15 CERITA MISTIK PENGALAMAN HIKING MISTIK: Top 4/15 : TNBBY (2018)

 







15 CERITA MISTIK PENGALAMAN HIKING MISTIK:

Top 4/15 : TNBBY (2018)

Kisah No.12


          Balik kerja syif malam yang terakhir selepas malam yang keempat biasanya aku akan lepak bersama kawan-kawan sekerja dari unit kecemasan (A&E) hingga ke tengahari; Zaki, Ruzaimi, Jevon, Zharif, Bob, Ilham dan beberapa nama yang aku sudah lupa termasuklah Dr. Pratab jika beliau kelapangan menjadi rutin mingguan. Pelbagai topik akan dibicarakan tetapi 
hampir semuanya bertumpu mengenai kes-kes trauma yang telah masuk malam tadi hinggalah ada yang berakhir nyawa-nyawa ikan di ICU (unit aku) atau pesakit 'collapse' di wad biasa yang sudah lebih sejam di 'CPR' kan semata-mata nak menunggu ketibaan saudara - mara datang barulah boleh di "pronounce time of death" secara rasminya.


        Walaubagaimanapun, hari ini aku terpaksa mengundur diri. Ada misi agung lagi esok hari. Terpaksa pulang awal untuk berehat secukupnya. Tidur pun selama mungkin.  Rasanya macam tak mungkin cukup kerana pukul tiga petang dah nak kena bangun dah. Nak kena keluar cari barang-barang nak bawa untuk misi agung esok.

        Pukul lapan malam, Ang dan terpacak tunggu depan rumah sewa aku. Setengah jam kemudian, Amirisa dan Ubai tiba dari Puchong mencukupkan bilangan kami berempat untuk melaksanakan misi agung ini. Misi nak buat TNBYY (Gunung; Tok Nenek - Bubu - Yong Yap ) bawah 12 jam. Besar betul cita-cita aku ni. Misi ni akan menjadi misi ke tiga aku; pertama pada Ogos 2016 (22 jam) dan genap setahun lepas tu rekod peribadi 12 jam 6 minit berjaya di buat. Masa tu aku deman. Jadi misi kali ni lebih kepada misi balas dendam.

         Aku tak nak bercerita mengenai misi yang dah lepas ataupun misi yang anda akan baca ni; bagaimana boleh laju dan makin laju?. Aku nak fokus pada cerita atau lebih kepada peristiwa yang aku rasa takkan lupa selamanya; cerita mistik aku yang berpisah tiada.

         Bergerak dari rumah sewa aku menyelusuri lebuhraya, kereta di pandu Ang bagi aku terlalu laju dan apabila terperangkap dalam kesesakan di susur keluar, jarak kereta yang begitu dekat dengan kereta dihadapan membawa padah akhirnya. Hampir-hampir sahaja bahagian belakang kereta tersebut hendak dilanggar sebelum brek sempat di tekan secara mengejut. Punyalah berborak tak ingat nak tengok depan. Hajat nak tidur sepanjang perjalanan tak kesampaian hinggalah sampai ke Kampung Orang Asli. Rengil pada jam pukul dua lebih. Tiba-tiba rasa dah tak sedap hati. Sesuatu.

          Kami memarkirkan kereta di kawasan yang memudahkan kami nak keluar esok. Amat diyakini kawasan parking di sini akan dipenuhi dengan berpuluh-puluh kereta yang akan memasuki ke ruangan ini, esok. Masa 2018 misi ni dilakukan, surau dekat jambatan belum lulus dalam projek lagi. Jadi nak parkir kereta kena jauh sikit dari jambatan baru tu. Jauh tak jauh, jarak kereta yang kami letak tu dalam 50 meter dari jambatan. Agak terlindung sedikit dengan pokok lalang yang tumbuh hampir separas dada.

        Awal-awal lagi kami dah bentang 'groundsheet' yang dibawa di tepi kereta. Kereta dah macam rumah kedua, semua barang ada. Masa masih awal lagi nak memulakan perjalanan yang dirancang hanya akan bermula pada pukul lima pagi nanti ataupun sekurang-kurangnya nak masuk sebelum Subuh. Aku tak tahu siapa yang lelap atau tertidur dahulu. Sebelum tu sempat aku buang air kecil dekat semak tak jauh dari kereta terlebih dahulu seorang diri. Posisi baring aku paling luar
daripada kami berempat bermakna paling hampir dan menghadap ke arah jambatan. Jambatan tersebutlah nanti kami akan menuju dan lalu  kawasan rumah orang asli di situ. Aku rasa hampir setiap rumah ada anjing.

         Mula-mula, aku dah boleh lelap tidur
sekejap tidur sebelum tersedar bunyi salakan anjing secara tiba-tiba. Dalam hati aku dah bertanya 'dah kenapa' tiba-tiba menyalak. Rasa tak tenteram mula menjelma. Lain macam bunyi salakan tersebut. Panjang dan mendayu-dayu. Sayup. Mungkin ada orang baru lalu dekat kawasan mereka kut. Mungkin ada pendaki-pendaki yang dah masuk lebih awal lagi. Aku tak nak fikir mengarut-mengarut. Aku cuma nak cukupkan masa tidur yang hanya berbaki sejam dua lagi. Tak cukup tidur nanti semua benda nak meragam.

       Aku kembali mengiringkan badan, membelakangkan jambatan. Baru cubaan kembali nak lelapkan mata, terasa badan tak boleh bergerak. Rasa kaki dengan tangan macam diikat. Alamak. Dah terkena sudah. Mata aku tetap terpejam, semahu-mahunya tak nak bukak. Tak sanggup. Tak sanggup nak hadapi ' nak lihat 'apakah' itu. Bunyi siapa berdengkur pun aku tahu. Aku dah terasa lemas tak bernafas. Mulut pulak tak terbukak. Suara tak terkeluar nak panggil mintak tolong. Nak 'baca' ayat tak terkeluar walaupun macam-macam tajuk terlintas kat kepala. Ada ketikanya aku mengalah sebab dah tak terlawan sebelum berusaha 
melawan kembali. Makin kita melawan, makin kuat dibalasnya.

          Bila aku dapat baca ayatul Kursi barulah, terasa longgar, terasa badan ringan kembali dan dah dapat digerakkan semula. Aku menarik nafas sedalam-dalam mungkin, cuba menenangkan diri. Berputar otak fikir apa kesalahan aku dah buat tadi. Takkan kencing kat semak tadi. Dah 'baca-baca' sikit kut.

           Jam dah nak masuk pukul empat pagi. Patutlah. Aku kembali memejamkan mata, mengubah posisi badan rapat ke dalam sedikit tapi kali ini aku nak benteng diri. Pasang perisai. Aku pasang mengaji yang sangat perlahan suara. Rasanya aku je yang boleh dengar. Barulah rasa aman dan yakin boleh tidur tanpa ada gangguan. Baru kau yang tak boleh tidur.

        Kali kedua aku tersedar semula. Sekali lagi aku kena tindih. Aduhai. Lagi lama kena dari yang pertama tadi. Lagi berat rasanya dan rasa macam tak berupaya dah nak melawan. Kehabisan kudrat upaya. Ang yang tidur disebelah aku boleh pulak tidur mati . Dia takam perasan ke keadaan aku macam sebelah dia, tengah meronta-ronta ke bernyawa ke tak. Aku nak panggil dah tak terkeluar suara walaupun nak pecah anak tekak menjerit. Hairan sungguh aku. Dah mengiring macam ni pun kau boleh datang jugak. Biasanya aku pantang tidur dalam keadaan terlentang ni, lagi-lagi kalau lepas balik dari gunung. Jangan sesekali langgar. Apatah lagi sekarang ni, tak masuk lagi dah kena tindih.

        Bila dia dah lari, aku mengumpul tenaga semula. Mengumpul kekuatan diri nak bangun. Barulah aku perasan yang audio mengaji aku pasang tadi dah habis. Senyap rupanya. Patutlah tak terbakar dia, makin berani pulak bermain-main dengan aku. Mata aku tak boleh nak tidur dah. Membugar. Kali ni aku tak nak bagi can kat sapa-sapa. Pisang takkan berbuah tiga kali, tak mungkin. Aku akan buat benda lagi berani dari tu; aku takkan sesekali tidur lagi lepas ni. Samb berjaga, aky duduk bersila, sambil melihat cerita atau apa video hingga menunggu semua bangun. Nanti aku kejutkan sekaligus. Selama sejam jugak aku tak tidur lepas tu, berjaga dan bersengkang mata. Sesekali aku memandang ke arah jambatan tersebut. Bunyi anjing menyalak pun dah tiada. Selepas itu tiada apa-apa terjadi. Aku rasa 'dia' ada je kat semak tu tapi sebab tengok aku tak tidur ni dia tak berani kacau kut.

       Bila semua dah bangun, Ang membebel kat aku kata yang aku tidur buas giler, kejap bangun kejap tidur. Tak berhenti-henti bergerak. Mencarut je aku dalam hati. Dia tak tahu apa yang dah jadi kat aku tadi. Punya aku meronta-ronta. Malas nak cerita. Kang.....

       Rasa tenaga aku habis macam tu je malam tu. Tidur tak dapat, rehat pun tak cukup. Sesuatu yang buruk pasti akan berlaku. Misi kali ni aku cramp teruk kaki, tak sampai puncak Tok Nenek aku dah cramp kedua-dua kaki. Dari puncak Tok Nenek nak ke puncak Yong Yap, kaki aku tak berhenti cramp. Sampai satu tahap aku paksa kaki jalan walaupun tengah cramp atau bila nak berjalan selangkah dua, salah satu kaki akan berganti-ganti cramp. Mungkin disebabkan aku duduk bersila lama sangat tadi ataupun penat setelah diganggu tadi..


Tamat

P/S: Misi ni aku berjaya buat personal best walaupun kaki cramp gila babi... Dari 12.06H ke 11.46H. Rahsianya, tetap berjalan walaupun kaki cramp.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 14 Most Hardcore Mountain to do Dayhike or Compress (Personal View) in Malaysia

BUKIT LUBUK BATU (via Denai Hutan), Marang , TERENGGANU

BUKIT 300, TELUK BATIK, LUMUT, PERAK