TRANS NANING SOLO 2.0 : POTONG

TRANS NANING SOLO 2.0 : POTONG

(04.09.2025)



Makin lama, makin malas nak menulis, tapi untuk kenangan diri sendiri kena la rajin menaip untuk memori di masa depan. Enam tahun dulu aku singgah solo buat Trans Naning ni. Masa tu agak santai. Start pukul 7 pagi, lepak peak sebab ada member sampai pukul 9, pastu baru buat keputusan nak teruskan pendakian ke Gagak-Rembau dan sampai Tampin. Pukul 1 tengah jugak la keluar. Jadi tak ada la laju masa. Masa tu jugak, aku ad 'krew' nak ambik keluar kat Pencawang TM tu (mana ada lagi grab kat area Tampin, mungkin teksi ada).

Awal bulan ni, aku pulak FOMO tengok orang masuk Trans Naning dan kecoh bulan depan kena pakai permit dan malim gunung (rules is rules). Dipendekkan cerita, berbekalkan stamina yang dah kian reput dan lutut pun makin hilang keanjalan aku pun gagahkan diri. Mental kena kuat, sebab aku dah lama tak main 'long distance'. Kali terakhir aku buat compress tahun lepas bulan Jun, buat Trans Batil-Lawit (sempena nak lengkapkan puncak ke 200 aku), tu pun nak mati rasanya. Non stop kaki cramps.

Kali ni, aku mula lambat sket sebab tak nak bawak headlamp. Ultralight katakan. Barang wajib tapi aku tak bercadang nak keluar malam pun. Pukul 6.55pagi aku mula dari pondok, dari kejauhan dah nampak cahaya-cahaya lampu. Bagi aku tak adalah gelap sangat, nampak je trek, kena biasakan diri hiking malam/gelap sket. Sorang-sorang aku potong, aku target nak potong lebih seratus orang sebelum sampai puncak. Lepas CP1, aku tak rehat, sebab aku nak sambung potong orang. Sampai puncak pun aku tak rehat lama, empat minit hanya untuk betulkan kasut dan mengalas perut dari gastrik dan minum sekadar menghilangkan haus. Aku tak nak orang yang aku potong tadi, potong aku balik.

Diringkaskan karangan, aku sampai puncak Datuk pukul 8 pagi, sampai ke puncak Gunung Rembau pukul 8.36 pagi dan Gunung Gagak jam 9.12 pagi. Lambat sikit tapi aku nak simpan tenaga untuk pecutan terakhir nak keluar Tampin nanti. Lagipun COT aku, pukul 2 petang nak keluar. Masa nak ke Rembau ada dua orang tengah turun dan masa nak ke Gagak, dua orang tu aku potong balik. Memang hari aku potong orang hari ni.

Dari Tampin nak ke Kem 701, aku tak sangka, tak jumpa langsung orang nak potong. Dua kali aku jatuh terduduk atas tanah disebabkan trek licin dan kesan aktiviti pembajakan rakyat marhaen dihari sebelumnya (aku masuk hari Ahad sorang-sorang). Yang lebih aku risau adalah tangan, bukan kaki. Tangan kanan yang tengah uzur disebabkan ligament koyak ni membuatkan aku susah nak berpaut pada pokok sama ada nak berpegang atau nak menahan dari jatuh.

35 minit kemudian aku sampai ke Kem Ultra. Tak sangka ada orang tegur kenal. Bangga jap jumpa follower. Aku tak dapat potong dorang sebab mereka dari Tampin. Macam dekat 30 orang kut. Bermula dari Kem 701 dan menurun ke Kem Ultra dan ke Kem 705, aku tak berhenti jumpa orang tapi hampir 97% datang dari arah bertentangan. Hanya ada tiga orang aku berjaya potong dari arah tepi selekoh tajam nak ke Kem Ultra. Masa aku nak potong tu, pak cik tu tengok aku semacam je, baju macam terpaling malim.

        Lutut dah rasa macam tak sedap dah. Aku pakai knee guard dah sebelah. Baru sedap nak potong orang. Bila dah sampai ke Kem Ultra tu, tak sangka ramai gila orang. Baru berhajat nak berendam kaki. Aku pula introvert dan tak suka jumpa ramai orang, jadi aku ambik masa dekat 10 minit tuk cuci kasut yang dah hilang tapak kena makan dengan selut serta tanah dan segala kekotoran yang terkena hampir separuh seluar.  Aku basahkan badan dan pakaian sebab lepas ni trek akan lebih panas dan humid/lembap. Enam tahun dulu, korang kena redah sungai hanya nak ke seberang. Sekarang dah ada trek, lagi senang. Tak perlu risau pasir-pasir masuk dalam kasut. Tak laju lagi tau taulah.

     Bila nak ke Puncak 705 tu, barulah pendakian sebenar bermula. Trek betul-betul licin dan berair. Disebabkan ratusan pendaki datang dari Tampin terlebih dahulu, maka trek yang dah rosak kian rosak. Yang guna selangkah jadi dua tiga langkah. Kadang-kadang tak terlangkah dan sampai tak bergerak sebab kaki tak boleh nak angkat. Paling kelakar, bila dah cuba angkat, tapi anda akan tergelongsor ke belakang.


Aku bernasib naik jugak sebab ada tongkat kayu, tapi punya risau patah sampai aku tak berani nak guna sangat. Aku potong satu group sebelas orang yang dah terpisah jadi 3 kumpulan kecil. Mula-mula jalanlah sekali sambil borak. Ingatkan boleh la mintak tumpang balik sekali tapi macam jauh pulak aku potong. Walaupun dah enam tahun tak masuk, trek hampir tak berubah mana kecuali ada banyak marking je.

      Hajat aku nak berehat lama kat Puncak 705 tu terbantut bila ada 5 orang pendaki telah sampai dulu. Puncak dahla kecik, pastu macam ada vibes dan perangai buat aku tak berkenan nak duduk lama-lama disitu. Lepas ambik gambar, aku pun turun cepat-cepat nak ke Gunung Tampin Selatan. Perjalananan aku seterusnya hampir tak jumpa orang kecuali macam ada tiga orang tengah naik datang dari arah berlawanan. Memang pergerakkan aku semakin perlahan sebab kaki kiri dan kanan macam ada simpton-simpton nak cramps bila-bila masa. Aku bagi badan hidrate secukupnya dan makan makanan yang boleh bagi banyak dan cepat electrolytes kat muscle. Walaupun perlahan, yang penting aku bergerak. Lagipun trek selebihnya ni tak adalah sekejam sebelum ni. Tadi sampai di Puncak 705 seminit sebelum pukul 12.00 dan sampai ke Puncak Tampin Utara 12.42 tengahari. Lupa nak cerita, aku ada sebut pasal trek makin panas dan humidkan, jadi bila dah meninggi matahari ni, pakaian dah mula kering dan aku pun mula rasa kepanasan. Topi aku sangkut kepala sebab tak tahan panas, rambut tengah panjang. Punya pewai hadap trek pacak menaik, tak sedar topi dah hilang jatuh kat mana. Tak sanggup nak berpatah balik cari sebab tak berbaloi nak naik balik bukit ni. Bila sampai di Tampin Utara, orang tak ada dan bila aku sampai kat Tampin Selatan juga tak ada orang. Memang macam dulu la, hiking tak jumpa orang. Macam tak biasa.

     Aku masih ada kurang sejam lagi untuk COT nak keluar ni. Sepanjang jalan aku bukak lagu je, tak kuat sekadar buat hilang bosan. Tengah berlari turun tiba-tiba ada orang tegur "Amir Muslim". Orang kedua tegur aku. Si Azam tegur. Katanya datang berenam, sorang lipak dan tinggal 5 orang buat Trans Naning Reverse. Tiga orang yang aku jumpa tadi geng dorang la. Geng-geng ultra trail ni, memang padu. Malu pulak tengok kaki yang tengah berknee guard ni. Borak sepatah dua lagi dan aku pesan kalau jumpa Cap aku, warna biru gelap ambik simpan jela. Si Azam cakap, kalau jumpa dia nak tag aku kat 'X'. Sepanjang jalan aku cuba kuatkan semangat untuk tidak mengikut aktiviti Azam nak reverse tu (dia target pukul 8 malam keluar). Nak sampai Tampin pun macam nak mati. Ni nak keluar ni macam mana nak balik. Takkan aku nak menapak jalan kaki balik ke Datuk. Istilah hidup aku adalah work smart don't work hard. Lepas keluar Trail Trans Naning tu pada pukul 1.30 petang tu, aku teruskan berjalan turun dari Gunung Tampin sampai keluar ke pintu gerbang/kaki Gunung Tampin. Untu menjayakan perancangan aku ni, aku kena pastikan kasut dan pakaian aku ni di tahap paling bersih. Bila dah kelihatan agak sempurna dimata (rujuk gambar), aku pun berjalan turun yang mana ada lagi dekat 2 km nak keluar. Sampai di pintu gerbang, aku terus order grab, dan tujuh minit kemudian pesanan aku sampai. Tips order grab; bila sampai kat pintu gerbang je baru order, sebab pemandu e-hailing takkan atau susah nak naik sampai atas sana sebab trek jalan yang sangat meninggi. Dorang lagi sayang kereta dari duit. Sebaik aku masuk kenderaan, pakaian aku adalah hampir kering kecuali saja di bahagian paling hujung seluar sedikit. Pemandu grab aku adalah seorang lelaki berbangsa India dan sangat fasih berbicara di dalam BM. Beliau tak berhenti bercakap dgn ak, ada kedai makan dia bg ak review kedai makan tu. Ada bangunan itu ini, dia cerita itu ini. Aktiviti harian dia dari pagi sampai ke ptg pn dia cerita n katanya aku adalah pelanggan pertama dia hari tu dan paling jauh dia hantar orang sepanjang buat grab adalah ke jeti utk ke Pulau Tioman. Dalam 20 minit tu ak hanya mengangguk dan menjawab ya, yeke, owh, gitu dan sebagainya tanda response walaupun sebenarnya aku penat.

Pkl 3pm ak dh keluar dari Datuk.. Sekian. Semoga ad lg cerita Naning saya

P/S: Aku tunggu berhari-hari jugak si Azam tag namaa aku kat 'X'. Nak tau jugak jumpa ke tak cap aku tu. Lepas tiga ke empat hari barulah dia tag, tap kat  instagram dan endingnya adalah tak jumpa. Sekian.



Log Trans Naning Solo 2.0 (selepas 6 tahun masuk)
Total masa : 6 jam 35 minit

0655H: Mula
0756H: Puncak Datuk
0836H: Gunung Rembau
0912H: G. Gagak
0951H: Puncak 701
1024H: Kem Ultra
1159H Puncak 705
1242H: Puncak G. Tampin Utara
1303H: Puncak G. Tampin Selatan
1330H: Tammat

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GADIS PURDAH: Trans TNBYY Reverse (alternate ending)

Top 14 Most Hardcore Mountain to do Dayhike or Compress (Personal View) in Malaysia

BUKIT LUBUK BATU (via Denai Hutan), Marang , TERENGGANU