TRANS BUKIT HULU BAKAU-BUKIT HULU TELANG 11.10.2025

TRANS BUKIT HULU BAKAU-BUKIT HULU TELANG
11.10.2025


m



Puncak ke 216: Bukit Hulu Telang (1347m)
Puncak ke 215:  Bukit Hulu Bakau (1377m)

Last minit permintaan, dapat trip rare ni dari sahabat @ dan permintaan aku pulak tak nak ke Rajah atau ke Kutu (sebab dah banyak kali pergi). Terima kasih atas bantuan koc. Apa-apa pun Mgp saya selalu membantu saya walaupun ramai mengecam. Trip Trans Hulu Bakau-Hulu Telang ni line up kami 3 orang je termasuk @ dan guide @.  Memang aku puas hatila. Aku cakap kat guide, yang penting kita dapat keluar siang.

       Dipendekkan cerita, aku attach sekali log cara purba aku (jarak dan km berbeza pada masing-masing sebab aku rekod under hiking mode dan jam coros apex pro 2)  dekat hujung cerita nanti. Target aku ;
1) Tak nak cramps dan dilarang injured, 2) Keluar siang, 3) Dua puncak baru; Hulu Bakau & Hulu Telang..

     Pukul 2.30 pagi kami mula perjalanan dari parking paling bawah. Bagi aku yang lambat panas, trek berjarak 6 kilometer ni agak membantu tetapi line up aku ni laju nak mampus berjalan. Trip ni aku bawak dua gears, satu sandal aku pakai dari mula sebab aku malas nak basah kaki awal-awal dan kedua kasut aku pakai bila lalu dekat Lata Peneleh nanti. Perjalanan kami agak terhalang seketika bila abang guide tergelincir masuk sungai. Berdarah dan koyak gusi hingga bengkak muka lepas tu. (Sebab tu banyak gambar dia tutup muka bukan sebab malu). Perjalanan aku pulak terganggu sebab headlamp jenis charging buat hal dan asyik berkelip-kelip. Memang betul-betul sakit hati, terutamanya bila lalu dekat kawasan batu nak menuju ke waterpoint sebelum ke Kem 10km, iaitu selepas Kem Cangkul. Perjalanan turun ke waterpoint tu ibarat turun ke waterpoint dari Kem Renoma (laluan trek ke Rajah) tetapi dipenuhi dengan batu-batu berlumut yang licin dan berakar.

      Aku akui guide aku memang laju dan padu. Potong sekejap, terus dia datang dari belakang. Aku pulak dari awal memang duduk belakang Nahayu je. Bila nak ke Kem 10km baru jumpa dua group, sama-sama mendaki nak ke Bukit Hulu Bakau dan Bukit Hulung Telang (total 2 group besar tak termasuk kami bertiga). Aku sebenarnya agak risau tak sempat nak solat Subuh di puncak dan bila tiba di kawasan lapang beberapa meter dari Terowong lama (tinggalan zaman British barangkali) aku berhenti seorang diri kerana jam sudah 6.45pagi dan juga dari jauh boleh nampak warna oren-kejinggaan matahari nak terbit mula kelihatan. Aku fikir puncak masih jauh sebab Nahayu kat kena lalu belakang apa dulu (hakikatnya aku dah lupa dan tak tahu nak tulis apa dalam cerita ni). Mental aku sebenarnya dah 'prepare another 1km' lagi. Begitula aku kalau tak nak jadi barai, selalu mental pikir teruk-teruk dulu. Sugguhlun begitu, aku menang kena scam sebab jarak nak ke puncak tu tak sampai 5 minit pun, syukur. Memang puas hati sebab kami dapat sunrise, kawan yang datang minggu lepas cakap dorang dapat view 'A4 paper' je.

     Sebab trip orang, kita ikut jela rehat berapa lama. Pada hakikatnya, bagi aku rehat 5 minit pun sudah memadai sebab trek nak ke Hulu Telang tu lagi empat kilometer sehala. Bila dengar lagi 8km pergi balik tu aku tak nak ambik risiko tinggal beg kat puncak Hulu Bakau. Apa-apa boleh jadi. Selalu 'prepare for the worst situation' orang putih kabo. Kami group ke dua gerak dari puncak selepas group Cina. Yang buat aku bangga, ada line up dorang tu mention nama dan blog aku kat puncak. Aku bangga bukan sebab femes, tapi ni nak bagitahu yang penulisan kau ni ; 1) akan ada orang baca, 2) jadi bahan rujukan, 3) " will made an impact even tiny little thing to people", 4) teruskan menulis. Seronok jugakla bila ada kawan-kawan tegur, boleh sembang-sembang.

     Perjalanan kami ke Hulu Telang adalah dalam misi sambil menyelam minum air iaitu, dalam menuju ke puncak baru aku ni, pasang 2 signage baru kat KEM SARS DAN KEM SENDUK PATAH. Trek sangat roller coaster. Dari melayani kebosanan dan mental trek begitu, aku pun buatlah kiraan dekat 37 kali naik turun sehala sahaja. Trek seperti ke Gunung Semangkok dari Kem Helipap dan masing belum clear sepenuhnya kerana Bukit Hulung Telang baru je orang rintis bulan Mei hari tu (2025). Dua jam kemudian kami sampai di puncak yang masih ada tinggalan beirut besi lama yang sudah tumbang. Kami tidak berehat lama dan bergerak pulang menuju semula ke Hulu Bakau untuk return balik. Disinilah segala mental, fizikal dan emosi teruji. Perjalanan naik ke Hulu Bakau ni betul-betul buat aku 'tak nak repeat dah lepas ni" dan dalam erti kata lain aku tak nak datang dah. Cukuplah sekali. Tambah perit, cuaca pulak panas dan bahang waktu tengahari.

     Sampai di puncak Hulu Bakau, kami rehat lagi untuk mengumpul tenaga turun balik. Perjalanan turun makin mudah sebab banyak menurun. Kami hanya berhenti di waterpoint untuk aku basahkan badan dan mengisi air. Kami tiba di Lata Peneleh pada jam tiga petang dan turut singgah ke Lata Makau. Itula kali pertama aku datang ke Lata Makau, ingatkan jauh treknya.

Alhamdulillah, misi kami nak keluar sebelum gelap berjaya. 10 minit sebelum pukul enam petang kami sampai di parking dengan jayanya tanpa cramps kaki.


P/S: Guide aku ni nampak je macam biasa-biasa dan orang kampung, tapi anak-anak semua pandai (sorang tengah buat medic dan 2 orang belajar kat MRSM). Dia pun padu nak mampus dan yang paling aku jadi respek bila tanya berumur dah 49 tahun. Terkedu jap aku ni, baru 30-an dah sakit itu ini..

TAMAT

(cerita pendek sebab nk up cerita TRANS BINTANG LAK)







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GADIS PURDAH: Trans TNBYY Reverse (alternate ending)

Top 14 Most Hardcore Mountain to do Dayhike or Compress (Personal View) in Malaysia

BUKIT LUBUK BATU (via Denai Hutan), Marang , TERENGGANU