Catatan

Tunjukkan catatan dari 2025

 Cerita Trans Gunung Bintang TST (Three Star Trail) Puncak Bintang°¹-North°²-South°³

Imej
 Cerita Trans Gunung Bintang TST (Three Star Trail) Puncak Bintang°¹-North°²-South°³ 25.010.2025 (Sabtu) Cerita Trans Gunung Bintang TST (Three Star Trail) Puncak Bintang°¹-North°²-South °³ 25 .10.2025 (Sabtu) 1.0: PENDAHULUAN        Trip ni aku dapat hanya kurang dua minggu dari tarikh pendakian yang bakal dilaksanakan. Terima kasih dengan @nahayu dan gogo @amani bagi aku join trip maha agung ni. Kalau ikut kepaduan tu, tak adealah padu sangat dah, cuma ni antara wishlist trip hiking yang paling aku tunggu-tunggu nak buat seumur hidup.         Bukan senang nak dapat trip compress dayhike Trans Bintang Three Star Trail. Setakat ni macam tak dengar lagi orang buat compress atau dayhike. Bak kata guide, kamilah kumpulan pertama yang akan buat TST compress ni. Jangan keliru; TST dengan GST tu lain. GST (Green Star Trail) tu lagi panjang, susah, jauh dan lama. Manakala, TST ni, kami nak tapau tiga puncak Gunung iaitu ...

TRANS BUKIT HULU BAKAU-BUKIT HULU TELANG 11.10.2025

Imej
TRANS BUKIT HULU BAKAU-BUKIT HULU TELANG 11.10.2025 m Puncak ke 216: Bukit Hulu Telang (1347m) Puncak ke 215:  Bukit Hulu Bakau (1377m) Last minit permintaan, dapat trip rare ni dari sahabat @ dan permintaan aku pulak tak nak ke Rajah atau ke Kutu (sebab dah banyak kali pergi). Terima kasih atas bantuan koc. Apa-apa pun Mgp saya selalu membantu saya walaupun ramai mengecam. Trip Trans Hulu Bakau-Hulu Telang ni line up kami 3 orang je termasuk @ dan guide @.  Memang aku puas hatila. Aku cakap kat guide, yang penting kita dapat keluar siang.        Dipendekkan cerita, aku attach sekali log cara purba aku (jarak dan km berbeza pada masing-masing sebab aku rekod under hiking mode dan jam coros apex pro 2)  dekat hujung cerita nanti. Target aku ; 1) Tak nak cramps dan dilarang injured, 2) Keluar siang, 3) Dua puncak baru; Hulu Bakau & Hulu Telang..      Pukul 2.30 pagi kami mula perjalanan dari parking paling bawah. ...

Bukit Do, Bentong

Imej
 Alhamdulillah.. Puncak ke 212 Bukit Do, Bentong (232m), Pahang Aku betul-betul ingat Bukit Do ni sama dengan Bukit Desa Damai.Bila survey, rupanya port hiking yang tak asing buat penduduk sekitar dan kedudukannya memang kat tengah-tengah pekan Bentong. Trek ada dua; A dan B, satu bertangga dan satu lagi berdenai. Trek aku bagi A+ 1. Sebab layan naik pacak. 2. Redup dan sejuk dan nyaman. 3. Marking dan signage tak mungkin sesat. Kurang; 1. Bising sebelah tu macam lapang sasar menembak, masa aku naik tu nak pecah telinga bunyi kuat orang menembak dan setiap kali bunyi tembakan, nak pecah jantung sebab terkejut. 2. Banyak nyamuk. 3. Licin tangga tu sebab banyak lumut dan lembap. #cikgucompress ##bukitdo #teamseladang