TRANS NANING 7 Puncak SOLO


Trans Naning TUJUH PUNCAK BERSOLO
2.2.2019/Sabtu


1.0: Kucing

       Ekspedisi kali ni agak lain dari yang lain bulan kerana kesukarannya tertapi kerana aku plan dan rancang masa dekat puncak Gunung Datuk. Asalnya aku hanya nak naik Gunung Datuk jer. Bertemankan dua orang kawan iaitu Angah dan Izzi, kawan hiking dari Lineup 47 aku. Kami bertiga bercadang nak menghadiri sebuah perkahwinan sepasang teman di daerah Jelebu, Negeri Sembilan dimana ianya bakal mengambil masa selama lebih kurang 90 minit perjalanan dari kaki Gunung Datuk ke tempat walimahtul urus nanti. Kali ni hanya aku seorang sahaja akan menaiki Gunung Datuk. Manakala si Angah dan Izzi tak nak ikut menyertai aku kerana takut aku tinggalkan mereka. Puas aku pujuk dengan mengatakan yang aku hanya naik santai-santai je pun. Lagipun, dengan adanya Si Redho dan Haizer yang terlebih dahulu naik pada jam dua pagi lebih awal tadi pasti membuatkan aku berada lebih lama di puncak bersama-sama mereka. Tak tahulah sembang kencang apa kalau bergaul dengan dorang nanti.

       Selepas mengambil Angah di Shah Alam dan kemudiannya Izzi pada jam 5 pagi lebih, perjalanan ke daerah Rembau berjalan dengan tenang dan lancar. Kami berhenti solat subuh di sebuah Masjid di Kampung Bongek. Apa yang (tak tahu menarik ke menyedihkan) aku nak ceritakan adalah kejadian seekor kucing berwarna hitam tebal bulunya, sejenis haiwan peliharaan orang disitu aku terperasan sedang lalu dibelakang aku ketika aku baru sahaja habis menikmati sarapan pagi sebuah meggi cup yang aku beli di kedai 7E sebentar tadi kerana kelaparan yang teramat. Aku terdengar sebuah kereta sedang lalu menuruni jalan raya seolah-olah terlanggar bonggol jatuh, bunyi hentakkannya amat kuat. Mulanya aku rasa agak normal jika sebuah kereta yang sedang bergerak menuruni jalan dan melalui bonggol bunyi begitu jika nak lalu cepat, tapi apa yang aku rasa tak normalnya adalah masa aku datang ke masjid ini tadi tiada pun bonggol yang aku lalui. Sepantas dua saat kemudiaan aku teringatkan kucing dibelalang aku tadi dan sungguh menyedihkan lak pulak bila aku lihat kucing hitam tersebut sudah terkujur layu atas jalan raya. Kesian weh. Kalau kucing tu jenis betina, ada pula kanak-kanak kecil di rumah, yatimlah mereka. Aku cuba mendekati pada mulanya, secara tiba-tiba kaki beliau bergerak dan aku yakin ia sedang bertarung nyawa, sakaratul maut barangkali.

        Aku asalnya nak kemaskan beg tapi terus aku melupakan niat. Saat aku menghampiri kucing tersebut aku rasa tak sampai hati nak tengok, apatah lagi nak alihkannya ke tepi jalan sedikit. Paling tidak tuan dia tengok badan ada lagi dari berkecai bak tajuk lagu Pusara di Atas Jalan Raya. Apalah malang nasib beliau seekor haiwan yang tak berdosa. Aku menceritakan kat Angah dan Izzi selepas mereka selesai solat. Satu isu rakyat jelata yang aku nak bangkitkan sementara ada peluang kat sini dimana apa yang aku perhatikan kalau perempuan semayang mesti ambik masa lama. Aku syak yang mereka beratur bersalam dengan semua jemaah wanita lain atau beratur tunggu dapat giliran kain semayang. Angah dengan beraninya pergi mengalihkan kucing tersebut, katanya kucing itu telah mati ditempat kejadian dengan perutnya pun dah terburai keluar. Sadis bukan. Kes tutup jelah.

2.0: GUNUNG DATUK





       Tiba di parking kaki Gunung Datuk, parking sudah hampir penuh. Ramai pula yang datang hari ini. Aku membuat keputusan nak pakai sandal sahaja (Datuk je pun) dan bawak beg silang berisikan kabel charger telepon dengan powerbank putih bertulisan tangan "misi 100 puncak:Tammat", sebotol air Nesacfe 250mls, Perskindol Spray biru masih baru dibeli, Topi hiking kegemaran warna hijau dan sepasang stoking berjejari jenama Daiso yang aku akan pakai sekiranya memerlukan nanti berserta duit bernot merah sekeping dan hijau skeping untuk bayar permit mendaki nanti (teka teki: berapakah jumlah wang tersebut?). Amat ringkas barang aku kali ni. Beg hiking aku tinggalkan dalam kereta bersama air gas seratus tambah (100+) dan makanan. Pada jam pukul 7.30 pagi aku memulakan pendakian secara seorang diri. Aku tidak risau sangat kerana ramai pendaki yang lain sedang naik berada di belakang aku. Selepas membayar permit Rm5 di pondok pendaftaran, aku terus menyambung pendakian tanpa henti hingga ke puncak dengan mengambil masa hanya 40 minit. Keadaan trek yang kering dan masih tidak panas menjadikan proses pendakian aku berjalan dengan lancar. Beberapa pendaki yang sedang turun aku bertembung semasa menaik dan ada juga yang tegur mengenali aku. Akhirnya, Redho, Haizer dan Mira aku temui semasa aku ingin naik tangga ke puncak batu. Saat aku tiba di parking tadi, si Redho telah menghubungi aku menanyakan perkhabaran aku sama ada aku naik ke puncak Datuk atau tidak. Takut benar dia aku lipak.

       Hampir sejam kami berehat di puncak. Aku merasakan seolah olah tidak cukup puas dan panas. Tak puas. Tak penat. Tak berpeluh. Tak capai piawaian aku yang kebiasannya mesti pewai dan penat nak mampus. Aku mula berfikir sama ada ingin menyambung pendakian ke Gunung Rembau dan Gagak bagi melengkapkan misi pendakian atau lebih dikenali sebagai Trans Yamtuan Antah atau tidak. Nak ke tak nak. Nak ke tak nak.


3.0: Trans Yamtuan Antah

       Akhirnya aku membuat keputusannya untuk menyambung semula perjalanan secara bersendirian ke Gunung Gagak dan Gunung Rembau bagi melengkapkan misi Trans Yamtuam Antah ni. Pada mulanya aku mengajak mereka bertiga (Redho, Mira dan Haizer sekali) tetapi mereka menolaknya kerana tanggungjawab nak bawa balik line up yang lain untuk turun dengan selamat. Aku rasa tak takut sangat pun nak buat solo kali ni sebab kire ni masuk akan masuk kali ke 4 lah aku masuk ke trek sana. Jam sembilan suku pagi aku bergerak secara solo menuju ke Simpang Y antara kedua gunung tersebut selepas sejam dari masa tiba ke puncak Datuk. Aku sedikit yakin yang kemungkinan ada beberapa pendaki yang masuk ke sini melihatkan kesan tapak kasut yang agak baru ditinggalkan. Kebarangkalian sifar potensi untuk aku ketemu mana-mana pendaki semasa on trek sebab macam tak ramai je orang akan masuk ke sini minggu ni. Mungkin ramai pergi kenduri tak pun banyak orang pergi trip masuk hutan panjang-panjang memandang cuti raya Tahun Baru Cina dah tiba.


4.0: GUNUNG REMBAU



       Cuaca agak berangin semasa aku tiba di puncak Gunung Rembau. Kawasan puncaknya sudah luas ditebas orang yakni belakang puncak pun ada satu kawasan view point agak rata kawasannya. Aku tak berhajat nak tengok pon sebab nk duduk puncak ni 3-4 minit jer. Manakala keadaan di puncak Gagak pula yang mana selepas aku tiba setengah jam kemudian masih sama keadaannya seperti yang aku pernah datangi genap setahun yang lalu. Cuma yang menariknya setakat ini, belum ada seekor pacat yang berani datang menganggu dan menghisap darah aku. Trek bermula agak lembap dan basah semasa dalam perjalananan nak ke Gunung Gagak kerana gerimis hujan baru sahaja berhenti beserta dengan angin kuat silih berganti. Cuaca diseberang sana agak mendung dengan awan berat membawa air. Harap-harap tak hujan lebat lepasni sebab aku sehelai sepinggang.

       Disebabkan pokok-pokok turut kebasahan, separuh seluar aku sampai paras peha basah sekali terkena air hujan sehinggakan telefon yang aku letak dalam poket seluar cepat-cepat aku disimpan dalam beg kerana dikhuatiri dimasuki air juga nanti. Sandal yang aku pakai pun dah mula basah dan licin. Sekali dua aku tersalah pijak becak dan selut membuatkan kaki aku berasa sedikit tak selesa dek pasir dan tanah melekat di kaki. Tak selamat sangat dah kalau nk hiking lepas ni. Aku buat keputusan sampai kat puncak Gagak jelah aku pakai stoking. Sayang kalau pakai sekarang sebab nanti basah jugak.

5.0: GUNUNG GAGAK



         Semasa perjalanan ke Gunung Gagak, aku sekali lagi datang idea sama ada nak teruskan perjalanan ke Gunung Tampin seterusnya atau dipanggil Trans Naning. Mula-mula aku berasa amat musykil dan tak berapa yakin nak buat solo kerana ada beberapa tempat yang aku akan lalui nanti begitu mengusarkan dan menakutkan perasaan aku. Adelah tempat-tempat yang aku dah mark lama. Aku je tau. Lagipun aku datang hanya bawa sebotol air sahaja, tu pun 250mls je, sejenis air nescafe. Ya, memang akan melalui sungai nanti tetapi bagaimana dengan makanan, gula-gula nak mengudap pun takda. Tak ke lapar aku nanti. Agak berisiko jugak ni. Berbolak balik hati dan iman ni. Kejap nak, kejap tak nak. Kejap nak kejap nak kejap nak.


6.0: PUNCAK 701



       Sampai dekat puncak Gunung Gagak, akhirnya aku membuatkan keputusan nak teruskan misi solo dan melengkapkan ekspedisi Trans Naning ni 2.0 dan buat secara solo buat pertama kalinya. Treknya bagi aku takdelah susah sangat. Dari segi marking dan laluannya tu dah pernah pergi, makanya aku rasa treknya pasti dah terang benderang, dah ramai orang lalu dan dah makin senang jadinya. Aku pulak jenis istimewanya adalah mana-mana gunung yang pertama kali aku pergi, Insya Allah akan jadi ingat jalannya. Tambahan lagi, aku nak lengkapkan beberapa misi solo kali ini. Demi misi 2019 iaitu nak solo ke beberapa Gunung terpilih dan Trans Naning pun termasuk dalam salah senarai utama aku juga. Dah lama nak buat, tapi sebab takda masa dan keyakinannya lagi. Tapi kali ni aku amat bertuah sebenarnya kerana aku tak perlu risau bagaimana nak keluar nanti baliknya. Aku boleh suruh Angah dan Izzi mengambil aku keluar di Gunung Tampin nanti. Lagipun aku dah beritahu mereka yang aku mungkin akan buat Trans Naning kalau aku berani buat kerja gila sikit hari ni dan jika aku lewat keluar dari Datuk mungkin aku akan keluar di belah Tampin sana, pesan aku dalam kereta tadi. Jika nak ke kenduri nanti, rasanya masih terlalu awal untuk ke sana kerana majlis hanya akan bermula tengahari saja. Muktamat. Keputusan aku dah mutakhir. Aku dah malas nak berfikir sudah. Aku yakin dengan misi dan idea gila berani mati ni. Aku terus menyarung stoking semasa di puncak Gunung Rembau dan menyambung kembali perjalanan untuk menuju ke Puncak 701 pula.

       Treknya berada di sebelah kanan puncak Gunung Gagak. Kali ni treknya hanya menurun sahaja, tampak mudah tapi banyak akar yang berselirat atas jalan. Beberapa kali juga kakiku tersangkut dengan akar dan hampir sahaja jatuh tersadung. Nasiblah sempat berpaut. Selepas 20 minit berhempas pulas, kena naik anak bukit pula untuk tiba di puncak 701. Banyak betul kesan sondol tanah babi hutan semasa perjalanan. Patutlah jumpa bangkai babi tadi, mungkin salah sondol tanah kut. Aku rasa dah jauh perjalanan aku, kalau nak berpatah balik rasanya nak berpatah balik lagi memenatkan sebab nak kembali naik mendaki bukit ke puncak Gagak tu aku dah tak daya dah. Baik aku diteruskan prospek ni sebab nak separuh jalan sudah. Tiba di puncak 701 pun aku tak duduk lama disitu. Aku nak cepat-cepat sampai ke Kem Ultra nanti.

7.0: KEM ULTRA




       Hampir sejam selepas aku bergerak dari puncak Gunung Gagak, aku kini tiba di Kem Ultra pula. Semasa menghampirinya ke Kem Ultra, aku tidak mendengar pun bunyi air sungai yang mengalir. Tiba di sungai tu rupanya air dah makin kering sedikit, macam dah lama tak hujan. Patutlah bunyi air mengalir pun tak dengar. Alhamdulillah, setakat ni masih takda lagi pacat-pacat yang mulia nak datang menghisap darah aku. Kering kontang jadinya Kem Ultra ni. Semasa perjalanan dari puncak 701 ke Kem Ultra trek menurun dan landai sahaja. Jadi aku lebih banyak berlari anak-anak sebab senang dan aku pun nak cepat. Memandangkan aku memakai sandal dan bukan kasut, jadi aku kena berhati-hati dengan trek yang berpasir dan kering agak licin jadinya dan banyak akar berselirat, silap-silap tersangkut rebah terjatuh aku jadinya sorang dalam hutan tebal ni nak tanggung.


8.0: BANGKAI BABI



       Aku berjalan menyusuri sungai dengan berlawanan arus yang sangat perlahan dan cetek sungainya. Agak mudah kerana paras sungai hanya mencapai buku lali dan airnya pun tak deras pergerakkannya. Dulu, masa mula-mula datang kami sesat sebab ikut sungai yang mengalir ke hilir sampai kami jumpa suatu tapak kaki binatang yang sangat besar. Sampai sekarang aku tak pasti tapak kaki apa tu tapi bentuk sangat besar, tajam seolah mencengkam ke dalam tanah dan macam tapak kaki kucing. Korang rasa tapak kaki siapa? Benda-benda macam tu jer yang buat aku takut kalau nak buat Trans Naning solo ni. Belum masuk lagi cerita bunyi-bunyi siamang ke monyet bersahut-sahutan seolah-olah mengkhabarkan antara satu sama lain akan kehadiran aku seorang diri masuk. Trek ke Kem Ultra ni pula banyak lalu kawasan berbatu besar dimana kalau anda salah jalan atau sesat boleh keluar kat kawasan Batu Maloi tu. Suasana yang sunyi dan agak kelam menimbulkam sedikit perasaan takut dan seram jugak aku rasa. Lagu dari telefon aku sengaja kuatkan sedikit untuk memeriahkan sedikit suasana. Aku berdoa berharap tiada apa pun yang berlaku kecelakaan ke atas aku. Selepas mengambil gambar (setiap puncak atau checkpoint yang aku sampai, aku akan selfie. Tak orang nak bantu ambik gambar) aku bergerak berjalan dalam sungai. Beberapa teguk air sungai aku hirup nak hilangkan dahaga. Segar dan sejuk airnya. Baju yang di pakai aku bukak kerana badan yang sudah kering kepanasan dan dibasuh dengan air sungai tersebut. Nanti bila sampai ke tebing aku pakailah balik. Sejuk terasa badan kena air.

       Aku bercadang nak buat video sebab nak melalui sungai ni nampak seronok suasananya ketika itu. Aku mula merakam sehinggalah aku sampai kat suatu kawasan yang dihadapan aku terpandang seolah-olah batu di tengah-tengah sungai. Bentuk batu tersebut amat menarik perhatian aku dan aku pun meneruskan rakaman sehinggalah semakin lama semakin aku menghampirinya, datang sejenis bau yang teramat busuk sekali mula menusuk ke dalam hidung aku. Tuhan sahaja tau bau tersebut macam mana. Aku mula menutup hidung. Terkejut aku, seekor bangkai babi tunggal sudah mati dengan perut yang sudah kembung dihinggapi lalat dan semut-semut pembangkai sedang meratah lauk didepan mereka. Geli pula aku melihatnya. Tapi demi sebuah rakaman video yang aku rasa sangat berharga ketika itu, aku sanggup menghampiri bangkai tersebut dengan lebih dekat lagi dan mengelilingi bangkai tersebut untuk merakam dengan lebih jelas. Bau tahi pesakit yang aku cuci ketika bertugas boleh lagi aku tahan daripada bau bangkai khinzir ni. Sebab tula babi menjadi ayat contoh perumpaan segala benda-benda buruk atau sumpahan abad ke-21 kini seperti busuk macam ...., bangang macam .... atau perangai macam .....

       Selepas beberapa meter melepasi bangkai babi tersebut, dari arah bertentangan sekali lagi, aku terjumpa seorang lelaki sedang menyelusuri sungai ke arah aku. Terkejut kali kedua aku. Tak disangka-sangka kali ni jumpa dapat lagi jumpa manusia di tengah-tengah hutan. Sempat aku tegur bertanyakan nama (Arif nama beliau kalau tak silap dengar aku) dan beliau mengatakan sedang bersama tiga rakan yang lain turut buat Trans Naning dan sama seperti aku akan keluar melalui Gunung Tampin nanti. Tiga rakan mereka yang lain aku temui sedang berehat di satu simpang antara dua sungai yang bertembung. Mereka menanyakan kepada aku sama ada aku bertembung dengan seekor lembu yang mati tadi. Aku terus cepat menjawab "itu babi la bang oi, babi tunggal tu, bukan lembu..". Krik. Krik. Krik. Geli pulak rasa hati bila Babi di katakan Khinzir. Ni mesti budak-budak bandar ni. Sekali lagi mereka bertanyakan kepada aku dimana Kem Ultra dan mengatakan adalah di Kem Ultra itu ada pondok dan kemanakah arah manakah ke Gunung Tampin. Aku memberitahu yang kita sudah melepasi Kem Ultra tadi dan setahu aku tak adala pulak pondok kalu tak silap aku. Aku menunjukkan arah yang akan membawa ke puncak 705 nanti dan ikut sahaja laluan yang aku lalu nanti. Sebenarnya aku rasa lega sedikit bila dapat jumpa manusia ni. Telahan aku benar sekali yang ada orang turut buat Trans Naning juga hari ni.

9.0: PUNCAK 705



       Kini aku tiba ditebing sungai. Trek denai di sebelah kananku akan membawa aku ke Puncak 705. Baju yang aku basuh tadi sekali lagi aku bilas dan kembali disarungkan ke badan. Nikmat gila terasa dingin dan sejuk bila basah-basah macam ni. Kalau ikut log masa yang lalu, mungkin mengambil masa sejam sahaja nak sampai ke puncak 705 nanti. Dengan perut aku yang mula kelaparan ni sudah berbunyi.

        Teringat pula aku air yang aku minum tadi, pasti dah sebati dengan rasa bangkai babi tersebut. Babi pun babilah. Aku mana tau ada babi. Lagipun jaraknya masih jauh tadi tempat aku hirup air tu. Aku tak menunggu lama sangat kat tebing sungai, lepas pakai baju balik terus aku sambung perjalanan. Trek kali ni hampir ke 80-90 peratus menaik sahaja. Seolah-olah menaiki trek balak lama yang sudah tertutup dan banyak tanah dan balak runtuh. Strategi aku mudah, jangan terlalu push, maintain pace, kawal pernafasan, jangan menafas kat mulut. Aku bagi dua tips kat korang yang mudah pewai. Kalau tak nak cepat pewai jangan bernafas kat mulut. Kalau terlampau penat, berhenti kejap berjalan, ambik dua tiga kali tarik dan hembus nafas panjang secara perlahan dan dalam-dalam. Tu tuk stabilkan balik jantung dan pernafasan. Tapi kalau terlampau mengah jangan buat, sebab takut tak lepas nafas pulak. Kedua, masa bernafas, cuba letak lidah atas lelangit, tengok hasilnya. Sedang aku layan trek dengan lagu dari phone ni (mana taknya kaki banyak sakit dah ni asyik dari tadi layan pacak), betapa bertuah aku rasa kali ni kerana menjumpai sebotol air mineral besar 1.5 Liter Sea Master ditengah-tengah trek. Apa lagi aku terus meneguk dan membawa bersama sehingga ke puncak 705. Rezeki dah depan mata jangan di tolak. Aku dah terbayangkan nak simbah badan dengan air dan basahkan baju nanti. Baju aku sekarang ni pun dah kering balik.

       Mental dan fizikal aku benar-benar diuji. Pertama; trek terlampau pacak, kedua; aku dah mula pewai sebab cuaca dah sangat panas. Bila melalui kawasan yang terang bersuluh cahaya matahari terus aku sarung topi nak elak bahang panas tu. Ketiga; Aku dah terlampau lapar yang amat. Jam terakhir aku makan tadi pukul hanya pada pukul enam pagi sahaja sebagai sarapan. Itupun hanya seketul meggi cup jer. Empat; tahap fizikal dah mulai menunjukkan faktor usia amat mempengaruhi dan keputusannya adalah prestasi aku dah makin merosot ni. Badan jadi cepat penat dan letih. Menyesal tak pakai kasut. Konon nak naik Datuk je tadi. Kalau pakai kasut boleh laju sikit, takdelah kaki asyik tergelongsor licin jer. Sejam jugak aku nak sampai di puncak 705, ngam-ngam pukul 12 tengahari. Aku target pukul satu petang keluar (dengan harapanlah). Perut aku makin menjadi-jadi berbunyi. Aku meneguk air mineral tadi sebanyak yang boleh untuk menghilangkan rasa kelaparan dan pedih perut. Air kopi dalam botol kecil masih aku sayang nak minum. Air kemenangan kut. Tunggu sampai habis baru diraikan walaupun beberapa ketika aku curi-curi minum seteguk dua. Air kopi tu pun tak berapa nak kopi jugak sebab aku dah campur dengan air sungai tadi (air babi jugakkah ni). Tapi rasa kopi masa kuat lagila kalau diminum

10.0: LAPAR

       Disebakkan otak aku terlalu memikirkan makanan, sepanjang trek hinggalah keluar, mataku mengilau memerhatikan mana-mana plastik sampah atau makanan yang mungkin jatuh atau dibuang untuk aku kutip makan. Hampa perasaan, tidak ada satupun yang bernasin baik. Yang ada hanyalah yang sudah dikerumun oleh semut. Takkan nak kutip jugak. Aku tetap berdoa agar dapat jumpa walaupun secebis makanan. Betul-betul berharap sangat. Hampir-hampir saja aku nak makan cendawan warna kuning yang melekat kat batang pokok, nasib nampak lawa dan aku masih lagi rasional. Kalau tak berbuih mulut keluar-keluar nanti. Benda lawa belum tentu bermanfaat orang kata. Tak lama juga aku kat puncak 705 tu, selepas dapat line telefon (ada dua tiga missed call dari Izzi dan Angah. Mesti dorang risau sebab aku tak turun-turun lagi), aku menghantar mesej kepada Izzi, memaklumnya yang aku kini dalam misi solo Trans Naning dan menyuruhnya menunggu aku di Bukit Tampin nanti. Air mineral Sea Master tu aku tinggalkan di puncak 705, sebab aku nak bergerak lebih cepat dan senang. Lepas ni trek menurun je, nak kelek bawak air sebelah tangan boleh mengundang kecelakaan nanti. Harap-harap dapatlah budak empat orang aku jumpa kat Kem Ultra tadi nampak dan gunakan sebaiknya.


11.0: GUNUNG TAMPIN UTARA




       Jumlah masa nak ke Gunung Tampin Utara dari Puncak 705 adalah setengah jam jugak perjalanan yang aku ambik. Banyak lalu kawasan buluh dan lebih panas cuacanya. Sinaran matahari makin terik. Yang bestnya nasib ada angin yang kadang-kadang lalu lalang. Dapatlah sikit-sikit sejukkan badan. Bila masa trek menaik, aku jadi banyak berhenti masa trek menaik. Lain macam mengahnya. Penatnya hanya tuhan yang tahu. Lapar tak payah cakap bunyi perut dah sama macam bunyi kera dalam hutan ni. Tenaga macam dah habis. Cuma otak juk duk cakap "dah nak sampai-dah nak sampai" berkali-kali. Rasa kelaparan yang teramat ni buat aku rasa sedikit menyesal dengan misi gila ini. Mengapa aku jadi bengong sangat hari ni. Saat menaik tulah aku jadi terbayangkan nak makan aiskrimlah, asam masim, aku nak kemang dan nak rasa masam-manis-masinnya. Paling aku nak adalah air Epal Asam Boi ais. Terbayang kehijauan air tersebut dengan gelas yang penuh berisi ais batu siap boleh nampak asap-asap kesejukkannya. Tu belum lagi aku sedut air siap pakai straw, terbayang kesejukkan airnya lalu didalam mulut hingga ke tekak. Ya Allah, dugaan apakah semua ni. Aku berjanji tak mahu dah berpantang makan ke minum ke lepas ni. Semua aku nak balun makan lepas keluar nanti sampai kenyang. Selama mana aku tengok survival hidup di youTube, National Geo, Discovery Channel dan sebagainya, tak ada satu pun ilmu yang bermanfaat aku dapat atau terlintas nak aplikasikan dalam saat genting seperti ni. Aku jumpalah sejenis pokok yang jika aku korek dapatlah aku makan umbinya, tapi bila fikir balik, keadaan aku ni takdelah terdesak sangat. Lagipun baru enam jam tak dapat makan, bukan keterlaluan sangat pun nampaknya. Puasa lebih sepuluh jam boleh apa. Aku pun fikir nak sampai puncak dan nak keluar dengan cepat jer.

          Saat dan ketika yang mengembirakan adalah bila aku nampak beirut tumbang warna kuning dari jauh terus aku menjerit kegembiraan (tak lupa setiap puncak dan checkpoint yang aku lalui akan aku berikan salam dimana jua, tempat orang bagila salam). Perangai aku walaupun sorang-sorang dalam hutan adalah aku tetap akan bercakap, bergelak ketawa dan menjerit sorang-sorang untuk hilangkan rasa takut. Pada aku, seolah-olah aku berinteraksi dengan alam, tapi cuma takda yang respon. Cuba bayangkan kalau ada yang respon. Apa yang reaksi korang. Akhirnya aku sampai di puncak Gunung Tampin Utara. Lega yang amat. Dah nak makin habis dah misi aku. Agak kecewa dengan keadaan puncaknya. Teramat kotor dengan sampah-sarap. Apalah nak jadi dengan hiker-hikers ni semua. Nak cakap bodoh marah pulak. Kalau sampah tu ada makanan takpa jugak (aku masih mencari-mencari makanan mana tahu ada rezekinya)


12.0: GUNUNG TAMPIN SELATAN




         Tak sampai pun lima minit aku disitu, aku tak sabar nak ke puncak terakhir yang sudah tak jauh iaitu Gunung Tampin Selatan. Treknya sedikit mudah dan pendek berbanding trek ke Gunung Tampin Utara. Bila landai aku cuba berlari anak-anak dan bila menaik aku cuba perlahankan langkah dan melangkah secara kecil-kecil. Takut kaki kejang tetiba, lagi ambik masa nak keluar nanti. Masalah sekarang aku tak ada rasa penat sangat tapi aku kelaparan. Laparlah menyebabkan aku jadi penat. Itu sahaja masalah aku sekarang. Diringkas cerita yang dah panjang berjela ni, 12 minit kemudian aku tiba di puncak Gunung Tampin Utara. Wah sudah ada kerusi boleh duduk rehat. Aku tak kira dah, aku nak duduk rehat kejap. Peluh satu badan aku nak kasi kering dulu. Lain macam panas cuaca hari ni. Lama sikit aku nak rehat. Bagi penat hilang kejap. Lagipun lepas ni trek menurun jer, seingat aku bolehlah kalau rajin nak berlari. Ingatkan nak duduk lama-lama, tak sampai tiga minit aku pun terus gerak. Aku jenis tak biasa rehat lama-lama. Ni pun dah nak keluar dah. Trek penghabisan dan pengakhiran. Aku dah terbayangkan kejayaan di depan mata. Aku dah nampak misi aku tak lama lagi akan berakhir. Tak sabar nak keluar. Semangat aku lain macam jadinya. Makin berkobar-kobar. Mula-mula tadi aku hanya berjalan, langkah aku jadi tiba makin laju dan laju. Tiba-tiba perasan aku dah belari-lari anak seolah dapat sekeping cakra baru. Tenaga yang ada aku kerahkan sehabisnya. Aku nak cepat. Nak pergi kenduri yang jauh terletak Walimahtul Urusnya. Nak kena mandi lagi. Nak bersiap lagi. Semua rasa panas, penat dan lapar aku cuba lupakan sesaat dua. Setiap langkah aku perhatikan dengan kemas dan teliti. Aku tak nak terjatuh atau tersadung akar, trek pula banyak pokok tumbang, makin cerun turunnya dan akar banyak berselirat atas trek. Sedang aku berlari anak sambil melayan perasaan berfikir lepas ni nak buat solo mana lagi, aku bertemu dengan tiga orang lelaki dewasa sedang duduk diatas batang balak besar berpakaianya askar. Timbul rasa hairan adalah apabila aku lihat sebuah sarang burung di atas dahan tetapi mereka mereka lengkap memakai baju ala-ala askar. Mereka sedang bekerja atau sebaliknya. Itu tidak menimbulkan sebarang persoalan pada aku. Yang mencuri tumpuan aku adalah sejumlah besar makanan dan air minuman berperisa karbonat yang dibawa oleh mereka (air gas botol besar, kacang, kuaci, twisties dan sebagainya) mengamit kalbu. Rasa nak berhenti mintak pulak tapi rasa segan yang amat. Dan oleh kerana dah nak sampai, aku teruskan kayuhan kaki dengan lebih cepat. Dalam hati terbayang-bayang lagi makanan tersebut. Rugi jugak tak mintak sikit. Nanti keluar aku nak beli semua yang aku nampak tu. Tunggu jela.

          Dari kejauhan, aku nampak bukit yang nak kena mendaki balik tu. Pada saat ini aku tahu aku dah nak sampai keluar dan juga bakal sampai ke tangga maut tu. Walaupun hanya beberapa puluh anak tangga tapi tetap pewai dirasakan. Beberapa langkah untuk aku habiskan anak tangga itu, aku ternampak kereta aku sudah tersedia parkir di sisi jalan. Makanya terus aku bersorak kegembiraan, kesukaan dan kebahagian. Menjerit-jerit aku memangil Angah yang aku nampak disebalik cermin kereta. Jeritan aku didengari oleh Angah dan terus beliau menurunkan cermin kereta. Tanpa menunggu panjang aku terus meminta apa-apa makanan yang ada untuk aku mengalas perut terlebih dahulu. Lega dapat isi perut dengan makanan dan minuman. Lega bila dapat makanan.


13.0: MISI SOLO BERJAYA

       Alhamdulillah, aku berjaya melaksanakan juga impian nak buat Trans Naning solo. Tak sangka berjaya buat dahlah tak merancang langsung, semua last minit. Paling dahsyat, aku hanya bawak sebotol air nesface je pun. Tu pun ada lagi separuh tak habis. Memang kerja gila. Walaupun aku sebenarnya nak target masa bawah lima jam, tapi catatan masa tu bukan jadi matlamat aku sekarang. Misi pencapaian solo tu yang aku rasa amat berharga. Aku masih lagi dapat melakukan dengan catatan masa 5 jam 45 minit. Lagipun aku belum amat bersedia denga masa banyak dihabiskan di puncak Gunung Datuk. Puas. Betul-betul rasa puas dan rasa penuh kesyukuran kerana Trans Naning Solo ini berjaya dilakukan tanpa ada kecederaan dan selamat pergi-keluar dengan penuh Rahmat-Nya. Insya Allah, kalau ada rezeki lagi pasni aku akan mengulang semula. Aku sudah mula mengimpikan kejayaan yang lebih besar san mencabar lepas ni. Tammat.


Ulasan

  1. Terbaik experience..bro nnt share no whtsp Ada byk benda nk belajar buat trans solo..Ni no sy 0172820877 -Fit3- thanks bro kerana sudi membaca Dan membalas InsyaAllah

    BalasPadam
  2. Tahniah Tuan,
    Banyak info berharga yg bermunafaat utk dikongsi.
    Cuma pdgn sy ada bbrp gambar yg nampak x mgkn diambil secara selfie atau monopod bila trans Naning Solo....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih...skill jgk tu... sbb x pakai monopod..pacak kt dahan atau pokok je

      Padam
  3. Tahniah..
    LG semangat nk wat TN ble bc ni.. Kalo x keberatan sy nk ws nti..
    EvJune

    BalasPadam
  4. Jalan cerita mmg menarik..penulisan yg padu terbaik bro

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 14 Most Hardcore Mountain to do Dayhike or Compress (Personal View) in Malaysia

BUKIT LUBUK BATU (via Denai Hutan), Marang , TERENGGANU

BUKIT 300, TELUK BATIK, LUMUT, PERAK