GUNUNG SARUT ~ solo itu indah
Sarut Solo 2.0 16 JULAI 2022 Fastest timing : 4 jam 28 minit Total distance : 15km +/- (Cerita ni picisan je) Alhamdulillah. Walaupun kondisi badan tak berasa sihat, baru je lepas kemas deman sehari dua, berjangkit dengan anak-anak buah (pantang dorang deman, aku sumbat terus ubat, sampai dorang boleh tiru aku). Khamis dah mula rutin naik Bukit Maras petang-petang, nak buat Trans tak larat lagi. Kesian juga kat badan. Lagipun cauca mendung-guruh aku tak berani ambik risiko. Esoknya, Jumaat aku naik Maras lagi. Asalnya tak nak buat Trans Maras pun sebab esoknya nak pulun naik Sarut lagi. Tak sanggup seksa badan. Kalau buat Trans, kena lalu 'kawasan itu-kawasan ini'. Pikir punya pikir, buat dua puncak tapi tak naik Bukit Maras. Setel. Sabtu... aku dah risau. Lutut kanan macam ada sakit sikit. Menaik aku tak risau, tapi kalau nak turun Sarut nanti. Satu malam aku pakai seluar tight untuk recovery. Sempat ke?. Bangun pagi pulak, hujan pulak negeri ni. Harap-harap