15 CERITA MISTIK HIKING MISTIK: No.15 #Trans Jasar



15 CERITA MISTIK PENGALAMAN HIKING MISTIK: Bukan Mencari, Tapi Dah Rezeki, Elok Kongsi


No. 15. TRANS JASAR-PERDAH-RUIL

       Selepas balik dari Bukit Mok Cun dan menghantar kawan semula ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang, tengah malam itu aku terus membawa diri, berhajat nak naik Cameron Highlands malam tu jugak. Oleh kerana terlampau mengantuk, aku terpaksa berhenti tidur di kawasan tol/keluar Simpang Pulai dan beradu seketika. Jam dikala itu pukul satu pagi lebih dan selepas beberapa jam dengan hanya tidur-tidur ayam, pukul empat pagi lebih aku pun beranikan diri memandu seorang diri naik ke Cameron Highlands. Untuk menghilangkan kebosanan (maklumlah, siaran radio dan tertunda frekuensi), aku mula mengira jumlah kenderaan yang aku jumpa sama ada dari arah bertentangan atau dari arah yang sama (tak sampai sepuluh ketul pun, rata-rata semuanya lori sayur).
    

         Dipendekkan cerita, aku sampai dekat Masjid Lojing pukul enam, subuh dan kemudian aku bergerak ke Oly's Aparment, Tanah Rata untuk mendaki ke Gunung Jasar.

     Dah jumpa jalan dan sampak puncak Jasar, aku rasa macam tak puas. Takkan sekejap je. Sambung pula ke puncak Perdah. Bila sampai puncak Perdah, aku nampak ada 'marking' tanda warna putih (rujuk gambar), dan ikut naluri hati, ikut jela. 'Marking putih' tu bawa aku ke suatu puncak yang aku yakini adalah puncak Gunung Ruil, hanya ada batu besar sebagai tanda (masa tu tak ada lagi signboard puncak. Masa tu jugak, sejak tanah runtuh, dah tak ramai orang naik ke Gunung Ruil ni).

  


      Masa tu baru pukul 10 pagi lebih. Aku rasa masih belum puas. Tak panas. Tak ada cabaran sangat (berlagak). Aku pun buat keputusan gila untik ikut 'marking' putih tu sampai penghabisan yang mana trek hanyalah menurun. Walaupun cara aku ni tak betul, tapi aku rasa bila lagi nak cuba perkara baru. Peluang dah depan mata.

      Trek semakin menurun hingga aku rasa sudah jauh masuk ke tengah-tengah hutan. Tiada suara kenderaan, apatah lagi tanda-tanda kewujudan manusia. Tapi trek tetap jelas dan marking masih belum putus. Aku mula rasa sesuatu.
Sesuatu yang sangat misteri, mistik dan rasa ngeri sedikit. Apatah lagi bila melalui kawasan yang jadi sangat lawa, rasa tenang dan nyaman. Bukan aku nak fikirkan sangat benda-benda mistik sebegini tetapi kawasan tersebut sangat lawa seolah-olah ada orang jaga. Aku sanggup berhenti ambil gambar sebab sangat lawa (ada lagi kawasan yang lagi lawa, tapi tempat tu je aku sanggup berhenti untuk ambil gambar. Ada lumut-lumut tumbuh dekat batang pokok serta anak sungai yang sangat perlahan airnya mengalir dan sangat sejuk bila aku berhenti cuci tangan sekejap. Kusyuk sangat nak ambil gambar sampai telefon aku terjatuh masuk dalam anak sungai. Masa kat kawasan tu, aku mula rasa seperti ada orang tengah memandang dari kejauhan. Aku pun sambung, rasa ada orang ikut aku di belakang. Beberapa kali aku berpaling lihat semula kat belakang. Haruslah tiada, macam yang dalam filem hantu tu. Tetapi, naluri aku kuat mengatakan ada yang mengikut aku walaupun dah tau tak ada orang pun di belakang.

        Sepanjang jalan aku rasa diperhatikan. Sampai suatu masa aku rasa meremang sangat bulu roma dan berbau wangi yang sukar aku jelaskan bagaiman baunya. Wangi yang jenis was-was. Makin kita menafikan, makin kuat menusuk masuk ke dalam hidung .







       Aku ni bukan jenis boleh 'nampak' tapi aku tidak pula menafikan akan kehadiran mereka. Apa yang minda aku bayangkan adalah aku sedang diperhatikan oleh beberapa orang berpakaian serba putih seakan-akan berjubah dan berpenutup kepala bukan serban (atau mungkin ramai) ditepi-tepi trek yang sedang aku lalu. Nasib baik masih disiang hari. Waktu tu masih pukul sebelas pagi lebih macam tu.

       Aku hanya berselawat dan berdoa agar tidak diganggu dan dipermudahkan perjalanan. Aku hanya mengatakan (bukan bercakap dalam hati yer), aku bercakap secara terus; sound direct. Cakap pakai hati tak sampai info nanti. Aku bilang bahawa jangan kacau aku dan aku ni datang dengan niat yang baik. Alhamdulillah, tiada apa-apa perkara.

       Aku rasa tempat tu jer paling seram dan 'keras' aku alami. Tempat-tempat lain rasa macam biasanya jer. Baru aku perasan yang tempat tu sangat sunyi. Takut tu ada jugak tapi kalau dah duduk sorang-sorang dalam hutan tebal macam ni tanggunglah seorang diri. Pandai-pandailah jaga diri sendiri.

         Dalam tengah-tengah aku mencari jalan keluar, aku hanya ikut marking putih dan trek jalan balak yang bersemak sampai ke lutut. Sepanjang trek tu, aku bau orang goreng nangka atau cempedak. Serius, aku tak tipu, walhal tak ada pun pokok-pokok tersebut di laluan aku lalui. Aku enggan mengulas lebih lanjut. Perut pun lapar sangat masa tu.

        Trek pun hanya menurun dan kadang-
kadang je landai. Aku mula bukak telefon yang dah dimatikan bateri demi menjaga hayat bateri. Sedang aku asyik mencari signal (sambil kaki berjalan), aku terus lupa mengikut marking tersebut. Sekelip mata, tanda putih tu terus hilang aku angkat muka tengok-cari-pusing tapi nak berpatah balik tak sanggup sebab dah penat kaki nak mendaki semula. Aku terus berikhtiar jalan je ikut jalan balak ni sampai jumpa biawak besar tengah tidur tengah jalan. Beberapa ratus meter kemudian, aku jumpa kebun sayur (tomato), rumah orang asli (berperang dengan anjing) dan jalan raya dari arah Simpang Pulai atau sebelum 'starting point gunung suku (55km nak ke Oly's Apartment semula).






P/S: Aku tumpang lori sayur yang bawak 40km/hr, lepas tu hujan.. mungkin jadi 30km/hr, jalan kaki dari Brinchang ke Pondok Teksi, Naik Teksi dan sampai ke kereta

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 14 Most Hardcore Mountain to do Dayhike or Compress (Personal View) in Malaysia

BUKIT LUBUK BATU (via Denai Hutan), Marang , TERENGGANU

BUKIT 300, TELUK BATIK, LUMUT, PERAK