Kisah Mistik 06/15: Gunung Semangkok
GUNUNG Semangkok (2016-2019)
- Bukan Mencari, Tapi Dah Rezeki, Elok Kongsi (Siri 10/15)
Lama berjalan, kongsi pengalaman, sedikit pengisian, bukan rekaan, atau khayalan
Prolog
Gunung Semangkok adalah Gunung paling tinggi di Selangor (1824m), bukan NUANG!!! Noktah.
Lima kali aku pernah ke Semangkok, terlalu banyak kisahnya. Semua masih segar di dalam ingatan. Pernah sekali keluar tengah malam dan 2 kali sampai puncak pada malam hari dengan hujan lebat nak ke puncak.
Kisah 1/5: Kena Cuit (2016)
Selapas tiba di puncak, aku menggunakan lumut-lumut kering dan yang dah mati di mana aku kutip di dahan pokok di sekitarnya untuk menghidupkan api. Agak bernasib baik juga sebab dalam keadaan persekitarannya yang lembap dan basah ini ada juga bahan-bahan yang membantu nak buat bahan api. Dapatlah nak panaskan badan.
Kesejukkan mula terasa sampai ke tulang. Baju yang di pakai tak mampu lagi nak menghangatkan badan; baju samaada basah dek peluh atau sudah pun terkena embum; hatta menambahkan rasa kedinginan yang sudah kian melapisi kulit satu demi satu. Setiap kali angin bertiup walaupun lembut, terasa dinginya sehingga mencengkam tulang, mengigil satu badan.
Aku membalut badan dengan plastik sampah yang dibawa. Aku dah agak dah benda-benda macam ni mesti terjadi kat puncak: suhu sejuk yang melampau. Walaupun murah tapi betul-betul membantu memanaskan badan yang dah nak membeku.
Tengah aku duduk bersila di depan api sambil merapikan unggun dan membubuh ranting-ranting kecil untuk memastikan api kekal bernyala, tiba-tiba aku rasa belakang iaitu tepat di sebelah kanan dekat pinggang aku di cuit beberapa kali. Tak pasti mengunakan tangan atau kayu sebab tak rasa tajam sangat. Suasana sekeliling yang sangat gelap tak berani pulak aku nak pusing kepala pandang sana sini walaupun jam baru menunjukkan pukul 10 malam.
Mulanya aku ingat Asul yang nak bermain-main dengan aku sebab dia duduk di sebelah aku, manakala Yuyu pula di duduk di sebelah Asul. Tak mungkin, sebab Asul duduk kat Kiri aku. Yuyu lagi lagi jauh. Kami datang bertiga. Tempat kena cuit sebelah kanan. Anda rasa?
Aku hanya berdehem kuat beberapa kali, bunyi geram bercampur marah. Dah la orang tengah penat. Tak mungkin dua orang ni nak main cuit-cuit dengan aku. Asul terus tanya aku bila dengar aku buat bunyi tersebut.
"Dah kau kenapa?"
"Aku rasa ada orang cuit aku lah". Jawab aku perlahan. Semua terdiam buat tak tahu. Aku yakin bukan mereka berdua punya kerja.
Kami bertiba masih berani untuk tidur selama beberapa jam dan pada tengah malam, semua sebulat suara nak turun dari puncak sebab rasa macam tak sanggup nak berlama-lama kat atas ni. Sejuk satu hal. Seram tak boleh nak hurai perasaan tu.
Inilah kali pertama dan terakhir aku tidur kat puncak Semangkok.
Kisah 2/5: Tidur (2017)
Kali ni kami empat; Aku, Nomad, Zack dan BB. Aku jadi juruarah. Dah pergi sekali acah terus nak jadi guide.
Aku sampai puncak paling awal. Guide mesti tinggalkan line up. Tak lama kemudian Nomad pun sampai. Mengah-mengah pun nak bercakap. Dia tanya aku, ada tak masa lepas helipad, masa nak ke Batu Sempadan besar...
" Ado mace bendo naik dari atas tanoh, timbul pastu masuk dalam tanoh semula" Yer. Dia orang Kelantan.
" Kejut kawe... demo ado jupo dok?". Nomad cakap benda tu terus hilang. Dok tahu gapo dio. Aku pun cakap tak ada pun. Misteri. Sejak aku jumpa dia kat Gunung Liang, kisah seram beliau adalah sumber sekunder utama arkib cerita mistik aku.
Di Gunung Semangkok, BB adalah insan yang paling lama aku kenali diantara mereka bertiga ketika itu. 2015 dah kenal. Tak jauh pun, kat Ulu Semangkok jer. Malang sekali, waktu itu, kedua-dua lutut beliau langsung tak beri kerjasama. Lebih empat jam kami berjalan keluar dari Twin peak hingga keluar. Selangkah demi selangkah. Formasi siapa paling lambat kena duduk depan. Aku pulak yang mental.
Paling mental aku rasa bukan aku mahupun BB, tapi Zack; masih hingusan. Zack duduk paling belakang, selepas aku. Banyak kali sebenarnya aku cuba berbual-bual dengan Zack, tapi tak ada satu pun Zack tak nak balas. Penat barangkali. Nafas pakai mulut la tu.
Pondok terakhir menjadi tempat persinggahan sebelum tiba keluar nanti. Lokasi yang amat tepat untuk berhenti berehat sebentar selepas penat mendaki anak-anak tangga walaupun tampak mengerikan. Dahan pokok besar yang jatuh berselerak di sekitar pondok dengan aneka daun kering berselerak dilantai pokok dan keadaan pondok yang usang bersertakan bumbung yang sudah pecah di sana sini kelihatan. Suasana yang sudah begitu menakutkan menjadi lebih seram apabila lampu kepala menyuluh cahaya ke arah pondok tersebut.
Perjalanan kami terganggu dengan jatuhah ranting pokok secara tiba-tiba di depan. Tak ada angin, tak ada ribut. Semua diam tak berkata. Terlalu penat barangkali nak melayan tangga-tangga terakhir sebelum lalu ke pondok.
Dalam hati aku dah berzikir supaya kami tak berhenti. Bila mengingatkan masing-masing dah keletihan, automatik kaki melangkah juga ke pondok. Ada aura yang tarik kami singgah duduk berehat di situ. Padahal dah nak keluar dah. Masing-masing ambil posisi. Pondok kecik je.
Tak sampai seminit dua, aku dah rasa macam tak selesa. Rimas. Mungkin aku ada terbau semacam agak busuk baunya. Kembang kempis hidung. Beberapa kali jugak aku duk mengonyoh hidung, dengan harapan dapat membetulkan rongga hidung yang mungkin tersekat dengan tahi hidung. Takkan nak korek depan orang, lagipun tak tergamak bila tengok jari kotor dengan kuku hitam legam.
Aku tak pasti bau apa, mungkin bau pokok dengan tanah lembap kut. Bau masam tak jugak. Aku tak berani nak kata apa apa (...lagi...) . Cuma satu perasaan yang aku memang tak boleh nak nafikan ketika ini. Rasa seperti di perhatikan; dari satu arah yang aku pun tak berapa pasti sebab aku tak boleh nampak. Paling tepat dapat aku nyatakan adalah amat dekat dengan dahan yang jatuh tadi (sebelum tiba di pondok). Dengan perlahan aku berbisik dekat Nomad yang duduk sebelah. Tengah sunyi dalam hutan macam ni kan, berbisik tu dah macam suara percakapan biasa bunyinya.
" Mad, kawe sero (rasa) macam ada oghe tengok kito ko?" Soalan sekali dengan jawapan aku bagi.
"Oo oo Mir. Dari tadi lagi 'die' duk tengok kito". Dah agak dah. Dari bila tu aku tak tahu, tapi kata Nomad (selepas keluar) dia kata ada kaitan dengan ranting jatuh tadi kalau korang perasan. Zack pun cakap, masa dia duduk belakang berjalan balik dari Pine Tree Hill tadi pun, asyik kena kacau je
" Dia duk main tarik-tarik beg aku. Duk tarik kaki aku la. Mental betul aku duk belakang ". Mungkin sebab tu kut aku bercakap bertepuk sebelah tangan. Nasibla aku tak duduk dekat belakang sekali.
Cerita pondok tu tak habis di situ lagi. Dipendekkan cerita, kami sampai dekat parkir kereta pukul dua pagi lebih. Masing-masing terlalu letih untuk langkahan yang seterusnya. Semua dah terbaring di atas jalan tar, tak mampu dah nak buat apa-apa selain berehat dan tidur. Dari kiri susunan; Nomad, Aku, BB dan Zack- semua terbaring menghadap ke arah pintu gerbang Pine Tree Trail; dalam 10-15meter jaraknya. Aku tak tahu kenapa posisi susunan demikian rupa. Mungkin sebab ada cahaya lampu jalan. Senang nak tengok.
Sebelum aku terlena dan mata terpejam tidur, aku rasa mata aku agak terganggu dengan lampu eletrik yang asyik duk berkelip-kelip dari tadi. Aku tak fikir satu perkara yang luar biasa. Mungkin karen eletrik tak cukup atau starter dah rosak kut. Aku terus menutup kepala dan muka dengan kain pelekat. Selamat. Beberapa kali juga aku terkejut, hanya untuk mengubah posisi badan atau melihat jam waktu sudah pukul berapa sahaja, tapi tiada apa aku rasakan berlaku hingga subuh dan siang tiba. Itu menurut cerita aku.
Menurut cerita Nomad pula, sebenarnya kami semua tidur bukan berempat, tapi seramai enam orang. Menurut Nomad ada tambahan jemaah lagi dua orang datang mengapit di sebelah kiri dan kanan kami semasa kami tidur malam tadi. Itu memang aku tak perasan, sebab gelap sangat. Nomad kata dia rasalah sebab 'orang' tu terbaring sebelah dia. Nasib aku tak tidur paling hujung.
Wallahualam
P/S: Aku lupa, rase Nomad pernah cakap kut yang 2 orang yang datang tu pakai pakaian macam pahlawan, siap bertanjak. Dah banyak lupa, sebab dah lama sangat dah. Pintu Gerbang katanya ada kakak terbang. Nenek pun.
Kisah 3/5: Belum Sampai (2017)
Kali ni kami berenam; Aku, Yuyu, Asul, Zack, Kam dan Uda kembali beraksi. Rekod paling ramai aku datang ke Gunung Semangkok, secara peribadi . Rasanya semua pernah datang ke Semangkok, paling kurang pun sekali pernah sampai. Kononnya nak buat kompress, prospek nak depek/dayhike lagi, tapi pukul tiga petang baru nak bermula dari pintu gerbang Pine Tree Trail. Semua sebab aktiviti tunggu menunggu seorang demi seorang. (Pesan cikgu, kalau kita nak buat dayhike ke compress, seeloknya bermula sebelum Subuh atau awal pagi).
Dipendekkan cerita, masa kami nak menuju ke Kem Sungai Merah dari puncak Twin peak, hujan turun dengan lebat selebat-lebatnya. Kesimpulannya juga, maka tak banyaklah gambar yang dapat diambil, sebab aku lagi pentingkan keselamatan telefon daripada diri sendiri.
Kami sampai puncak Gunung Semangkok. Sejuk tak terkata. Baju pun masih basah lagi, dengan cuaca yang masih basah dan lembap, memang sudah dah nak kering. Memikirkan pengalaman tidur kat puncak masa pertama kali datang sini tahun lepas (2016) kami tak bercadang pun nak rehat lama-lama kat situ. Duduk sekejap pun cukuplah. Tak perlu nak bukak dapur atau masak air.
Sesudah bergambar sekeping dua buat modal baru untuk laman sosial media nanti, kami pun turun dari puncak. Semua dah sepakat nak rehat ataupun tidur hanya akan dilakukan di Kem Sungai Merah ( Dekat Kem Helipap, kami hanya berhenti dengan jangka masa dua batang rokok dinyalakan).
Turun dari Kem Helipap, masing-masing bergerak dengan laju sekali, lagipun trek memang menurun jer. Yang melambatkan cuma gelap malam je. Bila waktu malam ni, pergerakkan kita akan jadi tiga kali ganda lagi perlahan dari waktu siang.
Dihadapan sekali, yang pastinya Yuyu, kemudian diikuti Asul oleh Aku dan Kam. Manakala yang paling belakang sama ada antara Uda atau Zack. Masa turun kami tak bercakap langsung, semua fokus nak cepat-cepat sampai kat Kem Sungai Merah. Sedar tak sedar, Zack dan Uda dah terpisah dari kumpulan kami di hadapan. Sesekali kami panggil, ada juga suara membalas, tapi makin lama makin perlahan. Dah jauh sangat tu kut. Mula-mula kami berempat memang tunggu sekejap, tunggu dekat sebatang balak tumbang yang sangat besar tu tapi bila dah dengar bunyi air sungai semakin kuat, ni dah macam nak dekat sampai di Kem Sungai Merah ( Dalam hutan jangan tertipu, biasa kalau rasa dekat hakikatnya jauh lagi).
Kami buat keputusan jumpa dekat sana jela. Lagipun, kami yakin Zack dan Uda mesti tahu jalan. Jiwa dah kental kut kalau dah pernah datang Semangkok dulu nin Pukul tiga (pagi) lebih, kami berempat pun tiba di Kem Sungai Merah. Hangat peluh berlari tadi sekejap saja dah bertukar sejuk mendingin semula. Aku hanya membawa kain pelikat yang biasanya akan dijadikan selimut tidur dan beberapa plastik sampah untuk dijadikan lapik alas tidur. Masing-masing cari kawasan yang paling rata nak masuk tidur. Sebenarnya kami memang ada bawak hammocks, tapi kalau nak pasang masa otak tengah nak berhalalusinasi ni, mungkin tak jadi hammocks manalah kut. Asul tidur hampiran dengan aku, Kam dan Mizi tak jauh mana. Sementara nak tunggu Zack dengan Uda sampai, kami pun melelapkan mata dahulu.
Aku tersedar pukul lima lebih. Masih gelap-pekat malam. Aku mamai. Mungkin aku terjaga di sebabkan terdengar suara orang berjalan ke arah kami tidur atau keluar dari trek hutan tadi. Aku rasa itu mungkin mereka berdua yang dah pun sampai, akhirnya. Lambat jugak dorang ni. Mesti salah seorang dari mereka dah cedera kaki ni. Lega rasanya bila tahu semua dah ada kat Kem Sungai Merah ni. Itu yang terlintas dalam kepala aku. Mata aku masih separa terpejam. Penglihatan masih kabur penglihatan nak melihat siapa walaupun dah tahu siapa. Bila anda tidur dengan memakai kanta lekap ni, pasti ada ketikanya bila anda nak buka semula mata, kena buka mata perlahan-lahan dan kena pula gosok-gosok lembut anak mata untuk membetulkan semula posisi kanta anda untuk kembali ke kedudukan yang asal. Barulah boleh nampak dengan jelas. Lepas tu kena kelip-kelip banyak kali nak bagi kanta lekap tu rata dan jadi selesa. Mesti auto kelip-kelip laju-laju ni.
Walaubagaimanapun, itu akan mengambil masa yang lama. Aku malas. Aku hanya bukak sedikit kain yang menutup mata dan nampak pergerakkan dua orang tersebut, susuk badan seperti Zack dan Uda. Dah sampai, itu je yang terlintas dalam hati aku. Aku pun menyambung kembali tidur dan tutup kepala kembali dengan kain pelikat seperti semua perkara sudah berakhir.
Aku sekali lagi terkejut. Hari dah mula cerah. Terus tengok jam, dah nak pukul pukul tujuh pagi. Kalut nak Solat Subuh pulak. Harap sempat lagi. Cuma tak sempat aku nak pergi ambik wuduk dekat Sungai Merah walaupun berjarak dalam 50 meter kena. Macam jauh pulak. Pahadal takut nak ke sana seorang diri. Memang tak berani pun (Sungai Merah tu semacam sikit suasananya. Rujuk kisah 04 nanti), Aku pun gigih mencari-mengutip-mengumpul embum-embun di daun-daun pokok berhampiran untuk berwuduk.
Bila dah selesai, barulah aku nak kejutkan yang lain pula. Semua tengah tidur merengkok-rengkok macam ulat bulu. Masa tengah solat tu dah perasaan dah satu benda ni. Cuma aku fokus nak solat dulu. Bukan jauh pun aku solat dari tempat tidur.
Bila habis solat aku pun bilang semua rakyat yang ada di situ. Eh, semua ada kecuali Zack dengan Uda. Korang rasa apa perasaan aku masa tu. Panik sekejap sebab ingatkan dorang dah sampai. Cepat-cepat aku kejutkan mereka bertiga sambil beritahu yang mereka berdua tak sampai lagi.
Yuyu adalah orang pertama berfikiran macam aku.
"Aku ingatkan depa dah sampai malam tadi". Aku tak berdelusi. Aku cuba ingat siapa dan apa yang aku nampak malam tadi. Kabur.
"Aku pun..." aku mengiyakan. "...Aku nampak macam dorang berdua sampai tadi". 50-50. Aku pun menceritakan yang aku nampak macam kelibat dorang jugak tapi samar-samar. Yuyu pun beritahu yang dia pun sebenarnya nampak macam ada dua cahaya merah sedang berlegar-legar sekeliling tempat kami malam tadi. Teringat pulak cerita seorang kawan yang juga pernah nampak benda seperti biji mata berwarna merah masa nak ambil air dekat Sungai Merah tu. Mujur aku tak pergi tadi. Adakah itu cahaya yang sama
Yuyu nampak?
Yuyu kata lepas tu dia pun tidur semula dan tak fikir sangat apa benda tu. Tambah Yuyu lagi mungkin itu cahaya lampu kepala mereka berdua yang baru sampai. Kam dengan Asul pulak tak cerita apa-apa, mungkin mereka dah tidur mati.
Tak sampai lima minit kemudian, Zack dengan Uda pun sampai sambil berlari-lari anak. Tergaman kami semua. Aku rasa aku paling terkejut. Baru je sebut nama, panjang betul umur. Aku terus bagi salam 'Assalamualaikum', cuma nak pastikan yang itu mereka yang sebenarnya. Nasib mereka jawab balik.
"Hangpa berdua baru sampai ka?" Soal Yuyu. Macam pelik pulak soalan tu.
Mana tahu dorang baru datang dari Sungai Merah, ambik air ke, buang air ke.
"Ha..ah". Aku dengan Yuyu dah rasa pelik bercampur hairan. Saling memandang. Aku pun ingat diorang dah sampai awal tadi. Dalam kepala,dah fikir macam-macam.
Uda dan Zack pun bukak cerita yang diorang tak jumpa trek tiba-tiba kena tinggal dengan kami berempat. Rasa macam kena 'game'. Nak jalan pun tak berani, takut salah jalan dan sesat. Diorang berhenti tidur dekat balak yang kami berhenti sebelumnya kononnya nak tunggu dan mereka tunggu hingga hari cerah sikit baru jalan balik. Bila Subuh masuk, Uda cakap terus trek jumpa balik tiba-tiba.
"La. Hangpa tunggu kat situ. Dah dekat sangat dah kut dengan Kem Sungai Merah ni," kata Yuyu. Uda pun mengiyakan yang memang dekat sebenarnya. Katanya, tak berani nak jalan jugak sebab trek betul-betul tertutup. Nak tak nak memang kena tunggu la. Masing-masing pun tak nak ambik risiko. Betul jugak tu. Kalau aku pun sama. Aduh. Nasib mereka berdua.
Kisah 4/5: Kem Sungai Merah (2017)
Aku masuk berdua je dengan Poi tahun tu. Nak buat Sub 11 jam. Dipendekkan cerita, masa sampai ke Kem Sungai Merah, aku nak pergi kencing dengan ambik air untuk minum. Poi tak ikut pada mulanya. Jadi aku tinggalkan Poi kat atas seorang. Masa pergi tu rasa asal jauh sangat. Menyesal dah. Aku pun beranikan diri pergi turun ke sungai. Sungainya boleh tahan besar. Turun ke hilir sikit sebab nanti nak ambik air kat hulunya. Masa tu aku tak rasa apa-apa lagi lepas kencing. Bila aku ke atas sikit, berdekatan dengan air terjun kecil untuk ambik air, aku rasa macam ada orang tengok dari belah atas sungai sana.
Aku pulak bodoh buat-buat berani pergi tengok lama-lama kat sana walaupun hutan. Mungkin perasaan aku, rasa meremang bulu roma kalau dingatkan balik.
Bila aku tanya pada sifu-sifu, ada yang bagitahu tahu belah sungai sana ada kampung. Bukan kampung, lebih pada istana.
P/S: Esoknya aku demam. SUB 11 jam berjaya
Kisah 5/5: Masjid (2018)
Ini ekspedisi terakhir sebelum pencen. Rasa nak buat Sub 10 jam pulak. Poi jugak bersama aku. Tengah malam kami bertolak dari rumah dan sampai kat Bukit Fraser pukul empat lebih. Mula-mula fikir nak tunggu Subuh dekat pintu gerbang Pine Tree Trail tu, tapi bila ingatkan kes tidur atas jalan raya tiba-tiba ada yang teman (dari empat orang bertambah jadi enam terus). Kami tidur di depan masjid. DEPAN MASJID.
Sejak aku selalu hiking ni, ada satu pantang larang yang aku tak boleh langgar iaitu jangan tidur terlentang. Tak tahu kenapa. Kalau aku tidur macam tu mesti kena tindih. Kalau aku nak tidur macam tu juga, aku kena letak bantal atau apa-apa atas dada. Sementara tunggu Subuh masuk, aku dengan Poi pun tidur la dalam kereta. Nak tidur kat luar sejuk macam kat Cameron. Aku pun merendahkan kerusi duduk dan anda rasa apa yang jadi jika aku langgar pantang larang tu. Terkena la kat DEPAN MASJID tu jugak, dalam kereta. Tak tahulah, mungkin aku penat sangat kut. Aku cuba nak panggil Poi, memang tak boleh geraklah badan. Suara pun tak terkeluar.
Bila dah boleh bergerak badan semula, aku sambung tidur balik macam tak ada apa-apa berlaku, tetapi aku tidur mengiring. Dah terbiasa kut
P/S: Sub 10 jam tak jadi. Tersub 9 jam dah walaupun balik dari Pine Tree kaki cramps dua-dua belah. Hantu betul.
Tammat.
Ulasan
Catat Ulasan