GUNUNG HIJAU (540M), PUSING, PERAK
Alhamdulillah...Puncak ke 185 #misi200puncak Gunung Hijau (540m), Pusing, Perak Aku hampir pasti tak pernah naik gunung di petang hari apatah lagi seorang diri. Biasa level bukit-bukit je lah aku berani. Apa yang mencabar kalau hiking di waktu petang terutamanya adalah hampir tiada orang yang akan mendaki. Dalam kes aku, langsung tak ada orang dan di tambah lagi dengan cuaca yang sudah semakin gelap dan bila-bila masa sahaja akan hujan (sewaktu aku keluar dari Tol Jelapang di Ipoh, hujan dah pun turun dengan lebat dan juga dikhabarkan ada beberapa tempat di sekitar negeri Perak sudah di naiki mahupun banjir semasa aku dengar Radio Perak.FM ). Seperti yang aku jangka, memang tiada orang langsung semasa aku sampai dan parkir kenderaan di hadapan sebuah bangsal yang ada tokong buddha bersaiz sederhana kecil. Aku mencari jalan mendaki yang mana pada awalnya aku hanya mengikut trek berbatu dan jalan merah di ladang kelapa sawit, kemudian trek denai yang dibuat tangga mengi