Gunung Lari Tembakau, Genting Highlands

GUNUNG LARI TEMBAKAU, GENTING HIGHLANDS
BENTONG, PAHANG

1639 metre/5377 ft







Antara gunung yang paling mudah nak di daki selepas Gunung Bunting di Tanah Tinggi Cameron. Ianya terletak di atas Tanah Tinggi Genting dan lokasinya bersebelahan dengan sebuah stesen minyak. Awal pendakian anda akan melalui jalan raya yang berturap dahulu dan perlu juga berhati-hati jika bernasib baik, anda boleh naik tanpa pengawasan pihak tertentu kerana kawasan tersebut umpama ada taman larangan hendaknya. Tidak sampai sepuluh minit anda akan seharusnya telah sampai ke puncak tanpa perlu menghabiskan tenaga dan mengeluarkan peluh. Akan tetapi, pada saat ini kami mengambil tempoh masa yany lebih lama untuk sampai bukan kerana terlalu asyik melayan keindahan pokok moss atau lumut yang rasanya biasa ditemui di hutan hujan tropika yang berkedudukan lebih 1500 meter dari paras laut mempesonakan mata yang memandang atau kehijauan pokok-pokok yang tumbuh atau kabus-kabus tebal yang lalu hingga menyapu pipi dan membawa titisan-titisan air jernih umpama ada fenomena embun yang turun di siang hari tetapi disebabkan rasa begitu kagum kerana disebalik kemodenan bangunan-bangungan yang dibina dan kerakusan manusia melahap setiap inci muka bumi di atas tanah tinggi itu, tersimpan dan ada wujudnya seketul gunung yang begitu menarik, cantik dan masih terpelihara di tengah-tengah kawasan wisata yang pesat membangun, untuk kita terokai dan di tawan itu hanyalah terletak di tepi jalan raya yang sentiasa sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang. Hatta, untuk memberikan rasa yang lebih dramatis namun anda akan rasa hilang kehanyutan berada di dalam simfomi alam, bunyi kenderaan tidak putus-putus bergerak secara berterusan lalu mewujudkan satu rentak musik yang kurang enak didengar untuk dijadikan halwa telinga. Aku (sesungguhnya) pasti masih ada banyak gunung atau bukit yang masih tersimpan dan menunggu masa untuk di terokai (bukan di cerobohi secara haram dan membuta tuli) dan aku juga yakin (dengan sesungguhnya) banyak yang sudah hilang dari peta dan mungkin (akan) bakal lenyap menanti waktu dan masanya sahaja lagi. Gunung Lari Tembakau, Genting, Bentong, Pahang 

#teamseladang #gununglaritembakau #gentinghighland 3#savegunungmalaysia









  

Ulasan

  1. salam cikgu....sekarang ni boleh masuk tak gunung ni..tq

    BalasPadam
  2. Assalam cikgu, blh tlg bg skit lokasi gng ni tk. Laluannya masuk ikut mana ya. N ada org jaga ke...mna taw kot tk bg masuk kn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam wtb....Pergi ke petron genting. Kalau petron tu belah kiri. Jalan terus sket. Ade simpang kiri. Ada singboard parking kereta. Park keta area situ. So nanti cikgu masuk simpang kiri tu. Follow je jalan bertar sampai ke janakuasa. Kat belah kiri tu ada denai masuk ke hutan

      Situ mcm tmpt construction site + ada lori2.. ad bangla jaga.. nasib la kalau dpt lepas masuk...

      Padam
    2. Kenal apply permit sebelum masuk?

      Padam
    3. Tempat ini sebenarnya kawasan yang agak fobbidden... nasiblah kalau dapat lepas

      Padam
  3. Berapa lama hike ini ya?
    Mudah x utk beginner?
    Trail ni confusing x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Easy..very2 easy.. 10 minit dah sampai ke peak...

      Car Stesen Minyak Petron Genting Petron Station dekat sebelah kiri. Jalan terus sket. Ade simpang kiri. Ada singboard parking kereta. Park keta area situ. So nanti masuk simpang kiri tu. Follow je jalan bertar sampai ke janakuasa sebelah kanan. Kat belah kiri tu ada denai masuk ke hutan, naik ikut kontrit/simen

      Padam
    2. Assalamualaikum petron di Starbucks tue ke.. Sblm puncak genting

      Padam
    3. Waalaikumussalam wbt... tak... petron satu lgi..hala nak turun.. belah kiri..

      Padam
  4. Salam. boleh bawak kami pergi sini tak? as guider..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempat ni dah tak boleh masuk sewenang-wenangnya macam dulu... dah ad polis jaga kt bawah tu.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 14 Most Hardcore Mountain to do Dayhike or Compress (Personal View) in Malaysia

BUKIT LUBUK BATU (via Denai Hutan), Marang , TERENGGANU

BUKIT 300, TELUK BATIK, LUMUT, PERAK