Gunung Chabang, Simpang Pulai, Perak
Gunung Chabang (1711 meter) Simpang Pulai, Perak 10.10.2015 (Dari kiri: Mel, Aku, Shah, Along dan Susila) Dua misi gunung yang sama tapi berbeza waktu. Keduanya tetap ekspedisi berdayhike (depek) dan memberikan antara pengalaman terburuk pernah aku alami sepanjang menceburi aktiviti rekreasi ini. Tahun 2015 adalah tahun permulaan aku bergiat aktif semula dalam bidang pergunungan ini. Gunung Chabang menjadi Gunung kedua aku selepas Gunung Datuk di Negeri Sembilan dan puncak ke lima secara keseluruhannya. Misi pertama ini menjadi trip paling ramai pernah aku terlibat dengan seramai 44 orang peserta sebelum di pecah rekod dua minggu selepas itu semasa aku pergi ke Gunung Bunga Buah yang melibatkan 47 orang peserta (Disitulah wujud kumpulan Line-up 47 yang masih bertahan sehingga ke hari ini). Yang istimewanya, penganjur program mewajibkan semua peserta memakai baju warna merah. Pendakian bila melibatkan ramai orang ni macam biasalah akan bermula lambat seba