Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2023

GUNUNG HALIA, KARAK

Imej
  Alhamdulillah... Puncak Ke 176 Gunung Karak/Halia (280m) Karak, Bentong, Pahang Kalau ikut keliling, banyak lagi bukit lebih tinggi. Trek amat bersih dan luas; kalau ada 4×4 boleh naik atas lagi sampai ke signboard (gambar ketiga) Cuma banyak anjing berkeliaran secara berkumpulan dari  masa dah masuk dari DIY Karak, ikut je anak panah (papan tanda) hingga sampai ke jirat cina lagi banyak anjing-anjing. Ikut je anak panah tu, sampailah jumpa trek denai belah kanan dekat dengan anak sungai View 360 darjah tapi bahana panas yang membahang kat atas tak sampai 15 minit duduk, kami cepat-cepat turun semula parking walaupun baru pukul sembilan pagi lebih P/S: Terima kasih kat @bpcikai taja baju pendakian kali ni. Baju best, bukak order cepat #teamseladang #bpcikai #cikgucompress #misi200puncak #gunnughalia #gunungkarak

BUKIT RUPA @ UKM Bangi

Imej
Alhamdulillah.. Puncak ke 176 Bukit Rupa (108m), UKM Bangi Yer... Persoalanannya, memang ada ke bukit dalam UKM? ADA dan bertajuk : Bukit Rupa dekat Hutan Simpan Kekal UKM.         Trek sangat taktikal dan licin dengan tangga yang disediakan sudah agak berlumut dan banyak dah beranjak kedudukannya. Setibanya di puncak, langsung tak perasan dah sampai dek terlalu pewai dan mental nak melayan tangga. Dah la trek tak berapa jelas, banyak gila daun-daun dan ranting pokok atas trek. Nampak sangat tak ramai orang datang. Walaupun dekat dengan Bangunan Fakulti-Fakulti (sebakai bekas pelajar universiti, aku yakin ramai yang sedang membuta)         Terdapat sebuah beirut (aku pun tak tahu nak panggil beirut ke apa) atau stesen trigometri yang agak kecil di puncak. Agak tersorok di sebalik pokok. Misi diteruskan dengan visi nak mencari waterpoint pula dan hanya berjaya dilaksanakan dengan cara perlu turun dari puncak ke trek rintis lain. Agak jauh kena berjalan kerana kena ikut trek yang sud

Bukit Lagong 2023 (Puncak Ke 176)

Imej
          Alhamdulillah.. Puncak ke 176 Bukit Lagong (572m) Total Distance : 11.50km EG Gain: 753m        Sejak aku jadi pengulas bukit - bukau, Haizer aka Tiger pulak suruh aku review pasal Bukit Lagong pulak. Memag dalam senarai pun cuma tunggu masa dan waktu yang mengizinkan. Rezeki Tuhan, Oni ada mesej dalam beberapa hari sebelum tu pun ajak kalau nak hike dan beliau pun percuma kalau weekdays. Lama jugak tak jumpa Oni, kali terakhir bersua masa buat Trans Yamtuan Antah, 2017 barangkali. Terus aku ajak buat teman. Tak perlu risau mengenai permit atau guide kerana statusnya hanya Hutan Rimba; (betulkan jika silap info) bukan HSK - Hutan Simpan Kekal         Kami bermula agak lewat kerana kedua-dua terpaksa keluar semua dari kawasan parking Bukit Lagong kerana sakit perut. Tandas awam yang tersedia sudah rosak erana vandalisme. Air pun tak ada. Hanya pukul lapan setengah lebih, barulah kami bergerak naik dan masa senang naik, ada jumpa seorang Uncle India yang sedang turun meng