GUNUNG LIANG -TUMANG BATAK DAYHIKE
Ekspedisi Menawan Gunung Liang - Tumang Batak
(Dayhike)
21.4.2016 Khamis
1.0 BERMULANYA DISINI
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bismillahirahmanirrahim. Karangan kali ini berdasarkan pengalaman kami bertiga (Aku; Amir Muslim, Yuyu Alfonso dan Asol Azuan) dari #teamseladang (harap maaf jika merasakan nama kumpulan kami ini agak poyo) baru baru ini.
Ekspedisi menawan gunung Liang-Tumang Batak telah pun dirancang sebaik sahaja kami pulang dari ekspedisi menawan Gunung Semangkok dua minggu yang lepas (yang mana pengalaman tersebut telah aku karangkan pada entry sebelum ini). Bagi aku yang bekerja secara syif, agak sukar sekali bagi diri ini untuk mengikuti sebarang aktiviti yang hampir keseluruhannya banyak dilakukan pada hujung minggu atau cuti umum kerana cuti kerja ku selalunya bukan pada hujung minggu khususnya. Setelah melakukan perancangan dan perbincangan secara jarak jauh dengan teliti dan rapi(kebanyakannya melalui pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsapp dan laman sosial muka buku), pada 21 April 2016 iaitu jatuh pada hari khamis, kami bertiga mulai bergerak dari tempat berkumpul iaitu di rumah Yuyu Alfonso yang berlokasi di Damansara menuju ke Pekan Tanjung Malim, Perak sebaik sahaja aku pulang dari bekerja syif malam yang tamat pada pukul delapan pagi.
Sebelum memulakan perjalanan, kami memastikan perut terlebih dahulu terisi dengan sarapan pagi iaitu nasi lemak agar dapat menjana tenaga dengan sepenuhnya dan membuat pemeriksaan terakhir senarai barang-barang keperluan yang hendak dibawa ketika mendaki nanti. Perjalanan ke daerah Tanjung Malim berjalan dengan lancar sehinggalah kami telah sesat seketika apabila sistem pengesan kedudukan atau GPS mula gagal mengesan kawasan lokasi iaitu pintu masuk ke kaki Gunung Liang kerana kurang mendapat isyarat jalur lebar. Walau bagaimanapun, kurang daripada 10minit, kami berjaya menemui Kampung Sungai Dara yang mana merupakan jalan masuk ke kawasan empangan Sungai Dara (Nasib baik aku fokus dan tidak tidur di dalam kereta semasa ekspedisi sebelum ini, dapatlah mengecam beberapa tempat yang menjadi titik penanda jalan). Dari pintu masuk, jalan bertar agak mengecewakan kerana hampir rosak sepenuhnya dan terpaksa melalui laluan tanah merah yang kurang rata dan berbatu disebabkan aktiviti keluar masuk kenderaan berat yang digunakan dalam proses pembinaan loji air dikawasan tersebut.
2.0 KEM LUBUK HANTU
Sebelum pendakian dimulakan, kami melakukan sedikit senaman bebas bagi memanaskan dan meregangkan otot otot dan serta badan dan tidak dilupakan juga untuk membaca doa selamat agar perjalanan ini terhindar daripada sebarang malapetaka atau kemalangan dan berjalan dengan lancar samaada ketika pergi mahupun balik nanti. Kami mulakan pendakian dengan memasuki kawasan empangan lebih kurang pada pukul 12 tengahari(sama waktu dengan ekspedisi ke Gunung Semangkok pada tempoh hari). Laluan trek yang agak santai dan rata namum beberapa ketika, trek mula mendaki dan beberapa kali aktiviti menunduk atau memanjat disebabkan laluan terhalang dengan batang balak. Keadaan hutan agak redup dan kami menjangkakan hujan pada sebelah petang akan turun nanti. Kami memastikan langkah pergerakan sedikit pantas bagi mengurangkan masa perjalanan agar lebih singkat supaya kami dapat sampai ke puncak liang sebelum matahari terbenam. Perjalanan kami ini hanya mengambil masa tidak sampai sejam ke Kem Lubuk Hantu dimana merupakan salah satu kawasan tapak perkhemahan kerana sumber air yang banyak boleh didapati daripada sungai yang mengalir dikawasan tersebut
Ketinggian Kem Lubuk Antu adalah lebih kurang 500meter lebih dari paras laut. Kami berehat seketika di Kem Lubuk Antu kerana berdasarkan pengalaman sebelum ini, perjalanan menuju ke checkpoint seterusnya iaitu ke Kem 7E agak panjang dan proses pendakian yang lebih mencanak (lagi mencanak dan pacak daripada Gunung Nuang secara bandingannya) dan lebih mencabar makin terasa. Selepas berhenti sejenak, kami mula bergerak dari Kem Lubuk Hantu. Keadaan trek yang kering membantu melancarkan perjalanan kami.
3.0 KEM 7E
Kami mengambil masa keseluruhanya lebih kurang sejam tiga puluh enam minit untuk sampai ke Kem 7E. Keadaan topografi mula berubah disekitar mengikut aras ketinggian dari paras laut. Beberapa kali laluan kami terhalang oleh batang batang balak besar yang mana membuatkan kami terfikir berapa lamakah pokok-pokok tersebut telah hidup sebelum rebah tumbang menyembah bumi (sila renung sejenak)
Setibanya di kem 7E sekitar jam tiga lebih, kami terlebih dahulu turun ke kawasan waterpoint yang perlu dituruni selama satu ke dua minit sahaja. Kawasan punca air tersebut senang dijumpai lebih lebih lagi hasil inisiatif murni daripada pendaki sebelumnya yang memasang batang paip bagi memudahkan para pendaki lain yang datang berkhemah atau berhenti rehat untuk mengambil air dan minum disitu. Selepas mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan, kami mula melangkah pergi ke puncak. Aku mengingatkan kepada Yuyu dan Asol bahawa perjalanan ke puncak agak mencabar kerana laluan yang lebih sukar, lebih mencanak dan berbatu agar mereka lebih bersedia
4.0 PUNCAK GUNUNG LIANG BERKEMBAR
Aku mensasarkan masa perjalanan yang mampu kami ke lakukan ke Puncak Gunung Liang Dari Kem 7E adalah dibawah masa empat puluh lima minit berdasarkan pengalaman aku yang telah datang ke Gunung Liang sebelum ini. Namun, hujan yang turun dengan agak lebat semasa perjalanan kami, telah menyasarkan target sebenar kami untuk ke puncak gunung. Disamping itu, keadaan trek yang menjadi semakin licin dan basah hujan serta persekitaran yang mulai semakin gelap antara faktor yang diambil kira telah melambatkan perjalanan. Walaubagaimanapun, keselamatan yang harus diutamakan. Kami berjaya sampai di puncak liang timur pada lewat jam lima petang dikala hujan masih renyai-renyai. Kawasan puncak yang terbuka dengan memaparkan permandangan tiga ratus enam puluh darjah amat mengagumkan kami semua walaupun matahari yang mulai tenggelam di sebelah barat tidak kelihatan kerana diselaputi oleh awan-awan tebal komulonimbus. Jika sebelah malam, cahaya lampu daripada pekan Tanjung Malim boleh dilihat terus dari puncak tersebut dan sekiranya pada malam bulan penuh, di saat jam tujuh hingga lewat delapan malam, mega merah di ufuk barat, berserta dengan cahaya bulan purnama disebelah timur dapat menyaksikan satu permandangan yang mana sangat jarang diperolehi dimana-mana puncak gunung. Namun, nasib tidak menyebelahi kami kerana kabus yang naik ke merentasi puncak sesekali menyapu muka dan pipi terasa nyaman seketika telah menutupi permandangan tersebut
Kami menukar baju yang basah kuyup kepada pakaian yang kering dan mula memakai baju sejuk kerana kesejukan mula terasa. Selepas mengalas perut dengan beberapa jenis kudapan dan minuman, kami bersetuju untuk berehat sebentar di bawah beirut yang separa tumbang (Dilarang berteduh dibawah beirut sekiranya ada kilat, kerana dikhuatiri kemungkinan kilat akan menyambar beirut) Kami mulai terlelap seorang demi seorang bagi menjana kembali tenaga dan memanaskan badan secara berhimpit antara satu sama lain (aku mengambil kira faktor yang agak terpaksa.
Kami memulakan perjalanan selepas senja berlalu pergi dan beberapa detik selepas waktu maghrib tiba demi menghormati pertukaran alam yang tidak kelihatan oleh pancaindera serta mengelakkan sebarang malapetaka.
Kami mula bergerak dari puncak Gunung Liang Timur ke puncak kembarnya iaitu Gunung Liang Barat yang hanya mengambil masa kurang dari lima minit sahaja. Keadaan kedua-dua puncak amatlah berbeza dimana puncak Liang Barat dilitupi oleh pokok-pokok berlumut dan tertutup serta redup. Kami tidak mengambil masa lama berada disitu kerana perjalanan seterusnya masih jauh.
5.0 TUMANG BATAK
Setelah dua minggu kami membuat perancangan yang teliti dan beberapa kali rangka pelan perjalanan bertukar strategi supaya ekspedisi ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Ekspedisi seladang tetap diteruskan walaupun Daus telah menarik diri pada saat-saat akhir kerana sebab yang tertentu. Bagi mengelakkan sebarang malapetaka dan bencana yang tidak diingini berlaku, Kami mula bergerak dari puncak Gunung Liang Timur ke puncak kembarnya iaitu Gunung Liang Barat yang mana hanya mengambil masa kurang dari lima minit sahaja selepas waktu maghrib bagi menghormati jadual shif penukaran alam bagi makhluk-makhluk dialam yang tidak nyata. Keadaan kedua-dua puncak amatlah berbeza keadaan persekitaranya dimana puncak Liang Barat dilitupi oleh pokok-pokok berlumut dan tertutup serta redup, manakala puncak Liang Timur merupakan kawasann yang terbuka luas dan berangin. Kami tidak mengambil masa lama berada disitu kerana perjalanan seterusnya masih jauh. Namun, kami bertiga agak buntu seketika kerana mencari jalan masuk ke Gunung Tumang Batak yang sememangnya agak tersembunyi di suatu sudut. Ianya terletak di sebelah kiri setibanya anda ke beirut di puncak Liang Timur. Hari yang semakin gelap tidak menjadi alasan untuk kami berpatah balik. Laluan keluar dari puncak Liang Timur ke Tumang Batak agak membahagiakan kerana menurun dan sesekali mendatar tanpa memerlukan tenaga yang banyak. Walaubagaimanapun, Keadaan trek yang sangat licin agak membantutkan kelancaran perjalanan kami ini. Tambahan lagi, trek yang sangat samar, kecil untuk dilalui dan dilitupi oleh dedaunan mengambarkan bahawa laluan ke Gunung Tumang Batak ini sangat jarang dilalui mahupun digunakan oleh manusia.
6.0 ULAR
Bergerak pada waktu malam menambah lagi kesukaran perjalanan di dalam ekspedisi kali ini ditambah dengan laluan trek yang hampir sukar dikenal pasti dan ada beberapa ketika kami bertiga perlu berhenti seketika untuk memastikan jalan yang dilalui merupakan trek yang betul. Setelah hampir sejam bergerak tanpa henti, seorang demi seorang dari kami mulai dilanda rasa mengantuk yang amat disertai dengan rasa sejuk dan keletihan yang mula dirasai. Sesekali kami saling berganti menguap antara satu sama lain. Perjalanan bertambah hambar apabila tiada seorang dari kami bersuara sepanjang perjalanan, hanya sesekali Yuyu yang berada dihadapan bersuara dalam nada yang agak lesu memberi arahan supaya berhati-hati apabila ada jalan berlubang, pokok berduri, pokok yang perlu dielakkan mahupun tunggul pokok mati yang mana beberapa kali juga aku telah terlanggar tanpa sengaja dan jeritan kesakitan sesekali memecah suasana kesunyian di hutan. Tugas aku yang mana berada pada barisan paling belakang daripada bertiga adalah memasang tanda di jalan, simpang atau kawasan yang mana akan menimbulakan kekeliruan apabila ingin pulang nanti. Walaupun tugas tersebut nampak mudah, banyak kali aku tertinggal kebelakang daripada kumpulan kerana perlu memasang tanda yang betul dan kelihatan dengan jelas untuk kemudian masa pulang terutamanya nanti. Oleh itu, aku kadang-kadang perlu berlari lari anak bagi memastikan dapat kembali mengejar rentak mereka berdua dihadapan. Sebaik tiba dibelakang asol yg memantau barisan dan belakang tiba tiba beliau menjerit kuat mengatakan "Yuyu, ada ular dibelakang kau!" Memecah kesunyian didalam hutan yang disinari oleh bulan purnama 15 Rejab 1437 iaitu jatuh pada hari Khamis malam Jumaat. Ya, memang benar, seekor ular berwarna hijau berkepala sebesar 3 batang jari tangan lelaki dewasa dan dianggarkan sepanjang 2 meter lebih itu sedang bersiap siaga dengan kepalanya ingin mematuk mangsanya. Ular yang kami ketahui dikemudian harinya itu adalah daripada sejenis spesies ular kapak yang berbisa berada ditepi kanan trek diantara Yuyu dan Asol tidak berganjak dari tempat ia berada walaupun telah diacah beberapa kali dengan kayu. Sebarang pergerakan salah seorang dari kami menjadi perhatian oleh ular tersebut dengan keadaannya yang bersiap siaga untuk menyerang pada bila bila masa yang ianya rasa terancam.
Perjalanan kami terhenti lebih kurang 15 minit dan Asol telah bertindak dengan mengunakan kayu mengacah-acah ular tersebut supaya bergerak masuk ke dalam belukar. Perbuatan Asol berjaya mengundang ular tersebut untuk berganjak keluar dari kawasan terbabit, namun kami tidak terus menyambung perjalanan kerana ingin memastikan bahawa ular tersebut dengan yakinnya telah berlalu pergi dari situ. Setelah merasakan tidak diekori oleh ular kapak itu, kami berlalu pergi demi menakluki puncak Gunung Tumang Batak yang masih jauh lagi untuk digapai. Namun, selepas pertembungan yang tidak dirancang tersebut, langkah pergerakan kami dirasakan mulai agak perlahan kerana setiap langkah perlu diawasi dengan lebih teliti agar tidak lagi bertemu dengan haiwan-haiwan liar seperti tadi di habitat mereka ini.
7.0 WATERPOINT ATAU PUNCAK
Dengan berpandukan jam Suunto milik Asol, ini mejadikan perjalanan kami agak lebih terancang dan mudah. Walaupun bagaimanapun, ia hanyalah seketika sahaja apabila Asol mengkhabarkan bahawa jamnya itu mengalami kekurangan bateri pada tahap yang kritikal dan bertambah malangnya lagi beliau lupa untuk membawa kabel untuk mencaj bateri tersebut. Kami meneruskan perjalanan yang berbaki kurang dua kilometer ke kawasan waterpoint yang terakhir walhal ia adalah merupakan satu-satunya sumber air yang dipercayai wujud di kaki Gunung Tumamg Batak. Kami berhenti berehat seketika dikawasan yang berbatu besar dan agak curam untuk berhenti meneguk air. Sebaik melabuhkan punggung, aku mula melelapkan mata dan apabila aku tersedar dari jaga, Yuyu dan Asol turut tertidur sejenak, maka aku pun menyambung kembali tidur walaupun hanyalah tidur tidur ayam.
Kesejukan mula terasa, kami mula mengorak langkah kembali. Trek yang semakin mencuram mula dituruni dan mulai kelihatan tumbuh melata pokok pokok pisang hutan yang mana kami percayai yang kami semakin hampir ke kawasan waterpoint terbabit. Telahan kami adalah tepat, apabila kami telah sampai di suatu kawasan lembah, disitu terdapat dua jalan yang mana sebelah kanan jalannya agak mendatar seolah kesuatu kawasan yang kami yakini akan membawa anda ke tempat punca air terbabit dan di hadapan kami pula adalah jalan yang harus didaki yang kami juga sangat yakin akan membawa kami ke puncak yang dituju, lebih-lebih lagi terdapat beberapa tanda yang ditinggalkan oleh pendaki sebelumnya.
Berpandukan peta yang telah dikaji sebelum ini, sebaik melepasi kawasan punca air, pendakian yang seterusnya akan lebih mencanak dan akan terus membawa kami ke puncak gunung tumang batak. Kami mengambil keputusan untuk tidak membuang masa ke kawasan punca air tersebut kerana tidak begitu pasti berapa jauh untuk ke kawasan terbabit dan kami merasakan bekalan air masih mencukupi untuk kami bertiga gunakan.
8.0 PUNCAK YANG NYATA
Sememangnya trek mendaki ke puncak Tumang Batak sangat mencabar dan berlainan daripada gunung-gunung yang kami telah pergi selama ini. Perubahan topograpi kawasan sekitar mula dapat dikesan. Lumut yang tumbuh dibatu dan pokok pokok lain jelas kelihatan dan suhu makin sejuk dirasakan. Berkali-kali aku memberi kata semangat kepada rakan seperjuangan dengan mengatakan yang kami semakin hampir ke puncak gunung. Namun, ianya sekadar kata kata kosong apabila perjalanan kami seolah-olah tiada penghujungnya.
Setelah beberapa ketika, aku mula merasakan yang kami telah berada dikawasan puncak apabila melalui beberapa simpang yang membawa kami kesatu titik pertemuan sahaja Aku mengingatkan Asol dan Yuyu bahawa puncak Gunung Tumang Batak hanya perlu dicari kawasan puncaknya kerana ianya agak terlindung dari pandangan (berdasarkan pembacaan ringan, mungkin). Telahan aku sememangya tepat sekali, Yuyu yang mendahului langkah kami bertiga selama ini menjerit kegembiraan dengan mengatakan kami telah sampai puncak Gunung Tumang Batak yang mana ditandai oleh beberapa signboard usaha murni oleh pendaki lain pada batang pokok disitu. Aku bersujud tanda syukur kerana berjaya sampai ke puncak akhirnya. Kami kemudiannya berpelukan dan bersalaman kebahagian tanda meraikan kejayaan yang begitu sukar sekali untuk digapai ini. Terasa segala kepenatan dan keletihan hilang dengan begitu sahaja setibanya di puncak. Beg yang digalas kami campak disuatu sudut tanpa dihirau lagi untuk seketika kerana sesi fotografi sudah bermula. Kami bertiga tanpa perlu disuruh dan diajar memulakan aksi bergambar samada solo, berdua atau bertiga bersama memasang signboard sebagai tanda kenangan yang dilekatkan berhampiran dengan beberapa signboard yang sudah wujud disitu.
Sebaik selesai beraksi ala ala model kolam renang, segala dedaunan, ranting dan kayuan kering mula dikumpul untuk menghidupkan api. Terasa kesejukan semilir dari gunung mula mencengkam tulang ditambah dengan suhu di kawasan altitud pada paras ketinggian 2088meter. Kami berjaya menghidupkan api hasil ilham kreatif daripada Asol (sampai sekarang aku pun tidak pernah ingin ambil tahu bagaimana cara beliau menghidupkan api tersebut walaupun pernah berkali-kali diberitahu asol yang tidak kedekut ilmu). Kami mengimbau kembali cerita satu persatu tentang perjalanan dari permulaan sehingga ke puncak dan membanding bezakan antara trek Gunung Liang-Tumang Batak dengan Gunung Semangkok yang telah ditempuhi tempoh hari. Kejayaan ekspedisi secara terus menerus ini kami raikan sesama kami dengan perasaan yang sangat sukar ditafsir oleh kata kata, hanya Tuhan yang tahu apa yang sedang dirasakan oleh kami ketika itu.
9.0 PULANG
Embum yang membasahi kawasan sekitar mulai menyerap masuk kelapisan baju sehingga tidak seorangpun dari kami berasa mahu menanggalkan kasut masing masing. Aku hanya tidur ayam dan aku yakin begitu juga dengan Yuyu dan Asol kerana dapat merasakan berdasarkan pergerakan mereka berubah ubah dari kiri ke kanan dan sebaliknya untuk mencari posisi tidur yang lebih selesa. Aku tersedar selepas beberapa ketika disebabkan oleh kesejukan yang amat melampau. Dikala itu, aku terus bangkit untuk berada berdekatan dengan unggun api namun perasaan ku tersangat hampa kerana api telah pun terpadam termasuk baranya sekali walaupun aku cuba dengan gigih untuk menghidupkannya kembali. Sungguh tidak sampai hati rasanya ingin mengejutkan Asol yang telah lena dalam dengkuran untuk menyalakan api, menandakan beliau kepenatan yang teramat sangat.
Setelah beberapa lama. Kami mulai bangun dari lena dan berkemas untuk berangkat pulang. Perjalanan pulang berjalan dengan lancar dan hari mulai beransur cerah. Barulah kami dapat melihat dengan lebih dekat dan jelas akan trek yang dilalui pada waktu malam tadi, sememangnya laluannya sangat sukar dan bertambah lagi kesukaranya jika ditempuhi pada waktu malam. Beberapa laluan yang sangat mencacak dan diluar jangkaan yang ku rasa secara peribadinya sememangnya memerlukan upaya dan kudrat yang ekstra berserta kekuatan mental yang kuat harus digunakan dalam ekspedisi ini.
10. KEM DUIT
Setibanya di suatu kawasan lapang dimana dapat di duduki seramai
Lebih kurang 10 org dewasa dan terdapat batu sempadan yang agak besar kurang 10 meter dari kawasan tersebut menandakan sempadan antara Negeri Pahang dan Perak amnya. Kami bertiga telah berpakat untuk menamakan tempat tersebut sebagai Kem Duit kerana sepanjang perjalanan ke puncak, tiada kawasan untuk berehat yang dapat diduduki sementara dengan seleaa untuk melepaskan lelah. Berbagai nama telah dicadangkan, akhirnya Kem Duit telah dipilih selepas aku yang sebenarnya hanyalah ingin mencari mencari secebis kertas didalam beg, tetapi aku terjumpa sekeping wang kertas bernilai satu ringgit Malaysia. Oleh itu, Nama Kem Duit dipilih dan telahpun ditulis oleh Yuyu diatas duit dengar marker biru yang sememangnya aku bawa sepanjang masa di dalam beg.
11. SESAT ATAU DISESATKAN
Perjalanan pulang ke puncak Gunung Liang Barat berjalan dengan lancar sehinggalah kami bertiga tersesat di satu kawasan dimana yang kami yakini hanya beberapa meter untuk kembali semula ke beirut itu. Kami telah turun ke satu laluan yang aku amat yakin akan turun ke Sungai Slim di mana ia merupakan satu lagi laluan singkat ke Gunung Tumang Batak. Namun kami berpatah balik kerana amat merasakan trek tersebut salah dan menanggalkan kembali penanda yang telah dipasang terlebih dahulu. Aku mula membaca doa dan berselawat ke atas Nabi agar ditunjukkan ke jalan yang benar. Alhamdulillah, hampir 15 minit berpusing pusing mencari jalan keluar, akhirnya aku ternampak satu jalan keluar di sebelah kanan yang mana sememangnya agak tertutup dari pandangan jika tidak berhati-hati. Mujur penanda kuning yang dipasang pada sebelumnya menjadi penanda arah. Memang benar jangkaan kami, puncak Gunung Liang West hanya beberapa puluh meter dari kawasan kami sesat, kelihatan beirut dari jauh mulai didekati. Sekadar melepaskan lelah, kami tidak melengahkan masa untuk bergerak pulang dan sampai ke parking kereta beberapa jam kemudian.
11. PENUTUP
Alhamdulillah. Syukur kehadrat Ilahi kerana kami berjaya pergi dan balik dengan selamat walau berlaku beberapa perkara yang tidak diingini. Walaubagaimanapun, kami kesemuanya selamat dan tidak mengalami sebarang kecedederaan. Semoga ceritaku ini membantu para pendaki yang ingin mengecapi pengalaman yang sama seperti kami dan diharapkan kalian semoga berjaya.

Ulasan
Catat Ulasan