Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2022

15 Cerita Pengalaman Terpaling Mistik Sepanjang Cikgu Mencompress Gunung

Imej
15 Cerita Pengalaman Terpaling Mistik Sepanjang Cikgu Mencompress Gunung No. 15 : TRANS JASAR (2019) https://amirmuslimteamseladang.blogspot.com/2022/01/15-cerita-mistik-pengalaman-hiking.html?m=1 No. 14: BUKIT BROGA (2015) https://amirmuslimteamseladang.blogspot.com/2022/02/15-cerita-mistik-pengalaman-hiking.html?m=1 No. 13: GUNUNG NUANG (2016) https://amirmuslimteamseladang.blogspot.com/2022/02/15-cerita-mistik-pengalaman-hiking_17.html?m=1 No.12 : BUKIT MARAS (2020) https://amirmuslimteamseladang.blogspot.com/2022/02/blog-post.html?m=1 No.11: GUNUNG LIANG (2016) https://amirmuslimteamseladang.blogspot.com/2022/03/15-cerita-mistik-pengalaman-gunung.html?m=1 No.10: GUNUNG BINTANG (2018) https://amirmuslimteamseladang.blogspot.com/2022/03/15-cerita-mistik-pengalaman-no-10.html?m=1 No. 9: BUKIT KUTU (2015-2019) https://amirmuslimteamseladang.blogspot.com/2022/04/bukit-kutu-pertama-kali-solo-bukan.html?m=1 No. 8: GUNUNG TEBU (2017) https://amirmuslimteamseladang.blogspot.com/2022/07/kisa

No.2 15 Cerita Mistik Hiking No.2/15V1 Solo

Imej
  15 Cerita Mistik Hiking No.2/15 Trans Titiwangsa V1(2018) Kisah ni tak adelah mistik sangat, tapi bagi aku, kalau dah lebih 7 tahun kau masih teringat-ingat tu, memang masuk senarai la. Nombor dua kut. 2018; aku buat V1 depek/dayhike/compress dengan Yogi, Auz, Yoi dan Zaem. Ni misi yang ke tiga aku buat V1. Macam biasala, target kena gempak. Aku nak break personal rekod iaitu 17 jam lebih (2017). V1 ni merangkumi empat gunung, 3 G7; Yong Belar, Korbu Gayong dan bonus Gunung Junction, tu pun lebih 2 ribu meter tinggi. Bila korang dah sampai Gunung Junction ni, baru separuh perjalanan habis. Ramai akan discontinue kat sini. Di pendekkan cerita, kami berlima bermula pukul empat pagi lebih (4.33am) dan sampai ke puncak Yong Belar pada pukul 7.36am dan puncak G. Junction pada pukul 12 tengahari. Ngam-ngam masa. Masa turun nak ke Kem Cerek, aku pulak terlaju lead budak-budak ni sebab trek memang menurun je. Apa lagi, pantang nampak landai budak-budak trail kata. Seronok layan downhill

Kisah Mistik Top 3 out of 15 (Surau : Gunung Ledang)

Imej
  Kisah Mistik Top 3/15 Gunung Ledang (2017) Surau Agak lama dah cerita ni, aku pun tak tahu boleh ingat semula tak. Ceritanya bukan berlaku dekat atas Gunung Ledang tersebut, tetapi masa di surau persinggahan rehat dan rawat di sebuah kampung dekat dengan Asahan. Kami berlima sampai awal dekat surau konon nak tido dulu sebelum bergerak nak ke Taman Negara pagi nanti. Sementara tu nak tunggu Pak Lan yang datang jauh dari N9 dan seorang diri pulak tu. Kami sampai di surau yang tak berkunci pagarnya tu pada pukul dua pagi lebih. Surau tu memang terletak ditepi jalan tetapi kereta kena parking di tepi jalan raya. Dipendekkan cerita, separuh dah terlantar baring atas lantai nak tidur dan separuh lagi termasuk aku tunggu giliran nak masuk tandas yang terletak di luar surau. Tandas surau yang berfungsi satu je, sementara tunggu giliran aku entah mana datang gilanya pergi tawaf kawasan surau satu pusingan (pukul dua pagi pulak tu). Entah apa aku pikir masa tu. Bila sampai dekat tandas, ter

Sarut dengan Yogi No.1

15 CERITA MISTIK PENGALAMAN HIKING MISTIK: Top 4/15 : TNBBY (2018)

Imej
  15 CERITA MISTIK PENGALAMAN HIKING MISTIK: Top 4/15 : TNBBY (2018) Kisah No.12           Balik kerja syif malam yang terakhir selepas malam yang keempat biasanya aku akan lepak bersama kawan-kawan sekerja dari unit kecemasan (A&E) hingga ke tengahari; Zaki, Ruzaimi, Jevon, Zharif, Bob, Ilham dan beberapa nama yang aku sudah lupa termasuklah Dr. Pratab jika beliau kelapangan menjadi rutin mingguan. Pelbagai topik akan dibicarakan tetapi  hampir semuanya bertumpu mengenai kes-kes trauma yang telah masuk malam tadi hinggalah ada yang berakhir nyawa-nyawa ikan di ICU (unit aku) atau pesakit 'collapse' di wad biasa yang sudah lebih sejam di 'CPR' kan semata-mata nak menunggu ketibaan saudara - mara datang barulah boleh di "pronounce time of death" secara rasminya.         Walaubagaimanapun, hari ini aku terpaksa mengundur diri. Ada misi agung lagi esok hari. Terpaksa pulang awal untuk berehat secukupnya. Tidur pun selama mungkin.  Rasanya macam tak mungkin cu

  15 CERITA MISTIK PENGALAMAN HIKING MISTIK: Top 5/15 : TNBBY (Solo, 2019)

Imej
  15 CERITA MISTIK PENGALAMAN HIKING MISTIK: Top 5/15 : TNBBY (Solo, 2019) Kisah No.11          Pernah tak sedang anda berjalan dalam hutan sorang-sorang ( kalau ladang pokok kelapa sawit atau getah tu di kira ),  lepas tu terdengar suara orang! Padahal anda dah tau memang tak ada orang pun kat situ. Aku pernah merasai beberapa kali. Salah satu pengalaman yang tak boleh dilupai sampai sekarang ni masa buat Trans Tok Nenek - Bubu - Tok Nenek (TNBYY) ikut Pos Rengil solo. Diulang yer;  Solo.        Februari 2019 adalah tarikh terakhir aku masuk TNBYY dan juga kali kelima. Semua dayhike dan compress. Kali ni aku nak cuba menyolo seorang diri.         Proses nak merealisasikan misi ni banyak di bantu oleh Angah dengan Atie.  sebenarnya. Diorang berdua teman dari aku ambik dorang dekat Shah Alam sampai hantar aku masuk ke kampung orang asli Pos Rengil. Lepas hantar aku, mereka tak sabar-sabar nak pergi berjalan-jalan dekat Cameron Highland. Aku pesan kat mereka pukul lima petang aku

GUNUNG TERBAKAR , GUNUNG BEREMBUN & CORAL HILLS

Imej
           Alhamdulillah. Syukur Alhamdulillah.  Puncak ke 143; GUNUNG TERBAKAR (1368m), Habu, Cameron Highlands. BUKIT CORAL        Aku bertolak dari Terengganu hanya selepas Subuh masuk dan tiba di Masjid Lojing dalam pukul sepuluh lebih  menggunakan laluan Kenyir-Kuala Berang-Gua Musang-Lojing buat pertama kalinya dalam hidup. Persinggahan aku ke Masjid Lojing hanyalah sekadar untuk melepaskan rindu. Kali terakhir aku tiba di sini adalah pada Julai 2019. Terlalu banyak memori berada di sini. Antara tempat berkumpul paling terkenal di kalangan pendaki.         Aku berhenti bukan kerana aku penat memandu seroang diri terlalu lama, tapi mata dan hati aku sakit sebenarnya melihat gunung ganang yang dibotakkan si sana sini.  Jika pembangunan terpaksa dipertaruhkan, maka tiada langsung perubahan yang ketara aku lihat di sini termasuklah dengan masalah lalat yang masih banyak di sekitar masjid langsung tidak berkurang jumlahnya. Aku masih mengimpikan untuk merasa mandi air panas di tandas