TRANS GANDIK ENAM PUNCAK (Bunting-Tanggung-Gandik-Puncak 1327-Laut Tinggal-Changkah Perah)
Trans Gandik Enam Puncak
(Bunting-Tanggung-Gandik-Puncak 1327-Laut Tinggal-Changkah Perah)
1.10.2018
1.0 MUKADDIMAH
Asal kejadianya Murshid yg ajak aku buat TNBYY (Tok Nenek-Bubu-Yong Yap) tetapi sebab lambat beri pengesahan diri maknany aku dah kelewatan untuk membuat permit. Malas aku nak masuk redah, ambik risiko, lagipun dikala ketika musim2 hujan ni macam2 benda boleh jadi. Nak seberang 463 kali sungai-sungai dari menuju ke Tok Nenek kemudian lepas Kem Balak Pecah tu betul-betul mental dibuatnya. Lagipun dah 4 kali dah aku masuk, penat la main2 depek ni. 3 kali yang terakhir tu aku dilanda deman, kemudian injured kaki dan last sekali kena keracunan makanan (patutlah breathing out habis). Sebab trauma yang masih dihantui dan aku pun tak nak sia-sia cuti yg bermutu ni, justeru itu, aku terus ubah plan B iaitu misi menghabiskan Trans Gandik yang belum habis ke semua puncaknya aku tawan. Pada bulan Mac hari tu dah masuk dan dah nak khatam baik punya tetapi misi diseparuhkan sebab kami ada majlis kemasyarakat nak perlu dihadiri, Sesekali nak bergaul dgn masyarakat la pulak. Masih ada berbaki 3 puncak yang org masih tak tahu. Walhal Trans Gandik pun org masih tak tau kewujudan beliau dan kerabat mereka ini. Aku dah lama pendam hasrat nk repeat kembali. Cuma menanti masa dan waktu. Tarikh memang dipilih (asal nak msuk TNBYY ni) dan masuk hari isnin adalah bukan suatuhari yang janggal buat aku. Dah biasa masuk hutan bukan hari minggu, lebih istimewa takkan jumpa orang langsung. Aku dah cakap dengan Yogi "kalau kita berdua pun pergi, trip tetap jalan". Disebabkan itu adalah satu-satunya misi aku yang aku sifatkan terkandas, tahun ini mesti la aku nk pulun balik. Lagipun, sikit lagi nak capai misi 100 puncak ni, lagi aku teruja. Bukan apa, tak sabar nk gantung kasut dan bersara dah (mungkin). Trip ni aku anggap masih rare dan hanya satu group yang berjaya masuk dan bukak balik treknya. Aku pun nak jugak jadi antara insan insan bertuah dan istimewa. Kali ni lagi istimewa sebab aku ada bantuan alat bantuan penunjuk arah dan peta Garmin GPSMAP 64s rugged (tu kut nama sebenar beliau) membuat aku jadi bertambah yakin, walhal belum sekali dua pakai, tu pun aku bawak pi denai buat marking sesorang. Kalau nk log bagitaula.
2.0: GUNUNG BUNTING
Dipendekkan cerita, kami tiba awal di Ringlet dan tidur di sekitar kawasan masjid di pekan tersebut sementara menunggu nak subuh dan cerah. Aku mulanya nak tidur di dalam masjid tetapi bila ada tabligh mulai bukak lampu seawal jam 5 pagi, terus terbantut niat, tak guna bawak sleeping bag (lepas solat subuh, aku kena dakwah kejap walhal mamai giler, apa beliau syarahkan aku pun tak dengar, yg aku ingat dia cakap ada Musyabahat Kebangsaan kat penang bulan depan. Siap ajak aku yg jahil ni pula pergi). Kemudian kami bersarapan pagi dekat pekan tersebut. Aku hanya makan roti canai dan kopi o panas sekadar alas perut (aku pantang makan nasi lemak kerana menu tersebut bakal membuat aku pewai dengan teruk). Selepas sarapan, kami tiba di kawasan parking di suatu kawasan perumahan untuk memulakan pendakian. Agak bernasib baik, masih ada parking kosong. Kepala yang tadinya pening sudah berkurang pusingnya dek mengharungi perjalanan dari Tapah yang jalannya bersimpang siur macam ular. Nanti balik kami dah berkira-kira nak ikut Simpang Pulai. Boleh keguguran peranakan kalau ikut jalan tu balik nanti. Dahla banyak anjing-anjing liar. Tapi hairanya, semua anjing-anjing tersebut macam jenis Huskey yang berbulu tebal dan kembang (kan best dapat peluk time sejuk-sejuk camni). Cuaca agak cerah tetapi sejuk sekali. Kali kedua sampai, aku tidak lupa lagi jalan masuk dan sebaik memulakan perjalanan aku memberitahu Yogi dan Murshid bahawa kami akan melalui kawasan kebun sayur terlebih dahulu sebelum ke starting pointnya. Aku sudah memberi amaran bahawa perjalanan kami akan di sambut dengan laungan salakan anjing yang menjaga kebun dan apabila tiba di suatu pondok, terdapat seekor anjing hitam siap bertali di lehernya tetapi tidak diikat di tiang akan menyalak dengan muka penuh kebengisan tetapi akan berganjak lari ke tepi sekiranya kami melalui melepasinya. Rupa jer bengis, tapi penakut nak mampus. Tapi kami tak pandang enteng padanya, takut juga dia kejar, dahla gigi taring tu penuh dengan air liur yang menitis umpama titisan hujan. Kebun sayur sangat segar, aku dah bercita-cita nak bergambar masa balik nanti.
Kami perlu melalui batas-batas kebun untuk naik ke starting point yang tersorok dihujung kebun. Trek yang mula pacak akan membawa kami sampai ke sautu simpang Y iaitu ke kiri bakal membawa kami ke Gunung Tanggung dan lebih kurang 100 meter dihadapannya akan membawa kami ke puncak Gunung Bunting. Sepanjang trek dari simpang Y ke puncak, kesan sondol sejenis binatang yang aku simpulkan bahawa ada khinzir (nama saintifik: Sus scrofa domestica) membuatkan aku was-was nak lalu kawasan najis mughallazah ni. Tak sejuk kr dorang main korek-korek malam-malam ni. Nah, dah aku bilang pada mereka sebelumnya yang kami akan sampai ke gunung pertamanya kurang dari 10 minit. Memang benar, peluh pun tak sempat keluar, kami dah sampai puncak. Puncak Gunung Bunting yang berketinggian 1228 meter dari paras laut sangat senang sekali nak sampainya bagi aku. Memang beruntung sekali jika datang ke sini. Cuma tak ramai tau kewujudannya. Puncak yang hanya berada beberapa meter dari jalan raya membuatkan kami dapat mendengar bunyi enjin motokar bergerak. Dari puncak Bunting tu anda boleh turun darinya dan pergi menuju ke satu trek yang hanya, beberapa meternya darinya terdapat pondok didirikan. Kali ni aku tak bercadang nak pergi melawat sebab tak termasuk dalam prospek agung aku. Masa nak guna untuk cari trek lain nanti. Kami hanya bergambar ala kadar (bagi akula, posing biasa-biasa jer). Baru lima minit sampai, Yogi dah ajak aku berambus pergi, tak panas katanya. Aku dah bilang, Trans Gandik umumnya sangat mudah, cuma trek lepas dari Gunung Gandik jer akan menekan perasaan dan emosi masing-masing sehingga membuatkan episod drama bersiri aku ni jadi makin panjang. Kami kena patah balik ke simpang Y tadi. Banyak simpang Y kena lalu nanti, sebab tu kena ingat trek lagi. Tapi aku tak risau, Encik Garmin ada, rasa gentar tu kurang la sikit. Tapi konsep Garmin ni aku masih kurang fasih cara nak guna pakainya. Tak sempat tengok tutorial lagi. Aku just marking checkpoint dengan check jarak suatu peak ke suatu peak jer.
3.0: PENCAWANG TNB
Bergerak dari simpang Y, berpatah balik turun dari Gunung Bunting kembali turun seturun-turunya tetapi sekejap jer la. Kemudian naik balik sampai jumpa pencawang eletrik ni. Tak jumpa pencawang tak taula, anda mungkin takkan sampai ke Gunung Tanggung kut, sebab trek ni jer aku tau. Disebabkan awan nan biru laut, makanya aku tak melepaskan peluang bergambar acah-acah model kt sini. Harap tak kena renjatan eletrik la, takut jugak frekuensi yang tinggi di sekitar memberi kesan kat alam sekitarnya. Melalui jalan balak atau kebun mudah jer. Kesan khinzir pun ada lagi dibeberapa tempat. Tempat abang kawasan kan. Kami nak Gunung Tanggung pula yang dah tak berapa jauh dah.
4.0: GUNUNG TANGGUNG
Lepas gerak dari pencawang elektrik diyakini hak milik TNB Berhad, kami bertiga terus berjalan santai trek balak yang turun naik hingga sampai kat simpang naik ke simpang Y ke dua. Trek menaik jer, senang tapi sakit jugak betis rasa walaupun pendek pacak beliau. Sampai kt simpang kedua tu, ada pondok dan belok ke kanan untuk sampai ke puncak Gunung Tanggung, hanya beberapa puluh meter je, tak jauh. Sampai-sampai terus posing bergambar. Ak jadi fed-up sebab lighting tak lawa. Terus jadi malas terus gerak. Lepas kena pacat seekor dua, aku jadi geram. Dengan trek yang basah dan lembap, buat kaki aku jadi licin dan slow nk gerak. Aku membuat keputusan sewajarnya, pakaila stoking jejari aku untuk memudahkan pergerakkan aku. Baru sedap nak cengkam tanah. Jena patah pergi balik ke simpang Y tu dan kami kena turun ambik trek sebelah kanan pulak nak menuju ke Gunung Gandik sebagai puncak ke 3. Misi tak berakhir di puncak itu nanti, sebab kami nak cari lagi 3 puncak tambahan. Baru lengkap misi kali ini.
5.0: GUNUNG GANDIK
Perjalanan dari Gunung Tanggung nak ke Gunung Gandik agak jauh jarak dan pannjang masa diambil dari sebelumnya. Kawasan yang dilalui semakin meninggi dengan kiri kanannya ditumbuhi pokok resam lebat dan segar tumbuh ditepi denainya. Ni kalau takde orang masuk, mau kurang sebulan terus tutup jalannya nanti. Di beberapa tempat kami akan jumpa batu sempadan Pahang-Perak yang sudah terlalu lama dan usang dilitupi dengan lumut, hampir-hampir tak nampak tulisannya. Aku masih berada dihadapan mengdahului yang lain diikuti oleh Murshid dan Yogi dibarisan akhir sekali. Sepanjang jalan kami berborak-borak sesekali diselangi gelak ketawa untuk menghilangkan rasa bosan. Speaker aku yang rosak hanya aku bawa kosong tak berbunyi kerana bunyi lagunya akan pecah dan hanya menyakitkan telingan (dan hati) jika dimainkan. Agak semput jugak bile trek semakin menaik dan memacak sehingga kami sampai ke puncak Gunung Gandik. Terdapat sebuah batu sempadan yang sangat besar sehingga dapat diduduki dan keadaan puncaknya agak luas tetapi tertutup daripada pandangan sekeliling dengan pokok-pokok dan semak samun. Sebatang pokok sebesar lengan saiz batangnya tergantung kemas signboard & disitulah tempat kami bertiga bergilir-gilir mengambil gambar masing-masing. Kami rehat lebih lama dari sebelumnya dan aku memberi penerangan bahawa 3 puncak seterusnya bakal memberi cabaran yang tersendiri kerana kami perlu menggunakan khidmat Garmin dan pengalaman merintis trek yang ada (walaupun trek agak jelas dan sudah dirintis pada mulanya, tetapi kurang jelas dan kembali tertutup) bakal menguji mental dan juga fizikal. Aku tak berapa risau sangat sebab ekspedisi kali ni lebih santai dan aku pun tak mengejar masa. Yang aku nak adalah puncak-puncak baru, nak melengkapkan misi 2018 jer ni. Dah tak larat dah nak main trip compress-kompres ni. Tapi kelengkapan aku untuk trip kali ni antara paling lengkap dan sempurna barang-barang yang aku bawak yakni kebiasaanya walaupun aku ada checklist sendiri, pasti akan tertinggal jua satu atau dua barang sekurang2nya. Tak tahu la, selalu jadi benda2 macam ni, tak tahu lagi mcm mana nak atasi. Ada cadangan tak?.
6.0: PAIP & PUNCAK 1327
Lepas 20 minit rehat kt puncak Gandik, kami sambung perjalanan ke 3 lagi puncak yg tk pasti dimana. Aku tau jauh dan trek sangat samar2. Tapi kali ni trek agak jelas, tak macam dulu siap kena merangkak lagi dengan duri & banyaknya pokok tumbang. Aku dah prepare pakai sarung lengan, kali ni tak bagi can kat duri nak ragut kulit aku walaupun byk kali jugak sangkut kt baju & seluar. Trek lalu permatang jer; senang & mudah. Nampak kebun sebelah kiri, akan lau tangki air dengan paip dan sampai kat suatu kemsite. Tak tahu ada org camping tak kat situ, tapi kawasan luas. Kat situ dah kena berhati-hati, sebab byk simpang. Nasib aku ingat lagi trek, so aku target adalah nak keluar ke simpang paip air. Jauh jugak berjalan, setengah kemudian baru sampai ke kawasan tersebut. Bunyi air rupanya bunyi sebuah tangki besar yang rupanya dah siap. Masa pergi dulu, tengah buat. Aku dgn yakinnya mengambil simpang terus ke hadapan, sebelah kiri dari Gandik akn keluar ke kebun dimana trip dulu kami turun kat situ sbb nk cut off. Last2 kena menapak jauh masuk kebun dgn kilang, lepas tu tahan lori sayur suruh hanta sampai pekan Ringlet. Kemudian LSD sampai parking. Time tu aku injured teruk kaki sampai tak bleh nk angkat sebelah. Belah kanan, suspicoius, semacam jer. Memang ada trek sehingga aku jumpa Puncak 1327 tu, memang puncak tu tak bertanda apa2 tapi Garmin menyatakan ianya suatu puncak & aku amat yakin akan kesahihannya. Lepas turun dari puncak, kami terus mara ke dapan dan marking plak tiba2 hilang terus. Trek pun hilang & samar2. Aku mulai rasa tak sedap hati & celaru. Kami berpusing mencari trek sehinggalah turun melalui suatu cerun dihalangi oleh balak. Kami berehat & membuat keputusan untuk berpatah balik. Kami buntu dan hampir 2 jam lebih mencari kembali trek masih tak ketemuan. Jam menghampiri pukul 1 tghari. Tiba2, aku mendapat idea membuka kembali mesej seorang teman yg memberi panduan arah yg aku sebelum ini tak perasan diberinya. Dengan teliti aku membaca dan kami bersetuju untuk berpatah balik ke kawasan paip tadi kerana temanku memgatakan yg kami hanya perlu mengikut paip sampai ke sebatang sungai.
7.0: SUNGAI SENGGAM
Tiba kembali kat tangki air kami take five balik. Aku mati2 nak teruskan perjalanan, kali ni nk menurun ikut paip. Aku tau dorg 50-50 nak ikut aku, tapi aku tetap teruskn sbb arahan mesej tersebut suruh 'ikut paip' dan kawan aku tu ckp dia siap boleh sliding naik paip trn smpai sungai. Aku mula2 was-was, sbb paip banyak sgt & berselirat. Part mana dia sliding pn aku tak pasti. Bila jumpa rumah tangki air, makin was was aku jadinya. Tapi aku tetap nk teruskan walaupun trek tu menurun smpai ke bawah. Ni kalau nk patah balik azab jawabnya nanti. Murshid tak dpt teruskn perjalanan & suruh tunggu kt paip jer, tinggalah aku dengan Yogi sahaja. Aku dh pesan kat Yogi, ni program ala-ala rintis, sesat & tak jumpa trek tu makanannya la. Aku boleh la hadam sket2, sebelum ni lagi teruk kena. Cuma aku berpesan jangan jadi panik. Kami turun & turun lagi, sampai jumpalah kawasan paip yg boleh di'sliding' tu. Baru aku lega sikit & kami turun lagi sampai rumah air yang kedua, lagi besar & siap ada khemah macam ada org berjaga kat situ. Apa yang membuatkan aku keliru & bercelaru adalah pesanan "lintas & ambik ke kanan sungai' & akan jumpa trek menaik tu aku tak faham. Masa nk ke rumah air tu ada satu anak sungai & akan bawa ke sungai besar iaitu namanya Sungai Senggam. Aku tak tahu nk langkah sungai belah mana satu, mula-mula aku ke kanan, sampai jumpa lagi satu tangki tapi tak jumpa pun trek. Kecewa kejap pastu aku naik ke atas balik tuk ke hulu sungai. Lagi buat aku kecewa, tak jumpa jugak. Aku terus ligat berpikir smpai takde masa nk tengok pon Yogi buat tgh buat apa, aku tak nk hilang fokus. Tengah stress ni tk jumpa trek lagi. Si Garmin ni tunjuk ada peak kat atas tapi ikut logik dia wajib kena naik tebing yg pacak gila pulak. Mula-mula aku cuak & panik tapi aku anggap ni cabaran. Aku kena bersabar & berfikir waras. Aku guna lojik & baca mesej tersebut betul2 semula. Aku kembali ke hilir atau kanan sungai. Dgn melangkah penuh perlahan & berhati2 melalui ikut arus sungai, dengan teliti aku memeriksa setiap tepi tebingku dari sebelah kiri untuk melihat tanda2 trek telah diterokai walaupun sekecil-kecil kuman amat membantu perjalanan ini. Hampir nk ke hujung sungai dimana jika aku terus melalui aku hanya akan sampai ke air terjun yg menurun sahaja, mustahil nk ikut air terjun tu. Tetapi beberapa meter seblm smpai ke situ, aku ternmpk bekas pokok kesan menebas & nmpk kesan laluan org pada tanah disitu. Punyalah aku gembira tak terkata, terus aku melaung memanggil Yogi dari kejauhan yg hanya menunggu di kawasan tangki air. Tak tergambar perasaan aku time tu, hakikatnya bukan belum jumpa puncak lgipn. Tapi, Aku yakin, puncak Gunung Changkat Perah hanya beberapa meter diatas lagi tuk sampai. Alhamdulillah.
8.0: PUNCAK CHANGKAT PERAH
Nak tunggu si Yogi dtg kat aku tu makan masa jugakla dgn beliau konon tk nk sandal masuk air. Aku dari tadi dah sauk kaki masuk air, sejuk giler air Sungai Senggam ni. Eventually, dia kena jgk raduk air sungai. Tanpa membuang masa, kami kembali bersatu bersama2 naik dri tebing dan mendaki ke atas. Sgt curam dan mula2-mula ada la trek, pastu terus hilang. Dia buat lagi. Kiri kanan kiri kanan kami cari marking sampai nak give up. Kami buat keputusan naik jela ke atas, buat trek sendiri hinggalah kami jumpa trek balik. Rupa-rupanya trek menjauh muncul dari mana mana ntah, punya dorg bukak trek x nk lalu area pacak ni. Lepas 10 minit berhempas pulas, kami sampai kat satu kawasan pokok banyak cabang-cabang. Kami tak herhenti disitu dan bergerak ke depan sikit, kawasan disitu lebih lapang dan terbuka. Kesan menebas yg agak baru masih lagi kelihatan. Sampai disitu, terus aku cakap kat Yogi disitulah puncak Changkat Perah sbb aku perasan sebatang pokok di tengah2 peak sbb pernah tgh suatu gambar seorang kwn yg pernah sampai dan puncaknya memang takde signboard tapi Garmin aku dah setuju beri kata putus. Punyalah gembira aku rasa, puncak ke 94 dengan rasminya aku tawan kini. Aku mula mengeluarkan kertas kosong yg memang aku akan bawak kemane2, tapi aku punya Sharpie pulak hilang jatuh kat mane ntah, tak dpt nk memcoreng kt kertas tu. Bergambarlah dengan kertas kosong, acah2 tula signboard. Tgh nak bergmbar, hujan pulak turun. Rintik-rintik jadi lebat pulak. Terus kami berkemas cepat-cepat, masukkan barang2 kering dan elektronik masuk dlm plastik. Gambar ambik jadi kelam kabut terus. Kami pun tak nak lama2 jugak, sebab nak ke Gunung Laut Tinggal pula yg kononnya kami rasa mcm dekat (memang patut nama die kena tinggal). Rugi sapa tak ikut, sebab dari tangki air yg pertama tu nk ke puncak ni, kejap jer, tak sampai setengah jam pun kalau tak sesat. Rasa puas sebab lepas kau dah sesat dekat 2 jam, kena duri bagai, pastu usaha tu berjaya pulak dan jadi kenyataan dengan dpt jumpa puncak yg dah lama aku idamkan. Tapi yg tak seronoknya sebab puncak tu tak rupa mcm puncak, sbb tkde signboard.
9.0: PUNCAK LAUT TINGGAL
Yang tak syok lepas nk redah satu lagi puncak yang terakhir, dengan keadaan hujan kejap renyai kejap lebat. Aku memang jenis x bawak poncho atau plastik sampah dah skang hiking kalau tmpt tu x jauh. Compress pun mls. Lagi sonok basah dalam hujan (jgn ikut cara aku kalau tak nk kena hypothermia atau AMS). Rasa macam dekat (Garmin katalah), tapi tu dlm direction yang lurus. Tak tau lagi trek yg nk kena redah lagu mane pasni. Lepas berkemas, kami tak nak lengah2 lagi. Ikut je trek denai yang sudah ditebas cantik. Strategi kami sekarang tak nak lost trek lagi dan akan berjalan perlahan2 walau kdg2 bile ada part landai & menurun x leh kawal diri nk laju2 sambil mata giat dlm usaha cari marking yg hanyalah merupakan suatu tanda takik di pokok2. Risiko masuk trek binatang khususnya Khinzir amat tinggi, sebab banyak kawasan permainan mereka berluasa. Antaranya, semasa menurun kami kt suatu kawasan lembah dan disitu ada sebuah lopak air kawasan kolam berendam terlarang tujuh puteri khinzir (agaknya). Kalau terjatuh dlm tu, mungkin 7 keturunan kami terkena sumpah mereka. Haru wei nk samak. 50-50 jer Sah, sebab air selut tu dah kira sah dah syarat pertama. Trek mula mula banyak menurun, lepas tu sampai ke kawasan jalan balak lama (aku yakin). Aku musykil jgk , tu jalan balak atau hanya lereng bukit, tapi trek tersebut masih & agak rata, cuma dah bersemak & byk tanah dan balak runtuh. Bila tiap kali kau rase dah sampai puncak, tu hanyalah sebiji angan-angan palsu, 3, 4 kali gak kena tipu bila sedap trek tu menaik, kena turun balik. Mentalnya rasa macam puncak Laut Tinggal ni tak wujud langsung. Dorg ni saje letak nama puncak tersebut kt mane. Jam baru pukul nk pukul 4 petang tapi suasana yg gelap kini rasa mcm pukul 6 dah. Aku dengan Yogi memang non stop bersembang, manalah ni puncak tak jumpa2. Kejap turun, kejap naik, akhirnya sampai kt suatu kawasan lapang dan luas, kesan tebasan yg agak rakus sedikit tinggalnya. Aku yakin tu puncak dan aku suruh Yogi lihat kat sebatang pokok tu ada tanda segitiga atau marking apa-apa tak. Yes, betul tanggapan aku, maka situlah puncak Laut Tinggal, sbb ada marking segitiga ala2 simbol illuminati. Tgk Freemanson pn dh sampai kt Laut Tinggal, korg bila lagi. Punya sukalah kami bila sampai kat situ. Lengkap jugak misi ak dan dpt jugak balas dendam. Ritu gagal, tak sia-sia aku buat kajian dan penyelidikan maha lama.
10: BALIK LAH
Duduk kat puncak Laut Tinggal tak seseronok mane pun. Takda tmpt nk duduk, aku bersilq atas tanah jer. Mula-mula risau jgk takut ada pacat ke ntah. Tapi amat menakjubkan sbb memang tkda pacat sekor pun yg berpesta kali ni. Kalau ikutkan pengalaman aku, tmpt bermain babi ni mesti berlegar2 pacat ceria berkeliaran Aku kena pun seekor jer, tu pun dh lari ke mana beliau ni jatuh sbb darah aku pn dh stop membeku. Mungkin dekat sungai tadi kut asal spesies terancam itu berhabitat asal. Bila puncak takda view atau landmark & berbekalkan hanya sebatang pokok, takda idea nk posing lagu mane. Ak dgn Yogi rehat lama sket kt situ dgn menghabiskan kudapan beserta air minuman kemenangan. Dekat setengah jam rehat, baru kami kemas2 bungkus balik barang. Puas weh perasaan dengan sesat 2 jam tadi pastu jmpa lak puncak2 idaman aku kira. Ni puncak masih rare lagi kat Malaysia ni. Balik bukan main laju je sebab trek menurun byk, cuma nak naik balik ke puncak Changkat Perah jer kena kerah tenaga lebih sket dan sampai situ balik kami rest (dan bergambar) lagi. Rasanya Murshid dh lame kut sampai kat parking tunggu kami, rasa dh terupdate 3-4 ig dia tu. Sepanjang trek kami membawang, memang Yogi ni kawan bawang aku pun selama ini. Bila jarang jumpa banyak benda nk sembang. Lain sembang kat tepon dgn mesej tak sama perasaan bila dpt bertentang 4 mata setentang. Emosi dan cerita tak sampai. Aummm. Tanpa berlengah lagi kami cepat-cepat turun ke bawah Sungai Senggam. Tak sabar nk rendam dan basuh kaki yang dh teruk berselut dlm airnya yg sgt sejuk. Sampai kt sungai tu aku acah2 posing ala2 majalah mangga lagi, cuma tak bukak baju jela. Tak tahan sejuk air dia tu sampai beku jari-jemari. Sampai kat tangki air tu kena berusaha giat Maha Suci Allah dan mengucaplah kami Tiada Tuhan Selain Allah sebab nak naik ke atas balik punyalah trek dia nk hadap dlm 700 meter jer tapi kes kena naik pacak beliau sgt amatlah very the panjang dan negok. Sampai tangki ke-2 tu ak tak larat dah, give up kejap dan terpaksa take 5 jugak. Tak perform weh kali ni. Pakai sandal mana nak perform. Aku dri tadi memang x putus asa nk berborak terus buat situasi aku kini makin mengah dan melah tapi ak tetap berusaha gigihnya nk sembang sbb aku x nk matlamat berasa boring on trek nanti. Yogi hanya membalas "huh", "hah" jer bila aku tanya dan tanda setuju. Paham2 la. Trek menaik ni, aku tak tau nak gambarkn mcm mana, tapi dlm kepala aku duk samakan mcm trek menaik trek nuang dri pondok ke-2 tu sampai pondok ke-3. Camtulah bentuk muka bumi dan pacak dia. Patah kejap pinggang layan trek dia. Sampai kat simpang empat yg ada tangki tu, terlantar Murshid tgh tido tunggu kami kat situ (punca dia duduk kat situ aku tak pastu, tapi sumber x berapa sahih aku katanya x sedap hati dan rasa2 mistik menghantuinya). Kami rehat kejap sbb tadi dh nk tercabut pinggang rasa dan nak lah kasi pernafasan slow balik. Pasni balik aku target pkl 6 dh sampai kat bawah. So, ada dlm sejam tambah tolak je nk sampai bawah. Aku yg duk depan rasa tk perlulah prospek nk jln2 santai, aku berlari anak2 trn dgn harapan org belakang sama2 trn mcm gaya aku. Cuaca makin gelap. Bila nak sampai ke Gunung Gandik dan menuju ke Gunung Tanggung, kabus tebal meliputi ruang hutan. Aku sengaja x bawak headlamp sbb yakin akan keluar siang hari, mula rasa risau dahla phone aku bateri tinggal beberapa peratus je, tu pn ak dh off sbb nk jimat bateri. Powerbank aku rosak masuk air kat Stong ritu , sampai sekarang tak berganti. Nak tak nak kena cpt smpai kat keta, sbb bleh charge dlm keta je nanti. Bila smpai balik kat kebun baru cuaca kembali cerah dan aku kembali rasa lega sbb berjaya keluar dengan jayanya tapi belum selamat lagi sebab nak kena lalu anjing (refer episod 2 pasal anjing tu). Kali ni dia tak menyalak pun dan dh lepas baru rasa betul2 selamat. Kami sampai parking dekat pukul 6 petang lebih. Kami terus gerak balik dan tak singgah kemana tempt di Pekan Ringlet. Hanya bercadang mandi dekat RnR mana nanti sbb aku pn tk sanggup nk lalu jalan Ringlet-Tapah ni time gelap. Hai, masa turun elok je aku drive takde rasa pening. Yang penting kami selamat pergi, balik dan sampai rumah masing2 dengan jayanya. Nak repeat, jgn harap la aku nk bawak korang.
Tammat

Ulasan
Catat Ulasan