku buat keputusan rehat dekat Batu Hampar memandangkan ada yang kenal dan tegur. Masa balik, aku ikut je belakang Kucit sampai keluar petang tu.

Sekian 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 14 Most Hardcore Mountain to do Dayhike or Compress (Personal View) in Malaysia

BUKIT LUBUK BATU (via Denai Hutan), Marang , TERENGGANU

BUKIT 300, TELUK BATIK, LUMUT, PERAK