Trans Bukit Maras Solo, Terengganu
Trans Bukit Maras Solo (Denai A-B)
23.10.2019
Dalam tahun 2018 ni, satu persatu puncak baru aku redah dan dapat tawan. Ada dalam masa seminggu sampai enam ke tujuh puncak baru aku dapat. Kali ni, aku dah set nak tawan puncak dekat dengan kampung aku, dalam Mukim Batu Rakit iaitu Bukit Maras sebagai puncak ke seratus aku. Kebetulan pula, seminggu sebelum tu adalah pihak tertentu menghubungi aku nak menyatakan hasrat nak ikut sertai memeriahkan dan menjayakan misi aku ni.
Dipendekkan cerita, hari kejadian pada 18 November 2018, maka menjadi sejarah dalam hidup aku. Seramai hampir tiga puluh orang pendaki yang terlibat sama termasuk beberapa pelajar universiti berdekatan (secara langsung mengaku ponteng kelas pada hari berkenaan), ahli majlis mesyuarat tingkap Bukit Maras termasuk ranjer Bukit Maras dan pendaki yang rata-rata aku tak kenali. Rasa takjub jugak sebab penganjur dapat menarik ramai pendaki walhal aku dah maklum yang tarikh mendaki akan dilakukan pada hari Rabu atau bukan hari cuti kebiasaanya.
Lebih mengharukan, buat pertama kali trek denai yang dipanggil Trek B itu dirasmikan kepada pendaki. Aku dimakluman ada empat trek menuju puncak. Trek A adalah trek hampir 95% pendaki menggunakannya. Sebuah jalan tanah merah yang dapat dilalui sebuah pacuan empat roda dengan sekelip mata naik ke puncaknya. Trek B yang kami lalui pada hari itu, masih dara dan merupakan trek orang kampung nak ke kebun buah-buahan mereka termasuk buah durian. Trek B mengambil masa untuk dilalui kerana perlu menebas dan agak jarang dimasuki. Dalam perjalanan akan jumpai checkpoint seperti Ceruk Betik, Dusun Besar, Pancur Pok Him dan sebagainya. Trek C atau tak bernama pun, lebih senang dan tak panas macam trek A tapi lagi panjang sedikit dan Trek D aku dah tahu kat mana, tapi belum berpeluang nak naik lagi.
Lepas hampir setahun, aku kembali melalui trek B ni semula selepas diberi tanggungjawab jadi Ketua Marshall untuk acara larian bukit anjuran Universiti Malaysia Teregganu (UMT) pada Oktober 2019. Oleh disebabakan aku dapat lalu trek B secara berdua dengan kawan aku, rasa terpanggil nak cuba buat solo pula. Lagipun trek dah jadi bersih dan terang lepas lebih dua ratus orang lalu, lagi senang. Harap-harap boleh buat log masa baru.
Pada 23 oktober 2019, maka bermulalah misi aku menyarung kembali sandal dan sasaran nak buat bawah sejam je iaitu naik dari Trek B dan turun ke trek A. Kali terakhir aku buat misi solo pada Julai (2019) yang lalu, Gunung Jasar-Pulai-Ruil di Tanah Tinggi Cameron, Bukit Larut di Taiping dan Bukit Red Forest di Jerantut.
Di kawasan parkir kereta, dah ada dua trek yang berbeza. Trek A dari 0 meter dah mula mendaki naik dan senang nak cama ada tabung derma-lah-seikhlas-hati-anda disebelah kanan ada satu jalan yang agak luas dan merupakan titik permulaan/penamat trek B. Kali ini aku nak mula dari Trek A, sebab aku dah biasa dan aku boleh jimat masa. Aku bahagikan lima bahagian trek jalan merah ni sebab kena lalui lima bukit. Bukit pertama agak panjang dan lurus sampai ke pondok pertama. Sebab aku dah selalu naik Bukit Maras ni, pak cik yang duduk kat pondok ni nak kenal muka aku dan beliau dah boleh hafal lagu lagu tema aku kalau naik (Can We Talk by Tracy Chapman, Gurindam Gunung Tahan oleh M. Nasir dan I Like The Way (Kissing Game) by Hi-Five....). Jalan nak ke pondok tu mendatar dan lepas tu naik ke bukit kedua yang paling pendek diantara lima bukit untuk menuju ke pondok kedua. Kalau dekat pondok kedua ni dah pancit, aku tak tahu macam mana anda nak lepas bukit ketiga yang sangat pacak dan patah pinggang. Walaupun bukit itu pendek tetapi kawasan ni paling aku suka sebab aku dapat potong orang dengan wajah berlagaknya kalau ada yang acah-acah nak laju bila aku nak sampai. Lepas tu trek akan sampai ke suatu simpang, ada simpang belah kiri iaitu jalan nak ke kebun dan kemudian anda akan jumpa satu kerusi kayu di tepi pokok besar yang juga ada simpang. Tips aku, jangan sesekali rehat di kerusi itu dan teruskan perjalanan dihadapan kerana cabaran sebenar bermula di bukit ke empat yang aku anggap jalan membunuh kaki, mengetarkanlulut dan mencabutkan otot peha dan betis serta mengundah gulakan perasaan bila anda akan rasa tertipu bila memandangnya. Sebabnya, pertama, bukit itu pacak aku kira 'elevation gain' mungkin lebih 70 ke 100 meter menaik (aku ukur dengan pengalamannya je). Kedua, kaki rasa sangat sakit dan lenguh sebab trek jenis berpasir dan licin. Kalau sistem brek tak berfungsi korang boleh masuk dekat parit tepi trek atau tersungkut cium bumi. Bila turun lagi bahaya kerana anda boleh jatuh bergolek. Lagi satu, pakailah kasut yang sesuai. Ketiga pula, rasa macam nak sampai tapi disebabkan ada banyak selekoh tajam menyembunyikan sebuah permandangan yang sangat kejam sekali. Aku tengok ramai yang selalu sangkut kat trek ni. Sama ada patah balik atau pun bila aku turun aku jumpa balik. Tapi jangan risau, lepas naik ke bukit ke empat itu, anda semua akan rasa lega sebab bakal melalui trek yang sangat landai, lurus dan lebih senang. Tetapi cabaran anda hanya akan berakhir bila anda melepasibukit yang ke lima. Lebih banyak selekoh tajam disitu (ada lima kesemuanya) yang pasti bakal menghimpit jiwa dan meragut emosi. Semuanya akan terbayar bukan kerana anda telah sampai di puncak yang memaparkan permandangan Laut China Selatan dan beberapa buah pulau seperti Pulau Bidong dan Pulau Kapas, pecahan ombak di pesisir pantai Batu Rakit, sawah bendang kontang yang hanya subur ikut musim menanam secara berkala setiap tahun, dan Bandar Kuala Terengganu termasuk Jambatan Bukak Tutup (Draw Bridge) tu dari jauh, tapi adalah bila anda berpeluang makan keropok lekor goreng yang dimasak panas-panas di atas puncak dan menyejukkan tekak dengan minum air bergas sejuk lagi dingin yang di bawa naik dengan motor buruk oleh seorang pak cik yang selalu aku tegur.
Puncaknya sangat luas dan ada acara paragliding di masa-masa tertentu. Ada sebuah pondok didirikan dijadikam ruang solat (ada sejadah dan kain sembahnyang tapi aku hairan kalau nak berwuduk kena beli air mineral dekat gerai kat situ ke?).
Aku tak oleh berlama-lama kerana perjalanan seterusnya memakan masa sedikit dan trek lagi panjang. Trek seterusnya akan melalui Batu Biruk dan mula masuk ke dalam hutan. Jalan masuk ke trek B ni sebenarnya tersembunyi di tengah-tengah hutan dan di sebabkan tiada marking atau tangging, hanya orang-orang tertentu sahaja tahu. Sebab tu trek ni hanya dibenarkan masuk dengan menggunakan khidmat guide Bukit Maras sahaja. Aku pula, lain; redah tu dah jadi simbolik aku.
Trek menurun hampir 90%. Korang akan jumpa Permatang Rambai dahulu sebelum sampai ke Pancur Pok Him. Jalan dari puncak ke Pancur ni agak licin dan korang akan jumpa banyak kawasan babi hutan sodok tanah dan berendam dalam lopak air. Tiba di Pancur Pok Him ni, kena hati-hati sikit sebab trek dia menuju ikut bawah aliran sungai. Lagi satu, aku rasa agak sesuatu di sini sebab tempat tu ada gua kecil dan rasa nyaman lain macam. Faham-faham la cakap aku. Aku tak berehat pun sebab dah rasa macam tu dan terus je berlari turun hingga tiba ke Dusun Besar. Trek ke atau dari Dusun Besar sampai Ceruk Betik pun kena hati-hati sebab banyak simpang trek orang kampung. Sampai di Ceruk Betik anda kena lalui anak sungai kecil dan akan sampai keluar ke jalan besar yang terus bawa anda kembali ke parkir kereta.
Log (45 minit)
1754H: Mula (Parkir)
1802H: Batu Kajang
1818H: Puncak Bukit Maras
1820H: Batu Biruk
1824H: Permatang Rambai
1829H: Pancur Pok Him (baca Hem)
1832H: Dusur Besar
1836H: Ceruk Betik
1839H: Tamat (Parkir)

Ulasan
Catat Ulasan