15 CERITA MISTIK HIKING MISTIK: No.14 #Bukit Broga








 15 CERITA MISTIK PENGALAMAN HIKING MISTIK: Bukan Mencari, Tapi Dah Rezeki, Elok Kongsi (Siri 2/15)

(  )
https://amirmuslimteamseladang.blogspot.com/2022/10/15-cerita-mistik-semasa-hiking-by-amir.html?m=1

Salam pembaca semua. Kali ni aku nak ceritakan pengalaman mistik yang aku alami sendiri sepanjang berhiking ni. Ceritanya taklah ada seram mana pun, secara keseluruhan, tak ada seekor hantu atau penampakkan entiti pun yang aku dapat lihat dengan mata kepala sendiri. Alhamdulillah, hijab masih tertutup. Tapi kewujudan mereka, tak perlulah nak di sangkal sama sekali. Hanya percaya, jangan taksub. Takut syirik. Ayuh Mulakan!!! (Kalau bersambung..mohon tunggu lain episod)...

No. 14: BUKIT BROGA, SEMENYIH (2015)

         Sebut Broga, mesti ramai teringat pasal cerita budak-hilang-dijumpai-viral sebab kena sembunyi dengan bunian.

      Aku pun nak jadi viral jugak sekali (dengan harapan). Kisah aku bermula di zaman Bukit Broga belum menjadi hancur dek revolusi pembotakkan lereng-lereng bukit. Ingatkan permandangan iklan SALEM dulu.

      Aku dengan berani naik jugak pada malam hari, pukul satu pagi pulak tu seorang diri. Ada je dua orang lagi kat parkir masa tu, tapi dorang berdua tunggu yang lain sampai dulu. Disebabkan dah tak sabar nak kejar kawan-kawan yang dah naik sebelum tengah malam lagi, aku pun beranikan diri juga. Bila lagi nak cuba.

        Sebelum sampai ke kaki bukit puncak pertama (Broga ada lima puncak kesemuanya), ada sebiji kerusi untuk rehat yang berlokasikan di bawah sepohon pokok yang paling besar di hadapan batu  yang sangat luar biasa besarnya. Kalau anda sampai di situ, pasti akan melihat dua kali, tak kurang. Dah sampai di situ,  aku memang tak nak berhenti walaupun dah mulai penat mendaki dari tadi. Bercampur dengan rasa takut dengan semacam je rasa berada di situ. Kerusi tak pandang, batu tak tengok, pokok apatah lagi
Aku pandang lurus je ke depan. Merinding pula bulu romanya kalau diingatkan semula.

      Di pendekkan cerita, misi mendaki ni bukan nak tawan ke semua puncak pun. Cuma nak melepak sekejap dan sebelum Subuh aku nak bergerak ke Bukit Kutu pula. Sampai di puncak pertama, kami mengambil kawasan di sebalik sebuah batu yang agak tersembunyi tetapi landai. Suasana agak tenang dan sunyi sebab  hampir tak ada orang langsung. Cuma kami yang berada di atas puncak. Tidak beberapa lama kemudian, sedang kami berbual-bual, tiba-tiba terdengar ada orang gelak di sebalik batu. Kuat tak kuat, semua orang terdiam jugalah sesaat dua. Pada tafsiran kami, mungkin ada pendaki lain yang baru sampai. Mungkin.

      Dalam pukul tiga-empat pagi, gerimis pun mengundang mulai turun tak di sangka-sangka, dalam tak sedar ku kebasahan. Mujurlah dah terbiasa selalu abawak plastik sampah, dapatlah buat baju hujan. Dorang kat tu plastik mayat, sebab aku selalu ambik kat hospital. Nak jimat kos, halal sebab dah mintak dengan Mak Cik Cleaner.

       Sebelum nanti hujan turun dengan lebat, kami yang nak bergerak ke Bukit Kutu pun cepat-cepat bergambar untuk sekian kali. Gambar dalam suasana gelap, hanya bersuluhkan lampu kepala, semua orang peduli nak periksa semula gambar bagaimana ropernya.

        Beberapa hari kemudian, gambar pun dapat. Ok nak sampai bahagian seram dah. Gambar semua biasa-biasa je. Tapi ada satu yang mengejutkan kami iaitu gambar aku dengan seorang kawan pendaki menampakkan sesuatu yang sangat menakutkan barangkali. Katanya dia hanya main-main je bulatkan. Tapi lain pulak hasilnya (penampakkan anak kecil berambut panjang, berbaju putih dengan wajah menakutkan)

      Kalau yang bisa nampak, berbahagialah. Kalau yang tak nampak, jangan mencela, bukan rezeki andalah tu. Aku pun tak beri jaminan. Tapi kawan aku; Shah yang turut berada pada malam tu mengatakan (dia boleh nampak)
    
"Korang ingat tak suara orang gelak malam tu"

Wallahualam

P/S: Shah bilang kat batu besar tu pun ada penunggunya. Aduh.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 14 Most Hardcore Mountain to do Dayhike or Compress (Personal View) in Malaysia

BUKIT LUBUK BATU (via Denai Hutan), Marang , TERENGGANU

BUKIT 300, TELUK BATIK, LUMUT, PERAK