BUKIT ENGKU BUSU (SOLO REDAH), Lumut, Perak
BUKIT ENGKU BUSU SOLO MAGHRIB-ISYA' LUMUT, Perak 6.7.2019 Sabtu Turun dari Bukit 300 aku terus bukak telefon mencari 'starting point' ke Bukit Engku Busu. Aku target nak naik dekat situ 'paling-paling' lambat pun pukul 6.45 petang. Kalau terlalu lewat aku pun takkan naik dah. Lagi satu, sebab ni sajer nak cari jalan masuk, tak dapat naik hari ni, esok aku boleh naik situ. Senang buat kejra esok. Badan yn tengah panas berpeluh, lalu aku bukak Aircond kuat-kuat. Air dalam kereta lalu di capai dan di minum seteguk dua. Agak panas cuaca petang ni. Mulalah nak berdoa semoga hujan segera turun. Jarak dari Bukit 300 dalan tujuh ke lapan kilometer sahaja lagi . Bila makin dekat aku jadi makin teruja. Dan keterujaaan itu jadi hilang bila GPS bawa aku sampai ke pintu masuk pangkalan tentera TLDM. Terlajak. SESAT Terus aku parking diluar parkir yang disediakan. Takkan starting point dalam pengkalan TLDM. Apa aku nak jawab kat pihak keselamatan nanti.