Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2019

TRANS TNBYY SOLO Dayhike (Gunung Tok Nenek- Gunung Bubu- Gunung Yong Yap/YYBTN REVERSE)

Imej
Trans TNBYY Dayhike 5.0: Solo Itu Indah 17/02/2019 Hari Ahad *Kronologi Misi 150 puncak (2015-2022 https://amirmuslimteamseladang.blogspot.com/2022/11/kronologi-151-puncaksetakat-08112022.html?m=1 1.0 MUKADDIMAH         Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah dan lagi Maha Penyayang. Masih lagi mampu bernafas dan diberi kekuatan serta sekelumit masa untuk melakukan beberapa misi-misi yang gila, menyondol gunung dan buat log masa yang masih tak masuk di akal.        Sebuah kisah yang aku rasa sudah tiba masanya aku nukilkan pengalamannya. Agak lama aku menyimpan nota ini. Sebuah pengalaman yang tidak mampu dibeli dan juga di cari oleh sesiapa dan di mana-mana. Mana datangnya kekuatan untuk membuat solo kali ini aku pun tak tahu. Bagaimanapun ternyata ianya sudah lama menjadi idaman atau orang kata 'wishlist, mungkin sejak tahun yang lalu, sejak aku melakukan ekspedisi Trans Titiwangsa V1.        Dari semasa ke semasa aku meran

TRANS BUKIT REPIN VIA KEMENSAH (Start at PONDOK REPIN- End at JANDA BAIK

Imej
Trans Bukit Repin via Kemensah-Pondok Repin-Janda Baik 4.11.2018 Klik bawah untuk cerita:  15 Cerita Paling Termistik Sepanjang Cikgu Mencompress Gunung https://amirmuslimteamseladang.blogspot.com/2022/10/15-cerita-mistik-semasa-hiking-by-amir.html?m=1 1.0: MISI PUNCAK KE-99           Dah bertahun aku dengar cerita pasal Bukit Repin ni. Tak tau aku status nak panggil bukit ke gunung beliau ni. Tinggi 1341 meter kut dari paras laut. Jarak pun dah nak dekat dengan Gunung Nuang tu. Lagipun, aku tau pasal Bukit Repin ni (aku panggil bukit jela sebab banyak info kat google panggil beliau bukit jugak) selepas pergi satu trip ke Nuang beberapa tahun dulu. Kt signboard tu cakap nak ke Bukit Repin ambil masa 8 jam lagi barulah sampai.         Lagipun time tu dengar cerita trek dah tutup dan takde orang masuk dah. Aku pun terus bercita-cita dan berimpian nak menawannya pada suatu hari nanti.          Lepas pergi ke Pondok Repin melalui Trek Kemensah pada satu hari, terus aku teruja