TRANS JERGING Compress
TRANS JERGING Compress
Harian Metro
Jumaat 19 April 2019
Amir Muslim
Trans Jerging diambil nama sempena nama sebuah anak sungai yang dilalui didalam laluan pendakian ini yang meliputi empat gunung iaitu Gunung Suku (1797meter), Gunung Irau (2110meter), Gunung Yellow (1667meter) dan Gunung Pass (1587meter) dengan jumlah jarak perjalanan sebanyak 18km lebih.
Perjalanan akan bermula di starting di tepi jalan Simpang Pulai-Cameron Highland iaitu terletak pada kilometer ke 32km dari exit keluar Tol Simpang Pulai dan yang istimewanya akan berakhir di tepi jalan yang terdapat tulisan 'Selamat Datang Ke Cameron Highland' nanti. Untuk pendakian kali ini, beberapa buah kereta telah diletakkan di kawasan tersebut untuk proses keluar dan balik nanti yang diletakkan ditepi jalan. Pendaki dinasihatkan untuk berhati-hati dan meletakkan kereta diatas risiko sendiri kerana beberapa kes pecah kereta telah terjadi sebelum ini. Untuk lebih selamat para pendaki boleh memilih untuk membayar sedikit mahal untuk menaiki pacuan empat roda untuk menghantar dan mengambil pulang. Tujuan pendakian kali ini adalah untuk melakukan secara daypack/dayhike selain menikmati keindahan alam sekeliling.
Bermula seawal pukul tujuh, penulis bermula seorang diri kerana mempunyai urusan yang terpaksa di selesaikan terlebih dahulu bergerak agak lewat dari Kuala Lumpur dan bercadang mahu berhenti berehat untuk melelapkan mata sebentar di kawasan rehat Simpang Pulai. Tidak sukar bagi penulis kerana laluan ke Gunung Suku nanti kerana sudah dua kali mendaki gunung tersebut sebelum ini. Tidak perlu risau untuk sesat kerana treknya jelas dan banyak tanda diletakkan tetapi jalan pendakian bagi aku sangat mencabar kerana hampir 75% peratus treknya sangat pacak dan mencanak naik. Mengambil masa kurang 2 jam untuk tiba di puncak, perjalanan berjalan lancar dengan keadaan trek yang agak kering. Beberapa kumpulam perndaki ditemui sepanjang trek dan ada antara mereka juga aku kenali. Tiba dipuncak terdapat beberapa kumpulan pendaki yang telah tiba terlebih dahulu dan penulis sebenarnya mencari-cari kawan penulis yang bakal aku sertai kumpulan mereka yang berjumlah lebih pada sepuluh orang.
Tidak lama penulis berhenti rehat di puncak Suku kerana jika lama-lama berada di puncak nanti kepanasan berjemur di bawah pancaran terik matahari. Perjalanan seterusnya akan menuju ke Gunung Irau yang terletak agak jauh perjalanananya. Untuk ke Gunung Irau, para pendaki perlu melalui Kem Bear iaitu dimana salah satu tapak perkhemahan yang kebiasaanya bermalam dan mempunyai sumber air sungai sendiri. Perjalananan ke Kem Bear amat mudah kerana lebih banyak menurun dan melalui kawasan yang kebanyakkannya landai.
Sepanjang perjalanan, permandangan gunung-ganang boleh dilihat dari jauh dan yang lebih mengagumkan anda akan disajikan dengan tumbuhan-tumbuhan lumut atau mossy yang tumbuh disepanjangnya. Penulis tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sebanyak yang boleh untuk dibuat simpanan peribadi. Hanya di Kem Bear aku menemui rakan-rakan kumpulan pendaki yang lain. Terdapat hampir 5 kumpulan pendaki yang membuat Trans Jerging dayhike pada hari tersebut dan hanya satu kumpulan yang akan melakukan pendakian selama 2 hari satu malam dan mereka akan bermalam di puncak Irau.
Selama hampir sejam berehat dan menantikan kesemua pendaki sampai barulah kami bergerak bersama-sama menuju pula ke Gunung Irau. Perjalanan ke Gunung Irau memberikan satu pengalaman tersendiri kerana lebih banyak tumbuhan mossy semasa dalam perjalanan tetapi treknya pula menjadi semakin menaik. Penulis dan pendaki yang lain mula berjarak antara satu sama lain dan berpecah menjadi beberapak kumpulan yang kecil pula. Trek yang kering tadi menjadi semakin becak dan lembap dan ada beberapa tempat perlu berhati-hati kerana sangat licin dan berselut. Kami tiba di puncak Gunung Irau pada pukul satu dan merupakan kumpulan pendaki yang pertama tiba disitu pada hari tersebut.
BSelepas makan tengahari, ada beberapa orang kami mula melelapkam mata di puncaknya yang sangat luas dan selesa. Suasana yang dingin dan berangin mula terasa. Gunung Irau (2110 meter) adalah salah sebuah Gunung yang terkategorikan sebagai G7-G11 iaitu empat gunung di semenannung malaysia yang berketinggian lebih daripada 2100 meter keatas termasuk Gunung Batu Putih, Perak (2131meter), Gunung Benum, Pahang (2107meter) dan Gunung Gerah, Kelantan-Perak (2103meter).
Pukul 3.30 petang kami bergerak untuk menuju ke Gunung Yellow. Perjalan yang banyak naik turun amat memenatkan dan ada antara line up yang kejang kaki. Checkpoint seterusnya adalah di Kem Bunian yang mengambil masa sejam lebih untuk tiba disitu. Yang menariknya kem Bunian ini terletak di bawah pokok-pokok yang ditumbuhi lumut yang memberikan satu panorama yang sangat cantik dan menarik. Kerana terlalu jauh dan berjarak kami bercadang untuk regroup di kawasan tangki air nanti yang terletaknya kebun sayur nanti. Tiba disitu kami mengisi air dan membuka dapur untuk memasak air panas dan meggi. Anda amat dilarang sekali untuk menceroboh masuk ke kawasan kebun tersebut kerana milik persendirian dan dilarang melepasi kawasan pagar berduri yang telah dipasang.
Hujan mula turun dengan lebat sebaik sahaja kami ingin berangkat menuju ke Puncak Gunung
Ni la Philips |
Yellow. Puncak gunung Yellow hanya mengambil masa 15 minit dari situ dan kami tiba di puncaknya agak lewat iaitu hampir waktu maghrib. Kami berhenti seketika demi menghormati waktu dan kembali bergerak kembali setelah hari sudah gelap dan hujan sudah berhenti. Kali ini kami kembali menyusun kedudukan line up yang dibahagikan beberapa kumpulan agak tidak terlalu berjarak jauh dab berpisah kerana perjalanan trek yang sangat panjang dan gelap pasti menyukarkan para pendaki yang belum pernah tiba ke sini. Ada beberapa kawasan yang agak keliru treknya dan pendaki perlu berhati hati kerana banyak lubang.
Apa yang menariknya sepanjang perjalanan pendaki akan banyak berjumpa dengan batu sempadan yang sebesar lengan dan perlu lebih berwaspada kerna kedudukannya dintengah-tengah laluan agar tidak terlanggar. Beberapa kali juga kami berhenti rehat kerana kepenatan yang teramat. Laluan yang sangat panjang dan sangat 'roller coaster' (sebanyak lebih daripada 30 kali anak bukit/puncak tipu/trek menaik yang akan dilalui) betul-betul menguji kesabaran mental dan fizikal.
Kumpulan pertama kami yang disertai oleh penulis berjaya keluar pada pukul sebelah malam dan pendaki yang terakhir tiba keluar pada pukul satu pagi. Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan yang dialami dan semuanya berjaya menamatkan misi ini. Bagi penulis, ini adalah kali kedua berjaya menamatkan Trans Jerging. Walaupun masa lebih lama dicapai dari sebelumnya tetapi penulis amat berpuas hati kerana mendapatkan kenalan baru. Yang istimewanya, ada seorang line up kami iaitu Abang Phillip yang merupakan seorang kelain upaya (pekak) turut menyertai pendakian ini. Beliau telah membuktikan yang alah biasa tegal biasa, kalau hendakkan seribu daya, tak hendak seribu dalih dan kalau tidak dipecahkan ruyung mana akan dapat sagunya.
P/S: Pertama kali tulisan penulis masuk surat khabar. Sebab teks terlalu panjang, separuh muka surat je muat.
Ulasan
Catat Ulasan