BUKIT ENGKU BUSU (SOLO REDAH), Lumut, Perak

BUKIT ENGKU BUSU SOLO MAGHRIB-ISYA'
LUMUT, Perak
6.7.2019 Sabtu


       Turun dari Bukit 300 aku terus bukak telefon mencari 'starting point' ke Bukit Engku Busu. Aku target nak naik dekat situ 'paling-paling' lambat pun pukul 6.45 petang. Kalau terlalu lewat aku pun takkan naik dah. Lagi satu, sebab ni sajer nak cari jalan masuk, tak dapat naik hari ni, esok aku boleh naik situ. Senang buat kejra esok. Badan yn tengah panas berpeluh, lalu aku bukak Aircond kuat-kuat. Air dalam kereta lalu di capai dan di minum seteguk dua. Agak panas cuaca petang ni. Mulalah nak berdoa semoga hujan segera turun. Jarak dari Bukit 300 dalan tujuh ke lapan kilometer sahaja lagi . Bila makin dekat aku jadi makin teruja. Dan keterujaaan itu jadi hilang bila GPS bawa aku sampai ke pintu masuk pangkalan tentera TLDM. Terlajak.


SESAT

        Terus aku parking diluar parkir yang disediakan. Takkan starting point dalam pengkalan TLDM. Apa aku nak jawab kat pihak keselamatan nanti. Pening sekejap tengok peta macam tu. Aku pusing balik dan cuba bawa kereta perlahan-lahan kali ni. Banyak pula orang berhenti tepi jalan ditepi laut ni. Aku tak hairan sangat bab laut-laut ni. Dah naik muak masa kecik-kecik dulu tiap-tiap minggu pergi berkelah tepi pantai, siap berkon oi dengan jiran-jiran lagi. Sekolah menengah aku pun tepi pantai. Masuk 'U' pun kampus dekat Pantai. Pantai Dalam lah (hahaha..pantai jugak). Apa lagi mahu?

       Dua kali aku berpusing ke tempat sama berpatah balik dari TLDM ke Hotel berdekatan, hinggalah aku jadi pasrah dah berhenti di tepi jalan yang selamat. Buang masa aku jer macam ni. Aku tak puas harti. Aku 'study' balik dengan melihat semula satu dua video dari Youtube dan membaca beberapa blog lagi. Okay, aku dah jumpa. Rupanya 'landmark' Balai Polis Lama Lumut yang sudah terbiar ditinggalkan menjadi kawasan masuk di simpang tiganya. Dari kiri, sebuah hospital lama yang sudah di tinggalkan dan kini dibangunan menjadi bangunan lebih canggih bentuknya (tak sempat baca papan tanda projek) membawa aku masuk ke dalam. Jalan raya yang agak rosak dan sedikit sempit membuatkan aku memandu sedikit perlahan. Tak sampai seminit aku sampai di kawasan kaki Bukit Engku Busu. Terdapat dua trek naik sebenarnya. Sebelah lagi aku tak kaji.Tapi bagi aku mana-mana yang dapat bawa aku naik ke puncak pun dah cukup memadai. Papan tanda tertulis "Selamat Datang ke Trek Merentas Hutan Bukit Engku Busu" dan memberikan satu kepuasan bila anda dah sesat dan jumpa apa yang dicari.

        Aku lupa melihat jam dari tadi kerana terlalu leka mencari jalan masuk. Aku tidak berfikir panjang terus mematikan enjin kenderaan dan suatu perasaan 'gila babi sudah datang dan ingin terus mendaki menawan bukit ini pada hari itu jugak. Aku tak tau apa yang merasuk aku sekarang ini. Sebaik memulakan pendakian, aku sempat melihat jam di tangan yang berwaktu 7.05 petang. Sudah terlalu senja tapi suasana masih terang. Tak apa, aku kena yakin, berani dan tak mudah mengalah. Bukan tak pernah buat.



WANGI

        Baru beberapa langkah aku mendaki dan masuk ke dalam hutan iaitu sebaik aku melepasi sebuah batu yang agak tinggi harus didaki, terus aku mencium suatu bau wangi. Sukar digambarkan. Kembang kempis hidung kerana bau wangi itu begitu menusuk masuk hingga ke dalam lubang hidung. Dalam hati aku berkata "sudah la aku in macam, mesti ada yang mengikut sampai atas nanti". Namun, aku tidak peduli, beberapa potong ayat dan doa aku baca dan perbetulan niat yang halus tulus suci ini sebaiknya. Yang penting yakin dan berserah pada Allah S.W.T. Kalau kau berharap kat makhluk kau takkan dapat apa-apa manfaat. Syirik. Tuhan pun benci.

        Aku teruskan juga langkah. Tak kisah apa halangan yang bakal ada lagi di hadapan. Aku melangkah agak perlahan kerana keadaan kaki ketika ini sedikit sakit selepas turun dari Bukit 300 tadi. Trek yang sangat mencerun naik hampir 70 ke 80%, penuh berakar dan berbatu memperlahankan lagi kepayahan perjalanan ini. Seperti Bukit 300, terdapat lapan kesemua checkpoint yang nombor serta ketinggian dalam bentuk kaki dan meter. Jadi hilang sedikit rasa pewai bila jumpa 'marking' macam tu. Ada benda boleh dibuat membaca. Antara marking pertama hingga ke tiga jaraknya agak pendek. Tapi marking dari tiga hingga ke lapan iaitu puncak tu agak jauh jarak antara satu sama lain. Kadang-kadang aku rasa kena 'game' bila tak jumpa-jumpa marking tu. Terdapat banyak tali yang dipasang bagi memudahkan pergerakkan naik. Aku menggunakan setiap inci tali yang ada bagi mempercepatkan sedikit proses pendakian aku. Bunyi penghuni hutan dah mula kedengaran di waktu ini. Dah pulang rumah masing-masing kut mereka ni jumpa anak bini. Aku jer tak reti-reti nak balik lagi. Alhamdulillah pendakian aku ke puncak kali ni tiada lagi kejadian misteri dan menakutkan. Semua berjalan dengan lancar seterusnya.



PUNCAK

       Lepas checkpoint ke enam, aku banyak melalui kawasan berbatu dan berakar lagi. Aku terlepas pandang checkpoint ke tujuh. Tak perasan pulak dalam pada mata ni terkial-kial tengok trek. Mata aku memang pandang bawah jer. Sesekali tengok trek depan, cuma nak anggar jarak berapa jauh lagi. Baru nak acah-acah bukak lampu suluh, terpandang kawasan terang cahaya dari atas. Kawasan tersebut agak terbuka. Mungkin puncak dah dekat. Yang buat aku jadi teruja bila dari tepi kiri kanan boleh nampak sudah permandangan laut yakni Selat Melaka dan Sungai Manjung.

        Makin lama makin dekat dan perjalanan aku ke puncak kian berakhir apabila aku tiba di checkpoint yang bertanda 8. Agak luas dan rata, terdapat sebuah kerusi yang diletakkan disitu untuk diduduki, namun tiada signboard yang bertandakan itu puncak. Aku berjalan sedikit ke hadapan, terdapat mungkin pencawang radio berpagar, tak berapa nak nampak sangat, dah makin gelap. Aku berjalan keliling puncak, ke hulu ke hilir. Saja nak kasi nafas perlahan balik. Mengah jugaklah main dua bukit berturut-turut, angin pula tak bertiup. Bukit Engku Busu ni banyak sejarahnya. Diberi nama sempena nama Raja Engku Busu yang mati dalam misi berperang dengan lanun kalau aku tak silap dan baginda jugalah orang yang membuka Lumut ni hendaknya. Lebih mengerikan aku rasa bila seorang sahabat pernah bercerita (lepas aku turun malam tu) yang ada seekor beruk yang sangat besar duduk menghuni di sekitar kawasan puncak tersebut suatu ketika dahulu dan mungkin sudah mati agaknya. Aku bilang kepadanya masa sampai dipuncak aku ada dengar bunyi seakan seekor binatang macam kera. Disebabkan aku dah biasa bunyi benda tu dalam hutan selama ini, maka aku rasa itu perkara biasa. Tak tahulah pulak kalau ada penjaga kawasan disana.




       Lima minit kemudian aku rasa bosan dah. Dengan tak ada orang kat puncak, aku nak turun sekarang. Asalnya nak turun pukul lapan malam nanti nak tengok matahari terbenam. Tapi bila dah sampai kat puncak yang tak nampak apa-apa view, semua dikelilingi puncak, maka temanya view itu adalah bonus. Puncak ke 107 ini dah ku tawan dan aku pun turun perlahan-lahan tak nak bagi kaki sakit sangat.



VIEW POINT

     







       Agak kebetulan jugak sebab masa naik tu tak nampak pulak kawasan tersebut. Masa turun, aku terpandang satu viewpoint sebelah kiri, mungkin 100 meter dari puncak. Subhanallah. Permandangan matahari terbenam yang betul-betul memukau penglihatan. Biasa tengok jer 'sunset' ni, tapi dengan mega-mega merah diufuk barat tu mewarnai awan dan langit beserta pangkalan TLDM tu, ditambah suasana yang begitu hening dikala azan Maghrib berkumandang bersilih ganti dari setiap penjuru kedengaran Hati siapa tak tersentuh dan kagum melihat. Rasa sempurna hidup dapat lihat permandangan macam tu. Terus terbantut niat nak turun cepat-cepat tadi. Aku begitu alpa dan merekod video matahari terbenam sambil menikmatinya seadanya. Sedar tak sedar dah dua puluh minit aku lepak duduk di situ. Ingatkan nak duduk lebih lama lagi tapi aku risau kereta yang berada di parkir yang agak jauh orang ramai. Aku ni dahlah sorang-sorang buat kerja gila ni. Dah la datang jau pula tu.

       Bila matahari dah makin kelam warnanya dan kaki langit dari merah menjadi makin pudar, baru aku sedar yang alam sekeliling aku sudah gelap gelita. Aku harus beredar. . Sukar nak digambar. Yang aku boleh bagitahu adalah kawasan ini sangat keras tempatnya. Mula-mula masuk pun disambut dengan sejenis bauan. Bau wangi yang aku hidu di pintu masuk tadi jelas terbayang di fikiran. Pada aku bila aku menjengah masuk ke bukit ini aku dah dapat merasai kelainan yang ada di bukit itu
Nak tak nak kena lalu juga. Aku mengeluarkan lampu suluh (headlamp tertinggal di kampung), cahayanya sudah mencukupi untuk aku suluh ke trek. Aku tak nak cahaya yang terlalu terang dan tinggi, tak sanggup nak tengok ada benda tengah tengok aku.



 TURUN   

       7.45 malam aku beredar dari situ. Saat itu, suara iqamah dan orang memulakan solat Maghrib sudah bermula. Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran menemani perjalanan aku turun.
Secara automatik mulut aku turut sama mengalunkan bersama bacaan itu dengan Iman yang amat jelas kedengaran. Baru masa sekarang nak ingat Tuhan. Perjalanan turun merupakan waktu yang agak dramatik bagi aku. Mana taknya, seorang diri dalam hutan dalam waktu malam ni buat aku berfikir macam-macam. Bila nak cepat kaki buat hal pulak. Perlahan-lahan aku turun, kadang-kadang terpaksa mengengsot turun. Keadaan tanah yang jadi licin sebab terlalu kering dan berpasir hampir membuatkan aku terjatuh beberapa kali. Siap kali jumpa signboard aku akan menyuluhnya, walaupun dah boleh agak berapa bacaanya. Dari signboard ke 5 hingga ke 3 aku terlepas pandang, mungkin kerana aku turun agak laju dan aku seolah-olah tidak menghiraukan lagi keadaan sekeliling. Nak cepat sampai jer. Perasaan berani tadi bertukar sedikit takut dan kecut. Dibeberapa tempat yang aku lalui (seperti batu-batu besar) aku rasa meremang sedikit bulu roma. Aku anggap itu hanyalah mainan perasaan dan tidak menghiraukannya. Yang penting aku kena turun dengan segera dan selamat sejahtera. Bacaan iman bertukar dari rukuk, sujud dan hampir tiba ke penghujungnya.

       Bila melalui kawasan landai, baru rasa sedikit lega. Lega maha jugaklah sebab dah tau nak dekat sampai. Langkah aku jaga. Takut juga saat akhir ada kejadian tak diingini menimpa. Dari jauh aku dah boleh nampak lampu jalan. Lagi cepat aku berjalan, sesekali buat aku berlari anak. Tengah syok aku buat video turun, langkahku jadi lintang pukang. Seekor anjing yang menunggu di tengah-tengah jalan berjarak dalam 50 meter menyedari kehadiran aku dan terus menyalak kuat kepada aku. Salakkannya memanggil beberapa ekor rakannya datang kemari dekat kepada aku. Aku mencarut. Terkesima. Aku jadi cuak dan segera mencari kunci kereta sambil mulut aku turut membalas salakkan anjing tersebut semula. Dah macam berperang dengan anjing. Kekecohan yang berlaku tersebut terlerai beberapa saat kemudian selepas aku makin mengeraskan salakkan aku. Betul-betul cemas aku sekejap. Anjing tersebut berlari masuk ke dalam kuil yang sudah lama ditinggal disitu dan aku berjaya membuka kereta tanpa sebarang kecederaaan. Masa balik tu aku terfikir mungkin anjing tu menyalak pada yang 'mengekori aku kut'. Perasaan jer.

       Gelagat aku rupanya diperhatikan oleh seseorang. Ada orang rupannya. Aku pura-pura buat tak malu. Bukan dia kenal aku pun. Terus aku menutup pintu kereta menhampirinya. Kali ini aku yakin itu orang kerana orang itu duduk menyapu sampah. Takkan hantu rajin menyapu sampah kut. Susuk tubuh seorang lelaki berumur dalam 50-an aku salami dan aku mengambil peluang berborak bertanya khabar. Pak cik itu nampaknya sedikit pun tidak hairan tengok aku baru turun bukit seorang diri. Katanya setiap minggu dia datang kesitu menginap rumah miliknya disitu. Sempat aku melihat rumah banglo besar belakang beliau. Aneh sekali aku rasa, kedudukan rumah ni agak jauh dari kawasan berpenduduk dan pak cik tu bilang dia datang dengan rakannya berdua.

       Aku malas nak borak lama. Ada yang menunggu aku diluar sana. Ada yang nak bawak aku berjalan-jalan sekitar Lumut dan Manjung nanti. Esok nak ke Taiping pula. Untung panjat bukit sana.

Tammat

Ulasan

  1. Sekrg boleh pegi kerr musim tegkujuh

    BalasPadam
  2. Setengah jam sahaja ke mendaki? Laju ya

    BalasPadam
  3. gile r turun peak busu mlm n sorg2.. tp mmg power la tapau peak 300 n busu dalam masa yg cepat..mmg laju tul

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas coretan bukit 300 dan bukit engku busu. Dpt jugk maklumat sbb esok sy plan nk naik bukit2 tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama sama.. semoga dpt jadi panduan

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 14 Most Hardcore Mountain to do Dayhike or Compress (Personal View) in Malaysia

BUKIT LUBUK BATU (via Denai Hutan), Marang , TERENGGANU

BUKIT 300, TELUK BATIK, LUMUT, PERAK