Trans Solo Gunung Jasar - Puncak Perdah-Gunung Ruil-Kg Orang Asli

TRANS TANAH RATA-SIMPANG PULAI SOLO YOLO
(Gunung Jasar-Perdah-Ruil-Kg Orang Asli)


9 Julai 2019

1.0: KEMBARA YANG INDAH

         Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan Maha Memberi Rezeki. Coretan kali ini adalah sebuah perjalanan yang sangat panjang untuk aku nukilkan sebenarnya tapi aku singkatkan untuk perkongsian bersama. Perjalanan mencari sebuah ketenangan.

       "Journey to the West" aku panggil tajuk misi aku kali ini kerana aku berjalan-jalan (padahal naik kereta je pun) merentasi negeri-negeri yang terletak disebelah utara kecuali ke Perlis. Aku ambil masa di dalam seminggu (tak cukup) dengan hampir 70% perjalanan adalah tiada dalam perancangan langsung. Aku jenis tak suka terlalu merancang dan hanya ikut "the flow" dan segalanya berlaku "on the spot". Baru bermakna memori yang dicipta. Contohnya, aku naik Bukit Larut sehari pulang dari majlis perkahwinan kawan baik pada hari sebelumnya. Itu pun lepas aku saja berjalan-jalan masuk ke Taiping. Dah gatal kaki dan alang-alang dah sampai kaki Bukit Larutn gigih jugak aku naik berjalan kaki hanya pakai sandal dan membawa sebotol air mineral yang aku jumpa tepi jalan serta sebatang payung kerana masa aku naik tu hujan rintik-rintik turun. Tu jer barang aku bawak selain powerbank, dompet dan headlamp. Plan B, kalau tak sempat turun aku bermalam saja kat asal tu, sewa la bilik.

        Misi kali ni aku elakkan lalu highway dan hanya lalu jalan-jalan lama atau jalan kampung bagi menambahkan rasa nostalgia dan dramatik dalam perjalanan. Aku ingin menikmati permandangan kota-kota lama dihiasi dengan bangunan-bangunan lama yang masih utuh dan digunakan yang dibina sebelum merdeka sambil menghayati suasana kampung dan melihat ragam pelbagai jenis  perjalanannya.

        Terlalu singkat masa yang dapat diperolehi dan semestinya takkan puas rasanya. Aku terpaksa memendekkan perjalanan kerana perlu segera pulang ke kampung selepas itu. Perjalanan bermula selepas beberapa hari aku meletak jawatan di sebuah hospital terkemuka di Subang. Lebih lapan tahun aku berkhidmat sebagai seorang jururawat di Intensive Care Unit dan sudah tiba masanya aku nak "spread my wings like butterfly. Tak ke mana pun, cuma nak rehatkan minda dan badan. Misi cari ketenangan. Misi untuk jumpa kawan-kawan lama masa belajar dengan ITM dulu. Misi yang sempurna boleh aku untaikan.

        Berbalik pada tajuk ekspedisi pada kali ni mesti semua tak boleh nak 'brain' atau 'digest' apa trip yang telah aku lakukan kali ni. Dari gunung mana ke gunung mana. Nama-nama gunung tu mesti ramai tak pernah dengar. Begini cerita (ada 18 episod jugak atau mungkin lebih), aku telah naik iaitu bermula di Gunung Jasar dekat Tanah Rata, Cameron Highlands dan berakhir di sebuah kampung orang asli yang aku sampai sekarang tak jumpa nama kampung tu (aku hanya dapat beberapa nama tapi tak pasti yang mana satu; mungkin namanya Kg. Oral Asli Pawong, Kg. Orang Asli Chiduk atau Kg. Jantung Baru). Kalau ada yang tahu pasal nama kampung orang asli tu harap bagi aku info. Sebab aku nak masuk balik suatu hari nanti. Yang pasti trek kali ni berjumlah lebih 25 km aku lalui dan tambah lagi 55km lalu jalan raya dari hingga ke finishing point hingga starting point (Kg Orang Asli-Kg Raja-Tanah Rata-Oly's Apartment). Semuanya aku lakukan seorang diri.

        Puas aku mencari dan mengkaji pasal trek yang aku telah tersesat masuk tapi aku tetap tak dapat jawapan. Mungkin kena tanya orang-orang. Yang penting kali ini aku juga bersolo dan lagi hardcore dan gila dari Trans TNBYY tempoh hari. Bila kejadian aku sesat (senang cerita) aku tak tahu samaada Tuhan nak uji aku atau aku sendiri cari pasal. Sebab aku pun tak rasa aku sesat pun. Aku rasa akan macam menerokai hutan.

         Aku betul-betul bersolo-yolo hampir-hampir tak jumpa orang langsung, sesat, pewai, mental down, kena pacat sampai leher, kena kejar dengan anjing, sesat, tak jumpa puncak, mistik, kaki melecek dan banyak lagi pengalaman yang tak boleh dilupakan. Yang penting aku betul-betul menyondol kali ni.

         Semuanya bermula lepas aku balik dari Bukit Mok Cun tu malam tu.


2.0 MOK CUN

       Sebelum ekspedisi gila ini bermula, sehari sebelumnya aku telah pergi ke Bukit Kodiang atau lebih di kenali dengan nama Bukit Mok Cun di Kedah. Dah banyak kali aku tangguh atau tak jadi nak pergi. Dalam kembara ni aku mesti kena pergi jugak. Dengar macam jauh aku berjalan tapi tak sebenarnya sebab aku sudah berada di Penang malam sebelum itu. Aku pergi Penang sebab nak jumpa empat orang kawan masa belajar kat U dulu. Seronok dorang sebab dapat kerja sama-sama walaupun dua dari mereka dah bekerja luar dari bidang belajar dulu. Dua orang daripada dah tujuh tahun tak jumpa. Kali terakhir jumpa masa pergi wedding dorang (mereka pasangan suami isteri, bercinta masa belajar) dan yang dua orang lagi dua tiga tahun lepas jumpa. Semua dah kahwin. Tinggal aku jer masih mencari gadis misteri.

       Aku berangkat pada sebelah petang bersama-sama seorang kawan hiking yang sedang belajar di USM bernama Azuan. Pertama kali hiking bersama masa buat Trans Jerging sebelum bulan puasa hari tu. Dalam sejam lebih jugak aku memandu nak sampai ke kawasan kejadian dan kami tiba lebih awal dari jangkaan iaitu dekat-dekat masuk waktu asar kalau aku tak silap.

       Aku tak ingin naik lagi kerana cuaca masih agak panas dan terlalu awal. Kat puncak masih panas dan belum menarik lagi viewnya. View sangat cantik jika ambil lepas pukul enam petang kerana masa tu waktu remang cahaya matahari dah boleh nampak kemerah-merahan. Ketika ini, sawah padi masih lagi menghijau sepanjang jalan. Ada beberapa tempat dah menguning sikit.

       Kami pergi minum cendol dan maka pasembor terlebih dahulu selepas berjalan-jalan di Gua Kerbau yang bertempat hanya bertentangan dari Bukit Mok Cun. Yang menarik dengan Gua Kerbau ni bukanlah aku nak cerita pasal macam mana gua ni dapat nama sebab anda semua pasti dah boleh agak ceritanya. Tetapi pasal suatu sudut dalam gua itu yang mana bila duduk di bawahnya tetiba anda akan rasa sejuk dan nyaman walaupun udara dan cuaca di luar sangat panas.

       Aku berbual bersama dengan seorang pak cik tu yang sangat baik hati menceritakan serba sedikit tentang sejarah gua ini. Mesra orangnya dengan bercakap pekat dengan loghat utaranya. Selepas aku meronda-ronda di sekeliling gua dan ingin bertemu pak cik tersebut kembali, beliau telah tiada di situ Mungkin sudah pulang ke rumah yang katanya terletak tidak jauh pun dari sini. Tak hairanlah bila beliau ada memberitahu yang dia akan selalu datang ke sini tiap-tiap petang untuk berehat atau ambil angin.

       Selesai makan, kami kemudiannya berangkat naik ke Bukit Mok Cun. Belum ada sesiapa naik lagi kerana kawasan parking masih kosong. Motor sebijik pun tak ada lagi. Terimbau pula kenangan lalu masa datang ke sini. Dah lebih setahun setengah aku tak datang. Dah jadi makin luas kawasan di bawah ni. Boleh muat banyak kereta masuk dah. Tapi kena bayar cah parking pula sebab ada orang jaga walaupun hari biasa.

       Trek naik sangat licin dan berdebu sebab kering, berbatu dan berpasir. Kena berhati-hati, kami berdua pula hanya memakai sandal. Nak sampai ke atas tak semudah yang di sangkakan sebab kena naik batu batuan yang berkedudukan 90 darjah menaik. Aku pulak sejenis yang gayat. Jadi agak mengambil masa. Sandal aku dah basah dek kaki yang sangat berpeluh (aku ada sindrom hyperhidrosis iaitu excessive sweating atau peluh secara berlebihan. Benda-benda macam ni boleh buat seseorang rasa tak selesa dan kurang keyakinan. Macam aku ni, kadang-kadang terlebih konfiden. Tu selalu sesat tu.

       Tiba di puncak pada pukul 5.45 petang selepas 15 minit (jer) naik. Bukit ni memang kejap je naik, tapi susah bagi yang jenis gayat and masa nak turun lagi susah dan azab. Masa aku sampai, sepasang adik beradik yang aku kenali dengan nama Zaty dan Wad kemudiannya tiba. Mereka kedua-duanya pun berasal dari Kedah, diorang ni masih muda remaja dan masih belajar lagi dekat universiti tempatan. Hanya kami berempat naik ke Mok Cun hari itu. Nasib kurang menyebelahi aku hari itu. View yang aku inginkan tak berapa nak ada sangat sebab semakin nak senja semakin banyak awal jenis Komulunimbus (tebal) naik hingga menutupi matahari.

       Aku tunggu punya tunggu sampailah dah pukul tujuh petang cuaca makin gelap. Dari jauh ada tempat yang macam dituruni hujan. Aku pun ajak Azuan balik. Memang bukan rezeki kami hari itu. Takpalah yang pertama kali dulu dah dapat view yang superb (dan femes seantero) . Tapi aku ada dapat lama beberapa gambar yang masih boleh menjamu mata aku ni. Adalah gambar nak dikongsi kat korang.

       Lepas turun, kami terus pulang balik semua ke Penang. Hampa weh.


3.0 SIMPANG PULAI

       Pulang dari Bukit Mok Cun, aku rasa memang betul- betul tak puas hati. Selama ni, dah banyak kali aku rancang nak datang tapi sebab tak ada masa dan jauh membuatkan jadi mustahil nak datang. Asyik dianjak jer tarikh ti. Paling terbaru, sepatut pada Februari lalu aku nak datang lagi, pada masa padi tengah nak masak, tapi aku kena balik kampung pulak dah. Kali ni aku datang masa padi tengah hijau. Itu je masa yang terluang yang ada sekarang. Bolehlah dari tak ada. Bersyukur jugak.

       Masa dalam perjalanan pulang tu, terdetik rasa dalam hati nak buat kerja gila lagi. Rasanya macam tak puas lagi ni. Banyak masa lagi yang ada ni. Lagipun kalau aku tak balik KL malam ni, aku kena fikir lagi nak tidur kat mana nanti. Malas nak menumpang tidur rumah kawan-kawan dah. Badan ni pun masih larat lagi rasanya nak gerak ke sana kemari. Maka, terlintaslah idea gila dalam kepala iaitu naik ke Cameron Highlands terus malam ni. Balik nanti pun memang lalu Simpang Pulai. Boleh exit naik sana terus. Dekat pun dekat. Dalam kepala aku dah ligat berfikir. Bukan tak biasa naik Cameron seorang diri tengah malam selama ni. Dah biasa sangat.

       Sementara itu, aku dengan kawan aku; Azuan pergi makan dahulu bila sampai di Penang. Dah kenyang, kami pun bersurai. Masa tu dah dekat nak pukul 11 malam jugak aku berangkat pergi. Aku isi minyak sampai penuh dahulu dan beli air kopi yang sepatutnya untuk diminum. Hanya Azuan je yang tahu akan misi terbaru aku malam tu. Dia jugalah yang bagi tahu aku serba sedikit mengenai trek gunung yang bakal aku tawan.

       Perancangan aku kali ni adalah nak naik ke Gunung Jasar dan Perdah sahaja yang terletak dekat Tanah Rata, Cameron Highlahds. Itu target asal aku. Aku ada buat pembacaan kat blog yang aku tengok masa makan malam tadi dan mengumpul sedikit maklumat bagi membantu memudahkan perjalanan. Aku dah biasa buat kerja last minit macam ni. Bila nak pergi baru buat kajian sikit mengenai tempat di mana kawasan permulaan pendakian, jarak, tinggi dan tahap kesukaran pendakian nanti Banyak info yang diperolehi tapi banyak cacatan masuk yang dibuat dah lama sangat dah. Banyak yang empat lima tahun yang lalu. Jarang aku dengar orang datang ke gunung-gunung ni sekarang.

       Jika di tanya kenapa aku pilih gunung ni sebab tak ramai tahu walaupun terletak di Cameron Highland. Lagipun banyak lagi gunung-gunung yang terletak kat sana, ramai tak tahu jer. Ramai sekarang pendaki layan trip-trip gunung G7, gunung komersil, buat "depek sana sini", buat timing "laju-laju nak kemana" dan ulang gunung sama sampai muntah. Tambahan lagi, aku ni nak buat misi baru. Misi 137 puncak lagi. Alang-alang dah sampai Cameron aku target nak tambah dua tiga koleksi lagi dalam senarai ni. Setakat ni baru 109 puncak.

       Aku bercadang nak tidur kat Masjid Lojing jer malam tu. Target nak sampai sana dalam pukul dua pagi. Jadi tak ada masalah kut kat mana nak rehat dan tidur. Aku pun ada bawa sleeping bag dan carrymat dalam kereta. Nak selesa aku bentanglah tidur kat parking atau kat pondok situ. Cuma nak kena cari starting point jer nanti pagi sikit baru boleh nak sakitkan kepala nak cari kat mana. Tak susah sangat kut sebab banyak kat dalam blog pun bagi direction dan landmark yang sepatutnya iaitu Olly's Apartment. Cuma aku kena rancang masa dengan lebih cermat dan rapi agar tak lari dari perancangan. Kalau boleh aku kena sampai kat Masjid Lojing pada malam tu jugak kerana bila dari dari Lojing ke Tanah Rata nanti, perjalanan akan memakan masa yang lebih lama. Paling cepat pun mungkin 30 ke 45 minit kalau jalan tak banyak kenderaan dan lurus.

       Pemanduan aku agak sederhana laju aku rasa kerana pukul satu pagi aku sudah tiba di Tol Simpang Pulai. Aku memutuskan untuk berhenti berehat dan tidur di situ kerana sudah terlalu penat. Soal keselamatan aku tak berapa nak hiraukan sangat. Kunci jelah kereta nanti. Kawasan sibuk dan kenderaan banyak lalu lalang. Lagipun aku dah tak tahan rasa mengantuk yang makin menjadi-jadi. Mata dah tak boleh nak bukak dah. Rasa nak tidur je sekarang ni. Dah minum air kopi dengan Redbull pun tak jalan mata. Siap karaoke sambil bukak tingkap dengan menyanyi lagu kuat-kuat dan sepenuh hati pun tak jalan jugak. Tak hilang langsung rasa mengantuk tu. Aku kena fikir soal diri dimana tahap keselamatan diri lagi penting dari nak memandu dalam keadaan yang barai, penat dan berkejar nak sampai ke destinasi.

       Muktamad. Aku pun tidur kat Tol Simpang pulai terlebih dahlu. Tidur punya tidur, pukul empat pagi aku terjaga dek bunyi bising orang tengah berhenti nak ke tandas juga gamaknya. Aku pun bukannya dapat tidur dengan selesa pun dalam kereta ni. Sekejap-sekejap terjaga, lepas tu ubah posisi badan bila rasa tak selesa. Sekadar dapat lelap dua tiga jam dah cukup bagi aku. Aku ni jenis kena nak tidur cara berbaring. Tak selesa tak dapat nak luruskan tulang belakang rasanya. Rasa penat tu masih ada, walhal rasa mengantuk tak nak bukak mata. Aku cepat-cepat keluar dari kereta bila tandas dah tak ada orang untuk nak pergi cuci muka, buang air dan solat jamak. Selesai, aku terus sambung perjalanan kembali. Segar sikit badan.


4.0 :OLY'S APARTMENT



       Nak tak nak aku kena gerak jugak walaupun rasa mengantuk tu masih ada. Niat nak mandi kat tandas tadi terus terbantut sebab airnya sangat sejuk. Baru lepas hujan, makin sejuklah jadinya. Tak sanggup aku nak mengigil dalam kereta. Nak naik ke Cameron lagilah suhu makin bertambah sejuk. Biar pun satu hari ni aku tak mandi lagi lepas balik Mok Cun. Tak berpeluh pun naik Bukit Mok Cun tu. Nanti esoklah aku qada' balik mandi tu.

       Pemanduan aku agak santai. Lagi-lagi bila berjalan waktu malam ni, aku ni pun ada rabun ayam jugak. Pukul empat pagi lebih aku gerak dari Tol Simpang Pulai. Aku dah agak dah tak banyak kereta ada pada masa sekarang ni. Apatah lagi aku pergi masa hari biasa, hari selasa pulak tuh.

       Nak hilangkan rasa bosan, aku pun duk kira jumlah kereta yang aku jumpa masa dalam perjalanan. Nak sampai kat Masjid Lojing tu dekat 12 bijik kenderaan yang bertembung dengan aku yang hampir kesemuanya terdiri daripada lori-lori besar dan hanya sebiji aku potong lori yang berada di laluan yang sama. Yang lain datang dari arah bertentangan. Perasaan bila jumpa lori-lori tu rasa macam ada orang teman sekali walaupun tak tahu siapa dan yang pasti aku tak nampak pun ada pemandu ke tak. Gigih.

       Aku tiba di Masjid Lojing pada pukul 5.30 pagi. Aku tak bercadang nak sambung tidur memandangkan waktu Subuh dah hampir tiba. Aku nak sambung pembacaan. Nak cari starting point dan maklumat beberapa gunung lain lagi. Gunung yang mungkin bakal aku kemari jika berjaya keluar awal dari Jasar-Perdah mungkin aku nak menuju ke Gunung Ruil, Gunung Chantek, Gunung Chentuk dan Gunung Berembun. Banyak aku nak pergi lagi, antaranya Gunung Siku, Gunung Penelope, Gunung Cecil, Gunung Terbakakrl dan Gunung Brinchang. Tu antara senarai gunung yang mudah dan dapat di'setel'kan dalam masa sehari sahajq. Aku hanya simpan maklumat dan screenshot maklumat yang penting sahaja, takut nanti masa atas gunung tak boleh naik google info dan maklumat.

       Usia Solat Subuh, aku bergegas beredar nak menuju ke Tanah Rata. Aku dah dapat maklumat secukupnya iaitu di mana nak cari starting point untuk ke Gunung Jasar terlebih dahulu iaitu Oly's Apartment. Aku berhenti cari ration di 7E dekat Brinchang. Maggi bakal menjadi menu sarapan aku. Aku hanya beli 2 botol air 100% dan dua tin air kopi. Tak tahu nak makan apa pagi-pagi macam ni.

       Bila tiba di Tanah Rata, aku mula bawa kereta lebih perlahan agar tak terlepas pandang Oly's Apartment walaupun pakai GPS. Biasalah, takut terlepas simpang dan jalan kat Cameron ni pun dah banyak jadi sehala, susah aku nak buat pusingan U nanti. Dari stesen bus Tanah Rata, lebih kurang dua kilometer lebih lagi nak sampai ke apartment tersebut. Aku kena parking kereta dekat sana untuk memulakan pendakian. Bilangan kenderaan semakin bertambah dan aku mula memberi signal nak masuk ke simpang bila sudah ternampak tulisan Oly's Apartment. Putih hitam, rumah ala-ala macam omputeh.

       Aku parkir kereta dekat parking yang agak banyak kosong. Aku tak tahu sama ada parking disitu untuk orang awan atau hanya untuk penghuni apartmen. Tiada tulisan yang menyatakannya. Aku turun dari kereta untuk berkemas-siap barang barang. Maggi yang sudah kembang hampir terlupa aku nak makan yang mana aku hanya makan beberapa suap tak habis. Tak lalu perut nak makan magg pagi-pagi hari. Aku tak buang dan hanya simpan dalam kereta dahulu kerana tak jumpa tong sampah.

       Aku meronda-ronda kawasan dan apa yang membuat aku tersenyum kegembiraan adalah bila aku nampak papan tanda Jungle Walk Gunung Jasar Trail no.10 tu bermakna aku dah berada di laluan yang betul. Tak susah kut, sebab dah ada signboard macam ni. Aku dah rasa dah aku dapat tawan puncak baru lagi ari ni.



       Aku kembali berkemas. Aku pilih beg yang agak besar, bukan beg Superdry yang selalu aku pakai kalau buat trip dayhike/compress. Aku bawa sepasang baju bersih, kain pelikat, dua botol air 100 plus dan kasut. Aku tak bercadang nak pakai kasut sebab ni kira 'easy hike' sangat (mulanya). Pakai jelah sandal lusuh ni. Cuma rasa jari jemari kaki jer sejuk.


5.0: TAN'S CAMELLIA GARDEN



       Cuaca agak mendung dan berkabus. Aku terus memakai sweater yang telah pun dipakai sejak dari malam tadi. Suhu yang sejuk betul-betul mencengkam kulit dan tulang. Matahari masih bersembunyi disebalik awan tebal. Tepat pukul lapan pagi aku memulakan perjalanan. Rasanya tak terlewat sangat masa kerana pendakian yang aku lalui ini mungkin takkan mengambil masa yang terlalu lama. Sebelum tengahari mungkin aku dah boleh berjalan-jalan petik strawberi atau menikmati permandangan ladang teh dilereng-lereng bukit.

       Signboard yang menunjukkan arah ke kanan memudahkan perjalanan. Aku hanya perlu ikut Trail No. 10. Cum risau akan anjing yang biasanya banyak berkeliaran di sekitarnya. Bunyi salakan sayup-sayup kedengaran. Aku sedikit gusar bila melihat di belakang apartmen hanyalah tinggal bukit yang sudah di sondol. Pembinaan yang sedang giat dijalankan mengaburkan permandangan gunung-ganang disekelilingnya. Kebanyakkan kawasan sudah diratai untuk pembangunan atau pertanian. Aku pun tak pasti lagi jalan masuk ke kaki gunung dimana. Trek masih belum jelas kelihatan.

       Papan tanda bertulis "Tan's Camellia Garden" yang kelihatan dari jauh melegakan perasaan. Satu lagi landmark kawasan yang menunjukkan aku sudah berada di kawasan yang betul. Nurseri yang agak buruk dan bersemak penuh dengan pokok-pokok hiasan yang hanya sesuai ditanam di kawasan sejuk. Aku bernasib baik kerana seorang wanita yang berumur sekitar 60-an sedang berjalan keluar dari pagar. Bertopi jerami, bersarung tangan dan berkasut but serta sehelai morning towel berwarna putih tergantung dileher. Satu andaikan dapat dibuat dengan mengatakan bahawa beliau mungkin pemilik nurseri tersebut berdasarkan gaya pemakaian yang sebegitu rupa. Mungkin sesuai namanya dipanggil dengan gelaran Madam Tan atau Aunty Camellia, berdasarkan signboard tersebut.

       Aku ringan mulut pula bertanyakan arah dan jawapannya amat membantu aku. Katanya ikut saja laluan di sebelah kiri nurseri nanti. Apabila aku bertanyakan pasal trek nak ke Gunung Perdah pula, beliau berkata tak tahu dan tak pernah dengan. Tambahnya, Gunung Jasar pun dia belum pernah pergi. Dah agak dah. Dah lumrah alam kut, biasanya orang ni bila benda ada di depan mata, tak nak pula pergi. Orang yang datang jauh-jauh pulak terhegeh-hegeh nak datang (macam aku ni). Contohnya, Bukit yang ada di depan aku rumah ni pun tak pernah sekali nak panjat pergi.

       Mula-mula aku ragu sedikit tapi apa yang dikatakan Aunty tu betul. Tau jugak dia ni. Ada laluan beserta signboard Trail 10 yang dibuat dengan tulisan sendiri, ehsan dari penduduk sekitarnya. Agak sedih melihat kawasan yang aku lalui itu dahulunya adalah sebuah bukit yang kini sudah ditarah menjadi rata. Trek lama berganti jalan lori keluar masuk. Hanya tanah merah seluas mata memandang terbentang. Yang tinggal adala kesan tapak kaki yang jelas kelihatan memudahkan lagi perjalanan aku. Apatah lagi setibanya aku di pintu rimba (pintu masuk ke hutan) terdapat sepasang suami isteri berbangsa cina agak jauh dibelakang aku turut ingin mendaki. Penduduk disini agaknya. Jadi makin yakin aku yang ini adalah laluannya nanti.



       Bunyi salakan anjing bersahut-sahutan antara satu sama lain menakutkan aku. Terdapat dua kumpulan kecil berjumlah tiga ke empat ekor; satu kumpulan berada di sebelah barat dan satu lagi di pintu rimba yang bakal aku tujui. Apakah mereka sedang berinteraksi sesama sendiri membuat amaran dan memberitahu kehadiran aku sebagai seorang penceroboh ke kawasan mereka?

       Aku mencapai sebatang kayu yang panjang lebih satu meter dan beberapa biji batu sebagai persedian mempertahankan diri. Bila bila masa aku bersedia nak berperang. Pantang sesekali nak berundur. Baru aku nak mengacah-acah dengan kayu, mereka dah beredar pergi. Tau takut. Mungkin alah dengan bau busuk aku tak mandi ni kut. Tapi bunyi salakan mereka makin kuat. Mungkin semboyan kekalahan dan laungan kekalahan diuar-uarkan. Atau tanda genjatan senjata dari pihak lawan. Lega aku rasanya. Tak perlu mengangkat senjata. Tiada pertumpahan darah akan terjadi. Berdebar jugak rasanya.

       Aku perhatikan je anjing itu beredar pergi lebih jauh sedikit. Manalah tau kalau anjing-anjing berpakat nak menyerang balas. Mana tahu ada pasukan serang hendap ada di sebalik semak sana. Kayu dan batu-batu aku tinggalkan disuatu pokok yang agak tersembunyi dari laluan bila keadaan jadi tenang dan rasa selamat. Nanti balik aku boleh guna balik perisai aku ni. Di pintu masuk ada lagi signboard. Masuk sini anak panahnya bagi tahu.



6.0: PENCAWANG ELEKTRIK



       Aku ikut trek bertanda Trail no.10 tu. Lama kelamaan makin jelas dan luas treknya. Memang nampak kesan kawasan orang selalu masuk. Makin lama makin lawa treknya; lembap, berlumut dan berkabus. Cuaca masih lagi redup dan suasana sekeliling agak kelam dan gelap terlindung dari cahaya. Tenang dan damai sungguh suasana. Cuma bunyi kenderaan lalu lalang memecah kesunyian. Aku hanya berjalan santai sambil menikmati permandangan. Nasib baik kawasan lawa macam ni tak begitu popular sangat dikalangan pendaki, tak adalah nanti trek jadi macam lebuhraya.

       Makin lama trek makin menaik. Boleh tahan jugak pacak menaik dia (Aku baru tahu yang trek ni adalah sebahagian laluan dalam acara larian CULTRA 2019 nanti. Kiranya aku rasmi acara dulu lah ni). Aku mula terasa panas dan berpeluh tapi masih tak mahu bukak sweater. Aku nak kasi berpeluh sikit hari ni. Bakar lemak tak guna.



       Trek sangat bersih. Tiada satu sampah pun kecuali aku jumpa satu tin air kosong dibuang di tengah jalan. Keadaannya nampak masih baru lagi tanda mungkin ada orang lain baru naik di hadapan sana. Aku hanya mengandaikan yang tin air tu terjatuh dari beg mereka lalu aku pun ambik simpan di tepi poket beg terlebih dahulu. Bukan nak tunjuk baik, tapi aku tak nak nanti makcik pakcik yang di belakang aku datang nanti fikir aku pulak yang buang tin air tu. Tak lama kemudian, aku jumpa botol air kali ini berisi air yang telah diletak elok dekat bawah sebatang balak tumbang. Aku yakin pemiliknya sengaja meninggalkannya disitu dan akan datang semula berehat di balak tersebut. Kadang-kadang aku pun akan buat macam tu jugak jika malas nak pegang botol air kat tangan. Sesekali aku raba di tepi beg merasa takut-takut tin tersebut jatuh ke tak tanpa aku sedari.

       Sedikit kesal dengan sikap pendaki zaman sekarang ni. Sampah sekecil kulit plastik gula-gula pun boleh buang merata-rata. Puntung rokok sebesar lubang hidung pun sama dibuang. Poket seluar kan ada boleh disimpan, rasanya tak terbakar kut. Kalau boleh kutip aku akan kutip yang mana aku nampak. Jika banyak sangat aku pun tak larat nak buat seorang diri.

       Kulit di atas buku lali dibelah kiri aku dah rasa mula melecet pedih. Makin menjadi-jadi rasa sakit. Aku hanya ikhtiar mengambil daun ditepi trek dibuat pembalut kaki. Ganti sebagai stoking. Dapatlah kurangkan rasa sakit ni. Menyesal rasa tak bawa tadi pula. Nak turun ambik balik kat parkir pun dah rasa malas walaupun jarak tak jauh. Tahan je lah, dah nak sampai dah sebab aku nampak ada cahaya terang dari atas. Mungkin itu puncak. Aku agak yakin itu puncak pada mulanya.

       Rupanya itu bukan puncak. Bila aku sampai di atas, terdapat sebuah pencawang eletrik tinggi tersergam. Kemudian ada dua tiga trek yang tak bertanda. Haish, trek mana aku nak lalu ni. Aku hanya cari trek yang akan membawa aku ke pencawang terlebih dahulu. Sebab aku masih ingat dekat blog tadi ada gambar orang dekat pencawang. Pencawang nilah kut.

       Sebaik aku sampai di kawasan di kaki pencawang, aku ternampak sepasang pendaki lelaki-perempuan sudah sampai di situ. Pasangan kekasih mungkin tengah berasmaradana.





7.0: PUNCAK GUNUNG JASAR



       Aku memanjat simen menuju ke arah dua orang pendaki tersebut. Bila aku kian menghampiri, aku di sapa dengan senyuman oleh keduanya dan satu pertanyaan sambil tangan kanan saling bersalaman dengan si pemuda sambil bertanyakan adakah aku si fulan yakni kawannya. Rakan perempuannya hanya duduk memandang di atas ground yang telah dihamparkan. Aku beritahulah nama aku sekian-sekian dan beliau seolah-olah tak pernah dengar nama aku yang amat berhormat ini. Tak kenal la tuh. Aku menarik nafas lega. Aku agak yang dia tengah tunggu kawannya ke mari ke sini tetapi masih tidak muncul-muncul tiba. Aku agak hairan macam mana dia boleh tak kenal kawan dia. Dia memperkenalkan dirinya dan yang pasti aku lupa namanya. Suaranya hilang dibawa angin hanya sayup kedengaran walaupun kami agak rapat hampir nak berlaga pipi.

       "Pukul berapa naik?" Aku sekadar nak berbahasa berbasi. Aku nak tumpang duduk take five di situ sekejap. Penat jugak nak panjat simen dengan longkang tadi. Lagipun permandangan langit biru dengan kabus membelah udara amat mengasyikkan.
       "Pukul 7 pagi tadi. Kami baru sampai setengah jam sampai sini" Aku melihat jam. Dah pukul 8.30 pagi.
       "Korang dua orang je ke?"
       "Yer. Yang lain mana ntah" Sah ada spesies lipak. Aku ingatkan aku seorang jer naik sini. Tak sangka dapat jumpa orang.
     
       "Abang start pukul berapa?" Aku cakap aku naik pukul lapan tadi

       "Fuh. Boleh tahan laju abang". Huh, tuk baru sikit dik. Bangga jap dalam hati. Pemuda tu menawar air kopi yang tengah hangat dimasak menggunakan dapur kecil mudah alih.

        "Air macam dah habis" Dia berkata lagi sambil menunjukkan tin kosong dalam poket beg aku.

        "Oh. Takpe. Ada banyak air dalam beg" Dua botol 100 plus kecik tu bagi aku banyaklah tu. Cukup untuk insan kerdil macam aku. Aku mula syak yang tin kosong ni dia yang buang sebab mereka je dekat atas ni atau dahulu sampai dari aku. Takpa, kau buat tak cam konon. Geram pulak rasanya.

         Aku malas nak layan sakit hati. Aku pusing 360 darjah melihat keadaan sekeliling.

         "Untung abang baru sampai sekarang. View baru bukak. Tadi masa saya sampai tertutup habis dengan kabus". Dah tu sapa suruh kau buang sampah dalam hutan. Kan Tuhan balas terus

         "Haah. Lawa view dia" Aku mengiyakan saja. Walhal memang lawa pun. Asyik.

         "Atas tu ada apa?" Ada laluan naik ke atas aku tengok. Aku nak larikan diri.

         "Entahlah. Tapi kawan saya cakap ada trek ke gunung lain" Hurmmm, menarik ni. Prospek baru

          "Oklah. Saya naik atas tengok-tengok apa yang ada. Assalamualaikum".

Mungkin puncak dekat atas. Dah selepas itu kami tiada bertemu lagi kerana aku keluar nanti tak ikut jalan yang sama. Sekian.

       Perjalanan aku baru bermula sebenarnya. Kena mendaki naik lagi kawasan bukit yang bersemin ni. Tujuannya nak kukuhan tapak pencawang dan elakkan tanah runtuh. Aku kena berlari menaik kerana agak licin. Sudah jadi laluan air dan ada lumut-lumut halus tumbuh. Survival betul pokok macam ni nak hidup. Ada laluan. Aku terus ikut dan tak sampai 10 meter kemudian, aku sampai di suatu kawasan yang agak lapang. Ada batu besar berada di tengah kawasan lapang itu. Pokok lalang separas lutut yang memenuhi ruang tepi lereng sekitarnya. Batu sempadan negeri bertulis Pahang-Perak. Aku sekarang berada dalam dua negeri yang berbeza. Inilah antara momen dan pengalaman yang takkan dijumpai kat mana-mana pusat membeli belah.

        Rupanya aku telah sampai di puncak Gunung Jasar selepas melihat gambar yang aku screenshot tadi. Kosong puncaknya. Tiada signboard digantung. Tapi aku tetap bersyukur sebab sudah sampai. Alhamdulillah. Tak rasa sukar sangat pun. Kabus datang dan pergi ikut suka. Aku berhenti untuk memeriksa kaki. Sudah melecet teruk kaki aku. Jika aku terus memakai sandal, pastu aku tak boleh teruskan perjalanan ini.






8.0: PUNCAK PERDAH

       Akhirnya aku buat keputusan untuk memakai kasut tapi hanya sebelah kiri sahaja. Malas benar nak sarung terus kedua-duanya. Banyak prosesnya. Luka yang melecet agak teruk kelihatan dan sedikit berdarah tetapi tidak mengalir. Hanya kulit yang tertanggal. Pedih rasanya. Bila dah pakai kasut, baru terasa selesa dan sakit semakin berkurang terasa. Mungkin kusyennya yang lembut memberikan sedikit impak sebagai alat pelapik.

       Aku beransur pergi dari situ. Ada trek dibelakang batu ini. Aku yakin trek menuju ke puncak Perdah. Blog tu tulis ikut batu sempadan jer. Bila jumpa batu sempadan satu persatu muncul di tengah jalan, aku makin yakin yang akan sampai ke puncak seterusnya. Perjalanan hanya menurun pada mulanya. Aku ingat sekejap sahaja tetapi agak panjang. Semasa dalam perjalanan turun aku jumpa sepasang pendaki mat salleh sedang naik. Aku hanya berkata "hi" dan "good morning" jer. Tak reti aku nak cakap omputeh lebih-lebih. Mereka nampak agak kepenatan, mungkin penangan trek yang pacak menaik, boleh tahan curamnya (masa turun tu sedap je kaki berlari). Masa balik nanti mesti aku kena lalu semula sini. Habislah.

        Apabila tiba di kawasan yang agak landai terdapat satu simpang. Ni yang aku tak suka kalau jumpa simpang ni. Kau hebat macam mana pun tetap kena pilih salah satu dan keputusannya hanya ada dua jawapan. Sama ada kau betul atau sesat nanti. Lebih baik jika tidak punyai pilihan. Jika tersalah pilih nanti menyesal pendapatan tidak berguna kemudiannya (maaf ilmu berfalsafah keluar).

       Aku hanya ikut naluriku bersuara. Aku mengambil simpang di sebelah kiri kerana mempunyai marking. Lagipun aku kidal, jadi ak lagi suka guna jalan sebelah kiri. Terasa sangat kuat magnet tarikannya. Simpang di sebelah kanan seolah-olah datang dari kawasan lain. Ada dua trek sebenarnya jika ingin naik ke puncak Perdah setahu aku. Satu lagi trek dari perkampungan orang asli di Sungai Ruil. Trek di sebelah kanan aku agak bersemak sedikit. Bertahun dulu katanya ada tanah runtuh sampai meragut nyawa orang asli disitu lantas menutup trek lama tersebut. Mungkin itu treknya sebab aku nampak masih ada rumah-rumah orang asli dari bawahnya. Aku hanya mencuba nasib. Harap-harap aku betul kali ni.

         Aku hanya mengikut tanda tersebut yang terus menaik. Makin lama trek makin menaik. Jangkaan aku makin kuat yang aku akan sampai ke puncak. Kadang-kadang anda dapat baca sesetengah trek tu sama ada masih jauh atau dekat lagi nak sampai ke puncaknya. Boleh 'baca'dan lihat keadaan sekeliling; flora, trek dan bentuk muka bumi serta geografinya. Susah aku nak terangkan tapi itu selalunya aku rasa dan perhatikan. Kalau tanya otai-otai mungkin mereka lagi berpengalaman dan berilmu.

       Tak sampai lima minit (walhal alu rasa macam sejam) aku tiba di suatu kawasan lapang. Hanya mengikut marking tersebut. Aku tak sedar bila marking sudah bertambah dengan kertas putih (episod seterusnya aku akan bercerita pasal making ni. Marking yang buat aku tersasar jauh).



       Aku berhenti berehat di kawasan tersebut. Selepas mengenal pasti berdasarkan maklumat yang ada, akhirnya secara rasmi sudah tiba di puncak Perdah. Setengah jam juga aku ambik masa nak sampai di puncak Perdah ni walaupun tak sesudah sangat. Lain benar kawasannya. Kawasan puncaknya sangat luas dan rata. Aku anggarkan sebesar suku padang bola bersaiz olimpik. Musykil betul aku akan puncak yang tak bertanda ni pada mulanya. Ada beberapa pokok orkid di tengah-tengah kawasan. Aku berjalan sekeliling kawasan dan ke hadapan sedikit kerana nampak macam ada 'view point'. Rupanya ada satu jalan turun yang agak luas. Mungkin itu trek menuju keluar ke Kem TNB dan Sungai Ruil. Ada loji air dan beberapa bangunan besar yang aku yakin itu adalah kawasan pasar malam lama di Tanah Rata. Mengikut satu blog itu lagi, anda kena berjalan jauh nak balik ke parking kalau nak ikut trek tu. Yang pasti aku enggan berbuat demikian kerana aku nampak ada tanda yang lebih menarik aku nampak berhadapan jalan aku keluar tadi. Satu jalan masuk.





9.0 GUNUNG RUIL

       Aku berjalan menuju ke jalan yang ada marking kertas putih tu. Rasa macam menarik pula kalau ikut trek tu. Mungkin ada jalan ke gunung lain. Aku nak cuba nasib. Sebab ada marking dan trek yang super clear buat aku maha yakin.

       Peta digital yang aku ada ni menunjukkan aku akan menuju ke puncak Gunung Ruil. Tak jauh pun dari puncak Perdah ni. Aku nak cuba la mana tahu dapat puncak baru lagi. Aku kepingin nak tawan puncak baru lagi. Rasa dua belum cukup. Aku tengah berhawa nafsu tamak disitu Aku hanya ikut marking tersebut. Batu sempadan sudah hilang dari pandangan. Aku lupa sama ada jumpa lagi tak tengah jalan ni. Trek ini membawa aku menuju ke suatu kawasn yang sangat luas; berjalan dari denai hutan keluar ke suatu lereng bukit yang menjadi rata dan luas akibat tanah runtuh. Aku rasa inilah kut tanah runtuh yang pernah terjadi beberapa tahun dahulu. Nampak macam kejadiannya bersaiz skala yang agak besar hingga mampu mengorbankan nyawa orang asli. Masih ada perkampungan orang asli yang aku lihat dari jauh. Nampak ada pokok pokok kecil cuba tumbuh naik. Banyak pokok balak tumbang yang aku terpaksa langkahi. Aku agak puncak Gunung Ruil mungkin tidak jauh dari sini.

       Aku kembali masuk melalui denai hutan yang membawa aku ke kawasan yang makin lama makin jauh ke dalam. Hutan makin tebal, kelam dan gelap suasananya. Aku rasa makin lama makin jauh berjalan tapi puncak tak pun sampai-sampai. Aku hanya fokus mengikut marking yang masih banyak dipasang ditepi laluan. Aku cuba melihat tanda takik di pokok-pokok besar. Tak ada langsung. Sukar nak melihat dalam hutan yang agak gelap macam ni. Mungkin sebab hutan masih ditelan oleh kabus tebal membuatkan terhalang cahaya dari memasukinya. Hingga line telefon pun mendatar jer. Nampak sangat aku dah jauh dari tamadun.



       Dah lebih setengah jam aku berjalan macam tanpa arah tujuan. Bila saat aku mula mendaki semula, aku makin yakin puncak mesti kat atas sebab pokok dah makin kurang, banyak cahaya dari atas kelihatan dan aku pun dah terlalu penat berjalan. Berjalan pun penat weh. Begitu kuat naluri aku mengatakanya.

       Lepas hadap satu trek menaik suatu bukit, aku mula berjalan menurun perlahan-lahan mengikuti marking putih tersebut. Terdapat satu simpang dekat satu pokok besar. Ada suatu tanda anak panah 'ke atas' bercat warna merah. Beberapa langkah bergerak dari simpang tersebut aku rasa macam musykil. Aku rasa sepatutnya aku kena menaik dan tak boleh turun-turun dah. Sebab peta tunjuk jalan akan menurun lereng je lepas ni.

       Aku buat keputusan nak ke atas tu. Tengok-tengok apa yang ada. Tak rugi rasanya. Maka aku pun naik ke atas tu. Dalam 20 meter berjalan aku sampai di suatu kawasan yang agak lapang dan ada batu besar. Batu sempadan Pahang-Perak lagi, sama macam di Puncak Jasar. Kali pertama sampai dekat puncak tak rasa teruja dan gembira. Aku berjalan cari signboard di sekeliling; di pokok, di atas tanah dan di dalam semak. Mana tahu ada yang gatal tangan buang. Aku pun cari tulisan orang conteng dekat batu. Masa ni aku rasa vandalism tu perlu di beberapa keadaan yang dikecualikan. Tapi hampa.

       Aku tak tahu sama ada aku sampai di puncak Ruil atau tidak masa tu. Yang buat aku yakin adalah banyak kayu yang mana orang guna semasa mendaki dibuang disitu. Mungkin ini puncak. Aku ambil beberapa keping gambar dan nanti keluarlah aku tanya otai-otai.

       Sebenarnya tu memang puncak Ruil selepas aku bertanyakan dengan kawan-kawan. Bersyukur gila. Aku betul-betul memperjudikan nasib jer. Aku tak sangka dapat tapau tiga gunung baru lagi hari ni. Rasanya setakat ni hanya aku yang buat trans tiga gunung ini sekaligus dalam masa sehari. Banyak info yang aku dapat jalan nak ke Gunung Ruil masih belum pulih dari tanah runtuh. Jasar-Perdah-Ruil sudah aku khatam.

       Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Aku berjalan turun dan kembali semula ke simpang. Sekarang aku harus membuat keputusan sama ada pulang (trek balik sebelah kiri) atau terus ke kanan. Ada trek yang nampak macam menurun, terang dan jelas.


10.0 KERTAS TANDA PUTIH


       Aku mengambil keputusan yang amat besar risikonya. Pertama; tak tahu trek, kedua; aku tak tahu trek tersebut akan bawa aku ke mana kalau aku ikut, ketiga; aku tak tahu kat mana akan aku keluar, keempat; ration aku tak cukup (dua botol air 100 plus kecik mana cukup) dan kelima; perhubungan komunikasi aku sudah hilang dari radarnya. Aku sudah terputus hubungan dari dunia luar buat sementara waktu. Aku mengharapkan akan jumpa waterpoint atau anak sungai di dalam perjalanan.

       Aku bergerak dari puncak Gunung Ruil mengikut marking kertas warna putih. Kertas putih yang selebar lengan orang dewasa dan hampir satu pertiga meter panjang. Dipotong secara segi empat tak sama, semuanya sama bentuk, saiz dan warna. Kehadiran marking kertas putih yang banyak itu menengelamkan kewujudan marking plastik merah putih yang sedia ada. Jarak marking itu sangat dekat antara satu sama lain. Dalam satu tempat boleh ada tiga empat kertas yang amat dekat. Kertas putih kosong, tiada cacatan, tulisan mahupun apa-apa cop. Putih suci bersih. Sampai sekarang aku tertanya milik siapakan kertas teesebut. Kebiasaanya pendaki cina yang suka pasang marking macam ni.

       Dalam hutan yang agak gelap ini memberikan satu impak pantulan cahaya seolah-olah fungsinya bertindak untuk menyerap dan memantul cahaya (ingat sifat lutsinar tak?). Aku yakin dengan marking ini akan bawa aku keluar. Bukan aku tak nak ikut trek balik semula ke Perdah dan Jasar. Aku rasa terlalu mudah. Aku boleh sampai semula di parking anggaran sebelum pukul 12 tengahari. Aku rasa badan masih mampu lagi untuk pergi jauh.

       Marking masih ada disepanjang trek yang jelas itu, bahkan tidak putus putus sehingga aku turut mengambil rasa perlu ambil satu untuk di bawa pulang. Mulanya aku ambil kertas macam ambil kertas yang jatuh atas lantai, tapi aku kena cabutnya dengan agak ganas sikit sebab kertasnya sejenis terlekat. Mulanya ingatkan terlekar disebabkan terkena air didaunan atau batang pokok kayu sahaja tetapi dah siap dikacip pulak dengan pengetip kertas. Rajin pula mereka bawa 'stapler" masuk hutan. Gigih pulak nak di'stapler' satu persatu. Yang buat aku kagum kemas pulak hasil kerjanya. Nampak kertas putih tersebut berjuntai-juntai ekornya jatuh bila ditiup angin

       Trek makin lama makin menurun. Aku makin lama makin laju jadinya. Bukan aku nak laju tapi trek memang menurun ke bawah sangat tinggi. Tak boleh nak brek sebab licin dan berakar serta berbatu-batu. Lagipun aku dah pakai kasut didua belah kaki dah. Akhirnya kaki sebelah kanan pun melecet jugak macam kaki kiri. Mujurlah bawak sandal.

       Makin lama aku berjalan, makin sunyi hutan jadinya. Hanya bunyi lagu kedengaran dari telefon. Aku berhenti sekejap ingin mendengar bunyi kenderaan masih kedengaran atau tidak. Bunyi yang biasa aku dengar sudah hilang dari pendengaran. Hanya bunyi deruan angin kedengaran, itu pun jauh.


11.0 WANGI

       Perjalanan menurun ni membuatkan kaki aku rasa sakit bagai terhentak-hentak dalam soket lutut. Dah lama sangat aku pakai kaki ni, tak rehat langsung. Asal ada cuti dan masa terluang naik gunung. Semakin jauh dah aku berjalan. Mungkin dah lebih lima ke tujuh kilometer. Ada rasa macam nak patah balik semula, tapi bila rasa dah makin jauh dan nak kena hadap balik naik ke trek berpacak ni aku rasa biarlah aku ikut sahaja marking kertas putih ni.

       Aku biarkan sahaja kaki aku melangkah, bawalah ke mana aku pergi. Kepala aku ligat berfikir trek ni akan bawa aku keluar ke mana kali ni. Bila berjalan seorang diri macam-macam otak akan jadi berfikir. Mula terlintas berfikir ada binatang buas tengah berlari-lari didepan atau makhluk halus datang menganggu. Padahal konsepnya aku yang datang menganggu kediaman mereka. Aku nilah sebenarnya dikira macam seorang penceroboh.

       Aku mula rasa sesuatu. Sesuatu yang sangat misteri, mistik dan rasa ngeri sedikit. Apatah lagi bila melalui kawasan yang jadi sangat lawa, rasa tenang dan nyaman. Bukan aku nak fikirkan sangat benda-benda mistik sebegini tetapi kawasan tersebut sangat lawa seolah-olah ada orang jaga. Aku sanggup berhenti ambil gambar sebab sangat lawa (ada lagi kawasan yang lagi lawa, tapi tempat tu je aku sanggup berhenti untuk ambil gambar. Ada lumut-lumut tumbuh dekat batang pokok serta anak sungai yang sangat perlahan airnya mengalir dan sangat sejuk bila aku berhenti cuci tangan sekejap. Kusuyk sangat nak ambil gambar sampai telefon aku boleh jatuh masuk dalam sungai.




       Aku rasa ada orang ikut aku di belakang. Beberapa kali aku berpaling lihat semula kat belakang. Naluri aku kuat mengatakan ada yang mengikut aku walapun dah tau tak ada orang pun dibelakang. Aku pun tak ada rasa lupa yang aku memang tengah hiking seorang diri. Sepanjang jalan aku rasa diperhatikan. Sampai suatu masa aku rasa meremang sangat bulu roma dan berbau wangi yang sukar aku tafsirkan. Aku jenis tak boleh berbau benda tersangat wangi atau busuk, nanti aku boleh sakit kepala. Bila dah terbau benda-benda wangi macam ni, kembang kempis la hidung aku. Nafas aku pun jadi laju dan jantung aku pun rasa berdebar tiba-tiba.

       Aku ni bukan jenis boleh 'nampak' tapi aku tidak pula menafikan akan kehadiran mereka. Apa yang minda aku bayangkan adalah aku sedang diperhatikan oleh beberapa orang berpakaian serba putih seakan-akan berjubah dan berpenutup kepala bukan serban (atau mungkin ramai) ditepi-tepi trek yang sedang aku lalu. Nasib baik masih disang hari. Waktu tu masih pukul sebelas pagi lebih macam tu.

       Aku hanya berselawat dan berdoa agar tidak diganggu dan dipermudahkan perjalanan. Aku hanya mengatakan, bukan bercakap dalam hati yer, aku bercakap secara terus. Cakap pakai hati tak sampai info nanti. Aku bilang bahawa jangan kacau aku dan aku ni datang dengan niat yang baik. Alhamdulillah, tiada apa-apa perkara macam sesat atau tak jumpa jalan walaupun aku rasa aku tengah sesat ni. Maksud aku disini adalah aku 'sesat' ni bukan aku tak jumpa jalan atau kena 'game' tapi ni macam aku sendiri cari nahas dan ambik risiko tersendiri.

       Aku rasa tempat tu jer paling seram dan 'keras' aku alami. Tempat-tempat lain rasa macam biasanya jer. Baru aku perasan yang tempat tu sangat sunyi. Takut tu ada jugak tapi kalau dah duduk sorang-sorang dalam hutan tebal macam ni tanggunglah seorang diri. Pandai-pandailah jaga diri sendiri.


12.0 LEMBAH



       Sweater aku sudah mula buka dan simpan dalam beg. Dah mula rasa panas. Topi pun aku bukak sebab kepala dan muka dah berpeluh-peluh kepanasan. Aku hanya simpan topi dalam poket. Bila rasa panas kena sinar matahari aku pakai balik. Sesekali aku raba bahagian poket nak rasa samaada topi aku masih ada lagi ke tak walaupun poket sudah berzip.

        Aku sekarang berada di kawasan yang aku pun tak tahu dimana aku kini. Yang pasti aku yakin bukan di negara China. Perjalanan menuruni lereng gunung ini amat memenatkan badan dan kaki. Kiri kanan aku nampak hanya gunung-ganang berserta hutan tebal. Aku cuma nampak sebuah gunung dihadapan aku ternyata amat tinggi dan jauh untuk didaki. Yang buat aku musykil sekarang ini adalah macam mana aku nak tuju ke gunung tu hatta aku tengah menurun je sekarang ni. Mungkin aku kena turun sampai ke lembah atau kaki gunung terlebih dahulu kut. Aku mula rasa yang gunung didepan aku tu mungkin Gunung Berinchang memandangkan aku memulakan perjalanan di tanah rata. Kalau Gunung Irau aku bolek keluar sama ada Gunung Pass atau Gunung Suku. Nampak jugak jalan keluar nanti.

       Tiada bunyi kenderaan aku dengari. Bunyi lagu dari telefon aku macam endah tak endah. Sudah terlalu jauh aku dari peradaban manusia ni. Hanya deruan angin kedengaran diselangi bunyi air sungai mengalir, ternyata amat jauh terletaknya. Kawasan yang berlumut dan sejuk tadi dah bertukar panas dan lembap. Aku anggarkan aku berada pada ketinggian 900 ke 1000 meter dari paras laut berdasarkan pada bentuk hutan dipterokarp atas kelihatan (750 ke 1200 meter).

       Kaki aku mula terasa gatal-gatal dek dihisap oleh pacat. Inilah padahnya kalau tak pakai stoking. Kesan kulit yang melecet di kedua belah amat menarik perhatian pacat-pacat tersebut, apatah lagi darah yang keluar pasti membuat mereka berlumba berlari bila ada rezeki datang dengan percumanya. Sesekali aku berhenti membuang yang mana aku mampu lakukan dan jika rasa terlalu sakit.

       Rasa pasir dan batu-batu kecil membuatkan rasa tak selesa nak berjalan. Dua tiga kali aku berhenti buka, buang dan pakai semula kasut. Aku masih belum minum seteguk air pun sejak dari perjalanan dari Oly's Apartmen tadi. Terasa sedikit dahaga tapi aku hanya target tuk minum pada pukul dua belas tengahari nanti je. Aku terpaksa buat begini kerana aku sekarang dah kira masuk dalam dunia nak kena survival atau ikhtiar diri. Aku tak punya pilihan. Hatta, telefon pun aku sudah letak dalam flight mode dan lagu pun aku sudah tutup untuk kurangkan pengunaan bateri. Aku juga kurangkan ambil gambar takut cepat kehabisan bateri. Walaupun bawa powerbank tapi tu aku simpan untuk waktu-waktu yang betul-betul sangat diperlukan. Sekarang bukan masanya lagi.

       Pokok buluh mula banyak dilaluan. Ada kawasan buluh yang aku rasa tak pernah aku lihat jenis pokonya tumbuh macam tu. Jenis halus dan tumbuh berselang seli hingga membentuk satu ruang berteduh. Aku yakin itu mungkin kawasan haiwan bermalam. Aku perlu berhati-hati dan berwaspada. Telinga aku pasang'dengar' dan mata aku bukak 'lihat'. Dikawasan lembah mungkin ada banyak binatang buas berkeliaran.

       Makin banyak peluh keluar sebab aku rasa makin terlalu panas. Bila lalu kawasan buluh ni lain macam panasnya. Marking yang meriah tak putus buat aku yakin yang aku sedang menuju ke suatu trek keluar.


13.0 SUNGAI


       Aku tiba di kawasan lembah yang pada mulanya aku rasa mesti aku akan naik semula ke bukit nanti. Biasanya bila dah turun pasti kena naik semula. Kali ni, sangkaan aku meleset. Aku berjalan di kawasan lembah tersebut atau senang dikatakan kaki gunung yang agak panjang treknya. Trek agak landai, mendatar dan dipenuhi dengan pokok-pokok buluh. Marking kertas putih di sesetengah tempat mulai berjarak antara satu sama lain atau hilang. Beberapa kali aku tersasar trek sebab tak dapat lihat dengan jelas. Warna cahaya yang masuk dari celah-celah pokok tidak langsung membantu kerana cahaya yang mencapah itu membuatkan pandangan jadi samar-samar lantas aku pun jadi keliru samada yang aku lihat itu adalah kertas marking ataupun kesan pantulan cahaya.

       Aku jadi tersesat hampir satu minit kerana trek asal ditutup dengan pokok balak besar yang telah tumbang ditengah-tengah trek. Terkial-kial aku seorang diri mencari semula marking sampai buat aku kena berpatah balik cari marking yang paling akhir aku lihat dan bermula semula dari situ. Aku kena redah masuk ke dalam kawasan pokok tumbang dengan cuba mencari tanda trek yang asal. Kerja macam ni agak leceh dan mengambil masa sebab kena buat dengan perlahan, teliti dan penuh perhatian. Aku tak boleh kehilangan bukti. Setiap batang-batang pokok aku raba dan rasai. Ranting dan daun-daun kering aku selak nak selidik kesan-kesan lama yang ditinggalkan. Topi aku pakai semula bila kawasan pokok tumbang tadi lebih memberikan cahaya panas matahari daripada sebuah perlindungan. Gaya dah macam dalam misi pencarian pembunuh ala-ala Detektif Conan dah ni.

       Jam tangan menunjukkan yang aku sudah lebih sepuluh kilometer berjalan. Jauh. Tiga kali ganda trek ke Gunung Jasar-Perdah-Ruil pergi balik. Aku masih belum terasa penat. Mungkin keinginan nak keluar dan balik lagi fokusku tertumpu. Aku yakin akan berjumpa jalan keluarnya nanti cuma perlu terus bergerak dan terus bergerak sahaja hinggah jumpa ke destinasi yang belum pasti. Bunyi aliran sungai mulai kedengaran. Bunyi bising cengkerik dan segala jenis serangga spesisnya makin kuat kedengaran. Petanda yang aku makin hampir ke kawasan berair. Tanah pun makin lembap. Makin lama makin kuat bunyi air sungainya. Aku berjalan dan terus berjalan. Kawasan semak samun setinggi paras peha aku lalui dengan berhati-hati, takut terpijak binatang dan makhluk sealam denganya. Trek denai sudah hampir tertutup dengan adanya yang semaknya tebal dikiri kanan

       Akhirnya aku tiba di kawasan yang agak lapang, seolah-olah kemsite yang sudah lama ditinggalkan. Tiada kesan yang tempat ini baru dimasuki. Aku terus berjalan turun ke tebing yang agak tinggi kedudukannya, melepasi bongkah batu besar untuk gigi air sungai yang agak deras airnya mengalir. Sungai ni agak lebar lebih kurang lima ke tujuh meter aku rasa. Agak kagum sebab di tengah hutan belantara macam ni boleh jumpa sebatang sungai besar yang besar yang menjadi nadi utama bagi penghuni hutan belantara di sini.

       Aku terus meletakkan beg di kawasan yang agak berpasir dan kering. Tiada kesan tapak kaki orang pun lalu lalang disini. Sah, memang aku keseorangan lagi kali ni. Sifar potensi nak jumpa manusia ditengah-tengah hutan ni. Kemudiannya, aku pun buka kasut yang sudah lama basah dengan peluh. Kecut kulit kaki. Kaki aku sudah pun dipenuhi dengan pelbagai generasi pacat dari peringkat umur, saiz dan panjang. Satu persatu aku tarik di mana amat susah dan hampir nak berputus asa nak aku lalukan kesemuanya; semua bertaruh nyawa tak nak lepaskan diri demi setitik darah. Ada yang aku campak ke dalam sungai biar mereka hanyut dan lemas olehnya walaupun aku berasa sedikit was-was yang mereka boleh lemas. Yang liat sangat nak tanggal dari kaki tu aku gesekkan dengan batu bila dapat cabut. Anda bayangkanlah, bila dah dapat yang besar-besar dan gemok-gemok tu, aku bagi picit-picit keluarkan balik darah aku yang mereka hisap sampai kering dan lepas tu aku hentak pakai batu berkali-kali sampai mereka pula berdarah. Kejam bukan. Tapi tak salah kalau dah rasa terlampau sangat geramnya. Itulah hasilnya kalau natural killer instinct keluar.

       Aku mula-mula cuci kasut dan lepas tu bercadang nak cuci kaki jer. Bila tengok seluar pun kotor, aku pun basuh seluar sekali. Bila badan tengah panas dan kuak berpeluh macam ni, aku terus buat keputusan lebih baik mandi dan berendam terus lama-lama dalam air sungai tu. Lagipun aku dah dua hari tak mandi kan (sejak balik dari Mok Cun semalam lagi). Orang kata sambil berendam, sekalilah minum air. Tak aku nafikan kebenaran peribahasa diatas bila aku sendiri yang melakukan dan merasa pengalaman tersebut. Rasa jakun pulak bila jumpa air. Semua benda aku nak basuh, dari kasut, baju dan seluar sampai topi pun aku basuh. Beg pun aku kasi lap, tapi kat luar-luar jerlah yang mana kotor dek kena dengan daun kering dan ranting reput. Lebih tiga kali aku basuh kasut bila setiap kali basuh mesti pasir masuk semula hingga aku pakai kasut pun nak buat dalam air.

       Aku tiba di sungai tersebut pada pukul dua belas tengahari. Setengah jam kemudian aku pun menyambung kembali perjalanan dengan naik semula ke tebing yang ada kemsite lama tu. Marking tadi hilang semula sebab aku terlalu asyik fikir nak tuju ke tebing sungai je. Masa berendam tadi aku tersangat yakin yang akan melalui kawasan sebelah sungai sana diseberang sana. Aku perlu cari semula marking putih tersebut dan masuk semula ke dalam semak tadi.





14.0 PACAT & PACAK

        Mencari semula marking tak mengambil masa yang lama. Betul tekaan aku yang aku kena seberangi sungai ni dan akan lalui trek yang terletak di seberang sungai sana. Kena lalu sungai yang agak bawah sikit dari tempat aku berendam dan mandi tadi. Lepas melalui sungai, aku akhirnya sampai di bukit yang aku nanti-nantikan untuk aku panjat. Selepas turun dari puncak Gunung Ruil hingga ke sungai tadi, hampir keseluruhan perjalanan aku sesungguhnya amat mudah dan menurun, lantas membuatkan aku tak perlu menggunakan banyak tenaga untuk dibazirkan. Bukit dihadapan aku ini sejenis anak bukit yang amat tinggi dan curam menaik. Mungkin di sebalik bukit ini ada jalan untuk pulang. Mungkin bunyi deruan air sungai yang kuat menenggelamkan kehadiran bunyi kenderaan yang lalu lalang.

       Bukit itu jenis bertanah merah, pasti licin, kering dan panas. Aku bernasib baik sebab baju dan seluar masih lagi basah. Sejuk gila rasa. Aku mula rasa pacat dah naik semula dekat kaki. Aku terasa amat pedih berdenyut-denyut dan rasa tak selesa. Mulanya aku tak nak layan rasa sakit tu, tetapi bila dah tak tahan terlalu sakit yang amat, aku terpaksa berhenti walaupun sedang berada di tengah-tengah bukit yang sedang menaik. Terpaksa aku membongkokkan badan dan meletakkan kaki satu di atas dan satu agak bawah sikit bagi menahan badan. Sebelah tangan pegang pokok dan sebelah lagi meraba-raba dalam kasut. Kelihatan lima enam ekor pacat sedang rancak berpesta di satu tempat yang sama. Tempat yang memang dah terbuka siap untuk dihisap, tempat kaki aku yang sudah melecet dari tadi. Di situ rupanya tempat mereka berkoloni selama ni.

       Aku cabut dan buang semuanya walaupun sedang kelihatan beberapa ekor lagi pacat yang datang dari pelbagai penjuru sedang berpusu-pusu datang kemari. Kejadian diserang puak-puak gerila pacak ni tak terhenti disitu. Aku ditawan oleh mereka sehingga aku balik rumah (Ada yang masih hidup berkeliaran ikut balik di bilik tandas aku masa aku nak basuh baju!). Komunis betul mereka ni. Sampai satu tahap aku berasa tersangat rimas dan rasa nak berputus asa. Rasa tak larat dah nak buang mereka ni. Jika aku berhenti, nanti makin ramai yang datang. Apa yang boleh aku buat adalah bersabar.

       Aku tetap berjalan mendaki bukit ni walaupun rasa sakit dinodai oleh pacat. Terpaksa merelakan diperlakukan sedemikian. Aku bertindak melawan dan hanya berhenti bila terasa terlampau sakit yang mana aku dah tak tahan sangat rasanya. Makin lama makin menyampah rasanya dengan pacat ni. Sabar pun ada tahapnya. Itu tak termasuk lagi yang sedang duduk bergeli bergeleman dalam kasut tengah hisap darah dekat celah-celah ibu kaki. Senang betul mereka masuk dicelah-celah kasut aku yang koyak ni.

       Aku kira penangan pacat ni antara yang paling gila pernah aku kena. Kat kawasan ni aku boleh lihat pacat boleh naik sampai baju. Masa berjalan boleh pulak aku gentel-gental baju cari pacat yang sedang hisap darah di badan sebab dah banyak kena sampai kena masukkan baju dalam seluar (seluar dalam) sekali. Paling aku tak boleh nak hadam perangai gila macam tak pernah jumpa darah ni bila ada seekor tu boleh buat gigitan cinta kat leher aku!!. Rimas oi.

       Pengalaman paling ngeri aku rasa kena love bite dengan pacat ni masa riki(rintis) buat Trans Slim dua tahun lepas. Aku yang sedang tidur dengan kaki separuh dalam sungai dan badan atas balak tersedar yang bibir aku rasa sakit. Bila aku raba bibir mungil itu, aku rasa seekor pacat dah gemuk tengah hisap. Respon aku yang paling diingati masa tu adalah aku dalam keadaan mamai bangun tidur, cabut pacat tu, buang dalam sungai dan sambung balik tidur. Kedua, kena gigit kat ketiak masa tengah tidur masa buat V1 (Trans Titiwangsa). Itulah, sapa suruh tidur tak pakai baju.

       Aku sebenarnya ada simpan dan bawa senjata rahsia. Tapi sebab aku terlalu menyampah dan mental nak melayan trek pacak ni buat aku malas nak berhenti, bukak beg dan cari alat tersebut.




15.0 HUJAN

       Satu-satunya bukit yang aku kena naik dalam ekspedisi yang tak dirancang ni walhal mental aku dah bersedia nak naik ke gunung yang tak muncul-muncul ni. Lega bila dah mula tiba di kawasan yang landai. Betis rasa nak tercabut dah duk layankan trek menaik tadi. Cuaca mulai panas membahang. Aku sudah berpeluh dari dahi sampailah ke kaki. Dah masuk waktu tengahari dah kan. Pakaian aku pun dah mulai kering. Terasa sedikit lembap dihujung-hujungnya kainnya, mungkin terkena air daripada daun-daun pokok. Topi pula aku hanya gunakan untuk buat kipas atau kesat peluh.

       Aku terus berjalan dan berjalan. Kayu yang dijumpai di tengah jalan aku ambil nak dijadikan sebagai tongkat atau buat menebas dan sebagai satu alat senjata mempertahankan diri. Kalau ada binatang yang menyerang pasti dalam masa lima saat aku dah tewas. Hujungnya aku balut dengan kain bandage yang wajib aku bawa bersama beberapa getah untuk memudahkan aku memegang kayu dan mengelakkan tercucuk dihujungnya yang tajam. Selesa pun selesa. Lagi satu fungsinya untuk tujuan keselamatan jugaklah, jika ada kecederaan boleh je terus ambil dan balut terus. Mudah bukan. Ni baru betul benda boleh dapat dihujung jari jer.

       Tekak aku mulai rasa dahagakan air tetapi aku masih enggan untuk minum lagi. Aku nak simpan air ni bila diwaktu yang getir sahaja. Nak kena berjimat dan buat catuan air. Masa depan belum terjamin lagi akan jumpa lagi air ke tak nanti. Harap-harap dapat jumpa anak sungai dalam laluannya nanti. Aku target pukul satu nanti sahaja berhenti rehat dan baru boleh nak minum air. Kena jaga disiplin walau dimana jua anda berada.

       Bunyi aliran sungai sekejap dengar sekejap hilang. Bunyi dari sungai besar yang aku mandi tadi kut. Aku tak pasti ke mana lagi tujuan aku. Yang dapat aku lihat adalah gunung ganang yang terletak disebelah kiri dan kanan aku. Aku mengandaikan yang aku sedang melalui lereng-lereng gunung kerana aku seolah-olah sedang menuruninya. Sebelah kanan bukit dan sebelah kiri gaung. Yang membuatkan aku rasa gusar dan tak sedap hati adalah mengapa aku harus terus berjalan menurun dan tidak kembali mendaki-daki lagi.

       Tepat pukul satu aku tiba di sebuah anak sungai. Kebetulan pula rasanya dapat jumpa anak sungai ni. Kawasannya sangat tenang, agak berpasir dan cetek airnya. Perlahan je air mengalir dan jernih tanpa pencemaran. Aku yang memang dah rasa teramat haus kini tanpa berlengah lagi terus minum air sungai tersebut sepuas hati. Aku bercadang nak berehat jer disitu bagi menunggu waktu Zohor masuk. Aku nak solat sekali terus disitu alang-alang dah jumpa air ni.

       Aku mula membuka kasut dan membuang kembali pacat-pacat yang sudah lama bersarang dikaki. Baru jer nak rehat dan tak sampai lima minit duduk, cuaca jadi gelap, awan pula makin mendung dan jadi kian tebal. Alahai, tiba-tiba pula cuaca berubah. Bila duduk di kawasan tanah tinggi begini, cuaca tak boleh dijangka. Tak boleh tengok orang nak bersenang lenang sikit. Aku baru nak lelapkan mata sekejap.

       Aku memakai kembali kasut dan menyarung semula beg untuk meneruskan perjalanan. Aku tak boleh terus menunggu. Aku terpaksa melanggar pantang larang yang berpesan tidak elok berjalan masa waktu zohor ni, tapi memandang waktu nak hujan, aku harus cari tempat berteduh atau berlindung yang lebih selamat. Hujan di Cameron ni sangat sejuk airnya. Aku boleh kena hypothermia tiba-tiba.

       Dalam banyak-banyak flora yang aku jumpa kat kawasan ini, ada satu pokok yang amat menarik perhatian aku. Belum pernah aku jumpa pokok jenis macam ni. Aku panggil kacang buncis gergasi sebab saiznya sebesar tapak tangan aku. Lama kelamaan aku jalan, baru aku perasan yang aku sekarang sedang berada dilaluan trek balak yang sudah lama ditinggalkan. Masih ada lagi kesannya dan dapat dilihat walaupun sudah ditumbuhi semak lama.


16.0 TREK BALAK LAMA

       Hujan pun dah berhenti. Rintik-rintik je turun. Tak sampai sepuluh minit turun. Aku malas nak berhenti semula. Trek pun tak susah sangat. Cuma bila lalu kat trek balak lama ni kena redah semak samun dan pokok pokok yang dah mula meninggi.

       Mula-mula aku cam ni trek balak lama sebab aku berjalan banyak menurun jer. Trek yang rata jalannya dan boleh dibayangkan ada satu atau dua lori muat untuk lalu pada jalannya. Di tepinya ada bukit atau tanah tinggi yang seolah-olah putus darinya disebabkan tanah sudah diratakan. Kenapa masih ada kesan lagi? Sebab bayangkan kalau setiap hari ada 20 biji lori bertayar 16 biji tengah sarat bawa muatan balak yang bertan-tan tengah lalu. Maka itulah yang terjadi.

       Ada beberapa bahagian menanjak sedikit tapi itu sekejap sahaja. Cuma banyak pokok balak tumbang buat aku terkangkang nak naik untuk melepasinya. Aku dah berjalan lebih 15 kilometer kini dan sudah memasuki kawasan berbuluh. Beberapa kali juga aku kena berjalan merangkak di celah-celah batang buluh yang sudah tumbang.

       Aku mula rasa kepenatan. Aku hanya mengalaskan perut dengan minum air sungai dan beberapa teguk air 100 plus. Aku masih mampu menahan rasa lapar. Ajaib betul aku rasa perut kali ni. Berjalan di atas trek yang tak berkesudahan marking ni buat aku merasa bosan. Aku masih enggan membuka lagu dari telefon kerana nak jimat bateri. Jarang sekali aku kalau mendaki tak bukak lagu. Antara sebabnya juga adalah aku nak dengar bunyi kenderaan. Entah berapa kali dah aku berhenti berjalan kerana nak memastikan yang aku mendengar bunyi kenderaan bergerak di depan sana. Tergiang-giang pula di telinga aku bunyi seolah-olah ada motokar yang sedang bergerak. Hampa betul bila setiap kali aku berhenti, itu hanyalah bunyi aliran sungai yang amat jauh kedengaran atau deruan angin yang lalu menyebabkan pokok-pokok bergoyang bergesekan sesama sendiri. Berkali-kali aku berbuat demikian. Berjalan beberapa langkah, lepas tu berhenti lagi. Aku dah jadi keliru. Mungkin aku sedang berhalusinasi.

       Suasana hutan memang sangat sunyi. Bunyi ranting-ranting pokok yang patah sedang di pijak selalu mengejutkan aku. Padahal aku sendiri yang memijaknya. Kadang-kadang bunyi pokok yang tiba-tiba bergoyang mendebarkan perasaan. Walhal ia bergoyang sebab aku sendiri sedang memegangnya tanpa ku sedari.

       Bunyi burung berkicau amat menganggu konsentrasi aku yang sedang khusyuk mengelamunan (Biasa aku mengelamun buat V3 Solo atau tengah rancang strategi nak V1 solo lagi). Nak hilangkan rasa bosan, aku pun beranganlah. Bunyinya agak ramai, saling berinteraksi antara satu sama lain. Sambil berkicau, mereka terbang seolah-olah mengikuti aku. Kejap di depan kejap di belakang. Macam ada sukaneka rakyat dalam acara larian berganti-ganti dalam guni. Aku mula rasa macam ada yang tak kena. Mula rasa sesuatu sangat. Janggal sekali aku dengar bunyi bising burung macam ni dalam hutan. Kalau seekor dua tu biasa jer aku jumpa dalam hutan. Kali ni agak lama berkicauan. Sama ada mereka ni tengah terlalu kegembiraan atau seolah-olah memberi peringatan dan suatu amaran kepada aku. Peringatan mungkin kut sebab aku tak solat Zohor lagi. Nanti aku jamaklah. Kalau sejenis amaran aku tak tahu apa maksudnya. Sukar betul nak tafsirkan. Aku tak ada sangat ilmu hutan ni. Bab-bab ni aku kena belajar banyak lagi.

       Apa yang terlintas dalam kepala aku ada satu benda jer iaitu ada binatang buas berdekatan. 360 darjah kepala aku berpusing memandang sekeliling sambil kaki makin laju di hayunkan. Belum pernah aku berjumpa dengan binatang buas dimana-mana sebelum ni. Kadang-kadang bunyi seolah-olah pokok bergoyang atau dahan patah membuatkan langkah aku terhenti sesaat dua. Aku sentiasa berwaspada. Kayu di tangan aku angkat sedikit tinggi dari arah pinggang dan memegangnya dalam gaya seolah-olah bila-bila masa saja akan menikam jika ada bertindak menyerang. Aku berjalan dalam keadaan menyereng sedikit.

       Bunyi burung itu hilang akhirnya. Aku lebih suka tiada bunyi dari bising walaupun dihutan. Satu lagi perkara yang masih aku tidak dapat lupakan sepanjang ekspedisi ini. Trek balak ini sangat panjang dan tebal dengan semak. Langsung tiada tanda-tanda ada komuniti manusia di dalamnya atau kesan orang asli datang ke hutan ini. Apa yang menghairankan aku adalah sepanjang perjalanan aku terbau bau yang agak wangi seperti cempedak goreng. Aku sekadar beranggapan bahawa mungkin ada pokok cempedak disini. Bau tersebut mulanya aku rasa mungkin ada kampung berdekatan tetapi bila hampir sepanjang trek balak ni aku menciumnyer buat aku fikir lain macam. Makin kembang kempis hidung aku berbaunya. Mungkin ada sebuah komuniti bukan jenis manusia sedang berpesta keramaian kut.

       Yang buat aku tak keruan tu bila bau tu buat perut rasa kelaparan. Masa tu aku betul-betul fikir bila dapat keluar nanti aku nak cari cempedak goreng. Bau pisang tengah masak pun aku tak heran sangat sebab aku yakin mesti ada buah pisang tengah masa di kawasan pokok pisang hutan sedang tumbuh. Aku cuba mencari buah atau pokok cempedak di sepanjang trek, namun gagal.





17.0 MARKING HILANG

       Trek balak lama ini sangatlah panjang macam tak ada penghujung. Aku seret je kaki ikut jer ke mana marking putih bawa. Aku hanya dapat bayangkan yang aku bergerak mengelilling bukit sebab kejap aku pusing kiri, kejap pusing kanan. Habis satu bukit, aku pusing bukit lain. Hutan makin lama jadi makin terang dan kurang pokok. Dah jadi panas kembali di luar sana walaupun ada banyak tompokan awan tebal duduk berpuak-puak dibeberapa tempat.

       Aku sudah tidak lagi berada di bawah laluan yang dilindungi oleh pokok-pokok. Marking putih ini kini membawa aku ke sebuah trek balak lama yang tumbuhi oleh semak setinggi paras lutut. Banyak pokok resam, lalang dan rumput tinggi. Ada yang mencapai separas tinggiku. Dah macam-macam gaya aku silang tangan tak nak bagi kena daun takut nanti miang. Denai hutannya agak samar-samar trek laluana menandakan yang sudah begitu lama tidak di gunakan. Setiap kali melaluinya, aku terpaksa mengangkat kaki ke paras lebih tinggi dari biasa bagi melepasi semak-samun tersebut.

       Masih tiada lagi bunyi kenderaan lalu lalang yang dicari-cari. Cuma perubahan bentuk trek yang semakin jelas kelihatan terang dan luasnya. Aku cuba menjejaki kesan tinggalan laluan kenderaan atau pejalan kaki yang menandakan kehadiran orang asli masuk ke dalam ini. Masih tiada tinggalannya. Kesan menebas pada pokok-pokok semacam sudah lama ditinggalkan. Cuma yang aku lihat ada kesan unggun api yang sangat lama dan dah hampir tertutup dengan rumput di tepi trek tersebut. Ada juga sebatang paip sebesar dua jari tangan memberikan aku sedikit harapan yang aku semakin menghampiri sebuah ketamadunan. Mungkin ada paip-paip air yang berselirat panjang selepas ini. Kat Cameron ni kan memang banyak tempat-tempat paip air macam ni. Jika ada paip maka ada penempatan. Ada pertanian dan adalah perkampungan (kut). Mungkin perkampungan bangla.

       Gunung yang sudah terletak jauh dari tempat aku berada kini aku lihat sudah nun jauh puncaknya dibelakang aku. Bila fikir-fikir balik, aku lebih rela teruskan perjalanan ini dari berpatah balik. Aku yakin yang aku akan keluar di sebuah kampung orang asli nanti. Naluri aku kuat mengatakannya dan suruh teruskan mengikut marking putih tersebut yang jalannya hanya terus menurun sahaja. Bau buah cempedak goreng langsung hilang. Pacat sudah tidak aku hairan lagi. Dah berkurang kut sebab kawasan dah makin kering. Cuma aku tak tahan cuaca yang panas. Lalu kat trek macam ni tiada perlindungan langsung melainkan topi hijau aku ni jer. Rentung lagilah nampaknya.

       Aku mengeluarkan telefon yang tersimpan di dalam beg. Masih tiada lagi talian komunikasi. Aku cuba meneliti semula peta yang sudah lama aku tinggalkan dengan harapan jumpa trek lain. Masih serupa. Tidak menunjukkan apa-apa jalan yang membawa aku keluar. Realitinya aku sememangnya sedang berjalan keluar tetapi masih tidak tahu dimana dan kemana. Buntu aku memikirkan. Dalam
kepala aku, bermain satu idea yang tak logik berkemungkinan aku telah masuk ke trek Trans Gopeng. Itu cumalah andaian sahaja.

       Aku terlalu ralit bermain telefon sambil berjalan. Disebabkan treknya yang begitu luas dan tiada apa-apa halangan (trek powil/balak lama) jadi aku tak risau terlanggar pokok atau kayu sebab hanya perlu berjalan sahaja. Aku memilih berada ditengah-tengah trek kerana kurang sedikit pokok yang tumbuh. Kadang-karang aku perlu bergerak ke kiri atau ke kanan apabila trek agak curam nak turun serta berbatu besar. Sesekali aku melihat ke hadapan, takut beralih arah. Beberapa minit kemudian, aku menyimpan semula telefon dan mula mencari marking putih semula.
.
        O.M.G!!!. Tanpa aku sedari marking telah hilang dari pandangan Marking sudah tiada. Aku berhenti dan mula mencari marking yang ada disekitarnya. Aku mula fikir kena berpatah balik ke tak, mencari marking tadi dari awal semula. Tetapi aku rasa tak sanggup sangat nak berpatah balik sebab nak kena hadap semula trek yang menaik dan panjang. Sekali pengalaman bau cempedak goreng tadi cukuplah. Aku pun dah rasa terlalu kepenatan, kepanasan, kelaparan dan kepewaian yang teramat.

       Aku yakin semasa aku sibuk bermain telefon tadi pasti aku terlepas marking tersebut disitu. Aku meneruskan kembali perjalanan sambil berfikir yang aku betul-betul cari pasal kali ni. Nak telefon, talian tiada pula. Sudah hampir 20 kilometer aku berjalan. Tiba-tiba aku melihat ada suatu benda besar warna hitam di dalam semak lebih kurang 5 meter dan tempat aku berada. Aku berhenti sebab aku pun terkejut dan berdebar-debar rasa.


18.0 KEBUN


       Aku berjalan setapak demi setapak kemudian berhenti semula. Nampak macam besar benda tu. Hitam warnanya. Tak nampak jelas sebab dilindungi lalang-lalang yang agak tebal. Aku dah bersedia dengan kayu di tangan. Mula-mula aku sergah. Tak di layan. Mungkin plastik sampah kut. Aku berasa curiga. Aku sergah sekali lagi. Sama jugak, masih tak bergerak jua. Aku buat keputusan nak lalu je. Mungkin sampah je kut. Kalau binatang biarlah dia tidur dengan aman dekat situ. Aku malas kacau. Aku bercadang nak pecut lepas tu berlarilah selalu-lajunya.

       Baru aku nak bukak langkah seribu, benda tu terbangun, jadi terkejut lantas sesaat kemudian bergerak merangkak masuk semula dalam semak. Aku pun tak tahu nak respon apa sebab dengan aku sekali jadi terperanjat sampai terlepas kayu di tangan. Rupanya seekor biawak yang amat besar sedang tidur di tengah-tengah jalan. Aku kira biawak riang iaitu biawak yang jenis boleh berenang dalam air tu (selalu orang ingat buaya kalau dia terapung atas air). Panas sangat ke dik ko tidur atas trek macam tu. Nasib aku tak pijak.

       Aku mengambil semula kayu selepas memastikan tiada bahaya lagi dan bergerak semula selepas memastikan biawak besar tersebut betul-betul dah lari masuk dalam semak. Aku tak nak dia kejar aku pula nanti. Mulanya aku ingatkan ular tengah tidur berlingkar ditengah-tengah jalan. Itu buat aku berhenti tu. Tapi tak lojik jugak ular tidur tengah panas ceng ceng macam ni ditempat terbuka. Tadi burung berkicauan, lepas tu biawak pulak. Lepas ni apa lagi binatang aku kena jumpa nanti. Kalau bab pacat tu, aku tak payah cakap la, terlampau banyak. Aku dah malas nak bukak kasut tengok.

       Rasa terkejut tadi membuatkan adrenalin aku jadi bertambah. Tiba-tiba rasa bertenaga. Dari hanya berjalan penuh keletihan, aku mula berlari anak-anak ala ala Kenya dengan pinggang bergelek tak kenal erti penat. Aku nak cepat habiskan perjalanan ini. Jam dah menunjukkan pukul 2.30 petang. Aku target pukul enam petang aku dapat keluar dari hutan ni. Yang penting aku sempat keluar masa siang. Kalau dah malam tak keluar-keluar lagi aku tak dapat nak bayangkan apa yang jadi kat aku nanti.

       Tengah seronok berlari-larian makin lama makin terang jalan dan jelas trek denai. Sebab trek lurus panjang macam ni la seronok nak berlari. Aku nampak satu cahaya terang di hadapan. Kelihatan macam ada kawasan yang luas. Makin laju jadinya aku berlari. Ada sesuatu yang menarik perhatian untuk aku bergerak ke sana. Mungkin, ya mungkin. Seperti yang aku fikirkan.

       Tidak berapa jauh kemudian; aku semakin menghampiri kawasan berkenaan yang kelihatan seperti sebuah kebun. Ya, aku tak silap lagi. Memang betul aku sedang keluar dan berada di kawasan ladang sayuran (tengok video). Suatu kegembiraan yang tak dapat aku gambarkan kerana aku tahu aku hampir akan keluar pulang. Seperti aku nyatakan sebelum ini, jika ada kebun, akan adalah penempatan dan akan ada orang di situ. Trek denai tadi membawa aku ke keluar ke kebun sayur (aku rasa tu pokok kacang panjang) hingga ke sebuah trek lori/4wd. Aku berjalan dan terus berjalan melalui trek di tepi kebun sayur tersebut. Dari jauh aku nampak sebuah rumah dua tingkat berwarna kuning beratap zink. Mungkin disitu ada sebuah penempatan.

       Aku terus berjalan sehingga menuju ke sebuah simpang. Ni yang buat aku nak bunuh diri ni jika kena buat pilihan antara hidup dengan mati. Sebelah kanan akan bawa aku ke rumah tadi dan sebelah kiri jalannya mempunyai kesan kenderaan masuk. Aku jadi bingung. Persoalannya sekarang yang mana satu jalan nak aku lalu ni. Jalan kiri ni amat menyakinkan sebab ada kesan tayar kenderaan, mungkin jalan mereka keluar masuk. Jalan mereka angkut keluar sayur-sayur ke pasar untuk dijual. Kalau aku pilih ke kanan pula, mungkin rumah itu hanya penempatan sementara pekerja sahaja. Buat apa aku nak singgah ke rumah mereka. Itu rumah tempat pekerja berehat dan tidur. Aku ni nak balik rumah sendiri, bukan nak tumpang rumah orang.





19.0: RUMAH ORANG ASLI



       Aku pilih jalan yang sebelah kanan. Jalan nak menuju ke rumah kuning tu. Naluri aku kuat mengatakannya. Aku nak cuba nasib lagi kali ni. Kalau ada bangla di situ yang baik hati nak terima nak tumpangkan rehat pun dah cukup bertuah rasanya. Kalau mereka lagi baik hati, boleh bagi minum kalau dorang nak tawarkanlah. Aku pun nak cuba tanya mereka kalau ada lori atau powil keluar masuk. Kalau ada rezeki boleh tumpang naik. Apa salahnya mencuba; ikhtiar dan bertawakkal je dulu. Terserah pada nasib dan takdir.

       Kedengaran suara orang berada berdekatan. Aku harap tiada anjing berkeliaran di kawasan sekitarnya. Sungguh aku benci dan trauma asyik kena kejar dengar anjing ni. Semakin menghampiri rumah kuning itu semakin tipis harapan aku. Apa taknya, rumah tersebut sudah kosong. Sudah terlalu usang dan buruk untuk didiami. Dinding ada banyak lubang, tingkap banyak pecah dan warna yang kekusaman buatkan aku lagi takut nak menghampirinya. Macam sejenis rumah hantu pulak nampak. Dari celah-celah tingkap terbuka aku lihat tiada kelibat penghuni di dalamnya. Aku sekadar lalu sambil pandang rumah tu sebelah mata acuh tak acuh, takut terpandang kelibat lain yang sedang tengok aku kan. Sebelah mata (hati) lagi tetap berwaspada melihat ada anjing tak berkeliaran di kawasan tersebut.

       Pokok kacang berganti dengan pepohon tomato. Sudah besar dan nampak macam buahnya sudah dikutip. Secara teknikalnya, tomato adalah buah, bukan dalam kumpulan sayuran (sila google). Kesan daun dan batang yang telah layu di buang di atas jalan menandakan yang aku berada di jalan yang benar untuk keluar. Mungkin jalan lori sayur masuk. Tak salah pilih simpang. Malah ada beberapa lagi cebisan yang tertinggal beberapa meter di hadapan. Aku bertambah yakin jadinya, pasti jika terus ke ke hadapan dan ke depan seterusnya lagi pasti ada jalan keluarnya.

       Bunyi suara orang yang kedengaran tadi berada tidak berapa jauh di belakang rumah kuning tadi. Bunyi macam mereka tengah bermandi-manda di sungai berhampiran. Walaupun aku tak faham apa yang dibualkan tapi aku mengerti yang mereka begitu gembira dengan bunyi gelak ketawa kuat kedengaran.

      Aku beredar meninggalkan rumah kuning tersebut. Sudah lebih 20 kilometer aku berjalan. Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 petang. Aku berjalan menuruni bukit yang agak tinggi dan berbatu. Di bawahnya terdapat sebuah motor dengan sebiji topi keledar terletak tanpa dikunci atas motor di tepi jalan. Benda pertama yang membuatkan aku rasa bertambah keliru adalah cara motor itu diparkir. Pemiliknya meletakkan kepalanya membelakangkan aku dimana sekilas pandang pasti anda akan mengatakan yang motor tersebut datang dari arah rumah kuning tersebut. Aku berhenti dan memeriksa kesan tayar pada tanah. Sukar untuk dilihat kerana trek banyak batu dan berdaun. Terdetik di hati yang aku sudah ambil simpang yang salah. Mungkin motor tersebut datang dari simpang satu lagi ni.

      Fikir punya fikir, aku teruskan perjalanan maju ke hadapan dengan membawa sama rasa yang penuh gundah gulana. Kesan tayar motosikal dibeberapa tempat tidak begitu membantu melunturkan rasa hati yang tengah walang ni. Malah kesan tayar lori sayur atau powil langsung tiada tandanya. Bingung betul aku memikirkanya. Cuma bunyi sungai yang mengalirnya mampu menenangkan perasaan hati ini yang kian bertambah rawan.

       Jalan yang aku lalui ini tiada marking langsung. Trek luas dan berbatu membuatkan tapak kaki aku mula terasa sakit. Letih dah berjalan. Keadaan treknya mengingatkan seperti trek nak ke Bukit Kutu/Lata Medang. Aku berjalan sepantas yang mungkin bila terdengar bunyi yang aku tunggu-tunggu. Aku berhenti untuk memastikan aku tak pekak dan tersalah dengar, bukan suara aku tengah berdelusi. Aku masih waras. Bunyi kuat aliran sungai silih berganti, melenyapkan bunyi yang datang dari hadapan yang masih kesamaran. Adakah aku bermimpi? Aku berjalan lagi dan tak sampai sesaat kemudian aku berlari.

       Bunyi motor, kereta dan lori bersilih ganti makin lama makin jelas kedengaran. Jelas. Aku bakal menuju keluar ke jalan raya kini. Yang pasti akan jumpa orang nanti. Aku jadi teruja mendengar bunyi itu. Aku berlari dan terus berlari kerana aku tau aku akan tiba dipenamatnya. Apa yang aku tunggu selama ini sudah sampai akhirnya. Benda yang aku tak pernah berhajat untuk ditemui; anjing-anjing.










20.0: JALAN RAYA

       Mula-mula aku tak perasan ada anjing disitu atau sebenarnya anjing tu tak perasaan aku makin menghampirinya. Bila dia nampak aku barulah nak menyalak. Teruk betul perjalanan aku kali ni. 'In the beginning' dah kena berperang dengan anjing (masa nak ke Gunung Jasar) dan kenapa bila nak 'toward to the Ending' masih ada lagi plot-plot yang mesti nak dipanjangkan kisah ni. (pembaca dah bosan tunggu lama ni tak habis-habis). Bukan aku nak pun, tadi realitinya inilah yang aku hadapi. Setiap langkah ada ceritanya.

       Mujur trek masih berbatu dan aku kutip beberapa batu yang aku rasa kalau baling boleh mendatang kemudaratan pada mangsa. Anjing tersebut mulanya ralit bermain di bawah rumah orang asli hinggalah selepas beberapa saat barulah beliau mula menyalak. Aku masih berasa terkejut walaupun sedar akan dapat lolongan penuh kebencian sebegitu rupa. Janganlah marah sangat jing, aku nak lalu je pun.

       Bunyi kenderaan lalu lalang amat memanggil-manggil aku untuk terus bergerak. Dah tak sabar aku nak tamatkan perjalanan ni. Dah dekat sangat tapi aku tiada jalan lain. Tak mungkin aku nak berpatah balik. Hanya ada seekor jer anjing kat sini. Makin aku dekat makin kuat bunyi salakannya. Aku pun jadi makin berani tiba-tiba. Hero cerita kena tunjuk kuat. Dengan sebelah tangan kiri memegang kayu yang bersedia untuk melibas dan sebelah kanan batu yang akan aku baling jika anjing tu menyerang, aku pun menyergah kembali anjing tersebut.

       Aku berharap ada orang asli yang datang menghalau binatang kepunyaan mereka ini namun bagai tiada kelihatan kelibat manusia pun yang tinggal di antara tiga biji rumah yang diperbuat semuanya dari kayu di sini. Aku syak mungkin sudah tiada penghuni agaknya. Bila anjing tu makin kuat menyalak, aku meninggikan lagi tona suara aku. Kini kami umpama berpadu vokal sambil berlawan siapa punya lontaran suara paling tinggi. Aku mengacahnya dengan kayu walaupun anjing tu masih berada jauh lebih kurang berjarak dalam jarak 30 meter dari aku. Nampaknya aku punyai kelebihan dengan adanya props di tangan.

       Anjing itu berpusing ke depan ke belakang seolah menari mengikut rentak suaranya. Jing kau ingat ada juri nak bagi markah lebih ke. Dan aku tak tahu nak buat apa lagi hanya berhenti tidak bergerak sehinggalah anjing tersebut berundur sedikit demi sedikit masuk ke dalam semak. Aku berlari dengan cepat mengejar anjing tersebut sambil membaling ke semua batu. Walaupun satu tak mengenainya (sebab dia cepat-cepat dah masuk semak) aku masih membuat suara marah dan geram bersilih ganti dengan carutan yang (maaf) tak dapat di bendung lagi hinggalah aku akhirnya tiba di depan jalan raya.

       Walaupun anjing tersebut sudah jauh masuk ke dalam semak, tapi bunyi menderam masih kedengaran. Aku rasa dah selamat dah ni. Aku bersorak kegembiraan. Bukan saja meraikan kemenangan tetapi juga kejayaan untuk keluar dari hutan. Aku sudah tiba di tepi jalan raya dengan selamatnya. Kelihatan beberapa kenderaan lalu lalang. Alhamdulillah, hanya Tuhan sahaja tahu perasaan aku berjaya juga sampai di jalan raya yang aku nanti-nantikan. Aku menyelusuri jalan raya yang aku langsung tiada idea dimanakah sekarang aku berada dan berehat sebentar ditepi pembahagi jalan.






       Aku buka talian telefon dan perkara pertama aku lakukan adalah mencari peta arah. Ya Rabbi!! Lokasi terkini aku sekarang adalah aku sedang berada di tepi Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland atau 10km dari tempat permulaan pendakian ke Gunung Suku dari Simpang Pulai. Aku memeriksa lagi jarak untuk pulang semula ke parkir kereta aku di Oly's Apartment. Sungguh terkejut aku bila dinyatakan aku perlu menempuhi jarak sejauh 55km lagi untuk sampai ke sana. Mana mungkin aku nak berjalan pulang ke sana. Mahu tengah malam pun belum tentu sampai lagi.

       Sekarang aku ada masalah baru, masalah lagi besar; macam mana nak balik. Hari macam nak hujan. Plot pun makin berkembang.





21.0 PULANG: Lori


       Aku berjalan menyeberangi jalan raya untuk ke arah sebelah sana. Aku lihat ada ruang diselekoh jalan yang agak rata dan luas rumputnya untuk aku duduk dengan selamatnya daripada tunggu di tepi jalan raya. Nantilah aku fikirkan macam mana nak pulang.

       Aku pacakkan kayu dan menguntaikan tali kasut satu persatu. Sudah kelihatan beberapa ekor pacat berkeliaran sedang mengigit kaki walaupun aku belum pun membuka kasut. Pucat dan kecut kulit kaki dilihat. Bermandikan dengan peluh dan sedikit darah. Sudah dijangkakan ini yang akan terjadi. Beg aku buat sandaran dibelakang. Agak selesa dapat duduk sebegini sambil melihat kenderaan yang lalu lalang. Puas rasanya dapat melihat dan bunyi enjinnya menjadi halwa telinga. Suatu penghargaan. Pasti orang yang datang dan pergi ni melihat aku dengan perasaan ingin tahu dan penuh tanda tanya. Mungkin mereka ingat aku ni orang kurang siuman sebab sedang terbaring menyandar seorang diri di tepi jalan dengan tak pakai kasut. Aku tak fikir perasaan malu pun, bukan diorang kenal aku pun. Yang penting aku betul-betul rasa puas. Terasa perjalanan ini betul-betul mencabar akal dan fizikal. Memang pun aku rasa aku tak waras. Mungkin boleh jadi tak siuman kalau aku fikirkan semula apa yang dah aku buat ni. Masuk kat lain, keluat entah kat mana pun aku tak tahu.

       Sebelum pukul tiga petang aku akhirnya keluar dari hutan. Alhamdulillah. Satu masalah sudah selesai. Cuma sekarang aku kena fikirkan cara bagaimana nak pulang semula ke Tanah Rata, Tanah Tinggi Cameron. Hanya ada satu cara. Walaupun aku dah menyampaikan berita yang aku telah keluar dari hutan kepada beberapa teman yang dipercayai, mati hidup semula pun aku yakin yang mereka tak mungkin akan datang nak mengambil aku pulang. Mana taknya, ada yang duduk jauh dan ada juga yang sedang berkerja. Aku datang sini pun bukan pada cuti hujung minggu. Umpama menangkap buih di pantai, bagai mencurah air di keladi atau seperti menjahit baju menggunakan jarum yang patah.

       Hanya ada dua cara saja cara untuk aku balik. Yang pertama, berjalan kaki sejauh 55km secara sendirian. Kalau jalan kaki satu jam boleh dapat lima ke enam kilometer. Dengan keadaan jalan raya nak ke Cameron Highland ni tak berapa berkenan sangat aku dengar kadar turun naik, simpang siurnya, boleh jadi paling cepat pun aku berjalan sampai subuh mungkin baru sampai ke parkir kereta aku (Oly's Apartment). Itu congaknya. Tak campur lagi masa berhenti rehat, bertandas dan mungkin lengkap dengan edisi beradu di tepi jalan. Keduanya, tak perlu bersusah-payah nak dihabiskan tenaga, tahan je kereta yang lalu lalang untuk ditumpang. Kebangkalian untuk aku berjaya adalah hanya bergantung pada nasib dan takdir serta kemurahan hati orang Malaysia yang penting sekali terutamanya. Aku meletakkan kejayaan aku hanya pada skala sedikit tinggi daripada tahap zero tapi jauh mencapai dari titik perpuluhan satu. Tipis. Walaubagaimanapun pilihan aku adalah yang kedua. Muktamad. Pilihan pertama macam tak masuk akal dan diluar keupayaan aku. Berlari dalam acara 'Fun Run 3km' pun aku tak pernah masuk, apatah lagi yang berskala panjang macam ni!!.

       Aku nak rehat sepuasnya-puasnya dulu. Main telefon, regangkan kaki dan badan bagi hilang penat dan minum air 100 tambah yang masih ada satu botol penuh lagi. Kemudian aku teringat yang aku ada bawa ubat penyembur Perskindol yang aku selalu bawa ke mana-mana. Ada fungsi lainnya aku akan pakai selain daripada menggunakannya sebagai ubat tahan sakit bila kejang otot. Agak acuh tak acuh sebenarnya aku nak gunakan ni sebab aku tahu hasil penangannya yang aku akan dapat nanti. Hatta, oleh kerana aku nak cepatkan ajal semua pacat-pacat yang ada ni, aku kena berani hadapi cabaran ni.




       Aku sembur jua ubat penyembur tu dari kaki sampailah ke lutut. Menjerit aku tahan kesakitan bila terkena ubat semburannya pada luka di kaki. Benda yang aku dah jangka. Nama jer ubat tahan sakit, tapi hanya menambah kesakitan jer. Memang dari awal lagi aku tak nak pakai pun alat ni sebab tak tahan sakit pedihnya. Sekali cukuplah aku gunakan dan ternyata hasilnya sangat efektif bila habis berguguran jatuh pacat-pacat itu semuanya. Mungkin mereka rasa lagi pedih daripada apa yang aku rasakan. Badannya menjadi cepat mengeras sambil mengeliat mengeliut kesemuanya, kemudian bahagian yang buat kau puas hati bila terkeluar semula darah aku yang disedut dan dah pun bercambur A, B sampai O nya dengan darah pacat-pacat tersebut daripada mulut mereka. Aku pasti mereka sudah mati sebelum jatuh ke tanah lagi. Yang tak enak nak di pandang adalah kesan bekas gigitan tu masih laju darah mengalir keluar. Aku hanya biarkan begitu. Lama-kelamaan berhenti sendirilah nantinya.

       Apa yang membuatkan aku tergerak nak bangun dan rasa nak tahan mana-mana kenderaan untuk ditumpang adalah kerana aku melihat awan semakin tebal berkumpul semula. Pasti hujan lagi nanti. Agak keberatan aku nak buat keputusan seperti ini. Walhal aku tiada pilihan lain sudah. Belum pernah selama ni aku nak buat begini melainkan menahan bas atau teksi sahaja. Tapi itu senang, sebab mereka hanya tunggu kau lambai dan memang kerja mereka.

       Bila difikirkan dah macam gaya orang backpacker cuma aku ni agak serabai keadaanya dan kotor pakaiannya. Aku berjalan lebih dekat dengan jalan raya, masih berkaki ayam sambil mula keberatan nak melambai-lambai tangan ke arah satu lori yang mula datang. Percubaan pertama gagal nampaknya. Mungkin sebab tiada ruang untuk aku duduk kerana tempat duduk di hadapan sudah penuh diduduki oleh mereka atau mungkin lihat aku macam acuh rak acuh nak tumpang. Tak mengapa, tak semestinya sekali gagal akan gagal selamanya. Pasti 100 percubaan pertama seterusnya nanti belum tentu aku bernasib baik lagi. Aku tebalkan muka lagi.

       Tak lama kemudian, aku dengar bunyi kuat sebuah lori datang lagi. Aku buat muka kesian, gaya backpacker dengan tangan melambai-lambai menahan untuk ditumpang, tampak lebih yakin daripada yang pertama tadi. Sebuah lori sayur/barangan putih (jenis bertutup) datang dan apa yang mengembirakan aku apabila lori tersebut berhenti ditengah-tengah jalan (beliau tak berhenti di tepi jalan langsung, nasib masa tu tak ada kereta datang dari belakang) beberapa meter daripada tempat aku berdiri. Mulanya aku sedikit terkesima sebab percubaan kedua aku terus berjaya. Ini namanya rezeki kut. Tanpa membuang masa aku terus membuka pintu kenderaan tersebut bila pemandunya tidak menurunkan cermin tingkap. Belum sempat aku membuka mulut pemandunya terus bertanya aku

       " Mau pergi mana" Dalam loghat pekat Cina.
     
        "Tanah Rata. Bolehkah"

         "Maaf bos. Saya pegi sampai Brinchang saja". Aku tak mahu berdolak-dalih.

         "Ok. Brincang pun boleh" Rezeki dah ada depan mata, tak baik ditolak. Belum tentu lepas ni ada kenderaan nak tumpangkan aku ni. Aku malas nak menunggu lebih lama dan tak sanggup menghadapi kegagalan lagi. Hari pun dah nak hujan. Tak sanggup pula aku nak menunggu dalam hujan sambil melambai-lambai tangan.

          Aku kutip kasut dan hanya meninggalkan kayu di tepi jalan. Sepi jer aku pandang. Biasanya aku bawa pulang setiap kali ada kayu yang aku pakai buat tongkat. Tapi kali ni biarlah, terlalu perit pengalaman ini. Bukan rezeki kau sang kayu nak bersama dengan aku selamanya. Pintu lori tutup sebaik membawa naik beg dan kasut masuk. Ada lagi ruang yang amat luas antara aku dengan pemandu, masih boleh diduduki oleh seorang dewasa lagi. Beg aku letakkan di kaki dan mula menyesuaikan badan untuk duduk dengan lebih selesa.

          "Thank you bos. Sorry bos, kaki kotor sikit" Aku melihat darah masih mengalir. Beliau tak berkata apa apa dan terus menghidupkan sebatang rokok untuk dihisap. Pemanduannya kembali bersambung semula. Lori bergerak dalam keadaan perlahan-lahan menuju ke destinasinya.



21.0 PULANG: Lori




       Aku berjalan menyeberangi jalan raya untuk ke arah sebelah sana. Aku lihat ada ruang diselekoh jalan yang agak rata dan luas rumputnya untuk aku duduk dengan selamatnya daripada tunggu di tepi jalan raya. Nantilah aku fikirkan macam mana nak pulang.

       Aku pacakkan kayu dan menguntaikan tali kasut satu persatu. Sudah kelihatan beberapa ekor pacat berkeliaran sedang mengigit kaki walaupun aku belum pun membuka kasut. Pucat dan kecut kulit kaki dilihat. Bermandikan dengan peluh dan sedikit darah. Sudah dijangkakan ini yang akan terjadi. Beg aku buat sandaran dibelakang. Agak selesa dapat duduk sebegini sambil melihat kenderaan yang lalu lalang. Puas rasanya dapat melihat dan bunyi enjinnya menjadi halwa telinga. Suatu penghargaan. Pasti orang yang datang dan pergi ni melihat aku dengan perasaan ingin tahu dan penuh tanda tanya. Mungkin mereka ingat aku ni orang kurang siuman sebab sedang terbaring menyandar seorang diri di tepi jalan dengan tak pakai kasut. Aku tak fikir perasaan malu pun, bukan diorang kenal aku pun. Yang penting aku betul-betul rasa puas. Terasa perjalanan ini betul-betul mencabar akal dan fizikal. Memang pun aku rasa aku tak waras. Mungkin boleh jadi tak siuman kalau aku fikirkan semula apa yang dah aku buat ni. Masuk kat lain, keluat entah kat mana pun aku tak tahu.

       Sebelum pukul tiga petang aku akhirnya keluar dari hutan. Alhamdulillah. Satu masalah sudah selesai. Cuma sekarang aku kena fikirkan cara bagaimana nak pulang semula ke Tanah Rata, Tanah Tinggi Cameron. Hanya ada satu cara. Walaupun aku dah menyampaikan berita yang aku telah keluar dari hutan kepada beberapa teman yang dipercayai, mati hidup semula pun aku yakin yang mereka tak mungkin akan datang nak mengambil aku pulang. Mana taknya, ada yang duduk jauh dan ada juga yang sedang berkerja. Aku datang sini pun bukan pada cuti hujung minggu. Umpama menangkap buih di pantai, bagai mencurah air di keladi atau seperti menjahit baju menggunakan jarum yang patah.

       Hanya ada dua cara saja cara untuk aku balik. Yang pertama, berjalan kaki sejauh 55km secara sendirian. Kalau jalan kaki satu jam boleh dapat lima ke enam kilometer. Dengan keadaan jalan raya nak ke Cameron Highland ni tak berapa berkenan sangat aku dengar kadar turun naik, simpang siurnya, boleh jadi paling cepat pun aku berjalan sampai subuh mungkin baru sampai ke parkir kereta aku (Oly's Apartment). Itu congaknya. Tak campur lagi masa berhenti rehat, bertandas dan mungkin lengkap dengan edisi beradu di tepi jalan. Keduanya, tak perlu bersusah-payah nak dihabiskan tenaga, tahan je kereta yang lalu lalang untuk ditumpang. Kebangkalian untuk aku berjaya adalah hanya bergantung pada nasib dan takdir serta kemurahan hati orang Malaysia yang penting sekali terutamanya. Aku meletakkan kejayaan aku hanya pada skala sedikit tinggi daripada tahap zero tapi jauh mencapai dari titik perpuluhan satu. Tipis.

       Walaubagaimanapun pilihan aku adalah yang kedua. Muktamad. Pilihan pertama macam tak masuk akal dan diluar keupayaan aku. Berlari dalam acara 'Fun Run 3km' pun aku tak pernah masuk, apatah lagi yang berskala panjang macam ni!!.

       Aku nak rehat sepuasnya-puasnya dulu. Main telefon, regangkan kaki dan badan bagi hilang penat dan minum air 100 tambah yang masih ada satu botol penuh lagi. Kemudian aku teringat yang aku ada bawa ubat penyembur Perskindol yang aku selalu bawa ke mana-mana. Ada fungsi lainnya aku akan pakai selain daripada menggunakannya sebagai ubat tahan sakit bila kejang otot. Agak acuh tak acuh sebenarnya aku nak gunakan ni sebab aku tahu hasil penangannya yang aku akan dapat nanti. Hatta, oleh kerana aku nak cepatkan ajal semua pacat-pacat yang ada ni, aku kena berani hadapi cabaran ni.

       Aku sembur jua ubat penyembur tu dari kaki sampailah ke lutut. Menjerit aku tahan kesakitan bila terkena ubat semburannya pada luka di kaki. Benda yang aku dah jangka. Nama jer ubat tahan sakit, tapi hanya menambah kesakitan jer. Memang dari awal lagi aku tak nak pakai pun alat ni sebab tak tahan sakit pedihnya. Sekali cukuplah aku gunakan dan ternyata hasilnya sangat efektif bila habis berguguran jatuh pacat-pacat itu semuanya. Mungkin mereka rasa lagi pedih daripada apa yang aku rasakan. Badannya menjadi cepat mengeras sambil mengeliat mengeliut kesemuanya, kemudian bahagian yang buat kau puas hati bila terkeluar semula darah aku yang disedut dan dah pun bercambur A, B sampai O nya dengan darah pacat-pacat tersebut daripada mulut mereka. Aku pasti mereka sudah mati sebelum jatuh ke tanah lagi. Yang tak enak nak di pandang adalah kesan bekas gigitan tu masih laju darah mengalir keluar. Aku hanya biarkan begitu. Lama-kelamaan berhenti sendirilah nantinya.

       Apa yang membuatkan aku tergerak nak bangun dan rasa nak tahan mana-mana kenderaan untuk ditumpang adalah kerana aku melihat awan semakin tebal berkumpul semula. Pasti hujan lagi nanti. Agak keberatan aku nak buat keputusan seperti ini. Walhal aku tiada pilihan lain sudah. Belum pernah selama ni aku nak buat begini melainkan menahan bas atau teksi sahaja. Tapi itu senang, sebab mereka hanya tunggu kau lambai dan memang kerja mereka.

       Bila difikirkan dah macam gaya orang backpacker cuma aku ni agak serabai keadaanya dan kotor pakaiannya. Aku berjalan lebih dekat dengan jalan raya, masih berkaki ayam sambil mula keberatan nak melambai-lambai tangan ke arah satu lori yang mula datang. Percubaan pertama gagal nampaknya. Mungkin sebab tiada ruang untuk aku duduk kerana tempat duduk di hadapan sudah penuh diduduki oleh mereka atau mungkin lihat aku macam acuh rak acuh nak tumpang. Tak mengapa, tak semestinya sekali gagal akan gagal selamanya. Pasti 100 percubaan pertama seterusnya nanti belum tentu aku bernasib baik lagi. Aku tebalkan muka lagi.


       Tak lama kemudian, aku dengar bunyi kuat sebuah lori datang lagi. Aku buat muka kesian, gaya backpacker dengan tangan melambai-lambai menahan untuk ditumpang, tampak lebih yakin daripada yang pertama tadi. Sebuah lori sayur/barangan putih (jenis bertutup) datang dan apa yang mengembirakan aku apabila lori tersebut berhenti ditengah-tengah jalan (beliau tak berhenti di tepi jalan langsung, nasib masa tu tak ada kereta datang dari belakang) beberapa meter daripada tempat aku berdiri. Mulanya aku sedikit terkesima sebab percubaan kedua aku terus berjaya. Ini namanya rezeki kut. Tanpa membuang masa aku terus membuka pintu kenderaan tersebut bila pemandunya tidak menurunkan cermin tingkap. Belum sempat aku membuka mulut pemandunya terus bertanya aku


       " Mau pergi mana" Dalam loghat pekat Cina.

       "Tanah Rata. Bolehkah"

        "Maaf bos. Saya pegi sampai Brinchang saja". Aku tak mahu berdolak-dalih.

        "Ok. Brincang pun boleh" Rezeki dah ada depan mata, tak baik ditolak. Belum tentu lepas ni ada kenderaan nak tumpangkan aku ni. Aku malas nak menunggu lebih lama dan tak sanggup menghadapi kegagalan lagi. Hari pun dah nak hujan. Tak sanggup pula aku nak menunggu dalam hujan sambil melambai-lambai tangan.

       Aku kutip kasut dan hanya meninggalkan kayu di tepi jalan. Sepi jer aku pandang. Biasanya aku bawa pulang setiap kali ada kayu yang aku pakai buat tongkat. Tapi kali ni biarlah, terlalu perit pengalaman ini. Bukan rezeki kau sang kayu nak bersama dengan aku selamanya. Pintu lori tutup sebaik membawa naik beg dan kasut masuk. Ada lagi ruang yang amat luas antara aku dengan pemandu, masih boleh diduduki oleh seorang dewasa lagi. Beg aku letakkan di kaki dan mula menyesuaikan badan untuk duduk dengan lebih selesa.

       "Thank you bos. Sorry bos, kaki kotor sikit" Aku melihat darah masih mengalir. Beliau tak berkata apa apa dan terus menghidupkan sebatang rokok untuk dihisap. Pemanduannya kembali bersambung semula. Lori bergerak dalam keadaan perlahan-lahan menuju ke destinasinya.



22.0 BRINCHANG



       Tiada apa dalam dunia ini sekarang yang aku inginkan adalah ingin menaiki kenderaan untuk pulang semula ke tempat yang aku datang pagi tadi. Alhamdulillah, doa aku telah dimakbulkan. Betapa aku rasa bersyukur yang tak terhingga kerana dapat menaiki lori sayur walaupun di ianya dibawa dengan kelajuaan yang aku kira hanyalah bergerak pada had 40-50km sejam sahaja. Begitu perlahan aku rasakan. Perjalanan menjadi lebih perlahan bila lori mengambil selekoh dan bila hujan mula turun dengan lebatnya.

       Jam menunjukkan sudah masuk pukul empat petang. Aku mula nak ajak Uncle ni untuk berbual untuk hilangkan rasa bosan. Tetapi perbualan tidak berlaku dengan penuh lancar seperti yang aku inginkan. Hambar sekali aku rasa saat itu. Satu soalan aku tanya, sepatah di jawabnya. Tak bermaya aku lihat Uncle ni, mungkin penat sangat gamaknya. Katanya dari Ipoh, pukul dua pagi sudah bangun bawa lori naik ke Cameron Highlands untuk ambil sayur, kemudian hantar semula ke pasar di Ipoh. Sekarang dalam perjalananan yang ke-dua kalinya untuk ke tanah tinggi tersebut semula. Terpancar wajah keletihan, beberapa kali beliau menguap. Aku kira perkara ini akan/telah berlaku setiap hari dalam hidupnya. Tak boleh aku bayangkan kalau aku buat kerja berat macam ni; dahlah tak cukup tidur dengan rehat, kena pula bangun awal pagi. Itu belum fikir bila masa makan minum lagi. Paling penting, pukul berapa lah Uncle ni dapat balik rumah nanti. Keluarga? Anak-anak?.

       Aku mula rasa bosan yang teramat. Aku tak boleh nak main telefon, nanti aku pening sakit kepala bergegar otak berpusing. Nak mintak Uncle bukakan radio pun segan. Muka dia membengis dan serius je sepanjang masa. Orang bila dah penat jangan ditegur. Sunyi jer perjalanan. Hanya bunyi bingit enjin kedengaran. Aku hanya memandang sayu jalan di depan. Masih jauh lagi nak sampai tapi rasa betul-betul bersyukur kerana jalan pulang sudah di dalam laluannya. Aku tak mahu merungut. Ini sudah cukup. Mataku mula terasa berat dan kemudiannya aku terlelap sendiri dek keletihan dan kesejukkan.

       Aku terkejut dari tidur kerana lori membrek secara mengejut. Alamak! ada lori lagi besar kat depan nak kena potong. Kawasan mana nak potong aku tak tahu lah dengan jalan kat sini semua bergarisan putih berkembar. Mata aku terbukak besar-besar. Nasib baik aku tak tercampak ke depan. Nasib aku letak beg dekat depan jadi penyelamat.

       Uncle menyumpah serenah dalam Bahasa Cina (aku faham sebab aku keje kat tempat yang majoriti pekerja dan pelanggan adalah kaum Cina). Marah betul dia dengan sesetengah kenderaan yang mahu memotong dan tak reti sabar hingga membahayakan orang lain. Paling aku tabik hormat bila uncle dengan baik hatinya siap bagi laluan kat kenderaan yang nak potong. Kalau tak bagi signal, beliau akan bawa lori ke tepi bahu jalan sedikit. Pandangan hadapan jadi kabur kerana hujan makin lebat turun dan jalan makin licin. Aku nampak banyak kerata bersusun dibelakang lori kami.

       Aku dah tak boleh tidur. Mataku hanya pejam celik pejam celik melihat jalan di depan. Bila aku tersedar tadi, lori baru sahaja nak sampai dekat Simpang Tiga ke Lojing dan Kampung Raja. Masih jauh lagi nak sampai ke Brincang ni. Baru separuh jalan kut.

       Tiba-tiba lori berhenti di tepi kiri jalan. Ada banyak kedai sayur-sayuran dan buah-buahan. Kawasan agak ramai orang berhenti. Aku kira di sinilah destinasi terakhir aku di mana aku akan di turunkan kerana kini kami sudah masuk ke Daerah Brinchang. Tak jauh dihadapan ada terpacak sebuah bangunan Hotel di mana aku masih ingat lagi disitulah tempat aku biasanya pendaki-pendaki akan berkumpul untuk naik kenderaan pacuan empat roda untuk ke Gunung Irau. Disitu juga tempat aku berhenti di kedai 7-Eleven untuk beli Maggi Cup dan air minuman. Aku mula mengemas beg sambil bertanya dekat Uncle.

       "Turun sinikah bos?"

       "Belum lagi. Saya mau lelap mata sekejap. Manyak penat. Mata tak tahan". Lega aku dengar. Tak tahu macam mana nasib aku lepas ni kalau kena turun dekat tepi jalan macam ni. Jauh jugak nak menapak jalan kaki walaupun masih ada separuh jalan lagi.

       Tak sampai lima minit Uncle kembali menyambung perjalanan. Rokok tak putus-putus dihisap. Saat tu aku mengerti betapa rokok dapat mengurangkan tekanan dan kebosanan terhadap seseorang tapi itu bukan alasannya; ROKOK TETAP MEMBAHAYAKAN KESIHATAN ANDA.

       Hujan pun dah berhenti. Sesekali aku melihat telefon bila lori bergerak lebih perlahan (Masa nilah aku dapat idea nak tulis cerita 18 episod asalnya dengan siap tajuk episod sekali siap. Idea mencurah-curah keluar dan yang pasti cerita ini paling gempak aku akan kongsikan).

       Selepas hampir 90 minit menaiki lori, akhirnya kami sampai di Brinchang. Uncle sangat baik hati kerana sanggup memberhentikan aku di tepi stesen minyak Petronas di situ walaupun aku rasa telah terlajal dari destinasi yang ingin ditujuinya. Aku tak mahu melambatkan Uncle untuk menjalankan perkerjaannya. Aku turun dari lori sambil mengucapkan terima kasih yang tak terhingga dan meminta maaf kerana mengotorkan tempat duduk dan lantai (masih ada darah mengalir dari kaki walaupun sebahagiannya sudah membeku) dengan berkaki ayam. Aku mengambil satu sudut di tepi jalan untuk mengemas beg. Sampah aku kumpul dan buang di dalam tong sampah ditepi jalan.

        Kasut ku masukkan dalam beg dan mengeluarkan sepasang sandal yang kemas tersimpan di tepi beg. Aku berbelah bagi sama ada nak pakai kasut atau sandal. Pakai kasut nanti sakit kaki pula nak berjalan atas jalan tar. Kalau pakai sandal nanti kaki sakit lagi kat bekas melecet tu. Lagipun kaki aku penuh dengan kesan darah beku. Tak ke nanti orang nampak aku ni semacam pula.

       Aku memilih untuk memakai sandal sahaja lagi mudah dari pakai kasut. Kasut nak pakai kasut kena ikat mengikat lagi. Aku mengemas beg agar lebih tersusun di tengah hujan yang sedang merintik turun. Aku cepat-cepat berjalan semula untuk menamatkan perjalanan masih berbaki sebanyak sembilan kilometer lebih lagi. Rasanya aku mampu kalau nak berjalan sejauh ini lagi. Lagipun aku dah sampai di kawasan pekan. Ada ramai orang, kenderaan dan kalau tak larat aku berhenti la dekat kedai mana-mana. Dah boleh rasa selamat.

       Aku perasan ramai yang melihat gelagat aku tapi aku buat-buat tak tahu. Gerak geri aku diperhatikan dari jauh.



23.0: TEKSI



(episod ini agak memakan masa untuk di habiskan kerna ia menjadi satu titik koma dalam bidang pergunungan aku buat sementara ini. Mungkin juga bakal menjadi satu titik noktah)


       Aku terus berjalan tidak mempedulikan akan manusia-manusia yang sedang melihat telatah aku ini yang sedang mengemas beg. Sesudahnya, aku berjalan melintas jalan raya untuk mencari tempat berteduh di kawasan bangunan kedai. Aku berjalan melalui koridornya sambil memerhati sekelilingnya. Hujan rintik sudah mula turun kembali. Aku hanya ada sweater untuk melindungi aku dari hujan nanti yang mana akan tetap akan basah walau bagaiman cara aku pakai sekalipun dan topi pula aku akan pakai untuk elakkan air mengalir ke muka sekiranya hujan turun nanti. Itu sahaja perlindungan yang aku ada. Kalau ada kedai runcit, aku bercadang nak beli payung ke baju hujan. Aku pun dah tak kisah pasal basah kuyup kena hujan kini. Biar hujan dari panas. Terbayang-bayang aku keseronokan nak berjalan dalam hujan nanti.

       Tidak jauh dari tempat aku berada aku lihat dua biji teksi (aku amat yakin ada dua biji masa tu) di suatu kawasan bertentangan yang bila aku makin menghampirinya adalah sebuah hentian teksi. Ada papan tanda lambang tempat menunggu teksi. Terus bergegas aku berjalan untuk melintasi jalan raya sekali lagi.

       Semakin aku menghampiri tempat itu, agak lenggang keadaannya dan aku lihat ada pemandunya yang sedang menunggu di tempat duduk berbumbung di situ. Seorang tengah baca surat khabar dan seorang lagi hanya duduk menyandar di tiang. Kedatangan aku disedari mereka dan terus disambut. Aku pasti mereka sudah biasa menerima pendatang macam aku ini. Cuma keadaan aku sedikit tak terurus dan serabai. Masih ada melekat halus daun-daun dan kulit kayu kering di pakaianya. Nampak begitu aneh sedikit. Ada dua orang pemandu iaitu seorang berbangsa Melayu dan seorang lagi berbangsa India yang mana aku yang terus di sapa dahulu oleh beliau. Surat khabar yang sedang dibacanya terus dilipat dan sisip ke celah tangan kiri.

       "Mau ke mana encik" Segan pulak aku berencik-encik ni.

       "Saya nak ke Tanah Rata, Oly's Apartment. Tau tak?

       "Oh, tau. Mari encik, sila masuk" Pintu segera dibukakan tanda pelanggan diterima masuk. Tapi sebelum masuk aku minta surat khabar untuk di buat pelapik kaki.

       "Kaki saya masih ada darah, takut kotor nanti"

       Terus beliau guna surat khabar di tangan digunakan untuk buat alas kaki aku. Nampak piagam pelanggan amat diutamakan. Teksi merah putih kemudiannya bergerak menyelusuri jalan raya menuju ke Tanah Rata tidak kurang sama perlahannya dengan lori sayur Uncle Cina tadi. Aku mengerti akan kadar lalu lintas di waktu ini dah bermula sesak dengan orang ramai. Tambah pula, hujan yang mula turun merancakkan lagi suasananya. Aku tak kisah dah, yang penting tak merangkak-rangkak sangat trafiknya dan yang lagi penting adalah aku tak perlu bersusah payah nak berjalan kaki. Semua masalah dah pun selesai kini.

       Perwatakan Uncle India ni dengan Uncle Cina tadi jauh bagai langit dengan bumi. Beliau sangat mesra pelangan, beretika, sopan santun, pandai bercakap, ramah dan fasih berbahasa melayu dan yang paling penting dia tahu serba sedikit pasal gunung-ganang di sekitar Tanah Rata Cameron ni yang mana menjadi isi perbualan kami nanti. Walaupun beliau tak pernah beritahu siapa gerangan namanya tapi aku tahu namanya adalah "Robert" berdasarkan pada Kad Daftar Pemandu yang tergantung di cermin hadapan.

       Dia mula korek cerita aku sedikit demi sedikit sebab musykil sangat nak tahu aku hiking dari mana dan ke mana.

       "Itu Gunung Jasar saya tahu. Gunung Perdah pun saya tahu. Saya selalu hantar orang naik ikut apartment (Oly's) tu. Meraka biasa ikut Trail no. 10." Katanya ramai juga dia hantar mat-minah salleh pergi hiking sana. Tambahnya lagi dia tak pernah naik ke sana lagi.

       "You naik ikut sana, tapi kenapa turun sampai sini". Aku pun ceritalah dari A sampai Z tapi tak lah sepanjang sampai 24 episod ni.

       "Kenapa you turun ikut sana? Tak pernah saya tahu sana ada trek. Tak ada orang buat pun selama ni?" Aduh soalan dia ni buat aku nak kena fikir lebih sikit nak jawab.

       "Owh saya datang tengok-tengok trek. Next month ada event called CULTRA " Aku goreng biar nampak lojik cerita aku . Padahal tak daftar masuk pun

       "Saya datang training" Kasi gempak sikit. Kalau dia tahu aku sesat mesti kena basuh. Dah la sorang-sorang.
       "Tapi banyak betul pacat you kena gigit"
     
       "Owh trek tu jarang orang masuk. Saya pun tak sangka ada banyak macam ni" Tunggulah nanti hari-hari yang mendatang komplikasinya aku kena hadapi.
     
       "Anyway saya dah biasa". Yang tak biasa tu ada sekor pacat merayap sampai ke leher. Tak cukup sedap lagi ke darah yang ada kat kaki aku tu?

       Segan pulak tengok kaki masih penuh darah. Walaupun Uncle Robert bawa keretanya sangat perlahan (biasalah ikut kadar teksi), tapi terasa sangat singkat perjalanannya. Rasanya nak ajak beliau ronda-ronda pusing Tanah Rata ni. Tapi sebab aku pun dah tak sabar nak balik aku batalkan hasrat. Lagipun ini bukan teksi percuma, ada caj pembayaran berdasarkan meter didalam kereta.

       Aku berasa lega bila sampai semula ke Tanah rata dan melewati pekan-pekannya untuk ke Oly's Apartment. Jam 4.45 petang aku akhirnya tiba diperkarangan parkingnya. Dengan tambang ongkosnya perjalanan berjumlah RM12.00 yang mana agak mahal bagi aku untuk perjalanan yang singkat ini (meter pun aku tak tengok) tapi harga tersebut sebenarnya tak terbayar dengan nilai pengalaman yang aku perolehi hari ini. Robert pun menunjukkan sikap sporting bila aku ajak berselfie sebagai kenangan (dan khas untuk episod ini). Rasa terhutang budi betul dengan Uncle Cina dan Robert ni. Tanpa jasa mereka berdua aku takkan sampai semula balik ke sini dengan selamat dan pada waktu siang terutamanya.

       Aku meminta maaf pada Robert bila melihat surat khabar sudah di penuhi dengan pekat darah merah dan berangkat turun dari teksi selepas menyalaminya. Mujur tak ada pacat hidup berjalan merata-rata dalam kereta. Aku menyuruhnya berhenti tepat dibelakang keretaku. Suasana parkir di apartmen ini masih kosong, mungkin penghuninya belum pulang dari kerja. Tapi hati aku bukan kepalang gembira. Akhirnya dah sampai ke kereta dengan selamat dan jayanya. Tak tahu nak cerita nanti nak bermula dari mana dulu.

       Benda pertama yang aku cari selepas menghidupkan enjin kereta adalah megi cawan yang aku tinggalkan dalam kereta pagi tadi. Rasa lapar mula terasa. Bau megi yang memenuhi seluruh ruang kereta tidak dapat menahan lagi rasa perut yang amat kosong ini. Dah terlalu kembang tapi tidak salah kalau aku cuba makan sesuap dua untuk alaskan perut yang mana akhirnya aku telah habiskan seluruhnya dengan jaya. Aku dah tak hirau dah asal dapat mengenyangkan perut.

        Aku segera berangkat pulang dan memilih jalan Ringlet-Tapah kerana lagi dekat untuk masuk ke lebuhraya nanti. Aku nak keluar dari Cameron sebelum gelap. Perjalanan aku berakhir di sebuah masjid di Tapah dimana aku tumpang mandi dan solat.



24.0: TAMMAT

       Maka tamat sudah cerita ini. Agak panjang dan memakan masa untuk aku nukilkan walaupun ekspedisi tak sampai masa setengah hari pun. Bagaimanapun setiap pengalaman yang dilalui, dirasai dan diperolehi ini terlalu banyak untuk dikongsi dan diceritakan. Anda mampu ke sana-sini; gunung didaki, lurah dituruni dan lautan diredahi tetapi tak semua mampu menitipkan yang dalam bentuk penulisan. Akhir kata. Sekian.




Ulasan

  1. Penceritaan yang menarik Amir. Pengalaman redah tu mahal. Tapi memang jauh betoi ko keluar hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni pengalaman paling teragung pernah alami... nak patah balik tak sanggup nak naik balik masuk hutan dara tu.. haha

      Padam
  2. Dengar pengalaman org2 compress ni mmg seronok..
    tp Ntah knp hati x lagi seberani dlu nk buat aktiviti solo cmni..
    😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hutan sekarang tak setebal macam dahulu... dulu takda apps atau gps...sekarang senang... cuma kena ada pengalaman sikit...semua boleh jadi

      Padam
  3. Pengalaman yg menarik..nak naik jgk jasar nie..dari kaki g.jasar sampi puncak berapa jam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekejap je.. dalam 30 minit boleh sampai.. trek tepi jalan raya sahaja. Boleh dengar kenderaan lalu lalang

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 14 Most Hardcore Mountain to do Dayhike or Compress (Personal View) in Malaysia

BUKIT LUBUK BATU (via Denai Hutan), Marang , TERENGGANU

BUKIT 300, TELUK BATIK, LUMUT, PERAK