Cikgu Gunung: Tips dan Rahsia Nak Join Trip Compress atay Dayhike; redah satu pilihan
Top 10 Gunung Paling Hardcore kalau nak buat compress atau dayhike : https://amirmuslimteamseladang.blogspot.com/2020/02/top-10-gunung-bertaraf-maha.html?m=1
Sisi Pandang Compress:
Sepanjang pengalaman bagi Tusyen Hutan dengan sharing session pasal trip compress/dayhike (aku rasa bidang ni jer aku reti nak bebel) setakat ni, aku terima banyak soalan-soalan yang sebenarnya susah aku nak jawab. Aku hanya berkongsi daripada pengalaman yang di perolehi selama ini, dari mata hati ni dan ada yang betul dan mungkin ada yang tak boleh terima, abaikan. Jikalau anda rasa boleh aplikasikan dalam misi anda, laksanakan. Jangan lupa klik and subscribe.
Antaranya:
1) Q: Rahsia macam mana nak padu?
A: Disiplin...rajin berlatih & KONSISTEN yang penting!!!. Setkan wishlist sendiri. Yang penting training jangan nak menunjuk kat orang. Secret training pm tepi.
2) Q: Kenapa suka buat trip compress ni?
A: Aku kerja bukan macam anda semua hari minggu dapat cuti. Compress jimat masa dan cuti anda. Cabar diri sendiri. Zaman sekolah atau pengajian tinggi hanya sekadar pelajar biasa, tiada pencapaian yang luar biasa untuk di banggakan.
3) Q: Macam mana nak dapatkan rekod masa yang begitu mengagumkan sekali?
A: 1) Perancangan kena gempaklah... bukan hentam kromo jer.
2) Masa kena disiplin, lambat mula lambatlah habis,
3) Line up kena padu; PILIH UNTUK KEJAYAAN bukan KASIHAN KERANA KAWAN,
4) Hari kejadian kena taklimat betul-betul. Ketua atau penganjur kena beritahu kat mana akan bergroup semula. Jangan setiap checkpoint atau kemsite nak bercium pipi nak jumpa. Nak senang pilih puncak, nak harcore regroup semula kat parking (selalu aku buat),
5) Rezeki; kita merancang Tuhan menentukan. Berdoalah hari kejadian cuaca elok, badan sihat, trek ok dan dipermudahkan.
4) Q: Macam mana nak elakkan kecederaan?
A: Compress adalah aktiviti yang sangat berisiko. Pakailah pakaian yang sesuai, kasut yang selesa dan mampu buat anda terbang.
5) Q: Sesat nak buat macam mana?
A: Trip compress sepatutnya tak boleh sesat. Macam mana nak buat rekod masa kalau awal-awal dah sesat. Paling penting jangan terlalu cepat panik (sila ikuti kelas tusyen lain pasal topik ni).
6) Q: Nak padu kena makan apa?
A: Banyakkan minum air putih (aku amalkan 3-4L minum air satu hari), tak minum minuman berais atau bergula dan sila buat apa yang aku sarankan seperti diatas dahulu. NO SMOKING NO VAPING PLEASE!!!
7) Q: Trip compress paling tak boleh di lupakan?
A: Banyak. Rasanya,
1) Trans Slims 2017 Sebab masa tu, orang baru masuk lepas dua minggu, diorang merintis lima hari, lepas tu kami bertiga masuk senyap dapat pulak buat compress 37 jam masa tu campur sesat,
2) Trans Titiwangsa V1 2018; masa tu masuk 5 orang, tak sampai separuh jalan (sebelum Kem Cerek) aku dah mula solo sampai parking empangan sebab nak buat timing peribadi 14jam 28 minit. Kena kecam hebat sebab tinggalkan kawan kat belakang tapi aku anggap itu hanya pembakar semangat.
3) TNBBY Mungkin ramai tak heran tapi trip ni aku masuk solo redah, timing bawah 12 jam (tu tak training dengan main masuk je).
8) Q: Kenapa buat misi 100 puncak?
A: Setiap apa yang kita buat kena ada objektifnya. Baru benda tu tercapai dan ada nilai tersendiri.
9) Q: Seratus puncak tu campur gunung luar tak?
A: Tak. Semua puncak di semenjung Malaysia. Kita sepatutnya berbangga dengan gunung dan bukit kat negara kita. Aku nak orang tau yang kat Malaysia ni banyak gunung dan bukit yang tak pernah kita dengar dan tahu kewujudannya. View dia tak payah cakaplah, tak menghampakan.
10) Q: Tips nak awet muda?
A: Banyakkan trip compress (gurau jer)
11) Q: Ada jumpa hantu/ bunian/kena usik tak)? Macam mana nak elak dari kena?
A: 1) tak pernah kena. Sekadar bau wangi dan rasa-rasa diperhatikan jer. Jumpa belum ada rezeki.
2) Dalam hutan masuk pasang niat baik dan bacalah apa-apa doa asalkan tak jadi syirik pada Allah.
3) Jangan Cakap besar. Tu je. Pastu jangan seronok sangat
12) Q: Dah Grad G7?
A: Belum. Sebab aku terus terang beritahu yang semua G7 aku nak dayhike/depek. Tinggal CUS(Chamah & Ulu Sepat) dengan Tahan lagi. Tempoh masa: hingga 2035
13) Q: Misi seterusnya?
A: Misi 200 puncak. Target sampai 2024 jugak.
Sekian... (berjaya 2024 .Puncak ke 200- Gunung Batil, Terengganu
12) Q: Dah Grad G7?
A: Belum. Sebab aku terus terang beritahu yang semua G7 aku nak dayhike/depek. Tinggal CUS(Chamah & Ulu Sepat) dengan Tahan lagi. Tempoh masa: hingga 2035
13) Q: Misi seterusnya?
A: Misi 200 puncak. Target sampai 2024 jugak.
Sekian... (berjaya 2024 .Puncak ke 200- Gunung Batil, Terengganu
perkongsian yg menarik
BalasPadamTq baca sis
PadamSeronok baca pengalaman...wlpun Sis x padu,sebagai pembakar semangat
BalasPadamSekadar berkongdi pengalaman... tak padu tak apa.. biar jadi inspirasi pun dh cukup
PadamThanks sharing! Tahan boleh compress jugak.. M2K ada yg dah buat below 40hrs kalau tak silap tahun 2015-2016 camtu
PadamYeke..sekarang Tahan x boleh nk dayhike dan compress dah.. M2M pn wajib 5 hari
Padam