GUNUNG SEMANGKOK (DAYHIKE/DAYPACK)
GUNUNG SEMANGKOK (DAYHIKE/DAYPACK)
GUNUNG SEMANGKOK DAYHIKE
(7.4.2016) Khamis
(Versi Baru dan Lagi Berjela (2019)
1.0: INTRO
Aku hanya mengenali Yuyu baru sahaja tiga bulan; iaitu sewaktu pergi ke Gunung Nuang pada awal tahun lalu. Manakala Asul pula tidak pernah berjumpa lagi tetapi setiap kali berjumpa Yuyu pasti nama tersebut meniti keluar ceritanya. Yuyu nama tidak asing dalam dunia hiking ketika itu kerana setiap kali aku pergi hiking bersama Yuyu dimana saja, pasti ada orang akan menegurnya; dipuncak, ditengah jalan, diparkir atau mana saja yang terlintas fikiran anda. Jadi aku tahu di mana kekuatannya dan setiap kali aku hiking dengan Yuyu pasti aku terkebelakang jauh darinya. Dari situ aku tahu tahap kecerdasan dan kepaduan aku terletak dari mana. Asul pula dari cerita Yuyu, tidak kurang handalnya. Aku belum pernah berpeluang mendaki bersama-samanya lagi walaupun sudah beberapa mengajak sama. Faktor cuti yang tidak serentak bersama menjadi penghalang untuk kami berkenalan lebih mesra (aummm)
Aku baru dimasukkan dalam Team Seladang atau nama sebelumnya adalah Team Blackbull Malaysia hanya beberapa minggu sebelumnya dan ini menjadikan aku ahli rasmi ke enam selepas Mizi, Adil, Asul, Zul dan Daus (Pak Mat Tempe) mereka (pasti anda semua menyangka aku adalah pengasasnya walhal aku hanya ahli yang terawal. Tetapi misi dan visinya aku tetap bawa sehingga ke hari ini walaupun macam aku makan sorang). Hingga kini ahli Team Seladang yang bergiat aktif berjumlah lebih 40 orang (yang tak aktif tu aku tak tahu nak buat apa, sibuk mengawan kut).
Walaupun hanya berenam pada awalnya tetapi Whassaps kami sentiasa bergegar vaganza penuh dengan aktiviti menyembang siang berganti malam dengan bermacam-macam bicara yang hampir 80% bertopikkan alam pergununugan sahaja. Beberapa kali aku menyatakan idea meredah ke Gunung Semangkok. Aku kata
"Kita boleh buat depek. Masuk pun kita main redah jer. Gunung Semangkok ni jarang orang masuk. Dahla jarang pastu buat depek sebenarnya masih mustahil orang nak buat. Kat Malaysia ni, Semangkok adalah top tiga Gunung yang paling 'hardcore' dan susah kalau nak buat depek lepas Benum dengan Tumang Batak".
Cadangan aku dipersetujui bagi merealisikan agenda utama Team Seladang di wujudkan; semua benda nak redah, buat kerja gila dan kalis kena kecam. Disebabkan aku ketua projek, maka aku yang akan mengatur masa dan ekspedisi. Aku memilih Gunung Semangkok sebagai lokasi pertama memperkenalkan Team Seladang kepada dunia pergunungan yang masih hambar diluar sana adalah kerana cabarannya yang tersendiri. Tidak banyak info yang aku perolehi di internet dan blog. Apa yang aku tahu adalah Gunung Semangkok amat jarang di masuki orang dan jalannya mungkin sudah tertutup. Untuk ke sana, kami perlu melalui dua gunung terlebih dahulu iaitu Gunung Pine Tree dan Twin Peak yang kedua duanya berketinggian lebih 1400 meter dari paras laut. Susah bukan.
2.0 PERJUMPAAN PERTAMA: LAKSA
8.0: TWIN PEAK
Selepas lima belas minit berada di puncak Pine Tree Hill, kami beredar untuk menuju ke sebuah puncak berdekatan. Hanya 500 meter lagi perjalanan. Di puncak Pine Tree Hill yang agak terlindung permandangannya membuatkan kami ingin segera beredar. Kami pun tak mahu rehat lama sangat di situ kerana turut mengejar masa. Bergambar kenangan jer.
Menuju ke puncak seterusnya perlu bergerak menurun ke kiri dari puncak Pine Tree Hill ni. Treknya adalah kawasan laluan air dan ternyata kami melalui dikawasan takungan air yang agak berlopak dan lembap. Perlu berhati-hati nak memijak kerana tanah basah dan berselut juga. Mula-mula trek menurun dan bila tiba di lembah yang memisahkan antara dua gunung kami perlu menaik semula. Kawasan sekitarnya agak berlumut dan lembap, bersesuaian dengan kadar kedudukan altitudnya yang melebihi 1300 meter dari paras laut. Sejuk dan nyaman.
Kami tiba di puncak Twin Peak sebelum pukul tiga petang lebih. Cuaca agak mendung dan berawan, langsung menutup permandangan Gunung Semangkuk seketul di depan. Puas aku canang kat mereka berdua yang Gunung Semangkok boleh nampak dari Twin peak dan tingginya hingga puncak tak nampak sebab ditutup dengan awan itutak seperti gambaran yang aku berikan. Kabus tebal menyelubungi menutup terus segala permandangan. Aku merasa sedikit gusar dan bimbang takut-takut hujan turun di tengah jala nanti. Hutan belantara dan gunung-ganang ni jangan dibuat main cuacanya, tengok ramalan pun belum tentu tepat tilikannya.
Disebabkan tidak ingin mengambil risiko, kami semua telah bersedia bawa barang untuk memasak seperti dapur memasak, gas dan mesti serta hammocks jika terpaksa bermalam. Sebab tu beg masing-masing agak berat, termasuk air yang aku rasa semua orang bawa lebih daripada 3 liter seorang.
Kami berhenti agak lama dan sudah tiga jam lebih kami bergerak. Ringkasan untuk perjalanan setakat ini adalah kami banyak main-main sebab terlampau teruja dan seronok. Pertama kali buat kerja gila secara bertiga bersama-sama. Setakat ni aku rasa puas. Lain macam perasaan rasanya. Kami berhenti untuk makan juga kerana kali terakhir mengisi makanan dalam perut adalah pada waktu pagi tadi, semasa di rumah Yuyu. Aku hanya menelan asam-asam yang aku bawa. Aku ni manalah pandai nak makan nasi, roti pun aku tak bawa. Aku hanya bawa bekal powerbar (dulu aku bawa, sekarang aku tak bawa sebab powerbar buat aku guna banyak air dan buat tekak cepat kering, mungkin sebab manis sangat. Coklat dan gula-gula pun aku tak boleh hadam). Itupun aku tak sentuh lagi.
Kami mengambil ruang di sudut yang berdekatan dengan seketul batu sempadan yang boleh dibuat tempat duduk. Hanya kami bertiga berada di puncak ketika itu.
9.0: KEM SUNGAI MERAH
View Gunung Semangkok yang sekejap hilang timbul disebalik awan dan kabus yang tengah menaik amat mengujakan perasaan yang sedang melihat. Rasa teruja nak tawan puncaknya tetapi rasa takut dan seram nak pergi sebab pasti banyak halangan dan rintangan di depannya nanti. Apa yang terhidang di depan mata kini adalah sebuah permandangan jauh terbentang sebuah gunung yang mana pasti kami kena jalan menurun hingga ke lembahnya terlebih dahulu dan menaiki beberapa anak bukit dan kemudiaannya kembali menaik hingga ke puncak. Mengigil kaki tengok.
Selepas setengah jam berehat, kami berkemas dan memulakan perjalanan semula. Trek masuknya adalah beberapa meter ke depan dari sebelah kanan. Agak tersembunyi disebalik pokok-pokok renek tapi kesan laluannya masih dapat dilihat. Treknya melalui tepi gaung; sempit, licin dan curam. Disebelah kanan, kami dapat melihat permandangan gunung ganang disekitarnya sepanjang perjalanan turun. Boleh dikatakan trek menuju ke Kem Sungai Merah ini bermula hampir menurun seluruhnya. Walaupun menurun kami tidak berpeluang langsung untuk bergerak pantas seperti tadi kerana terlalu banyak akar kayu dan permukaan tanahnya yang licin berserta dengan batuan kecil dilaluannya menyukaram pergerakkan. Lumut-lumut yang tumbuh di akar pokok dan laluan disebabkan tahap kelembapan yang agak tinggi menyukarkan untuk kasut kami memijak lebih kuat dan mencengkam tanah (zaman masing-masing pakai kasut getah lagi). Kami banyak berpaut pada akar dan pokok untuk memudahkan pergerakkan menurun. Ada masanya kena gelongsor pada tanah untuk melepasinya.
Tugas aku kini bermula. Plastik kuning yang aku potong malamnya tadi aku sudah keluarkan satu persatu untuk diikat pada pokok, kayu atau dahan dikawasan yang mana kami mungkin boleh sesat dan hilang arah. Cara aku meletakkannya sedikit berlainan kerana aku mengikatnya dengan cara memudahkan pandangan bila kami pulang dalat dihat dengan jelas. Jadi ia mengambil masa sedikit untuk melakukannya pada mulanya kerana kena betul cara mengikat agar tak hilang, longgar dan biar mudah dilihat. Lama-lama, baru cekap kerjanya. Aku pun beri mereka berdua marking sedikit, takkan nak buat kerja sorang.
Trek memang ada laluannya tetapi banyak dilitupi dengan daun kering dan hampir tiada kesan tinggalan bekas tapak kaki orang dapat dilihat. Beberapa marking yang sangat lama juga masih boleh dilihat.
Waktu dah masuk ke asar. Aku pun dah mula makin mengantuk dan jalan pun rasa mamai jer. Aku dah bagi amaran Yuyu dengan Asul yang aku akan mula menguap tak berhenti lepas ni. Tahap menguap aku tu boleh sampai aku bergenang air mata. Aku mula cuba melelapkan mata bila kami berhenti di suatu anak bukit (tempat pertama berhenti selepas bergerak dari Twin Peak) dan seterusnya beberapa kali setiap kali berhenti. Cubaan tersebut adakala berjaya ada kala tidak sebab berhenti pun sekejap-sekejap.
Ekspedisi kali ni aku memang paling juara tidur-ditengah-jalan. Boleh dikatakan hampir setiap kali berhentinya kami, aku akan ambil masa selama-seboleh mungkin untuk tidur. Maklumlah lepas habis kerja shif malam ni, biasa pukul sembilan atau sepuluh pagi paling lewat pun aku dah mula tidur. Tapi sekarang dah masuk hampir dua puluh empat jam aku tak tidur-tidur lagi. Kadang-kadang fikir kesian jugak kat badan. Tapi dah minat kan.
Macam-macam gaya aku tidur; gaya bersandar kat pokok ada (gambar), duduk atas batang balak, baring kat tepi trek dan gaya berdiri pun ad. Asal ada peluang, aku tak sia-siakan. Kadang-kadang aku hanya tidur-tidur ayam je pun. Bukan nak tidur sangat tapi sekadar nak bagi mata tutup. Dapat lelap sekejap pun cukuplah (korang kena belajar power nap). Sambil lelap mata, boleh lagi nak menyembang. Bila ketua cakap gerak, terus gerak, takda diskaun tawar menawar. Hati kena kental beb.
Sebab rasa kesian kat aku ni, dorang siap bagi aku tidur berlama-lama sikit bila berhenti. Baik. Walhal perangai syaiton masing-masing keluar bila ada yang tidur iaitu aktiviti suka ambik gambar kat siapa yang sedang tidur. Pantang ada yang nak melelap pasti semua bersedia nak ambik curi-curi gambar gambar. Yang pasti akulah paling banyak terkena. Kepala ideanya adalah kerja si Asul mula-mula dan menjadi ikutan yang lain. Lepas trip yang lain, semua jadi mengikut, masing-masing akan mula ambik gambar senyap-senyap kalau ada yang tidur. Dalam kereta tidur pun kena ambik gambar. Jadi kalau nak tidur oun kena tidur cara sopan masing-masing. Usai permainanan, baru kasi sebar kat media sosial. Itu yang jadi kenangan tu.
Kami tiba di suatu signboard bertulis "Gunung Semangkok " dan "Waterpoint". Berhenti sekejap untuk ambil gambar. Yang penting gambar signboard ada. Kalau misi tak kesampaian, gambar signage "Gunung Semangkok" ni ada dalam kenangan. Bukan senang nak sampai sini. Satu lagi signage yang menunjukkan tanda "waterpoint" tu adalah disebelah kanan (gambar kena diterbalikkan sebab tulisan terbalik). Kata Bayen tempat punca air tu baru beberapa minggu ditemuinya selepas tersesat tak sengaja kisahnya secara singkat. Kami tak bercadang nak pergi menerokai pun sebab tak termasuk dalam agenda dan tak berani nak ambik risiko. Lagipun rasanya dah dekat nak sampai puncak.
Dari simpang punca air tu, kami seterusnya akan melalui trek yang menurun, licin dan curam bertanah selut yang akan membawa kami melintas disuatu kawasan tebing yang aku percaya pernah jadi sungai lima hingga ke lapan juta tahun dahulu, namun sudah pun kering mengikut peralihan masa. Kesan laluan air masih ada. Mungkin bila musim hujan atau monsun mungkin bergenang tanah disitu airnya. Bermula dari situ kami melalui kawasan pokok buluh dan nipah, dan naiki turun bukit macam roller coaster yang aku kira hampir 10 kali (April 2018) kena naik turun, ada panjang dan ada yang singkat. Jumlah tersebut selalunya akan berubah-rubah pengiraannya dari masa ke semasa. Dah lima kali aku datang ke Semangkok ni, tak pernah tepat kirannya dan tak pernah sama pula tu. Mungkin ikut tahap kepewaian aku kut.
Kami berhenti di suatu kawasan yang agak lapang, ada pokok tumbang dan boleh dibuat duduk. Semua setuju nak berhenti di situ selepas gigih layan roller coaster. Maka bermulalah siaran Astro HD masing-masing. Habis jer Yuyu hisap rokok, rasanya dekat lima minit kut kami berhenti tadi, kami pun kembali bergerak semula. Yang kelakarnya tak sampai seminit berjalan, kami akhirnya sampai di Kem Sungai Merah. Rupanya beberapa meter dari tempat kami berhenti tadi. Betul-betul buang masa betul
Inilah jadinya kalau pergi ke tempat yang tak cukup info dan main redah je ni.
Tiba di situ aku dah mencari pokok untuk bersandar. Cari peluang untuk tidur.
10.0: KEM HELIPAP
Kalau ikutkan mata ni, nak je terus tidur untuk lebih lama lagi. Bukan aku seorang je tidur, semua pun tidur. Cuma aku paling lama yang tidur, tapi semua tak boleh nak berlama-lama sebab hari dah nak senja. Masa mengejar, puncak belum sampai-sampai.
Kawasan di sekitar Kem Sungai Merah ni sangat luas. Ada mungkin tiga kawasan untuk berkhemah. Kawasan pertama kami sampai dan tidur, kawasan kedua agak belakang sikit dan kawasan ketiga pula berada berdekatan dengan Sungai Merah. Satu-satunya sumber air yang kami jumpa dan perolehi sepanjang perjalanan. Asalnya malas nak pergi sebab mata terlampau mengantuk. Tapi bila memikirkan kami kena jugak ambik air sebab kalau tak isi nanti nahas dahaga semua tak cukup air. Takut jugak jadinya kes terkandas ditengah-tengah hutan. Nauzubillah.
Perjalanan ke Sungai Merah bagi aku sedikit menakutkan sebab suasana hutan yang redup dan kelam menimbulkan perasaan dan 1001 macam perkara tak enak bermain diminda. Macam-macam cerita aku dengar sebelum ini (katanya ada "kampung" dibelakang air terjun tu) Aku bergerak dahulu seorang diri ke sungai untuk kencing, ambik air dan berwuduk, hajat nak solat Jamak dan Qasar terus, kemudian diikuti oleh Asul dan Yuyu. Bila ada bertiga ni rasa tak takut sikit. Mata aku meliar je memandang sekeliling. Memang tempat ni semacam sikit.
Sungai Merah agak sederhana besar dan airnya boleh tahan banyak. Sejuk yang teramat dan sedikit keruh airnya, mungkin sebab hujan tadi kut tetapi kami tetap ambik juga air.
Selepas setengah jam kemudian, kami sambung semula perjalanan pada pukul enam petang lebih. Sambil makan tadi, kami buat keputusan untuk tinggalkan beberapa barang seperti hammock dan peralatan memasak belakang sebatang pokok untuk meringankan beg. Lagipun kami yakin selamat tinggal barang macam tu sebab tak jamin pun ada orang akan masuk hutan lagi hari ni. Sifar peratus nak hilang barang tu nanti. Tambahan lagi, kami nak mempercepatkan langkah, kenalah bagi beg ringan sikit. Apa saja cara yang ada kami akan buat untuk cepat sampai. Kami hanya membawa air dan beg serta baju sejuk untuk dibawa ke perjalanan seterusnya.
Perjalananan nak ke Kem Helipap ni sangat mencabar dari segi trek dan ketinggiannya. Banyak menaik hampir 80% aku rasakan. Trek sedikit berbeza dari tadi kerana lebih banyak jumpa kawasan berbatu, pokok-pokok lebih kecil dan jarang serta makin bertambah lumutnya. Agak licin dan treknya banyak pokok tumbang menghalang perjalananan. Aku masih setia mengikat marking dengan plastik kuning pada tempat yang ada simpang dan akan menimbulkan kekeliruan ketika pulang nanti.
Tiada yang menarik nak di ceritakan perjalanan ke Kem Helipap ini, hanyalah lagi memenatkan dan banyak kali kami berhenti ditengah jalan. Yang menarik adalah kami akan jumpa satu batu sempadan besar antara Selangor dan Pahang yang merupakan titik tengah perjalanan menuju ke Kem Helipap ini.
Kami tiba di Kem Helipap pada pukul tujuh malam. Berhenti sekali lagi dan lebih lama bagi menghormati waktu maghrib begini. Tak elok berjalan masa senjakala begini.
Terdapat 'ground sheet' yang terlalu lama telah ditinggalkan disitu. Kami bersihkan dan buat duduk sementara menunggu waktu maghrib berlalu. Bilangan serangga seperti nyamuk dan agas mula menghampiri. Mulai rasa serabut dan pedih digigit. Aku meminjam 'lighter' Yuyu dan mengumpul kayu dan ranting kecil untuk dibuat api. Dapatlah memanaskan badan dan halau serangga.
11.0: PUNCAK SEMANGKOK
Agak lama juga kami berhenti, mungkin hampir setengah jam atau lebih kerana aku masih sempat melelapkan mata seketika. Berjalan semula dalam keadaan yang sangat mamai dan mengantuk mata, aku hanya mengikuti lampu headlamp yang disuluh dihadapan dengan kepala tertunduk memandang jalan dibawah. Betul-betul tak dapat fokus. Mo
Suasana persekitaran sudah semakin gelap gelita. Hanya ruangan lelangit yang terbuka sedikit bercahaya. Tiada satu bunyi yang kedengaran disekeliling melainkan bunyi tapak kaki kami yang sedang longlai melangkah. Sesekali bunyi suara antara kami bertiga sepatah dua berkata-kata tapi belum mampu membuatkan kami ingin berbual panjang. Aku antara dengar tak dengar apa perkataannya. Masing-masing masih berada dalam awangan.
Kami hanya berpandukan arah dari jam Suunto Asul yang selalu memberitahu jarak dan ketinggian terkini kami berada. Bila Altitud mula mencapai 1700 meter, kami sudah berasa begitu gembira sekali kerana hanya bebaki 100 meter lebih lagi tinggi untuk tiba di puncak. Macam-macam tergambar dalam fikiran bagaimana keadaan puncaknya nanti.
Walaubagaimanapun, keadaan trek gunungnya bukan seperti yang kami jangka iaitu akan terus menaik sahaja hingga ke puncak tapi didahului dengan banyak curam yang naik turun atau ala-ala roller coaster perlu kami tempuhi. Ada curam berakar yang sangat licin tanahnya dan ada jenis berbatu yang sangat tajam bucunya. Kami kena lebih berhati-hati. Bila Asul bagitahu tahap ketinggian; sekejap 1700meter, sekejap 1600 meter, kami tak hairan sebab menang trek asyik turun-naik dari tadi. Aku lebih rela trek pacak dan pagok naik hingga ke puncak. Masa balik senang je menurun. Penat betak nak tunggu bila Asul nak cakap kami dah berada di ketinggian 1800 meter ni.
Beberapa signboard yang bertulis "Beware of Bee or Mee Fong" yang memberi amaran yang kami memasuki kawasan sarang tebuan. Dalam hutan gelap macam ni, mana orang nak nampak sarang tebuan kat mana. Lagipun kami bergerak sangat perlahan. Masing-masing terlalu keletihan dan mengantuk tak terkata. Dah tak terkira berapa kali aku dah menguap hingga air mata pun boleh keluar puncak pun belum sampai-sampai. Alhamdulillah sepanjang perjalanan pergi dan balik, kami selamat tak jumpa satu pun sarang. Mungkin dah bermigrasi kut.
Aku masih ingat kena lalu satu kawasan balak yang tumbang dimana treknya sangat becak dan berlumpur itu adalah benda yang paling leceh dan menyesal nak lalu atau kawasan pokok yang mana kami bertiga kena merangkak untuk melepasi hingga seluar baju kotor kena selut seorang demi seorang sehingga orang depan kena tolong suluh orang belakang untuk lalu. Azab terkena pokok berduri, kaki terkena tunggul dan masuk lubang, kepala terlanggar dahan dan ranting pokok dan tergelincir banyak kali di tnaah yang lembut dan becak membuatkan kami betul-betul menerima dugaan yang dilalui ketika itu. Kami betul-betul berpassrah je nak menghadap apa lagi halangan yang masih ada di depan nanti.
Keadaan trek yang semakin banyak ditumbuhi lumut (mossy) pada akar, batang dan dahan pokok memberikan kami suatu harapan. Masing-masing duk sok-sek sok sek cakap nak sampai. Jam Asul aku dah tak percaya. Aku yakin kami semakin hampir. Kuat naluri aku mengatakannya, cuma belum muncul rezeki. Dari Kem Helipap tadi, kami masih tidak berhenti bergerak kerana pergerakkan yang terlalu perlahan dan banyak kali kami berhenti menunggu giliran untuk melepasi halangan berbatu atau pokok tumbang.
Kami tiba disuatu kawasan yang agak rata, dipenenuhi pokok yang agak rendang tetapi agak berjarak antara suatu sama lain dipenuhi lumut yang sangat banyak. Tiada papan tanda tapi keadaan disitu sangat menarik perhatian. Kami berhenti seketika menyuluh sekelilingnya mana tahu ada jumpa papan tanda; namun kosong. Yuyu bergerak ke depan semulalagi terlebih dahulu dan kami mengikutinya beberapa saat kemudiannya. Dalam hati aku terus berdoa agak didepan sana adalah puncak. Dah tak mampu nak berjalan dah ni dan akhirnya Yuyu menjerit memanggil kami dan mengatakan yang beliau sudah jumpa papan tanda puncak Gunung Semangkok (1826mdpl) beberapa meter dihadapan. Bergegas aku dan Asol berjalan ke depan dan kami sampai ke kawasan yang agak sempit tetapi sedikit rata. Kelihatan Yuyu sedang menyuluh lampunya di papan tanda dan akhirnya itulah dia yang kami cari.
Kami bersorak kegembiraan dan berpelukan antara satu sama lain. Hanya Tuhan je yang tahu perasaan kami ketika itu. Ditengah hutan yang tiada sesiapa selain kami meraikan kejayaan yang tak datang bergolek ni. Selepas berhempas pulas selama lebih 9 jam kami akhirnya menawan puncak Semangkok (jam 9.30 malam tiba di puncak).
Selepas mengambil gambar, kami membuat keputusan untuk berehat dan melelapkan mata di puncak. Kami bertiga tidak mahu berada ditempat tersebut kerana kedudukannya bagi aku amat menakutkan. Aku rasa seram dan sedikit meremang bulu roma. Mungkin rasa sejuk yang mula dirasai kut aku cuba menafsir perasaan ini. Aku rasai ketika itu seperti ada orang memandang dari jauh. Sudanya aku tak berani nam suluh merata-rata lagi, apa lagi memandang lebih jauh ke dalam. Apa yang aku rasai ini sebenarnya turut dirasai oleh mereka berdua walaupun tiada yang berani berkata mengenai hal berkenaan (masa balik baru masing-masing cerita).
Kami bertiga bergerak berpatah balik beberapa meter ke belakang. Selepas menemui tempat yang sesuai, barulah kami bertiga berhenti untuk duduk, makan, minum dan aku mula berusaha nak buat api untuk memanaskan badan.
13.0: BALIK
Aku menggunakan lumut-lumut kering dan yang dah mati dimana aku kutip di dahan pokok di sekitarnya untuk menghidupkan api. Agak bernasib baik juga sebab dalam keadaan persekitarannya yang lembap ini ada juga benda nak buat bahan api. Walaupun kecil, tapi api itu nanti mampu menghalau serangga bernafsu darah manusia dan memanaskan badan.
Kesejukkan mula terasa sampai ke tulang. Baju yang di pakai tak mampu lagi nak menghangatkan badan, malah menambahkan rasa kedinginan yang sudah kian memakan diri dek kerana masing-masing sudah lencun bermandi dengan peluh. Peluh tersebut lama kelamaan menjadikan badan sejuk dan kesejukkannya bertambah lagi bila terkena ditiup angin meratah kulit hingga terasa ke tulang. Aku membalut badan dengan plastik sampah yang dibawa. Aku dah agak dah benda-benda macam ni mesti terjadi kat puncak. Walaupun murah tapi betul-betul membantu memanaskan badan yang dah membeku sejuknya.
Tengah aku duduk bersila didepan api sambil merapikan unggun dan membubuh ranting-ranting kecil untuk memastikan api kekal bernyala, tiba-tiba aku rasa belakang iaitu tepat di sebelah kanan dekat pinggang aku di cuit beberapa kali. Tak pasti guna tangan atau kayu sebab tak rasa tajam. Mulanya aku ingat Asul yang nak bermain-main dengan aku sebab dia duduk disebelah aku tapi mustahil sebab kedudukan adalah disebelah kiri aku dan takkan panjang betul tangan beliau nak berbuat demikian. Masih ada tenaga lagi ke diorang ni nak kenakan orang. Si Yuyu apatah lagi, dia tu duduk lagi jauh dari aku. Aku hanya berdehem kuat beberapa kali, bunyi geram bercampur marah. Asul tanya aku bila dengar aku buat bunyi tersebut.
"Dah kau kenapa"
" Aku rasa ada orang cuit aku lah" Semua saling memandang dan terus tak layan. Aku pun malas nak layan, mungkin perasaan. Bila terlampau penat ni, macam-macam minda separa sedar akan mula berfikir. Tapi aku betul-betul yakin ada orang main cuit-cuit dengan aku sebab lepas kena cuit tu aku rasa meremang bulu roma.
Lepas makan ala kadar dan saling bertukar berkongsi makanan, aku mula meratakan tempat dudukku daripada ranting dan batu-batu kecil kecil. Adalah sejenis dua akar pokok timbul terbit dari tanah yang aku rasa bukan alasan untuk aku nak bersedap-sedap dan seratus peratus perlu selesa sangat nak tidur. Beg sandang aku buat bantal. Lembutlah sikit kepala nak dibuat baring. Nak sambung berbual masing-masing dah naik penat dan tak larat.
Sepatah-sepatah ayat keluar. Semua dah dalam lamunan masing-masing. Aku pun tak sedar bila masanya aku terlelap tidur
Tidur dalam keadaan sejuk membeku macam ni bukan suatu perkara yang mudah nak dibayangkan. Tak selesa langsung. Terpaksa pulak berhimpit sesama sendiri. Aku tidur mengiring kejap pusing ke kiri, kejap pusing ke kanan. Muka kalau boleh tak nak pandang tengok atas sebab tak nak bayangkan apa yang akan aku nampak. Tempat sekeliling disini dah la rasa seram campur mistik semacam. Pokok pokok yang tumbuh berbentuk macam tiang-tiang bangunan lurus ke atas dan rasa disebalik pokok ada orang tengah sembunyi memandang ke arah kami. Seolah-olah kami ni dikepung oleh sesuatu dan bila-bila masanya pemangsa akan menyerang mangsanya.
Plastik sampah aku sejenis lutsinar, masih boleh nampak samar-samar. Aku telangkupkan semuat yang boleh di dalam plastik sampah dengan terpaksa tidur dalam keadaan bersilakan kaki sambil terbaring supaya semua permukaan kulit yang terdedah tak kena sejuk. Bunyi plastik berkriut-kriut bila aku asyik bertukar-tukar posisi. Hanya kain pelikat yang menyelimuti badan ketika itu.
Aku bangun bila kaki mula rasa kebas. Bahaya kalau tidur bersila sebab darah tak berjalan. Ambik masa jugak nak hilangkan rasa semut-semut tu. Plastik sampah berwap disebabkan nafas aku terperangkap didalamnya tak boleh keluar. Masa aku bangun jam dah menunjukkan pukul satu pagi. Aku lihat mereka berdua macam aku; tidur macam ular merengkot kesejukkan jugak kut, kejap pusing kiri kanan. Aku mengejutkan mereka dan memberitahu sudah jam satu pagi. Terpisat-pisat masing-masing bangun kehairanan. Aku bertanya macam mana status kita ni, nak balik ke nak sambung tidur. Tak sanggup aku nak duduk membeku lama-lama lagi atas ni. Api yang aku buat pun dah makin lama makin kecil, bahan bakaran tiada tambahan lagi.
Bila semua setuju nak sambung gerak balik, macam kura-kura semua buat kerja; kemas beg dan simpan barang. Masing-masing masih mamai, mata aku pun separuh kelopak je mampu dibuka, silau dan terkebil-kebil bila terkena cahaya lampu. Setengah jam kemudian kami bergerak.
Perjalanan pulang sebenarnya agak mudah ceritanya walaupun kena berjalan di dalam gelap. Kami bergerak agak perlahan kerana bahana trek yang sangat berakar, banyak lubang, halangan ranting dan pokok masih banyak di laluannya. Lagipun berjalan di waktu malam banyak risikonya termasuk sesat. Nasib baik ada marking yang kami sama-sama pasang tadi yang jadi penunjuk jalan (sekarang marking tu dah banyak hilang, tapi ada lagi aku jumpa bila pergi kali terakhir pada April 2018)
Kami hampir langsung tak bersuara kerana minda masih berada di paras sedar. Semua masih mamai dan mengantuk. Belum datang lagi mood tu. Kalau dah panas enjin tu nanti, semua nak bercakap, yang penting topik pasti berulang tema.
Aku yang mulanya pakai baju sejuk terpaksa membukanya ditengah jalan. Dah mula rasa panas dan berpeluh-peluh badan walaupun persekitaran suhu jatuh ke paras nak hampir salji dah. Mungkin, sebab gelap kan, mana kami nampak.
Tiga jam juga masa yang di ambil untuk tiba semula ke Kem Sungai Merah. Kami berhenti sebentar di Kem Helipap untuk berehat. Rupanya nak sampai semula ke Kem Helipap tak semudah yang kami sangka. Kena naik beberapa kali anak bukit dan turun semula, dahla licin sebab lembap. Seingat aku di kawasan lembah tersebut ada banyak pokok pisang yang tumbuh, berbatu dan terdapat lopak air. Aku yakin ada sumber air disitu sebab aku yakin terdengar bunyi air masa lalu di kawasan batu tersebut.
Tiba di Kem Helipap, masing-masing sambung tidur-tidur ayam. Aku merapatkan diri duduk disebelah Yuyu yang tengah merokok supaya asap rokok dapat halau agas dan nyamuk. Sesekali aku suruh Yuyu hembus asap dekat badan aku nak bagi bau asap tu melekat dekat baju, baru nyamuk takut nak hisap. Mengikut Yuyu kata pula, katanya ekspedisi ni rokoknya bukan habis untuk dihisap, tapi banyak habis terbakar di tangan je sebab terlampau banyak sangat terlelap masa berhenti, sedar tak sedar rokok habis terbakar sia-sia macam tu je.
Hampir pukul lima pagi kami tiba di Kem Sungai Merah. Ada separuh lagi perjalanan nak balik ni. Rasanya dah boleh sedikit tarik nafas lega. Lepas bergerak tadi semua dah tak rasa mengantuk. Tiba-tiba semua bertenaga semula. Mungkin sebab teruja tadi bila dengar air sungai semua tiba-tiba turun dengan cepat. Padahal bunyi jer sungai macam dekat tapi azab gila nak boleh ke sampai ke kemsite tu terletak agak jauh lagi sebenarnya. Terlintas juga dalam kepala adakah kami kena "game" oleh mereka yang tak sepatutnya berada dalam barisan kami atau kami yang tak sepatutnya berada di kawasan mereka atau mungkin ada pihak ketiga yang lain dalam agenda ini?
Kami bertiga ke Sungai Merah untuk isi air semula. Kali ni aku tak pergi bersendirian. Masa ni aku kenal erti takut lagi. Masih setahun jagung. Lepas isi air kami kembali ke semula ke tempat barang-barang yang kami tinggalkan petang semalam dibelakang sebatang pokok. Masih ada lagi, siapa nak curi ambik. Bukan ada orang pun.
Kami bergerak semula selepas mengisi air dan berkemas barang. Kami hanya berhenti apabila sudah hampir nak masuk waktu Subuh. Kami berhenti di satu kawasan kayu yang pokok yang jatuh melintang di tengah jalan yang mana muat dan tahan untuk di duduki oleh kami bertiga. Sambil menunggu waktu berlalu, aku sempat terlelap seminit dua. Asalnya nak tunggu keadaan hutan cerah sedikit tapi bila memikirkan yang trek nak ke puncak Pine Tree Hill hampir 80% menaik sahaja, maka kamu memutuskan untuk berjalan je dalam gelap ni. Jalan waktu gelap ni tak menyeksa mental nak dihadap trek pacak nanti. Tapi harus kalian ingat, masa perjalanan akan berubah bertambah menjadi dua kali ganda lebih perlahan berbanding bergerak di waktu siang, walaupun anda berada di kawasan landai.
Warna kuning-jingga-kemerah-merahan matahari mula terbit dari sebelah puncak Gunung Semangkok sedikit demi sedikit. Langit sungguh terang menandakan cuaca baik-baik sahaja kala itu. Selepas berhenti subuh tadi, kami terus berjalan tanpa berhenti sehinggalah kami memutuskan untuk berhenti suatu dikawasan yang agak landai. Didepan kami ada satu lagi laluan pacak yang wajib dilalui lagi di mana masa tu kami yakin itu adalah bukit terakhir yang akan kami redahi dan terus sampai ke puncak.
Sangkaan kami meleset, tak silap aku ada tidak kurang tiga lagi bukit yang kena naik, ada yang kena naik dengan cara merangkak sedikit sebab laluan berakar yang sempit. Laluan oti sekarang dah ada orang letak tali rasanya. Itu tak termasuk lagi cerunam laluan tepian gaung yang sangat berbahaya. Masa turun semalam tak ingat pula ada trek macam ni.
Di kawasan cerunam inilah aku berhenti sebab terpandangkan sebuah permandangan dibelakang aku yang mana sukar nak digambarkam dengan kata-kata. Nampak bentuk Gunung Semangkok yang sebiji terletak di tengah-tengah hutan tersergam indah dengan latar belakang langit yang terang membiru di lapisi oleh warna jingga kemerah-merahan yang berubah ikut detik timbulnya matahari dari ufuk timur (tengoklah gambar, susah nak terangkan). Aku suruh mereka berdua berhenti kerana aku nak keluarkan Gopro dan merakamkan momen-momen indah yang takkan aku dapat lagi lepas ni. Kesimpulannya, ni adalah antara permandangan gunung paling aku suka dan lawa pernah dapat aku ambik dengan gambar (bagi aku la)
Momen paling terbaik selepas sampai semula ke Twin Peak. Misi hampir berjaya
Hanyut sekejap kami layan permandangan ni. Agak bahaya sebenarnya sebab kami duduk di kawasan bercuram menaik. Kami menyambung perjalanan semula, rupa-rupanya puncak hanyalah berkedudukan lima minit lagi dari tempat kami berada tadi. Bayangkan kalau orang sampai di puncak Twin Peak tu, tak tahu pula ada kawasan mengambil gambar rahsia seperti ini di sini. Rugi kan.
Tiba di puncak matahari dah dapat rasakan terik sinarnya membakar kulit walaupun baru pukul lapan lebih. Kawasan terbuka memang macam nilah. Agak lama kami berhenti di situ bukan sahaja untuk berehat tapi untuk meraikan kejayaan kami yang sudah menawan puncak Semangkok dengan selamatnya. Walhal belum pun sampai keluar hutan lagi pun. Tetapi kerana getirnya nak rasa pengalaman ini, itu sudah cukup untuk meraikannya.
Sekali lagi kami bergambar penuh gilang gemilang, walau panas kami harungi sekalipun. Sejam kemudian kami bergerak dari puncak Twin peak dan bila tiba di simpang ke puncak Pine Tree, kami memutuskan tak ingin singgah semula kesitu kerana takut akan berhenti lagi. Jadi lagi bertambah lama lah kami berborak nanti. Pantang ada tempat berhenti, kami mesti menyembang berulang-ulang (astro)
Kami bergerak menuruni batu yang curam satu persatu, berjalan seperti biasa dengan penuh ceria kemudiannya seolah-olah tiada lagi cabaran yang akan dilalui lagi sebab misi sudah tercapai. Laluan pulang keluar tak sesukar untuk atau pulang ke/dari Gunung Semangkok. Walaupun banyak anak tangga yang perlu kami harungi dibeberapa tempat tapi itu kami lalui dengan hati yang senang sekali. Betapa gembiranya kami yang misi sudah berjaya dilaksanakan.
Beberapa minit sebelum pukul 12 tengahari, kami di pintu gerbang yang menjadi titik terakhir ekspedisi. Ekspedisi meredah teragung dan terindah dan paling gila dan paling tak boleh dilupakan (bayangkan dah lebih tiga tahun aku masih mampu nak mengarap cerita ni dengan penuh panjang, details dan berbelas-belas episodnya).
Buat Yuyu dan Asul, aku tujukan nukilan kisah ini untuk kenangan buat kita bertiga. Walaupun masing-masing dah berjauhan tapi cerita kita ini takkan pernah basi dan lenyap kekal zaman berzaman. Sekian...
Tammmat.....
15 Disember 2019/18 Rabiul Akhir 1441H

Kalau aku tak silap dalam dua minggu jugak proses perbincangan merangkumi gerak kerja, strategi dan tentatif serta masa pergerakkan kami yang di utarakan di dalam group Whassap. Selain berbincang dalam group, kami hanya berpeluang sekali sahaja untuk berjumpa kesemua kami bertiga; Aku, Yuyu dan Asol duduk setempat untuk berbincang lebih terperinci. Harinya aku lupa tapi rasanya di dalam minggu yang sama, hanya beberapa hari sebelum hari kejadian.
Tempat perjumpaan adalah di kawasan kedai Laksa milik Yuyu, dan Angah di mana disitulah pertama kali aku berjumpa beliau (kedai tersebut berpindah ke Shah Alam kemudiannya dan sudah 3 tahun terkubur). Angah ni pula antara krew-wajib-ada dan akan turun padang sama kalau aku nak buat ekspedisi solo.
Disitulah pertama kalinya aku berjumpa Asul dan juga tunangnya (dah jadi isteri dah). Asul dan Yuyu tinggal berasingan di kawasan apartment di Damansara Damai tetapi berhadapan antara satu sama lain. Ini akan memudahkan proses transit dan memendekkan masa perjalanan yang akan jauh berlangsung pada hari kejadian nanti.
Perbincangan pada petang itu selama hampir dua jam. Kami banyak menekankan isu masa dan tentatif pada hari kejadian kerana kami bukan sahaja akan masuk ke Gunung yang amat 'hardcore' tetapi kami ingin membuat secara 'dayhike' atau depek. Sambil berbincang sambil dapat makan laksa percuma Sesi perkenalan aku dengan Asul tidak sedikit pun timbul rasa janggal dan kemesraan yang terjalin seolah-olah sudah berlangsung lama hinggalah dah beranak-pinak orangnya.
Hari yang dipilih adalah pada hari Khamis, 7 April 2016 Masehi bersamaan 15 Jamadil Akhir 1437 Hijriah. Kami memilih hari biasa dan bukan pada hujung minggu kerana aku dan Asul kebetulan dapat cuti serentak pada hari tersebut. Yuyu pula memberi kelonggaran pada kami untuk memilih waktu dan tarikh kerana beliau tidak punyai kekangan masa dan komitmen lain seperti kami berdua. Aku akan bekerja syif malam pada minggu tersebut dan pada pagi Khamis selepas habis waktu berkerja yang berakhir pada pukul tujuh pagi (hari kejadian) aku akan segera bergerak dari tempat kerja aku untuk mengambil Asul di rumahnya terlebih dahulu dan kemudiannya barulah ke rumah Yuyu, seterusnya berangkat pergi ke Bukit Fraser.
2.1: Malam Sebelum Kejadian
Sebelum masuk kerja shif malam yang terakhir, aku telah berkemas barang dan beg siap-siap. Awal petangnya aku terpaksa korban waktu tidur untuk bangun lebih awal untuk mencari makanan seperti asam masin, roti, air kopi Farm Fresh dua botol( 2016 dulu tak popular lagi air ni) dan lain- lain peralatan seperti bateri, stoking dan ubat-ubatan Segala peralatan wajib aku sumbat dalam beg. Nanti tengah malam karang masa bekerja bila ada masa percuma aku akan berkemas balik dan periksa balik apa yang tertinggal. Aku akan siap bungkus dan susun lebih baik nanti.
Aku cuba menyiapkan kerja aku sebaik mungkin walaupun hati rasa tak sabar menanti hari esok. Bila ada masa free, sambil duduk di depan pesakit aku (kalau kerja kat ICU ni, banyak jaga mesin dari jaga orang sebenarnya) tanpa banyak bergerak sambil fokus duduk atas kerusi mengunting plastik sampah berwarna kuning sepanjang malamnya yang mana aku bercadang nak buat marking (tanda) untuk diikat kat pokok. Saiz tiga hasta dan selebar dua inci aku potong setiap satunya dalam keadaan yang tak berapa berseni hasilnya gigih aku siapkan.
Aku malas nak beli kerana mahu menjimatkan wang. Benda boleh bikin buat apa beli. Lagipun malam sebelum kejadian ni aku tak boleh nak tidur pula. Hajatnya nak curi-curi tidur sekejap sebab aku tahu esoknya aku takkan dapat tidur langsung nanti. (keje jururawat ni boleh je nak pergi melepap sekejap kalau terlampau mengantuk tapi agak-agaklah kalau nak tidur dari mula masuk kerja sampai nak balik). Tapi disebabkan rasa yang terlampau teruja, tak sabar, berdebar-debar dan takut tapi mahu amat sukar dikawal dan buat aku tak senang duduk. Tengah kusyuk mengunting tu adalah kawan sekerja duk sibuk tanya aku nak buat apa. Aku cakaplah " Aku nak masuk hutan esok ni, ni nak ikat kat pokok sebab hutan yang aku nak masuk tu tak ada orang masuk dah. Hutan dara, hutan tebal. Nanti bila balik taklah risau sesat. Cuma cari balik marking kuning ni. Warna kuning ni senang nampak dalam hutan dan bila gelap....". Panjang mengurai aku terangkan tapi bila dah 20 orang duk tanya soalan sama aku cuma jawab lepas tu "..gi hiking...", "..3 orang je.." dan "...marking...".
3.0: BUKIT FRASER
Sedar tak sedar lepas subuh tu, lepas dah siap semua kerja perawatan barulah aku ada masa nak susun beg dan barang-barang dengan lebih terperinci. Yang kurang penting sumbat dekat bawah dan yang selalu nak diambik keluar paling atas. Bertungkus lumus aku menyiapkannya, ada yang nak kena dibungkus, diikat dan di balut-balut pun ada.
Masa pun dah dekat nak habis waktu kerja dan nanti nak tukar shif pula. Agak berat beg aku lepas habis disusun ni. Tapi itu perkara biasa sebab bila dah dibawa nanti lama-lama badan boleh ikut layan beban tersebut. Itupun belum masuk air yang aku nak beli kat 7E kat bawah nanti (dalam hospital aku ada 7E kut) paling-paling ringan mungkin 1 liter lagi nak tambah. Dengar cerita ada satu wateepoint je kat Semangkok iaitu kat Kem Sungai Merah. Dari starting point nak ke puncak Twin peak sudah diketahui umum tak punyai sumber air/waterpoint. Jadi aku kena pandai buat percaturan. Nanti bila kat rumah Yuyu nanti beliau akan bagi lagi 2 3 tin air Nescafe percuma untuk aku minum masa memandu nanti (Mizi ni bekas penjual air kat stadium). Kat rumah Mizi ada berkaton-katon air tin dan bergas aneka jenama dan rasa.
Pukul 7.30 aku dah berangkat pergi dari tempat kerja, itupun kawtim mintak kawan sekerja aku ambik kes awal sikit, kalau tak, dah pukul lapan pagi nanti pun belum habis lagi pass report, tu tak termasuk lagi bahagian nak membawang juga. Kalau kena geng yang sekepala lagi panjang lama jadinya.
Boleh tahan laju jugak aku memandu sebab nak kejar masa. Kalau ikut tentatif pukul 10 pagi sepatutnya kami memulakan pendakian. Aku tiba di rumah Asul dah dekat pukul lapan lebih. Sementara tunggu Asul datang, aku sempat beli beberapa bungkus nasi lemak. Lepas ambil Asul, kami ke rumah Yuyu pula. Dukacita dimaklumkan yang kami gagal menghubungi Yuyu buat masa itu. Mungkin tertidur mamat ni. Malam tadi bukan main kencang menyembang dalam Whasapps. Katanya buat sedikit pembacaan dan kajian tentang Gunung Semangkok ni.
Berkali-kali juga aku dan Asul menghubungi. Kami hanya tunggu di dalam kereta. Dah nak dekat sepuluh minit kami menunggu sambil mendial Yuyu berulang kali. Kami berdua mula risau sebab masa terus berjalan dan berjalan. Yuyu masih gagal dihubungi. Tentatif berjalan. Kami masih belum bergerak pergi.
"Tok, Tok, Tok". Bunyi ketukan pada cermin kereta sebelah aku. Terkejut aku sebab tak sangka ada orang datang. Rupanya Yuyu yang mengetuk. Dipendekkan cerita katanya baru pulang dari stadium, baru balik dari jual air lah tu. Katanya lagi, dia tak tidur lagi, samalah macam aku. Dua-dua berkerja kut. Tapi aku boleh lagi nak memandu. Yuyu jemput kami singgah masuk rumah dia dulu, sebab dia nak mandi, berkemas dan bersiap-siap. Hampeh punya orang, aku punya gini teruja dia boleh tak bersiap lagi barang-barang. Nasib rumah paling bawah, tak perlu berlelah panjat tangga. Aku dengan Asul ikutkan jer. Nasi lemak yang dibeli tadi aku dengan Asul makan dahulu sementara menanti Yuyu mandi. Agak lama jugak la nak tunggu dia sorang ni mandi dan bersiap sampai aku jadi cacing kepanasan menunggu.
Pukul sembilan pagi lebih kami baru nak bertolak nak menuju ke Bukit Fraser melalui Kuala Kubu Bharu. Itu je jalan paling dekat nak ke sana. Nak kejar masa lagi. Pernah sekali je seumur hidup aku sampai ke Bukit Fraser ni, itu pun dua bulan lepas masa aku naik ke Pine Tree dan Twin Peak. Dari situ aku tahu pasal kewujudan Gunung Semangkok sebab nampak ada sebiji gunung yang amat tinggi tersergam hingga puncaknya ditutupi oleh awan kelihatan gah dari puncak Twin peak. Lagipun jalan nak ke Bukit Fraser akan melalui Kampung Pertak (Bukit Kutu dan Gunung Rajah), Sungai Chilling, Bukit Chorocho, Gunung Gap-Gunung Ulu Semangkok dan Puncak Teranum, jadi jalannya dah biasa lalu sikit. Jalannya tak payah nak cakaplah berbengkak-bengkok macam ular. Dah la sempit, selekohnya amat tajam. Kalau langgar divider jatuh gaung dengan kereta-kerata orang takkan cari dah. Kejap kami senget ke kanan, kejap senget ke kiri ikut mana selekoh yang dilalui. Kalau ada seketul lori atau kereta jenis pemandu yang bawa sangat berhemah lagi berhati-hati di depan, memang susah nak potong sebab garisan putih hampir keseluruhannya jenis berkembar. Bawalah dengan kelajuan 15km/jam.
Yuyu sudah beritahu awal-awal lagi yang beliau nak lelapkan mata ditempat duduk belakang. Untunglah dapat tidur. Tinggal aku dengan Asul duduk berbual-bual kosong nak menghilangkan rasa bosan masing-masing. Perjalanan masih panjang. Siaran radio dah tiada hilang frequensi terus aku tutup. Menyakitkan telinga jer bila yang di dengari hanyalah bunyi desiran yang bermonoton sahaja. Lama-kelamaan suasana jadi sepi bila Asul pun terlelap. Tinggallah aku kesepian bertemankan perjalanan yang amat membosankan ini. Selekoh tajam yang kami lalui itu berulang banyak kali seolah-olah kami melalui jalan yang sama sahaja.
Rasa lega bila dah sampai di simpang tiga jalan nak menuju ke Bukit Fraser. Dahulu jalan ni kena tutup sebab kena bergilir-gilir naik turun kenderaan sebab satu hala. Sejam naik dan jam seterusnya turun, berselang seli. Sekarang tak perlu risau akan kenderaan datang dari arah bertentangan, sebab jalan turun dah siap di sebelah GAP sana (GAP tu nama tempat). Ada 8 kilometer lagi nak sampai ke Bukit Fraser. Atas kertas jarak tersebut bunyi macam pendek, tapi bila jalannya lagi susah dan berselekoh dari tadi, aku rasa lagi geram rasanya sebab tak sampai-sampai lagi. Yang aku nampak ada sebuah bas peranginan di depan, terhuyung hayang bila lalu kat selekoh tajam. Betul-betul kental pemandunya, apalah perasaan penumpangnya dalam tu.
Di kilometer keempat tiba-tiba kenderaan dihadapan aku berhenti. Asul dan Yuyu tersedar sebab rasa kenderaan tak bergerak, mungkin mereka ingat dah sampai. Agak lama kami menunggu, masih tidak bergerak. Kami mulai buat beberapa andaian ikut kepandaian masing-masing. Beberapa orang mulai keluar dan berjalan ke hadapan untuk melihat apa yang terjadi, mungkin ada kemalangan kut. Mula-mula aku tak nak ambil tahu dan nak tunggu dalam kereta, tapi bila Yuyu dahulunya mula keluar dan rasa macam tak ada faedah duduk dalam kereta menunggu tak buat apa-apa aku pun pun mematikan enjin dan turut sama mengikuti Yuyu dan Asul yang turun sekali dengan aku sekali. Deretan ke beratur panjang tidak bergerak dihadapan kami dengan didahului oleh bas tadi. Bunyi sedikit riuh dihadapan. Apa kes lah ni. Mesti bas tu puncanya, mungkin masuk longkang agaknya.
4.0: POKOK TUMBANG & BALAI POLIS
Bak kata orang, kita hanyalah merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Kalau nak ikut tentatif yang dirangka sebelum, kami sepatutnya memulakan perjalanan memasuki trek menuju ke Pine Tree pada pukul 10 pagi. Di kala ini, kenderaan kami masih lagi tersangkut dalam kesesakan lalu lintas yang tak dijangka akan terjadi. Entah tiba-tiba lauan jalan raya menuju ke Bukit Fraser sama sekali terhenti pergerakkanny. Tergendala dengan dereten kereta tidak bergerak makin bertambah jumlahnya dari masa ke semasa. Masa tulah aku terfikir yang tak sangka ramai juga orang datang berlibur ke Bukit Fraser ni walaupun ini baru hari Khamis. Kalau hujung minggu bagaimanalah keadaannya. Kalau nak dibandingkan dengan Cameron Highland, rasanya lagi 100 kali ganda lagi luas dari Bukit Fraser (mesti ramai tak tahu yang Cameron highland terbahagi kepada tiga mukin; Ringlet, Tanah Rata dan Ulu Telom). Rasanya banyak lagi aktiviti yang dapat buat kat Cameron. Kalau kat Fraser ni banyak kotej-kotej rumah Inggeris yang hanya diinapi oleh golongan bangsawan. Cuma satu je persama diantara dua tempat ni, banyak masa dihabiskan dalam kenderaan samada masa pergu atau masa baliknya.
Kami bertiga berjalan menuju ke hadapan untuk melihat apa yang sudah terjadi. Diikuti sama beberapa pemandu lain turut keluar berada dibelakang kami. Riuh betul suasana di depan sana. Rupa-rupanya sebuah pokok telah tumbang di tepi jalan dan sama sekali menghalang laluan bas tersebut. Bas pulak tinggi. Nasib batang pokok tersekat oleh wayar kabel eletrik daripada menimpa badan bas tetapi ranting dan dahan-dahan berselerakkan di atas jalan.
Mungkin disebabkan hujan yang turun sebentar tadi.
Suatu perkara yang aku rasa jarang aku lihat dimana-mana, tanpa berfikir panjang orang ramai bersama-sama secara bergotong royongnya cuba mengalihkan sisa pokok, ada yang mematahkan dahan, ranting kayu dan apa saja halangan yang ada untuk memastikan laluan jalan dapat dilepasi oleh kenderaan. Untuk menunggu mendapatkan batuan daripada Bomba untuk datang, aku rasa kalau jalan kaki mesti dah sampai kat Menara Jam Bukit Fraser. Nasib ada yang bawa keluar parang, lagi cepat kerja memotong dan memangkas dapat disudahkan. Tidak sampai setengah jam, jalan sudah boleh di lalui dan kenderaan mulai bergerak perlahan-lahan dan lalu lintas kembali berjalan lancar. Jalan masih berada dalam keadaan bahaya lagi. Gotong royong beramai-ramai tadi hanya untuk memastikan jalan dapat dilalui oleh semua kenderaan. Kalau cerita ni jadi masa tahun 2019, pasti dah menjadi tular. Tapi tahun 2016 ni orang tak sibuk lagi nak merakam semua benda dan konon buatnya jadi perhatian orang. Semoga bomba tiba secepat mungkin hendaknya.
Kami bertiga kembali menjadi segar bugar dan jadi kembali bersemangat. Cuma satu perkara yang menjadi perbincangan kami bertiga selain Gunung Semangkok sepanjang perjalananan yang berbaki empat kilometer lagi ni iaitu sama ada kami nak melaporkan diri di Balai Polis Fraser atau tidak. Tak buat laporan kan nanti kalau apa-apa terjadi nanti jadi kes besar pula. Dalam Team Seladang yang ada lagi ahli tetap tiga orang tu tahu kami pergi dan mereka bertindak menjadi talian hayat kami jika apa-apa berlaku. Bukan kami minta jadi apa-apa tapi menipulah kalau dalam kepala dan percakapan kami tak terlintas dan tersebut benda-benda seperti sesat, hilang atau kemalangan di dalam hutan tebal tu. Walaupun kami bertiga ni sebenarnya amat percaya pada kemampuan diri dengan berbekalkan pengalaman masing-masing tapi kalau Allah dah takdirkan terjadi, tetap akan terjadi. Kun Fayakun.
Setelah mencapai kata sepakat kami bersetuju untuk membuat laporan di pejabat polis terlebih dahulu untuk tujuan keselamatan dan jika ada hal-hal kecemasan. Ingatkan senang nak buat laporan, tapi dah macam kena soal selidik lah pulak. Siap pak polis bagi nombor ranjer lagi suh kami hubungi beliau. Lagi satu zaman 2016 ni zaman nak masuk gunung pakai permit orang tak kecoh-kecoh lagi macam zaman sekarang. Dipendekkan cerita, bukan senang nak jadi senang dan kami berasa lega sebab pak polis membenarkan kami masuk. Caranya ayat kena pandai pakai, budi bahasa dan tutur kata kena jaga, air muka kena buat-buat "innocent" habis.
Setelah meninggalkan nama dan no telefon serta maklumat yang penting kami menyambung perjalanan seterusnya menuju ke pintu masuk Pine Tree Trail. Pada pukul 12 tengahari kami tiba tempat parkir dan buat kali terakhir membuat pemeriksaan peralatan dan barang masing masing, tidak lupa untuk membuat senaman pemanas badan secara sendirian berhad. Selepas aku mengetuai bacaan doa, kami bergerak masuk dan memulakan pendakian pada jam 12.17 tengahari. Dua jam lewat dari tentatif sepatutnya.
5.0: WARKAH TERAKHIR
Sebelum kami memulakan pendakian, entah kenapa si Yuyu jadi pengecut tetiba tulis surat ala-ala warkah terakhir macam nak pergi berjuang di medan perang. Aku lampirkan gambar dekat atas dan salin semula seperti yang tercatat dibawahnya
" Assalamualaikum semua...
Esok (pagi nanti lah) saya (Yuyu Alfonso), Amir Muslims dan Asrul Azuan akan memulakan pendakian ke Gunung Semangkuk
Lepas cuba hadam semua bahan dlm tenet sepanjang pagi ni, semua cakap hardcore hardcore and bertaraf lima bintang...sigh
Tapi xpe..kami cube untuk hadap je semu.. Papepun, teringat lagi sokongan moral abg Hanizamal Abu Hanifah, abis2 jauh pun dalam Malaysia jugak..jadi kami wat2 jantankan diri kejap walaupun dlm hati penuh taman bunga teratai eeeeeuuewwwwww
Soo, kami harapkan doa hangpa sume semoga perjalanan kami selamat pergi dan balik. Tujuan tulis ni supaya gtau awai2 yg kami gi sana supaya Zulfadli, Pat Mat Tenpe dan Adil Ricki dari Blackbull Team yg bakal merindui kami ni, akan merindui kami giler3x
**perasan sat
Okey, jadi selamat hari raya
**duit pi beratoq kat admin hacaw....."
Yg sopan,
Yuyu Alfonso
Pengarah Strategik Blackbull Team
6.0: PINE TREE TRAIL: Gua Akar
Biasa kalau dah masuk hutan aku akan siap-siap letak telefon dalam mod 'kapal terbang' atau power mod sebab nak jimat bateri. Seketul powerbank hanya untuk digunakan bila keadaan yang amat memerlukan. Powerbank aku jarang pakai dan hanya pakai masa pergi berjalan-jalan. Bukan jenis duduk rumah pun nak pakai powerbank. Aku akan pastikan semua powerbank akan penuh 100 peratus bateri.
Satu lagi kerja paling gila pernah aku buat selama dalam dunia hiking ni selain bersolo; memulakan pendakian pada waktu tengahari buta. Biasa orang nak berdepek dan compress akan masuk awal pagi atau pada waktu malam. Yang buat aku hairan adalah, konsep masuk malam nak compress, tetap akan keluar malam jugak. Misi kejar signboard katakan. Dalam kepala kami dah set dah yang kami macam agak mustahil nak jumpa orang di tengah jalan. Dah la masuk lambat, masuk hari biasa pulak tu. Kalau hujung minggu mungkin terserempak dengan orang (tunggu...)
Target awal adalah nak sampai kat puncak Pine Tree Hill selewatnya pukul dua petang dan puncak Twin peak sebelum pukul tiga. Lepas tu ke Kem Sungai Merah harap-harap sebelum menjengah senja dan seterusnya ke Kem Helipap dan Puncak yang pasti mesti malam hari tiba. Anggaran jarak perjalanan pula hampir/lebih lima belas kilometer. Itu dari Jam bangsawab Suunto Asul. Yang aku pasti jumlah jarak nak ke Pine Tree Hill dalam lima kilometer dan tambah lagi 500 meter ke Twin Peak sebab ada papan tanda. Jadi selebihnya tuan-tuan kira sendirilah jarak nak ke puncak Semangkok nanti Sifirnya mudah saja.
Pergerakkan kami bermula agak laju sebab memikirkan masa dah lambat bermula. Memandangkan faktor trek yang mendatar dan banyak menurun diawalnya, kami tak ingin mengambil jalan mudah seperti berlari tak fikir kaki kerana pasti ada waktunya nanti akan menaik. Beratus-ratus anak tangga yang diperbuat dari batu simen banyak dah rosak, pecah serta berlubang dan ada yang hanya diletakkan kayu yang disusun agak lebar, jauh dan tinggi antara satu sama lain untuk mengelakkan hakisan tanah. Jika menurun aku terpaksa guna cara duduk sedikit bagi membengkokkan lutut bagi mengelakkan beban berat pada lutut dan kalau tangga yang menaik aku perlu melangkah samaada dua kali atau membuat jangkauan yang lebih besar dari biasa supaya tak tertinggal langkah atau "miss step". Salah langkah tersadung mungkin dibucu tangga.
Dalam perjalanan akan jumpa empat pondok. Pondok pertama dalam 50 meter dari pintu gerbang masuk. Pondok kedua dekat 800 meter kemudiannya (ikut peta kat pondok tersebutlah). Pondok pertama dan kedua ni sangatlah uzur keadaannya tapi masi boleh duduk. Masa mula-mula bukak perasmian jerlah berseri gilang gemilang. Ada pokok tumbang di tengah jalan tak beralih dimana kami pun memandang sepi, tinggal dahan yang tak berdaun, menandakan dah lama pun beliau dah jadi arwah. Semua ada empat atau lima pondok, tapi pondok kedua nilah paling aku rasa sangat tak normal dan mistik sekali. Aku tak nampak, tapi rasa-rasa ada sesuatu di kawasan tu. Ah, masa siang-siang ni tak rasa apa-apa sesuatu sangat. Cuma kawasan sekitar pondok tu agak rata, luas dan lain sikit dari tempat lain; nyaman dikit.
Aku lupa sama ada kami berhenti atau tidak diawalnya. Yang aku ingat pondok ketiga dah runtuh, bawah sikit dari pondok kedua. Keadaanya hanya tinggal bumbung yang bebannya meranapkan struktur bawahnya sama sekali. Begitu juga dengan pondok keempat. Pondok keempat terlepak di bawah kaki tangga yang terakhir. Tinggal rangka saja. Tangga inilah paling tinggi, curam, kejam, azab dan mental bila masa nak balik nanti. Rata-rata cakap wajib kena merangkaklah. Pondok kelima aku rasa macam ada wujud tapi kesannya hampir tiada bukti kerana terlalu hancur teruk mungkin kena hempap dengan pokok. Yang ada tinggal hanyalah suatu kawasan lapang dan ada beberapa batang kayu berselerakkan dimakan anai-anai.
Pine Tree Trail ni terkenal bahaya pokok suka tumbang terbalik secara tiba-tiba. Nak dijadikan cerita (sedap) kawan aku pernah terkena (tengok) depan mata. Sebab tu bila orang cakap tutup, jangan gatal nak masuk. Lagi-lagi kalau dah masuk musim hujan.
Dah aku nak singkatkan cerita ni. Apa yang akuu nak fokus kat episod ni adalah tema dunia ni kecik jer, alam fana je yang luas. Tengah kami bertiga sedang berborak-borak (mampulah sebab trek mendatar dan senanglah cakap), kami terdengar suara orang kat depan. Ajaib dan teruja sebab akan jumpa orang juga walaupun tak mengharap. Punyalah kami menyembang tak ingat akhirnya dah sampai kat Gua Akar. Sebab apa nama gua akar sebab akar pokok membentuk gua dan aku pasti menjadi perumah untuk sejenis haiwan (ada yang kata rumah tenuk/tapir).
Aku nampak sepasang lelaki dan wanita dan aku pun dengan rasa yang terkejut berkata "Eh, Niha" rupanya kawan sekerja aku. Dia datang berdua dengan abangnya. Patutlah nampak ada kereta parking agak jauh di bawah rumah agam disitu. Ingatkan kereta tersebut kepunyaan pemilik disitu. Yang aku sedikit hairan, kenapa nak parkir tepi jalan. Niha atau nama penuh beliau adalah Cik Wan Azniha (orang kelantan dan bujang; masa 2016 la), beritahu yang dia dengan abangnya separuh jalan je dan memandangkan hari dah masuk petang, mereka nak berpatah balik. Lepas mereka beredar, aku masih dilanda rasa teruja dan terkejut sebab dapat jumpa bukan orang lain, tapi kawan sekerja sendiri ditengah-tengah hutan ni. Rezeki kut. Ternyata perancangan Tuhan lagi Maha Bijaksana kan.
Kesimpulannya adalah masuk hutan pun boleh jumpa kawan. Dekat tiga tahun lebih aku simpan cerita ni istimewa ni.
7.0: PUNCAK PINE TRAIL
Selepas rehat lebih kurang 10 minit dan mungkin lebih lama lagi sebab aku tak pasti sangat berapa lama. Tapi agak lama untuk masing-masing ambil masa untuk buang air kecil dan meneguk air atau sebanyak masa yang di ambil oleh dua batang rokok yang diisap oleh Yuyu dihabiskan satu persatu, barulah kami bergerak semula dari Gua Akar.
Aku selesa cara pergerakkan kami yang boleh tahan santai tapi masih nampak macam padu. Padu dari segi katanya bila kawasan landai anda berjalan pantas dan bila hadapi trek yang pacak atau menaik langkah semua menyondol atau senang kata "powerhike". Masa macam ni la semua orang bukak langkah kuda masing-masing. Masa macam ni nak tengok siapa padu masa menaik atau trek pacak. Bukan masa menurun. Itu kalau berjalan dan bila berhenti, betul-betul kami akan berehat.
Dengan mereka berdua nilah aku belajar pakai masa guna jumlah bilangan rokok dihisap. Kalau hisap rokok dua batang dan lebih bermakna kami akan berehat lebih lama. Sebatang tu paling lama Yuyu isap tak sampai lima minit pun. Lebih lama tuh bermakna kami akan siap dapat tidur ontrek. Aku pula pakar tidur (Episod Kem Sungai Merah aku akan cerita lebih lanjut)
Perjalanan seterusnya tak banyak ceritanya. Sambil berjalan kami akan menyembang. Tak pernah berhenti kami menyembang. Ada jer cerita masing-masing nak bawa ketengah. Bila habis ekspedisi semua jadi lagi rapat sebab semua cerita dari hujung rambut sampai hujung kaki diceritakan. Kami turut bincang balik mengenai ekspedisi ini yang boleh dikatakan agak gila pada waktu itu (2016), dan strategi-strategi dan teknik-teknik moden yang bakal kami aplikasikan dalam nak mencapai misi yang aku rasa hampir mustahil nak buat. Salah satu strategi yang kami pakai adalah formasi pergerakkan kami langsung tak berubah dari mula sampailah tamat perjalanan iaitu Yuyu akan berada di hadpan sekali sebab diantara kami bertiga dia yang selalunya kami istihar jadi ketua secara tak rasminya. Bagi aku dia layak jadi ketua sebab lagi berpengalaman. Kiranya dialah satu-satunya antara kami bertiga yang dah pergi semua G7 tu. Masa tu aku satu G7 pun tak jejak lagi.
Aku tak berapa suka duduk di depan sekali sebab yang berada dihapadan sekalilah nanti yang akan kena duri. Orang depan sekalilah yang akan kena pokok ke, tunggul kayulah, batu, bercalar-balar dimuka dan kaki. Paling aku benci kalau terkena sarang lelabah yang sibuk buat lebuhraya ditengah jalan. Beliau punya air liur yang buat sarang tu kalau kena kat muka rasa serabut dan selesa yang teramat, rasa melekit. Asul pula akan berada di bahagian tengah dan aku pula selalu berada di kedudukan terakhir sebab aku ada tugas aku tersendiri. Kat sini tak ada istilah nak potong memotong, nak tinggal kawan ke atau nak jalan sorang-sorang. Semua bergerak serentak dan jadi perlahan jika jarak masing-masing jadi jauh antara satu sama lain. Nak tau jauh mana kena tinggal tu bila suara Yuyu aku tak dengar bercakap.
Lepas Gua Akar tak silap aku ada satu kawasan waterpoint yang kena turun ke bawah tetapi papan tanda disitu cakap air disitu tak berapa elok dan tak dinasihatkan untuk ambik risiko nak minum air disitu. Senang cerita risiko dapat kencing tikus tu tinggi la. Kencing tikus atau Leptospirosy tu bukan disebabkan oleh sejenis tikus jer yang kencing merata-rata disitu, tapi jenis kumpulan Rodensia atau tetikus (betulkan aku info ni jika aku salah) malah kucing pun boleh jadi pembawa Virus Leptospirosi. Jadi kami pun memang dah bawak air cukup-lebih untuk kekalkan kemandirian masing-masing.
Kami tak berehat (langsung) lepas bergerak dari Gua Akar kecuali berhenti senafas dua dekat bahagian batu yang curam menaik 90 darjah perlu dipanjat atau bahagian balak yang kena memanjat atau menunduk dibawahnya. Sepanjang perjalanan kami dah tak jumpa sesiapa lagi.
Sebelum pukul dua petang kami sampai dekat puncak Pine Tree Hill tu. Dekat puncak hanya kami bertiga disitu. Kami berada di puncak itu pun tak lama, hanya ambil gambar seketika dan bergerak semula menuju ke puncak Twin Peak yang hanya 500 meter dari situ.

Koleksi Kisah mistik di Gunung Semangkok. KLIK link BAWAH
Serius pengalaman ngn korang lah aku xkan lupakan sampai bila2. Korang sahabat paling gila pernah aku ada
BalasPadamNi hg ke ji. .haha...tunggu sambungan Tumang Batak..ak nk edit lagi sedap
PadamSembang la amir
BalasPadamHaha... nak repeat jangan lupa ajak
Padam