Puncak ke 42: Denai Tiga Puteri
Dari Gunung Ke Gunung Puncak ke 42: Denai Tiga Puteri. Hampir setiap minggu aku menjengah ke puncak berlatarbelakang Lebuhraya Utara Selatan PLUS. Setiap kali pergi, aku pasti dan pasti akan menjumpai denai atau laluan baru sama ada secara tak sengaja, tersesat atau tersalah laluan. Secara bertandanya, ada tujuh laluan; Unity, Serenity, Scout, Temuan, Sahabat, Harmoni & Salleh (ada wakaf nama Salleh sempena nama penaja). Ada lagi laluan lain, yang anda akan jumpa di sebuah tasik besar ala-ala buatan (bukan tasik dekat depan sekolah tu yer) dan hingga boleh tembus ke tepi lebuhraya membawa anak ke RNR Sungai Buloh jua. Ada dua jalan masuk utama, tidak; ada empat sebenarnya. Yang paling selalu orang ramai akan pergi iaitu di hadapan sekolah di mana ada sebuah bulatan kecil dan jika terlambat datang, pasti sukar nak mencari parkir kereta nanti. Laluan masuk kedua adalah betul-betul dihadapan pintu pagar sekolah yang akan membawa anda ke Wakaf Salleh dan jika