TERENGGANU : SENARAI BUKIT & GUNUNG YANG BOLEH DIDAKI DI




Bukit and Gunung yang boleh di daki di Negeri Terengganu

(1.10.2021: Puncak ke 130)

PENDAHULUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semakin lama, semakin banyak bukit baru di terokai hingga hampir pupus dan asing kedengaran mengenai gunung-gunung yang boleh di daki. Aku pun dah hampir sifar meng'compress'kan diri kerana turut mengikut kegilaan ramai orang awam; mendaki- bukit.

'Feel'... mestilah tak sama kepuasan naik gunung. Tapi sekarang, tetap bersyukur dan rasa bertuah sekalipun jika dapat menjejak ke mana-mana puncak, tak kisah tinggi ke rendah, jauh atau pendek.

GUNUNG

Semua gunung kena ada permit  dan garis panduannya. ( dan beberapa bukit tertentu) Kalau perlu menggunakan jurupandu atau guide ikut pada penganjur acara masing-masing.

Aku akan bahagikan kepada dua bahagian:

I) Tak Mustahil Nak Didaki (dah)

1) Gunung Berembum (1108m) via Air Terjun Chemerong aka CBL, Hulu Dungun
2) Gunung Sarut (1229m), Setiu
3) Gunung Tebu (1039), Besut

*Ketiga-tiga gunung ni paling komersial, terkenal, dikenali, diperkatakan tiada tolok bandingnya dan selalu didaki di Terengganu Darul Iman ini.

II) Agak Mustahil Nak Didaki (hampir atau terlalu mustahil)

Bukan tak boleh didaki. Boleh tapi kena berbelanja besar, kena merancang lebih rapi dan acara tersebut memakan masa serta memerlukan kerahan tenaga dari masyarakat tertentu. Alah Bisa, Tegar Biasa;


1) (Puncak) 1571m

2) (Puncak )1566m

3) (Puncak) 1530m

4) Bukit Batu Balai (1162m)

5) Bukit Che Peng (1088m)
6) Bukit Chintawangsa (1185m)
7) Bukit Daun Lak (1086m)
8) Bukit Susu Dara (1452m), Hulu Terengganu
9) Bukit Temiang (1249m)
10) Gunung Batil (1444m), Kenyir
11) Gunung Bongsu (658m), Kenyir
12) Gunung Chergau, Kenyir
13) Gunung Diwangsa (1396m)
14) Gunung Gajah Terom (1206m), Kenyir
15) Gunung Gagau (1376m), Kenyir
16) Gunung Gelemat (1480m)
17) Gunung Hulu Perus (1433m)
18) Gunung Kachang (1048m), Kenyir
19) Gunung Kambing (566m), Kenyir
20) Gunung Kapal (806m), Hulu Terengganu
21) Gunung Lawit (1519m), Kuala Berang (Trans Lawit-Batil)
22) Gunung Lipat Sanggul (1163m)
23) Gunung Mandi Angin (1460m), Dungun
24) Gunung Padang (1314m), Hulu Terengganu
25) Gunung Remuk (1039m)
26) Gunung Sembilu (1355m)

27) Gunung Tangga (950m), Besut 
28) Gunung Tembat (960m), Kenyir

* ada beberapa aku tak pasti. Mohon bantuan tambah info.


BUKIT

Makin lama makin banyak. Kadang-kadang tak terkejar. Ada yang tahap gunung, tapi nama bukit.

01) Bukit 275 aka 6.45 (275m), Kuala Nerus
02) Bukit Ajil (292m), Kuala Berang
03) Bukit Balik Hidung (130m), Kuala Berang
04) Bukit Batu Kapal (150m), Hulu Terengganu,
05) Bukit Batu Rakit (268m), Kuala Nerus
06) Bukit Bauk (472m), Dungun
07) Bukit Bendera (98m), Kemaman
08) Bukit Besar (156m) Kuala Terengganu
09) Bukit Bidong Darat (183m), Setiu
10) Bukit Bidong Laut, (293m),  Pulau Bidong
11) Bukit Chendering (74m), Kuala Terengganu
12) Bukit Durian Tarus (538m), Hulu Terengganu
13) Bukit Do, (+-50m) Kuala Berang
14) Bukit Harimau Menangis (203m), Kemaman
15) Bukit Jalin, (132m), Kuala Berang
16) Bukit Jelutung (229m), Kuala Berang
17) Bukit Jong (349m), Kuala Nerus
18) Bukit Kabung (636m), Hulu Terengganu
19) Bukit Keluang (396m), Besut
20) Bukit Lentur (492m), Kuala Dungun
21) Bukit Lubuk Batu (359m), Marang
22) Bukit Mak Dayang (?), Kemaman
23) Bukit Maras (329m), Kuala Nerus
24) Bukit Penjajat (105m), Kemaman
25) Bukit Taduk (224m), Kuala Berang
26) Bukit Tawang (620m), Hulu Terengganu
27) Bukit Temiang (328m), Marang
28) Bukit Tongkol (483m), Hulu Terengganu
29) Bukit Tok Gunung (765m), Hulu Terengganu
30) Bukit Tok Raja (720m), Hulu Terengganu
31) Bukit Tok Salai (160m), Kuala Nerus

Ini adalah sedikit sebanyak dari hasil pencarian dan pengalaman mendaki setakat ini. Ada terkurang dan sebarang penambahan mohon tambah di komen. Semoga kita dapat memanfaatkan info ini demi menikmati bersama-sama.

Salam sayang.

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 14 Most Hardcore Mountain to do Dayhike or Compress (Personal View) in Malaysia

BUKIT LUBUK BATU (via Denai Hutan), Marang , TERENGGANU

BUKIT 300, TELUK BATIK, LUMUT, PERAK