Gunung Chabang, Simpang Pulai, Perak
Gunung Chabang (1711 meter)
Simpang Pulai, Perak
10.10.2015
(Dari kiri: Mel, Aku, Shah, Along dan Susila)
Dua misi gunung yang sama tapi berbeza waktu. Keduanya tetap ekspedisi berdayhike (depek) dan memberikan antara pengalaman terburuk pernah aku alami sepanjang menceburi aktiviti rekreasi ini. Tahun 2015 adalah tahun permulaan aku bergiat aktif semula dalam bidang pergunungan ini. Gunung Chabang menjadi Gunung kedua aku selepas Gunung Datuk di Negeri Sembilan dan puncak ke lima secara keseluruhannya. Misi pertama ini menjadi trip paling ramai pernah aku terlibat dengan seramai 44 orang peserta sebelum di pecah rekod dua minggu selepas itu semasa aku pergi ke Gunung Bunga Buah yang melibatkan 47 orang peserta (Disitulah wujud kumpulan Line-up 47 yang masih bertahan sehingga ke hari ini). Yang istimewanya, penganjur program mewajibkan semua peserta memakai baju warna merah.
Pendakian bila melibatkan ramai orang ni macam biasalah akan bermula lambat sebab nak berkumpul, nak cari parking, ada yang baru nak bersiap dan ada jugak yang nak berjejak kasih.
Kereta di parkir di kawasan tepi jalan di Kampung Pos Slim Orang Asli yang berjarak lebih kurang 17 kilometer jer dari Tol Simpang Pulai. Gunung ni bersebelah jer dengan Gunung Suku, tapi Gunung Chabang berapa popular lagi masa itu. Aku pun baru pertama kali dengan dan ini menjadikan gunung paling tinggi pernah aku naik tahun itu.
Seingat aku, aku tak tidur lagi sebab baru balik kerja shif petang dan berkumpul di Bandar Sunway, kami wakil dari kumpulan MACH (Malaya Adventures Community Hikers) seramai empat orang terdiri dari Aku, Shah, Mel dan Susila bergerak pada tengah malam ke Tanjung Malim untuk mengambil Along sebelum bergerak menuju ke Simpang Pulai. Dipendekkan cerita, pendakian dimulakan sebelum pukul sembilan pagi selepas sesi taklimat dan bergambar beramai-ramai di lakukan. Ketua ekspedisi, Kak Nora telah memaklumkan bahawa Gunung ini agak sukar dan tahap ketinggian sangat mencabar. Kami di beri tempoh selama lima jam untuk tiba ke puncak. Sekiranya, tidak sampai ke puncak sebelum pukul dua petang, pendaki tersebut perlu turun semula kerana nak elakkan keluar di waktu gelap, senja atau malam hari. Dimaklumkan juga agar tidak berpecah terlalu jauh kerana risiko untuk sesat sangat tinggi kerana trek tidak berapa jelas dan agak bercabang di sekitar kaki bukit terutamanya. Banyak simpang dan trek orang asli. Hatta, kami sendiri pun telah tersilap jalan kerana telah mengikut jalan paip air. Bayangkan macam mana nak berpatah balik semula dengan keadaan orang dah cantik beratur tersusun di belakang. Kami berkumpul semula di kawasan air sungai yang perlu di raduk masuk untuk melepasinya. Kawasan tersebut agak lapang dan rupanya macam ada bencana kepala air telah berlaku kerana ada kesan tanah runtuh dan gumpalan sisa-sisa kayu dan sampah di beberapa sudut.
Permulaan pendakian pula, aku berada di barisan paling belakang bersama-sama ahli kumpulan MACH. Selepas melalui jalan berturap melalui perkampungan orang asli, kami ke simpang sebelah kiri meredah sunfai yang wajib-akan-kena -basah-punya dan beberapa lagi anak-anak sungai yang tak perlu risau nak dibasahkan kasut lagi. Hampir 95% pendaki yang terlibat aku tak kenal, maklumlah aku masih junior lagi masa tu. Lagipun, bila masuk kumpulan orang, kena la ikut tatacara dan hormat mereka. Pemakaian aku sangat klasik masa tu dan selalu membuatkan aku tersenyum bila melihat gambar tersebut semula, betul-betul 'nubis' (Budak Baru) dengan kasut kain jom ke sekolah dan beg laptop yang mana sehingga sekarang aku memakainya dan beg wajib itulah aku pakai untuk ekspedisi compress dan depek aku. Pesanan aku "Don't Judge Book By Its Cover". Yang penting selesa.
Sebenarnya aku tak nak ikut pun pergi Gunung Chabang ni sebab jauh dan malam hari pendakian aku kena masuk keje malam. Bayangkan aku kena berada di tempat keje sebelum pukul sembilan malam kut. Mulanya aku nak bawa kereta sendiri, tapi selepas di pujuk-pujuk, mereka ajak aku 'carpool' satu kereta sahaja sebab diorang dah tahu aku ni akan jadi radio kalau pergi mana-mana. Sesekali aku terlelap tidur dan mungkin di sebabkan tak cukup tidur itulah menjadi peristiwa hitam yang pertama dalam pengalaman aku hiking ni. Semasa di tengah-tengah pendakian, kami kena lalui sebuah pokok balak besar yang telah tumbang di tengah jalan dan memerlukan kami memanjat untuk melepasi. Nak di jadikan cerita, kawasan kami lalu tu ada sebuah sarang lebah dan nak elakkan dari terlanggar, aku punyalah bergayut ala-ala tarzan dari satu dahan ke satu dahan. Alih-alih silap percaturan, aku tersalah pegang dahan pokok dan tangan kiri aku tiba-tiba jadi ke belakang terpusing-pusing bahu ikut kejang dan selepas itu, berjangkit ke bahu kanan pula. Tuhan saja tahu perasaan aku, malu rasanya sebab masa naik tadi sorang-sorang aku potong sebab ramai dah tersangkut dekat trek pacak dan menaik. Hilang sakit, aku sambung potong orang balik sehingga kami berkumpul semula dekat punca air, satu-satunya punca air yang ada. Sumber air atau waterpoint tu bagi aku jauh sebab kena pergi sejauh 3 minit untuk sampai dan aku tak pernah sampai lagi sehingga ke hari ini. Bagi aku, banyak lagi benda yang aku boleh buat dengan tiga minit ni seperti kencing, tidur dan makan.
Waterpoint, the only
Sampai di Waterpoint, dah rasa sejuk kaki, tangan badan dan muka sebab lama sangat berehat. Entahlah, Gunung Chabang ni sejenis gunung yang sejuk sebab setiap kali aku pergi dan balik mesti hujan. Malah, bila sampai di puncak botak selepas hampir sejam kemudian, permandangan yang di canang-canangkan hanyalah gambaran seperti dilihat di atas kertas A4 putih sahaja; kosong. Sekali lagi kami berkumpul semula di situ dan hanya beberapa minit aku duduk di puncak terbuka sebelum menyambung kembali perjalanan kerana tak tahan sejuk melampau. Hutan yang berpokok dilitupi dengan lumut sepanjang perjalanan menuju ke puncak dan trek yang lembap, basah dan berlumpur, membuatkan hampir separuh badan sudah kotor dengan selut. Aku dah tak kisah. Aku nak jadi orang terawal sampai puncak sebab aku tak nak nanti tak ada peluang nak bergambar kat papan tanda. Macam manalah nam muat 44 orang sekaligus di atas puncak nanti.

Time misi 2.0; aku pakai sandal sebelah, selipas asadi sebelah. Senang nak gelongsor turun
Hampir 45 minit, baru nak sampai ke puncak sebab aku banyak berhenti kerana kaki nak kejang di sebabkan sejuk melampau tu dan pacak yang pasti mengamit memori serta membunuh kepaduan anda. Tiba di puncak dah ada satu dua kumpulan kecil lain yang tiba awal dari kami. Puncak sangat kecil, ada beirut lama berwarna kuning yang masih utuh dan di belakang beirut ada ruang yang luas untuk berkhemah. Rasanya orang tak waras je kut rasanya nak bermalam kat situ sebab, bila aku tiba kat puncak, hujan dah mencurah-curah turun tak bermata, sejuk membeku terasa ke pipi hingga senyum tak timbul dah lesung pipit dan kabus tebal bagai gula-gula kapas yang terbang bebas tak di jilat.
Puncak Botak sebelum nak sampai puncak
Pukul 2.30 petang baru aku turun, selepas ramai orang dah mula turun. Dari kumpulan MACH, hanya aku dengan Susila yang sampai dulu dan bila kami turun dalam 20 minit ke bawah, aku jumpa Shah yang baru nak naik dan mengatakan yang Mel dengan Along tak jauh di belakang. Rupanya Mel yang tercedera kaki membuatkan perjalanannya menjadi (sangat) perlahan, tetapi tetap gigih juga nak sampai ke puncak walaupun 'cut off' masa dah habis. Maka kami berdua pun naiklah semula. Bersambunglah lagi sejam aku duduk melepak dekat puncak. Masa turun aku jadi sweeper Mel yang jadi laju pula bila turun. Siap boleh potong separuh line up kat depan. Yang tak boleh di lupakan bila nak sampai semula ke sungai, rata-rata kami menggunakan cara menggelongsor turun kerana tanah dah jadi licin dan hampir sifar tapak kasut nak cengkam tanah. Ini disebabkan oleh hujan lebat yang turun dan kerana dah ramai lalu jalan yang sama berulang kali. Bila di sungai, aku mandi sambil bersihkan selut yang mengotori pakaian.
Kami tiba di parkir kereta pada pukul enam lebih. Aku menantikan si Shah dan Along yang sebenar tak jauh di belakang. Aku dah mula runsing bila jam dah menunjukkan pukul tujuh malam dan tinggal Along dengan seorang lagi lelaki yang masih belum keluar. Aku bukan runsing pasal ada orang cedera ke apa sangat, tapi sebab aku nak kena masuk kerja pukul sembilan malam nanti dan rasanya aku tak sempat dah. Disebabkan keadaan yang memaksa, aku menumpang dua orang rakan pendaki untuk pulang yang nak pulang lebih awal dan perjalanan tidak seperti di harapkan kerana pemandu terbabit membawa kereta sangat perlahan (untuk had laju lebuhraya), sangat berhebat (kategori pemandu berlesen P) dan berhati-hati (untuk pemilik unit kenderaan baru).
Aku terpaksa buat panggilan kecemasan, bukan untuk memonteng kerja tapi untuk memberitahu yang aku akan masuk kerja agak lewat sedikit iaitu hampir pukul sebelah malam. Panggilan di terima. Walaubagaimanapun aku tetap berterima kasih sebab bagi tumpang sampai dengan selamat.
Kisah Along lambat keluar pula bukanlah kerana Along tersesat atau tercedera, tetapi disebabkan beliau menemani seorang pendaki lelaki yang dah la tercedera lepas tu nak jadikan cerita lebih dramatik, lampu kepala pula tak berfungsi. Nasiblah, nak kena berjalan waktu malam pula. Sejam lepas aku bergerak baru mereka sampai semula ke parkir kereta dan sampai ke Kuala Lumpur semula setengah jam lebih awal dari aku yang masuk semula ke tempat kerja, bahkan mereka siap singgah hantar Along balik ke rumahnya di Tanjung Malim lagi.
Pengajarannya, aku lepas tu dah tak mahu tumpang naik kereta dengan orang lain melainkan kereta sendiri dan jika aku tahu orang tu boleh bawa laju, aku sanggup tumpang.
Sekian.

Last pergi.. New year 2011.bermalam disana.. Malam mmg sejuk.. Memula hujan sambil tu masak dinner.. Dlm pukul 10 benti..pasang unggun api.. Masak kopi ngan teh.. Kami pergi x ramai 8 org je.. Semua dok depan api kena roti penumbuk ngan kopi o.. Tapi mmg trek mencabar.. Dlu xde beirt.. Cuma aku tertarik ngan balak melintang tu.. Lama juga dia x reput2. Dari 2009 tu rasanya.. Tah2 lama lagi.. Sebab 2011 masih ada.. Hang pi 2015 pun ada lagi.. Haha mmg menggamit
BalasPadamHang camping kt kem botak ke kat waterpoint?..mampuih keraih la duk kat kem botak..haha
Padam