BUKIT TABUNG (261m), JERANTUT, PAHANG




Bukit Tabung, Kg Koi, Jerantut Pahang.

Puncak ke 208

Datang dari Kuala Lumpu pun jauh, datang dari arah Pantai Timiur lagilah jauh. Jerantut tak adalah asing sangat bagi aku sebab dah banyak kali lalu cuma kawasan Bukit Tabung ni agak jauh ke dalam pendalaman sehingga korang jumpa banyak kampung-kampung orang asli yang sebenarnya dah jauh maju dan pesat membangun

Ini kali kedua percubaan aku nak naik Bukit Tabung. Tahun lepas aku gagal cari starting point. Entah mana silap percaturan. Aku tiba di kawasan kampung pun dah agak lewat. Pukul 6.30 petang ni bukan waktu yang elok dan mesra alam dah nak mendaki. Lagilah datang seorang diri ni aku lagilah tak berani. Solo aku pulak jenis memang tak bawak apa-apa barang, memang free body habis dan hanya bawa payung atau sebatang kayu je.

Kali ni aku dah membuat kajian dan study secukupnya. Bila aku dari Temerloh ke Jerantut tu, hujan turun lebat dan laluan jalan raya antara kampung orang asli ni dah mulai naik air. Tak boleh bawak laju, kan terbabas jauh ke tebing. Jalan pun sangat bersimpang siur. Jalan kampung pun tak ada penyelengaraan sangat. Dipendekkan cerita, aku sampai di kaki bukit sebelum pukul 6 petang seperti yang aku mahu.

Parkir kereta di tepi kawasan rumah yang disimpang naiknya ada papan tanda. Laluan awal hanya lalu kawasan kelapa sawit dan hampir keseluruhan menaik. Aku berjaya sampai puncak tak sampai 15 minit pun. Keseluruhan trek hanya 700 meter sehala. Paling best dapat view Gunung Benum. Bila la aku nak pergi ni, salah satu wishlist aku nak buat depek kalau dapat. Sepanjang jalan aku tak rasa panas sebab ditiup angin kencang. Di puncak 360°, angin lagi kuat. Hujan nak mai dah ni. Aku cepat-cepat turun sebab tak nak kena hujan dan nak keluar dari daerah jerantut ni sebelum malam kalau boleh. Aku rasa ni perjalanan pemanduan kau yang paling santai dan best, drive sambil layan view kampung, felda dan kawasan pendalaman yang agak asing dan kurang dilihat kini. Walaupun aku budak kampung, tapi melihat dari sudut sisi pandang yang lain, dapat aku simpulkan yang kita seharusnya sentiasa kena bersyukur dengan nikmat yang diberi dan dinikmati.


P/S: Nak senang cari starting point, tanya Chat GPT je.














Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GADIS PURDAH: Trans TNBYY Reverse (alternate ending)

Top 14 Most Hardcore Mountain to do Dayhike or Compress (Personal View) in Malaysia

BUKIT PENARIKAN , BAHAU , N9