15 CERITA MISTIK PENGALAMAN: No 10 #Gunung Bintang

 15 CERITA MISTIK PENGALAMAN (Gunung Bintang: Single Dayhike)


    





- Bukan Mencari, Tapi Dah Rezeki, Elok Kongsi (Siri 6/15)

Lama berjalan, kongsi pengalaman, sedikit pengisian, bukan rekaan, atau khayalan.


No. 10: Gunung Bintang 'Bujang' via Kuala Sedim, Kedah

         " Wanginya bau kat sini" itulah ungkapan aku sebaik melalui suatu kawasan.

     Bukan kat situ je, ada banyak lagi tempatnya. Setiap kali aku 'menegur', Yogi (bukan nama sebenar) hanya berdiam akan diri. Dah faham perangai aku yang suka cakap lepas. Lepas ke?, aku bukan mencarut pun. Kadang-kadang, mulut lagi lancar dari sel-sel otak bergerak. Tak boleh nak kawal.

      Kedatangan aku ke gunung tertinggi di Kedah (1862m) ni merupakan perancangan saat-saat akhir yang hanya bermula tengahari kelmarin. Memandangkan cuti kerja kami berdua jatuh pada hari yang sama, aku melontarkan idea untuk menawan puncak Gunung Bintang secara 'dayhike' atau depek ini. Seruan pula bersahut. Manakala kalay  dapat buat log masa itu pun bonus tambahan.

        Mukaddimah; Gunung Bintang adalah antara 8 gunung paling cantik berseri dari kategori fauna alam semulajadi pernah (termasuk Irau, Yong Belar, Lari Tembakau, Sarut, CBL dan Gunung Guling Gantang

        Perjalanan sejauh tiga puluh kilometer untuk menuju masuk ke dalam kawasan rekreasi Air Terjun Sedim dari jalan besar sahaja pun sudah memenatkan. Apatah lagi nak kena berjalan kaki sejauh dua kilometer lebih, hanya untuk sampai ke pintu rimba atau jalan masuk ke denai hutan. Turun naik, turun, naik sambil layan pacak, tiba-tiba langkah terhenti pabila
melihat ke arah seekor mergastua sedang mencatuk tanah. Kais pagi barangkali. Pada pandangan aku itu seperti ayam hutan, tapi menurut Yogi mungkin seekor merak memandangkan macam ada bulu pelepah panjang diekornya. Apapun jenis dan spesiesnya tidak penting untuk diketahui, kerana kewujudanya disitu sudah cukup aneh sekali bagi aku. Selepas menyedari kehadiran kami, binatang berkaki dua tersebut terus lenyap masuk ke dalam semak tanpa meninggalkan kesan. Bila melalui kawasan tu, aku cuba intai-intai ke dalam semak tebal, manalah tahu ada sarangnya kat situ. Masa tu tak tahu pun konsep ayam hutan dengan orang bunian ni. Ada yang kata berkait?

       Dari Pintu Rimba ke Bukit Tonggek memang akan ikut trek yang agak mudah walaupun hampir 80% akan menaik je.  Sehinggalah kami pun tiba di suatu kawasan yang sangat lapang seluas gelanggang badminton (lupa nak ambik gambar). Perjalanan yang meredah semak-samun pokok resam hingga ada tempat yang perlu merangkak terus bertukar 180 darjah bila tiba di kawasan tersebut. Hanya ditumbuhi dengan lalang setinggi paras betis dan di beberapa sudut ada pula bunga yang mekar menambahkan lagi suasana mistiknya disitu. Tak ada pokok besar ditepi-tepi jalan. Terang dan damai je.

      "Eh wanginya kat sini". Lancar mulut aku. Memang sangat wangi. Tak mungkin pula kami pakai minyak wangi. Kalau tak dah lari pacat.
   
        " Aahh.. biasalah tu.. tempat dia" Cepat betul Yogi menjawab. Aku terdiam. Dah tahu tapi nak jugak sebut. Kami tak berhenti tapi aku menperlahankan sedikit langkah, mata seolah-olah sedang merakam setiap sudut, konon-konon tengah scan sesuatu. Padahal bukan boleh nampak apa-apa pun. Tak apalah, nak balik nanti akan lalu semula kawasan ni. Aku cuma nak kepastian samaada bau wangi tu ada lagi ke tak atau mungkin bau wang tu datang dari bunga-bunga yang ada dekat situ.

        Seterusnya kami berhenti rehat (dekat sejam kami berhenti makan dan bergambar) di Kem Bunian. Sesuatu kan nama dia. Sebaik bergerak dari Bukit Redbull pula, lanskap sedikit demi sedikit bertukar kepada pokok bonsai yang tumbuh renek dan, semakin besar dan banyak pula bila tiba ke Kem Bunian. Warna-warni pulak tu.

      Kem Bunian, nama pun dah seram. Nama kemsite kedua terseram selepas Kem Lubuk Hantu (Gunung Liang). Kem Bunian merupakan tapak perkhemahan yang unggul untuk bermalam kerana punyai sumber air berhampiran. Kawasan dekat Kem Bunian ni agak lapang, sangat kemas, cantik berseri dengan pokok bonsai yang tumbuh rendang seperti kanopi. Di tengah-tengah kawasan serta ada signboard bertulis "Taman Bunian" diletakkan rendah pada sebatang pokok.

       Masa kami sampai tak berhenti-henti bunyi burung duduk berkicau. Aku tak tahu apa maksudnya tapi mungkin mereka berjaga-jaga. Pada firasat aku adalah ada yang perasan kedatangan kami ni. Ibarat ada orang datang berkunjung tapi hanya duduk laman rumah dan tuan rumah pula duk intai-intai dekat tepi tingkap belakang langsir.

       Yogi menyuruh aku turun ke sungai. Katanya dekat je. Aku pun percayalah. Memandangkan air pun tak cukup. Aku pun turun seorang diri mulanya. Tiada apa berlaku tetapi nak sampai ke bawah tu tu je rasa jauh azabnya dan sebab jugan nant iaku dah boleh bayangkan macam mana kena naik semula. Tapi tak boleh nak menyesal pun sebab memang tak rugi pun kena turun jauh-jauh sebab kawasan sungai tu cantik gila. Rujuk gambar. Rasa macam masuk ke alam lain. Batu dan pokok penuh dengan mossy dan air sungainya; kedua ter'best' lepas waterpoint dekat Gunung Tumang Batak. Sebab tu sampai sejam kami kena berehat tu.

          Dekat Kem Bunian kami dah buat keputusan tak boleh nak kejar masa sebab 'timing' dah kelaut. Lagipun dah tengahari dah. Banyak lagi kawasan bonsai nak kena singgah. Baru je beberapa langkah berjalan dari Kem Bunian, aku sekali lagi tercium bau wangi di kawasan tersebut. Eh. Kat bawah tadi tak ada pula.

         Walaubagaimanapun, kali ni aku dapat tahan mulut dari terlepas cakap. Mungkin bila berada di Kem Bunian ni anda pasti rasa yakin yang tempat ni berpenghuni. Cuma bau tu buat hidung aku kembang kempis. Aroma wanginya tak boleh nak di terangkan macam mana tapi umpama seperti anda duduk dalam bilik dan mak anda sedang masak Oden di dapur, dan aromanya tu pun masuk dalam bilik, secara harfiahnya anda akan berkata "sedapnya bau".

        Dipendekkan cerita, perjalanan ke puncak seterusnya banyak lagi kawasan-kawasan yang aku bau wangi sebenarnya. Paling aku ingat bila nak ke Taman Bonsai, aku terbau seperti pokok serai, pokok lengkuas dan pokok kunyit. Semua wangi dalam cara tersendiri. Mulanya aku hanya fikirkan nya itu mungkin bau pokok tersebut yang tumbuh disitu. Senang pula nak masak-masak nanti.

      Masa balik, hujan turun dengan lebat, kami tak berhenti di mana-mana tempat kecuali di kawasan air terjun semula. Semasa melalui Kem Bunian, bau wangi sekali lagi ada di kawasan sama. Masa tu kami dah tak fikir apa-apa sebab dah kesejukkan dan bila lalu kawasan lapang tu semula ternyata bau wangi sudah tiada. Dah lari mungkin. Cuma satu je aku cakap kat Yogi semula bila sampai

       " Eh...tempat tadilah".

P/S: Sebenarnya aku tak tahu nak cerita macam mana pengalaman dekat Gunung Bintang ni. Sepanjang trek rasa sesuatu tapi aku tak boleh nak gambarkan macam mana. Buntu nak bercerita dalam bentuk penulisan ni sebab rasa macam tak sampai. 

        

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 14 Most Hardcore Mountain to do Dayhike or Compress (Personal View) in Malaysia

BUKIT LUBUK BATU (via Denai Hutan), Marang , TERENGGANU

BUKIT 300, TELUK BATIK, LUMUT, PERAK