BUKIT 300, TELUK BATIK, LUMUT, PERAK
Bukit 300 (Solo), Lumut, Perak
Klik bawah untuk cerita: 15 Cerita Paling Termistik Sepanjang Cikgu Mencompress Gunung
06 Julai 2019
Walaupun tiada langsung dalam perancangan nak mendaki mana-mana bukit atau gunung (lagi), aku mula menyelidik secara diam-diam bila mengetahui kewujudan dua bukit tersebut; Bukit 300 dan Bukit Engku Busu di sekitar Pantai Teluk Batik di kawasan Lumut, Perak. Malah kedudukan keduanya pula amat berdekatan dengan tempat rumah homestay yang aku duduk menginap, membuatkan aku makin ingin tahun dan sedikit teruja Dulu dengar pasal nama bukit-bukit ni macam mustahil aku nak datang jauh-jauh semata-mata nak daki bukit di Perak ni. Kalau taraf gunung aku sanggup lagi. Bukan memilih tapi untuk kepuasan. Untung sabut timbul.
Aku mula merancang ingin menaikinya pada selepas petang nanti. Kerja kahwin yang tak berapa dapat sumbangan titik peluh dari aku tu selain hanya untuk pengantin lelaki mendapat khidmat ulung dari aku yang merupakan pertama kalinya menjadi pengapit. Betapa janggal sekali aku nak menjalankan tugas yang telah diamanatkan kepada aku sejak dari awal tahun lagi dengan diri ini tak ada pengalaman langsung. Tambahan lagi, pengantin sudah pun beri amaran awal kepada aku jangan pernah ada niat untuk menarik diri kerana alasan tiada dapat cuti (bermakna aku kena minta cuti awal siap-siap). Alhamdulillah aku berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diberikan walaupun aku tak tahu apa fungsi aku duduk disitu (pelamin). Aku banyak duduk di belakang dewan setelah acara makan beradab selesai berlangsung yang mana bersambung pula dengan aktiviti bergambar antara pengantin dengan tetamu yang hadir. Aku pun sudah tahu nasib aku di mana dan mulai dilanda sindrom kebosanan. Aku pun dah tahu mana nak letak diri ini. Penyakit 'gatal kaki' nak hiking sudah datang melanda. Berjam-jam aku mula membaca blog dan mencari info mengenai dua bukit tersebut di belakang dewan sampai aku berpuas hati. Bila dah yakin dan cukup maklumat, aku mengemukan rancangan kepada Kak Yu. Beliau setuju dan ingin disertai seorang dua lagi yang mana mereka juga sebenarnya ada ura-ura nak naik bukit-bukit tersebut alang-alang dah sampai ke daerah ini. Kami sepakat merancang ingin mendaki selepas waktu Asar.
Aku tidak mahu menyertai sesi fotografi 'outdoor' bersama pengantin kerana sudah pasti aku mesti tiada di dalam gambar raja sehari tersebut. Baik aku bawa diri dulu dari berjemur dibawah sinaran panas matahari. Aku bergerak secara seorang diri setelah Kak Yu dan teman-temannya me'lipak' aku kerana ingin menyertai sesi bergambar tadi. Aku dengan hati yang tabah dan cekalnya terus mara bergerak. Aku tiada masalah nak berkabung, lagi tidak mahu berlengahkan masa meneruskan misi utama untuk menawan sebuah atau dua puncak baru lagi. Yang pasti aku mahu lakukan hari ini juga.
Dengan konsep perjalanan aku yang bertajuk "Journey To The West" ini yang sudah berlangsung masuk hari ke-empat, keretaku ini pula sudah menjadi rumah kedua aku. Segala pakaian dan perkakas hiking sudah aku siap-siagakan dibawa semua bermusafir bersama. Konsep pendakian aku adalah sejenis 'on' bila-bila masa, tak kira dimana walau apa jua keadaannya. Jadi itu tidak menjadi masalah besar.
Aku mula mencari 'starting point' Bukit 300 yang dikatakan terletak kawasan Pantai Teluk Batik dan menjadi tapak perkhemahan Pengakap. Aku bernasib baik kerana 'banner' bertulis Bukit 300 yang tergantung di pintu masuk pada pokok jelas kelihatan disebelah kiri jalan dan terdapat beberapa biji kereta yang terparkir di situ menyakinkan lagi bahawa di situlah kawasan permulaan pendakian. Sebaik aku tiba, beberapa pendaki lain turut tiba untuk mendaki sama. Dengan kadar segera aku menukar pakaian dan hanya memilih untuk menyarungkan sandal sahaja kerana dalam fikiran aku, Bukit 300 pasti mudah dan selepas membaca komen dari beberapa blog yang banyak mengatakan bukit tersebut amat mudah didaki, secara harfiahnyalah.
Tidak sukar mencari trek kerana terdapat banyak 'marking' yang sangat jelas kelihatan sejak dari awal pendakian. Trek pun dari mula sampai akhir terang dan jelas. Bagi aku ini sudah cukup terlalu bagus dan memudahkan. Aku mula mendaki pada pukul 5.30 petang dan target ingin sampai pada pukul 6 petang kerana nak mendaki Bukit Engku Busu pula nanti. Bergerak solo bagi aku mudah kerana tak perlu menunggu siapa dibelakang atau mengejar siapa dihadapan. Kelihatan beberapa pendaki orang mula turun dimana mereka telah naik terlebih awal lagi. Banyak pendaki berbangsa cina yang aku jumpa dan rata-ratanya sudah berstatus warga emas. Anak belia muda banyak aku lihat menaiki motor berpeleseran dijalanan. Kesal.
Permulaan trek sudah perlu mendaki dan menurun sedikit kemudian mendaki, mendatar, mendaki dan aku lupa selebihnya tapi banyak menaik jer lah. Checkpoint terbahagi kepada sembilan bahagian di mana puncak Bukit 300 adalah yang checkpoint yang ke sembilan dan terakhir. Setiap checkpoint mungkin berjarak 300 ke 400 meter atau mungkin lebih dalam anggaran aku. Bagi aku checkpoint ke 5 hingga ke 9 agak mencabar kerana sangat pacak dan banyak mendaki serta dengan trek yang makin licin, kering dan berakar.
Tapak kaki aku makin berpeluh menyebabkan sandal aku mulai basah dan jadi licin, lantas menyukarkan sedikit pergerakan. Timbul rasa menyesal tak pakai stoking dari awal tadi.
Beberapa minit sebelum pukul enam petang aku berjaya tiba di puncak. Beberapa orang pendaki berjaya aku pintas. Ternyata tiada sesiapa berapa di puncak. Terdapat tempat duduk yang selesa dengan adanya pondok, kerusi malas, khemah besar dan kelengkapan yang lain yang telah dibawa naik. Aku menggunakan segala kepakaran aku untuk berfotografi seorang diri. Perkara biasa bila selalu hiking secara solo.
Beberapa minit sebelum pukul enam petang aku berjaya tiba di puncak. Beberapa orang pendaki berjaya aku pintas. Ternyata tiada sesiapa berapa di puncak. Terdapat tempat duduk yang selesa dengan adanya pondok, kerusi malas, khemah besar dan kelengkapan yang lain yang telah dibawa naik. Aku menggunakan segala kepakaran aku untuk berfotografi seorang diri. Perkara biasa bila selalu hiking secara solo.
Dalam pada keadaan yang masih belum percaya sudah sampai juga di puncak Bukit yang tak pernah terlintas dalam fikiran boleh sampai, aku tidak mahu terlalu leka berada di puncak dan ingin segera turun untuk menuju ke Bukit Engku Busu pula. Kalau boleh aku nak sampai sana sebelum hari mulai gelap. Perjalanan menurun tidak semudah yng disangka. Bahagian lutut sebelah kiri terasa sakit dan aku tidak dapat turun dengan lebih cepat yang aku ingini. Kesakitan yang semakin lama semakin ngilu terasa membuatkan langkah aku makin perlahan. Baru nak acah-acah Killian Jornet. Namun aku berjaya sampai di parking dengan selamat, sebelum pukul 6.30 petang seperti yang dirancang. Tanpa menunggu peluh kering, aku bergegas beredar dan menuju ke destinasi seterusnya untuk mencari 'starting point' Bukit Engku Busu. Kalau jumpa.
Bersambung...Bukit Engku Busu
Seronoknya hiking! Teringin juga nak ke sini. 2-3 tahun lepas ada kawan share dia hiking di sini tapi tak berkesempatan lagi nak datang nampaknya.
BalasPadamDatanglah
PadamMne tau jmpe jodoh dgn Navy..haha
lain macam setiap checkpoint sampai 400 meter...hmmm
BalasPadamBiasala...dah pewai...100m jadi 1000 meter
Padam