15 CERITA MISTIK HIKING MISTIK: No. 13# Gunung Nuang
15 CERITA MISTIK PENGALAMAN HIKING MISTIK: Bukan Mencari, Tapi Dah Rezeki, Elok Kongsi (Siri 3/15)
Lama berjalan, kongsi pengalaman, sedikit pengisian, bukan rekaan, atau khayalan
No.13: GUNUNG NUANG, SELANGOR
Bila bercerita pasal kisah mistik di gunung ni, Gunung Nuang memang tak boleh di pinggirkan, mungkin tidak pada senarai paling bawah. Hatta, pasti semua nak jadi pelipur lara, dalam perceritaan masing-masing walaupun hanya sekelumit kuman watak bahagian dalam cerita mereka. Paling-paling kurang pun; "Ada orang kata..." atau; " Masa aku masuk Nuang hari tu".. dan tak kurang sedikit sebanyak akan menokok tambah, biar sedap menjadi halwa telinga yang mendengarnya.
Aku pun jenis manusia yang suka dengar cerita orang. Kena betul-betul kan batang hidung sendiri ada jugak ceritanya tapi tak adalah seram mana pun. Sebab tak boleh nampak. Tapi kalau pergi, tau sangat kat kawasan mana 'keras'nya. Orang kata. Antara pengalaman yang penulis sendiri alaminya:
BENJAMIN
Ramai pendaki suka masuk Nuang ni waktu awal pagi, kebiasaanya sebelum subuh. Tujuannya nak elak mental dan pewai nak hadap jalan balak/simen (1.1km) hampir empat batu. Kesemua enam pondok yang ada tu paling aku takkan berhenti adalah pondok tiga sampai lima, walaupun siang hari. Kalau berjalan malam, lagilah aku tak pandang, seolah-olah tak wujud.
Siapa Benjamin ni? Orangkah?atau nama orang bunian?. Benjamin (bukan nama sebenar) atau
panggilan manja (nama aku bagi. Ikut korang la nak bagi nama apa, ini cerita aku), adalah salah seekor anjing yang selalu menjadi peneman pada para pendaki. Figura terkenal ini kebiasaanya akan menunggu di kawasan tempat letak kereta dan akan menjadi juru pandu arah yang tak bertauliah, membawa anda hingga ada yang ikut sampai ke puncak.
Di suatu malam yang sepoi-sepoi bahasa anginnya. Dikala waktu tengah malam yang tiada sesiapa menunggu di depan tandas selain Ben yang sedang terbaring di atas batu besar. Mungkin keletihan kut, kena naik turun puncak agaknya. Sesekali Ben akan menaikkan kepala melihat ke arah hutan yang gelap sambil lidah terjelir. Berkawal mungkin.
Nak disingkatkan cerita, kami berenam kesemuanya pun memulakan pendakian pada tengah malam, melewati pondok-pondok hinggalah tiba ke Kem Lolo. Si Ben pula, sekejap di depan, sekejap di belakang, tak ubah macam 'Marshall' konvoi, seolah-seolah sedang mastikan kedudukan dan bilangan kami semua selamat dan tak berjauhan. Gigihnya, seekor ini.
Tiada apapun yang berlaku sehinggalah kami berhenti berehat di tepi pondok di Kem Lolo. Aku dan yang lain duduk melepaskan lelah bersama-sama Ben yang tetap berkawal. Baru nak melabuhkan punggung, tiba-tiba Ben bangun dari tempat bersimpuhnya dan menyalak sambil memandang ke arah hutan di seberang sungai. Semua naik terkejut. Apasal Ben ni bising-bising tengah-tengah malam macam ni. Salakan Ben bertukar menjadi semakin nyaring dan panjang mendayu-dayu. Seram.
Masing-masing cuba beranikan diri melihat ke arah pandangan Ben tadi. Gelap. Meremang bulu roma bila Ben beralih ke depan dengan lebih dekat. Kami tak berani nak suluh ke arah hutan yang memang gelap sana. Tak sanggup aku nak bayangkan, walaapun tak nampak apa-apa, tapi aku rasa semacam ada makhluk je tengah berdiri kat hujung tepi sungai, mungkin dalam jarak 30-50 meter. Nasib gelap.
"Ada la tu",Semua pun dah faham. Binatang kan boleh nampak.
Waktu itu, jam menunjukkan pukul dua pagi. Kami bergerak ke Kem Pacat tanpa ditemani Ben. Di Kem Lolo jualah kali terakhir kami melihat kelibat Ben. Entah ke mana gerangan beliau pergi meloloskan diri meninggalkan kami. Yang penting tak perlu rasa risau bersentuhan. Lagi-lagi bukan mahram kan.
KEM PACAT
Kali terakhir aku datang ke Gunung Nuang adalah pada tahun 2008. Itupun sebab terlibat dalam aktiviti kokurikulum luar darjah semasa belajar di ITM dahulu.
Delapan tahun kemudian, di bulan Januari, aku kembali sekali lagi, ingin mengali
semula memori yang sudah lama terkubur, bersama-sama kenangan baru bakal tercipta. Tapi kali ni betul-betul terpahat di minda buat selamanya.
Awal berkecimpung dalam hiking ni, nak menghilangkan kebosanan, aku suka dengar lagu pakai 'earphone'. Apa nikmat pun aku tak tahu. Sebelum tiba beberapa puluh meter ke Kem Pacat, tiba-tiba aku terdengar bunyi seakan-akan mengaum. Kuat dan jelas walaupun aku pakai earphone di kedua belah telinga. Rasa ingin tahu yang kuat, aku membuka earphone sambil kaki berhenti melangkah agar lebih jelas pendengaran. Sunyi je hutan. Tidak lama kemudian, bunyi lagi suara mengaum kembali, tak kurang dua kali kejadian. Tiba-tiba rasa takut. Dah la aku yang jalan paling hadapan. Nak laju la konon. Ambiklah. Kaki pun rasa berat nak jalan. Kalau hantu boleh la baca surah sikit. Doa hembus-hembus.
"Hoi!! " bunyi suara dari belakang perlahan tapi jelas.
" Hang dengaq tak?" Rupanya Miji yang tiba kemudiannya sambil membuat isyarat suruh aku diam menggunakan jari telunjuk. Aku hanya mengangguk. Lega.
Nasib ada geng. Aku membuat isyarat nak gerak ke tidak. Miji cadang kami gerak je sahaja. Kami perlahan-lahan bergerak, cuba sedaya upaya tidak membuat apa-apa bunyi yang akan menarik perhatian entiti tersebut.
Tiba di Kem Pacat, tiada sesiapa pun disitu. Selamat. Sementara menunggu yang lain tiba, kami berdua telah bersetuju dengan inferens yang bunyi tadi adalah mungkin bunyi sejenis binatang bernama harimau yang mengaum tadi. Hipotesis yang berjaya diketengahkan adalah mungkin ia sedang mencari sarapan pagi (waktu baru menjengah delapan pagi sebaik tiba di Kem Pacat). Tak lama kemudian, seorang demi seorang mulai tiba dan sesi soal jawab pun bermula. Selain aku dan Miji, tiada seorang pun telah mendengar bunyi mengaum tersebut. Memandangkan tiada sesiapa yang mendengarnya dan mengelakkan timbul rasa takut, kami tutup cerita tersebut sehingga pulang baru beritahu.
Tapi beberapa hari selepas tu, ada berita orang nampak Mak Belang sedang berkeliaran dengan anak-anak di hutan Janda Baik. Entahlah. Nak kata bunyi beruang, tak mungkin. Bunyi mengaum tu betul-betul jelas aku dengar, Miji pun dengar sekali . Orang kata bunyi dekat, dia berada jauh dan sebaliknya. Wallahu'alam.
KEM PENGASIH
Selepas bergerak dari Kem Pacat, aku bergerak solo di hadapan meninggalkan yang lain di belakang. Malas nak layan ada yang drama tak nak naik ke puncak. Pewai letu. Aku pula dah tak sabarnya nak sampai puncak, sekian lama berhajat ke mari.
Suasana semakin sejuk, trek semakin tinggi dan licin. Tanah pun makin berselut dan basah. Tiba-tiba cuaca jadi mendung macam nak hujan. Awan kabus datang membuatkan kawasan pendakian jadi sedikit berangin dan makin dingin. Suasana jadi bertambah kelam dan sunyi, hanya bunyi deruan angin dan pokok-pokok bergoyang-goyang berlangar antara satu sama lain.
Memanjat batu sebelum nak sampai ke Kem Pengasih begitu menjerihkan. Sedang aku berhempas pulas memaksa kaki melangkah naik, tiba-tiba terdengar suara orang sedang gelak ketawa di sebelah kiri. Meriah. Sangat jelas. Saat tiba di Kem Pengasih, tiba-tiba jugak Miji pun datang seolah-olah jadi penyelamat. Aku yang masih hijau lagi masa tu terus bertanya walaupun tahu tak ada orang pun "Ada orang ke kat bawah tu?" Sambil tunjuk kat sebelah kiri yang nyatanya adalah gaung. Kata Miji berlapik " Alah.. tempat dia... buat tak tahu je". Aku terus diam tak kata apa-apa.
Seterusnya, masa nak sampai ke puncak, aku turut bau orang masak maggi. Mungkin ada orang tengah masak dekat puncak. Ataupun aku terlalu lapar.
Wallahualam...

Ulasan
Catat Ulasan