TRANS BUKIT REPIN VIA KEMENSAH (Start at PONDOK REPIN- End at JANDA BAIK
Trans Bukit Repin via Kemensah-Pondok Repin-Janda Baik
4.11.2018
1.0: MISI PUNCAK KE-99
Dah bertahun aku dengar cerita pasal Bukit Repin ni. Tak tau aku status nak panggil bukit ke gunung beliau ni. Tinggi 1341 meter kut dari paras laut. Jarak pun dah nak dekat dengan Gunung Nuang tu. Lagipun, aku tau pasal Bukit Repin ni (aku panggil bukit jela sebab banyak info kat google panggil beliau bukit jugak) selepas pergi satu trip ke Nuang beberapa tahun dulu. Kt signboard tu cakap nak ke Bukit Repin ambil masa 8 jam lagi barulah sampai.
Lagipun time tu dengar cerita trek dah tutup dan takde orang masuk dah. Aku pun terus bercita-cita dan berimpian nak menawannya pada suatu hari nanti.
Lepas pergi ke Pondok Repin melalui Trek Kemensah pada satu hari, terus aku teruja teramatnya nak naik balik pada lainnya. Apatah lagi, bila pak cik yang naik motorcross kat pondok bagitau nak ke puncak Bukit Repin hanya 2 km jer dari situ. Kacang jer 2 km dalam hati ku berdendang. Yang tergambar kat otak aku masa tu hanya pacak dan elevationnya jer mungkin susah nanti sebab ikut logik tinggi Pondok Repin hanya 700meter lebih, tapi cuba korang bayangkan dalam masa 2 km tu aku nak jugak kena redah naik lagi 600 meter (1341m tinggi beliau). So, kira-kira dalam setiap 3.5meter gerak baru 1 meter menaik atau 350 meter gerak baru 100meter naik kiraan mudahnya. Bayangkanlah. Kesimpulannya, pacak beliau memang akan jadi maha teruk, kejam & azab dengan trek yang maha semak, licin tanahnya, tertutup jalan dan marking banyak dah hilang. Nanti next episod aku cerita huraiannya.
Nak dijadikan cerita, trip ni paling agunglah dari segi nak merintis dan bukak trek balik untuk Tahun 2018 ni. Aku ni bila dah confirm dapat cuti weekend (maklumlah orang kerja sebagai jururawat ni susah dapat cuti hari minggu) terus roger En. Farid Ramli yang merupakan teman seperjuangan kalau nak merintis trek-trek baru. Dia paling pakar dan aku seganinya dalam bab-bab meredah dan merintis sepanjang aku bersama dalam mengagungkan aktiviti sondol-menyondol gunung atau bukit selama aku kenali.
Berdua-duaan di dalam hutan bersama-sama umpama merpati dua sejoli dah kami, secocok bab pinang dibelah dua jugak. Walaupun sejak naik kereta, on trek, berehat, pewai, bergambar hinggalah hantar pulang, kami tak pernah nak rasa penat atau pewai nak berastro ulang siaran HD cerita yang sama berkenaan peristiwa atau trip-trip yang sudah lepas berlaku. Tak pernah bosan. Korang pun patut langgan siaran kami dari masa ke semasa. Nak dipendekkan cerita, En. Farid sah kehadiran beliau untuk join ke trip berdua-duaan ni.
2.0: KEMENSAH TRAIL
Adapun dengan bersama En. Farid, maka aku lagilah jadi makin bersemangat. Ada beliau semua angan-angan jadi kenyataan. Bincang hanya dua tiga patah perkara, terus benda dibawa jadi realiti. Di faham style aku, aku faham cara dia. Dia hitam aku pun hitam. Senang kerja dengan orang sama warna kulit (gelap, bukan racist disini). Takda apa benda perlu dijeles-jeleskan. Bila aku cakap aku takde cash money nak bayar sebab tak keluarkan duit lagi, dia cakap pakai lah duit dia dulu. Habis cerita.
Aku ada ajak beberapa orang kawan yang lain dan kali ni aku tak nak aku malas berahsia sangat. Aku bilang trip ni sejenis open, sapa nak join aku berbesar hati dan tunggu kat parking starting point nanti. Takda misi nak kejar timing atau cari sesuap mileage. Misi kali ini hanya kejar puncak baru je. Cuma aku rasa diorang ni macam tak berani atau konfius kut, mungkin ingat aku nak sampai ke Pondok Repin je ni. Jadi macam suam-suam ajak je la. Walhal aku dah menyatakn aku nak lajak jauh sikit, hajat nak cari puncak Bukit Repin.
Aku berjanji dengan En. Farid pada pukul 7 pagi datanglah jemput ambil aku diperkarangan rumahku. Kereta aku pulak baru jer siap keluar dari bengkel semalam, sayang sikit nak bawak dulu. Tambahan lagi nk jimatkan kos, guna satu kereta jadi lebih jimat sikit. Jarak diantara rumah aku dengan En. Farid dekat je; Dia dari Petaling Jaya, aku bermastautin di Subang. Tapi disebabkan kes pelaburan laba dan untung rutin di pagi hari (aku turut sama mengalaminya), ETA sedikit lewat dari waktu dijanjikan.
Asal kejadian pada pagitu, ada la tiga orang manusia berminat nak join sama tapi dua orang daripadanya tu lipak-"melayu-janji"-lewat bangun dengan alasan yang aku dah agak dah dan seorang lagi bukan nama sebenar pula lagi acah-acah bertanya "hampir-hangus deposit-wang tak dikembalikan" soalan. Alih-alih tak jadi jua dan aku amat terima kasih kerana beliau tak pula lupa mendoakan nak kejayaan "Good Luck" kat kami sama.
Akhirnya kami start masuk pukul sembilan pagi lepas bersarapan pagi roti canai di sebuah kedai ditepi jalan berdekatan. Aku enggan menjamah nasi lemak di pagi hari sebab tu salah satu pantang aku. Nasi lemak adalah punca kuasa dua untuk kejadian pewai nanti. En. Farid pula ni tak pernah masuk ke trek Kemensah-Pondok Repin ni, makanya aku macam dah jadi guide pula kali ni. Macam-macamlah aku canang kat En. Farid pasal Kemensah Trail ni, padahal aku pun baru dua kali jer masuk, tu pun sekali sampai hingga Lubok Tedung je dan sekali lagi barulah sampai kat pondok.
Trip kali ni aku tak buat sangat preparation dari segi fitness mahupun endurance ke sebab misi nak merintis ni lebih banyak pakai mental je bagi aku. Baru saja habis keje shif malam, tidur pun tak cukup lagi, sleep cycle masih tunggang terbalik. Mesti ada kes tidur on trek nanti.
3.0: LUBUK TEDUNG, KEMENSAH
En. Farid berhenti kat kedai runcit sebab nak beli lighter. Kena fahamla org tegar ni, aku pun kena akur segala walaupun timing dah lari sikit. Aku cakap kt beliau patutlah kat rumah tadi aku terpandang-penuh penuh bernafsu kat lighter aku, tapi tak terfikir pulak bawak. Padahal bila dah abis trip, baru aku sedar aku sememang ada bawa jer lighter sepanjang masa dalam be. Mane taknya jadi lupa, aku kaut je barang-barang yang sampai dan terlintas kat kepala.
Aku hanya fokus pasa barang nak bawa jenis yang dapat elak basah hujan dan luka dilukai oleh trek yang dah kembali berdara semula. Confirm duri dengan pacat mesti bersepah tengah jalan.
Dah sebulan aku tak hiking betul-betul hiking. Apatah lagi nak masuk rintis kini Aku nak beli roti, tapi En. Farid cakap dia dah ada bawak roti. Aku pun jadi malas nak beli, sebab masih terasa kenyang roti canai tadi. Apakata kali ni aku pau je makanan En. Farid sebab biasanyalah beliau jenis yang akan meriah kalau bab bawak makanan. Selama aku kenal, buah-buahan dengan roti tak pernah tak dibawa. Tu tak timbang berapa liter air yang dia bawak. Air tak perlu nak beli, sebab aku memang aku dah sedia buat air kopi segar dari rumah. Air kopi aku memang digemari dan dikenali kesedapannya. Aku pun tak nafikan.
Dah sampai parking Kemensah, hanya sebiji Kancil hitam aku macam mengenali susuk kereta itu pemiliknya. Aku agak terperanjat sebab hanya sebijik kereta masuk Kemensah Trail hari ni. Biar betul, semua pelari ada events besar ke atau semua balik kampung ke memandang lusa pun cuti umum. Takpela, ok sikit tak ramai masuk. Baru trek tak rosak sangat.
Aku menjangkakan trek teruk kali ni kerana malam tadi dalam pukul 3-4 pagi hujan baru berhenti jer. Mesti trek jadi berselut gila. Aku baru nak acah belari-lari. Hakikatnya aku tak berapa dapat lari sangat sebab trek tersangat basah, banjir, licin, becak dan berselut gila. Kasut dah bertambah tumitnya sebanyak 5 inci jadinya. Tebal. Nak pijak pun tak terasa tanah. Berat dengan tanah. Ni baru nak ke Lubuk Tedung yang jaraknya dalam 5-6km dari starting point. Nak ke Pondok Repin lagilah jauh nak kami kena hadap treknya.
Masa kami bersiap kat parking ada sebiji kereta Persona baru sampai. Sepasang manusia keluar dan aku hanya senyum sebab tak kenal. Tapi si beliau lelaki tu menegur nama aku bila mereka tiba kat Lubuk Tedung (kepada beliau tu aku tak kenal kamu weh, so sorry) tapi sembang mcm dah kenal lama. Gaya aku nak elak dari kantoi tak kenal orang tapi konon kenal dan macam dah lama berkawan. Sampai kat Lubok Tedung, air nampak macam deras, kami berhenti rehat 10 minit sebab lepas ni nak kena hadap trek yang lagi panjang dan sangat jauh. Bila nak kena redah sungai ni, kasut memang tak boleh diselamatkan.
4.0: BUKIT KOREA
Lepas lalu sungai di Lubuk Tedung tu, memang basah habis kasut. Lepas tu kami lalu trek di tepi-tepi sungai yang penuh berbecak dan berselut. Lepas ni ada lagi dua tiga anak sungai nak kena main lompat-lompat katak. Lepas tu, nak sondol naik trek yang pacak iaitu Bukit Dogol. Lepas Bukit Dogol ada lagi bukit lagi pacak dari Bukit Dogol iaitu di panggil Bukit Merah. Mungkin sebab keadaan trek dan geologinya jenis berunsur tanah mera, sebab tu diberi nama Bukit Merah. Nak lalu bukit ni sangat licin dan tambah lagi selut sebanyak lima inci melekat kat kasut aku. Sakit weh betis nak langkah, berat semacan kasut nak angkat. Bukan tanah jer melekat, siap pakej daun-daun kering pun melekat sama. Mentang-mentanglah tapak kasut aku sejenis tajam macam pencakar.
Menyesal tak bawa tongkat kayu aku. Lepas tu nak kena hadap pulak Bukit Korea, bukit yg paling gigil lutut nak naik dalam banyak-banyak bukit kat Kemensah trail ni. Pacak beliau jangan diambil mudah kalau korang jenis yang selalu slow bila naik trek memacak. Jenis bukit yang kena maintain pace je. Jenis aku membongkok sakit pinggang naik.
Aku suka pacak gitiutapi tulah kasut dah ke laut, terus tak perform. Padahal sememangnya aku yang tak pernah nak perform selama ni. Training pun ikut suka bila, takde disiplin sebab aku pun bukan jenis kaki rajin training sangat, apatah lagi nk lari-lari update Strava (Apps Strava pun takda. Biarlah mileage aku menjadi rahsia).
Kalau ada misi bangsawan lagi maha raciew, barulah senyap-senyap aku pi gerak gempur training sorang diri. Dah nak patah pinggang nak naik Bukit Korea ni. Aku tengok En. Farid lagi teruk membongkok kat depan dari aku. Akhirnya beliau mengalah mintak take five kejap sebab dah lapar sangat. Aku temankan dia berhenti makan sekali. Padahal sama-sama dengan aku pun tak larat
Ekspedisi kali ni memang banyak kami ber'take five'. Tak terkira banyaknya. Dua dua memang pace sama. Lepas Bukit Korea trek menaik dan menaik tapi kadar menaiknya bagi aku sesiapa yang rajin nak training berlari naik bukit memang sesuai la ini tempatnya. Aku dah jadi sangat malas nak berlari bila celah kangkang tempat biasa aku selalu cedera dulu kembali terasa kesengalanya. Dah datang kembali dah tanda penuaan tu.
Aku berkira-kira ni yang masih jauh lagi nak sampai ke Pondok Repin. Tak ap, kami hanya santai tapi dalam dia masih padu. Sampai sudah aku dengan En. Farid berjalan jer sambil membawang sampai Pondok Repin. Sebelum nak boleh sampai ke Pondok Repin tu, En. Farid mati-mati nak berhenti cuci kasut beliau. Dengan aku pun turut sama join, siap dapat basuh seluar dengan tangan sekali. Lepas siap, aku bilang kat En. Farid supaya jangan lama-lama sangat rehat sebab nak ke Pondok Repin dah sangat dekat dah. Aku bergerak seorang diri terlebih dahulu
5.0: PONDOK REPIN
Aku sampai ke Pondok Repin tu dekat pukul 11.45minit. Hampir 3 jam berhempas pulas kakitangan dan segala kudrat. Bukan cacatan masa yangg aku idamkan, tapi puncak baharu iaitu yang ke- 99 nanti lebih aku dambakan. Aku tengah kumpul 100 puncak ni. Bila sampai di pondok tu dah ada 3 org pelari yang macam aku kenal tapi kena buat-buat mesra kenal. Beberapa minit kemudian baru En Farid sampai. Lepas tu bisik kat aku
"Rupanya tak jauh dah pondok" Katanya. Aku balas "Kan aku dah cakap tadi, sape suruh berhenti lama-lama situ". Tanpa membuang masa, aku terus bukak kasut dengan stoking, jemur diatas para kerusi kayu dikala ditengah-tengah panas yg memberangsangkan cuaca ni. Apa yg best cuaca kat kawasan ni adalah tetap sejuk dan redup walaupn mataheri berada di diatas kepala. Bila bukak kasut boleh bezakan wanra kulit kaki dengan betis, dah pucat lesi warna macam mayat sikit (sepanjang aku keje bungkus membungkus mayat ni, semua mayat mesti bertukar warna pucat kebiruan atau kami panggil cyanosis dan skin pun dah mottled((blue-black spot)) kerana sejuk).
Sedap kejap kaki bila kena bogel camtu. Baru rasa hawa-hawa panas darah mengalir kembali menyelinap masuk dalam urat. Sambil rehat baring dekat pondok dan aku sebenarnya berhajat nak lelapkan mata kejap tapi tangan duk sibuk main Garmin nak usha tengok trek. Dalam empat kilomter jer lagi jarak nak ke Bukit Repin. Masih jauh bagi aku. Sejauh macam dari puncak Gunung Gayong ke puncak Gunung Korbu, umpama dari Kem Bunian nak ke puncak Gunung Bintang atau dari puncak Gunung Liang nk ke puncak Gunung Tumang Batak. Semua contoh yang "hanat" habis padu aku bagi".
Aku dan En. Farid ada tengok-tengok jugakk trek nak ke Bukit Repin di belakang pondok tu pada mulanya. Nampak menarik sebab ada marking seketul dan trek macam menaik jer. Takpa, itu misi nanti setelkan. Taulah macam mana nanti kami nak hadap. Aku cakap dengan En. Farid, tak kisahlah macam mana trek nak naik.Yang penting nak balik nanti nak kena hadap balik trek Kemensah yg panjang berjela-jela ni.
Kami kemas balik barang masukkan di dalam beg, pakai kasut semula dan mempersiapkan diri nak sambung perjalanan. Kami rehat 45 minit, suatu masa yang amat cukup untuk mengembalikan semula tenaga walaupun aku tidak mengalaskan perut dengan apa-apa makanan lagi. Belum rasa lapar. Nasi lemak tadi masih memenuhi perut. Cukup air kopi dua tiga teguk tuk menghilangkan dahaga.
6.0: BATU SEMPADAN
Bergerak menuju ke Puncak Repin bukanlah suatu proses yg mudah seperti tengok trek, jumpa dan sambung terus jalan. Kali ni, kami kena menebas dan rintis balik trek, marking memang ada tapi warnanya dah pudar dan lusuh menandakan memang sudah lama orang tak masuk. Apatah lagi, bila marking tersebut berjarak putus antara satu sama lain. Bila dapat jumpa satu marking, dapatlah bergembira kejap, lepas jalan 10 langkah, hilang balik disebalik sama ada runtuhan pokok-pokok balak atau sudah dilitupi dan tertutup oleh semak-samun. Kenalah berusaha balik cari trek itu. Tapi perasaan hiking ke tempat rare dan kurang komersil ni lain sket pencapaian dan kejayaan yang dirasai. Sebab apa? Sebab cara ko perolehi dengan cara yang sangat susah payah dan setimpal dengan usaha yang kau curahkan.
Ditumbuhi dengan pokok nipah dan jenis tumbuhan yg menjalar yang banyak duri merata-rata bergelimpangan di atas tanah. Makin menyukarkan proses kami nak bergerak. Tunduk kepala; sangkut di baju, bila melangkah kaki; sangkut di bahu pula. Bila jumpa satu marking baru, kami kena berhenti kejap sebab tak nak nanti kami tersasar jauh. Masa tu berharap mata ada 18 pasang untuk dapat melihat 360 darjah kesemua arah.
Aku dengan En. Farid banyak kali dah terpaksa berpisah sebab nak mencari trek, siap trek binatang pun aku ikut lalu sebab trek lama dah tertutup. Nasib tak pijak bebola taik mereka. Masa jumpa marking tulah kami akan duk jerit manggil nama masing-masing kata yang sini ada marking atau jumpa trek. Aku lak jenis malas nak duk depan sebab aku tak bawak parang. Aku tunggu En Farid tebas sampai terang baru aku ikut laluan sama.
Kadang-kadang kaki rasa gatal-gatal. Dah tau dah tu petanda yang kaki tengah kena gigit dengan pacat. Mula-mula buat tak layan, tapi bila gigitan cinta tu makin buat aku rasa sakit, makin tak tahan jadinya. Banyak kali kena berhenti sebab nak buang mereka semua ni. Aku buang bukan takat buang, aku sembur dengan Perskindol Spray kasi mati, biar mereka tak sempat pun nak bersakaratul maut.
Trek mulai makin jelas bila kami sampai satu kawasan lapang, boleh nampak ruang luas permandangan gunung ganang di kala ketinggian 900 meter lebih. Kami sampai kat Batu Sempadan antara Selangor-Pahang(Janda Baik), barulah lalu kawasan permatang yang lepas tu akan membawa kami tapi kali ni menaik sahaja. Lebih sejam juga nak kami sampai kat situ (batu sempadan) dan hanya baru beberapa ratus meter bergerak dari Pondok Repin pulak tu. Betapa susah betul perjalanan kali ini. Bila check Garmin masih ada 3 puncak tipu kena lalu dulu. Tu pun dalam 3km lagilah nak la smpai. Mental aku dah mula rasa nak down dan perut pulak lapar berbunyi.
Jam dah nak menginjak beberapa minit lagi ke pukul dua petang.
7.0: PUNCAK 1180
Terdapat 3 puncak tipu kesemua perlu diharungi terlebih dahulu sebelum tiba ke Bukit Repin. Kali ni aku pula minta berhenti take five sebab aku pun dah pewai, lapar tak makan dan rupanya kami takda makanan yang cukup untuk dimakan. Memang aku ambik risiko betul kali ni. Asam atas meja kt rumah lupa nak bawak. Sarapan pagi aku tak teringat langsung nak bungkus. Sebab tadi ingat dah lambat aku rasa, jadi lupa terus. Bila nak cepat semua jadi lupa.
Sampai kat satu balak tumbang, kami berhenti lagi. Aku buang pacat yang dah makin banyak bersarang kat kaki. Ada beberapa puluh meter lagi nak ke boleh sampai ke puncak yang berketinggian 1180meter. Kami dah terasa teramat letih. Proses merintis tadi bukan mudah, banyak betul pokok tumbang dan trek memang kena menebas sampai aku dengan En Farid kena berpecah dua jalan. Asal boleh tembus masuk dan sampai ke next marking yang dijumpai dah kira berbaloi, biarlah kena redah duri, batu atau semak yg tebal. Asal dapat lalu sudah. Kami bukannya datang nak cuci trek.
Hujan yang baru lalu kejap tadi dah bagi petanda macam petang nanti mesti nak hujan. Musim hujan dan peralihan monsun bulan 11 macam ni dah boleh dah nak dijangka. 50 peratus barang dalam beg aku lebih kepada persedian nak menempuh hujan nanti. Plastik sampah, poncho, ziplog plastik aneka saiz (4 size aku bawa), baju lebih dan stoking extra, sweater dan barang kesihatan lain. Yang aku tak bawak adalah benda paling penting dalam dunia hiking iaitu; headlamp. Bukan aku tak nak bawak, cuma tak jumpa cari mana dah letak benda alah tu. Dah la kecik. Takpe, lampu telefon kan ada. Apa susah zaman sekarang ni serba canggih, lagipun headlamp baru milik En. Farid yang beratus lumen kan ada (nubis-nubis jangan ikut cara aku. Bahaya!).
Lepas buang lelah, kami sambung kembali, tapi trek semakin mudah dari segi marking dan perjalanan jadi semakin lancar. Marking dah banyak dan ada marking yg tersangatlah baru dipasang. Trek macam orang baru masuk ni. Tambahan lagi, siap ada dua trek yg berbeza tiba-tiba muncul entah dari mana arah entah. Kami tak risau, sebab trek tu tak buat kami keliru pun. Aku pun dah siap buat marking kat Garmin mana-mana simpang atau checkpoint yang akan mengelirukan aku tanda. Nanti nak balik ikut trek sama je.
Trek terus menaik dan menaik sehinggalah sampai ke satu kawasan lapang yang pada mulanya aku ingatkan puncak Repin. Jauh lagi Bukit Repin nak redah ni. Sampai ke puncak tu kami berhenti rehat lagi. Keadaan puncak tu memang luas dan lapang, bolehlah kalau nak camping. Tapi puncak ni aku rasa patut aku berikan nama, sebab dia adalah macam puncak kut. Aku namakan ni Puncak 1180 jela sebab dah itu ketinggian dia dan senang tuk aku buat log nanti.
8.0: PUNCAK 1270
Dekat puncak 1180 meter kami rehat lebih lama. Aku terfikir-fikir jugak mcm nak lipak je pergi ke puncak Bukit Repin ni. Maha jauh lagi nak ke boleh sampai. Bila jam dah masuk pukul 2.30 petang, kami siap-siap nak berangkat pergi bersama dengan pacat yang masih tak henti-henti ke mari. Sekarang kami bergerak ke kawasan permatang dan treknya sangat landai, sekejap turun sekejap naik. Kami akhirnya akan menurun je menuju ke sebuah lembah.
Dari jauh kami dapat lihat sebuah puncak baru, yang aku pasti itu adalah puncak Bukit Repin. Kami terus turun dengan bersemangat dan laju. Trek pun clear dan senang je, menurun kan kaki pun takleh kontrol. Marking pun sedap jer dipandang, tak putus-putus. Dalam 600 meter lagi kami nak smpai ke puncak tu. Kami tiba di suatu kawasan yg agak rata dan luas dimana disitu terpasang kamera milik Jabatan Perhilitan yang nampaknya sedang mengkaji jumlah populasi dan jenis-jenis binatang yang terdapat di kawasan itu. Kami bergambar dan bergaya habis baik depan kamera yang ada di kiri dan kanan kami. Hairan aku kenapa dia tak menyala, biasanya berkelip-kelip cahayanya macam kena kamera AES.
Kami tak ralit bergambar, laluan kami lalu lepas tu adalah laluan air ketika hujan, kerana kesan lopak-lopak dan batu-batuan hasil hakisan air boleh nampak di beberapa tempat. Aku yakin 10, 0000 tahun dulu disitu pernah ada sebuah sungai deras mengalir atau 2 juta tahun yang lampau mungkin Bukit Repin ketika itu ditenggelami oleh laut dan puncaknya adalah sebuah pulau (kajian harus dilakukan dan diterokai ni).
Kami berjalan menaik kembali tetapi treknya sekarang ni tidaklah terlalu makan kaki dan taklah sakit betis rasanya Steady jer kami menaik dan menaik sehinggalah dari jauh nampak terang sebuah puncak. Makin laju aku dengan Farid jadinya, sehinggalah tiba di puncak tersebut dimana asalnya aku yakin dengan 110 peratus percaya itu adalah puncak Repin. Walhal itu adalah puncak tipu semata-mata. Alangkah geram rasa hati kami apabila tiba di kawasan agak lapang dimana disitu terdapat sebuah batu yg dapat diduduki bersila diatasnya oleh seorang dewasa dan kawasan puncak sekitarnya telah menjadi agak terang dan bersih akibat ditebas itu adalah satu lagi puncak tipu yg telah kami datangi.
Sungguh kecewa yang teramat apabila terlihat sebuah lagi puncak yang berada di hadapan kami dari situ itu itulah puncak sebenar Bukit Repin. Hancur luluh betul hati aku. 3 kali dah kena tipu (satu lagi puncak tipu tu aku tak sebut, sebab sangat dekat dengan puncak 1180 meter, kan jadi bertambah lagi 2 episod kalau aku mention nanti). Aku rasa dah habis tenaga dah ni dan betul-betul mental sudah down kini, rasa perjalanan amat panjang dan semakin tak padu dah aku. Mana pergi tenaga zaman mengcompress dengan depek dulu-dulu ni. Kembalikan Ya Allah zaman agung dulu.
Sebatang pokok, yakni tegak tumbuh seorang dirinya ditengah-tengah puncak tersebut yg aku namakannya Puncak 1270meter di dalam log aku menjadi mercu tanda di situ. Meraba-raba aku di setiap inci batang pokok tersebut mencari kesan tanda paku atau takikan orang kononnya ada tanda yg mengatakan itulah puncak sebenar Repin. Malang sekali, usaha bagaikan mencurah air ke daun keladi, kesan yang ada itu adalah kulit kering yg bila disentuh akan jatuh berguguran ke bumi. Aku terus duduk dan berehat semula sambil berbual-bual dengan En. Farid membincangkan mengenai trip ini dan betapa kami betul-betul struggle dan kesusahan untuk ke puncak.
Kedua-dua kami belum seorang pun pernah sampai ke Bukit Repin. Walaupun sudah banyak kali merintis atau mendaki bersama-sama secara berdua hendaknya, namun trip kali ni benar-benar sekali menguji pengalaman dan kesabaran yg ada. Cuaca kejap berpanas dan kejap berangin dan mcm nak hujan dan begitulah silih berganti arakianya. Aku pula lupa sekali nak ambik gambar kt puncak 1270 meter ni sebab dah teramat pewai. Apa yg menarik di puncak ini adalah terbukanya permandangan Bandaraya Kuala Lumpur beserta pencakar langitnya terbentang dengan luasnya bersama sinaran mentari menyinari, menusuk kejiwaku ketika bersamamu (ikut tempo lagu Sinaran by Sheila Majid).
Dari kejauhan nampak dengan jelas mercu tandanya; KLCC dan juga Menara Kuala Lumpur. Tapi disebabkan kawasannya adalah terbuka, tak hendak-hendaklah aku rasa (baca macam nyanyi lagu Cindai) nak duduk lama-lama. Aku tak tahan panas nanti, takut nanti tak sempat balik dah, aku deman panas dan membawa kepada sakit kepala dan migrain.
Untuk hilangkan rasa lapar, aku minum jela air kopi yg aku buat walaupun agak manis rasanya dari kebiasaanya. Tema air minuman harian aku kebiasaannya adalah tidak punyai apa-apa bahan pemanis yakni gula (rahsia korang nak jadi padu macam geng seladang, kena elak pengambilan gula atau ais dalam minuman terutamanya), tapi sebab hiking nak biar energi, stamina dan glukos dlm badan kekal atau tak berkurang dengan cepat, justeru itu kena la pakai gula sekali sekala. Walau pahit ku telan jua. Keluar hutan baru sambung nanti pantang larang balik. 10 minit kemudian kami sambung jalan menuju ke jalan yang benar iaitu Bukit Repin. Betul, trip memang banyak berhenti rehat.
9.0: PUNCAK BUKIT REPIN
Masa beransur tengahari ke petang, kami bergerak menyambung kembali perjalanan ke puncak Bukit Repin yang berbaki hanya 500 meter sahaja lagi dihadapan. Permulaannya akan menurun terlebih dahulu bergerak dari Puncak 1270 tu sehingga sampai ke suatu lembah yang di sekitarnya tumbuh dengan banyaknya pokok-pokok pisang hutan yang sangat tinggi dan besar dari segi daun dan batangnya. Nampak kesan lopak air yang boleh tahan jernih airnya. Ni kalau dah takde stok air mau aku hirup hingga menjilat jari.
Aku cuba mengintai di sebalik pokok pisang tu mencari sama ada 2,3 tandan pisang sedang berbuah masak ranum untuk aku makan. Bersiap sedia je. Tapi nanti jadi 10 kali keja pulak; nak tebang, nak parang, nak potong, nak cabut, nak kupas. Nak boleh makan macam banyak perkara nak kena buat. Baik teruskan aje. En Farid kat belakang aku nk berhenti sekejap, dia nak makan katenyer (nak take five lagi ler tu).
Trek menaik jer lepas kami lalu dekat balak besar. Perjalanan menaik agak santai aku kategorikan dan amat menarik treknya. Banyak bongkah-bongkah batu di sisi jalan dan aku yang sangat alahan dengan benda-benda cantik macam ni di semuatempat aku nak ambik gambar tapi disebabkan masa dah lewat aku batalkan hasrat murni aku. Aku nak cepat sampai. Tak boleh berlengah-lengah lagi. Banyak tempat ada tali terpasang, trek agak licin dan berakar kemudiannya. Aku yang nak jimatkan tenaga, gunakan semua tali yang ada tu untuk membantu menarik badan aku menaik walaupun kedua tapak tangan jadi kotor kena selut dan tanah.
Bila nak sampai ke puncak, trek menjadi makin becak, lembap dan basah. Seolah-olah trek nak menuju dari Kem Pengasih ke puncak Gunung Nuang. Kejap naik, kejap turun; sampai aku pewai giler dah mental ni dengan trek cenggitu. Pada jam 3.45 petang kami sampai juga ke puncak Bukit Repin. Bila nampak signage dari jauh, rasa gembira bukan kepalang. Hampir 18km berjalan dari Kemesah sampai sekarang baru boleh sampai. Dekat 7 jam jugak kali ni hiking baru sampai puncak. Punyalah lama hiking, baru nak ke puncak. Nanti nak turun balik sama jauh jugak, nak kena hadap trek yang panjang berjela-jela macam ni. Jarang-jarang aku hiking petang baru sampai ke puncak selewat ini. Satu pengalaman baru.
Alhamdulillah sampai jugak puncak ke-99. Tapi misi nak ke pun ke 100 iaitu ke Gunung Lentang-Legong terpaksa dibatalkan sama sekali. Kami tak bercadanng nak keluar lewat malam. Jarak ke gunung tersebut dlm 2km lebih lagi, mungkin ambik masa lebih lama dari tiga jam sebab trek dah lama orang tak lalu.
EP10: JANDA BAIK: Tersesat
Alhamdulillah. Selepas 45 minit berhenti rehat dan bergambar sepuas-puasnya kami bergerak turun dan pulang. Masa sekarang harus dikejar. Kami nak sampai ke pondok Repin selewat lewatnya pukul 6 petang dan keluar ke parking target masa pukul 8 mlm. Itu adalah mengikut perancangan kami berdua. Aku bercadang nak solat masa sampai kat pondok repin nanti. Memandang takut masa tak sempat nanti, jadi harus la bersolat jamak qasar terus kat puncak Repin ni.
Menggunakan air lumut yg banyak terdapat disekitar puncak, aku berwuduk dengan tenangnya, sejuk bukan kepalang airnya. Solat tetap harus ditunaikan walaupun dimana dan dalam apa jua keadaan. Kesan darah yg membeku kat kaki aku biarkan begitu sahaja, kerana darah beku tersebut bertindak menghentikan pengaliran darah dari terus aktif. Memang parah nampak kena pacat kali ni. Aku sendiri pun tak sedar bila dan ketika mana kena ciuman mereka ni. Nampak macam bukan kerja seekor dua ni. Sampai kat puncak tadi, En. Farid yg perasan dan bagitahu aku. Darah mengalir sampai abis kena stoking. Nampak dramatik dan tragis dengan kasut pun same warna dah dgn darah pekat gitu.
Jam 4.30 petang kami bergerak turun. Angin berderu dan awan mulai gelap dari arah Janda Baik. Kami bergerak turun dengan agak laju tapi masih dalam keadaan santai dan jaga lutut bagai. Seronoklah aktiviti menurun jer tapi trek berbatu kami kenalah berhati2 sket. Terdapat dua trek yg kami sangka akan membawa ke dua jalan yang sama yang dimana masa balik ni kami lalu ikut trek ke kanan. Aku dah perasan dan berkata kat En. Farid yang kami ni mungkin dah salah jalan, salah ambik simpang. Beliau cakap takpa, jalan jer dulu dan beberapa puluh meter kemudian kami rasa makin was-was dan berhenti check peta dan GPS yang ada untuk membuat kepastian.
Alangkah malang yang menimpa, kami sebenarnya dah masuk ke simpang nak keluar ke Janda Baik. Aku tak fikir banyak dan beri keputusan terus, kali ni buat kerja gila dan tak masuk akal yg aku nk turun ikut Janda Baik. En. Farid pun ikut sama setuju. Alasan aku mudah sahaja;
1) malas nak naik balik ke puncak yg aku rasa dah 100-200meter kena naik balik
2) tak sanggup nak hadap balik trek turun naik ke Pondok Repin
3) Nak ke Pondok Repin-Lubuk Tedung-Parking sgt jauh 15km lagi nk redah
4) Konfem kami keluar mlm dgn aku tk bwk headlamp memang akan dan pasti lagi mengundang risiko
5) Hujan yg turun lewat petang sebelah KL ni pasti ada kepala air atau air naik deras mengalir kt Lubuk Tebung tu. Satu hal pulak nk tunggu air surut dgn nak meredah sungai yg deras. Silap2 kami boleh hanyut sampai ke Laut China Selatan nanti
6) Kami nk jadikan ekspedisi ni lagi bermakna untuk diceritakan (astro ulang tayang), suspens dan dramatis , dan
7) Yang pasti, aku nak kasi cerita aku berepisod panjang kisahnya.
11.0: LADANG BUNGA KANTAN
Perjalanan turun tak sesusah naik dari Pondok Repin sebab kami kena menurun jer layan trek die. Tapi trek gitu lagilah akan makan kaki dan lutut dibuatnya. Bergetar jugaklah sendi lutut setiap kali kena acah melompat bila lalu kawasan tinggi atau kayu balak di tengah-tengah trek.
Disebabkan jam dah nsk pukul 5 petang dengan cuaca kejap cerah, kejap gelap kami kena turun dengan cepat, awan bergermelapan dari atas kepala dah bagi amaran. Kami mula berbincang sambil turun tentang macam mana nak balik nanti dan apakah solusi yang ada. Memang kering idea duk fikir sebab tak nampak langsung dan dengan misi yang betul-betul meredah kali ni. Bertambah malang rasanya bila aku ni hanya bawak dompet, tapi takda duit isinya manakala En. Farid semua barang berharga beliau kecuali telefon tinggal dekat parking Kemensah pula. Tapi kali ni, kami berdua benar-benar bergantung pada nasih dan berharap ada keajaiban yang berlaku. Berserah sahaja kat Tuhan, apa nak jadi, jadila. Sesekali buat kerja gila.
Macam kisah Trans Slim tahun lepas yg kami sesat malam tu dan gamble habis cari cara mcm mana nak keluar dari Empangan Sungai Gelinting dan Kampung Slim tu nak ke Empangan Sungai Dara di kaki Gunung Liang, Perak dulu. Tu tak masuk lagi cerita mcm mana kami struggle sesat malam tu, habis topo, peta dan kompas kami selak. Yang tu lagila tak masuk dlm rancangan pun. Cuma masa tu plan asal hanya gigih berfikir mcm mana nak sampai ke Gunung Chondong Gelinting.
Begitulah nasib kami masa ni. Perasaan tu kami je tau sekarang apa yang dirasai. Walaupun apa caranya kami kena gigih keluar dari kaki gunung dan berjalan masuk ke jalan raya atau jalan besar serta cari line telefon yang lebih clear sebab plan A nak cuba dapatkan Grab pastu balik ke KL semula. Kos memang mahal nanti, tapi bukan selalu pun. Baru bermakna sikit situasi, nampak challenging sikit. Tu takat tu jela rasanya plan yang ada. Kami tak nak terlalu fokus hal tu, kali ni nak enjoy jer perjalanan ni. Aku yakin adanya solusinya.
Hujan mula turun rintik-rintik, lama kelamaan jadi lebat tapi hanya sebentar je. Nasib memang menyebelahi. Kami pun tak berapa nk lencun sangat sebab hutan yang tebal tu dah jadi payung semulajadi melindungi kami dari basah kuyup. Bila dah melalui seberang sebuah anak sungai, iaitu trek dah jadi landai semula, kami melalui satu kawasan yang boleh di katakan sangat menakjubkan permandangan.
Sepanjang jalan (kiri dan kanan) di penuhi dengan pokok bunga kantan yang sedang dan belum mekar merah jambu mewarnai perjalanan kami. Niat dihati nak jugak petik ambik bunga yang belum mengembang tu, bolehla buat laksa balik nanti, tapi memandangkan aku pun tak pandai buat laksa tak guna jugak kalau ambik. Apa yang buat aku berasa musykil hingga kini adalah bagaimana pokok-pokok tersebut boleh tumbuh sebegitu rupa banyaknya; adakah memang sengaja ditanam untuk dijual atau ianya semulajadi tumbuh disitu. Tak pernahlah aku tgk bunga kantan seluas alam tumbuh melata. Teringat pokok bunga kantan dibelakang rumah aku yg segar berkembang. Setiap kali aku balik kampung mesti Mak dan Kakak akan aku buatkan laksa untuk aku yang memang hantu laksa. Terus hilang sekejap nak fikir masalah macam mana nk balik nanti.
EP12: RUMAH
Habis melayan kecantikkan bunga-bunga kantan, kami tiba di sebatang sungai dimana kami berhenti sekejap untuk membasuh kasut. Dah berlubang tapak kaki rasanya dek banyak dan lama sangat pasir-pasir bersarang dalam kasut. Tu tak termasuk lagi kakitangan pacat sekalian alam sedang ralit menghisap darah manis kami. Kejadian menghumban pacat-pacat dalam sungai kembali lagi mengukir bersejarah.
Tak nak ralit rendam kaki dalam sungai yang makin menambah kepucatan warna kulit kaki kami sambung kembali perjalanan. Nampaknya celah kangkang aku dah bertambah denyut-denyut sakit. Sebenarnya sakit tu bermula dari masa nak naik ke Pondok Kemensah lagi. Cuma kat situ, aku tahan la mana yang mampu, demi puncak ke 99 ini, segala tekanan perasaan mental atau fizikal aku kena serap ke dalam jiwa.
Trek memang landai tapi becak dan berlumpur sebab tadi baru hujan kan. Tambah lagi tu trek orang asli naik motor lalu lalang keluar masuk. Sekali lagi kami basuh kasut kat anak sungai terakhir sebab kasut dah kotor balik. Macam mana nanti nak naik Grab kalau kasut kotor nanti, baju dengan seluar pun lembap sikit. Kat sungai itulah starting pointnya. Ada tapak parking kereta yang boleh muat 5 ke 6 biji kereta aku rasa kalau satu group buat trip masuk parking dekat bawah pokok besar.
Dari situ kami sambung berjalan keluar dengan menghayati permandangan kebun-kebun, resort dan homestay persendirian serta rumah-rumah yang begitu cantik dan tinggi nilai arkitekturnya. Kagum jugak aku tengok. Sempat la aku bergambar kat pintu gerbang-pagar sebuah rumah agam yang besar. Aku yakin itu pasti hak milik keluarga bangsawan atau kerabat diraja. Siap ada rumah kuda lagi. Tu tak dapat aku nak digambarkan kat sini yang mana rumah yang aku sangka itu rumah milik orang kampung tu rupanya hanyalah rumah penjaga banglo tersebut. Yang best homestay atau rumah penginapan kat situ berada di tepi sungai denga jalan dikampung yang memang permai dan damai jer suasana. Bayangkan bangun pagi-pagi, kalau ada rasa nak mandi sungai boleh jer bukak tingkap dan terus terjun dengan gaya dua setengah sommersault half twist versi papan anjal. Tiba tiba, teringat pulak kenangan masa zaman kanak-kanak ribena setiap kali pergi rumah mak saudara yang terletak kat Kuala Sentul, Maran, Pahang. Satu pasukan sepupu dan sedara mara akan berpakat dan berkumpul pergi mandi sungai bersama-sama.
Alkisahnya kami berjalanlah kaki sepanjang-panjang jalan menuju ke jalan besar. Motor dan kereta yang lalu lalang haram sebijik pun tak berasa nak tumpangkan kami, walhal tanya pun tidak. Takde seorang pun berasa simpati dan rasa kesian nk bagi kami naik sekali. Diorang tak tahu ke kami ni tengah pening dan susah hati fikir mcm mana nak balik KL balik (sebenarnya takda rasa apa-apa pun perasaan, sebab aku jenis berserah pada takdir apa nak jadi, sebab perancangan Allah lagi Maha Hebat dan lebih baik). Sesungguhnya memang itu yang dikurniakan pada kami hari tersebut dan kami sungguh bernasib baik sekali.
EP13: JANDA BAIK
Orang kata tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Orang putih cakap "lucky is my middle name". Begitulah nasib bahagia yang telah menimpa kami. Aku dgn En. Farid bila dah dapat line telefon 3G, 4G tu, apa lagi terus bukak telefon dengan data, bersusun mesej dgn notifikasi masuk. Kami pun updatekanlah diri kat group whasapp Team Seladang dengan berura-ura bagitahu yang kami ni keluar melalui Janda Baik tapi takda kenaikan nak pulang ke Kemensah tu.
Mereka sedia maklum yang kami berdua masuk ke Bukit Repin melalui trek Kemensah-Pondok Repin tetapi keluar je Janda Baik itu diluar perancangan. Jauh dah kami berjalan masih tak jumpa-jumpa jalan besar. Nak jadikan ceritakan, En. Farid la yang menjadikan perjalanan kami lebih indah dan menarik. Disebabkan beliau terajin membuka Instagram tetiba hari tu (aku pun tak terfikir nak check instagram bila atau setiap kali selepas keluar dari hutan ni), maka terpampang gambar si Sifu Afiq Ariffin mengupload gambar beliau bergaya di puncak Bukit Repin dan En. Farid menyatakan bahawa gambar tersebut baru beberapa saat dimuat turunkan dilaman media sosial tersebut.
Aku mula-mula percaya tak nak percaya dan bertanyakan bila masa mereka naik sebab tak nak mengharap apa-apa. Melalui maklumat di Instagram beliau, mereka menaiki ke Bukit Repin seawal pagi tadi dan En. Farid menyuarakan ideanya yang bernas menyuruh aku menelefon Sifu Afiq Ariffin bertanyakan keberadaan mereka ketika itu. Mula-mula aku menghantar pesanan ringkas, kemudian aku merasakan hal tersebut macam tak ke sampaian pulak hajat aku jika berbuat demikian, mungkin mesej tak dilihat, dibaca ataupun tak dibalas apa-apa. Langsung aku terus telefon beliau. Ketika menaip mencari nama beliau, satu persatu pulak muncul nama orang bernama 'Afiq' keluar dalam senarai contacts aku. Seingat aku 4-5 orang jugak la org bernama Afiq dalam telefon ni aku ada nombor mereka. Time tengah nak cepat macam nilah aku kena ligat berfikir nak cari nama yg betul untuk dihubungi. Lambat sesaat mungkin mereka sudah berada makin jauh.
Panggilan yang dibuat kini membuatkan aku terasa berdebar-debar. Tuhan je tahu apa yang aku harapkan ketika ini dan penuh syahdu pula berdoa agar panggilan terjawab serta apa yang bermain-main dalam fikiran aku termakbul hendaknya (korang pun mesti fikir benda yang sama kan) Bila nada dering bertukar kepada jawapan panggilan suara orang masuk, aku terus beri salam dan tanpa berlengah memberitahu keadaan dan situasi kami ini. Sifu Afiq Ariffin pula mengkhabarkan yang beliau kini sedang bersama dengan En. Hafizuddin masih berada dan berhenti rehat di RNR Genting Sempah. Aku menyatakan hasrat untuk menumpang balik dengan mereka dan kalaulah tidak keberatan, bolehlah mereka mengambil kami rasanya takdelah dari tempat mereka. Jarak kami dengan RNR Genting Sempah hanyalah 13-14km sahaja, ikut peta google dan sebenarnya plan B kami memang nak berjalan bergerak terus ke RNR tersebut kalau tiada jalan penyelesaian lain nanti.
Bagaimanapun, mereka berdua bersetuju untuk mengambil kami dan dengan segera kami menghantar lokasi kawasan kami berada iaitu di persimpangan tiga jalan di Kampung Chemperoh. Kami berjalan dan terus berjalan untuk mendekatkan jarak kami dengan mereka. Walaupun orang nak datang ambik, kami pun kena la ada usaha sendiri jugak. Kami keluar ke jalan besar dan En. Farid mengajak aku berjogging pula. Pada mulanya aku enggan dan setuju berjogging kemudiananya tetapi beberapa ratus meter jer aku lakukan sebab sudah tak sanggup menahan sakit dicelah kangkang.
Aku meminta untuk berhenti di kawasan hentian bas di tepi jalan yang ada. Jam menghampiri 6.30 petang dan kami telah berada di Kg Sum Sum Hilir di Janda Baik sebagai lokasi penamat trip kali ini, hanya menunggu untuk dijemput pulang. Rasanya dah boleh menarik nafas lega walapun orang yang di tunggu masih belum tiba
EP14: PULANG
Azan maghrib berkumbang didengari dari surau berdekatan. Aku perasan banyak rumah tahfiz kat area ni. Alhamdulillah, ada lagi orang beriman dan alim dalam Malaysia ni. Cuaca dah mula gelap. Sebaik tiba dan duduk di hentian bas di tepi jalan tu, aku terus bukak kasut dan stoking. Kesan darah beku yang tinggal kini sudah tertanggal dan sedikit saki bakinya ada melekat di kulit dibeberapa tempat. Lega kaki dapat rehat macam ni.
Tunggu punya tunggu akhirnya sebiji kereta yg dinaiki oleh mereka (Afiq Ariffin dan Hafizuddin) tiba jua akhirnya. Fuh, amat lega sama sekali aku rasa. Penantian akhirnya berakhir. Perut yang berkeroncong rasa kelaparan tadi terus lupa rasa pedih. Tak kisah dah aku, lapar masalah nombor dua kini atau tak perlu jadi apa-apa masalah. Yang penting nak balik ni betul-betul dah setel satu masalah yang maha besar.
Bersyukur sesangat bila dapat member yang baik macam ni sanggup beri pertolongan bila dipinta. Inilah semangat dalam Team Seladang yang selalu aku dapat dari ahlinya. Tak kira susah senang, masa dan tempat ada jer yang ringan tulang nak membantu. Semangat setiakan macam ni kami ahli Seladang amat didambakan. Kerana itu setiap ahli dalam Seladang dipilih bukan semata-mata padu, laju atau punyai fizikal yang mantap atau bertubuh kekar sahaja.
Turun naik kami para ahli Seladang dan masa disusah senang dahulu hingga kini kami lalui bersama. Ingat lagi, awal penubuhan; ada jer yang nak kecam dan mencari salah. Tapi konsep kami mudah; lagi dikecam lagi dibuat (tu perangai tak makan saman) dan satu lagi; nak buat tu buatlah, jangan cakap kosong atau jenis tak buat tak tahu lagi hasilnya. Pengalaman yang aku dapat dalam bidang pergunungan selama ini walaupun masih setahun jagung amat tak terkira banyak samada yang baik ataupun buruk. Walaupun singkat, yang mana buruk aku jadikan pengajaran dan yang baik aku akan cuba kongsikan sebaik mungkin.
Nak buat karangan 10 ke 20 episod memang tak cukup rajin sangat nak tulis dan cari masa nk mengarang, tapi bila orang tanya aku pasal itu ini, aku rasa itu adalah satu cara aku nk berkongsi idea dan pengalaman aku dari cara penulisan walaupun tak dapat nk beri gambaran yang jelas atau cerita yang sama apa yang dirasai. Tapi setelah dapat feedback yang aku terima, aku menjadi bertambah yakin dan menjadi positif yang apa aku tulis itu sentiasa menjadi rujukan dan input pada yang memandang dan tahu menghargai.
Pakaian aku masih lembap dan bernasib baik punyai plastik sampah yang besar untuk dibuat pelapik alas diatas kusyen kereta. Risau nanti mengotorkan kereta orang dan aku masih sedar konsep menumpang kenderaan org. Perjalanan pulang ke KL berlangsung hampir sempurna, tiada sebarang masalah yang timbul. Afiq Ariffin dan Hafizuddin sudi pula nak hantar sampai ke parking kereta di Kemensah. Kami rasa berbesar hati rasanya. Dahlah sanggup ambil kat Janda Baik pastu sanggup hantar masuk ke trek Kemensah yang sangat jauh ke dalam dan gelap gelita. Tak tau nak balas budi mereka dengan apa.
Kami sampai di parking kereta pukul 8 lebih. Sebaik aku keluar dari kereta mereka, aku pula menerima panggilan dari seorang kawan yang juga ahli Team Seladang iaitu Murshid. Beliau bertanyakan keadaan kami dan dimanakah kami ketika itu. Aku memberitahu yg kami baru sampai dengan selamatnya ke kereta kami dan beliau memberitahu hasratnya nak datang ambik kami jika tiada sebarang bantuan diterima atau tiada kenderaan untuk pulang khususnya.
Perasaan aku ketika itu hanya Tuhan yang tahu. Tak sangka masih ada manusia yang baik hati dan inilah balasan kalau kita yakin dan berserah diri mengharap hanya pada pertolongan Allah. Maksud aku usaha dan tawakkal tu kenalah jugak seiring, benda takkan semudah itu jatuh dari langit kan. Kami pun tak mahu berlengah kerana mahu cepat-cepat pergi membersihkan diri dan mengisi perut. Terima kasih teman taulan yang terlibat. Jasamu amat ku kenang dan tak terbalas.
Tammat.
4.11.2018
Klik bawah untuk cerita: 15 Cerita Paling Termistik Sepanjang Cikgu Mencompress Gunung

pengalaman yang menarik
BalasPadamTq baca...
PadamSeronoknya saya membacanya. Trip saya ke Bukit Repin selepas Raya ni. Mujur terjumpa blog En Amir. Boleh saya jadikan panduan serta pedoman.
PadamAlhamdulillah... ikut Janda Baik ke ikut Kemensah..kalau ikut JB senang sket...trek lebih pendek .
Padamepic
BalasPadam😘
Padamepic
BalasPadamAlhamdulillah
Padamrasa nak pergi minggu ni insyaAllah.
BalasPadamKalau ikut kemensah x tahu lepas ke tak..sblm ni tutup.. kalau ikut janda baik.. kena pakai guide kantenyer
PadamPerrrgghhhh padu bro. Kalau ade Waterfall tu mmg lagi layan. hehe
BalasPadamWaterfall sbelah lain kut.. air terjun sofea jane ke?
PadamPerkongsian yg menarik ..kalau ada nak pergi lagi minat nak follow
BalasPadamAlhamdulillah..Insya Allah... l
Padam