GUNUNG LEDANG VIA ASAHAN 2.0

Gunung Ledang via Asahan 2.0

16.12.2018   Sabtu



 Episod 1: Mukaddimah..la

      Gunung Ledang ni bukanlah gunung kegemaran aku pun. Kalau bagi free pun aku tak nak naik. Sekali merasa naik bulan 12 tahun lepas sudah cukup untuk melengkapkan misi seratus puncak. Rasa leceh sebab kena bayar seberapa jumlah yg ditetapkan termasuk kos permit dan pendaftaran serta bila gunung tersebut dah di iktiraf jadi taman negara makanya pengurusannya menjadi lagi tinggi standard dan perlu mengikut SOP tersendiri. Tapi disebabkan perubahan harga dan pengurusan yang sangat melampau aku rasakan, aku rasa lebih baik aku ambik peluang yang ada ni. Asalnya, aku dah tak tahu nk pergi gunung mana lagi. Sejak tamat misi 100 puncak bulan lepas siap masuk surat khabar kut, aku jadi makin bermalas-malasan nk bergunung. Rasa puas tak terhingga. Selepas memikirkannya segala baik buruk dan aku belum rasa nk pencen lagi dlm beraktiviti bergunung ni, aku membuat keputusan nak naik ke Gunung Ledang sekali lagi. Terus aku terfikir kt seorang member yg bernama Kucit Iskandar ni. Beliau merupakan seorang guide rasmi disitu dan aku pernah menggunakan khimat servis dari beliau juga pada tahun lepas. Kali terakhir kami jumpa masa Angsi Challenge bulan 9 hari tu. Tapi sebab konsep persaingan dalam pertandingan, tak sempat nk berborak2 lama. Semua sibuk duk warming up. Selama ni, kami hanya berhubung dekat laman sosial jer. Nak jumpa jauh sekali, aku di KL (padahal duk selangor), manakal beliau mentap di Mersing, Johor. 

        Selepas bersetuju dan menetapkan pada suatu tarikh yang diingini dan sesuai bagi kedua belah pihak (aku nak hari sabtu sebab ahad boleh rehat, tapi beliau ada game/event pada hari sabtu), maka hari ahad menjadi temanya. Mula-mula aku ajak En. Farid ikut sama sebab aku ada misi tak dibuat orang kali ni, tapi malangnya beliau ada urusan dikampung. Ah itu bukan alasan aku untuk lipak trip. Pada awalnya aku nk lipak jugak, jauh nk drive sorang tapi kali ini aku nekad jua nk pergi jugak walaupun seorang diri kena memandu ditengah malam "masuk kampung-lalu felda sawit-jalan gelap gelita takda lampu jalan-takda kerete kiri kanan-hujan" sehingga sampai kt Kedai Outdoor Dshah Services dekat Simpang Bekoh, Melaka ni pada pukul 3 pagi lebih. Aku malas nk kejutkan Kucip masa smpai, hanya hantar sekeping mesej je cukup untuk memberitahu kt beliau yang aku dah sampai. Dia sedar nanti pandai la die telefon aku balik cari. Bagi die rehat sket, sebab game siang tadi dah tapau podium bagai. 

        Imbas pada sebelah pagi, aku dengan taksubnya pergi ke denai 3 puteri mencari sesuap mileage konon nk dptkn 10km. Habis trek Harmoni-Unity aku pusing tapi disebabkn takut pewai awal masa naik Ledang (memang aku pewai habis pun) terus aku keluar awal dan aku pun nk pergi cari barang2 hiking sket untuk trip kali ni. Aku pun nak balik rumah awal sebab tak cukup tido. Malam tadi tidur pun tak sampai 3 jam. Dilema post night shift syndrome masih melanda diri ini.


 Episod 2: Surau..tu

         Aku menunggu penuh rasa kesunyian didalam kereta walaupun radio terbuka berlagu sayup kedengaran. Enjin dimatikan dan tingkap kereta dibuka sedikit. Nanti ada kes yang mati dijumpai kerana terhidu gas monoksida disalaherti bunuh diri esok pagi. Jam baru menginjak pukul 4pg lebih dan aku dah berjam menahan rasa nk kencing. Ku biarkan dulu pundi kencing betul2 penuh, barulah aku menghidupkan enjin kereta mula mencari surau atau masjid yang berdekatan dengan harapan adalah tandas untuk aku tumpang berhajat.

        Beberapa ratus meter dari kedai outdoor tadi aku sampai ke sebuah Surau di tepi jalan raya yang mana akhirnya aku cam adalah surau sama aku tumpang tidur pada trip tahun lepas (nama surau dirahsiakan) Peristiwa hitam yang masih segar terjadi sebelumnya mulai kembali bermain dalam fikiran. Aku teragak-agak nk turun sebenarnya ke tandas tetapi kerana tidak tahan ku turutkan rasa. Pintu pagar yang tertutup tak berkunci aku tolak perlahan-lahan. Bunyi serekan pada lantai tanah agak luar biasa kuatnya pada waktu sunyi ini. Agak gelap kawasan sekitarnya, hanya diterangi oleh lampu jalan yang menyimbah cahayanya masuk. Aku tahu dimana letaknya tandas tersebut. Dan aku juga tahu mana letaknya 'benda' itu. Benda itulah yang aku tegur tahun lepas. Mungkin masih ada disitu. 

       Aku melangkah tanpa rasa mahu menoleh ke mana-mana. Destinasi yang perlu aku tujui adalah tandas. Pap. Aku terpandang 'benda' tersebut. Aduh. Tak tahu nk rasa seram ke atau nak insaf. 2 biji keranda; satu berwarna hijau dan satu lagi bewarna putih duduk bertindan bersimpuh antara satu sama lain elok terletak berhadapan tandas. Sah lepas keluar tandas kena hadap lagi ni. Aku memandang sekilas, terus aku masuk tandas pakai sandal tanpa pakai terompah yang disediakan. Aku cuba berlagak biasa walaupun sedikit rasa keruan. Lampu tandas dibuka dan aku ingin menunaikan hajat secepat mungkin. Masih ingat lagi pesan Kucit dulu, katanya kenapalah kami tidur kat surau tu. Surau tu memang keras katanya. Kami bilang manalah kami tau. Dah sejenis tempat ibadah, mestilah tempat yang baik2 asalnya.

        Selepas keluar dari tandas, sempat aku memandang ruang luar surau tersebut yang luas, tempat kami bertujuh berhenti berehat dulu. Tempat kami tidur bersebelahan antara satu sama lain. Masih aku ingat bunyi kokokan ayam jantan seawal jam dua pagi ketika itu sudah mendatangkan tanda dan rasa pelik buatku. "Awalnya" terdetik rasa itu dalam hati.


 Episod 3: Surau..itu part 2

       Bunyi ayam berkokok time awal pagi tak berapa nak dinihari begini mengundang rasa penuh kemisterian nusantara. Setahu aku kalau ayam berkokok ni petanda malaikat ada berdekatan. Kalau anjing menyalak tu sebab ada syaitoni-rojim. Wallhua'lam. Mungkin perasaan aku yang tengah khayal bermain-main. Kisahnya yang bermula sewaktu kami berenam (aku, Ubai, Poi, Yoi, Syahmi dan Fairuz) sampai terlebih dahulu pada pukul 2 pagi di surau itu, Pak Lan sampai kemudiannya bercadang untuk naik ke Gunung Ledang melalui Asahan pagi nanti. Masa masih terlalu awal dan kami bercadang untuk tidur sementara menunggu Subuh masuk di surau.. (tu). 

       Aku macam biasa, hidupku penuh pengembaraan dan keterujaan nak jugak merajinkan diri menawaf satu pusingan surau cukupkan segala fardhu kifayahnya dan berhenti dekat sebuah tandas. Terpempam aku melihat 2 biji keranda (sama kedudukan dlm ep.2) yang terletak agak tinggi dari atas tanah dan terus aku menegur berkata "eh ada kerandalah disini" dalam nada ceria dan kemudian ak masuk tandas seolah-olah tiada apa perasaan dan tidak mengetahui apa yang bakal berlaku sebentar nanti. Kami duduk berbaring diruang luar surau bersama yang lain. Nak elakkan rasa dingin kesejukkan beralaskan lantai jubin, aku hamparkan sehelai kain pelikat dan menyelimutkan badan dengan sweater. Seorang demi seorang mulai lena tertidur dan yang pasti ada yang tidur hingga terkeluar irama dengkuran, begitulah betapa nyenyak beberapa mereka.

        Bunyi lori dan kenderaan lain yang lalu lalang memecahkan kesunyian datang sekali sekala. Kami tidur menghadap kaki ke dalam surau dan bertentangan dengan jalan raya untuk mengelakkan simbahan cahaya neon lampu jalan dan suluhan lampu kereta menyilaukan mata sesiapa yang memandang. Mataku mulai menjadi makin layu and kuyu lalu aku pun terlelap dengan sendirinya. Beberapa minit kemudian, aku terbangun, terus tersedar dari lena (masih lagi di alam yang sama ni), mataku enggan membukakan pejamannya dan terasa badan aku sama sekali tidak boleh bergerak, entah mengapa. Barangkali aku kena angin ahmar mungkin. Aku cuba menjerit namun suaraku tersekat dikongkong pulak. Aduh! . Aku pasti, kala ini, aku terperangkap dalam permainannya. 

       Aku terus rasa menyesal sebab tadi tidur secara melentang-kuak dada-terbaring. Tu salah satu pantang larang aku kalau nak tidur selama ini, kalau langgar sila hadap benda-benda camni. Bermacam-macam ayat aku bacakan tapi seakan bacaanku lintang pukang tajwid dan harakatnya. Nak sebut nama Allah pun bukan main susah rasanya. Harap harap ni bukan sakaratul maut yang aku hadapi. Time ni la semua tak menjadi. Nak panggil member sebelah semua nyenyak tidur. Macam mana nak panggil; suara tak keluar dan badan pun tak boleh gerak. Dorang tau ke tak aku tengah struggle macam nak mati sendirian kat sini. 

       Aku masih lagi bertungkus lumus nak melepaskan diri. Lama pula dirasakan proses ni. Aku gagahkan diri. Naik gunung beribu meter sebelum ni terasa mudah pula dirasakan. Secara tiba-tiba badanku rasa ringan balik dan aku boleh bergeraknya semula. Aku kembali dapat bernafas secara normal tapi masih penuh kemengahan keletihan dan terus aku menghembuskan satu hembusan nafas kelegaan. Berpeluh sekejap beb. Tak biasa la kena main tindih-tindih macam ni. Biasa dia ni. Ubai yang berada disebelah perasan kejadian yg terjadi kat diri aku dan mula bertanyakan aku ok atau tidak. Aku mengatakan tiada apa-apa yang berlaku. Aku mula menyumpah seranah dalam hati. Geram pula hati kita. Nak tidur ada yang menganggu. Nasib benda yang tindih aku tu aku tak boleh nampak. Aku memang jenis bukan boleh nampak pun. Nasib baik hijab tertutup lagi. Tak boleh nak bayangkan apa yang akan nampak aku nampak jenis apakah makhluk tersebut. Aku kembali tidur semula.

        Pengalaman tadi aku tak mahu berulang kembali, kali ini aku membaringkan diri pada posisi mengiring. Sebelum aku memejamkan mata, aku menatap lama jauh ke arah di suatu sudut atas syiling pada bumbung. Kecik besar kecik besar mata aku cuba teropong memandang. Namun, tiada apa-apa yang kelihatan disitu. Agak lama aku memandang, tapi seingat aku memandang dengan perasaan yang tak senang. Bengis barangkali, tanda tak puas hati. Ah perasaan mainan semua ini. Tapi aku merasakan ada benda tengah memandang kami disitu. Aku mengalih kembali pandangan ke bawah dan memejamkan mata untuk cuba tidur semula. Firasat aku; memang dia ada kat situ tapi ko ni siapa sebenarnya, musuh atau kawan. Tiada pejelasan. Dalam hati aku bilang nk ke tengok dia muncul sebab ak pn nk tengok jugak dia ni macam mana, tapi aku cepat-cepat mintak dijauhkan benda tu terjadi. Kalaulah dia betul-betul muncul dapatkah aku menghadapinya? Aku tak nk cakap besar.

         Malam masih panjang perjalanannya. Kali ni aku tidur bukak mengaji Ayat Al-Quran (guna phone) perlahan-lahan, baru yakin sikit rasa keselamatan tu. Kalau bukak mengaji kat surau pakai speaker mau kena bakor hidup2 dengan tok siak nanti. Nak tengok berani tak benda tu datang lagi. Sekali lagi aku terlena sendiri. Pap pap pap. Sekali lagi aku kena tindih. Ishh. Kali ini secara sisi pulak kena. Tak makan saman betul hantu ni. Tidur mengiring pun datang jgk, dah habis skill aku tidur gayanya. Dah bukak mengaji pun tak terbakor makhluk ni. Berhempas pulas kembali aku nk lepaskan diri. Kali ni lagi lama aku rasa. Cepatlah habis permainannya. Aku dah penat, aku nak rehat, esok nak manjat-manjat lagi. Sampailah satu tahap aku mengalah sekejap. Tapi dengan aura seorang anak jantan, aku kembali melawan dan berjihad. Bak kata seorang hukama ”Jangan biarkan kejahatan menang pun ke atas kamu". 

       Aku berusaha mengerakkan kaki dan cuba menguis kaki Ubai disebelah. Aku dengar Ubai memanggil aku sayup kedengaran tetapi aku tidak mampu menjawab. Betapa aku mengharap pertolongannya ketika ini. Makin kasar pula permainan beliau kali ini. Ubai masih memanggil aku lagi tapi...(Masa aku tulis episod ni, tetibe batang paip shower terjatuh...hurmmmmm..sesuatu). Meremang lak nak sambung.


 Episod 4: Surau. (berhantu) tu

     Kuisan kaki aku dekat kaki Ubai akhirnya berjaya aku lakukan. Kemudian secara tiba-tiba aku kembali ke alam yang nyata. Badan dah dapat bergerak kembali dan aku mampu bernafas semula. Ubai segera bertanyakan pada aku. Aku tak menjawab apa-apa. Memang jadi kelu terus ke lidah kalau kena kejadian macam ni. Ubai bertanyakan aku kena tindih ke? Aku ckp takde apa-apa. Dia tahu aku jenis mudah kena tindih (Aku pernah kena tindih dua kali pula tuk masa tido kat parking Pos Rengil, Cameron Highlands masa nak naik Gunung Yong Yang-Tok Nenek-Bubu aka YYBTN).

        Aku buntu berfikir seketika samaada nak sambung tidur ke tak nak. Kalau tidur mesti kena lagi. Aku cuba tahan mata untuk berjaga sambil menunggu Pak Lan sampai. Katanya dah nak dekat sampai masa aku check Whasapp tadi. Jam sudah hampir ke pukul 4 pagi dan masih lambat lagi nak masuk waktu Subuh. Sedang aku leka berangan Mat Jenin, layan perasaan tengah compress G7 depek Gunung Chamah-Ulu Sepat (CUS), Ubai yang berada di sebelah pula aku perasaan lain macam gaya dia ni.

        Tiba-tiba beliau bernafas tercungap-cungap macam penat baru naik bukit and aku terus memanggil dia. Nak kuat taklah kuat sangat, sebab tak nak kejutkan yang lain. Tapi takdalah panggil macam bunyi kentut dalam kain. Macam peristiwa aku kena, panggilan aku tak di jawab dan apabila beliau tersedar kemudiannya terus aku sound "kena juga ker". Aku kurang pasti jawapan dia masa tu, sama ada mengiyakan atau tidak tapi aku terdengar jawapan "huurmmm" panjang dan macam kesal pun ada. Riak wajahnya langsung aku tak nampak sebab terlalu gelap. Barangkali cemas dan takut dipermainkan sebegitu rupa. Aku tidak lagi mengantuk, mungkin menjadi ingin lebih berhati-hati kali ni. Tak nak pisang berbuah kali ketiga dan seterusnya. Tak sampai beberapa minit, Poi yang berada di sebelahku lain macam beraksi; macam ulat belungkas. Mula-mula berdengkur, kemudian mengeroh semacam. Tak tahu mengigau ke apa kali nk. Tapi aku dah syak sesuatu; mungkin pisang berbuah-buahan lagi. Gaya macam cacing kepanasan pun ada. Lama juga aku tengok aksi lintas langsung ni. Seram pulak aku nampak sampai aku menjarakkan diri sikit dari beliau. Alas kain pelikat tak ku endahkan lagi sama ada melapisi lantai pembaringan atau tidur. Suasana kala ini dah bikin aku panas dah. Karang dengan aku sakit jadi cacing. 

       Tetiba, Poi terbangun dari pembaringannya dalam keadaan mata masih tertutup. Aku antara dalam dilema nak tegur ke tak. Masih ragu-ragu nak kejut ke tak nak kepastian beliau mengigau ke atau kena rasuk. Jangan buat pasal dah la Poi. Aku takda lada hitam nak letak kat ibu jari kamu ni. Aku memberanikan diri untuk panggil dan bertanyakan beliau sama ada ok ke tak. Dia jawab macam endah tak endah macam orang mengigau, kemudian kembali tidur. Aku amat yakin yang dia pun sama kena tindih jugak tapi tak nak mengkai. Makin tak tidur la aku macam ni. Pak Lan pun sampai tidak lama kemudian. Aku berborak dengan beliau sebentar diluar kawasan pagar surau dan aku mengkhabarkan apa yang telah terjadi terlebih dahulu padanya kerana aku kerana tahu yang beliau lagi biasa "nampak" dan berpengalaman dari aku tentang hal-hal ini. Bukan bagi amaran atau menakutkan tapi suruh beliau berjaga-jaga sikit. Aku tak nak dia jadi mangsa kena tindih bersiri beramai-ramai nanti pulak. Biarlah aku dengan mereka yang dah kena jer kena. Aku redha jika itu takdirnya. 

       Aku tak berapa nak tidur dah. Duduk berborak-borak dengan Pak Lan sampai dia pulak lena masuk tidur. Aku pun sama-sama tidur balik juga. Tapi kali ini aku selamat dari dinodai sebab dah nak masuk subuh. Mereka dah masuk alam balik kut. Usai solat subuh kami bergerak pergi cari sarapan pagi dahulu sebelum daftar masuk melaporkan diri ke Kem Asahan nanti. Semasa bersarapan itulah seorang demi seorang menimbukan kembali cerita kena tindih secara bersiri tadi. Hampir semua terkena hingga Syahmi perasan ada benda hitam lalu melintasi tepinya. Kalau anda nak tahu, Pak Lan yang datang lambat itupun kena jugak. Katanya masa dia tidur-tidur cap ayam tu, telah datang seorang lelaki tua kepadanya dan menunjukkan ke arah keranda di depan tandas tu kat dia dalam mimpi. Mungkin ada maksud tertentu. Mungkin nak cakap tak elok letak keranda depan tandas kut. Wallahu'ala. 

       Benar tak benar itu pengalaman masing-masing. Tapi antara kesalahan yang kami buat selepas di post mortemkan adalah kami ni langgar pantang larang tidur iaitu tidur dengan kaki mengunjur ke arah kiblat. Mungkin penghuni di situ marah sebab kami tak beradab masuk rumah mereka. Memang kena amaran keras la macam tu. Aku ada dengar citer tak indah juga mengatakan banyak kawasan masjid dan surau lama kat area sekitar sana dihuni oleh jin-jin islam. Habis. Aku kembali masuk semula ke dalam kereta. Memori setahun lepas masih segar dalam fikiran. Aku berhajat untuk menunggu didalam kereta hingga subuh di hadapan surau. Tak ingin masuk ke surau itu lagi. Sebenarnya kawasan dekat surau itupun dah seram sebenarnya. Pokok pisang yang tumbuh melata mengingatkan aku...


Episod 5: Pokok Pisang.. tu

 Pokok pisang yang tumbuh melata di tepi surau tu mengingatkan aku pada sesuatu. Cahaya neon lampu-lampu jalan yang terbias terkena daun pisang bersinar-sinar kelihatan. Amat menakutkan walaupun sekilas pandang. Semacam (macam benda putih berdiri di sebelah pokok pisang). Aku masih tak berganjak duduk di dalam kereta yang masih dimatikan enjinnya.

        Aku masih leka bermain telefon. Sesekali aku memandang ke atas tepi kiri kereta, ke arah kebun pisang tersebut. Kemudian lihat ke cermin belakang, kedua cermin sisi, keluar tingkap dan ke belakang tempat duduk berulang-ulang kali (cuba korang buat, dah jadi macam excercise hilangkan lemak di leher lak) Terlintas dalam fikiran macam-macam benda sedang bermain-main. Jangan ada yang nak menumpang dah. Mentang-mentang banyak tempat duduk yang kosong. Jam masih belum masuk pukul 5 pagi. Bunyi kokokan ayam jantan kembali berbunyi silih berganti menandakan sekarang sudah waktu dinihari. Penat juga bila jadi terlalu paranoid ni, mana tidaknya terasa seolah-olah ada yang sedang memerhatikan kita dari luar. 

       Pantulan bayang-bayang sendiri kt cermin tingkap kereta disangka ada orang lain pula. Nasib baik berani pula tengok dua kali. Tapi nak tengok sampai tiga ke empat kali dah tak sanggup pulak. Penat mata berpusing-pusing melihat ke setiap arah. Tetapi paling aku benci untuk melihat di kawasan kebun pisang itu. Naik seram oi bila aku pandang walaupun sekejap. Tak tahu apa yang membuatkan diri jadi sendirnya nak tengok situ walaupun beberapi tengok takde apa pun. Dari jauh di hadapan aku mula melihat sesuatu yang sedang menuju ke arahku. Warna keputihan yang sangat kecil, lama kelamaan semakin dekat. Aku mula berasa tak senang duduk. Lantas mengamatinya sampai sepet-sepet mata dibuatnya. Nak fokus katakan. 

        Objek tersebut masih samar-samar dan berada didalam kereta yang tak dipasang penghawa dingin serta hampir tertutup tingkapnya menjadikan suasana bertambah panas. Berulang kali aku memandang setiap penjuru dan sudut yang ada. Makin lama makin dekat. Bunyinya pun semakin kuat kedengaran. Aku menjadi berdebar-debar. Kedudukan aku diatas kerusi berkali-kali aku ubah kedudukanya. Terasa kerusi kereta yang sempurna bentukya itu berlubang-lubang pulak. Masih tak dapat aku bayangkan bagaimana aku begitu berani untuk berada di dalam kereta seorang diri di tepi jalan yang agak sempit sangat membahayakan itu. Takut tu tak payah nak cerita, korang bayangkan sendiri. Gelap dan seorang diri.

         Objek yang datang dari arah bertentangan tu pula semakin menghampiri. Aku menguatkan speaker radio namun frekuensi radio menjadi tidak jelas walaupun sejak dari tadi lagi dah sedemikian rupa. Cermin hadapan kereta aku cepat-cepat terbalikkan supaya aku tidak nampak apa-apa nanti di belakang. Mataku jadi silau dan aku secara automatik mengangkat tangan kanan untuk menutup mata. 

        Astaga, aku lupa mengunci kereta dari dalam dan nak jadikan cerita masa tu pulaklah tak dapat nak menguncikan kereta pula. Rupanya aku tidak menutup pintu kereta dengan rapat. Dalam keadaan yang genting dan cemas, aku membuka pintu kereta dengan cepat-cepat dan menutupnya dengan kuat serta terus mengunci kereta dari dalam. Fuh, nasib baik sempat tutup sebelum sebuah lori kontena yang amat besar dan panjang lalu dari arah bertentangan. Kalau tak tercabut pintu kereta nanti. Dalam masa 3 saat aku rasalah, keretaku bergoyang-goyang dek laluan angin bersama lori sama-sama lalu merempuh keretaku. Bunyi yang kuat terus menenggelamkan bunyi lagu yang aku tak tahu apa tajuknya berputar ke udara. Sekelip mata, keadaan menjadi sunyi kembali.

        Aku menghidupkan kereta dan beredar dari surau (tu) sebaik menerima mesej dari Kucit yang mengatakan dirinya baru tersedar dari tidur. Aku mengkhabarkan padanya yang aku sudah lama sampai dan kini menuju ke arah tempat lokasi yang beliau hantar tadi. Misi kedua naik ke Gunung Ledang bakal bersambung pagi nanti dengan harapannya.


 Episod 6: Datangku Di Undang.

      Aku menunggu Kucit keluar dari rumah kedai tersebut sambil mengemas barang-barang untuk mendaki secara ala kadar dulu. Gelap-gelap macam ni tak nak nampak sangat barang wajib mana nak perlu dibawak nanti. Kami hanya duduk berdiri bersandar pada kereta sambil berborak-borak kemudiannya. Seingat aku, inilah kali pertama aku bertentang mata berborak (semesra) ini dengan beliau. 

        Pertemuan yang pertama dahulu terlalu singkat dan hampir-hampir sahaja aku tidak berbual langsung dengannya. Level beliau sebagai Guide Gunung Ledang aku amat hormat dam keupayaan serta pengalaman beliau buat aku bertambah rasa kagum dengan kami saling bertukar cerita pengalaman masing-masing (yang pasti berastro masa ontrek lagi nanti). Ternyata dunia kami tak jauh beza. Kami bercadang nak menapau bungkus nasi lemak untuk dibuat sarapan pagi dekat gerai yang berdekatan tetapi mak cik terbabit bukak agak lambat kali ni kata Kucit dan kami memilih untuk bergerak dahulu sebab tak nak lari masa dari tentatif. 

        Kami bergerak menaiki kereta masing-masing dan perjalanan yg bertemankan cahaya matahari yang baru nak muncul dari sebalik Gunung Ledang berserta kabus menutupi puncaknya tersergam indah amat mengamit suasana. Kali kedua aku sampai ke sini ternyata misi ni bakal mencatatkan memori yang tersendiri (Dalam kepala dah siap sedia projek telemundo 18 episod lagi). Kami tiba di Pekan Asahan dan berhenti sarapan pagi di sebuah kedai di tepi jalan. Teringat pula memori minum di kedai kopi di kampungku semasa zaman kanak-kanak dahulukala dengan duduk diatas bangku dan meja kayu. Masih wujud lagi suasana ditempat seperti ini Rata-ratanya penduduk disini terdiri dari pelbagai bangsa umumnya. Kami kembali menyambung perjalanan bergerak menuju ke Pos Pendaftaran Taman Negara Gunung Ledang. Beberapa minit selepas kami tiba di perkarangan parking disitu, seramai lebih daripada 40 orang kumpulan pendaki berbangsa Tionghua pula tiba sekaligus. 

          Suasana jadi begitu riuh seketika apabila adalah sebuah lori sebesar separuh kontena tiba disitu. Aku mula-mula ingat lori nak hantar ais ke barang apa-apalah kat Air Terjun Asahan depan sana tu, tapi bila dia membelok masuk ke kawasan parking pos pendaftaran, semua mata tertumpu kat lori tu dah. Semangat betul uncle ni nak panjat gunung, siap bawak lori keje naik gunung. Aku pula bakal join bersama satu kumpulan bawah kelolaan Lin-Eagle-Eyes seramai 11 orang kesemuanya tidak termasuk aku dengan Kucit. Disebabkan ini adalah sejenis undangan khas oleh si Kucit buatku, maka segala urusan pendaftaran dan pembayaran tidak menjadi masalah bagi aku (dia kata nak belanje aku kali ni, justeru aku pun nyiru tapak tanganlah aku hulurkan). Ruangan parking kereta hampir pun penuh sebaik kami memulakan pendakian Aku difahamkan sudah ada sekumpulan pendaki yang sudah masuk semalam untuk bercamping di CP7/Padang Batu). 

         Sambil menantikan kesemua peserta dan pendaftaran dilakukan, aku mengemas barang-barang wajib yang aku bakal bawa. Tapi kali ni aku kurangkan sedikit beban kerana mahu mengelakkan kecederaan kaki di bawah buku lali sebelah kiri yang belum pulih sepenuhnya makin melarat. Aku sebenarnya hampir nak lipak dan membatalkan trip ni disebabkan takut kecederaan jadi lebih teruk. Terseliuh (muscle sprain) kaki 2 kali di kawasan buku lali yang sama akan memakan masa untuk pulih sebenarnya, tambah-tambah lagi aku pula yang degil nak pergi jumpa doktor atau fisioterapist. Aku hanya cuba urut dan letak minyak ubat sebelum ini bagi mengurangkan sakit yang dialami. Ubat ubatan dan perkakas untuk emergency sudah aku siap sediakan dalam beg dengan mencukupi sekira terjadi kecelakaan nanti. 

         Trek Ledang masih aku ingati jalanya walaupun sudah setahun lalu datang. Treknya yang penuh berakar dan akan menjadi licin sekiranya hujan turun perlu aku daki dengan berhati-hati nanti. Selepas berkumpul dibawah khemah berdekatan kabin lebih kurang 100 meter dari pos pendaftaran untuk mendengar taklimat berkenaan peraturan dan larangan yang dikuatkuasana. Segala barang-barang yang dibawa naik oleh setiap pendaki harus diisytihar dengan menyatakanya didalam borang pendaftaran masing-masing terlebih dahulu. Sekecil-kecil puntung rokok yang dibawa juga wajid di bilang dan ditulis kerana semua barang yang dibawa akan dikira balik semasa pulang nanti termasuk plastik makanan dan botol minuman. Ini adalah bertujuan untuk menjaga kebersihan kawasan di Gunung Ledang. Jika gagal menunjukkan barangan tersebut walaupun plastik sampah akan dikenakan denda sebanyak Rm5.00 untuk setiap barangan. Sebab tulah aku tak nak bawak banyak barang kali ni. 

         Selesai taklimat, aku dan Kucit mendahului kesebelasan line up yang lain terlebih dahulu memulakan pendakian yang lebih kepada santai. Dari mula pendakian sehinggalah sampai ke CP1 iaitu di panggil Enggang Berangan tak berhenti-henti aku dengan Kucit bersembang, walaupun trek semakin menaik tak jadi hal. Tiba di CP1, terdapat satu kumpulan sudah pun tiba situ. Kami menunggu line up kami sampai terlebih dahulu..


 Episod 7: Half Solo

         Aku dan Kucit bergerak kembali menyambung perjalan ke checkpoint seterusnya selepas semua line up bawah jagaannya sampai ke checkpoint pertama. Perjalanan ke Hentian Hanuman (CP2) agak panjang dan lebih banyak menaik. Aku dah Kucit masih lagi berbual seperti biasa. Mengah jugak tapi ini adalah salah satu latihan fizikal serta pernafasan. 

         Dalam pada masa nak bernafas, kena bercakap perlu guna banyak oksigen nak sedut. Memang penat dan agak sesak nafas, tapi berbaloi, lebih-lebih lagi jika nak kasi perform, time tu rasa tak sia-sia buat perkara tu. Kalau time pacak, aku suka ajak orang berborak, tapi masalahnya ramai orang pewai pulak. Kalau aku tak bercakap tu maknanyer aku takde mood atau aku pewai teramatlah sangat. Sampai ke CP2, aku dengan Kucit berhenti rehat lagi. Kali ni Kucit bagi aku kebenaran kalau nak gerak, dia bagi lampu hijau. Aku mula-mula berbelah bagi, tapi bila beliau cakap nak kena sweep orang belakang dan dia pulak guide, tak eloklah tinggalkan line up macam tu. Trip berbayar kut. Yang aku masuk free ni, takpela dia pun percaya kat aku boleh jalan sendiri. 

          Beberapa minit kemudian, aku menyambung perjalanan dengan separuh line up lain dah gerak. Aku sempat berborak dengan beberapa orang dari mereka (nama aku lupa, ada nama Gadafi tu je aku ingat). Ada jugak yang kenal siapa aku ni. Ternyata kisah pencapaian misi 100 puncak aku berjaya jadi tumpuan orang. Bila jumpa orang dan mereka sebut pasal misi 100 puncak aku tu, perasaan bangga kalau tak ada tu tipulah cakap. Yang paling aku rasa bahagia bila selama ini susah senang pergi naik sana sini ada orang hargai atau diorang sebut-sebut katakan aku ni jadi idola mereka. Idola celah manalah aku ni. Siap ada yang nak bergambar berdua-dua tulah aku jadi malu-malu kucing jadinya. Segan lak rasa. 

          Rasanya sumbangan aku dalam dunia hiking aka pergunungan ni hanya sebesar kuman berbanding otai-otai yang ada diluar sana. Ramai lagi pakar-pakar dan mereka yang berpengalaman yang tak tonjolkan diri boleh anda jadilan teladan dan contoh. Cuma impian dan cita-cita aku adalah aku jadikan hiking ni sebagai satu platform untuk hidup sihat, meluaskan pengalaman dan menambah bilangan sahabat. Aku bukan mencari populariti tapi mencari rakan-rakan baru disamping menambah ilmu dan mengenali diri dari pandangan alam. Aku mula meninggalkan mereka seorang demi seorang dan memotong satu kumpulan pendaki lain dihadapan ku. Aku mula bergerak secara solo dan aku mula menanam cita-cita nak sampai ke puncak secara seorang diri. Tapi bila dah berseorang diri ni, perasaan mistik tu mula la menerawang di kepala dan yang paling susah nak ambik gambar di setiap CP. Menjadi orang pertama sampai ke setiap CP hari itu agak berlainan perasaannya.


 Episod 8: Batu Belumut

          Aku berhenti dua tiga minit jer kt CP3 dengan harapan Kucit mengejar aku dari belakang. Betul-betul bertanggungjawab beliau ni. Aku tak melengahkan masa. Berjalan santai sebab buku lali masih sakit. Kadang bila terpaksa memanjat kawasan yang lebih pacak terasa sakit mencucuk-cucuk kat bahagian lipatan.

         Nak ke CP4 lebih mudah sebab akan menurun seturun turunnya. Dan yang pasti bila menurun, pasti kena naik balik. Dan masalahnya bila nanti mesti kena hadap naik balik. Tiba di CP5 aku berhenti sejenak dekat kawasan Batu Belumut. Dari tadi trek asyik menaik jer. Mental kalau jalan sorang-sorang macam ni. Aku hanya bukak lagu perlahan saja soundnya. Tak berani la kat Ledang ni buat perangai. Yang pasti, jarak dari Batu Lumut nak ke Batu hampar atau lebih sedap dipanggil Padang Batu sudah dekat. Tak sabar aku nak bergambar kat situ nanti.


 Episod 9:

      Padang Batu Bergerak dari Batu Lumut ke Padang Batu buat aku makin penat. Trek menaik tak habis habis dari tadi. Cuaca pun dah mula panas sikit. Aku kena bergerak pantas sebab takut dipuncak nanti lagi panas. Jam dah pukul 10 pagi lebih. Langkah aku jadi semakin mengecil. Lega rasanya bila sampai kat kaki batu hampar atau kawasan berkenaan di panggil padang batu. Aku nk rehat kejap bila sampai atas tu nanti. Lepas mengambil nafas 2-3 hembusan sekejap, aku sambung kembali naik menggunakan tali yang disediakan. Tak seronok dan mencabar sangat pulak pakai tali, aku pilih untuk naik pakai kaki dan badan jer. 

         Memang trek batu agak licin tapi aku rasa sedap pulak bersusah,-susah seperti ini. Cara pendakian aku yang seperti ini menyebabkan aku terpaksa membongkok dan belakang aku pun pula mula terasa sakit. Tiba ditengah jalan, aku terdengar orang memanggil-manggil nama aku, memang dari tadi aku lihat ada orang sedang duduk diatas sana tapi aku hanya mampu mendongak sekali dua. Aku lebih banyak menunduk untuk melihat kaki aku takut tersalah pijak. Aku tidak risau sangat akan tergelincir kerana kasut Salomon yang aku pakai sememangnya dibuat khas untuk mencengkam lebih kuat tapaknya pada permukaan berbatu. Semakin lama semakin dekat dan terdapat enam orang kesemuanya mereka seolah-olah sedang menunggu kehadiran aku. 

          Terdiri daripada 2 perempuan dan 4 orang lelaki, mereka adalah daripada sebahagian kumpulan yang sedang bercamping di kawasan sebelah. Aku dimaklumkan tengahari nanti mereka akan turun pulang. Seorang daripada perempuan tersebut amat aku kenali, maaf jika aku lupa nama beliau tetapi beliau adalah orang yang bersama-sama aku menaiki Bukit Maras pada bulan November lalu bagi meraikan misi puncak ke seratus aku. Kali ini kami dapat berborak lebih lama dan aku membuat keputusan untuk berehat lama sedikit disini. Soalan demi soalan ditujukan dan satu persatu gambar sama secara berdua atau berkumpulan diambil bersama. Terasa macam artis pulak. 

        Aku meminta izin untuk menyambung pendakian yang sudah semakin dekat ke puncaknya.


  Episod 10: Puncak Ledang



          Aku meminta izin nk bergerak ke puncak. Selepas ini trek akan memacak hingga ke puncak Gunung Rundok. Lama kelamaan aku rasa pendakian aku makin perlahan. Tak tahu la nk ckp macam mana, aku rasa kaki dan badan tiba-tiba berat. Terasa begitu mengah sekali nak naik. 

       Tiba di puncak Gunung Rundok yang amat panas sekali, aku berhenti berteduh dibawah pokok sebentar. Beberapa minit aku kembali menyambung perjalanan. Puncak Ledang dah makin dekat ni, lepas ni trek menurun dan menaik balik untuk melalui batu hampar yang kedua. Batu hampar itu nanti lagi menegak berbanding dekat padang batu. Aku menggunakan tali yang disediakan untuk membantu pergerakkan menaik. Baru beberapa langkah dalam keadaan kedua tanganku tengah memegang tali menaik ke atas, tiba-tiba aku rasa badan aku tak dapt bergerak dan kaki aku seolah-olah terkunci dan diikat. Aku buntu sekejap. Aku pernah merasa sedemikian rupa sebelm ini masa ekspedisi Gunung Tok Nenek-Bubu-Yong Yap atau TNBYY dimana kaki terhenti seketika dan badan aku terasa berasa berat seolah ada orang diatas badan aku. Berpeluh-peluh aku rasakan.

         Setapak demi setapak aku menolak badan naik batu hampar. Walhal aku rasakan masih bertenaga dan stamina masih ada lagi. Dengan susah payah aku naik ke puncak. Setibanya di puncak, ahu berasa sangat lega. Penderitaan tamat seketika sahaja, terik panas matahari yang tegak berdiri atas kepala bagai membawa satu bencana pada diri aku. Tiada ruang untuk berlindung selain di bawah signboard dimana aku merehat dan menyandarkan diri. Aku adalah orang pertama yang tiba di puncak ketika itu. Selepas setengah jam kemudian, seorang demi seorang pendaki dari belah Sagil tiba dan diikuti dari Asahan selepas itu tiba selepas itu.


Bab 11: Pulang (Episod Akhir..dah) 


         Aku menunggu ketibaan line up yang lain. Yang paling aku nantikan mestilah Kucit. Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu, aku jadi bosan dekat puncak. Makin ramai pendaki tiba dan cuaca makin panas. Aku dah tak tahan dan turun lepak dekat simpang antara Sagil-Asahan. Disitu agak teduh dan sejuk keadaannya. Agak lama aku duduk disitu dan aku bercadang nak turun. Baru sampai dekat batu hampar, aku berpatah balik. 

        Aku lupa yang gambar dekat batu merah merangkap signboard gemilang Puncak Ledang aku belum ambik lagi. Tapi nak suruh siapa ambik. Bila melihat line up mula tiba seorang demi seorang, aku nak mintak jasa baik mereka tolong ambik gambar aku lah nanti. Aku rasa perlu untuk aku berpatah naik semula untuk mengambil gambar kenangan kerana aku mungkin takkan datang ke Ledang lagi lepas ini kerana taraf kenaikan harga yang amat melampau bagi aku tidak wajar sekali. 

          Banyak cerita-cerita rasa tidak puas hati aku dengar dari pendaki-pendaki, malahan suara-suara hati guide dimana banyak aku menghabiskan masa semasa turun pulang bersama mereka aku dengar dan tumpang simpati. Nasib mereka masih belum pasti dan sebagai suatu punca pendapatan sampingan pasti menjejaskan serba sedikit periuk nasi mereka (sekian laporan ringkas. Dah macam buat Karam Singh Walia dah buat laporan aduan rakyat). Setiba kembali dipuncak, aku cam seorang teman yang agak kenali. Alhamdulillah, sasaran menepati. Bolehlah beliau ambik gambar aku cantik-cantik nanti. Aku terus menegur Aniq yang duduk sendirian keseorangan (orang padu selalu lonely). Selepas lebih sejam aku bertegur sapa dan berbual aku serta memanggang kulit badan di puncak. Aniq naik dari Sagil dan sedang menunggu ketibaan line upnya yang lain. Kucit tiba di puncak pada pukul satu lebih kemudiannya dan beliau tidak duduk lepak di puncak bersama. 

        Aku agak bertuah, kata Kucit hari itu view terbukak luas, jarang sekali nak dapat permandangan lawa dan terbuka sesaujana mata memandang seperti itu. Lama kelamaan puncak makin kurang dengan orang. Dekat pukul dua petang, aku melangkah turun tapi setibanya sebelum batu hampar, aku duduk lepak kembali disitu bersama beberapa orang guide lain dan Kucit. Aku dimaklumkan oleh line up aku tadi untuk menjadi sweeper, pesanan yang diberikan oleh Lin Eagle Eyed. Aku pun tak bercadang nak laju-laju pun sebab takut kaki makin teruk injured. Selepas memastikan semua line up dah turun barulah kami bergerak semuanya dan berhenti kembali dekat Padang Batu. Kali ni rehat lebih lama. 

       Aku pergi melihat waterpoint terlebih dahulu dan minum beberapa teguk air di kawasan air yang sudah dibuat paip untuk memudahkan mereka yang bercamping atau singgap mengisi air. Afiq Amri seorang guide berkata bahawa kawasan tanah tersebut sebenarnya terbina daripada sampah sarap ditutupi kawasan oleh tanah sejak berpuluh tahun tenggelam bawahnya. Agak mustahil aku nak percaya kerana kawasan disitu sarat dengan batu-batuan dan kukuh padat tanahnya terasa bila dipijak. Aku kembali bergerak ke batu hampar untuk duduk bersama kucit dan guide yang lain. Sangat lama kami berhenti berehat di batu hampar di Padang Batu.

         Hampir sejam menikmati permandangan Selat Melaka dan gunung ganang serta tanah pamah disekelilingnya. Angin kuat yang menyamankan membuatkan aku malas nak balik dan ingin sahaja tidur disitu. Kami bergerak selepas merasakan line up terakhir sudah makin jauh. Aku dan Kucit kini bertugas menjadi sweeper secara tak rasmi. Dua orang line up iaitu dua orang kakak yang datang dari Melaka agak perlahan pergerakkan mereka. Sepanjang jalan, kami berbual dan mengajak mereka berbual untuk menghilangkan penat. Aku amat selesa dengan cara berkenaan. Sebenarnya macam-macam ilmu baru yang aku dapat daripada Kucit pada masa tu. Jadi memang tak rugi pun jalan selow-melow ni, kaki dengan lutut pun tak sakit. Bagi aku beliau bukan calang-calang orangnya. Tapi aku bangga dan kagum dengan sikap merendah diri yang beliau tonjolkan. Yang membuatkan aku kagum adalah bila ditanyakan pukul berapa kami akan sampai di bawah parking, beliau berkata pukul 5.30 petang. Masya Allah, anggaran beliau hampir tepat jika kami semua tidak berhenti lama dekat parit untuk membasuh kaki dan berehat. Tapi disitu aku berpeluang duduk bersama-sama para guide mendengar celoteh dan gurauan masing-masing. 

       Tiba di parking aku beransur ke Masjid yang terdekat untuk mandi dan solat sekaligus. Sebelum aku pulang ke rumah (Sunway), aku sekali lagi bertentang muka para guide yang aku kira lebih daripada 20 orang dari mereka duduk semeja bersama-sama disebuah kedai makan berdekatan dengan surau (...berhantu). Aku berasa sangat bangga kerana mereka semuanya mengenali aku dan tidak berasa kekok untuk bergaul mesra dengan mereka. Layanan baik yang diterima aku rasakan bagaikan salah seorang dari mereka dan sudah pun lama kenal. Terasa nak jadi Guide Ledang pulak lepas ni. 

         Daripada pemerhatian aku, rata-rata kesemuanya anak-anak muda yang berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an. Paling muda ada seorang remaja aku kira masih dibangku sekolah menengah turut sama mengikuti. Tidak lama kemudian, selepas menjamu selera aku meminta izin untuk pulang, esok pula dah kerja. Sempat aku memandang buat kali terakhir dekat Surau tersebut dan bercadang akan solat ditengah jalan sahaja nanti. Sekian.

  Tammat.

Ulasan

  1. member aku penah cite dulu camping kat Gunung Ledang, bende tu bergayut dan mengilai dari pokok ke pokok. memang scary gila.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Byk je cerite mistik... org kate kalau sesat jumpa banglo maknyer ko dah msuk kwsn die

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 14 Most Hardcore Mountain to do Dayhike or Compress (Personal View) in Malaysia

BUKIT LUBUK BATU (via Denai Hutan), Marang , TERENGGANU

BUKIT 300, TELUK BATIK, LUMUT, PERAK