Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

GADIS PURDAH: Trans TNBYY Reverse (alternate ending)

Imej
GADIS PURDAH           Sebelum aku beredar pergi, aku kena keluarkan headlamp siap-siap. Gantung kat leher bersama-sama wisel yang aku jumpa kat Kem Hari tadi (aku takda cerita pun pasal wisel ni). Wisel ni macam orang tinggal dan siap tergantung kat tali kat kemsite tu. Takkan nak biar macam tu, elok lagi, bunyi kuat dua marhalah boleh dengar. Boleh buat halau binatang buas ke. Kalau takut itu barang 'bertuan' lain, maka tak lojik nak oi. Mak cik bunian manalah nak pakai wisel ditengah hutan-hutan ni. Setiap barang yang dijumpai aku simpan dan jadikan kenangan. Bila aku tengok, aku akan ingat dan ada memori di sebalik cerita setiap perjalanan tempoh hari. Paling hebat aku pernah jumpa jam Suunto, tapi tak orilah. Cermin mata pun tiga empat pasang aku jumpa.         Hari masih cerah lagi, tapi aku bimbang nanti lalu dekat kawasan yang jenis terlindung cahaya, tak berapa nak nampak sangat tak atau denainya. Headlamp aku periksa sekali lagi sama ada cukup bateri dan masih bo

Trans Solo Gunung Jasar - Puncak Perdah-Gunung Ruil-Kg Orang Asli

Imej
TRANS TANAH RATA-SIMPANG PULAI SOLO YOLO (Gunung Jasar-Perdah-Ruil-Kg Orang Asli) 9 Julai 2019 1.0: KEMBARA YANG INDAH          Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan Maha Memberi Rezeki. Coretan kali ini adalah sebuah perjalanan yang sangat panjang untuk aku nukilkan sebenarnya tapi aku singkatkan untuk perkongsian bersama. Perjalanan mencari sebuah ketenangan.        "Journey to the West" aku panggil tajuk misi aku kali ini kerana aku berjalan-jalan (padahal naik kereta je pun) merentasi negeri-negeri yang terletak disebelah utara kecuali ke Perlis. Aku ambil masa di dalam seminggu (tak cukup) dengan hampir 70% perjalanan adalah tiada dalam perancangan langsung. Aku jenis tak suka terlalu merancang dan hanya ikut "the flow" dan segalanya berlaku "on the spot". Baru bermakna memori yang dicipta. Contohnya, aku naik Bukit Larut sehari pulang dari majlis perkahwinan kawan baik pada