Bukit Semat (207m), Chenor, Maran, Pahanf

Alhamdulillah.. ini puncak Bukit/Gunung ke-214 dah.


Bukit Semat (207m), Chendor, Maran, Pahang









Bukit Semat ni aku langsung tak tau wujud, padahal selalu jugak balik kampin lalu jalan lama Jerantut-Maran ni. Selepas bergerak keluar dari Bukit Do di Bentong pada hari yang sama, aku pun menuju ke destinasi yang seterusnya Target untuk 2 puncak baru hari ini sudah memadai (Terpaksa cuba hari lain untuk ke Bukit Rambo di Bentong), sebab nak sampai kampung di Ganu sebelum tengah malam.


Ini antara bukit rare dan tak berapa komersial dikalangan pendaki. Terletak di tepi jalan dan laluan yang terletak di kawasan kebun persendirian dan agak terpencil. Boleh parking ditepi bahu jalan yang agak luas dan berhampiran rumah orang tanpa menganggu proses kenderaan keluar masuk. Aku mendaki hanya berpandukan pengalaman dan tanpa sebatang panduan peta atau topo atau apa-apa aplikasi yang sewajarnya. Bila aku nampak marking (tape plastik hitam putih), terus aku yakin dan nampak denai trek. Pendakian bermula pada jam 1715 petang dan proses awal pendakian adalah agak sukar kerana tahap cerun yang agak tinggi dan bila sampai di kawasan agak landai, marking semakin kelihatan. Cuma trek laluan semakin tertutup dan bersemak samun, bagai lama sudah tidak diterjah orang.

Beberapa kawasan view point boleh nampak tasik dan landasan ECRL dari kejauhan Antara tarikan utama adalah pokok kayu yang telah mati berbentuk agak menarik tetapi penuh mistik. Trek ke puncak selepas itu terus menaik dan menaik sehingga mecengkam rasa betis. Sampai di puncak, adalah kawasan lapang yang agak bersih dan terjaga (tengok gambar). Aku hanya berhenti tak sampai dua minit di puncak dan bergambar seadanya kerana rasa macam tak 'best' lama-lama dipuncak. Masa turun pulak? aku boleh terlajak simpang. Dekat 100 meter jugak nak berpatah balik. Aku turun selaju yang boleh, laju selajunya. Aku tak nak keluar masa senja. Pukul 5.42 petang berjaya menamatkan pendakian

P/S: Kalau ada yang nak masuk, eloklah berteman













Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GADIS PURDAH: Trans TNBYY Reverse (alternate ending)

Top 14 Most Hardcore Mountain to do Dayhike or Compress (Personal View) in Malaysia

BUKIT LUBUK BATU (via Denai Hutan), Marang , TERENGGANU