BUKIT TOK SALAI, MARANG, TERENGGANU(160 meter)
*google jer cari seperti tajuk di atas
Ni antara checkpoint. Ada yang dalam laluan dan ada juga yang tak perlu lalu sebab keluar dari trek asal.
1. Pintu Gerbang
2. Simpang
3. Trek Pedok
4. Batu Kaki Gajah
5. Jendela Pandang (sebelah kiri)
6. Kawasan Pulai Berakar
7. Laluan Bertali
8. Batu Biruk/Puncak Bukit Batu Salai
Turun ke; Jendela Timur
9. RNR + Tandas
10. Jendela Timur
1. PINTU GERBANG
Parkir kereta dekat kawasan kelapa sawit tu. Kalau musim dan hari minggu, kawasan mungkin penuh. Jumpa pintu gerbang dah boleh mula pendakian.
Dengan Lafaz
2. SIMPANG
Ada signboard simpang. Trek lama dengan trek baru.
3. TREK PEDOK
Nak sampai ke sini memang agak mendaki sedikit Ada kerusi tapi cabaran baru bermula. Takkan nak rehat dah.
4. BATU KAKI GAJAH
Kawasan Batu Kaki Gajah ni tak pergi pun tak apa sebab trek keluar dari laluan; berlawanan. Lagipun, trek tertutup. Mane batu pun tak ada.
5. JENDELA PANDANG (sebelah kiri)
Selayang pandang. Kawasan ni keluar trek sikit. Tak pergi pun tak apa. Tapi kalau nak elak dari keramaian orang, boleh guna sebagai alternatif. Trek landai.
6. PULAI BERAKAR
Trek mula mendaki semula. Hati-hati dengan akar yang berselirat. Jangan cuba pijak, takut licin atau jatuh nanti.
7. LALUAN BERTALI
Cabaran sebenar bermula disini. Licin dan kalau sesak, kena beratur sebab kadang-kadang orang yang datang ni bawak satu keluarga terus. Bayi pun ada. Tak paham aku. Masuk mall bawak, masuk hutan pun nak bawak. Masa solat je tinggal dalam buai.
Santai 15 minit boleh sampai. Kalau tak sesat, kena beratur, trek kering dan tengah padu, 10 minit jer.
Puncak sangat luas. 360 darjah permandangan hutan dan Sungai Nerus barangkali. Posisi sudut bergambar mungkin terhalang dengan kehadiran orang ramai. Ini percubaan keempat aku dan bernasib baik kerana awal pagi hujan dan kehadiran orang tersangat kurang. Termasuk aku, hanya lapan orang dan aku orang terakhir turun. Jadi aku ada banyak masa nak duduk puncak lama-lama sendirian sambil menikmati suara alam tanpa kicauan bunyi manusia membawang pasal orang.
Laluan turun ke jendela. Rugi tak pergi. Tapi azab nak pulang balik.
200 meter.... JERRRRRR
9. RNR
Lagi luas dari puncak. Ada tandas. Jangan lupa scan.
10. VIEWPOINT
Sakan aku bergambar. Tak ada orang. Cuaca kabus. Nampak Lebuhraya Pantai Timur Dua.
Kesimpulan. Tempat menarik. View memuaskan. Kemudahan biasa-biasa je. Sekarang ni macam terjaga. Nak merasa, puas hati pergi. Tengok ak dalam masa sebulan, dah empat kali pergi. Tinggi 160 meter je.
Ulasan
Catat Ulasan