TRANS SLIM DAYHIKE SUB 11H 2.0 (Chondong Geliting-Tumang Batak-Liang)
TRANS SLIM Dayhike 2.0
(Gunung Chondong Gelinting-Tumang Batak-Liang)
12 OGOS 2018
( Klik bawah untuk cerita: 15 Cerita Paling Termistik Sepanjang Cikgu Mencompress Gununghttps://amirmuslimteamseladang.blogspot.com/2022/10/15-cerita-mistik-semasa-hiking-by-amir.html?m=1 )
PART 1: SESAT
Sebenarnya 3 minggu lebih merancang trip ni bersama @spopoi, secara rahsia. Aku yakin dengan beliau, setakat ini beliau jer yang mampu follow pace aku. Pantang larang aku sebelum trip aku kena hadap (jaga makan, training sikit-sikit tapi jgn push, minum air banyak2, no sugar, less oily food & etc). Kenapa Trans Slims. Sebab aku target nak completekan Triple Sub 10 aku iaitu tiga Trans; Semangkok (9H 57m), TNBYY (10H 57Min) dan Trans Slim atau LTB (Liang-Tumang Batak) yang masih bawah 11jam 44 minit personal best aku. Sebab tahun ini adalah tahun nk renew semua personal best aku, so kena rajin bekerja keras sket. So, trip banyak raciew dari biasa sebab aku nk kekalkn prestasi. Bukan cari populariti. YTTL. Tahun lepas masuk bertiga, si Farid tak boleh join kali ni sebab sibuk kerja atau bercinta skang ni. Tahun yg lalu masuk lepas orang baru jee seminggu menrintis, azab tuhan saja tahu (duri, pacat, sesat, dehydrated, transport). 34 jam dulu first time masuk. Ambil masa 2h1m sebab kena overnight kat WP; sibuk cari Kem Sg Durian sampai keluar tak jumpa jugak. Paling getir bab transport sebab ada satu kereta dan satu motor jer. Kereta Myvi aku, kami letak dekat Empangan Sg Dara (Liang), kemudian naik moto ke Loji Air Sg Gelinting dekat Ulu Slim tu. Lewat masuk, pkul 8.30 pagi baru masuk. Sampai kt sungai, aku dah bilang kat Poi kena lalu sungai, tapi dia konfiden ckp naik trek atas sebelah kiri. Aku pon follow jela. Kaki terasa sakit sikit bila naik pacak. Takpa dalam hati cakap kaki belum panas lagi. Trek pacak, memacak dan terus memacak sehingga kami sampai kat tepi sungai. Marking ada, tapi hilang sebab pokok tumbang. Marking yg sgt lama. 3 jam takde pergerakan dan output, kami decide trn kembali kt simpang y tadi. Yang pasti bila bukak maps, trek tadi ke satu puncak. Mungkin Bukit Hulu Lipis (1292m), kena kaji semula atau mungkin boleh rintis balik. Lepas cross river tu, kami berjalan mgkin 200 ke 300 meter lebih, decide DNF dan balik, esok cuba untuk kali ke 2. Mesti masuk kembali. Tak boleh lipak. Amir tak pernah lipak trip sendiri. Cuti dah dapat cantik ni, misi kena teruskan. Esok kena masuk awal sikit & balik rumah dulu rehat
PART 2: KEM SUNGAI DURIAN
Lepas cross sungai pertama, trek beliau terus takda diskaun, pacak sampai jumpa jalan balak. 7 km lebih nak sampai ke Kem Sungai Durian ni. Aku cam jalannya sebab dulu keluar masa siang jugak, gamble giler time tu nk cari jalan keluar. Tips nak cari ni Kem Sg Durian, kena cari simpang Y dan ambik ke kanan. Disebabkan 'ke Kanan' tu lah, kami asyik berpatah balik. Marking pula mcm chipsmore, kejap ada kejap tak ada. Poi pula jenis ingat ingat lupa trek. Baru jer 3 bulan lepas masuk, takkan tak ingat trek, masuk pun siang apa. Terlajak lagi sehingga kami terus mendaki ikut jalan balak yang penuh dengan duri. Siap boleh main sangkut-sangkut kat telinga lagi. Bila dekat 500 meter seronok berjalan tanpa arah, kami patah turun balik sebab bunyi sungai makin jauh buat kami makin curiga dan bertambah pelik pulak, sepatutnya kena cross Sg Durian nanti. Undur punya undur, jumpa la marking terselit belah kiri sedikit, memang tersembunyi dan menurun ke bawah sampai jumpa Kemsite. Macam mana la kalau kena berjalan malam, memang tak boleh nampak langsung. Menyesal tak bawak Garmin (pinjam je pun). Ingatkan dah ramai masuk ni, trek jadilah clear sket, sama je kondisinya. Pilihan yang tepat masuk ikut Slim dulu dari Liang, sebab kemungkinan risiko nak sesat sangat tinggi dan aku pun banyak kali jugak dah sesat pusing-pusing dalam tu. Kemsite Sungai Durian tak besar mana pun dan bolehla menampung 20 orang aku rasa. Sungai Durian sangat besar, batu-batunya pun amat besar. Aku sempat mengisi sebotol air 500 mls lagi bekalan air tambahan kerana lepas ni tak jumpa dah waterpoint yang selamat. Yang ada pun adalah seketul lopak air di kemsite dekat satu lembah ditengah-tengah di antara Gunung Chondong Geliting-Tumang Batak. Dekat 3 jam jugak la masa nak sampai ke Kemsite ni kami ambik, campur dengan sejam masa yang sesat terbazir begitu saja. Terus time tu aku rasa impian nak buat bawah 12 jam takkan tercapai dan mustahil sekali. Nak ke Tumang Batak dahla sangat jauh dan dari Tumang Batak nak redah trek menaik balik ke Liang pun sangat pacak dan susah lagilah. Dalam hati kata semua salah Poi. Jantan tak guna. Lepas 10 minit rest, kami sambung semula perjalanan
PART 3: CHONDONG GELITING
Aku tak tahu kenapa tak fokus, tak berapa nk tgk trek masa jalan, memang hilang fokus. Macam2 fikir kut (otak pun sibuk fikir caption ape nak tulis, pantun apa nak karang bila kuar nanti). Poi masih duduk didepan, bagi beliau buat kerja sikit. Aku pun malas nk hadap sesarang labah-labah bila kena lalu, jika anda org 1st yg lalu trek tersebut. Bila aku duk belakang, aku memang jadi sejenis slow & mls nk push2. Kadang2 jarak antara aku dgn poi jauh sbb aku duk layan lagu rock kapak aku yg berkumbang bergegar ke seantero alam dari speaker JBL yg dh tercabut penutupnya (jatuh mase balik dri Trans Gandik). Trek memacak, lutut ke dahi pulak tu smpai aku rasa kenape mesti nk hiking. Bila smpai dekat permatang yg lebih gembira trek die (boleh belari-lari itik) perut mula terasa lapar. Breakfast x makan, mane ada kedai bukak pkl 5am. Tips; jgn makan nasi lemak sebelum hiking, kerana pewai itu pasti nanti. Aku berhenti sekejap membuka beg dan keluarkan sedikit asam-asam aneka warna aku, lalu bubuh dlm poket seluar. Sambil jln sambil aku kunyah, senang bukan. Apa yang best pasal gunung ni adalah, angin die, kencang nak mampus. Best giler, peluh semua jadi kering walaupun matahari menaik tegak mencacak atas kepala. Beza dengan gunung lain, mungkin sebab ia sejenis menghadap ke laluan angin kut, sbb tula angin kuat hingga aku takut nk pakai topi karrimor aku, takut terbang nanti aku lak yg bunuh diri. Disebabkn angin jugakla, pokok2 semua menari2 ala keke challenge belaka, risau pokok tumbang jer atas kepala, apa-apa jadi kami berdua je ni. Memamg byk peristiwa pokok2 tumbang on trek aku tgk berlaku sbb byk tmpt kami kena cari jln alternatif lain. Aku rasa trip ni aku banyak main2 sgt sebab aku pn x push sgt & setiap CP ambik berhenti ambik gambar. Mana2 yg ad viewpoint, mossy atau batu2 cantik terus snap pics. Sapa cakap bdk depek xde gambar lawa2. Lebih baik dari kena OT berjam2 mlm lagi xde gambar nk belanja. Bila nk sampai puncak, aku teringat tmpt yg kami salah jalan mlm tu, masing2 bleh tergantung kt Mossy & pokok (nasib dpt panjat patah balik) yg rapuh tu, curam nak mampus gaung tu, org kate kalau jatuh menangis tak berlagula.
PART 4: BATU DINDING
Lepas rest dekat gaung atau tanah runtuh (angin lebat) tu, perjalanan pun diteruskan. Tak jauh dah, kata Poi. Bagi aku tak jauh dia tu dh paham sgt dah cmne dekatnya. Jantan tak guna, seme jantan sama;eh. Kami mula memasuki ruang kawasan trek yang lebih bermossy dan mengamit memori sekali. Bagi aku kawasan mossynya kurang menyerlah sgt, mungkin disebbkan musim kering dan trek pun sangat kering, maka pokok dan lumutnya tak berapa nak berseri dan hijau. Takpa, tujuan aku bukan nak layan view sgt, aku dtg dgn misi penting, misi maha agung, misi 12 jam atau buat personal best lagi. Mana tau rezeki kali nk, dpt pecah rekod 13 jam terbaik setakat ni Trans Slims org buat. Tu org buat geng2 ultra, ko training pon tarak, patah lagi nk pecah rekod org, cermin diri sikit. Naik turun-naik turun tapi tak mendebarkan sgt sebab x banyak puncak tipu. Adalah tempat2 yang cantik boleh bergambar. Langsung aku tak lepaskan peluang yg ada sbb pasni aku tak nk rpt dah. Ketik2 la gambar ambik. Kejap aku ambikkan untuk poi dan sebaliknya siap aku bgi tahu angle mane n kena ambik, dorg ni ambik gmba aku bkn betul sgt, main ambik jer. Kemudian jalan lagi. Time jalan kat area mossy baru aku dengan Poi dapat berbual-bual dan beramas mesra semula. Sebelum ni, semua suara kami simpan, dengar-dengar pun mcm bunyi kentut dalam kain. Mana taknya, bernafas pon mcm seladang, lagi semput nak berborak. Bila tiba kawasan batu dinding atau kena lalu tepi batu sebenarnya (sebelah kiri dan sebelah kanan adalah gaung) kena berhati-hati. Silap step, menangis tak berirama nanti. Paling mengujakan pasal batu ni ia adalah suatu struktur yang mengukuhkan puncak CG ni ataupun puncak sebenarnya diatas sebongkah batu besar yg dilitupi tanah & pokok. Tu yg ak phm la, jgn kecam kalau salah. Paling leceh bila trek kena tutup dgan pokok, rasanya baru tumbang. Kenala cari jln nk lalu. Susah wei bila senjata x bawak, time tu la baru rasa penting gunanya parang ni. Trek batu dinding mula-mula menurun, lepas tu menaik pacak sampaila, sampaila puncak. Nak sampai puncak bukan semudah itu. Kena panjat-panjat jugak akar dengan batang kayu yang tinggi. Silap2 boleh patah kaki.
PART 5: PUNCAK CHONDONG GELITING
Tak jangka dah sampai puncak, punya layan pewai dengan lamanya nak sampai ke puncak. Apa ni trek, langsung xde diskaun. Dalam hati terus nk pencen dah. Buat compress penat kaki,camping sakit badan bawak load, duk rumah bosan, semua serba tak kena. Dah sampai bru lupa perit, azab dan derita. Kalau group ultra hari tu punya log ambik masa 3 jam jugak nak sampai, teng teng teng, kami ya ampun dosa riak, nk bangga sikit jela, dpt la settle dua jam lebih. Yg penting sampai jugak puncak. 2 jam tu pun kaki aku dah rasa semacam dah. Jgn mcm2, trek baru suku ni, jauh lagi nk pergi. Tu aku pun tak nk push sgt, nanti cramps kaki. Sejarah cramps aku bkn sedikit kisahnya dan semua segar terpahat dlm dada dan ingatan. Nasiblah x cramps dikala itu, cuaca memang 100% cerah tapi angin lebat (kencang; video) tula yg jadikannya sejuk. Puncak CG tak mengujakan sgt, mungkin sebab pernah sampai, tapi dulu malam dan siap boleh beradu lagi sejuk2 time tu. Puncaknya tiada beirut (kalau ad pun di Gunung Condong di sebelah baru ada beirut) dan sekeliling semua mossy dan lumut memenyhi pokok2 disitu. Ada 2 signboard yg terletak atas tanah, satu DOM punya dan satu lagi @teamseladang punya. Sapalah punya kerja gatal cabut letak atas tanah. Ingat senang ke org nak buat, pastu ingat senang ke nk bwk dtg sini dan pakukan. Satu lagi yg menariknya kt peak ni ada satu batu sempadan tertulis Perak-Pahang. Aku agak hairan mengapa tak perak-selangor. Padahal Selangor lgi dekat dgn Perak; Tanjung Malim tu kan kt border jer. Take note please jabatan ukur dan meteorologi. Haha. Kat puncak aku makan roti dan minum air redbull sampai abis. Cukupla alas perut. Aku bkn jenis mkn dn minum byk pon. Stok air masih banyak, tak perlu nk risau gelabah lagi. Angin masih bertiup kencang, duduk lama2 semakin sejuk rasanya. 20 minit rehat, kami bergambar sepuas puasnya seolah-olah tak nk dtg lagi. Kat batu sempadan, kt signboard, kat mossy, semua angle ada. Nk post satu dua jer. Yg lebih2 terobek je, bkn org ingt pon ko post gmbe mane2 nanti. Dalam perjalan dari mula smpai puncak ni, baru sedar seekor pacat jer mencemar duli kt kaki aku, tu pun dah kenyang
PART 6:PUNCAK TIPU
Pukul 11.28am cmtu kami gerak menuju ke puncak ke dua pula iaitu Gunung Tumang Batak (TB). Ni kali ke 6 la ak kalau sampai ke peak TB. Perjalanan tak susah sebab banyak menurun jer. Aku pun target 2 jam jer nak ke TB, kalau dpt la. Trek masih byk mossy dan agak lembap sket dekat area situ. 2 3 kali jugak aku jatuh. Orang depan aku tak payah nk cakap la berapa kali die jatuh, aku gelak dlm ati je, tak naik gelak kuat2, nanti kena kt diri seniri. Kasut die dh teruk haus tapak. Kasut aku pulak dah ada 2 tmpt koyak. Satu belah kiri dan satu lgi tmpt simpan tali tu. Semua kena duri, tak termasuk lagi berapa banyak tunggul aku tersepak sbb tak nmpk. Seme gaya ada nak elak duri sbb bila angin lebat bertiup, duri tu pulak jenis berjuntai-juntai dan bila angin dtg die pun menari2 sekali. Ada yg lekat kt baju, abis baju uniqlo aku. Semua jadi berbulu. Aku pun berbulu tgk. Benda cmnila buat aku sedih, kalau gini gaya & hasil dpt bila buat Trans Slim ni. Bukan sikit, byk kali kena. Kasut pulak baru beli bulan March ritu (time beli tkde promotion 😭), sakit ati tgk koyak2 tu. Bayangkn setiap kali jln, setiap kali tula aku tunduk tgk kasut dan merungut. Pasni nk pakai sandal blk . Nyesal pakai utk trip2 hardcore cmni. Nak perform punya pasal. Dulu pakai sandal perform tapi jahanam kaki aku. Disebabkan cuaca yg cerah dan terang benderang, bila kami sampai kt View Point yg membelakangkan puncak CG, kami berhenti bergambor. Rugi tak bergmbo kt situ. Tapi kena hati2, sebab situ kawasannya sgt rapuh. Aku perhatikan mcm akar2 pokok jer jadi platform die. Macam biase, photographer aku tk pandai ambik gmbo aku. Korg tgk hasil 2 gmbar aku dgn dia yg ak lampirkan. Setiap kali dia ambik gmba aku, aku kena check homework die. Tk jadi ambik balik. Tapi yg ni ak x check sbb panas lit lit kt situ. Ckpla bergmbo kenangan. Pasni nk ke Kemsite yg ade waterpoint tu, tmpt tu pernah kami berhenti berehat dulu. Trek menurun jer, boleh la belari-lari sikit. Pastu smpai ke kawasan Pine Tree. Kat situ lawa sbb byk pokok pine dan situ kita akan lalu permatang. Senangla lalu permatang. Pastu turun lgi smpai jumpa batu sempadan & kemudian jumpala.
PART 7: KEMSITE + POKOK NAGA
Akhirnya sampai dah dekat suatu kemsite yang ada waterpoint. Tak tau sejauh mana punca air yg ada kat situ, tapi org kata jauh. Malas nk selidik2 sebab target nk top up air kt waterpoint mase menurun dari Tumang Batak. Ada lopak air kt area batu-batu situ, tapi airnya maha kuning warnanya. Kemsite pula agak luas, lapang dan selesa nk overnight. Dah clear dah berbanding masa mula2 pergi dulu yg penuh dengan pacat-pacat. Pacat skang ni tak berapa pasti aktif lagi tak tamadun mereka kat situ sebab si xde pon bukti-bukti kewujudan spesies berkenaan kt situ. (Seekor jer aku kena stakat ni). Pelik, dulu bukan main byk, pantang berenti skit trs kena serang hendap. Mungkin musim kering2 ni dorg byk berhibernasi kut. Tak byk aktiviti kami buat kt kemsite tersebut selain aku dgn poi hanya duduk berehat sambil melepaskan lelah jer. Aku sekadar mengupdatekan log dan membuat kira-kira berapa lama lagi masa nak sampai ke Gunung Tumang Batak ni. Jauh tak jauh, kami hanya target 2 jam jer. Tapi tak tahulah lepas tak sbb lepas ni pacak jer smpai puncak TB. Tadi dah sedap menurun, pasni hadap pacak die. Kat sini kami memang kena rehat lama sikit sbb lepas ni tkde checkpoint nk rehat. Baru jersambung berjalan dlm 10-15 langkah cmtu aku ternampaklah benda ajaib sket iaitu sebatang pokok (sejenis paku pakis) ditumbuhi mossy/lumut berbentuk mcm sejenis binatang. Rupa mcam naga tapi comel sbb ada bnyk sesungut. Apa lagi, bila benda pelik jumpa mcm ni trs aku ambik gmbar buat kenangan. Dlm kepala trs pikir benda2 misitik. Nasib takde apa2 terjdi masa trip ni. Berduo ni brani sket, feeling xde la takut sgt. Poi masih berada didepan aku dan aku hanya membontotinya. Tak laju tak perlahan. Pace selari dgn jarak tak jauh dn trek makin jelas kelihatan. Ternampak beberapa kertas marking plastik berwarna kuning iaitu marking yg aku buat masa masuk dulu. Berguna jugak time ni. Rasa berjasa. Byk pahala dpt ni Tak byk tpi boleh la cam sbb tu plastik yg ak potong malam2 mase kerja kt hospital. Nk beli mahal, nmpk sket usaha aku. Bab riki2 ak suka la potong2 plastik2 ni. Yg best trek ke TB ni dah clear dh. Kes2 balak tgh jln dh x byk.
PART 8: GUA KOMUNIS
Banyak-banyak trek dalam Trans Slim ni, paling aku tak suka adalah trek dari puncak Chondong Geliting nak ke Puncak Tumang Batak. Mental beb. Mula-mula turun kemudian seronok layan landai pastu die bagi pacak sepacak pacaknya. Pacak die memang slow la masa hike up. Aku pulak jenis nk jaga kaki, baru full recover dari injured ni kena berjaga2 sket. Byk kali gak twist ankle bila salah step dgn landing. Tapi skejap jer sakit pastu elok balik. Aku tk nk kena la kat sini. Yg seronoknya bila nak sampai tu dah start lalu kat bongkah-bongkah batu batuan besar dan ada yang membentuk jadi gua-gua kecil. Yang best gua-gua ni sebab lawa la. Macam buat ala-ala caving sebab kena lalu diantara ruang-ruang batu yg berpisah. Ada yang kena sengetkan badan sebab batu condong dan ruang nya sempit. Ada beberapa kawasan batu yang membentuk gua-gua kecil ni seolah-olah berpenghuni. Maksud aku, mungkin menjadi sejenis habitat binatang (nasib tak jumpa apa) sebab kawasannya bersih dah rata. Aku difahamkan bahawa dulu trek Trans Slim ni menjadi tempat persembunyian komunis dan tidak hairan jika gua-gua kecil tersebut menjadi salah satu tempat perlindungan mereka di hutan. Dulu orang jarang masuk ke Chondong Geliting ni sebab dengar cerita ada periuk api terletak. So sape2 yg nak masuk lebih baik jgn bukak trek sendiri, carilah marking dgn trek sampai jumpa, paham-paham la. Mentang-mentang nak merdeka ni, kena topik juga kalau bercerita pasal ni. Total aku kira ada 4 gua semuanya, tu yang aku lalu la, rasanya ada lagi kut tepi2 trek sbb mcm merata-rata kedudukannya. Ada lagi kut yang terlindung dgn pokok. Mungkin dah banyak yang tertutup, maklumlah memang Trans Slim ni baru jer tahun lepas orang bukak trek. Makin byk lalu dekat gua dengan batu-batu tu, makin dekat dah nak sampai ke puncak Tumang Batak. Trek pun makin lembap dan basah. Makanya lalu dekat byk tanah selut dan lumpur, makanya kotorla kasut aku.
PART 9: GUNUNG TUMANG BATAK
Masa yang di tunggu-tunggu semua (kut), lepas melalui gua-gua kecil tadi akhirnya kami sampai juga di puncak Gunung Tumang Batak. Aku sampai dulu dari Poi, die kena tinggal dekat seminit dengan aku. Die dh penat sgt tu kt, makin lama makin kena tinggal. Total masa 7 jam 22 minit nak sampai ke puncak TB ni dari starting point kami buat. Masih dlm target, cuma kalau tak sesat, mungkin lagi cantek timing tu. Memang getir skali perjalanan kali ni. Pacak non stop, duri x pernah kurang dan trek yg panjang x boleh nak jangka bila boleh habis. Tapi bila dah sampai peak TB ni at least lepas ni aku tau dah mcm mane trek nk ke Liang dan sampai habis. Sbb ni kali ke 6 aku samapai ke TB dlm masa 2 tahun. Total jarak trek setakat ni dah lebih 18km. Jauh dah berjalan. Dah cukup banyak kali dah dtg sini. Tak tahulah apa kepuasannya aku dpt kali ni. M. Bukan ada view pun kt puncak, cuma cantik sbb pokok2 ad mossy sekeliling. Mungkin sbb dtg dari arah berlawanan dan berlainan, rasa lain sikit. Dalam 6x aku smpai ni, in kali ke 2 aku smpai ke puncak di sinari matahari yang cerah dan benderang. Sebelum ni kabus dgn hujan jer memanjang. Duduk 5 minit terus beku anggota badan. Sejuk sampai ke tulang sumsum. Kabus main lalu jer kat muka. Aku pernah sekali overnight dekat puncak TB sblm ni kut. Berlapik dgn plastik jer yg ak selubungkan satu badan. Bayangkan, time tu sejuk namatey, baru lepas hujan dan malam lagi time tu. Tak expect langsung boleh sejuk cmtu. Pikir2 balik cmne la boleh terpikir tido kt atas tu. Sejak dari tu, pi gunung mane2 aku akan stanby bwk extra sweater, windbreaker atau kain pelikat, kemana sekalipun. Stocking pun paling2 kurang bawak 2 helai. Kat puncak nampak sebiji buah epal yg mcm baru dibuang makan. Maknanya, group abang Adi x jauh la. Dimaklumkn beliau dan line up nya masuk malam tadi. Beliau aku jmpa kt CBl tempoh hari dan beliau sedia maklum tahu aku akan masuk ke Trans Slim. Beberapa kerat je pun tau xtvt aku minggu ni sbb atas dasar raciew, agung, sondol, redah, hardcore dan selected aku membuat trip dgn cara aku yg tersendiri. Nak buat timing kena pilih org, bkn hentam kromo atas dasar kwn2 jgk.
LAST WATERPOIN TUMANG BATAK
Aku beritahu poi yang aku nak duduk depan lepas ni sbb ak nk jadi shooter. Aku bilang yg kami mampu buat 3 jam lebih nk habiskan smpai keluar dgn cepat. Dah 8 jam lebih dah ni. Sesuatu yg amat mustahil aku rasakan nk capai target bawah 13 jam. Sebab nk balik ke Gunung Liang tu sgt2 jauh dan kejam lagi trek dia. Mula2 kena menurun habis ke waterpoint, kemudian pacak tak ingat smpai ke peak Liang barat. Tgkla mcm mane nanti. Cuaca pun masih cerah. Harap2 tak hujan la, nmpk dari jauh Gunung Liang cerah. Ni kalau nk hujan pun sila selepas sampai ke Liang dulu. Kalau kat Tumang Batak dah hujan, parah jadinya. Tak tahan betul dengan sejuk dan licin trek dia. Kalau turun ke waterpoint memang easy sbb menurun jer. 20 minit lebih dah setel dah, kalau belari sket. Ada part yg agak licin dan kena berhati2 sikit. Takut jatuh masuk gaung dan tak boleh nk naik balik. Bila sampai kt simpang nk ke waterpoint, kena belok ke kanan, dalam beberapa langkah sampai la ke tempat lapang sedikit dan ada anak sungai. Sebenarnya sampai situ, ramai tak perasan ada waterpoint sbb sungainya sangat kecil (namapun anak sungai), tak bunyi mengalir pun. Semakin menghampiri, baru ada bunyi air mengalir dari celah2 batu. Airnya aku rasa agak slow dan kurang berbanding sblmnya, mungkin musim kering ni faktornya. Apa yang paling suka waterpoint sini adalah airnya. Bagi aku, rasa air dia paling sedap sekali setakat ini; segar, sejuk, jernih, kadang2 ada rasa mcm manis (tak boleh lawan air zam2). Setiap kali dtg mesti aku ak akn bawak balik sebotol tk simpan rumah. Aku cuma isi sebotol sahaja. Masih ada lagi air kopi buatan sendiri dan air 100+ aku. Dua tahun dulu masa aku smpai sini, dekat kawasan lapang situ ad pondok kecil, tapi dah runtuh. Tempat org asli dtg lepak org kata. Jauh benor dtg lepaknya. Waterpoint ni sebenarnya sgt terpencil tmpt die, suasananya sgt tenang, sunyi dan sesuatu sket. Pernah la jugak aku beristinjak dkt sini tapi tak cemar tempat la aku buat kerja. Setiap kali dtg ke sini aku akan berhati-hati agar tak mulut celupar dan buat bising. Ada member aku kena ikut balik kut. Aku? Takde sape nk follow balik.
PART 11: KEM DUIT
Sebelum menyambung perjalanan kembali, aku mengambil 3 4 kali nafas sedalam-dalamnya dan hembus perlahan-lahan, kerana selepas ini treknya semakin menaik dan memenatkan. Kami bakal menuju ke Kem Duit; satu kem yang sangat istimewa buat aku terutamanya, banyak memori tercipta. Cuaca mulai gelap dan awan berarak mendung. Aku yakin yang nantinya akan turun hujan. Sudah biasa terkena mcm ni, mula2 panas lepas itu hujan dan ianya adalah salah satu perkara yg paling aku tidak sukai sekali. 3 kali bukit kecil harus kami lalui sebelum tiba ke kawasan batu besar dan agak berbahaya dimana disitu akan kami mulai memanjat sedaya upayanya nanti. Masih ada 2 tali kecil yg aku pasang dua tahun lalu di antara dua batang pokok. Agak membantu jugak dikala sedang berusaha mengagahi memanjat naik. Nasib baik trek masih kering, kalau trek basah mesti tak naik2 kaki aku ni pijak ni, asyik tergelincir je. Poi yg berada dibelakang aku tak ambil kisah dah, sedangkn aku ni pun tgh struggle naik ni. Aku tau trek ke Kem Duit ni byk proses menaik dri menurun dan akan melalui byk kawasan batu batuan nanti. Disebabkn lebih setahun tak dtg, aku lost skejap dikawasan tersebut, berpusing-pusing jgk mencari, padahal single trek. Tibanya di Kem Duit (kurang 35 minit masa aku diambil) aku terus berselpie, mls nak tunggu poi, mesti gmba aku x lawa die ambik. View mesti not on point langsung. Nama Kem Duit ni tak wujud lg sebelum tahun 2016. Kawasannya agak lapang tpi bersaiz agak kecil terletaknya batu sempadan besar diantara negeri Perak dan Pahang. Aku (beserta Yuyu dan Asol) yg menamakan tmpt ini dgn nama Kem Duit, kerana sepanjang2 dan sejauh2 trek disini tiada kawasan yg sesuai tuk berehat dan memandangkan tempat tersebut blm ada nama, aku bercadang menamakannya dgn nama Kem Duit, bersempena aku terjumpa duit kertas Rm1 didalam beg terbawa bersama. Asalnya ingin menamakan dgn nama Kem Seladang, tetapi unsur nama kumpulan tidak berapa dipersetujui kerana nanti mesti ramai nk namakan group mereka kt kemsite2. Lama kelamaan kem tersebut sudah melekat nama dgn nama Kem Duit. Sekarang siap dh ada signboard lagi.
PART 12: GUNUNG LIANG BARAT
Misi diteruskan semula. Kami akan menuju ke puncak ke tiga dan keempat seterusnya iaitu Gunung Liang Barat dan Gunung Liang Timur. Semakin lama semakim hampir ke penghabisan sudah. Dari Kem Duit, trek semakin menaik dan pacak dari sebelumnya, byk pula adegan 'roller coaster' pasni. Kali ni, aku target 45 minit atau sejam ke puncak. Agak perlahan timing tu sbb aku mengambil kira faktor tahap stamina yg ada tinggal kini, keadaan trek yg semakin sukar, byk memanjat dan byk halangan (pokok tumbang) serta semakin licin dan basah. Jarak aku dgn Poi semakin berjauhan dan interaksi kami hanya berbalas sahut-sahutan sbgai 'walkie talkie' untuk mengagak berapa jauh jarak masing2. Sedang ber'hu' dan 'oi', tiba2 panggilan aku di sahut dari arah depan. Musykil pada mulanya, mgkin angin bawak suara ke depan. Makin laju pulak aku nk gerak, mungkin ada org di dpn. Seperti aku sedia maklum, group Abg Ady ada masuk, dri kesan buah epal yg mcm bru ditinggalknn di puncak Tumang Batak tadi, kami dpt mengagak yg kumpulan mereka tidak berapa jauh kini. Betul, lama kelamaan aku mulai dgr suara-suara org bercakap. Akhirnya, aku terserempak dgn 4 org pendaki (3 lelaki & 1 wanita) sedang mendaki pulang ke Gunung Liang.
Bunyi lagu dri speaker aku menyedarkan mereka, seorang demi seorang mengalih pandangan ke arah aku. Mereka memberi laluan. Itu tanda seorang hikers yg tahu tata tertib mendaki, getus aku dlm hati. Muka mereka penuh tnda tnya & mgkin persoalan di minda, mgkin tertanya2 dari mana dan bila kami naik dan hairan yg kami boleh muncul secara tiba-tiba dari belakang. Padahal mereka masuk lebih awal dan bila masa kena potong. Aku tidak bercadang berhenti sehinggalah aku berjumpa Abang Ady beberapa puluh meter dihadapan bersama 2 org lagi kawannya. Beliau yg sedang asyik menebas kiri kanan aku ditegur belakang. Terkejut bercampur gembira muka belaiu bila dpt berjmpa aku kembali. Pertemuan buat pertama kali di CBL pada 2 minggu sblmnya menjadi titik persahabatan diantara kami, tetapi Poi lagi lebih lama mengenali beliau iaitu sejak 2 tahun lalu bermula di Gunung Rajah.
Part 13: MOSSY
Baru 34 minit masa bergerak dari Kem Duit sehingga bertemu Abang Ady. Punyai masa yg masih byk lagi dan selepas ketibaan Poi, konsep membawang on trek diteruskan lagi. Selepas beberapa lama, aku minta izin mengundurkan diri dn memberitahu akan kembali berjumpa kembali di Beirut Gunung Liang Barat. Beberapa minit kami sampai ke puncak 10 minit 15 minit sebelum pkl 4 petang. Akhirnya dan tidak lama kemudian Abg Ady pula smpai, bersama kesemuanya 6 lagi line upnya ke puncak Liang Barat. Untuk pengetahuan semua, Abang Ady adalah org pertama yg aku maklumkan pasal trip Trans Slim ini dimana aku beritahunya yang aku dgn Poi akan masuk ke sini dan ini adalah satu trip yg tersangat rahsia. Tak ramai tahu. Tetapi beliau sedia maklum yg kami akan masuk pada hari sebelumnya dan kami memberitahu yg kami bru jer masuk lepas pada Subuh sebentar tadi. Kejadian semalam kami beritahu kisahnya kenapa mission aborted (sesat, salah simpang, lost trek, tak jumpa marking..bla..bla). Sekadar berbual-bual kosong sambil berehat, pada masa yg sama aku meneguk air yg masih byk berbaki. Cuaca kembali cerah, mendung tadi dh berlalu pergi rupanya dan aku masih mengharap hujan takkab turun hari ini (kali ni). Keadaan sekitar puncak Liang Barat agak kering dan mudah diduduki berbanding seblmnya lembap dan basah. Kalau basah, punggung duduk atas kaki besi beiruah Keadaan puncaknya agak berbeza dgn puncak Gunung Liang Timur nanti. Disini puncaknya lebih tertutup dgn pokok2 pula dipenuhi dgn hutan mossy yg masih cantik sekitarnya. Tetapi rasanya kecantikkan sudah semakin berkurang. Mungkin eksploitasi dan explorasi manusia yg makin kerap kesini membuatkan suasananya semakin berubah. Mossynya bertambah cantik apabila berjalan menuju ke puncak Liang Timur nanti. Kami tidak mahu ralit bergambar disitu. Masa harus dikejar.
PART 14: GUNUNG LIANG TIMUR
Lagi lima minit sebelum jam menginjak ke pukul 4 petang. Kami tiba di puncak Gunung Liang Timur. Laluan mossy diantara kedua puncak yg sgt cantik permandangan hampir membuat kami alpa seketika dengan bergmbar. Nasib aku masih sedar kerana misi ini belum lagi tercapai. Namun, apa yg aku alami sekarang tidak dpt di gmbarkan oleh kata kata. Suatu permandangan yg sangat cantik dan terbuka seluas 360 darjah dengan permandamgan gunung ganang saujana mata memandang alam buana. Permandangan seperti ini jarang-jarang kali datang dan dpt dilihat. Kebiasaannya apa yg aku dpt hanyalah pemandangan kabus yang dtg hingga menyapu pipi dan muka dan tertutup viewnya sama sekali. Kesejukkannya amat tak terkata hingga terpaksa berteduh di bawah beirut yg sudah separuh roboh kerana 2 kaki belakangnya telah patah. Mungkin kerana kedudukannya di kawasan yg terbuka membuatkan mudah terdedah pada cuaca yang buruk seperti ribut, hujan dan panas terikm Aku tak melepaskan peluang untuk bergambar dari atas beirut tersebut. Bukan selalu sangat nk dpt bergmbr dgn view yg cantik cmni. View di Gunung Liang selalu menjadi tempat kesukaan aku. Nasib tk bawak gopro, kalau x berjam2 la aku kat atas ni. Teruja betul aku tgk view mcm ni. Daripada 7 kali sampai ke Liang ni, ni kali ketiga aku dpt view mcm ni. Berbaloilah dgn azabnya nk ke boleh sampai sini. Cuaca yg panas membahang tidak menghalang aku untuk bergmbr sebanyak boleh. Poi pula sibuk nk bergambar dgn bendera Malaysia dri atas beirut, konon semangat nak sambut merdeka ler tu. Sekeliling beirut kami posing. Semua gambar diambil dalam waktu yg tersangat singkat (masa yg diperuntukkan hanyalah 5 minit untuk beraksi). Kami target untuk keluar ke empangan Sg Dara kurang drpd 3 jam, terud keluar dari Liang. Aku yakin jangka masa 12 jam sudah dlm tangan. Aku yakin mampu buat sbb trek selepas ini banyak menurun dan lebih landai. Tiada lagi pacak atau cerun meninggi akan dilalui. Aku sudah masak dgn trek disini. Sudah byk kali kena bersolo atau berjln seorang diri masa on trek. V1 boleh buat solo, tkkn Liang tak mampu. Yang penting bkn jln waktu mlm. Insya Allah.
PART 15: KEM 7E
Misi aku sekarang nak buat timing bawah 12 jam jer ni. Masa yang ada ni tak byk lagi tinggal Aku kena cuba keluar sebelum pukul 6 petang mcm sekalipun. Memang sangat sukar sekali dan mungkin terlalu mustahil nak buat. Total trek dari puncak Liang hingga keluar Empangan Sungai Dara lebih kurang hampir 10 km jugak nak hadap. Jauh tu. Apepun, mula-mula sekali nak capai target aku nak ke Kem 7E kalau boleh kena buat bawah 45 minit. Tu hanyalah anggaran dan target semata mata. Tak dapat tak apa (padahal nk dptkan jugk. Aku ni jenis tak boleh tak dpt, org ckp by hook by crook kena jgk). Trek nak ke Kem 7E banyak menurun. Tapi kena pakai lutut byk kerana byk part kena turun dn cerun die maha tinggi dan bahaya. Byk tempat nk kena lalu batu dan balak jatuh. Nasib baik trek hampir2 kering sama sekali. Senang aku buat kerja. Mula2 Poi ada di belakang. 5 minit kemudian aku dengan beliau dah jauh terpisah. Aku ber 'Oi' dan ber'Hu' pun tak berbalas. Biarkan. Aku tunggu jela nanti kat Kem 7E. Tengah sedap belari ni mls nak tunggu2 org. Bukan dia tak tau trek. Pandai2 la dia kejar. Poi pun boleh tahan laju. Aku pun dah lame tak layan trip compress cmni. Last pun masa bulan Mei ritu; TNBYY 3.0 (Trans Gunung Tok Nenek-Bubu-Yong Yap). Cuaca pun helok jer ni. Makin panas pula terasa. Handguard yang aku pakai terus aku buka. Tangan dan muka dah start berpeluh menitik-nitik dah sedikit demi sedikit. Aku gunakan buff di tangan untuk kesat peluh. Risau masuk mata. Dah la pakai contact lens. Kalau peluh masuk mata, pedih kena oi. Boleh dapat infection nanti. Terus tak masuk keje lusa ni. Aku hanya mengambil masa kurang seminit ke 30 minit untuk ke Kem 7E. Hanya berhenti untuk minum air dan melepaskan lelah sambil berfikir, aku nak terus shoot sorang sorang atau tunggu Poi. Kalau tunggu lambat pula nanti. Jln sorang2 lagi best layan mental. Baru mistik dan suspens sket. Banyak sket benda nak tulis kalau buat cerita nanti. Aku memanggil Poi, ternyata beliau seakan dekat tetapi walaupun terasa dekat suara membalas, tapi aku rasa beliau masih jauh diatas. Terus aku mengangkat beg dan cabut. Aku ad kurang 2 jam lagi untuk mencatat timing yg dikehendaki.
PART 15: KEM LUBUK HANTU
Kem 7E ni sangat luas & selesa untuk dibuat bermalam tapi suhunya sangat sejuk. Waterpoint yang perlu dituruni, ambil masa seminit dua juga nk smpai. Memang takla aku nk ambik air, sakit nak naik balik. Nanti sampai kt kem Lubuk Hantu la ambik air, tu pun kalau rajin. Masa aku buat keputusan nk bergerak solo ni, aku target nk sampai ke Kem Lubuk Hantu dlm masa sejam. Macam mustahil tapi sbbkn trek memang kering & sedap aku yakin sekali. Trek byk menurun jer, tapi makin lama hutan makin panas aku rasa. Tak boleh jadi mcm ni. Aku memang sejenis × tahan panas nanti bykla kena komplikasinya. Mula2 aku fast walk, pastu bila dh dpt pace, makin laju lak. Kali ni ak nk kasi perform habis dengan kasut yg lumayan, moga2 dpt timing yg paling gempak. Ada satu kwns yg ak selalu rasa seram nak lalu, selalu feeling misteri dgn ad org tgk n ikut.. Sepanjang masa aku belari, sedikit pun aku x berhenti. Terbaik giler performance kali ni. Semua balak yg tumbang senang jer aku lalu, dh byk reput, trek dh byk clear dan tak perlu byk aktiviti menunduk, merangkak dan mengangkang tpi byk aksi melompat dan belari-lari jer. Lutut masih pejal tapi dh byk lompat2 ni terasa hentakan sedikit berbisa rasanya. Aku cuba pendekkan langkah agar tak bgi kesan yg kuat kt lutut dan kaki. Rasa makin penat dan panas, peluh mencurah2 sbbkan lalui kwsn yg panas. Bila smpai kt kawasan tk berteduh lagila aku maki2 dlm hati. Rasa nk bukak baju jer. Memang Gunung Liang adalah sejenis gunung yg berhawa panas, angin pun takda nk bertiup kasi berangin. Bila smpai kt Kem Lubuk Hantu aku nk berendam kt sungai situ. Beratus kali aku tengok jam. Org ckp jgn tgk, nanti mental. Aku nk tgk sbb nk check masa dan nk letak pressure kt diri supaya kekalkn pace dn kelajuan. Bila dh dengar bunyi sungai, aku dh siap2 tanam kt otak yg jarak nak ke sungai tu masih jauh lagi. Mental betul bila dgr bunyi sungai tu. Kejap bunyi, pastu ilang pastu dgr balik, pastu ilang pastu ada balik. Lama2 barulah sampai kt Kem Lubuk Hanti tu. Bila ak sampai dan terus menyeberangi sungai distu, ada org tegur dan panggil nama aku. "Kat sini pn org kenal" getus aku dlm hati.
PART 17: EMPANGAN SUNGAI DARA
Rupanya aku di tegur oleh salah seorang daripada tiga org line up Abang Ady yg tak naik ke peak tadinya. Dorg tgh lepak kt situ, tak naik puncak sbb ad yg injured (baru nk ke Lubuk Hantu kut). Masih smpt aku smpaikan pesan beliau yg suruh mereka jln keluar dulu. Sempat aku suruh dorg ambik gmbar aku kt Signboard. Alhamdulillah, aku berjaya turun dari peak Liang ke Kem Lubuk Hantu ni dlm masa sejam sembilan minit (sahaja!!). Baru 10 jam 50 minit timing. Masih ada harapan lagi nk cipta rekod baru. Eh. Aku terus bergerak sblm mereka bergerak. Peluh yg mencurah dek kepanasan yg nian terasa. Mula2 aku merasa sgt penat nk berlari dan aku hanya berjalan, lama kelamaan aku makin laju (ak lupa ak bkn runner or ultra). Rupanya ada org tgh ikut aku dri belakang. Aku belari dia belari, aku lompat dia lompat. Cis betul, x boleh betul aku ad org cucuk. Bulat nama beliau, dialah yg tegur aku tadi. Tapi aku berterima kasih jugak kat die sbb die jadi 'pacer' aku. Die ikut je step aku. Aku bkn main belari sbb target nk jmpe 1st sungai je ni. Jauh jugak. Mental betul trek nak keluar ni. Total ad 4 anak sungai kena lalu. Setiap kali seberangi sungai aku akan tenguk air. Panas bukan kepalang. Cahaya matahari yg tembus melalui ruang-ruang & celah celah pokok amat menyilaukan dan membuatkan penglihatan aku menjadi kelam dan silau. Byk kali tersepak akar dan tunggul2 kayu. Tengah- tengah sedap berjalan, aku terlanggar tunggul kayu. Pelepap jatuh. Malu jap sbb si Bulat kt belakang mesti sengih tgk ak jatuh mcm kerang busuk. Terus aku cpt2 bgn. Takda masa nak check ad luka2 ke x. Lepas jer 1st sungai, lega tapi sbb kena memanjat balik terus aku jadi slow balik. Nafas dah out. Panas tak terkata. Kaki dah sakit. Dalam kasut dah panas. Terus aku celup kaki masa lintas sungai. Bila kena air, kaki terus rasa kembang dengan air. Rasa sejuk & selesa. Total jarak dalam empat kilometer lebih, tapi rasa amat jauh. Bunyi sungai mengalir dan burung belatuk yang sedang mengorek batang kayu menemani sepanjang perjalanan. Sesekali aku melihat jam. Ada banyak masa lagi. Belum pukul 6 petang lagi. Aku mampu melakukan. Aku pasti dapat masanya.
PART 18: TAMMAT
Selepas melalui anak sungai yang terakhir, akan melalui sebatang balak dimana aku perlu menunduk untuk melaluinya. Ruang yang sempit membuatkan aku perlu mencondongkan sedikit badan dan terpaksa juga merangkak atas tanah untuk melaluinya. Dah tak larat dah ni. Aku tak sabar nk sampai ke pintu empangan Sg Dara. Dah nampak dh Sungai dri tepi2 tu. Tak jauh dah. Jam 5.52 petang, aku akhirnya berjaya smpai ke penamatnya di empangan Sg Dara sambil ditemani dgn Bulat dibelakang. Terus aku meletakkan beg, membuka baju dan kasut serta stocking. Lega rasanya. Kaki kecut sudah kena air. Berjaya juga smpai akhirnya. Berjaya buat bawah 12 jam dengan cacatan masa 11 jam 32 minit. Luar dari jangkaan. Kalau tak sesat mungkin lagi awal, bawah 11 jam kut. Tapi aku tak nak terlalu mendabik dada. Mungkin ada lagi yg bakal mengatasinya. Cuma ini adalah personal best aku. Aku tak berniat nak cabar sesapa pun. Lepas beberapa minit duduk tinggu Poi kt kereta, sambil tunggu Poi smpai, aku migrain dengan sakit kepala yang amat. Rupanya dia pergi berak dekat kem 7E (eleh dah kena tinggal mcm2 alasan). Mulut aku kering, lidah terasa kelat. Ni mesti dehyration ni. Aku kalau kena panas sket memang ak migraine. Terus aku minum air byk dan makan panadol. Siap2 mandi kat sungai trs ak tido dlm kereta. Poi sampai 20 minit kemudian. Jauh jugak kena tinggal. Rupanya dia pergi berak dekat kem 7E (eleh dah kena tinggal mcm2 alasan). Lepas dah lega sket, aku gerak ke Masjid Behrang. Poi naik moto dgn bulat g ambik Moto sana. Selamat segala. Pukul 12 mlm semua pulang ke rumah masing-masing
LOG:
0620H: Mula
0845H: Kem Sungai Durian
1047H: Batu Dinding
1108H: Condong Gelinting
1225H: Kemsite
1342H: Tumang Batak
1419H: LWP
1459H: Kem Duit
1545H: Liang West
1555H: Liang East
1630H: Kem 7E
1710H: Kem Lubuk Hantu
1752H: Parking
Tammat
Wabillahitaufikwalhidayah...
sub12... super...
BalasPadamTq bos..haha..masih boleh diperbaiki
Padamboss, minyak botol merah tu minyak apa? beli dimana?
BalasPadamAda dekat pharmacy aeon jusco setakat ni jumpa..kt pharmacy atau watson ke mmg xde lak
Padamada gpx x. total distance berapa
BalasPadamTak ada pulak..total hmpir 40km jgk...
PadamMemang sempadan Perak-Pahang.. Ada jalan boleh tembus Raub dari Ulu Slim..
BalasPadamYeke..naik masuk semangkok ke cmne?
PadaminsyaAllah bakal kesini bulan 10 kalau xde halangan.
BalasPadamInsya Allah dipermudahkan
PadamSalam,
BalasPadamTahniah,
Ada gpx file untuk laluan Trans slim nih.
Kalau ada boleh email ke kories3535@gmail.com.
Maaf tuan..tak ada lah pulak..
Padam