GUNUNG SARUT ~ solo itu indah
Sarut Solo 2.0 16 JULAI 2022
Fastest timing : 4 jam 28 minit
Total distance : 15km +/-
(Cerita ni picisan je)
Alhamdulillah. Walaupun kondisi badan tak berasa sihat, baru je lepas kemas deman sehari dua, berjangkit dengan anak-anak buah (pantang dorang deman, aku sumbat terus ubat, sampai dorang boleh tiru aku).
Khamis dah mula rutin naik Bukit Maras petang-petang, nak buat Trans tak larat lagi. Kesian juga kat badan. Lagipun cauca mendung-guruh aku tak berani ambik risiko. Esoknya, Jumaat aku naik Maras lagi. Asalnya tak nak buat Trans Maras pun sebab esoknya nak pulun naik Sarut lagi. Tak sanggup seksa badan. Kalau buat Trans, kena lalu 'kawasan itu-kawasan ini'. Pikir punya pikir, buat dua puncak tapi tak naik Bukit Maras. Setel.
Sabtu... aku dah risau. Lutut kanan macam ada sakit sikit. Menaik aku tak risau, tapi kalau nak turun Sarut nanti. Satu malam aku pakai seluar tight untuk recovery. Sempat ke?. Bangun pagi pulak, hujan pulak negeri ni. Harap-harap dekat Sarut pun nanti hujan jugak, baru tak panas.
Pendek cerita, naiklah Sarut pukul 9 pagi. Permit ni nasib Abang Tun tolong, tu pun mengejut. Dari awal bulan enam lagi mintak beliau tolong dapatkan satu. Aku cakap nak menyelit je, tapi gerak solo. Nak tunaikan 'wishlist' katanya. Aku punya tak mengharap sebab Abang Tun cakap sampai bulan sembilan penuh. Tup -tup dapat. Padahal dah bersolo dua minggu lepas. Tapi ni rezeki tak nak la tolak. Sebab 'timing' minggu lepas tak berapa cun. Camtula, selagi tak dapat masa yang memuaskan selagi tu aku akan ulang dan ulang sampai bosan.
Pukul sembilan aku mula mendaki. Tak ramai orang. Ada sebijik bas yang datang dari Johor, Abang Tun yang bawakkan dan dua tiga biji kereta. Dari mula jambatan sampai Air Terjun Bluepool aku naik sorang-sorang. Nak sampai kat sungai tu dramalah pulak nak dahan jatuh tiba-tiba; tak ada angin, tak ada ribut. Minggu yang lepas pokok ni jugak.
Kat Blue pool jumpa tiga orang wanita; tak naik. Dua orang tu rupanya tak pernah mendaki. Rugi jauh-jauh datang. Dari Bluepool aku dah berkira-kira dalam hati (akak tadi cakap geng Abang Tun naik pukul lapan tad), kalau ikut pace aku ni mungkin boleh jumpa paling cepat pun kat Kem Bonsai.
Itupun kalau aku tak pamcit. Dah rasa kaki lain macam. Badan pun berat nak usung ni. Cuma nafas aku masih ok. Macam mana aku nak tahu nafas aku ok ke tak adalah aku tak bernafas pakai mulut. Kalau aku pakai mulut maknanya tanda-tanda nak pewai lah nanti tu.
Masalahnya aku punya 'step' jenis langkah besar. Susah nak buat yang kecik-kecik sebab nanti cepat sakit keting kaki. Banyak kali aku berhenti, tapi berhenti sesaat dua. Sambil layan lagu, aku cuba tak menyanyi sekali sebab nanti aku tak cukup nafas. Nyanyi dalam hati jela.
RnR pertama selepas Air Terjun Bluepool adalah Kem Nokia. Nak cakap jauh, tak jauh tapi sebab mendaki jadi rasa jauh. Masa tengah seronok layan lagu Tracy Chapman, aku dah nampak orang kat depan. Terus kaki jadi laju. Dari tadi aku mencari mana nak pam Adrenaline kat jantung ni. Auto jadi laju tiba-tiba. Ada empat orang tengah berehat. Sorang tu macam batuk-batuk sikit, macam tak sehat. Dalam hati aku 'boleh lagi nak turun ni'. Aku pun potong secara berhemah. Dorang pulak signal; bagi laluan. Masa lalu aku tak kenal siapa nama tapi beliau pakai baju tertulis 'crew' bertanya 'ni Amir ke?' Aku iyakan je. Dorang tanya aku ni runner ke?. Aku cakap "taklah' (maaf).
Aku jumpa lagi dua orang. Dua orang wanita mungkin bertaraf mak cik kepada aku sedang duduk berehat di atas sebatang kayu tumbang melintang atas denai. Tadi empat, tambah dua sama dengan enam. Aku pun sampai ke Kem Nokia, kemudian selfie sikit dengan ambik gambar kulat dengan harapan
aku jadi orang pertama jumpa spesies baru. Jalan depan sikit, jumpa lagi dua orang. Jalan jauh sikit, jumpa enam orang. Kat sini aku jadi perlahan. Tiga orang pertama bagi laluan. Yang tiga orang depan duk dengar aku berborak dengan abang belakang aku. Trek pulak menurun sampai paling belakang tu cakap "Stressla ko jalan dengan kami". Aku gelakkan je sambil bagi harapan palsu yang puncak dekat sejam je lagi. Padahal, tu baru nak sampai Taman Bonsai. Sempat la aku tanya mereka semua datang berape orang. Kata 30 orang tapi 3 orang tak naik (yang aku jumpa kat Air Terjun Bluepool tadi). Tiga, empat, dua, dua tambah enam. Dah 17 0rang. Lagi 13 oranglah aku nak kena potong. Kut dapatlah.
Lepas aku dapat potong enam orang tu, telinga aku asyik duk cari-tangkap suara-suara orang. Risau betul kalau jumpa sebab takut tak boleh nak laju. Jumpa pulak akak-akak jenis kuat bergambar. Aku tak boleh nak potong sebab ruang sempit. Siap ajak masuk lagi sekali. Ni nanti kalau sampai kat Permatang Bonsai mesti setiap pokok nak bergambar. Nanti korang tengoklah gambar aku dalam album gambar " Family Hiking di Gunung Sarut 2022" dalam facebook akak berkenaan.
Nasib lepas tu dorang bagi aku jalan dulu.
Abang yang aku jumpa tengah jalan sorang diri siap berhenti tanya aku yang akak-akak bertiga tu ada tak kat belakang. Aku cakap " ada...tengah bergambar". Geleng kepala dia. Tambah lagi empat orang, dah 21 orang kan. Aku sebenarnya cari-cari mana Abang Tun ni tak jumpa-jumpa lagi.
Hajat nak berhenti minum-makan kat Simpang Y Kem Bonsai. Tapi tak jadi bila tengok baki kumpulan pendaki tersebut sedang enak berehat di situ. Cuaca pulak mendung memang sedap la. Dorang tak tahu, kalau cuaca panas tak ada tempat nak berteduh pun kat situ. Masa aku lalu, mata aku liar cari mana Abang Tun. Sorang duj atas pokok, perempuan pulak tuk. Ada dalam tujuh orang. Tak ada jugak. Mesti beliau pergi ke Kem Bonsai. Aku pun jalan dulu. Tenguk air kat depan sambil makan asam sambil jalan sambil mata tengok trek. Tak tahulah kenapa, risau betul aku. Takut terjumpa ular. Masa datang dengan Yogi (2019) dia cakap aku terpijak ular tengah melintas. Minggu yang lepas tu jumpa jugak, tempat yang sama pulak tu. Ular tu pulak warna hitam besar sebesar jari tengah, ada jalur kuning di setiap sisi sampai ke ekor. Perlahan dia melintas sampai. Aku punya terkedu tengok sampai jari nak tekan rakam video pun lambat jadinya.
Aku tak tahu sama ada aku terlalu penat atau aku terlalu berhati-hati. Akar kayu pun nampak macam ular. Kayu kat tangan siap sedia nak melibas.
Puncak Sarut terlindung dek kabus tebal. Sejuklah kat puncak. Dari Kem Bonsai nak sampai peak dekat sejam jugak. Tengah-tengah jalan baru perasan tapak sandal sebelah kiri dah separuh tercabut. Dah lima tahun dah berjasa. Dua kali naik gunung yang sama terus rosak. Tak apa tunggu sampai puncak kita tukar kasut.
Dalam bersolo ni, ada dua tiga tempat aku rasa seram sejuk sikit nak lalu. Salah satunya dekat kawasan batu besar sebelum nak sampai puncak. Bila sampai kat tu, anda turun ke bawah-belakang batu pusing separuh. Minggu lepas nak sampai puncak meribut kuat hingga pokok bergesek-gesek bunyi. Aku pun mulalah pikir macam-macam. Kali ni, kabus sampai tak nampak jalan ke bawah. Redup-kelam semacam je. Baju dah basah sebab kabus yang tebal tu membawa titisan air. Sesekali aku pandang tepi batu yang ada laluan menaik ke atas. Aku nak jugak naik tengok apa ada kat atas. Tapi setakat tengok sesaat jela, padahal takut sebenarnya. Takut la kalau-kalau ada yang tercegat kat situ. Otak aku ni macam-macam duk bayangkan.
Sampai puncak aku tak buang masa. Tukar sandal ke kasut. Sepuluh minit kemudian aku pun turun. Baru jalan lima minit, jumpa kumpulan kecil pertama sedang asyik bergambar dan seterusnya sampai la di Simpang Y-Bonsai. Orang terakhir aku jumpa beritahu ada dua orang tak naik, tunggu di Simpang tu. Tahukah anda, semua dua puluh lima,orang aku jumpa tu tanya aku "dah turun ke?" dan "berapa jauh lagi puncak". Nak menipu; kesian pulak tengok. Menipu berdosa. Bila aku cakap 30 minit lagi nak sampai (tu pun aku bagi %), sorang akak tu siap cakap "matilah aku lagi setengah jam". Akak ni, dia tak tahu ke setengah jam mendaki ni kadang-kadang baru 100 meter jaraknya.
Masa aku turun aku masa aku dah cantik dah. Konon nak buat sejam suku turun. Konon. Dah jumpa Abang Tun kat Simpang Y, terus aku bukak beg, duduk menyembang lama-lama. Bab kasut pun masuk topik. Lebih setengah jam aku memyembang. Aku pun mintak izin bergerak sebab aku tak nak waktu Zohor on trek. Matahari tengah merembang tak elok pesan orang-orang tua. Sama macam waktu senja-Maghrib tu jugak.
Tapi musibah kalau nak datang, dia datang jugak. Dalam beberapa batang balak lagi nak sampai (aku ukur kedudukan sesuatu checkpoint jauh atau dekat dengan cuba mengingati kedudukan pokok/batu/balak tumbang atau apa-apa landmark yang senang di cam). Tak tahu nak cakap lawak ke atau menakutkan. Tengah aku duk perhati jalan kat depan (sebab lepas balak yang kat depan nanti, baru sampai kat cerun bertali dan pokok tumbang dan baru sampai kat Air Terjun Bluepool. Bunyi deruan air dah makin kuat), tiba-tiba melintas seekor lipan bara warna merah tengah-tengah jalan. Punyalah terkejut beruk. Tak pernah aku tengok warna merah menyala macam ni, biasa warnanya warna hitam. Mesti paling berbisa. Saiz selebar ibu jari. Tak adalah besar sangat tap dia punya nak marah kat aku tu, siap kejar aku. Laju pulak tu. Panik sekejap aku. Baru nak letak beg, nak ambik telefon buat video. Terus tak jadi sebab dia asyik ikut aku. Aku pulak antara dua, nak lari takut tapi mata duk asyik berpusing tengok kat lipan yang laju nak kejar aku. Risau jugak kalau dia ikut sampai bawah. Mujur pakai kasut. Siap dua lapis aku pakai stoking. Alih-alih lipan tu putus asa terus belok masuk semak bawah celah-celah daun. Mungkin takut kut tengok kasut merah aku ni lagi merah dari dia. Betullah apa orang tua-tua cakap. Waktu tengahari ni, waktu matahari merembang banyak cas ion-ion negatif.
Sampai di Bluepool; kosong tak ada orang. Wanita bertiga tadi pun mungkin dah turun balik. Ngam-ngam sampai kat situ, Zohor pun masuk. Aku pun nak berendam sekejap. Boleh sekali perbaharui mandi wajib. Aku pun tak kejar masa dah ni. Lantak la tengah-tengah panas berpeluh ni. Panau pun panaula. Tak sampai seminit aku naik ke darat semula. Macam tak seronok nak duk lama-lama kat sini. Terus teringat kat Tok Janggut yang aku 'nampak' dulu kat hujung balak sana. Takut juga tengah-tengah berendam kena tarik masuk ke dalam air dalam tu. Aku bukan reti berenang. Muda satu hal. KWSP pun tak carum lagi.
Dari Bluepool sampai Jambatan Gantung, tiada orang langsung aku jumpa. Tapi ramai juga datang mandi dekat bawah situ. Alhamdulillah. Selamat. Kaki pun tak kejang sepanjang perjalanan.
Ulasan
Catat Ulasan