GUNUNG BINTANG Single DAYHIKE via Sedim
GUNUNG BINTANG Single DAYHIKE
20.08.2018
Aku kerja shift pada pagi Ahad tu. Keluar jam 6.30 pg mcm biasa dari rumah dan 1km jugak nk jalan ke hospital. Dalam perjalanan, aku berfikir nk buat apa cuti esok, kemudian lusa kerja petang. Maknanya aku ad 48jam masa free. Makanya, aku pn tercheck roster Yogi (aku ada setahun roster die). Wow, ngam; aku cuti, dia pun cuti. Terus ak pm tepi, tanya apa khabar dan aku bilang aku nk g Baling rini dan esok sila bawa aku naik Gunung Bintang single. Die on, aku on. Terus ak tak sabar2 nk habiskan waktu kerja pukul dua petang nanti, balik rumah ambik kereta, packing barang (bukan packing pun, aku kaut jer sumbat dalam beg tu), isi minyak, top up TNG dan lantas gohek gostan berangkat. Last pergi Baling bulan puase aritu, bukak puasa kt Gunung Pulai.
20.08.2018
Klik bawah untuk cerita: 15 Cerita Paling Termistik Sepanjang Cikgu Mencompress Gunung
BAB 1: TRIP TAK DIRANCANG
Aku kerja shift pada pagi Ahad tu. Keluar jam 6.30 pg mcm biasa dari rumah dan 1km jugak nk jalan ke hospital. Dalam perjalanan, aku berfikir nk buat apa cuti esok, kemudian lusa kerja petang. Maknanya aku ad 48jam masa free. Makanya, aku pn tercheck roster Yogi (aku ada setahun roster die). Wow, ngam; aku cuti, dia pun cuti. Terus ak pm tepi, tanya apa khabar dan aku bilang aku nk g Baling rini dan esok sila bawa aku naik Gunung Bintang single. Die on, aku on. Terus ak tak sabar2 nk habiskan waktu kerja pukul dua petang nanti, balik rumah ambik kereta, packing barang (bukan packing pun, aku kaut jer sumbat dalam beg tu), isi minyak, top up TNG dan lantas gohek gostan berangkat. Last pergi Baling bulan puase aritu, bukak puasa kt Gunung Pulai.
Aku memang sayang daerah Baling ni, cantik tempat dia. Jauh memang jauh tapi aku suka. Pergi balik macam aku nak balik kg aku je jarak dia (Terengganu). Dalam masa 10 bulan ni, dah 5 kali aku smapai kg Yogi aka Baling. Dah mcm 2nd house aku rumah dia. Sekarang aku x perlu nak pakai dh GPS nk pergi. Aku dah hafal jalan2 die. Kali ni aku bawak laju sikit; 120-140km/hr (kelajuan biasa), sebab aku tak nak lalu time malam kt area jalan Grik-Pengkalan Hulu-Baling. Main corner kt road dia bukan suatu perasaan yang mengembirakan. Dissbkn post trauma pernah accident masa nak balik kg kt Km 44.3 Lebuhraya Karak disebabkan tayar pecah masih terkesan. Setiap kali aku lalu selekoh, terus badan dgn tangan gigil, stereng aku pegang sekemasnya. Peluh berejak la org Teganu kata.
Aku bertolak pukul 3 petang dan hanya berhenti isi minyak di Petronas Simpang Pulai sebelum menyambung kembali ke Kg Sera, Baling. Perjalanan berjalan lancar, cuma kereta banyak maklumala orang dah mula nk balik raya haji. Aku jer tak balik kg raya haji, sebab aku hanya akan balik minggu depan sahaja, seminggu dapat cuti. Aku ad program nk tambah koleksi gunung-gunung baru (ada misi nk setelkan #100puncak lagi). Expection untuk Gunung Bintang; aku tak nak fikir apa2, aku hanya nak sampai puncak dan jadikam ni puncak ke 90 aku lepas ni. Aku sikit pun tak study pasal trek dan gunung ni. Biar Yogi jer jadi perantaraan aku. On trek nanti aku tanya la banyak2.
Dengan ketinggian 1862 meter dari paras laut (mdpl), Gunung Bintang menjadi gunung tertinggi di Kedah dan menjadi Gunung atau Bukit ke 6 aku di belah Kedah ni selepas Gunung Baling, Gunung Pulai, Gunung Kemerlong, Gunung Keriang, Bukit Kokdiang atau Mokcun.
Bab 2: PINTU RIMBA
Bangun seawal jam 4 pagi, bersiap-siap, mandi dan packing barang cepat2. Kami keluar pada pkl 5 pgi dan sampai ke kwsn Sungai Sedim pada pkul 7 pgi. Perut aku start memulas. Morning duty dh dtg ni & terpaksa tunai kewajipan di tepi sungai sbb toilet dan surau pulak berkunci. Seusai menunaikan kewajipan, kami pun berkereta masuk ke jln starting point yg tersgt kecil jlnnya.

Walaupun berturap dgn jalan tar, namun disbbkn x rmai yg lalu lalang jalan dipenuhi daun dan ranting kering. Ditumbuhi dengan semak dn belukar dikiri kanan jalan. Bunyi seretan halus pokok2 mengena ditepi kereta amat memeritkan dan mengilukan telinga jika tak tahan dengar. Berserah jer apa nk jadi kat kereta demi puncak baru ini. Tiba di parking suatu kwsan lapang yg agak luas, parking kereta kemudiannya terus bersiap2 memasukkn ration yg bru di beli tadi termasuk roti canai (aku jrg mkn nasik tuk lunch pax) dgn sebotol air kopi yg dibuat dri rumah Yogi lagi tdi masih panas terasa. X nk buang masa sbb kononnya nk naik petang nanti Mok Cun tgk sunset.
Kali ni nak aku perform, aku pakai kasut bangsawan aku tu. Tpi niat x nk buat timing pn, santai2 jer sudah. Tpi tk nk la timing ke laut terus. Perjalanan bermula pukul 7.30 pagi tepat. Bukan mudah rupanya sbb kena lalu jalan yang bersimen sejauh 2 km terlebih dahulu. Total ada 7x cerun menaik kena lalu dan yg 2 bukit yg pertama sgtlah pacak dan terus betis rasa sakit. Perut aku kembali memulas2 semula. Belum habis lagi najis2 aku keluar rupanya. Aku terpaksa mintak izin dgn Yogi sbb tak tahan sudah. Aku terpaksa memerut ditepi jln, didalam semak iaitu didalam belukar. Beristinjak sebersihnya. Rasa lega & puas tuhan saja tau.
Baru ringan rasa badan tpi penat kena mencangkung lama. Treknya mcm nk naik ke jalan balak Gunung Nuang & dengan itu aku fikir mcm mana nk hadap trek ni bila balik nanti. Masa lalu jalan tu kami terserempak dengan burung merak betina sbb takda bulu pelepah yg cantik mcm Cik Siti Wan kembang (tu jantan). Terasa rare giler gunung ni. Setakat jumpa ular tu aku dah biase jmpe kt belakang rumah aku pun slalu jer tgk. Timing out sket dan tiba di pintu rimba setengah jam kemudiannya.
BAB TIGA: BUKIT TONGGEK
BAB TIGA: BUKIT TONGGEK
Mula-mula berjalan masuk dr pintu rimba trek ingat senang jer. Berjalan tepi2 lereng dan denai dgn gaya santai jer. Lepas beberapa lama, kena lalu kawasan resam yang tak bertebas. Macam takde org lalu langsung. Siap kena merangkak pon ada. Nasibla aku tk berapa nak tinggi ni, mudah pula proses tersebut. Si Yogi, bertabahlah hoi. Aku bersyukur sgt time tu. Byk kali jgk tersangkut ranting2 pokok dekat beg, seluar mahupun baju.
Trek byk simpang, tak ada marking dan bersemak habis. Aku jadi trs mls dan takde mood. Lepas 15 minit jln, sampai dekat sungai, kena melintas pula, main lompat2 atas batu dgn meniti atas kayu balak yg tumbang. Yang tu 1st waterpoint. Pastu jalan lagi sampai jumpa batang balak besar sekali lagi. Kat situ berhenti check kasut untuk buang pacat. Seronok dorg layaknya berpesta kat kaki aku. Lepas lintas sungai kami menyambung kembali perjalanan. Bila muncul marking jalan menunjukkn kami dh trekking dekat 2.3km baru sedar agak jauh dah berjalan. Trek menaik jer.
Trek sebenarnya ikut laluan jalan balak lama, tapi disebbkn balak jatuh, pokok tumbang, tanah runtuh, laluan tertutup atau laluan air menjadi trek tersebut jadi tk lurus atau bengkak bengkok, byk laluan baru kena lalu dan yf pasti tak bahagia lgsg. Bila smpai ke Bukit Tonggek tu aku dh gelak dh name mcm xde name lain nk bagi. Tapi betul tonggek jgk la naik sbb kecerunnan dia. Sedar tak sedar, 4.4km dah nk smpai kat situ. Check tepon, ada la line internet, tu pun paras E je, trs aku tutup data dan on flight mode. Nk jimat bateri, nk guna ambik gamba jer nanti.
Tak lama kt bukit tu, kejap jer rest sbb nk g kat Air Terjun lak. Kisah mistik bru nk bermula. Nk dijadikan cerita, bila smpai satu kawasan lapang, mcm padang ragut la aku panggil sbb byk lalang dgn rmpt. Kat situ aku bau wangi wangian. Terus ak bukak mulut ckp "eh wanginya". Yogi pn tegur ckp biasala tmpt die dn jgn tegur lgi. Aku ni tk boleh, pantang pelik2 nmpk ke rasa ke bau ke, mulut nk sebut jgk. Tak puas rasa hati, bukan ada emas pun dlm mulut. Tpi aku ckp kt Yogi, alah bau ni bau pokok2 kat situ yg memang wangi. Kempis hidung aku duk cari mana la punca bau tu datang. Aku pun bkn berani sgt dan aku pn bkn penakut sgt. Masuk berdua lgi selamat dari masuk seorang. Tpi sbb berduala aku jadi berani.
On trek byk jmpa tahik besar. Mustahil tahik babi atau lembu. Menurut Yogi, tu tahik Tapir dgn kesan tapak kaki pon byk tapi bkn jenis sondol mcm babi. Ada jumpa ayam hutan seekor. Biasa jer aku rasa. Aku kempunan nk jmpa kambing hutan je. Tu baru rare.
BAB EMPAT: AIR TERJUN
Pantang berhenti, terus hinggap pacat2 sekalian kaum tanpa bangsa. Bukan yg biase2, yg jenis hijau & halus mereka2 ni, sekali gigit 3 bulan bakal gatal parut die nanti. Abis kasut aku sapu minyak Yoko-Yoko dan letak Perskindol spray, tapi mereka tetap dtg berpusu pusu. Tak takut langsung, naik rimas jadi aku. Yang buat aku puas tu bila ada yg kena dgn minyak Yoko2 tu trs mati kekerasan. Memang tk sempat mengucap masing-masing, aku rasa sakaratul maut pun x smpt nak merasa. Tula orang ckp; nikmat sekejap jer rasa sedapnya, tapi tak berpanjangan. Padan muka. Aku pulak jenis yg kurang keperibinatangan.

Sampai kt air terjun terus bukak kasut; buang pacat jer keje aku. Bukan buang tapi aku bunuh terus, tiada belas kasihan, budi bicara, pembelaan diri mahupun soal siasat. Time tu la aku rase nk asah killer instinct yg semakin menjadi-jadi. Asal2 nak buat timing bawah 10 jam, tapi aku rasa timing tk menjadi. Berhenti makan brekafast sbb tdi x smpt breakfast nk mkn (lunch nanti kt Kem Bunian) dan photoshoot lama giler. Sejam abis masa kt air terjun, demi sesuap gambar katakan. Style aku jenis dh dtg jauh2, ambik la gmba byk2, simpan stock tuk blog nanti dan ig biar 3 bulan duk post. Macam2 gaya aku modelkan; melompat, belari, cangkung, poyo dll.
Ada pondok besar sblm sampai kat air terjun tu tapi dah ditinggalkan lama dan tak mcm digunakan dah. Byk kerosakan domestik dn bencana alam terjadi kat situ. Mungkin peristiwa kepala air selalu terjadi menyebabkan lantai berlubang. Apa yg menakjubkan, ada sebatang balak besar bawah lantai tersebut dan menjadi laluan air melalui balak di bawah tanah tersebut.
Air terjun memamg sgt lawa dan tinggi. Aku bayangkan kegunaan pondok tersebut sebagai suatu kawasan rekreasi popular dan air terjun tu menjadi tumpuan ramai zaman dahulu kala. Kalau tak mungkin ada pondok sebesar 10×10 meter lebih kurang saiznya & bumbung pun tinggi tapi dah byk berlubang dan tiris kalau hujan (masa balik hujan lebat & kami berteduh agak lama). Sejam jugak lepak kat air terjun tu dan aku hampir nk lipak puncak. Syok layan view kt situ, langsung buat aku lupa pasal puncak.
BAB LIMA: BUKIT REDBULL
Dekat pukul 10 pagi, selepas hampir sejam rehat kat air terjun lawa tadi, kami dgn malasnya menyambung kembali perjalanan. Bila bdn nk sleep mode jadi jadi lmbt pulak nak panas. Aku masih dlm percaya tak percaya sedang menuju ke Gunung Bintang ni, sbb smalam bru buat plan mengejut, hari ni dh nk sampai puncak dah. Tak sabar aku nk tawan puncak baru lagi nanti. Trek pun menaik jer ni. Tkde diskaun langsung. Aku dhla x berapa nk perform ni, dekat 10 meter jarak aku dgn Yogi yg memang dri awal hnya tau duk depan jer. Dah mental pun set nk santai2 jer, aku pun santai2 jela jalan. Malas nk push nanti cepat cramp.

Aku pun tak tau nk expect apa dari Gunung Bintang ni, takde idea langsung, tak kaji trek. Tapi tak sangka nak sampai ke Bukit Redbull ni aku rasa dah nk separuh mati dh. Jauh betul nk smpai puncak. Tiba kt Bukit Redbull, Yogi ajak pindah naik atas sket sebab ada bangkai binatang mati, busuk jugak baunya. Aku dlm putus terpaksa rasanya, gagahkan diri jugak, baru smpai kena tmbh mileage lagi, baru nk rest skejap kena naik lagi. So gambar kt Bukit Redbull tu aku tak sempat nk ambik, aku pun bukan main mengah lagi bernafas bagai, kena sgt la dgn name bukit kt situ dgn seladang.
Masa on the go nak ke Bukit Redbull tu, kami dilanda kerimasan yg tersangat. Sebab seluar dan tight kena cangkuk dgn sejenis pokok aku tak tau nama, tapi kalau ada nama pun aku mati hidup semula pun tak nak sebut. Apa yg buat kami naik rimas, mereka melekat dan buat kami kegatalan yg teramat. Jalan 10 langkah, stop skejap berhenti buang benda alah tu, buat trekking kami makin slow. Skejap2 aku lipat tight pastu cabut, hingga kena baju jugak. Trauma betul rasanya. Sambil jln, tangan duk meraba seluar2 duk cabut rumput cangkuk tu. Bukan sikit, dah mcm menuai padi di bendang.
Singboard bertanda jarak perjalanan makin bertambah, baru 8-9km berjalan Masih berbaki 6-7 km lagi nak sampai. Menurut Yogi lepas ni akan jumpa batang balak besar, cantik katenyer (aku tgk tak cantik pun, gmbar pun tak mau ambik) dan lepas tu ke Kem Bunian. Teruja aku nk tau mcm mana rupa Kem Bunian ni, nama diberi sesuatu sgt.
BAB ENAM: KEM BUNIAN
Lalu kawasan balak yg dikatakan cantik tu (tak bagi aku) sekadar lalu jela. Trek yang semakin menaik dan menaik tkde diskaun buat aku makin perlahan. Bila nk smpai ni. Yogi ckp lepas balak tu, jumpa tempat lapang sket baru sampai kt Kem Bunian. Perut dh lapar. Kaki x larat dah henjut dah ni. Flora alam makin berubah skala bentuknya. Makin banyak buluh2 yg halus dan lumut2 ke arah nak mossy2 muncul kt kiri kanan. Aku yakin elevation aku dah lebih 1200 meter dari paras laut (mdpl). Makin byk batu batan jumpa on trek. Yogi msih laju duk depan, jarak dengan aku dlm 10-20meter cmtu. Signage jarak makin byk, dan buat aku makin mental bila nk smpai ni. Yg buat aku lmbt sbb aku duk berhenti ambik gmbar setial kali jmpa signage tu. Kejap2 bunyi mcm waterpoint belah kanan, terus rasa mcm nk dekat dah walaupn masih jauh. Rasa jln dh 1 km tu rupanya bru 100 meter. Time tu rase dorg ni buat salah tagging ni. Makin lama trek makin lawa, makin bermossy dan pokok ala bonzai pn makin banyak. Memang ralit tgk pokok kiri kanan. Org depan tak jerit apa2 kt aku, rupanya dah sampai ke Kem Bunian. Terpegun aku tgk kemsite tu, luas dan lapang, puas hati kalau maauk camping 50 org sini sbb sgt luas dan selesa. Tempat memang cantik dan penuh dgn pokok bonzai. Sepanjng duduk kt Kem Bunian, kami ditemani bunyi sejenis burung duk riuh berdondang. Aku dh paham dah maksud tu. Tau la tmpt dorg dan yg psti mesti ad penjaga. Org pernah tnya aku kenapa tmpt cmni ad sesuatu suka duduk. Aku bilang, kita manusia pn lumrahnya akn pilih tmpt cantik dan lawa tuk duduk. Noktah. Cuaca panas tapi suhu yg sejuk dan terasa nyaman pula rasa nk tertidur pn ad, lipak mungkin. Bila smpai kt tmpt yg mcm istimewa ni aku tk nk jadi meriah & alpa diri kat sini. Tadi perut yg lapar terus x jadi nk mkn, walhal aku bantai jgk roti canai habis skeping sbb teruja tgk kemsite. Konon tdi nk mkn kt puncak tapi memandangkn aku dibilang bahawa nk ke puncak ad dekat 4km lgi. Trs aku mkn dgn lahapnya. Asal nk rest 15 minit tapi ralit betul duk situ. Yogi ajak ak trn ke waterpoint bwh sana, katanya dekat jer. Aku mula2 mls, sbb dia ckp dkt, tapi rupanya....
BAB TUJUH: WATERPOINT
Rupa-rupanya kena berjalan menurun pulak ke waterpoint tu. Aku kena tipu hidup2 dgn Yogi, sbb dia ckp kejap je nk ke situ tapi tk habaq pulak kena menurun dan jauh bagi aku. Pada mulanya aku pun mls nk pergi jugak sbb tk berasa nk top up air pun tapi aku diracuni dgn dikatakan view kt situ sgt lawa dan airnya sedap diminum. Aku pun turunla sesorang dulu dan aku mulai berbaur curiga sbb, beliau mula2 tak nk turun skali tapi ak paksa dia turun dan akhirnya turun jugak beliau lepas aku sound bertempek tempek. Aku dh nmpk dah masa depan lps ni, nk kena berusaha keras naik balik ke Kem Bunian. Org ckp nk dptkan sesuatu yg best kena lalui segala ranjau dan aralnya. Tapi aku puas hati, sebab sebaik tiba di kawasan waterpoint tu memang terlampau cantik permandangan. Dengan lumut menghijau tumbuh dekat batu batuan dan pokok-pokok ditepi kiri dan kanannya. Air sungai pula teramat jernih bak kristal mengalir dari celah-celah batu. Tempat tersebut seolah2 belum diterokai dan sangat terpencil serta amat terjaga. Begitu asyik kami duduk menghayati permandangan dan suasana yg begitu tenang, nyaman dan dingin sekali, lantas tidak lupa untuk mengambil gambar dari pelbagai sudut. Tak rugi langsung turun, dpt pula peluang yg dtg jarang2 sekali nk sampai sini. Aiirnya aku tak cuba minum pun sbn masih kenyang. Agak lama jugak bersiar-siar dekat waterpoint tu. Dan bila nk balik tu paling malas sekali prospeknya. Kena mendaki dengan gigihnya untuk naik kembali barulah sampai ke kemsitenya. Mengah skejap. Cuaca pun kejap cerah, kejap mendung. Harap2 berhasil la sampai ke puncak dgn harapan cuaca baik baik aja hari ni. Banyak betul idea ak nk berposing kt puncak nanti. Lelah skejap nak naik dan tiba kat kemsite kami sambung rehat lagi, ambik gambar dan kembali membawang. Memang santai habis, memang sampai ke puncak petang sikit la kalau macam ni gayanya. Byk sekali gambar aku ambik dan kalau view tak on point tau taulah sapa mangsa yg kena maki hamun. Bukan sikit usaha aku nk dtg jauh-jauh sampai ke sini. Berhabis ringgit Malaysia jugaklah kali ni. Takkan nk gmbar bodoh2 je tunjuk peace tunjuk jari dua ketul.
BAB DELAPAN: TAMAN BONSAI SATU
Hampir sejam rehat dekat Kem Bunian, baru kami bergerak kembali. Berbaki hampir 4 km lagi nak menuju ke puncak ni, mungkin mengambil masa 2 jam kalau byk main2 nanti (memang byk main2 pun). Lepas jer beberapa meter melepasi Kem Bunian aku berbau sekali lagi bau wangi yg teramat wangi sehingga secara spontan terkeluar dri mulut aku "eh wanginya kat sini". Yogi kat depan dah mcm tak gumbira gaya aku tegur2 ni, die ckp jgn la duk tego lagi pasni, memang tmpt die kan. Ishh die ni, aku bkn nk tegur sgt, tpi memang wangi, hidung aku pulak jenis terlampau sensitif benda2 wangi-busuk2 ni. Pernah time aku kerja, aku terbau busuk mcm telur tembelang kt suatu bilik. Semua org aku suruh p duduk situ tapi sorg pun x bau apa-apa. Lepas tu, terjadi suatu peristiwa yg begitu jonar disitu selaku tugas sebagai misi ni. Trek kini begitu cantik dan lawa dgn tumbuhan mossy di kiri kanan. Memang enjoy betul aku hiking kali ni (tapi lagi lawa bonzai kt Gunung Sarut). Sebenarnya, byk kali dah aku bau mcm2 bau (ada beperisa serai la, mcm bau halia wangi la) tapi aku keraskan diri tak nk ckp, nanti ada yg hempuk aku nanti. Baran beliau aku belum tgk lagi. Tapi ada jugak aku terlepas ckp. Tak sampai 10 minit jalan dah rest balik. Kami tiba kt Taman Bonsai 1 atau Bonzai Garden nama dia. Lawa kawasannya luas dan lapang dgn pokok bonzai besar2 sekeliling kawasan situ. Tanah pon lembut2 nk pijak. Termenung kejap aku tgk kawasan ni. Ada view point tepi2 sana, tapi kena panjat pokok. Lantaran aku dimaklumkan bahawa dpt tgk view 360, gigih aku panjat pokok mati tersebut, tapi sbb aku pendek kut, bila aku berdiri tk nmpk apa yg kepala aku tgh gambarkan (org yg suruh aku panjat tu aku taula hang tinggi macam galah, 'view kau' nmpkla,). Terus aku tkde mood nk duk situ, dah la panas nak mampus. Aku pun kembali cari pokok2 yg lebih lawa nk bergambar. Sesekali aku tgk jam, masa dah lari bnyak dah ni tapi lantak la bab timing2 ni. Tempat lawa mcm ni takkan tak nk photoshoot. Kelak tak mungkin nk repeat lagi dlm masa terdekat. Dari situ ak nmpak dah puncak Gunung Bintang, tgh diliputi kabus. Aku harap adala view kt puncak.
BAB SEMBILAN: TAMAN BONSAI DUA
Kejap naik, kejap turun jer trek Bintang ni. Ada part nak kena pakai tali, tapi konon padu, nk tunjuk tak perlu guna pun takpe. Habis tangan berselut, pastu kesat kat seluar. Mungkin time balik berguna. Laluan kali ni kena berhati-hati sbb ada sarang tebuan tanah bersarang dekat tepi trek. Entahla aku tak ambil port sgt, ikut jela kata Yogi. Die guide, aku line up jer, asal aku sampai peak dengan selamat sudah. Aku bertanya beliau bila masa jmpa sarang lebah tu, dia ckp dh beberapa bulan dulu dah, sampai diorang kena rintis trek lain jauh dari trek asal. Justeru itu, aku pun diperlihatkan oleh trek yanh dirintisi itu. Hakikatnya, dari pergi sampai balik sudah tak jumpa sarangnya. Aku bilang dah beralih tempat la tu sbb seekor tebuan pun aku tak nmpk berterbangan. Dorang pun tahu konsep bermaal hijrah. Beza jarak antara Taman Bonzai Satu dan Dua dekat satu kilometer lebih jugak. Rasa sangat jauh sebab trek banyak berkonsepkan turun naik mcm roller-coaster. Bila turun pun seturun-turunnya dan menaik senaik-naiknya. Lemah lutut rasa bila cermin masa depan ketika nak balik nanti. Aku tengok org depan dah start pewai, penat la tu. Malas nk sound jer. Sampai kat Taman Bonsai Dua ternyata beliau lagi cantik dan lawa dari Taman Bonsai Satu walaupun kecil saiznya sedikit dari segi meter persegi. Terkedu bahkan terlopong mulut dan bibir yang mungil ni dek melihat view yang persis dalam lukisan. Tempat umpama tak mcm ada org pernah datang kerana tanah macam tak ada yang rosak kena pijak-pijak umpama tiada dijejaki kemari dengan lawanya lumut tumbuh on trek, pokok tumbuh cantik berseri-seri dengan bonsai merata-rata. Tak lapang sangat tempatnya sebab banyak akar-akar pokok terkeluar dari tanah, tapi itulah yang buatkannya lagi lawa sbb lumut2 tu akan tumbuh dengannya. Bersyukur dapat jejak tempat tempat indah bak syurga macam ni. Rugi tak datang sini. Duduk sekejap jer, dah terasa dingin dengan angin dan kabus naik menyapa hingga ke pipi. Panas tapi sejuk, lagipun dah pukul satu tghari, masih tak sampai2 puncak lagi. Banyak main-main dan sambung bergambar dgn photospots terbaik kat sini
BAB SEPULUH: PUNCAK BINTANG
Akhirnya, masa yang dinanti. Mesti korang bosan dengan cite aku yang macam 4 hari 3 malam punya trip. Biarlah. Aku suka mengarang dan berkarya. Konsep aku adalah, setiap langkah ada ceritanya, jangan nanti aku buat cerita setiap nafas ada memorinya. Bersambung.
Dari Taman Bonzai Dua nak ke puncak dah tak jauh dah. Turun naik, turun naik. Bila nak sampainya & bila ada marking signage bertanda 13.5km kemudian, 13.7km (situ aku berhenti ambik gambar sebab simbolik tarikh lahir aku), kemudian 13.8km, kian menghampiri ni. Aku pun apa lagi, terus on Gopro buat video acah2 berlari konon. Mengah jugakla sebab menaik jer sampai la puncak. Aku dah dengar Yogi bersorak tanda dah sampai, makin laju la aku yg acah2 berlari. Akhirnya aku tiba di puncak pada jam 13.17 tengahari. Alhamdulillah, puncak tertinggi di Kedah berjaya aku tawan, puncak ke 90 aku kini. Tak sangka aku dah sampai, sekarang dalam genggaman. Puncaknya tak luas tapi agak rata, ada beirut yang sudah tumbang; mereput akibat terdedah kepada mother's nature sekelilingnya. Sampai puncak tadi ada view segala gunung ganang dan kemudian tertutup balik, pastu panas balik , justeru kami beralih duduk rehat di laluan di bawah sedikit dari puncak untuk berteduh. Kemudian si Yogi naik ke puncak balik untuk tido (pewai sangat ler tu). Aku ronda2 je sekeliling puncak, tengah cari idea nak photshoot. Tetibe hujan menitik-nitik turun. Aku tak jadi nak tido, baru nak lelap mata terus aku bangun dari pembaringan. Lama jugak kami duduk rehat kat puncak. Lebih dari sejam. Aku amat berterima kasih kat Yogi sanggup layan kerenah dan sanggup bawak aku ke Gunung Bintang walaupun beliau dah lebih empat lima kali sampai puncak. Next timelah ajak aku buat timing, sekarang aku nak enjoy view dan layan trek yang maha ampun lawanya. Kami berkira- kira nak kuar sebelum pukul 6 petang, paling tak, selewat lewatnya sebelum hari gelap & itu tak mustahil, sebab lepas ni menurun jer la, cabaran berkurang sikit. Sedang aku berkemas beg nak pulang, Yogi bilang hujan dah turun dari bawah. Aku cakap, ala hujan lalu jer tu, walhal tak sampai 10 saat terus hujan lebat.
BAB SEBELAS: HUJAN LEBAT
Sebaik turun dari puncak, hujan pun membasahi bumi yg mana turut mengbasahi kami. Aku pun mengeluarkn si poncho merah jambu yg dah berkurun beli tak pernah guna membaluti tubuh ku. Kali ni aku tak nak basah kuyup dan dah lama x hiking dlm hujan2 cmni. Kami turun dengan cepat, boleh dikatakan memang berlari jerla kerja masaturun. Bila sampai kat Kem Bunian tu baru aku sedar yang kami ambik masa yg sangat cepat sampai (30 minit jer). Memang laju giler. Kami tak rehat pun kat Kem Bunian atau Taman-Taman Bonzai dan terus sambung perjalanan. Jauh lagi nk keluar ni dan yg pasti nk kena lalu kawasan yang ada pokok rumput bercangkuk tu. Aku dah ready nak lalu, dengan ada ponco ni selamat la sikit seluar ni. Turun memang pakai lutut habis tapi yang bestnya menurun la sehingga aku rasa lutut kanan aku sengal2 sikit (macam nak datang balik kecederaan lama). Dekak nak pukul empat lebih sampai dekat Air terjun balik. Kami bercadang nak tunggu hujan serik baru nak gerak balik. Kat situ sibuk duk buang rumput bercangkuk tu. Dalam hati berdoa yg aku ada 18 pasang tangan nak tolong cabut semuanya dengan cepat. Hujan tak serik-serik, tapi air terjun makin mencurah-curah turun. Macam bahaya kalau terus tunggu, takut kepala lalu jer, justeru kami bergerak kembali tanpa berfikir panjang lagi. Tiada yang istimewa nak diceritakan masa perjalanan pulang sebab kami berdua banyak menyendiri, layan perasaan masing2. Aku pun dah pewai kesejukkan bila ponco yang aku bukak dekat pondok dah habis koyak rabak kena pokok-ranting bagai. Biarlah basah kuyup pun, nak balik dah pun. Bila sampai dekat sungai pertama tuh, kami rehat sekejap. Mau tak penat dari tadi duduk berjalan non stop, gigil lutut terasa. Baru jer beberapa saat duduk terus diserang pacat kembali. Cepat betul sensor dorang ni. Aku memang rimas dengan pacat2 ni, dalam kaki aku yakin mesti banyak tengah enak menjamu selera. Pukul 5 lebih kami tiba di pintu rimba. Ingat nak ajak Yogi berlari, Tpi die mcm dah mode injured, so sepanjang dua kilometer balik tu kami berborak sambil membawang pasal trip Bintang tadi dan next future plans. Banyak lagi aku nak suruh Yogi bawak aku hiking Gunung di sekitar Kedah-Perak ni. Tak puas. Tiba di parking akhirnya sebelum bergelap. Bersyukur sesangat. Tak percaya boleh sampai ke Gunung Bintang yg tak pernah aku bermimpi nak sampai. Biasa orang buat trans tiga empat hari, tapi aku dapat tawan dengan hanya buat dayhike tapi single bintangla. Sebab tu tajuknya Bachelor aka single. Kasut terus dibuka dan benar sekali, berekor-ekor pacat samaada tengah atau sudah dan bakal menghisap darah O positif aku ni. Apa lagi sekor2 kena sapu dengan Yoko-Yoko dan terus Innalilah masing2. Kami berjaya keluar sebelum bergelap dan singgah disuatu masjid di kawasan Kampung Sedim tuk menyucikan diri dan menukar pakaian baru. Malam ni nak tidur dan rehat sebaik mungkin, kerana esok harus pulang ke KL semula dan petang tu aku kena masuk kerja dah. Sebenarnya istilah rehat tu takda dalam kamus hidup. Memang peribahasa berbunyi 'takkan lari gunung dikejar, tetapi usia kian mengejar, badan pun kian tak bermaya'. Sekian
Tammat.

bestnya dgr dya punya karangan.. rse lengkap.. trs rse x yayat nk naik gunung nih 😅
BalasPadamGunung bintang best..layan view dgn bonsai die...
Padam