YB3B Gunung Three Boundaries (YBC) (Compress Tak Rancang Tapi Menjadi)

DARI GUNUNG KE GUNUNG
MULA
Pelan asal sebenarnya nak buat V1 dayhike tetapi, penganjur sebenarnya menipu kata permit dapat. Akhir kata, buat permit nak naik ke YB3B. Dalam kepala aku satu je, aku tak sanggup nak lalu Kem Gurkha. Orang kata kem paling berpuaka di Malaysia ni.
Hari kejadian, kami naik lambat, pertama disebabkan menunggu orang dan kedua kenderaan pacuan empat roda lori sayur (Joe Cameron) lambat jugak. Masing-masing panas je. Alih-alih rancangan nak masuk awal dah tak menjadi.
PUNCAK YONG BELAR

Pukul sepuluh lebih kami mula pendakian dengan seramai 18 orang kesemuanya dan semuanya bukanlah pendaki yang baru satu dua gunung pengalaman. Masing-masing sampai puncak sekitar pukul 3-4 petang. Empat orang menarik diri kerana kecederaan dan hal peribadi yang tidak dapat di elakkan seperti nak ambik hati mertua. Empat belas orang sepakat dan mati-mati nak teruskan ekspedisi ke puncak YB3B atau Trans Bulatan Yong Belar ni walaupun tiada seorang pun diantara kami yang pernah sampai. Aku dan Poi menjadi shooter dan hanya akan berhenti jika sesuatu trek ada simpang atau tidak jelas menunggu pasukan dari belakang tiba.
Dipendekkan cerita, empat orang terawal termasuk Pok Jo dan Nomad tiba di Kem Gurkha 15 minit sebelum pukul tujuh dan sementara menunggu yang lain tiba kami mengisi air di anak sungai yang berdekatan. Bila masing-masing dah sampai, masa tu aku dah pesan dah
jaga adab, mulut jangan celupar dan sila ambik air atau kemana secara bertiga. Berdua pun jangan, bahaya aku tak nak cakap. Orang pesan.
PUNCAK KE 38: GUNUNG CHARLIE
Aku sebenarnya sakit mata. Sebab tu tutup sebelah
Platun paling lambat sampai pukul lapan lebih Katanya 'take five' sebab bagi laluan maghrib berlalu. Dekat sejam masing-masing berkumpul dekat-dekat, ada yang tidur ayam dan pukul sembilan malam baru semua nak gerak; nak ke puncak Charlie pulak. Mana pun tak tahu, sebab semua hanya bersuluhkan lampu kepala je. Aku masih di depan dan hanya berpandukan beberapa tips iaitu antaranya hanya ikut batu sempadan dan kata Pok Din; ikut je marking plastik belang merah-putih sebab baru di pasang yang sebenarnya banyak membantu dan memudahkan perjalanan yang tiada siapa pernah lalui.
Akhirnya pukul 10.30 malam kami sampai ke Puncak Charlie. Apa yang aku ingat, treknya hanya 'naik-puncak tipu-turun' berulang-ulang kami hingga beberapa platun terpisah antara satu sama lain.
PUNCAK KE-39: GUNUNG THREE BOUNDARIES/ SEMPADAN TiGA NEGERI

Semasa kami berempat berada di Kem Gurkha, sementara menunggu anggota platun tiba, kami solat jamak terlebih dahulu. Selama berada di situ, tiada perkara-perkara mistik berlaku kepada aku mahupun yang lain. Cuma, selepas kami beredar (semasa perjalanan menuju ke puncak 6040 kemudian waktunya), Nomad yang mengimami solat tadi berkata di semasa kami sembahyang ada benda duduk main alu lintas di semak berdekatan.
Sampai di Puncak Charlie, kami tak rehat lama pun. Tapi, lama tak lama pun , 30-40 minit jugaklah nak tunggu semua sampai dahulu. Nak bergambar lagi "..aku sorang je..jangan ada yang interprem". Sebenarnya aku dah sakit mata sebelah. Sebab tu gambar di puncak tutup matanya, kalau tak merah dikata hantu pulak. Aku tak dapat nak gambarkan macam mana puncak Charlie ni, seingat aku (selepas lima tahun ni), sejuk dan berangin je, ada pokok buluh halus-mulus batangnya. Tak sampai lima minit, badan yang panas terus nak beku. Kalau tak disebabkan kesejukkan, mesti masing-masing nak rehat lama lagi.
Perjalanan tetap diteruskan lagi. Kali ni nak tawan puncak Three Boundaries. Konsep beliau maka tak lengkap misi kalau tak sampai puncak ni. Ada sebuah batu sempadan tiga negeri. Jarang-jarang dapat, biasanya sempadan dua negeri je. Tapi itulah keistimewaannya, dapat berada dekat titik penjuru pertemuan tiga negeri; Kelantan-Pahang-Perak. Walaubagaimanapun, aku dan platun-platun lain macam tak heran sangat. Masing-masing dah letih. Sampai kat batu sempadan pun dah tengah malam. Mata aku dah mengantuk gila dan aku nak cepat-cepat nak sampai, lepastu nak tidur. Sambil tunggu yang lain sampai aku pun tidur dahulu. Hatta, aku pun tak ada gambar untuk dijadikanan kenangan selain gambar aku tidur dorang curi-curi ambik. Bersambung....
PUNCAK KE-40: GUNUNG 6040 (Gambar Pinjam Yogi)
Berehat dekat atas puncak batu sempadan lama tak lama sampai suasana jadi sunyi sekejap. Hampir semua orang tidur kut. Aku bangkit-bangkit pun dah nak gerak. Jam dah nak masuk pukul satu pagi. Kesudahan cerita tak habis lagi. Setakat info yang aku dapat (adalah buat ulang kaji sebelum masuk dan sedikit pembacaan), puncak terakhir adalah puncak 6040. Aku pun tak tahu macam mana bentuk rupa muka bumi. Lupa pulak nak tengok gambar kelmarin.
Selepas masing-masing bersedia nak gerak semula, kami hanya ikut jejak denai yang sudah tersedia. Sebenarnya dari puncak batu sempadan ni, boleh nampak cahaya lampu neon + kalimantan + pendaflour dari Tanah Tinggi Cmeron; mungkin dari kebun sayur, residensi atau toko-toko yang terbina diatas sana. Nampak dekat tapi jauh.
Kali ni, platun kembali berpecah. Aku tidak tahu menjadi berapa bahagian, tetapi platun di hadapan yang diketuai oleh Poi, kemudian, Nomad, Aku dan Hawk terus mengorak langkah, dibelakang pula ada Ayie, Pok Jo, Haizer, Din dan Mat.
Di pendekkan cerita, dekat pukul satu pagi baru kami sampai di puncak 6040. Pakaian dah jadi lembap dan basah sebab terkena embum. Mungkin juga kabus malam yang datang menyapa lalu menjadi titisan air yang terbiar tidak dapat di bendung mengalir jatuh ke daun
daun berlinangan.
Bila tiba di puncak kami seolah-olah tak pasti sama ada sudah sampai ke belum. Cuma ada batu sempadan dan papan tanda "Ini tanah adat apa ... (entah aku dah lupa)".
Aku pun jadi tak berapa teruja sangat. Sekeping gambar pun tak ambik. Aku rasa hampir semua orang tak. Aku dah tarik beg dengan kaki masuk semak. Nak tidur dulu sementara tunggu yang lain sampai. Tak sanggup nak tidur dekat puncak yang terbuka macam tu. Sejuk. Aku pun dah mula mengigil bibir menahan kesejukkan. Tidur siap bersila kaki dengan berselimutkan kain pelikat dan berkelubung dengan plastik sampah.
Sedar tak sedar, bila aku terjaga, jam dah pukul 2.30 pagi. Aku pun mula kejut yang lain dan tanya sama ada semua sudah sampai belum. Bila kiraan di buat, masih ada empat (atau tiga.. dah lupa) orang yang belum sampai ke puncak 6040 ni. Tak sampai 10 minit, akhirnya keempat-empat orang tersebut sudah sampai. Pewai rupanya.
Aku dan yang lain-lain terus menyambung perjalanan meninggalkan mereka yang baru sampai. Bunyi macam kejam kan. Tapi itu persetujuan semua, kalau dibiarkan nanti makin lambat keluar. Lagipun dah nak balik dah ni cuma jauh atau dekat aku tak pasti. Masa turun tu, aku cakap yang kami kena cari batang paip je. Itu adalah tanda jalan untuk keluar. Bila dah jumpa, ikut je paip tu sampai jumpa jalan tar. Begitulah apa yang aku dapat info dari ulangkaji pelajaran.
Arakiannya, tak sampai setengah jam kami turun, akhirnya kami jumpa sebatang paip panjang sebesar peha ular sawa. Ada bahagian pecah sampai air terpancut keluar, kami gilir-gilir menghirup air dan mengisi dalam simpanan. Kali terakhir jumpa air mentah masa di Kem Gurkha sahaja. Cuma kami agak keliru nak ikut paip ke kanan ke atau ke kiri. Aku cuba berjalan ke depan beberapa langkah terlebih dahulu sehinggalah berjumpa tanda yang menyakinkan itu jalan pulang dan segera memaklumkan pada platun-platun yang sudah tiba kesemuanya untuk mengorak langkah yang terakhir menamatkan misi yang secara peribadinya antara yang paling sadis dan pedih untuk diingati.
Lama kelamaan, dari sebatang paip bertambah-tambah menjadi dua dan seterusnya sudah tidak terkira lagi. Kena berhati-hati sebab licin dan kena lalu sungai pula. Tak sampai sejam kemudian, aku ternampak cahaya bersinar terang dari hujung seolah datang dari sebuah terowong. Cahaya harapan.

Gambar ni kat Kem Helipap. Baru turun dari puncak YB
KELUAR
Makin lama kami mendekati, rupanya cahaya lampu kenderaan pulang kami. Aku tak sangka ada kenderaan tunggu kami. Entah pukul berapa lama dia tunggu. Sedar tak sedar semua orang sudah berada di atas kenderaan dan pada jam lima pagi kami semua sudah pun berjaya keluar sampai di kereta. Tapi bila anda berada di kawasan sejuk beku Cameron, pada pukul lima pagi adalah perbuatan gila dan tidak rasional kalau mahu mandi melainkan anda mahu berhadas besar. Pukul 4.30 pagi kami naik powil dan pukul lima pagi kami sampai di parking, masuk kereta, tidur sampai subuh, bangun, aku rasa aku tak mandi sebab terlampau penat dan mengantuk dan balik.
Sekian. Tamat
Nota Kaki: Aku ambik masa lima tahun nak bukak balik cerita ni demi siri
#darigunungkegunung. Pengalaman yang tidak berapa nak ingat. Banyak gambar tak diambil di puncak dan aku masih gagal nak ulang balik misi YB3B ni. Belum ada rezeki.

Ulasan
Catat Ulasan