Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

KRONOLOGI 200 PUNCAK (Misi 200 puncak)

Imej
KRONOLOG 200 PUNCAK  (udpate as  18.12. 2022)                   ( 73) 16.01: Bukit Mok Cun/Kodiang, KEDAH)

Top 14 Most Hardcore Mountain to do Dayhike or Compress (Personal View) in Malaysia

Imej
TOP 14 (personal opinion & experience) Gunung bertaraf Maha Susah Gunung Yang Boleh buat Compress/Dayhike Hiking Kat Malaysia          Ni aku senaraikan 14 gunung yang boleh dibuat compress/dayhike/training/challenge/riak/menunjuk timing/kena kecam kat Malaysia.          Ini adalah pandangan peribadi dan agak subjektif berdasarkan pengalaman sendiri. Ada banyak lagi yang aku tak pergi, tapi ini adalah senarai yng pernah aku buat:- 14: TRANS NANING via Datuk 14.1 Kesusahan: 6.1/10 14.2 Kejauhan: 18km 14.3 Ketinggian: 1800m 14.4 Kejalanan: Parking- Puncak Gunung Datuk-Simpang Y- (ke kiri) Puncak Gagak-Simpang Y-(ke kanan)-Puncak Rembau-Puncak 701-Kem Ultra (WP)-Puncak 705-Puncak Gunung Tampin Utara-Puncak Gunung Tampin Selatan-Bukit Tampin (Menara). 14.5 Kos: TBD 14.6 Kelajuan: 5.45 Hrs 14.7 Kuantiti : 2× (Solo x1) 14.8 Kisahnya: http://amirmuslimteamseladang.blogspot.com/2019/04/trans-naning-solo-2.html?m=1 13: GUNUNG RAJAH VIA KKB 13.1 Kes

Bukit Bauk, Dungun (Puncak ke 115)

Imej
BUKIT BAUK SOLO, DUNGUN, TERENGGANU Alhamdulillah..puncak ke-115 Bukit Bauk Solo, Dungun 472 meter         Agak mengambil masa untuk merancang misi kali ini kerana seribu satu komitmen yang bukan senang nak dielakkan dan pelbagai faktor persekitaran perlu diambil kira. Hanya sekadar mahu mengambil sedikit kesempatan masa di dalam kesempitan ruang yang sebenarnya kalau di persiakan amat merugikan diri. Segala percaturan sudah diambil kira dan misi yang bakal dimulakan sepertinya dirahmati dengan turunnya hujan sebaik sahaja aku memarkir motokar di tepi jalan bersama-sama dengan begitu banyak kereta lain disitu. Pada jam 9.45 pagi, Berbekalkan hanya dengan sekaki payung yang menjadi peneman diri, aku ingin memastikan pendakian kali ini berakhir hingga ke puncaknya walaupun aku sebenarnya tidak punyai apa-apa pengetahuan sedikit pun mengenai trek atau denainya dan bagaimana jalan mahu ke puncak melainkan hanya mengikut jalan yang berturap dengan tar menuju hingga ke atas buki

Trans Bukit Maras Solo, Terengganu

Imej
                Trans Bukit Maras Solo (Denai A-B) 23.10.2019         Dalam tahun 2018 ni, satu persatu puncak baru aku redah dan dapat tawan. Ada dalam masa seminggu sampai enam ke tujuh puncak baru aku dapat. Kali ni, aku dah set nak tawan puncak dekat dengan kampung aku, dalam Mukim Batu Rakit iaitu Bukit Maras sebagai puncak ke seratus aku. Kebetulan pula, seminggu sebelum tu adalah pihak tertentu menghubungi aku nak menyatakan hasrat nak ikut sertai memeriahkan dan menjayakan misi aku ni.         Dipendekkan cerita, hari kejadian pada 18 November 2018, maka menjadi sejarah dalam hidup aku. Seramai hampir tiga puluh orang pendaki yang terlibat sama termasuk beberapa pelajar universiti berdekatan (secara langsung mengaku ponteng kelas pada hari berkenaan), ahli majlis mesyuarat tingkap Bukit Maras termasuk ranjer Bukit Maras dan pendaki yang rata-rata aku tak kenali. Rasa takjub jugak sebab penganjur dapat menarik ramai pendaki walhal aku dah maklum yang tarikh mendaki akan

Gunung Lari Tembakau, Genting Highlands

Imej
GUNUNG LARI TEMBAKAU, GENTING HIGHLANDS BENTONG, PAHANG 1639 metre/5377 ft Antara gunung yang paling mudah nak di daki selepas Gunung Bunting di Tanah Tinggi Cameron. Ianya terletak di atas Tanah Tinggi Genting dan lokasinya bersebelahan dengan sebuah stesen minyak. Awal pendakian anda akan melalui jalan raya yang berturap dahulu dan perlu juga berhati-hati jika bernasib baik, anda boleh naik tanpa pengawasan pihak tertentu kerana kawasan tersebut umpama ada taman larangan hendaknya. Tidak sampai sepuluh minit anda akan seharusnya telah sampai ke puncak tanpa perlu menghabiskan tenaga dan mengeluarkan peluh. Akan tetapi, pada saat ini kami mengambil tempoh masa yany lebih lama untuk sampai bukan kerana terlalu asyik melayan keindahan pokok moss atau lumut yang rasanya biasa ditemui di hutan hujan tropika yang berkedudukan lebih 1500 meter dari paras laut mempesonakan mata yang memandang atau kehijauan pokok-pokok yang tumbuh atau kabus-kabus tebal yang lalu hingga menyapu

Gunung Chabang, Simpang Pulai, Perak

Imej
Gunung Chabang (1711 meter) Simpang Pulai, Perak 10.10.2015        (Dari kiri: Mel, Aku, Shah, Along dan Susila)          Dua misi gunung yang sama tapi berbeza waktu. Keduanya tetap ekspedisi berdayhike (depek) dan memberikan antara pengalaman terburuk pernah aku alami sepanjang menceburi aktiviti rekreasi ini. Tahun 2015 adalah tahun permulaan aku bergiat aktif semula dalam bidang pergunungan ini. Gunung Chabang menjadi Gunung kedua aku selepas Gunung Datuk di Negeri Sembilan dan puncak ke lima secara keseluruhannya. Misi pertama ini menjadi trip paling ramai pernah aku terlibat dengan seramai 44 orang peserta sebelum di pecah rekod dua minggu selepas itu semasa aku pergi ke Gunung Bunga Buah yang melibatkan 47 orang peserta (Disitulah wujud kumpulan Line-up 47 yang masih bertahan sehingga ke hari ini). Yang istimewanya, penganjur program mewajibkan semua peserta memakai baju warna merah.         Pendakian bila melibatkan ramai orang ni macam biasalah akan bermula lambat seba

Cikgu Gunung: Tips dan Rahsia Nak Join Trip Compress atay Dayhike; redah satu pilihan

Imej
Top 10 Gunung Paling Hardcore kalau nak buat compress atau dayhike :  https://amirmuslimteamseladang.blogspot.com/2020/02/top-10-gunung-bertaraf-maha.html?m=1 Sisi Pandang Compress: https://amirmuslimteamseladang.blogspot.com/2022/07/kisah-mistik-915.html?m=1 Sepanjang pengalaman bagi Tusyen Hutan dengan sharing session pasal trip compress/dayhike (aku rasa bidang ni jer aku reti nak bebel) setakat ni, aku terima banyak soalan-soalan yang sebenarnya susah aku nak jawab. Aku hanya berkongsi daripada pengalaman yang di perolehi selama ini, dari mata hati ni dan ada yang betul dan mungkin ada yang tak boleh terima, abaikan. Jikalau anda rasa boleh aplikasikan dalam misi anda, laksanakan. Jangan lupa klik and subscribe. Antaranya:  1) Q: Rahsia macam mana nak padu?       A: Disiplin...rajin berlatih & KONSISTEN yang penting!!!. Setkan wishlist sendiri. Yang penting training jangan nak menunjuk kat orang. Secret training pm tepi.  2) Q: Kenapa suka buat trip compress ni?