Puncak ke 42: Denai Tiga Puteri

 Dari Gunung Ke Gunung







Puncak ke 42: Denai Tiga Puteri.

       Hampir setiap minggu aku menjengah ke puncak berlatarbelakang Lebuhraya Utara Selatan PLUS. Setiap kali pergi, aku pasti dan pasti akan menjumpai denai atau laluan baru sama ada secara tak sengaja, tersesat atau tersalah laluan. Secara bertandanya, ada tujuh laluan; Unity, Serenity, Scout, Temuan, Sahabat, Harmoni & Salleh (ada wakaf nama Salleh sempena nama penaja).

       Ada lagi laluan lain, yang anda akan jumpa di sebuah tasik besar ala-ala buatan  (bukan tasik dekat depan sekolah tu yer) dan hingga boleh tembus ke tepi lebuhraya membawa anak ke RNR Sungai Buloh jua.

       Ada dua jalan masuk utama, tidak; ada empat sebenarnya. Yang paling selalu orang ramai akan pergi iaitu di hadapan sekolah di mana ada sebuah bulatan kecil dan jika terlambat datang, pasti sukar nak mencari parkir kereta nanti. Laluan masuk kedua adalah betul-betul dihadapan pintu pagar sekolah yang akan membawa anda ke Wakaf Salleh dan jika anda terus maju anda akan jumpa anak sungai kecil dekat laluan Serenity yang boleh terus tembus ke laluan Sahabat-Unity (sangat jauh) dan terus ke puncak.

       Laluan utama ketiga adalah bersebelahan dengan Taman Tasik Rimba Riang. Kalau nak kenderaan selamat, boleh simpan kat dalam kawasan tersebut tapi aku lebih suka parkir tepi jalan sahaja. Keluar-keluar, terus masuk kereta. Jalan masuknya terletak di seksyen 10 dan jangan terkejut sebab laluan tersebut bersebelahan dengan Tanah Perkuburan (masih dalam radius, yang jauhnya cuma pagar tanah je luas berhektar-hektar. Dah bertahun aku naik ikut laluan tu sehinggalah suatu hari tu aku di tanya yang aku ni naik ikut belakang kubur ke. Padahal malam tersebut aku baru buat kerja gila naik sorang-sorang malam-malam ikut trek belakang kubur tu. Tengah-tengah malam pulak tu. Pastu sampai puncak tak ada orang. Sapa orang nak naik malam-malam buta.

       Laluan keempat, adalah di belakang pencawang TNB, ada denai laluan basikal, trek merah agak berbatu dan panas.

       Laluan ketiga dan keempat merupakan laluan yang akan bawa anda ke jalan tepi lebuhraya melalui longkang yang kadang-kadang semak separas kepala. Jangan terkejut jika jumpa pokok pisang liar menumbuh. Trek tersebut hampir setiap minggu aku guna sehinggalah ada suatu petang tu (dah pukul 6.15) , seperti biasa berseorangan bawa diri, semakin menghampiri pagar tepi longkang tetiba ada seekor ular berwarna hitam sedang menyelusur laju di celah-celah daun dan aku berhenti terpana terpaku seketika. Takut ular tu datang mengejar kembali. Aku cepat-cepat berlari dan balik nanti, sah aku tak nak ikut trek tu balik. Ikut jalan lain biar jauh sedikit. Hatta, lebih sebulan aku tak datang langsung ke denai tiga puteri sebab lepas tu kecoh ada kes orang jumpa Ular Tedung Selar sedang bersarang.

       Denai tiga puteri ni selalu jadi tempat aku berlatih secara rahsia jika ada trip agung atau tempat aku buat 'recovery training' lepas pulang dari trip compress. Tak adalah mencabar sangat tapi demi nak meretikan teknik " kuasa-nak-mengelak-pijak-akar-akar -yang-menjalar-melingkar-macam-ular" tu aku terpaksa kena aktifkan jurus ampungan badan secara pukal terus.

P/S: Dekat 50 kali sebenarnya aku datang ke Denai Tiga Puteri. Tak kira siang, malam, subuh, pagi, senja, petang; semua aku bedal masuk kalau berkesempatan.


Log Trans Denai 3 Puteri

Denai 3 Puteri 7 Trail
20.6.2018 Rabu
Total Distance: 18.42km

0920H: Mula
0933H: Wakaf Salam (1.15km)
0950H: Lintas 3 Anak Sungai (1.67km)
0958H: Balak Besar (2.63km)
1010H: Puncak Unity (3.14km)
1011H: Denai 3 Puteri Peak (3.22km)
1045H: Beransur
1058H: Lintas 3 Anak Sungai (4.34km)
1100H: Simpang Y Unity (4.46km)
1106H: Kerusi Unity-Simpang (5.0km)
1135H: Air Terjun Serenity Trail (7.0km)
1140H: Wakaf Salleh (8.15km)
1150H: Salleh Trail-Tasik  (8.67km)
1156H: Keluar ke Trail Salleh Balik (9.0km)
1209H: Kerusi Scout Trail-Rehat (10.01km)
1230H: Beransur
1234H: Keluar Seksyen 10 (10.5km)
1238H: Simpang Y Temuan-Sahabat (10.76km)
1249H: Trail Temuan-Kerusi (11.61km)
1252H: Simpang Y Sahabat-Temuan (11.9km)
1254H: Simpang Y Trail Sahabat-Serenity (12.8km)
1322H: Puncak Unity  (13.88km)
1323H: Puncak Denai 3 Puteri-Rehat (14.0km)
1407H: Gerak
1425H: Kerusi Unity-Harmoni Trail (15.28km)
1430H: Simpang Y Unity-Harmoni (15.77km)
1434H: Wakaf Salam (16.11km)
1442H: Jambatan Harmoni (16.7km)
1450H: Jalan Balak (17.5km)
1500H: Tammat (18.42km)

Ulasan

  1. wah...menariknya baca pengalaman hiking you...teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Nurul... teruskan membaca.. dah boleh hiking semula dah.. mana-mana rancak

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 14 Most Hardcore Mountain to do Dayhike or Compress (Personal View) in Malaysia

BUKIT LUBUK BATU (via Denai Hutan), Marang , TERENGGANU

BUKIT 300, TELUK BATIK, LUMUT, PERAK